Jun 2, 2016

Kisah laki Bini Special Edition?

Sekambalinya Laki dari solat berjemaah, lantas bertemu bini yang sedia menanti dirumah adalah salah satu nikmat hidup yang besar, atau pergi haji bersama bini dan lain lain ibadat yang dibuat bersama laki bini, bukan sahaja menambah seri nikmat hidup, pahala juga bertambah-tambah. 

Malahan ada Hadis menceritakan kisah seorang hamba Allah yang mahu beribadat seumur hidup tanpa berbini, tapi di larang oleh baginda besar Nabi Muhammad SAW dengan bersabda;

“Barangsiapa yang mampu untuk berbini tetapi tidak berbini maka dia bukan dari umatku” (riwayat Tabrani & Baihaqi).

Jadi, Ada apa dengan Kisah Laki bini?


****
"Kenapa macam banyak sangat awak tinggal puasa ni?, dah macam sebulan awak tak puasa saya rasa? Nampak macam hari hari awak ganti puasa, dulu lupa niat ke apa?"

Soal Encik laki pada Puan bini pada awal bulan Syaaban.

"Abang dah lupa ke?, siapa yang buat saya mengandung dan beranak di hujung Syaaban tahun lepas?, lalu berpantang dari bulan puasa hingga Syawal? menyusu lagi sampai masuk Syaaban tahun ini, abang dah lupa?”

Dalam hati laki: menyesal tanya, salah aku rupanya, adohai..



****
Bini Whatsapp,

“Abang nak makan apa sahur nanti?”

Aku reply:

“Nasi lauk ikan, demi...”

Bini aku tanya balik.

“demi apa?”

Aku terus balas:

“demi cintaku padamu”

Woha!



Jadi begitulah lebih kurang gurau senda Laki Bini di Bulan Syaaban, lalu lanjutan seluruh cerita dalam buku ini adalah himpunan kisah Laki bini yang berlaku di sepanjang bulan Ramadhan, selain berkisah tentang isu “Demi cintaku padamu”, buku ini juga berkisar tentang ”Demi masa, sesungguhnya semua manusia dalam kerugian, kecuali orang beriman, dan beramal soleh, dan berpesan dengan perkara hak dan berpesan dengan kesabaran”

Akarian, merujuk kepada tajuk E-Book ini, “kisah Laki Bini di bulan puasa” maka ulasan ringkas isi kandungan E-Book ini adalah cerita tentang beberapa perkara yang menguji iman dan kesabaran kehidupan laki bini menempuh suka duka di sepanjang ramadhan yang hakikatnya lebih bermakna lantaran berpuasa dalam status Laki bini.

Kenapa lebih bermakna? Ini adalah kerana selain pahala bulan puasa yang memang sedia ada sudah berganda, pahala selepas “berpesan dengan perkara hak dan berpesan dengan kesabaran” dalam kehidupan laki bini juga berganda ganda.

InsyaAllah.

******
“Eh? Abang dari mana tadi?”

“klinik gigi”

“sebab?”

“Abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”

Chewah!

****


Sungguh antara perkara yang indah sewaktu berpuasa dalam status laki bini adalah, waktu sahur dan berbuka puasa kita berteman, terawih dan tahajud juga berteman, bukan teman biasa, teman tapi mesra, chewah.., namun hati-hati juga, kerana jika tersilap bermesra, puasa dua bulan berturut turutlah kita, adohai!,

Semoga kisah Laki Bini dalam buku ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua laki bini atau bakal laki bini dalam menempuh suka duka kehidupan rumah tangga sepanjang bulan puasa khususnya dan sepanjang kehidupan amnya, semoga cinta laki bini masing-masing selamat sampai ke hari tua, dan bisa tembus kepintu syurga lalu menjadilah laki bini yang muda selamanya di sana, amin..

Selamat berpuasa, selamat mencari lailatul qadar, selamat bersatu di lailatul jaizah, dan semoga “Woha” bisa tembus ke pintu shurga, Amin..

***
"Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit"

Kata laki yang baru balik dari tarawih malam pertama.

Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..

"Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

" Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?"

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w."

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

"Yusuf... Taiyoob.."

Woha!

****

Puasa hari pertama ada saudara datang ziarah, kelam kabut urus itu ini, sekali kami semua tertinggal solat zohor berjemaah, dah 20 minit berlalu dari azan zohor, oleh sebab kami pun ramai, jadi kami buat keputusan untuk solat zohor berjemaah di rumah kereta mayat, lalu timbul masalah dalam bab melantik iman.

Nota: Sebaik solat bagi lelaki ada tiga. Iaitu berjemaah, tempat azan di azankan, dan awal waktu. Seandainya ada halangan, pilihlah salah satu.

Kembali ke babak rumah keretamayat, bab masalah melantik imam solat berjemaah.
"Tuan rumahlah jadi Iman, bacaan kamu lebih bagus dari kami"

"kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya baca kuat, kaulah"

"awaklah imam, sebab awak lebih berumur"

"eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia lebih ramai"

"eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full sunnah"

Dalam tolak menolak, Puan Bini menyampuk:

"tak payah gaduh, biar Hamka jadi imam, sebab gigi dia lebih putih dari korang semua, baru cuci gigi sehari sebelum Ramadhan!"

Woha!

(Teknik pilih imam, pastikan bacaan Al quran paling bagus, atau lebih berumur, atau sudah berkahwin, gigi bersih tu bonus. He he.)

Akhir kata: Kami Laki Bini minta maaf zahir dan batin pada semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga

Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan ini- Amin.

Ps2: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati. Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin.
(DIPETIK DARI E BOOK KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA bab Pengenalan, Harga: RM10-280 Muka surat)

Cara nak beli: 

Bank in RM10 kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)

Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email anda dengan segera!

Atau Pm di FB, dan hantar bukti bayaran di FB, Saya akan hantar ke mesej FB anda sesegera mungkin, InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan!


2 comments:

  1. Masyallah...

    Selamat Pose Mekar dan keluarga.

    One out of three

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya tambah sikit tuan.
    Ustazah saya kata bila bab nak melantik imam di rumah orang. Utamanya tuan rumah dan diikuti dengan bacaan, usia dll. Wallahua'lam :)

    ReplyDelete