Nov 20, 2017

Solat tapi bernasib buruk?

(tanya sama Pakcik keretamayat)

“Salam abang keretamayat,, saya hairan, saya solat, tapi kenapa saya tengok nasib saya lagi buruk dari orang tak solat?”

******
Hamka keretamayat jawab:

Salam, itu bukan nasib buruk, itu ujian hidup,, setiap orang tak sama ujian hidup, nasib buruk ni bila mati masuk neraka, itulah nasib buruk, kesusahan di dunia bukan nasib buruk, tapi ujian yang mana siapa sabar maka nasib untunglah dia di akhirat, tapi siapa tak sabar, di duniapun ‘nasib buruk’, akhirat lagilah bertambah nasib buruknya

Jadi jangan tengok orang tak solat dan bernasib baik itu satu nikmat, kadang kerana Alah tak nak bagi apa apa lagi kepada mereka di akhirat, maka di dunia mereka dah dapat dah. So nikmat kepada mereka bukan untuk dicemburui, tapi untuk dikasihani.

Macam orang tua cemburu tengok orang muda, itu salah! Sepatutnya orang tua berasa kasihan kepada orang muda kerana mereka mungkin tak akan sampai ke umur tua anda. Nampak tak?

Pesan Nabi: Dunia ini penjara orang Islam, dan Syurga orang kafir. Kenapa nak berebut nikmat sementara dalam penjara sedangkan di Syurga nanti ada segalanya?

Now you know.

Ps: Apa guna senang macam Firaun tapi mati masuk neraka, lebih baik bermujahadah macam Nabi Musa dan Syurgalah ganjaranya. Amin 

22 comments:

  1. "Batas antara Islam dan kafir itu adalah meninggalkan solat solat fardhunya dgn sengaja."
    "Dan demikianlah, telah pasti Kalimat Tuhanmu ke atas org org yg kafir, bahawa mrk itu adalah ahli Neraka."
    "Dan bg org org yg kufur itu, bg mrk Neraka Jahannam."

    Berbanding Akhirat, dunia ini sgt sedikit, cuma sebentar sahaja. Akhirat kekal selamanya. Apa erti, senang, kaya, berkuasa, berharta mewah di dunia, tp susah dan derita di Akhirat.

    Kerana itu, jika ada bukan Islam yg membaca HKM ni, Islamlah. Bg yg dah Islam, sekurang kurangnya, jgn sekali kali mencuaikan solat solat fardhunya.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Bagaimana pulak Surah Ar Rum 30:47 dibawah ni
    wa laqad arsalna ming qablika rusulan ila qaumihim fa ja uhum bil-bayyinati fantaqamna minallazina ajramu, wa kana Haqqan 'alaina nasrul-mu`minin

    Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus sebelum kamu beberapa orang rasul kepada kaumnya, mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keterangan (yang cukup), lalu Kami melakukan pembalasan terhadap orang-orang yang berdosa. Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman.

    Bukankah ayat ini secara terang memperjelaskan isyarat falsafah iaitu pada yang mengikuti bimbingannya, Tuhan janji akan memberi keamanan, keselamatan, kekayaan dan kegembiraan, jadi adakah tuhan telah mungkir janji atau kita yang telah jauh menyimpang dari jalan nya (Tuhan)

    ReplyDelete
  3. Solat itu satu nikmat. Allah pilih kita melakukan solat. Dengan masa dan tenaga yang Allah bagi kat kita, tiba-tiba Dia pilih kita untuk rukuk dan sujud kepada Dia. Bukankah itu satu nikmat? Ramai lagi orang kat luar sana yang tidak solat. Allah tak pilih mereka. Tapi Allah pilih kita melakukan ibadat yang mulia ini kepada-Nya. Nasib buruk ke atas seseorang itu tidak lebih dari hanya ujian semata-mata. Jika dia bersabar dan redha, Allah akan angkat darjatnya di tempat yang mulia, lagi tinggi daripada orang yang tak solat dan nampak macam bernasib baik tadi. Ingat dua ayat Al-Qur'an ini.

    Allah berfirman:

    وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ ,الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah 2:45-46)

    ReplyDelete
  4. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya". Surah Al-Baqarah, ayat 45-46.

    ReplyDelete
  5. Bila org taat diberi kesusahan - itu nikmat di Kemudian hari

    Bila org tak taat dpt kesenangan - itu azab di Kemudian hari..

    So.. Berlapang dada

    ReplyDelete
  6. Solat tiang agama.
    Batas Islam dan kufur adalah meninggalkan solat solat fardhunya dgn sengaja.
    Tidaklah sepakat sekelian Sahabat r.anhum. dlm sesuatu perkara kecuali ttg kufurnya org yg meninggalkan solat solat fardhu dgn sengaja.

    Jgn sesekali mencuaikan solat.







    ReplyDelete
  7. Wamaa ja’aalahullaahu illaa busyraa lakum walitatma’inna quluubukumbih Waman nasru illaa min ’indillaahil ‘aziizil hakiim.
    Tiadalah dijadikan Allah pertolongan itu melainkan untuk kegembiraan bagi kamu dan supaya tenteram hati kamu dan tidaklah pertolongan itu melainkan dari sisi Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Surah:3: Ali ‘Imran:126.

    Ayat ini menerangkan konsep rupa pertolongan Tuhan kepada hambaNya yang
    dapat dirumuskan kepada tiga (3) perkara:

    Pertama: Ayat ini secara jelas menerangkan bahawa tidak dinamakan pertolongan Tuhan. Jika ianya tidak tertumbuh perasaan gembira kepada seseorang.

    Kedua: Ayat ini secara jelas menerangkan bahawa tidak dinamakan pertolongan Tuhan. Jika ianya tidak tertumbuh ketenangan hati kepada seseorang.

    lKetiga: Ayat ini secara terang memberi isyarat bahawa terwujud danterzahirnya suasana di mana terdapatnya rupa kesenangan yang diterima seseorang tidak berjaya mengembirakan hatinya. Malah kegelabahan terus menular di dalam kehidupan,
    walaupun rupa pertolongan telah diperolehinya. Maka di kedudukan sebeginilah dibayangkan oleh Allah Ta‟ala bahawa tidak dikatakan sebenar-benar pertolongan itu kecuali pertolongan dariNya. (Di maqam: Wayanshurukallaahu nashran ‟aziizaa - Surah:48:Al Fath:3).

    Di hakikat inilah ayat yang menjadi kayu pengukur tanda ukuran sama ada seseorang itu mendapat pertolongan Tuhannya atau tidak.

    Pertolongan Tuhan itu tetap menjuruskan kepada dua (2) perkara.
    Pertama: Bentuk pertolonganNya berupaya mengembirakan hati seseorang manusia.

    Kedua: Bentuk pertolonganNya boleh pula mententeramkan hati seseorang. Di wajah terarcanya dua perkara yang sememangnya diperlukan oleh seseorang manusia didalam hidupnya. Maka di wajah bentuk pertolongan sebeginilah yang dikatakan rupa pertolongan Tuhan dan sesungguhnya rupa pertolongan seumpama inilah jua yang seharusnya ditauladani dan diamalkan oleh manusia sesama manusia. Wallaahu a‟lam.

    ReplyDelete
  8. Iblis, yg taat sebelumnya, menjadi kufur kerana enggan sujud kpd Adam a.s. atas perintah Allah swt.
    Apakah manusia (dan jin) tidak menjadi kufur bila enggan sujud bersolat kpdNya atas perintahNya ?

    Aduhai saudara saudaraku, jgnlah sesekali meninggalkan solat !

    ReplyDelete
  9. Persaolan
    Rata rata umat islam tak tinggalkan solat lima waktu tp majority umat islam skg tak dusik dlm markam kegembiraan (Hidup dlam kemiskinan,huru hara, tertindas,korup dan berbagai lagi) berbanding dgn kaum lain,apakah tiada pertolongan tuhan dan apa kah tuhan telaj mungkir janji????? Atau kita yang sebenarnya tak mengikut ajarannya????

    ReplyDelete
  10. "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal. Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa. Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

    Al-Qur'an, Surah Ali Imraan, ayat 121-129.

    ReplyDelete
  11. Waman yattaqillaaha yaj’allahuu makhraja. Wayarzuqhu min haithu laa yahtasib.
    Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah. Nescaya Allah mengadakan baginya makhraja (Jalan rezeki). Dan Allah memberikan kepadanya rezeki yang tidak terkira.Surah:65: At Thalaaq:2

    Ayat ini secara jelas menerangkan konsep hubungan di antara Taqwa dan Rezeki. Di atas jaminan mutlak. Sesiapa yang bertaqwa akan jadi kaya. Maka tanyalah dan carilah formula yang benar-benar tepat bagi membolehkan diri menjadi orang taqwa dan bertaraf orang bertaqwa. Maka fikir-fikirlah di hakikat taqwa bukannya cerita dongeng yang hanya ada pada kata (Surah:48: Al Fath:26). Tetapi di sebaliknya kenapakah ianya masih terhapus rupa pada bukti.

    Sedap pada kata. Tanpa lidah merasa -Bererti hampa.

    Dalam menegaskan lagi konsep memudahkan urusan bagi orang-orang bertakwa. Maka Allah Ta‟ala menegaskan lagi bahawa orang bertakwa itu akan diselamatkan oleh Allah Ta‟ala dengan kemenangan dan mereka tidak akan ditimpa kejahatan dan tidak pula berdukacita. (Surah:39: Az-Zumar:61).

    Sesungguhnya kemenangan yang dimaksudkan itu adalah kemenangan yang berwajah kesejahteraan kepada diri, keluarga dan negeri di sudut ekonomi di dunia (Surah:7: Al A‟raaf:96) dan di sudut nikmat di hari kebangkitan (Surah:52: At Thuur:17-20)

    ReplyDelete
  12. tafsir baru ke ni

    ReplyDelete
  13. tafsir baru ke ni, macam tak penah baca je

    ReplyDelete
  14. Yang penting adalah kebenaranya bukan baru dan lama atau pernah tak pernah baca. Baca, teliti, fahami, kaji dan ambil hikmahnya

    ReplyDelete
  15. Surah:11: Hud:15). “Kehendak itu kehidupan. Jika matinya kehendak. Maka matilah
    kehidupan.”

    (Surah:11: Hud:15). “Kekayaan yang tersimpan di dalam benak perhiasan dunia hanya boleh terzahir. Jika kehendak terlahir dari diri seseorang di rupa usaha dan ketekunan yang terancang

    ReplyDelete
  16. (Surah:11:Hud:15). ”Sesiapa yang ingin kepada kehidupan di dunia. Maka carilah ianya di dunia. Dan sesiapa yang ingin kepada kehidupan di akhirat. Maka carilah ianya di dunia. Dan sesiapa yang ingin akan kedua-duanya. Maka carilah ianya di dunia.” lihat juga (Surah:16:An Nahl:30) & (Surah:59: Al Hasyr:18-20).

    ReplyDelete
  17. Inna sa’yakum lasyatta.
    Sesungguhnya usaha kamu itu bermacam-macam.Surah:92: Al Laili:4

    Ayat ini secara jelas menerangkan prinsip kepada enam (6) perkara:

    Pertama: Ayat ini secara jelas menanam prinsip kepada anak cucu agar memasang cita-cita berkeinginan dan berkehendak untuk memajukan kehidupan di dunia dengan mengambil langkah-langkah ke arahnya. (Di maqam: Mankaana yuriidul hayaataddunyaa waziinataha nuwaffi ilaihim a‟maalahum fiihaa wahum fiihaa laa yubkhasuun - Surah:11: Hud:15).

    Kedua: Ayat ini secara jelas menanam prinsip kepada anak cucu agar membentuk rupa pekerjaan yang hendak diusahakan selaridengan target pendapatan kehasilan yang dicita-citakan. Sesungguhnya kedudukan ini perlu dilakukan di atas landasan bahawa rezeki yang akan terzahir bergantung terus kepada besar kecilnya saiz dan rupa usaha yang dilakukan. (Di maqam: Wa an laisa lil insaaniillaa maa sa‟aa. Wa anna sa‟yahuu saufa yuraa - Surah:53: An Najm:39-40).

    Ketiga: Ayat ini secara jelas menanam prinsip kepada anak cucu agar menyedari bahawa kemewahan dan darjat kehidupan adalah datang dari rupa usaha yang dilakukan oleh seseorang. (Di maqam: Walikullindarajaatum mimmaa ‟amiluu. Wamaa rabbuka bighaafilin „ammaa ya‟maluun -Surah:6: Al An‟aam:132).

    ReplyDelete
  18. Di haklkat langkah mengekalkan penggunaan unta bersunnahkan kenderaan Nabi di musim ini adalah satu kejahilan yang perlu dipertimbangkan semula. (Surah:93: Ad-Dhuha:4-5).

    ReplyDelete
  19. (Surah:55:Ar Rahman:33) Menerangkan ruhul ma‟ani Isyarat istilah: Inistata’tum an
    tanfuzuu min aqshaaris samaawaati wal ardhi Fanfuzuu. (Jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi. Maka tembusilah), kepada dua (2) perkara:

    Satu: Menerangkan kepentingan kehendak dan berkehendak. Di hakikat jika ada kehendak semuanya boleh jadi dan bila matinya kehendak semuanya tidak akan menjadi. Oleh itu ketahuilah bahawa kehendak itu adalah kekuatan pertama yang akan membawa manusia ke alam penerokaan dan kejayaan.

    Dua: Menerangkan kepentingan kehendak dan keupayaan. Di mana banyak kehendak terbunuh di tengah cita-cita apabila keupayaan dihitung tanpa kekuatan usaha. Di makna lemah sebelum berlawan. Rebah sebelum bertemu gelanggang. Sedangkan hidup itu hanya untuk orang berani dan bersifat dominasi.

    ' memberi erti setakat hanya Solat tanpa usaha untuk memajukan diri tidak akan membawa apa apa hasil dalam kehidupan

    ReplyDelete
  20. Sebuta buta ilmu adalah ilmu yang gagal memperlihatkan kepada tuanya rupa perubahan dan pembaruan yang terwujud didalam kejadian Tuhannya. Dan sebebal bebal orang yang berilmu itu di kala dirinya gagal menghasilkan perubahan dan pembaruan kepada kehidupanya (surah: 2 Al Baqarah : 27)

    ReplyDelete
  21. nikmat untuk dikasihani.. betul la tu. bukan sewenang-wenang kata istidraj. sangka baik. doa hidayat

    ReplyDelete
  22. Kebenaran bukan sesuatu yang boleh direka kerana ianya lahir dari bukti dan cahaya ketuhanan yang terkeluar dari daya peminkiran (Surah: 25: Al Furqan: 4)

    ReplyDelete