(Bila Best jadi manusia?)
Kenapa BEST tengok bola? Apapun jawapan korang, sebenarnya tengok bola adalah best
kerana permainan itu ada peraturannya dan semua pemain bermain mengikut
peraturan dan korang faham sangat dengan peraturan itu
(siapa yang tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat
tangan - dan pergi tolong bini lipat baju)
Kerana itu dalam mana-mana perlawanan bola sepak mesti ada
pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan, lagi! untuk membantu
pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk
memastikan para pemain bermain dalam peraturan yang di tetapkan.
Malahan jika korang nampak pemain-pemain buat silap dan
pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menebak
leser, memaki di facebokk, atau menujukan santau kepada pengadil yang tak
nampak kesalahan para pemain, Dan lagi!, jika pengadil bagi hukuman yang tidak
setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang
lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!
Apatah lagi jika ada mana-mana pemain yang telah di
'beli'..ohh, lagi tak best! Apa ke jadah!
So tengok bola sangat best bila semua pemain ikut peraturan
dan menang dengan skill dan adil.
Main bola pun sama, akan sangat best bila semua orang ikut
peraturan.
Teringat zaman aku main bola masa kecik dulu, sungguh bahaya
kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh
bermain lagi walaupun sudah masuk halaman surau..), tiada kad kuning untuk
kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yang berdekatan, apatah lagi kad
merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali
tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang, selepas mendapat
kecederaan lebih kurang, aku give-up, aku bosan bermain tanpa peraturan, permainan
bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yang layak main, lalu aku keluar padang
dan terus ke surau mengaji guna pembesar suara sebelum azan untuk memikat anak
pak imam dan itu cerita lain.
Apa aku nak cerita, Malam karang, andaikan korang tengok
bola yang takde peraturan, takde pengadil, bola tercampak kat penonton pun
masih boleh teruskan prmainan, ada gaduh-gaduh, darah di sini sana, penonton
pun masuk sama, takde jersey,ada yang berkain pelikat cap gajah duduk, .best
tak?!Huh! Aku pun akan tutup TV mana mana game yang takde peraturan atau
pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!
Oleh yang demikian, rujuk pada perjalanan hidup, rujuk
kepada orang yang hidup tanpa peraturan, tanpa agama, rujuk data, ramai orang
bunuh diri di kalangan orang yang takde paraturan hidup. Kenapa mereka bunuh
diri? Sebab hidup mereka tak best! Kenapa hidup tak best? Sebab hidup tanpa
peraturan…
Jadi fahamilah, bahawa hidup dalam dunia ini akan jadi best
bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut
peraturan.
Dengan syarat, KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..
Apa yang jadi masalah tak best dalam hidup beragama, adalah
bila ummat ni tidak faham dengan
peraturan ugama, tak nak belajar, malas belajar, atau jika rajin belajar,
merujuk kepada guru yang masalah, memang punah.
Main bola tak faham peraturan jadi tak best, hidup Beragama tak
faham peraturan lagilah tak best!
Aku bagi contoh simple sahaja, bab tengok bola, ada yang
sanggup berkemah nak beli tiket? Sanggup datang awal, sanggup conteng muka? Padahal
bola tu akan ada siaran langsung di rumah, kenapa penonton sanggup tengok
secara live drive kereta berjam jam tak kisah? Kenapa?
Satu adalah sebab penonton faham peraturan bola dan satu
lagi sebab penonton tu dah dapat kemanisan tengok bola secara live di padang
bola.
Jadi dalam bab solat misalnya, ada yang sanggup datang awal
ke masjid, sanggup tukar pakaian harian kepada pakaian Sunnah, sanggup jalan
kaki ke masjid, sanggup pandu kereta setengah jam pun tak kisah kenapa?
Satu adalah sebab korang faham peraturan agama dan satu lagi
sebab korang tu dah dapat kemanisan solat secara berjemaah di masjid.
Bila dah dapat kemanisan, nak cerita pun orang tak faham!
Jadi kepada mereka yang sedang kelam kabut beli tiket nak
tengok Akhir Bola Sukan Sea, yang sanggup berkemah depan kaunter tiket, aku
nasihat, semangat yang sama, kita buat untuk agama.
Boleh Insya-Allah!
bunyinya memang macam betul tu tuan.. tapi tuan renungkan la ngan jujur,agama islam ni kalo tuan nak tamsilkan ngan tengok bola sepak payah tu tuan hehe..kalo hal yg besar x ternilai harganya ditamsil dengan hal yg mudah dan sempoi, itu maknanya kita pandang orang yg kita nk bagi pencerahan tu seperti anak2 kita yg masih kecil, yg darjah 1 gitu huhu.. dan kalo bukan anak2 kecil lak, itu tanda kita cenderung nak memandang yg semua orang itu salah, kita je betul..
ReplyDeletemasakan tidak, tamsilan itu sendiri pun x adil apatah lagi dah tahkik..
kalo tuan nak intai seseorang muslim tu dah langgar peraturan ke belum, mau tidak mau tuan mesti kena intai dari 3rukun wajib agama..setiap rukun ada garis merah dia yg x boleh dilanggar..
1-akidah-mesti tanzih, jangan sampai pegang yg x tanzih..
2-feqah-jgn sampai berpegang menerbalik2kan hukum yg qatt'ie
3-tesauf-jgn sampai pegang wahdatul wujud yg salah/sesat/yg dah terkeluar jalur..
itu la garis dia tuan.. kalo tuan tamsilkan peraturan agama islam ngan tengok bola,takut tuan tamsil ikut nafsu je tuan.. kalo tuan nak tamsil peraturan memancing kepada peraturan bola sepak.. ok lagi tu tuan hehe..kan?xkan la kita mudah2 tamsil peraturan agama dengan bolasepak lepas tu ianya akan tahkik hehe..tuan x hormat iq2 pembaca blog tuan ni ke tuan?.. maap ye tuan, kalo rasa x betul abaikan saja ye.. maap..
Dia ni datang lagi.... tamsil la.. tanzih la.... entah apa-apa tan lagi....
ReplyDeletesemalam trending kisah orang beratur beli tiket bola 8 jam, tak nak bosankan mereka, aku up entry ni, bacaan santai untuk kaki bola, suka baca tak suka tak apa.
ReplyDelete:)
bukan apa,yg tuan tulis ni perkara agama, bukan pasal suka x suka.. tuan mau pembaca tuan pegang barang x betul hasil dari fikiran2 tuan tentang agama? kadang2 kita saja cari jalan utk kita terbabas sendiri walhal barang dah jelas..
ReplyDeleteperkara yg sunat itu ialah sunnah nabi saw
manakala yg wajib itu pun dah tentula sunnah nabi saw juga..
yg sunat itu memang sunat manakala yg wajib itu memang wajib,
tapi jika kita seolah2 mewajibkan semua muslim terhadap perkara yg sunat,maknanya kita dah condong nak wajibkan sesuatu yg Allah dan rasul x wajibkan.. jadi kita telah condong langgar garis merah di rukun agama yg kedua tu(feqah)..kita ambil contoh peraturan masa kita makan,sunnah nabi saw yg paling besar ketika makan ialah makanan tu sendiri kena datang dari sumber yg halal(wajib)..jika ianya datang dari sumber yg haram/ada syubhat dan sebagainya,ianya dah x sunnah walaupun kita gaya2kannya dengan perkara sunat yg lain..sama la dalam solat juga, ape rukun wajib solat?
sama la juga 3 rukun agama tu pun ada syarat wajib dia(sunnah paling besar) ianya ialah tauhid/akidah..kalo kita berjaya amal feqah dan akhlak dgn baik, tapi akidah kita x tanzih, ianya juga dah x sunnah..jadi yg mana dah langgar peraturan dan yg mana belum? kene intai 3 rukun wajib agama la.. xkan tamsil ngan peraturan tengok bola kat stadium hehe..
wallahuaklam..
saya minat bola dan saya juga minat lipat kain, apa masalah?
ReplyDeletetamsil lagi....
ReplyDeletedah dah la tu dengan tamsil tanzih tam tan apa lagi dok ada, guna perkataan biasa-biasa sudah. tak payah nak bombastik sangat nak tunjuk kita ni special naik maqam lebih daripada orang awam. kau punya komen pun susah nak paham, unsur dakwah pun takde
ReplyDeletehaha hadoi..ok maap ye semua insan2 suci.. abaikan je hihihi
ReplyDeletewahai Anonymous Tamsil, bagi saya yg bodoh agama ni, orang2 mcm awak ni la yg buat orang lain kurang berminat nak belajar agama...gunakan lah pendekatan/ayat/perkataan yg mudah difahami semua orang.. ya, awak ada ilmu tinggi, kefahaman tinggi...tapi kalau cara dakwahnya tak sampai mcmana? ilmu tu semua dari Allah, jgn la kita berasa lebih dari org lain..tanpa izin Allah, ilmu tu tak kan sampai pada kita...jgn lah berasa sombong dgn apa yg kita ada, bau syurga pun tak dapat nnt...
ReplyDeletelahaulawalaquwwataillabillahilaliyilazim..
Deletekalo ko dah kata semua itu dari Allah termasuk ilmu,itu maknanya manusia memang x da ilmu dan manusia memang tak pernah ada apa2.. dah ko jgn risau lagi dah ye bahawa yg aku ni ada ilmu hehe.. memang aku xda apa2 termasuk ilmu..
ko ingat puak atheist? dia kata Allah je yg ada kuasa, tapi cepat2 dia risau kat kaabah, dia kata Allah maha perkasa dan x terkesan dgn perbuatan makhluk, tapi cepat2 dia risau kita solat ni sebab nak buat Allah terkesan hehe..
kita ni kalo cakap bohong, walaupun kita berdepan dgn perkara yg x menyalahi syarak pun memang susah kita nak sangka baik hihi..
*bukan atheist,tapi puak anti hadis
DeleteNak dapat kemanisan ibadah / solat,
ReplyDeletekena ada iman,
nak dapat iman kena taat,
bukti iman, bila kita rajin solat berjamaah kat masjid / surau.
Itulah antara pengajaran dr surah Al Mukminun 1, Al Hujurat 14, At Taubah 18.
So, sama samalah kita makmurkan masjid masjid dan surau surau dgn solat fardhu berjamaah, dan mengikuti majlis majlis ilmunya.
Pendekatan..adui..
ReplyDeletenabi jumpa sahabat bercucuk tanam..nabi saw kaitkn ngan kehidupan akhirat..pe kejadahnya bab pertanian ngan akhirat..klu sahabat atau perawi tu pembaris sngt..huhu.. ni lah pendekatan..dah jom habiskn lipat kain..
nabi saw kaitkan cucuk tanam ngan akhirat,ape yg boleh kita tanam dan dapat hasil diakhirat..subhanallah memang indah.. tapi kita lagi advance dr nabi saw, kita nak intai peraturan2 dalam agama ni camne kita tamsil pakai peraturan bola hehe..contoh mcm seseorang datang lambat ke masjid, ianya masih belum langgar peraturan pun, sebab ada ruang usul feqah kat situ.. datang cepat ke masjid tu memang sunat.. tapi jgn sampai nafikan ada ruang usul feqah kat situ, nak amal sunnah jgn sampai terbabas menolak usul feqah, kalo kita tolak maknanya kita pun dah x ikut sunnah,sebab tu kena intai 3 rukun wajib dalam agama tu kalo nak ngintai seseorang tu dah langgar peraturan ke belum..nak dakwah cara mcm mana ni pulak, kita kene tengok seseorang tu dah langgar syarak ke belum, selagi x langgar syarak..ianya masih x langgar peraturan, selagi dia tak langgar peraturan maknanya dia pun ikut nabi saw la juga.. kayu ukur dia bukan ikut kepala kita hehe. selagi x langgar syarak maksudnya masih x menyalahi nabi saw la..
ReplyDeletedan sesuatu yg x menyalahi nabi saw tapi kalo kita kata salah,maknanya kita la yg dah menyalahi nabi saw..
cuba kita tengok 3 rukun wajib tu, sesuatu yg Allah dan rasul x haramkan kita jgn haramkan..sesuatu yg Allah dan rasul x wajibkan,jgn kita wajibkan.. ape kita ingat agama islam ni milik kita ke mcm setengah2 parti politik buat tu hehe..
selagi seseorang berkongsi perkongsian yg dalam jalur ahlusunah selagi tu xda masalah.. bukan selagi seseorang tu ikut kepala kita baru orang tu xda masalah hehehhe.. sebab tu kene g ngaji sikit2 bagaimana dan apa yg dikatakan dgn ahlusunnah tu..sebabnya ini la perkara paling asas..
paham dah? kalo x paham aku mintak maap le ye..
orang yg masih x langgar peraturan tapi kita gambarkan sebagai dah langgar peraturan, nak jadi ape kita?dah x da kerja lain nak buat ke? hehe
*nak dakwah cara camne pulak=selagi pendakwah2 lain cara berdakwah mereka x langgar sayarak..maknanya mereka pun ikut nabi saw mcm korang gak.. wat rilek je cukup..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemakin lama makin aku tak paham komen-komen kat sini, christine ling punya komen pun ada, cari agen judi, adoi..
ReplyDeletePengedar pati durian belanda diperlukan.
ReplyDeleteBerminat sila pm
013-988 5773.
3 rukun wajib?
ReplyDeleteSaya rasa hamka maksudkan perpsektif dari 5 cabang agama: imaniyat, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak.
Utk org awam mcm saya, senanglah utk faham tamsil bola sepak, tak payah nak kalut dgn jargon terms
betul, setuju.
ReplyDeletetanda kita faham, bila kita senang bagi orang faham, jika orang tak faham, maknanya kitapun tak faham
pelan pelan kayuh
yang faham hanya kamu.. selain kamu xda yang faham.. biase la tu..
ReplyDeletesemua manusia lain bukan orang awam,sebab semua manusia lain hebat2 belaka.. yg orang awam,yg biase2 saja dan x hebat itu hanyala diri kamu haha.. biase juga la tu huhu..
3 rukun wajib tu bukan pelajaran bangsawan2 pun..bukan pelajaran orang hebat2 pun.. ianya hanya rukun asas agama,masa sekolah rendah agama pun dah start diberi pengenalan kot, sebab ianya 3 rukun asas.. 3 rukun agama itu ialah-
tauhid
feqah
tesauf..
ape la melalut orang awam bagai, nak nak acah2 tunjuk suci ke ape? hehe..tu pelajaran orang awam la tu..adoi hihi..