(Morgan Freeman said to Library Guard: Gentlemen, I'll never
understand. All these books, a world of knowledge at your fingertips. What do you
do? You play poker all night?”-Quote from Se7en Film)
Aku tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka
pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.
Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi
masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku asal usul hantu, contoh cerita
serigala jadian, dalam perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu
guna senjata dibuat dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa
seriga atau vampire dan sebagainya.
Cerita “How to train your Dragon”, dikampung Viking, ada
Buku panduan membunuh naga, siap dengan gambar berates jenis naga dan kelemahan
naga. Itu cerita zaman dulu tu..
Apa yang aku dapat simpulkan, bangsa mereka maju sebab
dokumentasi mereka bagus, cara buat enjin kereta, cara buat kapal terbang, dan
lain lain ada didokumentasikan elok elok, tak percaya pergi university tengok
mana mana bidang, matematik ke, fizik ke, biologi ke, semua dokumentasi dengan
formula, rajah, contoh yang mana generasi akan datang boleh belajar ilmu dari
generasi zaman dulu cukup dengan hanya merujuk buku.
Sekarang ini pun, dah ada buku cara nak bunuh Zombie yang di
tulis dengan serius, pendek kata bangsa yang maju ni adalah bangsa yang mahir
dalam bab dokumentasi.
Kat kampung aku dulu, ada pakcik yang boleh buat perahu
tanpa guna plan, semua dalam otak, bila pakcik ini meninggal tak de siapa dapat
ilmu ini, dan pernah masa aku kecik bermain di sebuah rumah yang dibuat tanpa
paku, tapi tak ada orang boleh buat sebab pembuat rumah itu sudah meninggal.
Maka sebab itulah bila kita pergi sekolah, ada kerja khusus,
kena buat laporan, yang mana anak anak kita kena buat tugasan dalam bentuk
buku. Jika belajar tinggi lagi, ambil ijazah, kena buat projek semester akhir,
kena buat report semua aktiviti kerja, dan hasil keputusan, dalam buku tebal,
itu semua nak ajar manusia jadi bangsa dokumentasi kerana dokumentasi yang
baguslah akan cepat memajukan umat manusia. Itu belum cerita nak ambil Phd,
kena Publish paper, kena tulis Journal, tulis tesis dan sebagainya.
Jadi bila masuk alam pekerjaan, korang akan ada ilmu dan
bakat masing masing, sesuai dengan pengalaman hidup dan suasana persekitaran,
jadi aku cadang untuk majukan ummat, korang kena dokumentasikan ilmu korang,
tulis di blog, atau di web, supaya boleh dirujuk oleh generasi akan datang.
Baca sejarah, Meriam Sultan Melaka adalah antara meriam
terhebat di dunia, tahan letupan, tapi dokumentasinya mana? Katanya juga,
Istana Raja zaman dahulu terang dengan teknologi susunan api pelita yang unik, tapi
mana dokumentasinya?
Jadi balik pada zaman sekarang, semua orang perlu menulis
ilmu masing masing, ibu ibu yang pandai memasak resepi istimewa, dokumentasikan
ilmu itu, yang pandai buat layang layang, dokumentasikan.
Aku sangat berterima
kasih kepada blogger yang rajin update ilmu seperti cara tukar nama pembeli
kereta, cara cepat ke airport, tip murah ke taman tema, cara mudah apply
pinjaman rumah, dan lain lain kerana semua itu sangat membantu aku yang sedang
mencari maklumat berkaitan, terima kasih!
Dan aku juga sekarang ini dapat ucapan terima kasih kepada
mereka yang mencari maklumat agama, kerana aku dulu waktu pergi ceramah, sangat
suka dengan tamsilan ustaz, yang kaitkan kejadian alam dengan ilmu tuhan, aku
catit dan bila aku sampaikan dalam ceramah atau tulis balik di blog, aku ubah
tamsilan dengan kembangkan lagi, dan akhirnya aku ‘dokumentasikan’ tulisan aku
itu dalam buku dan boleh di kongsi oleh generasi akan datang dengan lebih luas
lagi, insyaAllah.
Begitu juga perbualan laki bini, sama ada yang berilmiah,
bergurau, atau common sense, aku dokumentasikan di blog atau di facebook, dan
tak lama, siap satu buku cerita perihal KISAH LAKI BINI bersama ilmu tamsilan
yang dikaitkan dengan kehidupan beragama. Dah 10 ribu copy terjual. Alhamdulillah.
Soalan soalan dari anak yang lucu dan pelik, atau susah nak
jawab, aku tulis juga, dan akhirnya siap buku KISAH ANAK BINI yang boleh
dirujuk untuk generasi akan datang. Dah masuk cetakan kedua.
Jadi buku buku aku bukan nya ditulis sebulan sebelum siap,
tapi sudah bertahun tahun di tulis dalam blog, Buku MENANGKAP DAJJAL DIWAKTU
DHUHA, atau Buku ALMOND LONDON DAN GAY, juga buku, SEMUSIM DI SYURGA DAN
NERAKA, PERMATA YANG HILANG, KAMAR SUTERA dan lain lain buku akan datang adalah
hasil rajinkan diri luangkan masa untuk kongsi ilmu kepada pembaca sejak zaman
muda lagi.
Jadi tip nak jadi penulis, kumpulkan bahan sekarang, dokementasikan eleok
ekok supaya mudah rujuk dan akan datang jika ada rezeki, boleh siapkan dalam
bentuk Buku agar lebih mudah dirujuk oleh generasi akan datang.insyaAllah.
Ada sahabat anaknya kena Leukaemia, dan waktu jumpa dia
selalu cerita pengalaman anaknya akan betapa sukar di sekolah, betapa sukar
dihospital, appointment dengan doctor pakar bagaimana dan akhirnya apabila si
anak umur 12 tahun, sudah sembuh. Aku cadang pada dia agar tulis pengalaman
ini, dokumentasikan di blog sebab akan datang, jika ada ibu bapa hadapi masalah
sama, mereka boleh rujuk cerita anda. Dan mungkin akan datang, dari blog,
pengalaman tadi boleh dibukukan.
Tapi katanya agak susah sebab kejadian tu dah berlalu 12
tahun, banyak peristiwa penting terlupa dan semangat nak menulis tak ada.
Jadi pesan aku kepada anda semua, jangan siap kerja baru
buat dokomentasi, tapi buat terus sekarang, macam cerita mat saleh yang sedang
buat kajian, mereka rakam suara guna alat perakam setiap aktiviti atau guna
video, nanti bila siap projek, mereka boleh upah orang tulis, dan siap satu
buku. So tipnya, luangkan masa tulis ilmu, pengalaman, travelog, info dan lain
lain SEKARANG, jangan tunggu dah habis event baru nak tulis.
Bila bangsa kita rajin dokumentasikan ilmu, maka generasi
akan datang akan belajar dengan lebih cepat dan dengan jimatnya masa mereka,
maka banyak benda berfaedah yang lain dapat dibuat.
Aku percaya, dalam ilmu hadis, Allah takdirkan bangsa arab sebagai
pemangkin ilmu hadis adalah kerana mereka termasuk bangsa yang mahir dalam
dokumentasikan ilmu susur galur keturunan. kerana itulah bila Nabi turun ke sana,
masalah dokementasikan kata kata Nabi sangat Berjaya dijaga mereka sehingga
hari ini, 1400 tahun kita masih dapat manfaat dari Hadis Nabi dengan sanad
sampai ke Rasulullah S.a.w , Alhamdulillah
Akhir kata, sebagaimana segala masalah agama boleh
diselesaikan dengan merujuk kitab, muda mudahan untuk kita orang melayu, bila
ada masalah, sepatutnya boleh juga di rujuk kepada kitab atau buku, tak perlu
gadoh gadoh pendapat saya ni lebih betul, pendapat awak lebih salah dan
sebagainya.
Jadi balik kepada sumber rujukan untuk generasi akan datang,
cuba tengok filem barat yang teruk macam Twilight, Bella Swan bila ada masalah,
beliau pergi rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal usul
puntianak, sifat semula jadi dan cara mengenali puntianak.
Tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak
rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh tu
baca jampi dan minta korang cari ayam hitam.
Adohai…
Jadi, kepada mereka yang ada pengalaman tangkap hantu, tulis
buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang
kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin
tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam
kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.
Sekian.
Ps: Jangan takut salah tulis, jika takut salah tulis, nanti tak
ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah
supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri,
tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!
Tiba2 semangat berkobar2. Tq.
ReplyDeleteBuku TAmar Jalis ada apa? boleh rujuk untuk bunuh hantu!
ReplyDeletesetujuuu...terbaik....teruskan berkarya dan berinspirasi.....
ReplyDeletekata2 yg sgt mmbantu untuk aku yg baru menulis! tq bro.....
ReplyDeleteYes...ini N3 inspirasi ku bila terasa lemah..ohh terasa pemangkin semangat ku d dokumentasikn d cni..tq..
ReplyDeleteThanks bro atas penulisan menggunakan bahasa kiasan terbaik. Harap penulisan ini membuka mata semua pihak.Yang salah tetap salah.
ReplyDeletehttp://ashwed1973.blogspot.my/2016/10/hikmat-tumbukan-tidak-mengena.html#comment-form
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq hamka..godek2 jumpa.blog ni..walaupun baca lompat2..sbb nak cepat..tp aku dpt key point nya..teruskan berkarya hamka
ReplyDeletesama sama
ReplyDeletedan terima kasih semua, :)
Jika ada salah dan silap, silalah tegur :)