(Bocorkan pula cara menjawab sealan yang dah sedi bocor-Bacaaan wajib sebelum mati)
Pada suatu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak
ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera
besok pagi, pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa
hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan. Majikan itu membenarkan pekerja
itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari al maklumlah nak keluar
Negara selama setahun persiapan mental dan fizikal kena ada.
Alkisahnya, Allah suruh manusia ke Negara Akhirat untuk
selama-lamanya, maka persiapan diberi mengikut had umur, ada yang diberi tempoh
20 tahun, ada yang 60 tahun, dan ada yang sampai 100 tahun!
Sampai masa Malaikat maut datang, baru korang perasan belum bersedia,
dan korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari lagi sebab baru terfikir
nak buat persiapan tapi malaikat maut tak layan rayuan surat menyurat, kerana
itu ada mayat yang ditemui dalam berbagai-bagai keadaan.
Ada mayat yang nasi penuh nasi dalam mulut, ada mayat tengah
mandi wajib, ada mayat yang sedang hadas besar, ada mayat yang sedang buat
maksiat dan macam-macam lagi, untuk detail sila rujuk bilik mayat.
Apa-apapun aku nak cerita:
Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah
buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, bertarawih, bertahajjud,
bersedekah, berzakat termasuk hias rumah, buat kuih, tempah baju dan lain-lain.
Best kan?
Korang akan rasa best giler menjadi raja sehari bila korang
buat persedian berbulan-bulan dengan tempah baju, hias rumah, sewa dewan,
tempah makanan, jemput penyanyi, edar kad, upah video itu ini begitu begini.
Best giler kan?
Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan
gembira seperti enjin yang baru di servis apabila korang dah buat persedian
sejak hari pertama pembelajaran lagi. Best gila babi kan?
Dan Akhir sekali, Korang akan rasa best giler menjadi mayat
bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yang layak
ditempatkan di kalangan orang yang soleh lalu dijemput masuk syurga. Amin.
Jadi, Adakah korang sudah bersedia menjadi mayat besok pagi?
Dah buat persiapan? Solat tiada yang ditangguh, tak buat
salah pada orang hari ini, hutang semua dah bayar, jadual menganji dah
tercapai, zikir harian dah habis, (Alhamdulillah…)
Bercerita mengenai persedian, biasa kita tengok orang buat
persediaan yang hebat-hebat just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla
bla bla…tapi ada korang tengok orang buat persedian besar-besaran untuk
menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde? Sebab semua orang fikir lambat lagi
jadi mayat.
Cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview
mayat, apa yang mayat akan jawab?
Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah
jadi mayat…
Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat berjimak lagi dah jadi
mayat…
Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi
mayat…
Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi
mayat…
Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh
lagi dah jadi mayat...
Baru? Baru? Orang tanya lain, lain yang dia jawab, adohai…
Wahai bakal mayat sekalian, Tahukah korang?
Tempat pertama yang korang akan pergi lepas jadi mayat
adalah KUBUR., selamat di sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!
Untuk itu, aku nak bocorkan tiga perkara untuk memudahkan
korang semua dalam kubur.
Aku nak bocorkan Soalan Kubur, bocorkan jawapan, dan
bocorkan cara nak menjawab.
kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah!
SOALAN SATU: SIAPA TUHAN KAMU?
Semua orang islam boleh jawab: Allah Tuhanku!
Tapi bolehkan menjawab yang benar bila di tanya oleh
malaikat Mungkar nanti? Sebab dalam kubur jawapan di jawab bukan ikut hafalan,
tapi ikut amal ibadat kita.
Maka untuk itu, Aku nak tanya: Sebelum korang terlena, waktu
baring nak tidur, apa yang paling akhir korang fikir?: Allah?kekasih? kereta?
Rumah?, Adiwira? Projek?
Sekiranya korang fikir selain Allah, maka itulah hakikat
sebenar apa yang utama di hati korang, dan bimbang-bimbang itulah yang
terkeluar dibibir sewaktu disergah Malaikat Kubur.
Tanya lagi: apakah perkara pertama yang korang ingat bila
bangkit dari tidur? Allah?, kekasih? makanan? Tak payah jawab depan aku, jawab
lah pada diri sendiri.
Satu cerita: seorang ustaz ada seekor burung yang pandai
menyebut kalimah Allah dari paruhnya.
Ditakdirkan Tuhan, burung ini mati di makan seekor kucing,
ustaz ini lantas menangis, si anak murid beramai ramai memujuk supaya tak payah
menangis lah ustaz, kita orang boleh belikan burung lain yang lebih hebat
berkata-kata.
Tapi jawab si ustaz: “Saya menangis bukan kerana meratapi
kematiannya, tadi ketika si kucing menerkam burung, saya dapati dia menjerit,
“kuakkkk!, Kuakkk!” bukan lafaz: Allah! Allah,
Saya takut nanti, kalimah Allah yang saya lafazkan hari-hari
ini hanya meniti dibibir sahaja, dan bila malaikat maut datang kelak, saya
takut lafaz lain yang terpancul di mulutku, ..oh..
uhuk!..uhuk…(hinguspun berleluasa di hidung ustaz itu)
Begitulah cerita tentang apa yang ada dalam dada kita,
kebesaran Allahkah? Atau kebesaran makhluk, rujuk hadis siapa yang hujung
nyawanya dapat sebut nama Allah, maka wajib syurga baginya. Lalu kita di mana
hati saat hujung nyawa?, waktu nak tidur pun kita lalai dari allah sehingga
terlajak subuh. Akulah ni, isk isk.
Jadi bagaimana cara nak jawab soalan pertama di kubur ini?
Kena usaha atas kalimah Taiyobbah, kena banyak sebut nama
Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah dan Dakwah
keagungan Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam
setiap gerak darah dan urat saraf termasuk dalam naik turun nafas, kena juga
nafikan kebesaran makhluk dan isbab hanya kepada Allah, mudah-mudahan di akhir
kalam sewaktu disergah Malaikat Maut, dapatlah kita ucap: LA ILA HAIL L-ALLAH!
Dan sewaktu disergah Malaikat Kubur, kita jawab: ALLAH!
Amin.
SOALAN KEDUA: SIAPA NABI KAMU?
Apa-apa pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI
MUHAMMAD S.A.W.
Ada riwayat cerita, Nanti dalam kubur, malaikat akan
gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya:“siapakah lelaki ini yang di utuskan
kepadamu?”
Kata Buznama: Kepada orang yang tak suka kepada Sunnah Nabi,
jangan bermimpi dapat kenal Nabi dalam kubur dan jawab soalan kubur, sebab
orang yang tak amal sunnah Nabi , bukan sajer tak dapat kenal Nabi tapi Nabipun
tak kenal ummat dia yang tak nak amal sunnah Nabi.
Satu peristiwa di padang masyar, mengikut satu riwayat, Nabi
akan bagi minum air yang mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat
selama-lamanya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air
dari telaga kausar, tiba-tiba satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun
tangan dan mukanya bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna, bila nabi tanya
malaikat kenapa tahan,? malaikat jawab mereka menolak sunnahmu, maka Nabi pun
berpaling dari ummat, waktu inilah wujudnya istilah: “Nabi tak mengaku ummat”
Jadi duhai tuan tuan puan puan hadirin hadirat sekalian,
ingat pesanan ini baik baik!
Sunnah Nabi, buat dapat pahala banyak, tak buat
bimbang-bimbang Nabi tak mengaku ummat!
Sekarang cuba kita fikir-fikirkan, Berapa ramai yang membisu
tentang solat berjemaah di masjid sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar?
Berapa ramai perlekehkan orang berjubah dan berserban? Berapa ramai perlekehkan
orang berjanggut dan wanita yang berpurdah macam isteri Nabi? Berapa ramai yang
tinggalkan Sunnah kerana malu?
Bolehkah dengan amal agama yang tak beberapa nak Sunnah
dalam diri kita akan mampu menjawab soalan malaikat Mungkar berkenaan ‘siapa
Nabi kamu’? Oh…
(lagu latar)
“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”
La la la..
Jangan pandai menyanyi sahaja, Tolong belajar fikir risau
Nabi Muhammad SAW. Contoh fikir risau Nabi: Baginda rasa sedih tengok masjid
kosong sampai rasa nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah. Kita hari
ni pulak, sedih tengok drama TV sampai sanggup mengosongkan saf masjid.
Menjawablah dalam kubur esok esok, huhuhuhuhu
SOALAN KETIGA: DIMANA KIBLAT KAMU?
Selamba korang jawab, kaabah kiblatku!
Baik, Aku nak tanya korang, sewaktu orang sedang melaungkan
Azan di masjid, mana dada korang menghadap?
Kaabah? TV? Telefon?Internet? FB? Instagram?
Okey, itu tak apa, dah habis Azan korang tentu akan hadap
kaabah pulak, eh? Tak, masa iqamatpun korang masih mengadap TV?
Telefon?Internet? FB? Instagram?
Hah! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!
Walaupun TV itu menghadap kiblat, tapi korang dah besarkan
TV daripada Allah, lalu bila Malaikat Kubur tanya, jangan harap remote TV dapat
tolong korang tukar Soalan Malaikat Kubur, adohai..
Ingatlah! salah jawab, kena azab oleh malaikat Nakir, satu
jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta , Lepas tu tumbuh
balik anggota korang yang rosak tu, Cuba korang tengok orang main futsal dan
patah kaki kanannya..(prak!) sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim
betulkan balik, (prakkkkk!) sakit jugakkan?
Begitulah kat dalam kubur, Kena pukul : sakit, Sembuh balik:
pun sakit! Lepas tu ulang ulang sampai hari kiamat! Tak nak!
Sementara korang sakit di azab malaikat kubur, aku hiburkan
korang dengan lagu latar ini:
Sepohon kayu daunya rimbun
Lebat buahnya serta bunganya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Tinggal sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi
bestkan lagu ni- Woha!
SOALAN KE EMPAT: APAKAH PETUNJUK KAMU?
Korang semua tahu jawapannya adalah Al quran.
Sebelum tu aku nak tanya korang, Jika ada mualaf baru masuk
islam petang semalam dan datang jumpa korang lalu bertanya :
“Apakah itu Al quran?.”
Agak, agak.., Apa korang nak jawab?
Lantaklah korang nak jawab apa-apapun, aku rasa semua
jawapan adalah betul berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-masing, namun, bagi
yang tak tahu, biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;
Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk
‘qalam’ sehingga terbentuk kitab yang di panggil Al quran, dari ayat pertama
hingga akhir, semuanya adalah keinginan Allah yang telah dizahirkan dalam
bentuk perkataan yang mana jika kita beramal dengan setiap kehendak Allah itu,
maka tidak sesatlah kita
Dalam Al quran ada bercerita, dan ada perintah yang semuanya
adalah kehendak Allah, telah terzahirnya ia dalam bentuk qalam dalam bahasa
arab sebagai rujukan kepada semua manusia tentang maksud hidup serta kaitanya
dengan alam ghaib.
Sementara itu dalam melengkapkan Al quran, kita perlu
merujuk kepada sunnah atau hadis Nabi kerana al quran hanya terzahir hanya
dalam bentuk perkataan, sedangkan sunnah Nabi pula merupakan praktikal kepada
Al quran, sebab tu nabi bersabda, “tidak sesat mereka yang berpegang kepada Al
quran dan sunnah..”
Jadi, jika mualaf yang baru masuk islam petang semalam itu
datang balik :
jumpa korang lalu bertanya:
Apakah itu Al sunnah?
Agak-agak, apa korang nak jawab?
Takpe, Biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;
Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam
bentuk manusia, yang mana manusia ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala
perbuatannya, perjalanannya, dan pemikirannya, semua nya adalah kehendak Allah,
yang mana sebagai contoh, perintah solat dalam Alquran dalam bentuk qalam,
telah dizahirkan dalam bentuk praktikal oleh Nabi, disinilah Aisyah R.a,
meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W juga ditakrifkan sebagai “al-Quran yang
bergerak”.
Maka disini, dalam kita menterjemahkan Al quran, ianya akan
merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai “al-Quran yang
bergerak”.
Perlu di fahamkan, maksud “al-Quran yang bergerak” ni dengan
jelas, yang mana jika korang terer matematik, jumpa sape sapepun lalu ditanya,
“berapa punca kuasa 12? “, Terus korang jawab sambil berkebil kebil bijik mata
akan punca kuasa 12 adalah tiga perpuluhan empat enam, maka korang mungkin
boleh di pangil “kalkulator bergerak”
Atau jika aku tanya, apa itu ‘Inception’? Lalu korang jawab,
oh,, itu maksudnya sebagai, “permulaan” maka korang mungkin boleh di pangil
“Dictionary bergerak”..
Tapi jika korang terer ugama, Tanya hukum fekah, usuluddin,
tasauf lalu boleh jawab selamba, itu dah ada ciri ciri sebagai “al-Quran yang
bergerak”. Mudah cerita, Dalam menterjemahkan “al-Quran yang bergerak”, ianya
adalah orang yang merujuk kepada mereka yang berjaya menterjemahkan 100 peratus
kehendak Allah dalam bentuk qalam tadi, kepada kehidupan seharian yang
mencakupi semua asek, daripada penampilan, perjalanan dan pemikiran serta tindakan..,
termasuk akhlak, munakahat, muasyarat dan lain lain.., itulah maksud “al-Quran
yang bergerak”.
Dan Nabi, sebagai “al-Quran yang bergerak” telah mengajar
para sahabat tentang bagaimana menterjemahkan Al quran dalam amalan seharian
sehingga para sahabat Nabi yang mengikuti sunnah Nabi juga dikenali sebagai
“al-Quran yang bergerak”.
Mereka dizaman itu, walaupun belum ada kitab agama dicetak,
kitab hikam belum ada,kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum
dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah
takde, halaman web Islamic takde jugak, sekolah pondokpun takde, gema gegar
vaganza takde, channel oasis takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, tapi
hari hari orang kapir masuk islam,
Kenapa?
Kerana orang kapir akan terkesan apabila melihat ‘Al quran
bergerak’. Iaitu orang yang beramal 100% seperti kehendak Allah dalam Al quran
lalu terpancarlah nur sunnah dalam diri mereka..
Maka kerana itulah, dalam masa 23 tahun sahaja, agama islam
telah tersebar dengan pantas, dan seterusnya di zaman saidina Umar, 2/3 dunia
telah tunduk di bawah kuasa ummat islam kerana ummat islam di waktu itu faham
hakikat “Al quran yang bergerak”..
Korang tahu apa ciri mereka yang ada sifat “Al quran yang
bergerak”?..
Ok, ada banyak, tapi aku ringkas pada tiga sahaja supaya
mudah faham insyAllah,
Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai 3
ciri seperti berikut:
- Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
- Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi
Muhammad SAW, atau terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
- Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar
kehidupan akhirat..
Itulah kesan dari mereka yang bersifat “al-Quran yang
bergerak”, malahan dikatan, syaitan akan menghidarkan diri dari bertembung
dengan mereka di jalanan.., subhanllah..
Hari ni mana duduknya kita? walaupun dah ada banyak kitab
ugama dicetak, akhbar harakah selalu baca, risalah lepas jummaat tak miss, blog
dakwah selalu update, dalam kereta ada keset nasyid.. ada universiti islam,
serta setiap minggu tak miss usrah, tapi, hari hari orang kapir tak masuk islam
berbondong bonding macam zaman Nabi, yang murtad lagi ramai. Kenapa?
kerana orang kapir tak terkesan langsung tengok orang islam
hari ni.., solat jemaah selamba tinggal, dakwah cara Nabi tak buat, bercakap
tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran
Allah, langsung takde nur hidayat!
Aku tengok ada anak dara dan mak dara yang berkemban jemur
baju, bila nampak ustad akhir zaman, boleh pulak bagi salam dalam keadaan
berkemban.., dan ustad jugak jawab salam sambil tersenyum macam takde apa-apa
yang berlaku.., amboi,.. manisnya hidup..
jika ustaz tu tergolong dalam “al-Quran yang bergerak” tentu
anak dara dan mak dara bertempiran lari sebab melihat sahaja “al-Quran yang
bergerak” terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah
Allah yang belum dibuat, terus rasa malu.
Sama jugak mat rempit yang sedang lepak, jika benar korang
ada ciri “al-Quran yang bergerak” , tentu mat rempit tu bertempiran lari sebab
takut nanti kena dengar cerita tentang kebesaran Allah, atau teringat belum
solat asar lagi, nanti kena ceramah pula, tapi mat rempit selamba jer tengok
korang macam tikus tengok besi, aura takde
Orang kapir lagilah, tengok orang islam macam sampah, ada
peluang, dibunuhnya orang islam, dirogol isterinya dan harta benda di rampas..,
dan tanah air di jajah
Kenapa jadi macam tu?
Jawapannnya mudah sahaja, Kerana ummat islam tidak menjadi
“al-Quran yang bergerak”…, maka Allah cabut kehebatan orang islam dari hati
orang kafir..
Tidak hairan dizaman islam sedang memuncak, di kota Baghdad
yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah ketika Islam menakluki 2/3 dunia. tiba
tiba ummat islam lupa menjadi “al-Quran yang bergerak”, sunnah Nabi iaitu
dakwah telah di tinggalkan dan hanya ulamak sahaja yang layak berdakwah, dan
ulamakpun hanya sibuk dengan majlis ilmu sahaja, kitab agama bersusun susun,
macam-macam ilmu ada, hebat sungguh!
Lalu, pada tahun itu, tahun 1258, tentera Mongol pimpinan
Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) telah menyerang kota Baghdad dan
membunuh berjuta-juta umat islam sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke
paras lutut kuda dan buku-buku karangan sarjana islam di perpustakaan terbesar
dunia Baitul Hikmah telah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi
hitam kerana larutan dakwat.
Habis begitu sahaja ummat islam diserang oleh tentera
Monggol, info agama yang tinggi tidak dapat menolong apa-apa, dan juga tiada
bantuan dari langit, (Jangan salah faham, belajar ilmu juga penting, tapi
jangan lupa juga belajar ilmu menjadi “al-Quran yang bergerak”)
Sekarang, marilah kita check diri masing masing, sejauh mana
sifat “al-Quran yang bergerak” itu, ada dalam diri kita.
Kita semua tahu, sebagai rujukan asas, Mereka yang bersifat
“al-Quran yang bergerak” mempunyai ciri seperti:
- Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
- Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi
Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
- Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar
kehidupan akhirat..
tapi sekarang, kita check diri masing masing, ada tak sifat
“al-Quran yang bergerak” itu dalam diri kita..?
- Apabila orang bercakap dengan kita, ada iman mereka akan
meningkat?, lagi syirik dibuatnya sebab pengetahuan tentang perkara yang
sia-sia bertambah, kisah sport rim, carta lagu, keputusan bola, ulasan filem,
politik sampah dan keburukan orang.., itu yang kita bincangkan..oh..
- Apabila orang terlihat kita, maka terus teringat tentang
bola, filem, fesyen, resepi, dan juga kisah baru seperti parti seteru kita ada
buat silap yang baru… mari kita bincangkan.., sedang dua ekorpun belum solat lagi..,
hampeh!
- Dan apabila orang terkenang akan kita, ada mereka ingat
akhirat?.., mungkin yang sedang ingat akhirat lalu teringat tentang kita terus
tukar igiminasi kepada dunia..oh.., teringat hutang kita yang belum dibayar
berangkali? Oh..
Jadi, janganlah mendabik dada penuh riak yang korang ni
pejuang islam menjerit takbir di pesta demotrasi, sedangkan sifat “al-Quran
yang bergerak” sudah lama membeku dalam diri.., solat jemaah selamba tinggal,
dakwah cara Nabi tak buat, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak
dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur iman hidayat.
Jadisebelum rasa diri dah boleh jawab SOALAN KUBUR, semua
kena islah diri masing masing.., sejauh mana “al-Quran yang bergerak” ada dalam
diri kita..?, kenapa kawan kawan keliling kita lebih suka bercakap tentang
dunia daripada akhirat bila berjumpa dengan kita?, kenapa kawan kawan kapir
kita takde keinginan masuk islam bila tengok kita?, fikir..fikir..
Ok habis bab SOLAN KE EMPAT DALAM KUBUR.
Sebelum tu nak bagitahu, Allah telah berjanji untuk menjaga
Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan
huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun lebih.
Namun, Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah
seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang
dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan
mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.
Nikmat mana lagi yang kitaorang dustakan?
Hidupkanlah sunnah, dengan menjadi “al-Quran yang
bergerak”…, InsyAllah..
SOALAN KE LIMA: SIAPA SAUDARA KAMU?
Untuk jawab soalan ini, kita kena buat usaha ke atas IKRAM
MUSLIMIN.
Apa itu Ikram muslimim?
Tunaikan Hak tanpa menuntut hak, contohnya seperti menolong sesama ummat islam, dengan niat
semata mata kerana Allah. Seperti pokok yang rendang serta lebat daunnya lalu memberi
rehat kepada orang yang berteduh, pokok
itu juga berbuah dan memberi kenyang kepada orang yang berehat.., langsung
tidak menuntut hak..,lalu BUAH itulah
IKRAM, dan MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang membantu
sehingga mana orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah
itu rasanya masam
Jadi, adakah korang selama hidup ada tunaikan hak orang
islam?
Apa hak orang islam?
- Selalu bagi salam bila jumpa, saling doa
kebaikkan. Bukan doa bala sini sana.
- Jika orang islam menjemput dalam majlis halal,
kena pergi jika taka da keuzuran.
- Jika orang islam bersin kena jawab Yarhamkallah, maknanya kena selalu bantu dari
segi kesihatan, selalu doa sihat, dan jika orang islam sakit kena ziarah.
- Jika orang islam mati, kena uruskan jenazah
dengan baik.
- Jika lapar kena bagi makan, jika tak solat, kena
ajak kepada solat.
- Jika orang islam jahil, kena ajar agama, jika mereka
meminta nasihat, jangan kedekut ilmu
- Ziarah sesama orang Islam bukan hanya pada hari
raya, ziarah kerana agama, dan berdakwah, sungguh pesan memesan memberi manfaat
kepada orang islam.
Ada banyak lagi hak orang islam, tujuh di atas tu korang ada
buat tak? Jika ada buat IsyaAllah sewaktu Malaikat KUbur tanya seoalan “siapa
saudara kamu?”, maka korang boleh jawab dengan tenang.
“Semua orang islam saudaraku” sebab aku sewaktu didunia,
selalu mendahului salam, selalu memenuhi undangan, selalu ziarah orang sakit,
selalu hantar mayat ke kubur, selalu bersedekah, selalu cerita bab agama, dan selalu
berdakwah.
Alhamdulillah, korang dah dapat jawab semua soalan kubur,
maka firman Allah:
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang puas lagi diredhai-Nya. masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku.” (QS. Al-Fajr: 27-30)
Tahniah!
Secara kesimpulannya:
Soalan pertama, Siapa Tuhan Kamu?, maka jawablah dengan
hakikat usaha atas kalimah Iman, Allah Tuhanku.
Soalan kedua, Siapa Nabimu?, maka jawablah dengan hakikat
usaha atas kalimah Amal, Nabi Muhammad Nabiku.
Soalan ketiga, Mana Kiblatmu?, maka jawablah dengan hakikat
Solat Khysuk dan Khuduk, Kaabah Kiblatku.
Soalan keempat, Apa Petunjukmu?, maka jawablah dengan
hakikat Ilmu dan Zikir, Al quran petunjukku.
Soalan kelima, Siapa Saudaramu?, maka jawablah dengan
hakikat Ikram Muslim, hakikat IKhlas dan Niat, serta hakikat Dakwah dan
Tabligh, Semua orang Islam saudaraku!
Selesai menjawab, nanti satu pintu syurga akan di buka
untukmu, lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman syurga
yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!
Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi.
Semoga kita semua berjumpa di Syurga.
Amin Ya Rabbil Alamin.
Ps: Hendaklah kita belajar bab agama banyak banyak supaya banyak
modal dalam diri yang mana bila dah jadi MAYAT kelak, malaikat kubur akan ajak
kita ‘Berborak Bab Agama’ tapi jika kita diam tak reti nak borak bab agama,
maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Take note!