(siri bercakap dengan dinding-kata Khairi Tajuddin)
Zaman kanak kanak. Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal
akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan
penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat
dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main kejar kejar, dan
macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di
malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik,
tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana
waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu
rakaat.
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali
imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.
Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin
sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul,
tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi
bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala
magrib meriam berbunyi satu kali.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur
dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias
lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, macam macam
permainan mereka boleh cipta.
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari
zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru,
bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah
kubur, dan lain lain.
Tapi itulah, bila datang ustak wahabi, semua benda nak di
bidaah, katanya, melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah
maupun sendiri-sendiri dengan kuat adalah bidaah, Nabi tak buat, Niat ni dalam
hati tak boleh guna pembesar suara, lafaz arab tu pun di reka katanya, bidaah
ni haram hukumnya.
Mak aihhh, ustak wahabi ni anggap bidaah semua haram,
padahal ada bidaah yang hasanah, bagus apa imam lafaz kuat biar budak budak
boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda simple
pun nak kecoh.
Lepas tu ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20
rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah
berdosa!
Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil
Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun
bidaah hasanah, kat Mekah ramai wahabi pun buat 20 jugak, kenapa wahabi Malaysia
nak marah orang buat 20?
Lepas tu ustak wahabi kata selawat salawat ke atas Nabi
Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih
dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni berdosa dan boleh
masuk neraka.
Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak
berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB,
main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?
Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan
tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram
sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah
semua tu!
Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja,
padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat
ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:
“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad
SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,
Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan
memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan
puasa. Adohai...
Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya,
lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam
tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu
imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada
sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua
kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru
untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.
Dengar cerita di Pahang tahun ni di galakkan masjid azan dua
kali macam Madinah,
Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan
haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan
kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak
wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah
FB? Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?
Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi,
seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu
tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua
tu haram sebab bidaah.
Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..
Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.
Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa
arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan
seperti:
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai
bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi
al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.
Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.
Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan
alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah
buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat,
tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah free, lagi bagus dapat cuti free, Korang nak pertikai tarikh pulak apa ke hal,
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak
berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis,
dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang aku rasa, atau apa yang aku
faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain,
melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah,
atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu,
maka, pada pendapat aku yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH
HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma
ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang
kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak
tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu
ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?
Nasihat aku, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah
Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius
sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja
kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka
tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang
orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat.
Apa? Orang tabligh pun bidaah sebab keluar tiga hari tak ada
hadis? Habis tu korang belajar phD empat tahun ambik hadis mana?
Memang sia sia bercakap dengan ustak wahabi jika tak nak
guna otak!
I rest my case.
dulu saya pun terpengaruh dengan ustaz al wahabie, sekarang saya faham
ReplyDeleteDALIL BID'AH HASANAH DARI PROF. DR. ALI GOMAA (MANTAN MUFTI KERAJAAN MESIR)
ReplyDeleteTidak semua hal yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad Saw adalah bid’ah
Ada tujuh dalil yang boleh memperbaiki cara pemahaman anda terhadap bid’ah
1. Nabi Muhammad Saw. bersabda: "Barang siapa yang melakukan sunnah hasanah dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya serta pahala orang-orang yang melakukannya juga, tanpa berkurang sedikit pun."
Erti sunnah hasanah adalah: melakukan perbuatan baik yang belum pernah dilakukan oleh siapapun sebelumnya.
2. Beberapa sahabat Nabi melakukan perbuatan yang belum pernah dilakukan oleh Nabi Saw., seperti:
Solat tarawih berjamaah di masjid setiap malam bulan Ramadan. Rasulullah tidak melakukan solat tarawih dengan cara seperti ini kecuali di beberapa malam Ramadan saja. Begitu juga Abu Bakar RA. tidak solat berjamaah di masjid, akan tetapi Umar bin Kattab RA. melakukannya, dan berkata: “ini adalah bid’ah yang baik.
3. Sayyidina Bilal RA. solat dua rakaat setiap kali selesai wudhu, padahal Nabi Saw. tidak pernah melakukannya, meskipun kemudian solat ini ditetapkan oleh Nabi.
Begitu juga ada seorang sahabat yang melantunkan pujian saat berdiri dari ruku’ (I’tidal) dengan bacaan yang tidak ia dengar dari Nabi Saw. sebelumnya. Namun kemudian Nabi memuji bacaan tahmid ini.
4. Hujjatul Islam al-Ghazali berkata: “Tidak semua yang baru merupakan perbuatan bid’ah yang terlarang, namun yang diharamkan adalah bid’ah yang berlawanan dengan sunnah yang telah ditetapkan, atau menyalahi perintah syariat Islam."
5. Imam al-Nawawi berkata: “Semua hal yang tidak ada di zaman Nabi Muhammad merupakan bid’ah, namun ada bid’ah yang baik, ada juga yang tidak baik.”
6. Al-Izz bin Abdussalam, sang pemimpin ulama berkata: “Bid’ah terbagi menjadi 5: Bid’ah yang wajib, bid’ah yang haram, bid’ah yang dianjurkan, bid’ah yang makruh dan bid’ah yang mubah (boleh).”
Cara untuk mengetahaui jenis bid’ah adalah dengan cara membandingkan bid’ah dengan kaedah syariat: jika hal ini membawa kebaikan untuk manusia, dan tidak bertentangan dengan satupun dasar-dasar utama syariat Islam, maka hal ini merupakan bid’ah yang sunnah atau wajib.
7. Sementara bid’ah yang haram adalah segala perbuatan yang berlawanan dengan dasar-dasar utama syariat serta menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad dan bertentangan dengannya, seperti mengubah jumlah solat, jumlah rakaat solat, tempat ibadah haji atau sejenisnya.
Adapun hal yang masih dalam lingkup syariat dan kaidahnya, juga selaras dengan petunjuk Nabi dan tidak keluar dari jalan yang benar, maka hal ini bukan bid’ah yang haram atau perbuatan terlarang.
Video Asal : https://www.youtube.com/watch?v=SB6DXtdhOP4
wahabiol
ReplyDeleteSeronoknya zaman kanak2. Sejak ada anak2 yg kecik2 ni dh lama tak tarawih berjamaah kat surau. Rindu pulak. Ank pulak yg dh pndai kawal diri je dbenar ikut papanya tarawih d surau.
ReplyDeleteDaripada pemahaman saya pula bid'ah ialah semua perkara penambahan, pengurangan atau pengubahan terhadap syariat yang telah pun disempurnakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Perkara syariat ialah semua perkara ubudiyyah yang telah pun ditetapkan melalui wahyu contohnya seperti solat, puasa, zakat, zikir, doa, selawat dan lain-lain. Ianya telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, dan sampai kepada kita melalui hadis-hadis yang sahih. Perbincangan dalam ruang lingkup syariat ini ialah antara sunnah dan bid’ah.
ReplyDeleteYang tidak bid'ah ialah perkara alat dunia. Tidak ada penetapan melalui wahyu. Contohnya tempat tinggal, kenderaan, makanan, pakaian, alat elektronik dan juga sesetengah ilmu. Perkara alat dunia sentiasa berkembang ke depan seiring dengan daya inovasi manusia itu sendiri yang berubah dari zaman ke zaman. Perkara-perkara ini tidak bid’ah walau ditambah, dikurangi atau diubah.
Membezakan antara dua perkara ini adalah sangat penting supaya kita ummat Islam tidak tersalah faham. Contoh salah faham yang klasik ialah pelaku bid’ah tahu perkara syariat (pada anggapan dia) yang dia lakukan itu tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat, baik melalui Al-Qur’an atau hadis sahih tapi dia tetap melakukannya. Bila ditegur dia berhujah balas dengan perkara alat dunia.
Contoh dialog antara Harun dan Hamka (watak cerpen)
Harun “Lain macam saya dengar abang baca selawat. Ada dari hadis sahih ke?”
Hamka “Memang tiada dalam hadis sahih, tapi ini perkara baik, bid’ah hasanah”
Harun “Adakah ini perkara baru?”
Hamka “Memang perkara baru. Cuba adik tengok mikrofon dalam surau kita ni, perkara baru kan? Tiada di zaman Nabi kan? Nabi tak guna mikrofon kan? Bid’ah ke?” Jawab Hamka keras. Menjadi kebiasaannya suka berdebat dan selalu mahu menang.
Harun “Tapi mikrofon tu alat elektronik. Alat dunia, bang”.
Hamka “Adik, adik terpengaruh dengan ustak wahabi mana pulak ni”.
Inilah contoh klasik di mana Hamka (watak cerpen) tidak dapat membezakan antara syariat dan alat dunia. Ruang lingkup pemahaman dia tersalah tetapi dia tidak sedar. Bila ditegur hal bid'ah, dia menjawab dengan hujah alat dunia. Banyak lagi contoh lain.
Semoga kita semua diberi pemahaman taufik dan hidayah daripada-Nya. Amin.
binbaz: terimakasih pengcerahan
ReplyDeletecinta: boleh sambung pulak dengan bapaknya di rumah, he he
Harun: Hamka dalam cerpen tu silap jika bagitahu mikrofon tu bidaah, sebab tu aku tak tulis pun dalam cerita aku, kau jer yang tuduh aku boleh keliru dengan mikrofon tu bidaah. bab kata Al-Izz bin Abdussalam, : “Bid’ah terbagi menjadi 5: Bid’ah yang wajib, bid’ah yang haram, bid’ah yang dianjurkan, bid’ah yang makruh dan bid’ah yang mubah. Mikrofon tu tak payah lah nak cakap bidaah, itu sains. Nabi tak larang sains selagi tak rosak akidah.
Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada bulan Ramadan, jawab beliau: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah melebihi 11 rakaat samada dalam bulan Ramadan atau pun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
ReplyDeleteAl-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk 1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".
Khalifah Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu ketika menganjurkan solat tarawih secara berjama’ah di masjid , beliau berkata,
الْبِدْعَةُ هَذِهِ
“Sebaik-baik bid’ah adalah ini”. [HR. Bukhari no. 2010]
Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat. Tiba-tiba ada sahabat pada zaman Khalifah Umar buat solat Tarawih 20 rakaat berjamaah di masjid. Sahabat tersebut jelas telah melakukan perkara BID'AH. Mustahil Khalifah Umar tak faham tentang bid'ah. Kenapa Khalifah Umar TIDAK MELARANG dan mengatakan mereka sesat ? Kenapa ?
Perbuatan sahabat tersebut jelas adalah bid'ah kerana mereka buat apa yang Nabi dan Khalifah tidak buat, tetapi ia bid'ah hasanah(terpuji & tidak sesat), Khalifah Umar tidak melarang sahabat tersebut dan tidak mengatakan mereka sesat kerana ia bid'ah hasanah.
Sebenarnya yang tidak mengikuti Khulafa arRasyidin itu orang yang MENOLAK bid’ah hasanah. Khulafa arRasyidin sendiri melakukan dan tidak melarang bid’ah hasanah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita mengikuti Khulafaur Rasyidin. Sementara Khulafaur Rasyidin melakukan bid’ah hasanah. Bererti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita melakukan bid’ah hasanah. Dengan demikian kami yang berpendapat dengan adanya bid’ah hasanah itu sebenarnya mengikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin.
Wallahu A'lam.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAwak ada brape Ph.D?
Wohaaaa...hahaha...