(Sudah solat? Sudah jaga aurat?sudah banyak tahu hokum hakam? sudah pandai berceramah? Dah rasa diri masuk syurga? Baca ni dan renung renungkan-Tiga perkara yang mudah buat kita merasa sombong)
Dalam dunia ni di penuhi dengan orang orang yang sombong,
berlagak bagus dan perasan hebat.., tak ke manapun mereka kerana akhirnya
mereka akan jadi mayat orang sombong, mayat berlagak bagus atau mayat perasan
hebat, tu jerrr. Takdelah hebat sangat kan?., masuk neraka : hebat ke?
Sedarkah korang?
Hanya Allah yang layak bersifat sombong (AL-mutakabbir) dan
Allah sangat murka kepada hambanya yang berlagak sombong (takabbur)
Dan Allah takde sifat tawaduk.., sifat rendah diri, dan
ALLAH SUKA SANGAT kat hambanya yang rendah diri, maka sedarlah diri sikit
bahawa korang semua adalah HAMBA yang hina dina, datang dari lubang kencing dan
akan kembali ke lubang 'cacing', bakal menjadi mayat yang berulat dan setiap
rongga akan di penuhi binatang melata.. isk isk isk.. sorang sorang minum air
hujan, sorang sorang di baham tanah alam kubur! (akupun!)
Di beritakan, orang yang ada sifat sombong walaupun secebis,
nescaya akan di masukkan ke dalam Neraka, menurut hadis, akan keluar raksasa
dari neraka yang akan meragut orang sombong di padang mahsyar laksana ayam
meragut biji bijian.
Bercerita tentang sobong, biasa kita jumpa orang berlagak
sombong ni daripada ahli dunia, seperti orang kaya, jutawan, artis, model, ahli
sukan, orang berpangkat, orang politik, orang ada jawatan tinggi dan
sebagainya..
Namun ada jugak orang miskin yang sombong, atau orang hodoh
yang sombong atau orang bodoh yang sombong.. apa kes?
Dan yang lebih haru biru bila ada yang pandai agama tapi
berlagak sombong..
Contoh terawal makhluk sombong yang pandai agama adalah
ketua malaikat, berlagak bagus pada Nabi Adam a.s yang menyebabkan Allah murka
padanya lalu di sumpah menjadi IBLIS laknatullah..
Jadi aku nak pesanlah kepada korang yang pandai agama akan
bahaya merasa diri super born muslimin atau super born muslimah dengan berlagak
sombong pada member-member lama yang belum dapat hidayat, baru tujuh kali pergi
usrah dah pandai tolak fatwa, dah pandai hina ulamak dan dah pandai hokum orang
yang tak sependapat dengan korang masuk neraka, adohai..
Jangan sombong bukan pada tempatnya, masuk neraka berpelukan
dengan iblisn bukan pilihan yang bijak, maka untuk itulah aku terpanggil (chewah,
macam superhero pulak rasa terpanggil gitu) untuk kongsi sikit ilmu iaitu : untuk
mereka yang teret tengan agama islam , ada TIGA tempat yang mudah buat korang
jadi sombong jika tak jaga betul betul akan niat dan ikhlas.
1) Menjadi Ketua
Ada hadis, Orang yang melantik dirinya sendiri menjadi imam
di murkai Allah.. (sedang ahli jemaah tak suka). Tempat lain, orang yang
melantik dirinya sendiri menjadi pemimpin adalah tak layak jadi pemimpin.
Tak kiralah sama ada jadi ketua kampong ke, ketua masjid ke,
ketua pengakap ke, ketua usrah ke, imam masjid ke, ketua parti ke, cubalah elak
dari memegang jawatan dan pangkat sebab jawatan ni memudahkan datang penyakit
sombong dan takkabbur, Abu bakar dan saidina Umar Ra yang menjadi sahabat utama
dalam mencontohi kehidupan beragama tapi mereka sendiri menolak untuk menjadi
ketua orang islam, tapi bila orang ramai dah lantik barulah layak pegang
jawatan tu
Kata buznama: “Orang
yang layak, di kejar pangkat, Orang yang tak layak, mengejar pangkat”
Perku ke aku cerita orang yang suruh “undilah saya” dengan
lemah lembut, tapi bila memang terus jadi sombong suruh orang pindah jika tak
suka mereka? Woha!
Tapi bila kita dah di lantik jadi ketua, jagalah amanah dan
janganlah bersifat sombong, siapa nak ketua keluarga, atau ketua kampung, atau
ketua negara masuk neraka kerana dosa sombong! Kan?
Sombing ni lawanya tawadduk, dan cerita bab pemimpin yang
tawaduk, Contohilah Rasulullah saw, Ketua semua rasul, menurut buznama, sewaktu
Nabi di jemput ke langit mengadap Allah, dan ditanya Allah, siapa kamu? Jawab Nabi:
“aku hanyalah seorang anak yatim”.., Allahu.
Sesungguhnya, Tawadduk itu bagus, lebih lebih lagi jika anda
seorang Pemimpin.
2) Berceramah
Berceramah jika tak kena gaya memang boleh datang sifat
sombong dan takabbur.., terutamanya ustaz yang ceramah di bayar mahal, di
tempah hotel dan di puja oleh pera pendengar, atau ceramah poltik sempit, di
sinilah akan muncul pendapat sesat atau ceramah syok sendiri, aku tak nafikan, kadang
kadang tak tahan telinga duduk dalam ceramah agama dari ustaz yang merendah
rendahkan orang islam yang lain, perasan diri masuk syurga, kutuk dan umpat
sini sana, buat lawak bodoh dan apa kejadah ntah?! Sungguh menghina
kebijaksanaan para pendengar, bila tegur, marah pulak? adohai…
Nabi dulu belajar rendah diri dengan berdakwah dari pintu ke
pintu, jika korang memang penceramah tetap di masjid tapi tak pergi jumpa
masyarakat, lagi cepat datang sifat sombong dan takakbur, sehingga orang yang
pergi dakwah pintu ke pintu pun korang sanggup kutuk dalam ceramah korang..,
korang cakap mereka macam pengemis, memang mereka 'pengemis'!, mereka mengemis
manusia kembali kepada ALLAH..!
Tolonglah siapa siapa yang nak bagi ceramah ni, tolonglah
jangan berlagak sombong sangat, sangka semua orang salah diri sendiri sahajan
yang betul, dulu Nabi Musa a.s bila di tanya orang ramai, siapakah yang lebih
baik dari kamu? Katanya takde, lalu Allah tegur dan suruh baginda pergi belajar
agama dengan Nabi khidir a.s, tapi Nabi khidir enggan ajar kerana Nabi Musa as
kurang ada sifat sabar.. (panjang cerita, boleh rujuk kitab)
Ringkas cerita, jangan sombong waktu ceramah dengan rendah rendahkan
orang islam yang lain.
Sesunguhnya, berceramah ini boleh bawa kita ke syurga, tapi
silap gaya, juga boleh bawa kita ke
neraka.
3) Tempat rujuk.
Ini biasa terjadi bila semua orang pakat-pakat rujuk masalah
agama kat korang, jika tak kena gaya maka akan mudahlah datang sifat sombong
dan takabbur, muftipun kena hati hati bila keluarkan fatwa, tak kena gaya setan
cucuk jarum maka rosaklah manusia.
Dan ini aku nak nasihat kat diri aku sendirlah ni, bila aku tulis
blog keretamayat, maka ramai orang yang rujuk aku masalah agama, nasihat aku
adalah:
Jangan rosakkan masa depan korang. Aku manusia biasa, ada
orang yang anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan
buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara
on-line..maafkan aku kepada yang email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku
bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama atau
sekolah pondok..sekolah pondok telefon je dulu-dulu sebab masa tu takde smartphone
(tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..
Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap perkara agama,
betul tak..?
Sebab tu dalam buku aku, biasa muka surat depan aku bagi
amaran siap siap:
Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang buku ini tanpa
merujuk kepada Dalil dari al-Quran atau al-Hadis yang semakna atau hampir
semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan sangat-sangat berbahaya
kepada mereka yang bertaraf ‘bot-bot kecil.’
Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar
memberi pendapat kepada diri sendiri. Jika ada tulisan yang salah, mohon di tegur, sekiranya berasa was-was, sila rujuk –
dengan kadar lebih segera daripada mi segera – kepada ustaz dan ulama serta
kitab yang berhampiran dengan anda.
Maafkan penulis jika kurang berhikmah dalam penulisan dalam
buku ini. Terima kasih kerana berlapang dada ketika membaca kisah seorang
‘pemandu Kereta Mayat.’
Okey, cukup sampai sini tazkirah yang bertajuk, jangan
menjadi sombong. Semoga aku tidak menjadi penulis yang sombong sampai bila, dan
korang juga tidak menjadi pembaca yang sembong sampai bila bila.
Pecah kaca, pecah marmal, pecah pinggan.
Lepas baca, sila amal dan sampaikan.
Sekian.