Aug 11, 2017

Menarik di Kuantan?

Korang pernah sampai Kuantan?

Jika tak pernah aku nak cerita sikit,

Lepas solat Subuh, boleh panjat bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk Lombong Bijih timah dalam bukit, eh? Ni dah sungai Lembing, jauh 40km dari Kuantan.

Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi nasi lemak di restoran zaman, atau nak nasi kerabu pergi restoran Kemira, atau nak nasik minyak pergi Tanjung Api. lepas sarapan boleh jogging di Taman Gelora atau Taman Bandar IM, lepas tu lepak Zoo Mini dekat Telok Cempedak, boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat Bukit Pelindung sekali sekala apa salahnya.

Tengah hari boleh Lunch Dekat Restoran Mabiq, Ikan patin masak tempoyak, atau panggang, perghhh, lepas tu boleh lepak depan masjid Negeri tengok orang jual macam macam. Jangan lupa solat zohor. Bulan Puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…
Lepas solat zohor, Rasa nak mandi air terjun boleh pergi Sungai Panching. Rasa nak Mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak tengok Zoo Safari pun ada sini.

Petang nak makan sotong , udang ketam celup tepung boleh ke restoran Poksu di Tanjung Lumpur, laksa, satar, keropok semua ada.

Jangan lupa solat asar, dan boleh juga lepak Tepi Pantai Sepat, tepi Pantai Beserah, Pantai Chendor, Pantai Cherating, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..

Malam sikit boleh pekena Ikan Bakar masak petai di Tanjung Lumpur, lepas tu rehat depan HTAA, ada banyak kedai, taman permainan, lokasi tepi sungai, nak main kasut roda pun boleh. Tengah malam boleh lepak mengeteh di Pantai TC, ada kedai makan, taman mainan kanak kanak di waktu malam, silap silap boleh ambil gambar dengan spiderman, batman, predator dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai TC

Akhir sekali paling best, dah mengantuk, boleh sewa Homestay Kuantan Hamka kereta Mayat di Taman Indera sempurna, masjid sini hari hari ada ceramah dari ustaz yang best best.

Whatsapp 0199117163 atau 0199227963 untuk tempahan, RM150 semalam.

Selamat datang ke Homestay Kuantan. Nak promosi Homestay Kuantan rupanya, adohai..

Ps: Berita baik kepada korang yang pernah beli buku secara on line, korang layak dapat diskaun jika sewa Woha Homestay di Kuantan. Harga asal RM150 semalam, tapi untuk korang yang pernah beli Buku Hamka Keretamayat, harga hanya RM110.

Jangan kata abang Kereta Mayat tak payung!

Woha!


(sila share pada kaki travel seluruh Malaysia, terima kasih)

11 comments:

  1. Wah...
    Ok masuk dlm wishlist dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tgk vdo. Td gelojoh gi komen dulu.

      Yg tergantung bwh jam tu rotan eh? Haha. Bwk bdk2 duk situ klau ada yg buat perangai boleh suruh beliau pandang ke arah jam 😆

      Delete
  2. Ok, ni yang buat rasa nak berdayung ke Kuantan ni. =p

    ReplyDelete
  3. Cinta: betul, itu rotan. stand by siap-siap

    Sting ray. selamat datang berdayung laki bini ke kuantan, he he

    ReplyDelete
  4. Restoran poksu tu bukanke tak halal???

    ReplyDelete
  5. tak halal atau tiada sijil halal keluaran jakim?

    ReplyDelete
  6. Kawan2 sy yg ddk area beserah kata kedai tu tak halal.tp sy xpernah pulak pergi kedai tu tgk ada sijil halal ke tak sbb kedai cina ...��

    ReplyDelete
  7. Kawan2 sy yg ddk area beserah kata kedai tu tak halal.tp sy xpernah pulak pergi kedai tu tgk ada sijil halal ke tak sbb kedai cina ...��

    ReplyDelete
  8. kedai pok su ni gerai melayu, depan balai polis Kempadang, tukang masak dia live depan mata, goreng udang, sotong, semua, tak tahu pulak jika ownwe cina, hu hu

    ReplyDelete
  9. Ohhh yg dekat kempadang ke?ingatkan kat beserah..hehe sorry2

    ReplyDelete
  10. Dah ada banyak watak tambahan dah kat pantai TC, last pergi ada spiderman je.
    Terlupa plak Hamka ada homestay, bulan 3 hari tu dok mencari jugak homestay di Kuantan.
    Insha Allah ada hayat dan rezeki pergi lagi.

    ReplyDelete