(Dua Pilihan Pengakhiran Cerita, Alternate ending dari
Tuhan,)
‘Alternate ending’ atau ‘alternative ending’ adalah satu
terma yang digunakan dalam dunia penceritaan yang mempunyai dua pilihan
pengakhiran. Seperti hero mati ke hidup? Orang jahat terlepas ke atau kena
tangkap? Awek hero kena kahwin paksa kea
tau lari sama hero? Dan lain-lain ending.
Tak dinafikan dalam mana mana sudut kehidupan kita pun, akan
selalu ada dua pilihan yang menjadi konflik dalam hidup manusia seperti nak
kerja sendiri atau makan gaji? Nak buat pahala ke atau dosa? Nak kekal Monogami
atau Poligami?, dan lebih haru, bila ada yang pilih nak jadi Atheist dan hina
Theist? Adohai…
Jadi, al kisah menjadi tukang cerita juga ada masalah yang
sama, walaupun karya mereka sudah mencapai
tahap masterpieces, tapi ada setengah pengarah filem misalnya, sanggup
rakam dua babak akhir yang berbeza dan akan membuat pilihan selepas di
tayangkan kepada pengkritik filem atau penonton terpilih.
Antara filem terkenal yang ada dua pilihan babak
pengakhiran, yang mana ending di panggung wayang adalah babak pilihan terakhir
selepas diputuskan oleh penerbit atau pengarah, atau penonton terpilih.
Manakala babak alternate ending ada dalam special disk of DVD. Ironinya, bila
dah disiarkan babak alternate ending, ada ramai pula penonton lebih suka babak
alternative, hmm, manusia tak pernah puas nafsunya, pilihan di hati masing
masing. Layankan sahaja:
Antaranya:
- 28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.
- Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an, dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!
- The Bourne Identity: dalam alternative ending, Bourne jatuh pengsan sewaktu mencari Marie, bila terjaga, terlihat Abbot disisi yang menawarkan Bourne kembali ke CIA.
- Final Destination: hamper semua filem siries ada alternate ending. Yang patut hidup di matikan, yang mati dihidupkan, Rujuk sendiri.
- First Blood: dalam wayang, Rambo berjaya di pujuk selepas mengamuk dalam balai polis akibat di hina kerana kalah dalam perang di Vietnam, tapi dalam alternative ending, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya mati kena tembak.
- I Am Legend: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan zombie, dan selamat pulang ke Kem tentera.
- I Know What You Did Last Summer: Dalam alternative ending, Julie baca email yang tertulis "I still know".
- Infernal Affairs: Dalam wayang, hero mati kena tembak, dalam Alternate ending, hero berjaya larikan diri.
- Men in Black II: Cerita ini sepatutnya berakhir dengan menara World Trade Center bertukar menjadi piring terbang, tapi selepas terrorist attacks pada tahun 2001, yang kita tengok wayang adalah alternate ending rupanya.
- Seven: Alternate ending, John Doe dibunuh oleh Somerset bukan Mills.
- Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Anaknya John Connor pula menjadi Senator dan Skynet tidak pernah wujud.
- Titanic: Rose yang sudah tua waktu buang rantai leher ke dalam lautan, cucunya Nampak kejadian tu.
Okey, dah banyak sangat aku bagi contoh alternate ending
dalam filem, ke mana arah entry aku ini sebenarnya?, ini kan blog kereta mayat?
Apa ke jadah aku sibuk nak cerita alternate ending dari filem barat yang lagho
dan banyak adegan bukak aurat. Astarfirullah…
“kembali ke landasan yang benar”
Lantas kelihatanlah korang yang sejurus membaca tentang
alternate ending, maka fikir korang, jika pengarah filem di Hollywood berusaha
keras untuk hiburkan penontong dengan alternate ending, maka Tuhan yang merupakan
Raja segala Pengarah sudah tentu mampu membuat Alternate ending yang jauh lebih
baik dalam menggembirakan hamba ciptaanNya.
Lalu korang pun teringat satu ceramah dari Buznama, kisah
alternate ending dari Allah yang Maha Pengampun, Ada satu riwayat lebih kurang
cerita, satu orang yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat
segala perintah Allah, belum sempat taat mana-mana perintah Allah, dah jadi
mayat. Malaikat sangka dia masuk neraka!
Pendek cerita, di padang masyar kelak, berlakulah alternate
ending, yang mana apabila Allah perintahkan para pendosa masuk neraka, maka,
setiap manusia merasa enggang dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa
seret dengan muka ke tanah lalu di campakkan kedalam neraka. Akan tetapi, si
dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan
malaikat halang dia dari terjun ke neraka dan tanya: kenapa berlari nak terjun
ke neraka?, sedangkan orang lain tak nak siap kena seret muka ke tanah?
Maka kata hamba Allah ni:
Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut,
saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini
adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat
sungguh-sungguh, walau diperintah untuk terjun ke Neraka, itu yang saya berlari
tu!
Maka korang tahu apa keputusan alternate ending dari Allah
Yang Maha Pengasih?
Allah masukkan dia ke dalam shurga, walaupun asalnya dia di
takdirkan masuk neraka, subhanallah.
Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu,
takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka,
aku berlari pecut 100 meter, dah tentu malaikat tak tahan, dan biarkan korang
cepat terjun sebab kisah di atas, orang tu sempat rasa nak bertaubat sebelum
mati, cuma tak sempat nak zahirkan sahaja, so jangan jadi bodong bangang dan
jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita
alternate ending untuk pelakon yang layak.
Contoh lain, ada hamba Allah yang buku catatan amal
kebaikkannya tebal gila sehingga malaikat sangka dia ni confirm masuk Syurga,
tapi ada alternate ending rupanya, Allah suruh dia yang ada buku tebal amal
kebaikkan ini di campakkan ke dalam nereka sebab tak ikhlas! Riak! Dan syirik!
(Nota untuk mualaf: siapa yang meninggalkan amal kerana
takut di puji itulah riak, dan siapa yang buat amal supaya di puji, itulah
syirik)
Ambik kau! Oh!
Dalil lain berkenaan Altenate Ending
Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka
sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan
sebesar biji kacang." (HR Bukhari)
Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun
untuk mereka yang masuk Nereka.
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka
masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka
orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.'
Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam
bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat. Kemudian
tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih Bukhari)
Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau
sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua, subhanAllah.
Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu,
takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada
iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat
iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi?
Dalam hadis bagitahu iman ummat akhir zaman ni keluar masuk,
ada yang pagi beriman, petang kafir, iman ni boleh keluar ketika berzina,
ketika mencuri, ketika syirik, sekali mati waktu iman keluar, bau syurga pun
tak dapat dah, ADOHAI.., so jangan selesa dengan tahap iman kerana itu adalah
tipu daya syatan. jangan jadi bodong bangang dan jangan nak berangan-angan!
Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk
pelakon yang layak.
Woi? Nak ke mana tu? Tegur sikit dah merajuk! adohai..
Ok abaikan mereka yang merajuk, sambung balik kepada korang
yang masih sanggup baca entry kereta mayat.
Baik, Jika tadi ada kebaikkan sebesar biji kacang, kemudian
biji sawi, lalu Allah ubah alternate ending mereka, sekarang, mari kita dengar
hadis ini pulak, sabda Nabi:
“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku
yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat
menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang
masih di neraka.
Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu
berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan
orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.
Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak
ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman:
“Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka
keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada
lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu
dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia.
Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada
lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu
dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka
banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada
lagi orang yang berbuat kebaikan.”
Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau
sekiranya kamu semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau
bacalah ayat ‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar
zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat
gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)
Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah
memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin
telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih
sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu
genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali
melakukan kebaikan.
Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai
kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat
tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang
penduduk ahli surga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.
Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan
kebaikan yang mereka persembahkan.”
Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha
Pengampun., hadis lain pulak:
Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, aku
pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang
yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di
dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.
SubhanAllah…
Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?
Ok, jika korang belum jemu, mari kita dengar Cerita lain
berkenaan alternate ending:
Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di padang mahsar kelak,
semua orang akan di timbang amalannya, yang baik dan yang buruk, jika
buruk-lebih: masuk neraka, dan jika baik-lebih: masuk syurga, begitulah
sebaliknya.
Bagaimana pula jika sama berat?
Bak sini aku cerita:
Maka seorang hamba Allah ini apabila ditimbang dosa pahala,
syukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat, 50% amalan kebaikan, dan
50% amalan kejahatan.
Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan
kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk syurga
Maka berjalanlah dia di padang mashyar mencari kenalan dan
sanak saudara di dalam lautan manusia, dengan harapan adalah nanti kawan,
teman, taulan, atau kaum keluarga yang sudi memberi akan satu pahala sahaja!,
agar dia layak masuk syurga dan selamat dari azab api neraka.
Punyalah ramai manusia (pergi himpunan kuning dan merah pun
dah rasa ramai sangat orang, apatah lagi padang mahsyar..oh!)
Akan tetapi walaupun dah jumpa isteri, anak, keluarga dan
kawan-kawan, tapi semua tak sanggup bagi walaupun satu pahala, kerana satu pahala
kat akhirat begitu berharga!
Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid,
tak ade orang pedulipun, isk..isk.., aku ler nie..oh
Nota kuku: hari ni, satu orang kaya, bila di acu pistol,
akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama,
bermakna di dunia ini yang paling penting adalah masa, tapi kat padang mahsyar,
masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dapat
satu pahala!
Nota kiki: Bersabar dengan ‘lawak’ aku yang tak lawak dari
karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat jugak pahala.., aku rasalah,
jika korang sabar..isk,,isk,,
Sambung cerita, setelah bertahun tahun mencari pahala, maka
satu orang hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:
“aku tengok engkau ke sana sini, bertahun tahun lamanya, apa
yang kau cari?
Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar.
Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi:
“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu
sajer pahala dan ada 99 baki dosa, aku ni confirm masuk neraka, jadi ambijklah
satu pahala aku ni, semoga engkau dapat masuk syurga”
Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu
kepada Mizan Allah (tempat timbangan) dengan mengambil masa bertahun tahun
jugak.
Ringkas cerita:
Allah tanya,: dari mana kamu dapat satu pahala ini?
(nota untuk mualaf: Allah tidak perlu bertanya kerana Dia
Maha Mengetahui, tapi menurut buznama, dalam Al quran dan hadis, bila ada kisah
Allah bertanya, maka tujuannya hanyalah untuk di dokumentasikan agar manusia
dan jin boleh belajar dari perbualan
Tuhan)
Lalu lelaki itu cerita panjang lebar.
Lantas Allah berfirman:
“panggil ke mari lelaki yang sanggup bagi engkau satu pahala
itu”
Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan
pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu makan tahun jugak.
“eh, kau tak masuk shurga lagi?”
(Woha!)
Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..
“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”
“Apa? Allah panggil aku, Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…,
adohai”
Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap
Allah.
Nota: Berapa lama masa ulang alik mereka berdua, dan berapa
ribu langkah mereka gunakan untuk selesaikan masalah satu pahala?, baik korang
solat jemaah, satu langkah satu pahala, okey.
Korang jawab balik,: “Tapi kalau pergi solat jema’ah dengan
kereta macam mana dengan pahala langkah?
Aku kata: Hek eleh, takkan lah kau parking kereta betul
betul tepi saf!!
Arghh, Sambung balik:
Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya, akhirnya lelaki
yang dah ada 51% pahala masuk syurga, dan lelaki yang ada 99 dosa, tapi sanggup
sedekah satu pahala pun di masukkan ke dalam syurga! Kenapa kedua dua lelaki
itu masuk syurga?
Kerana Allah sahaja yang Mampu buat Alternate ending di
akhirat kerana DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG!
Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat
jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang
ada fikir macam nie, korang termasuk dalam golongan yang main-main! dan
main-main adalah Larangan Allah!
Kisah lelaki yang ada satu pahala dan 99 dosa tapi boleh
masuk syurga adalah HAK Allah, kita tak tahu apa amalan satu pahala yang buat
ALLAH sangup ubah alternate ending lelaki ini. Macam kisah pelacur bagi air
pada anjing, kita tak tahu apa yang ada dalam dada pelacur tu, dan apa punca
dia di lacurkan, mungkin kena paksa atau mangsa keadaan? Tapi waktu bagi air
pada anjing, ikhlasanya sempurna, bukan main-main…
So MORAL of the STORY:
Jangan mengharap alternate ending, jika main main dengan
perintah Allah.
Akhir kata: BerSangka baiklah pada Allah, dan jangan putus
asa dengan Rahmatnya!
Ok, dah panjang membebel, aku nak bagi alternate ending
sikit pada entry ini.
Terbitan terfaktab Media |
Sebelum ini, buku aku semuanya keluaran Terfaktab media, (PYHKDJ,
KS, SDS, SDN) terkini, buku Kisah Laki Bini, (KLB) adalah keluaran Pojok anak
syarikat Karang Kraf, aku tak ada gaduh dengan Terfaktab, malahan, tahun depan,
aku masih ada projek buku baru dengan Terfaktab media, aku sajer alternate
penerbit untuk tambah kenalan dan pengalaman, aku juga ada dapat lamaran dari
Dubook Press, Tarbiah sentap press dan penerbit penerbit lain, pelan-pelan
kayuh.
So pesan aku, sesiapun penerbit buku aku, bila berada di
pasaran, silalah beli.
Woha!
Terbitan Pojok Anak syarikat KarangKraf |
“kembali ke landasan yang benar”
Ok, sambung sikit lagi kisah Alternate ending dari Tuhan.
Pernah Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis semalam-malaman
sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya ayat dari Surah
AlMaa’idah. Ayat 118, ayat yang berkaitan alternate ending, bunyinya begini :
Ya
Allah, Jika Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka hanyalah hamba-hambaMu
dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Nabi telah ulang banyak kali sambil
menangis-nangis, semoga kita semua termasuk dalam Alternate ending di ampunkan
dan diselamatkan dari Azab api nereka. Amin.