Dec 15, 2016

Vaksin-adakah kita termasuk berlagak tahu?

(adakah kita bercakap apa yang kita tahu, atau kita tak tahu apa yang kita cakap, tapi kita buat buat tahu, atau berlagak tahu?)

“vaksin ini sebenarnya ciptaan yahudi untuk tujuan bisnes, mereka cipta penyakit dan mereka juga yang cipta vaksin untuk cegah penyakit, macam virus dalam computer, mereka yang cipta virus dan mereka jugak yang cipta anti virus”

Kata seorang kawan yang berlagak tahu serba serbi dalam kereta sewaktu aku memandu dengannya. 
Kebetulan dalam kereta ada berita dari Kementerian Kesihatan yang mengajak orang ramai menjaga persekitaran rumah dari pembiakan nyamuk kerana vaksin untuk virus zika dan denggi belum ada. di samping itu KKM juga nasihat semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa. 

KKM juga menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.

Habis kawan aku cakap, aku pun berkata:

“jika betul tuduhan kamu yahudi yang cipta penyakit dan cipta vaksin untuk tujuan bisnes, kenapa negara kapir yang banyak kena virus zika? Dan kenapa sampai sekarang mereka tak jual vaksin denggi dan zika? Tentu kaya jika ada vaksin tu, sebab denggi ni dah wujud sejak tahun 1779 dan zika pula dah ada sejak tahun 1947, sekarang dah nak masuk 2017 kenapa yahudi tak jual vaksin denggi dan zika jika betul mereka handal?”

Kawan aku diam seribu Bahasa. Aku sambung lagi:

“sebab Allah yang cipta penyakit dan Allah juga yang bagi ilham pada manusia untuk jumpa penawar, yahudi tak berkuasa, Allah yang berkuasa, yahudi merangcang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang! Apa korang ingat vaksin untuk denggi dan zika ni simple macam anti virus dalam computer yang susun nombor guna binary kod bagai? Ciptaan Allah ni Maha Hebat sehingga Allah berfrman: berkumpul semua manusia nak buat seekor lalat pun tak mampu, apatah lagi nak buat kuman? jadi pleaselah berhenti buang masa tuduh yahudi hebat sangat control dunia, lebih baik luangkan masa untuk kaji kebesaran Allah, dan ambil manafaat dari ciptaanya untuk selamatkan manusia dan selamatkan iman kita”

Kawan aku diam sejuta Bahasa, maafkan aku sebab sound direct, kita dah tua, berhentilah bercakap macam budak sekolah menengah baru dapat layan youtube dan facebook tapi berlagak macam sudah tahu semua benda tapi bila tanya apa itu Floppy Disk pun tak tahu fungsi padahal hari hari melintas depan mata.

Woha!


Ps: Tak tahu apa itu Floppy Disk? Klik save as, baru nampak, ha ha, itu belum tanya lagi apa hubungan pen dan kaset, adohai..

Ps: Akupun banyak yang tak tahu, sebab tu aku tak tulis semua benda, pesan Nabi, jika tak tahu lebih baik diam- wallahu'lam.

Baca juga: Adab sebelum viral

7 comments:

  1. Ada lagi, walkman, video tape, dos. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Mungkin Encik Hamka / pengunjung blog boleh kupas isu ini dari sudut saintifik dengan mendatangkan bukti yakni

    1) Bagi Pro-Vaksin kemukakan data-data atau study case menunjukkan vaksin telah terbukti keberkesanannya.

    2) Bagi Anti-Vaksin kemukakan data-data atau study case menunjukkan vaksin telah terbukti kemudaratannya.

    Apa yang Encik Hamka ulas dalam status ni bagi saya ianya lebih kepada perdebatan teori bukan praktikal atau bukti yang boleh kita refer.

    Semoga ada penambahan pengetahuan dan ilmu.

    ReplyDelete
  3. Cdgn En Harun tu baik, bg yg berminat boleh rujuk jurnal jurnal perubatan, khususnya bidang imunologi, cuma mungkin sedikit masalah memahami terminolgi terminologi perubatan.
    Kalau cerita kat sini, nanti jadi mcm blog perubatan pulak.

    ReplyDelete
  4. Blogger cinta :

    Walkman, ha ha! Tentu mereka ingat super hero,

    Harun Ismail:

    Boleh rujuk KKM untuk bukti vaksin, atau baca buku Dr Suhazeli, Vaksin bukan mitos, 

    Dr Anon :

    Woha!

    ReplyDelete
  5. Dah menjadi satu tabiat umat islam sekarang ni untuk menutup kelemahan dgn menyalahkan kaum yahudi

    ReplyDelete