(Kisah laki Bini menjelang Ramadhan)
Sekambalinya Laki dari solat berjemaah, lantas bertemu bini
yang sedia menanti dirumah adalah salah satu nikmat hidup yang besar, atau
pergi haji bersama bini dan lain lain ibadat yang dibuat bersama laki bini,
bukan sahaja menambah seri nikmat hidup, pahala juga bertambah-tambah. Malahan
ada Hadis menceritakan kisah seorang hamba Allah yang mahu beribadat seumur
hidup tanpa berbini, tapi di larang oleh baginda besar Nabi Muhammad SAW dengan
bersabda;
“Barangsiapa yang mampu untuk berbini tetapi tidak berbini
maka dia bukan dari umatku” (riwayat Tabrani & Baihaqi).
Jadi, Ada apa dengan Kisah Laki bini?
kisah 1:
"Kenapa macam banyak sangat awak tinggal puasa ni?, dah
macam sebulan awak tak puasa saya rasa? Nampak macam hari hari awak ganti
puasa, dulu lupa niat ke apa?"
Soal Encik laki pada Puan bini pada awal bulan Syaaban.
"Abang dah lupa ke?, siapa yang buat saya mengandung
dan beranak di hujung Syaaban tahun lepas?, lalu berpantang dari bulan puasa
hingga Syawal? menyusu lagi sampai masuk Syaaban tahun ini, abang dah lupa?”
Dalam hati laki: menyesal tanya, salah aku rupanya, adohai..
Kisah 2:
Lagi 5 minit nak azan, kelihatan Laki Bini sedang baring
depan TV.
Tiba tiba ada alarm dalam Smart Phone bagitahu lagi 5 minit
nak azan Zohor.
“Siapa yang masih belum berdiri untuk buat persiapan solat,
dia bukan ibu bapa yang baik untuk anak contohi!”
Kata Puan bini sambil cuba bangun dari pembaringan, aku
pulak terus melompat bangun sambil berkata:
“Siapa yang belum basahkan badan dengan wudhu, dia bukan ibu
bapa yang baik untuk anak contohi!”
Alamak, bilik air kat dapur terkunci, si bini sambil gelak
lari masuk dalam bilik air di bilik utama.
Ok, bini siap ambil wudhu, baru aku dapat masuk bilik air
belakang sebab ada anak guna tadi.
“Siapa yang masih belum pakai pakaian solat, dia bukan ibu
bapa yang baik untuk anak contohi!”
Kata Puan Bini lagi yang sedang bersiap sarungkan kain
sembahyang, aku pulak kelam kabut tukar kain pelikat dan sarungkan baju melayu,
eh? Mana kopiah?
Puan Bini kelihatan sudah lengkap dengan kain solat siap
terseyum sambil ditangan nya ada kopiah.
“abang kalah”
Aku balas senyuman, ambil kopiah di tangannya lalu hidupkan
motor sambil di lambai oleh Puan Bini dari celah jendela yang lengkap dengan
kain solat warna putih.
Azan pun berkumandang lalu kami berpisah untuk bertemu Tuhan
dari lokasi yang berbeza.
Moral of the Story; Laki solat awal waktu di masjid, Bini
solat awal waktu di rumah, bersatulah mereka di Syurga, amin…
Kisah 3:
Bini Whatsapp,
“Abang nak makan apa sahur nanti?”
Aku reply:
“Nasi lauk ikan, demi...”
Bini aku tanya balik.
“demi apa?”
Aku terus balas:
“demi cintaku padamu”
Woha!
Kisah 4:
“Eh? Abang dari mana tadi?”
“klinik gigi”
“sebab?”
“Abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk
bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”
Chewah!
****
Kisah 5:
"Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit"
Kata laki yang baru balik dari tarawih malam pertama.
Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil
kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..
"Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan
Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan
‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang
pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang
tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian
muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di
anjung syurga dan bertanya:
" Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?"
Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada
para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan.
Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat
Muhammad s.a.w."
Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy
yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..
Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar
bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan
sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...
Bisikan itu berbunyi:
"Yusuf... Taiyoob.."
Woha!
Kisah 6:
Puasa hari pertama ada saudara datang ziarah, kelam kabut
urus itu ini, sekali kami semua tertinggal solat zohor berjemaah, dah 20 minit
berlalu dari azan zohor, oleh sebab kami pun ramai, jadi kami buat keputusan
untuk solat zohor berjemaah di rumah kereta mayat, lalu timbul masalah dalam
bab melantik iman.
Nota: Sebaik solat bagi lelaki ada tiga. Iaitu berjemaah,
tempat azan di azankan, dan awal waktu. Seandainya ada halangan, pilihlah salah
satu.
Kembali ke babak rumah keretamayat, bab masalah melantik
imam solat berjemaah.
"Tuan rumahlah jadi Iman, bacaan kamu lebih bagus dari
kami"
"kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya
baca kuat, kaulah"
"awaklah imam, sebab awak lebih berumur"
"eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia
lebih ramai"
"eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full
sunnah"
Dalam tolak menolak, Puan Bini menyampuk:
"tak payah gaduh, biar Hamka jadi imam, sebab gigi dia
lebih putih dari korang semua, baru cuci gigi sehari sebelum Ramadhan!"
Woha!
(Teknik pilih imam, pastikan bacaan Al quran paling bagus,
atau lebih berumur, atau sudah berkahwin, gigi bersih tu bonus. He he.)
Akhir kata: Kami Laki Bini minta maaf zahir dan batin pada
semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat
bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga
Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi
hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan
ini- Amin.
Ps2: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika
baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati.
Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin
.
(DIPETIK DARI E BOOK KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA bab
Pengenalan, Harga: RM20-280 Muka surat)
Cara nak beli, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank
556226405584) Hantarkan bukti pembayaran ke mesej FB atau ke email:
keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF
File) kepada mesej FB atau Email anda dengan segera!
Selamat berpuasa!
bisikan syaitan "you so tired..."
ReplyDelete