(Tazkirah pendek hujung tahun 2016)
“Abang mayat, Allah tahu tak siapa masuk neraka dan siapa
masuk syurga?”
“Allah Maha Mengetahui”
“Jika Allah dah tahu, kenapa Allah tak selamatkan orang yang
masuk neraka tu awal awal?”
“Allah dah hantar Nabi atau wakil Nabi. Silap sendiri tolak
wakil Nabi, ada cerita dalam Al quran”
“kenapa Allah tak hantar malaikat? Senang orang nak beriman”
“soalan kenapa tak hantar malaikat pun ada dalam Al quran, ada yang mintak kitab turun terbang dari langit baru beriman, jawapannya adalah, Allah buat dunia ni untuk uji manusia, nak buktikan siapa
yang baik dan jahat, bukan nak layan SYARAT BERIMAN dari semua manusia, maka, jika dah nampak malaikat semua, tak perlulah lagi jadikan dunia sebagai ujian"
“kenapa ujian Tuhan susah sangat?”
“senang macam ginilah, di sekolah cikgu bagi ujian, periksa
pertengahan tahun cikgu pun dah dapat agak siapa yang boleh berjaya dan siapa
yang gagal, jadi jika ada pelajar gagal cakap, kenapa ujian susah sangat? Kenapa
tak bagi jawapan terus, maka tak gunalah sekolah, lagipun akhirat belum
berlaku, dan mahkamah Allah sangat adil di sana, orang yang buat baik sebesar
zarahpun Allah akan balas, jadi jangan putus asa dalam mencari Rahmat Allah
kerana Dia Maha pengampun”
“bagaimana jika kefahaman kita yang salah?”
“sebab tu dalam solat, hari hari kita minta jalan yang benar,
Allah yang Maha Pengasih pasti akan tunjuk jalan yang benar andai kita ikhlas
dalam meminta”
“terima kasih”
Ps: Setiap hari orang
islam berdoa agar di beri jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang,
sewaktu memohon jalan yang lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang
lurus, mereka berpaling daripada jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang
dimurkai dan disesatkan. Nauzubillah.
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)".
ReplyDeleteAl-Furqan, ayat 20.
benar!
ReplyDeletebenar en harun. malangnya manusia akhir zaman ni x tahan langsung ujian, kebanyakannya. yg suami dgn perangai tempeleng anak bini x tentu pasal, yg isteri dgn perangai jerit jerkah pd suami kalo x dpt sesuatu, yg anak dgn tantrum x abis2, yg pemimpin x tahan godaan nafsu, harta dan pangkat, yg rakyat x tahan ujian barang naik, moral runtuh, yg penjual dgn perangai nak untung lebih2 mcm duit boleh bawak masuk kubur, yg pembeli dgn perangai customer mesti betul smp tahap melampau dlm bermuamalah. moga2 Allah bagi kita kekuatan utk hadapi ujian, bkn mengeluh sebab diuji.
ReplyDeletejentayu