Dec 3, 2015

Cemburu sampai syurga?

(Tanya sama Abang kereta mayat)
Hantaran Perkahwinan-Selamat pengantin baru

Soalan pembaca:

As salam. Tuan hamka. Saya tak pasti camne nak mulakan bicara. Tapi saya tak tau nak tanya sape. Saya suka mengaji. Dah banyak kali khatam. Tapi saya jarang membaca tafsir. Saya cuma faham makna beberapa surah je. Baru2 ni saya terpanggil untuk baca tafsir secara mendalam. Saya buka surah ar rahman. Dan, ternyata surah tu asyik cerita pasal bidadari. Saya musykil, adakah nikmat2 syurga hanya untuk lelaki? Harap tuan dapat bantu saya.

Jawab Hamka Kereta Mayat:

Salam, Al quran ada banyak ayat, antaranya:

Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah Balasan orang-orang yang berbuat baik” (Az-Zumar : 34)

Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya” (Qaaf : 35)

Ayat ni guna perkataan mereka : merujuk lelaki dan wanita, akan dapat apa saja yang nak dalam syurga, so takde masalah Allah nak bagi lelaki perfect 10 kat ahli syurga, nak bagi suami klon yang sempurna dan lain lain yang di luar jangkauan otak, usaha kita masukkan diri dalam syurga, bukan fikir dalam syurga nak buat apa, Allah Maha Adil, 100 orang bunuh orang di dunia, hanya kena hukuman satu kali mati di dunia, tapi di akhirat, 100 orang akan tuntut kejahatan yang mereka lakukan, begitulah sebaliknya dalam berbuat kebaikkan..

Bab suami di syurga, ada kisah bila suami masuk dalam syuga dia pun tengok biadadari cun dan nak  terkam macam puan risau, tapi bidadari cakap cuba tengok ketua bidadari iaitu isterinya. Sekali bila suami tengok Puan isteri, maka kecantikkan Puan isterinya adalah berates kali ganda lebih cantic buatkan si suami hilang nafsu melihat bidadari lain, wallahu’alam.

Jawab pembaca:

Thanks banyak-banyak tuan. Hari ni hati saya sangat lapang. Sebelum ni tiap-tiap malam saya sedih bila pandang suami. Sebab saya takut suami saya nanti asyik layan bidadari aje.


Woha!

14 comments:

  1. Hehe...suami pun akan hensem berkali ganda kat syurga tu.

    Syurga kan. Tak boleh nak bayang nikmat berkali gandanya. Tapi adakah kita dah prepare sepenuhnya ke syurga. Soalan pada diri sendiri dan untuk teman2.

    ReplyDelete
  2. Sy mcm penah denga ustaz kate...kenikmatan syurga melebihi ape yg kite boleh fikirkan hinggakan ahli syurga tiade lansung rase cmburu...

    ReplyDelete
  3. Assalam, hehe..spesis isteri mmg sama, sedih bila memikirkn en suami lebih prefer bidadari..
    Ni link video yg admin tgok, dan jawapan ada dlm ni (nak skip mukadimah start tgok 30:40)..
    So, cheer up para isteri heart emoticon
    https://www.youtube.com/watch?v=bGW5_aoycEY

    ReplyDelete
  4. semua yg terbaik ada kat sana... nak jeles mendenya
    cuma.. dah ready ke nak kesana tu... cukup ke equipment & GPS nya

    ReplyDelete
  5. Org bertaqwa confirm masuk Syurga (3:133),
    Org kafir confirm masuk Neraka (3:131).

    Yg tak kafir, tp tak sampai derjat taqwa ?
    Tak ada jaminan.
    Cumanya, kalau masih Islam matinya, tak kafir / murtad / munafik, walau pun masuk Neraka, InsyaAllah akan dikeluarkan juga dr Neraka, dibersihkan di Sg Haya', kemudian dimasukkan ke Syurga.

    Boleh ke kenal ahli Syurga dan ahli Neraka kat dunia ni ?
    Nabi saw kata boleh.
    Kita kan mengenal seseorg tu dgn ciri ciri atau sifat sifatnya, mk kena kenallah ciri ciri dan sifat sifat ahli Syurga dan ahli Neraka.

    Org bertaqwa tu pasti menjadi ahli Syurga, apa ciri ciri org bertaqwa tu, selain dia semestinyalan org yg Islam dan beriman ;
    1. Pemurah ; menafkahkan hartanya dlm keadaan senang dan susah,
    2. Penyabar dan tenang,tak mudah marah,
    3. Pemaaf, tak berdendam.
    4. Penyantun ; suka berbuat baik, suka membantu, sopan, berlemah lembut, tidak kasar (tutur kata atau tingkahlakunya),
    5. Sentiasa menginsafi diri, bnyk zikrullah dan bertaubat.
    (Pengajaran dr ayat ayat 3:133-135)
    Nabi kita saw pendekkan jadi ; tenang tawaddu' dan sopan santun, sbg tanda org itu Tuhan kasih.
    So, usahakanlah sifat sifat tu sebelum kita mati.

    Apa pulak sifat dan ciri ciri ahli Neraka, yg semestinya kita jauhi ?
    1. Kasar ; tutur kata dan perilakunya.
    2. Degil keras kepala, tak boleh mengalah, sentiasa nak menang.
    3. Angkuh, takabbur, sombong, ego berlebihan.
    (Pengajara dr Al Hadis)

    Kalau kita ada sifat sifat ni, latih diri, dan usaha sungguh sungguh membuangnya, make sure dan dibersihkan sebelum kita mati, mudah mudahan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas panduan ringkas amat bermakna

      Delete
  6. Terima kasih atas komen dan ilmu yang di kongsikan

    :)

    ReplyDelete
  7. Wanita wanita ahli Syurga, yg bersusah payah di dunia utk ke Syurga, jauh lbh mempesona dr bidadari bidadari Syurga.
    Begitu juga lelaki lelaki ahli Syurga yg bersusah payah di dunia utk ke Syurga, jauh lbh mempesona dr bidadara bidadara di Syurga.
    So, bg para suami dan para isteri ahli Syurga, bidadari bidadari dan bidadara bidadara Syurga kot ganteng mcm mn pun dan jelita ayu mcm mn pun, pasangan pasangan mrk jauh lbh lbh lg ganteng, lbh lbh lg ayu dan lbh lbh lg jelitanya dan menyenangkan hatinya masing masing dan dah tak heran dah dgn bidadari ke bidadara ke dlm Syurga tu. Suami suami dan isteri isteri mrk jauh lbh mempesona dr yg selainnya, dan di Syurga dah takde dah rasa cemburu mcm kita kita kat dunia skrg ni.
    So, usaha je lah utk mendptkan ampunan, rahmat dan redha Allah swt dgn bersungguh sungguh semampu mampu kita, mudah mudahan kita jumpa di sana nanti, insyaAllahuta'ala RabbulJalil RabbunGhafur RabburRahim.

    ReplyDelete
  8. Assalam,

    Aku simpan gambar lesen memandu che wife ketika dia berusia 18 tahun. Di syurga wanita umur 18 tahun dan lelaki 33 tahun. Wallah'ualam

    Well now che wife is 44. Kadang-kadang aku belek lesen memandu tu kalau rasa terkesan dengan kecantikan mana-mana wanita lain..he..he..pujuk diri sendiri bahawa isteri aku insyallah akan muda seperti dalam gambar tu selama-lamanya dalam syurga.


    CF

    P/s:Imagine you, your father, your son, your grandson all at the sanme age in heaven! God willing...insyallah
    Kumpulkanlah kami semua Ya Rabb dengan rahmatMu!!!

    ReplyDelete
  9. 10 Sahabat dijamin Nabi saw confirmed ke Syurga ; Abu Bakr r.a, Umar AlKhattob r.a, Uthman r.a, 'Ali r.a, Sa'ad Abi Waqqas r.a, Abu Ubaidah Al Jarrah r.a, Sa'id Bin Zaid r.a, 'AbdurRahman Bin 'Auf r.a, Thalhah Bin Ubaidullah r.a, Zubair Bin Awwam r.a.

    Kita pulak cammana ?

    Nabi saw kata, siapa yg amalkan Ayatul Qursi setiap lepas solat, tiada yg memisahkannya dr Syurga selain maut, begitu juga, siapa siapa baca penghulu istighfar di awal siang, mati sebelum malamnya, dan baca di awal malam, mati sebelum siangnya, mk dia diampunkan Allah swt, so, sama samalah kita amalkan mudah mudahan jumpa di sana, insyaAllah ! Selain tu jauhilah dosa dosa besar. Dosa dosa lainnya semampu mampu dielakkan.

    ReplyDelete
  10. Indahnya syurga dan segala kenikmatan di dalamnya.

    ReplyDelete
  11. Penting sgt sgt, jgn mati kecuali kita dlm keadaan Islam.
    Islam dlm ertikata ;
    1. Beragama Islam, yg tidak batal Islamnya, tidak syirik, tidak murtad, tidak munafik.
    2. Tunduk patuh, dlm keadaan taat, bukan mati dlm keadaan maksiat.
    3. Berserah diri sepenuhnya kpd Allah swt, mengharap ampunan rahmat dan redhaNya.
    Setidak tidaknya, tetap ada harapannya utk mendiami Syurga nanti.

    ReplyDelete
  12. Nak dpt jaminan syurga Allah swt kena ada takwa, takwa tu tingkatan ihsan dlm hadis Umar r.a. (ttg Islam, iman dan ihsan tu).Ihsan tu, bila kita boleh merasa Allah swt sentiasa memantau setiap perbuatan, tingkah laku, amalan, perkataan, ibadah kita. Kerananya kita melakukan segala perintahNya, beribadah kpdNya dgn bersungguh sungguh, penuh penghayatan, penuh keinsafan, penuh kesederan dan kita sentiasa menjauhi segala laranganNya semampu mampunya.

    Islam seseorg terlihat pd amal dan perbuatannya.
    Iman pula pd ilmu dan keyakinannya, terbukti (berdasarkan hadis Nabi saw) dgn sifat sabar dan syukur.
    Ihsan atau takwa pula terbukti dgn akhlak yg mulia / baik.

    Keyakinan yg benar pula mengikut fahaman kebnykn kita (umat Islam sedunia) adalah sebgmn yg digariskan oleh ulama' ulama' Asha'irah - Maturidiyah - Salaf. Ngajilah sikit, jgn sekerat sekerat. Yg ngaji sekerat sekerat nilah yg bnyknya suka suka buat tafsiran sendiri, jenis ni mmg mudah sgt tersilap, sampai sampai mana yg ego terlebih tu sampai duk bid'ahkan org, syirikkan org dan melampau lg sampai kafirkan org org yg tak sependapat. Sampai sume org tak boleh masuk syurga, geng depa jer yg layak masuk syurga Allah swt.

    ReplyDelete
  13. ni yang kene cari ketua bidadari cepat cepat, takut nanti dapat bidadari je kat syurga. ketua bidadari x dapat. semoga Allah semudahkan segalanya bagiku.

    ReplyDelete