(Surat ayah kepada anak yang sedang sakit tua)
Apa khabar anakku, lagi mahu tanya, dah tentu khabar tak
sihat sebab dengar cerita sedang menderita sakit tua, inilah hidup. Datang dan
pergi, bawa dosa bawa pahala, tinggal kenangan sini sana.
Ayah tak tahu nak nasihat apa pada orang yang lebih tua dari
ayah, al maklumlah, waktu ayah tulis surat ini, ayah baru umur 40 tahun,
sekarang anakku, di hujung usia. Korang dah jadi lebih tua dari ayah dan lebih
pandai dari ayah.
Okey, sempena korang terbaring tak boleh banyak bergerak
kerana sakit tua, ayah rasa nak baca buku cerita kat korang, kira macam bed
time story, tapi oleh sebab korang semua dah tua dan uzur serta kerepot, maka
cerita ni macam death time story lah, woha!
Cerita ni ayah dapat dari cerita kawan ayah seorang bukan
islam yang cerita kepada ayah akan kisah dalam kitab agama dia, (Apahal pulak
nak baca cerita kitab agama lain waktu nak mati ni, termurtad karang, adohai…,
okey dengar dulu sampai habis, insyAllah tiada siapa siapa yang akan murtad
jika ambik moral dari cerita ini)
Kisahnya berbunyi begini, pada zaman dahulu, di sebuah
kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah,
satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat
termasuklah neneknya yang disayangi. Dia perhatikan sendiri bagaimana sorang
demi sorang orang tua menjadi uzur dikampungnya termasuk neneknya, dan sorang
demi sorang mati akibat sakit tua.
Maka sewaktu neneknya sedang nazak, si budak ini baru tahu
punca kematian semua orang dikampungnya adalah adalah kerja Malaikat Ajal. Maka
dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat Ajal.
Dalam kitab itu cerita, Tuhanpun kurniakan hikmat MENANGKAP
MALAIKAT AJAL pada budak itu.
Jadi budak ini dapat melihat malaikat ajal, dan tahulah dia
ajal neneknya dah nak sampai, lalu budak itupun terus gunakan HIKMAT MENANGKAP
MALAIKAT AJAL, dan budak itu berjaya kurung malaikat ajal dalam sebuah peti
besi.
Maka neneknya tak mati pada hari itu, tapi bila budak tu
tengok nenek dia menggelumpur sakit, mengerang kesakitan tanpa suara, wajah
yang penuh menderita, najis angin busuk keluar dari badan tak henti henti, mata
pulak siap terbelalak menahan roh keluar dari badan tapi tak lekuar keluar, dan
neneknya terus tak dapat tidur sepanjang malam kerana menanggung kesakitan yang
amat sangat, dalam suara yang tidak jelas bersama lingangan air mata terdengar
neneknya berdoa: "Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat
dengan aman”
Maka timbul simpati menggunung tinggi pada budak itu dah
fahamlah dia bahawa mati lebih baik bagi neneknya. Lalu bersama linangan air
mata terus budak ini melepaskan malaikat ajal. Serta merta malaikat ajal
terbang kearah neneknya dan mengambil nyawa neneknya, maka terus terpejam mata
neneknya, dan kendur semua anggota badan yang menggelumpur sebelum ini.
Neneknya akhirnya mati dan berehat dalam aman.
Si budak ini menangis syukur kerana neneknya telah pergi
dengan aman, Alangkah deritanya manusia jika tiada maut, budak ini belajar tentang
hakikat hidup bahawa pengsan adalah nikmat pada orang yang sakit, dan mati
adalah nikmat bagi orang yang sedang nazak.
Okey, itu cerita dari orang bukan islam dalam kitab mereka,
sekarang ayah nak cerita kisah sedih dalam kitab kita orang islam pula,
kisahnya begini:
Di akhirat nanti bila semua orang dah masuk neraka dan
syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor kambing
Hidup rupanya Maut ni, sebab tu lah kita semua akan mati,
lalu Allah perintahkan Malaikat maut sembelih kambing di antara syurga dan
neraka, maka matilah 'maut' disembelih malaikat maut sambil disaksikan oleh
penduduk syurga dan nereka.
Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga, maklumlah tak ada
mati lagi selepas ini, hidup dalam
nikmat selama lamanya.
Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..!
kerana mereka akan di azab selama-lamanya.
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”
Allah tak layan
permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selepas di azab ribuan tahun,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah”
Allah tak layan permohonan mereka kerana di dunia mereka
telah diberi peluang tapi mempersendakan wakil Allah…
Allah berfirman: “Kekallah kamu dalam neraka
selama-lamanya!”
Habis cerita sampai sini, salam takziah atas sakit, tak lama
korang akan jadi mayat dan akan menghapus segala kesakitan didunia, tapi jika
korang hidup banyak dosa, akhirat jauh lebih derita, maka di atas katil
hospital ini, bersyukurlah kerana zikir korang masih dinilai, solat korang
masih memberi manfaat, dan taubat korang masih diterima, bersyukurlah atas
peluang merasa sakit dihujung usia kerana semuanya penghapus dosa bagi mereka
yang sabar dan faham.
Salam takziah, Cuma ayah harap, kematian korang menjadi
kematian yang dicemburui oleh orang beriman.
Eh? Apa itu kematian yang dicemburui?
Begini kisahnya:
Hari ini jika korang mati menjadi mayat, maka akan ramai
anak cucu serta saudara mara yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat
korang, mayat korang akan diurus sehabis baik, dimandikan, diwudhukan, di letak
haruman, dikapan elok-elok, dan di solat beramai ramai lalu mereka semua akan
mengiringi mayat korang ke kubur dengan cara di usung penuh hormat, dan dikubur,
lubang khas digali, dank orang ditanam dengan pemuh sopan, akhirnya mereka mendoakan
semoga roh korang dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk
tidak mahu menerima nasib seperti korang, namun semua orang akan tetap menjadi
mayat, lambat atau cepat sahaja.
Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati
menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak
datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari
dari perang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur,
sebab masing masing sibuk bersembunyi atau sibuk di seksa, yang tinggal,
hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat. Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk
dijalanan,tiada orang nak uruskan pun, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa
kain kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima
nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang yang mati dalam Negara yang
aman merdeka.
Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat
kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka
itulah salah satu nikmat mati.
Lalu kenapa kamu takut mati wahai anak? kenapa bersedih jika
mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah.
Sama macam korang uruskan mayat ayah dahulu.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada
perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka.
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati
dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga
sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka.
Tak perlu ayah tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena
faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu
Bakar R.A atau Saidina Umar R.A juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi
telah bersaksi syurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang
sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman,
maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Ayah ulang!,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka
sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di
tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara
kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi
mayat.
Sekian. Pesan ayah kepada korang yang sudah tua semua. Jangan takut mati, relax…
Selamat menjawab soalan malaikat kubur.
Merdeka sebenar, bila kita diumum sebagai ahli syurga di
padang mahsyar.
Jumpa di sana semua wahai anaku, syurga firdaus, tingkat
lapan-woha!
I miss you all.
Ps: Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang
mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka
(di dalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedkitpun pahala amal (kebajikan)
mereka.” (QS. Ath Thur: 21).