(tanya sama abang keretamayat-)
Soalan pembaca:
Assalamualaikum. Maaf mengganggu saudara Hamka
Saya ada soalan nak tanya. Semoga saudara hamka tak
keberatan untuk jawab.
Soalan saya macam mana kita nak buat untuk pastikan hati
kita bole terima dengan terbuka dan berlapang dada seandainya doa kita dan
usaha kita atas sesuatu Allah tidak makbulkan. Andaikata apa yang kita hajat
tidak dimakbulkan Allah, boleh tak kita masih terus berdoa dan berusaha untuk
hajat tersebut walaupun kita sendiri rasa mcm memng dah tak layak untuk hajat
trsebut atas faktor umur, tanggungan dan etc.
Sebab telah berusaha dan berdoa sejak umur muda sampai dah
meningkat umur. Jadi mcm mana nak didik hati kita supaya berlapang dada dengan
apa yang Allah telah tentukan instead of menangis dan rasa kecewa yang mana
boleh jatuh kufur atas nikmat Allah yang lain.
Sekian
Wassalam
*******
Hamka said:
Salam.
Maaf menggangu dari anda telah aku terima, dan aku pernah
tulis isu ini dalam buku Permata Yang Hilang Kini di Jumpai. Mungkin tak selari
dengan masalah anda, tapi point ada di sini.
Jadi aku akan ringkaskan point untuk masalah ini agar korang
senang nak rujuk, insya-Allah:
1. Ramai orang berdoa nak turunkan harga minyak, nak suruh
kerajaan letak jawatan., nak suruh israel berundur dari palestin., nak
mufliskan perniagaan orang yahudi.. Tapi kenapa doa mereka tidak makbul? Minyak
tetap naik, kerajaan yang sama tetap memerintah, Israel tetap serang palestin,
syarikat yahudi tetap kaya raya..kenapa?
2. Jawapannya adalah Kerana doa itu tidak di makbulkan oleh
Allah, Kenapa doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah, sedangkan di kalangan
mereka aku tengok ada ramai ustaz dan ustazah, ramai alim dan alimah, kenapa ?
3. Pembakang cakap, doa tak makbul sebab kita takde Negara
islam, ada ustaz cakap, doa tak makbul sebab ummat hari ni banyak makan benda
haram, riba, dan sebagainya, Aethist cakap, doa tak makbul sebab tuhan tidak
wujud, semua ada hujah masing masing.
4. Yang pastinya, Zaman ini bilangan orang pergi hají dan
bilangan orang islam lebih ramai berkali ganda dari bilangan orang islam zaman
Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Syria, dan
lain-lain,” tapi doa masih tak makbul, kenapa?
5. Bagi aku, Antara salah satu sebab musabab doa korang tak
makbul adalah kerana korang salah teknik dalam berdoa sebab tak faham apa itu
takdir.
6. Sebagai contoh, jika muka korang hodoh gila babi lalu
korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah: “Ya Allah jadikanlah wajahku
secantik Mackenzie Foy. Lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa
yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang korang nampakkan? Apa perasaan korang?
Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri?
7. Jadi doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab
perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
8. Sepatutnya korang doa macam nih… “Ya Allah..jadikanlah
aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini: (sambil bersyukur kerana hakikatnya
ada lagi orang yang muka lebih buruk dari korang) lepas doa, korang pergi
tengok cermin..apa yang berlaku? Kalau doa ‘sabar’ korang makbul.. tentu korang
cakap: “cantik jugak aku nih, ada iras iras Karenna kapoor..Woha!
9. Jadi dalam doa, cuba mintak dengan Allah hari-hari agar
dikurnia hati yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan
segala ujian.
10. Cuba tanya diri, sekarang ada korang doa sabar dengan
apa yang korang tak suka? .. berapa kerat antara kita yang doa sabar dengan
kesusahan berbanding yang berdoa supaya kesusahan tu hilang?
11. Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar,
seperti, alahai..lambatnya gaji..apahal awek aku tak tepon nie, lambatnya cuti,
…apatah lagi kita nak sabar dengan benda yang kita benci! Jadi korang tahu
kenapa Allah bertalu-talu bagi korang susah? Adakah Allah nak korang ingat pada
Dia dengan mintak di hilangkan kesusahan? Atau Allah nak korang bersabar dengan
kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korang naik?
12. Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak
‘hati yang bersabar’?
13. Nampaknya aku kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi
better korang rujuk ustazlah…jadi Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang
pernah di ungkapkan oleh seorang sahabat Nabi: “HATI YANG SENTIASA BERSABAR”
14. Cuba rajin buka kitab, rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W
yakni: bila batu dihempap atas dada Bilal Ra, Bila Khabbab RA di seret atas
bara api sampai bara api padam kerana lelehan lemaknya, Bila Sumayyah di seksa,
Bila Abu Bakar Ra di pukul sampai rata mukanya, Bila Nabi sendiri di baling
batu, Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir? Buat batu tu stop
macam Neo dalam the matrix stopkan peluru? Kenapa Allah biarkan saje NabiNya di
baling batu dan Sahabat Nabi di seksa..?
15. Tak lain tak bukan… Kerana Allah nak uji iman mereka,
dengan perantaraan sabar!
16. ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN
MUSIBAH!
17. Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga
Yasir dll? Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita, Sesungguhnya Allah
bersama orang-orang yang sabar… Dan..SABAR itu kepala kepada iman!
18. Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan
kesusahan dalam hidup korang? Ada korang mintak hati yang bersabar? Tidak,
sebaliknya korang menjerit terlolong sana sini dan salahkan orang lain,
salahkan kerajaan, salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi
menderita..tertekan, gila babi, lalu bunuh diri!Nauzubillah.
19. Cuba rujuk cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh
orang kapir…Nabi Zakaria mengerang kesakitan,.lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh,
kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’
menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat.
20. Cuba rujuk kisah Nabi s.aw waktu di baling batu kat
Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif, Nabi sabar dan doa kebaikkan
untuk mereka sambil air mata Nabi bergenang.
21. Cuba rujuk kisah ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi,
sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba sekor telah lari (macam Ahmad Albab
daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu
tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka kerana tergores sana-sini,
begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila
dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang
kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi Musa belai dan gosok dia, sambil
berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini? Lalu mendukung kambing
itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat
Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat
sabar…subhanaAllah…
22. Itu belum aku cerita Nabi khaidir yang enggan menerima
anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai
sifat sabar
23. Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yang
besar dalam hidup adalah memiliki hati yang sabar…
24. Korang tahu apa itu sabar? Sabar terbahagi kepada dua:
Satu: Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan Dua: Sabar menahan segala
penderitaan..
25. Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!
26. dan maksud sabar dalam menahan segala
penderitaan..adalah : TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI! SAMAADA ALLAH HILANGKAN
KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!
27. Rujuk Al Quran kisah sabar dalam perang: “Maka jika ada
di antara kamu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua
ratus orang musuh dan jika di antara kamu ada seribu orang yang sabar niscaya
mereka dapat mengalahkan dua ribu orang musuh dengan izin Allah. Sesungguhnya
Allah bersama orang-orang yang sabar.” , rujuk ayat ini diturunkan waktu perang
badar, orang kafir ada seribu, dan orang islam ada tiga ratus lebih, lalu Allah
suruh sabar, dan Allah bersama orang yang sabar, jadi bila ada masalah, kita
kena doa supaya Allah bagi sifat sabar pada kita dalam hadapi kesusahan, dan
bila dah ada sifat sabar, maka mudah untuk kita selesaikan masalah itu kerana
Allah janji akan bersama orang yang sabar, nikmat mana lagi yang aku dustakan?
28. Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari
pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan
sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so
adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..
29. Ni lagi satu…bila korang ada hajat dan buat solat hajat,
berapa raka’at korang solat hajat? Apa? Tak dengar…Dua?.. DUA SAJER!? Saidina
Ali yang tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah
ruah, aku yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sajer supaya dimudahkan
urusan hutang piutang..oh…kalau lah malaikat tu jenis makluk yang ada sifat
penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa aku, adohai…
30. MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah
hati yang bersabar. Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan
kamu selepas kamu bersabar..
31. Jadi yang tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum
sabar dengan sifat suami?
32. Yang tak tahan dengan karenah majikan, dah doa belum
sabar dengan sifat majikan?
33. Yang tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa
belum sabar dengan rezeki Allah?
34. Yang tak tahan dengan karenah anak-anak, dah doa belum
sabar ngan sifat anak?
35. Yang tak tahan dengan karenah pemimpin, dah doa belum
sabar ngan sifat pemimpin?
36. Bila korang ada sifat sabar, masalah korang akan lebih
senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat sabar ditimpa masalah.
Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang berjaya isteri yang
Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat sabar yang luar biasa.
37. Lagi satu ada ustaz cakap, Allah akan betulkan orang yg
menyusahkan kita bila kita bersabar dengan mereka, (macam Nabi dan penduduk
mekah) dan Allah akan biarkan mereka menyusahkan korang yang tak nak bersabar
dengan mereka!
38. Kerana itu korang boleh tengok negara yang rakyatnya
terus di tindas, isteri-isteri yang terus menerus di zalimi suami..kenapa?
kerana mereka bukan nak bersabar tapi tak bersyukur dan tak bersabar malahan
nak menentang pula!
39. Ketahuilah, Allah yang keluarkan masalah, Allah juga
yang menyelesaikan masalah.., kembalilah kepada Allah.
40. Ada ustaz cakap, Seorang isteri yang bersabar dengan
karenah suaminya-Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak
suaminya. Seorang rakyat yang bersabar dengan karenah pemimpinnya-Allah akan
hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak kerajaanyanya.
41. Apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal,
jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah, ada benda
lain lagi yang patut korang doa sampai keluar air mata darah!
42. Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR.
43. mintak jugak dengan Allah supaya bagi hati yang sentiasa
bersyukur,
44. Bila korang ada sifat syukur, masalah korang akan lebih
senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat syukur ditimpa masalah.
Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang Berjaya, isteri
yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat syukur yang luar
biasa.
45. Perkara seterusnya korang dan aku kena mintak dengan
Allah supaya bagi sifat ikhlas dalam beramal, Dan seterusnya korang kena mintak
dengan Allah supaya bagi hati yg sentiasa takut dengan dosa yang lalu dan akan
datang..
46. Ketahuilah, Orang yang jahat adalah orang yang lupa pada
dosanya, Orang yang baik adalah orang yang lupa pada amalnya,
47. Ya Allah, PILIHlah aku menjadi orang islam yang soleh.
Ya Allah, GUNAkanlah aku menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, BANTUlah aku
menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, TERIMAlah aku menjadi orang islam
yang soleh.
48. Hari ini kita semua telah dipilih menjadi orang islam,
tapi takut bila kita mati kelak, kita tidak diterima sebagai seorang islam,
maka mintaklah dengan Allah supaya gunakan kita sebagai asbab hidayat dan
mintaklah Allah Bantu kita dalam mencari hidayat dan menjadi asbab hidayat.
49. Bagi mereka yang di timpa masalah, ingatlah: Sekiranya
beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku,alangkah ringannya penderitaan
ini.
50. Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita
dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi,
alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Sekian.
(di olah semula dari buku PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI)
Ps: siapa baca sampai habis, korang memang seorang yang sabar, Alhamdulillah
tiada kesabaran rupanya aku.......................... ..
ReplyDeleteNak ending lagu lamunan terhenti aris ariwatan edited by hamka :D
ReplyDeleteterkesan. tq for sharing.
ReplyDeleteDah sampai #20, aku dah jadi kurang sabar... "berapa panjang lagi ni..." dah mula speed reading (baca: skip reading).. wohaa.. terkena kat ayat akhir Hamka.
ReplyDeleteASSALAM...
ReplyDeleteSaudara Hamka....boleh tak tolong huraikan lagi point ke 46 ini....
>>> 46. Ketahuilah, Orang yang jahat adalah orang yang lupa pada dosanya, Orang yang baik adalah orang yang lupa pada amalnya,
Terima kasih atas perhatian yang diberikan yea... :)
Point no 3. Hamka tulis, pembangkang cakap doa tak makbul sebab kita takde negara islam. Betul ke? Cuba hamka bagitau pembangkang mana, masa bila. Kalau tak dapat, jadi fitnahlah tu. Dapat satu kes kena berdepan di akhirat. Abang tabligh... abang tabligh...
ReplyDeleteAbang tabligh pun kena barsabar. Bersabar menuntut ilmu Al-Quran As-Sunnah bukan setakat bersemangat untuk iman dan amal sahaja, nanti jadi jahil. Bersabar berjihad menegakkan siasah yang benar, pemerintahan sunnah, bukan setakat jadi pak turut jadi kambing untuk orang jahat dan zalim. Bersabar dan berusaha menggantikan sistem ekonomi bathil kepada islam, bukan setakat usung pinggan mangkuk dari masjid ke masjid. Bersabar berdakwah kepada orang bukan islam, bukan setakat mengumpul ahli yang dah memang kaki masjid. Tak gitu abang tabligh?
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteAllah itu ada sifat jaiz bagiNya..kita kene beriman dengan sifat jaiz Allah..kalo kita x beriman ngan sifat jaiz bagi Allah,
ha itu baru betul kita x sabar namanya..
xkan le org doa muka yg hodoh banyak jerawat dan sebagainya supaya Allah jadikan cantik pun kita nak intai2 sebagai x sabar hehe..
hebat n bersemangat sangat tu sheikh hehe
Aku rasa parti pas kut abg harun.. pssst (berbisik) kwn ckp pas parti ajaran syaitan..nau'uzubillah..tp bkn abg tabligh la yg ckap
ReplyDeleteCayalh bro....gud info,wa rsa lu ptut jdi mufti lh...gnti gn mufti2 yg ada skrg ni...anyway gud info bro....cau...
ReplyDeletesemoga allah makbulkan doa kita
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteHarun Ismail.
Nabi Harun dinubuatkan kenabian kerana nak bantu Nabi Musa buat dakwah...
Nabi Ismail anak kecil yang ditinggalkan (dipadang pasir kering kontang) kerana bapanya Nabi Ibrahim pergi dakwah...Kita minum air zam-zam, hadiah Allah atas kesabaran ibunya Nabi Ismail yang sanggup berpisah dengan suami kerana kerja dakwah Allah.
Pada nama kau ada usaha dakwah.
Agenda PAS atau Pembangkang hanya laku dalam Malaysia. Luar Malaysia di Singapura atau Thailand saja orang dah tak terima, tak tahu dan tak nak amik tahu...
Agenda Tabligh seluruh dunia, 250 buah negara ada jemaah tabligh bergerak, sesuai dengan gelaran Nabi saw rahmatilalamin. Jemaah Palestin pun datang ke Malaysia dan cerita penting untuk usaha dakwah, kalau tak orang-orang Palestin yang tertekan dan tension mati dalam keadaan tinggal solah dan tak beramal.
Cuba solah 2 rakaat dan minta Allah tunjuk mana usaha yang benar dari guna akal kecil anda.
Aku jarang solah di masjid dan surau sebelum buat usaha ni
Jadi, sangkaan kau Tabligh hanya target ahli masjid tu amat salah. Target kami semua sekali tanpa kira usia, pangkat atau harta. Semua insan, Allah sayang 70 kali lebih dari seorang ibu sayang anaknya. Allah bukan sayang kau saja atau aku saja
Malah, jika kau selidiki betul-betul ramai ahli PAS dari Tabligh sebenarnya.
Siapa pun kau, aku sayang sepertimana aku sayang diriku.
Tripple O 3
Alhamdulillah saya masih ada kesabaran membaca. Syukur masih ada sekelumit kesabaran. Terasa indahnya sabar.
ReplyDelete