(Cerpen pendek di hujung Ramadhan, berdasarkan kisah benar)
Pada suatu hari ketika aku pulang dari surau.. (wah! akulah
lelaki beriman akhir zaman kononnya) berhampiran rumah sewa lamaku, tiba tiba
aku terdengar bunyi pintu kereta di hempas berulang kali, siapa pulak yang main
bukak tutup dan hempas sekuat hati pintu kereta aku?
Tapi bila aku tengok kereta aku tak ada siapa sentuhpun, rupanya
bunyi hempas buka tutup macam pintu kereta itu datangnya dari dua orang lelaki
dewasa yang sedang bergaduh, belia kelantan sedang bertumbuk dengan belia dari
sabah! Dush! Dush! Bunyi tumbukan dan tendangan.
Lantas terlihat olehku secara khasyaf akan Aura hitam dan
aura biru nila mulai muncul di medan pertarungan, langit mulai mendung, dan
kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang
bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam
menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat
merbahaya kepada bot-bot kecil.
Aku yang tidak berseluar dalam sebab masih berkain pelikat, terus
berlari ke dalam rumah sewaku yang tidak jauh dari tempat kejadian lalu
mencapai seluar dalam dan zas, zas, zas! Kostom dalam dah siap lalu aku
melompat ke medan pertarungan!
Eh? Dah habis bertarung, kelihatan pemuda Kelantan sedang
berehat melepaskan penat, dan belia dari Sabah sudah hilang, tapi tak lama,
rupanya belia dari Sabah itu datang bawa pisau untuk menyerang.
Aku yang kebetulan berada berhampiran belia Sabah yang
bertubuh kecil itu terus memeluk beliau dari belakang dan merampas pisau lalu
lari dari tempat kejadian, memandangkan aku sudah berseluar dalam, maka
kelajuan aku berlari luar biasa pantasnya, aku berlari seperti lipasman dan
cicakman dan aku terus lari ke dalam rumah dan sorok pisau di tempat yang
selamat. Kemudian aku dengan pantasnya kembali ke tampat kejadian dan kelihatan
mereka sambung bergaduh.
“Woi! Berhenti, ingat Tuhan sikit!”
Jerit aku dengan kuat
sehingga kesemua burung yang sedang bertenggek di wayar elektrik berdekatan
terbang melarikan diri.
Belia dari Kelantan terus sound, “abang ahli surau orang
baik, jangan masuk campur”
(wah! Sekali lagi aku menjadi lelaki beriman akhir zaman kononnya)
Lalu orang ramai pun datang meleraikan pergaduhan, dan aku
nasihat kepada mereka tentang bahaya menggunakan pisau dalam pergaduhan kerana
setan akan menguasai diri dan bla bla bla.., masa tu aku tengok remaja kelantan
tu dah siap manangis, aku tahu dia menangis bukan kerana nasihat aku tapi akibat
tekanan aura pergaduhan yang hampir ke arah bunuh membunuh.
Tiada lagi nafas kuat mahu membunuh, ribut sudah menjadi
reda, malahan cuaca telah bertukar menjadi begitu indah yang mana cuaca malamnya
bersih suci seolah-olah bulan sedang menyinar, keadaan menjadi tenang sunyi, dengan
suhu yang tidak terlalu sejuk dan tidakterlalu panas, langit juga bebas dari
corakan api tahi bintang.
Malahan cuaca pagi yang terbit di pagi hari tidak
memeritkan mata kerana kelihatan matahari bersinar lembut seperti bulan. Lantas
terdengar burung burung berkicau di angkasa membelah kabus di pinggir kali,
dari jauh seolah kedengaran alunan air terjun yang mendamaikan jiwa, kelihatan
juga rama rama yang bewarna warni terbang antara kuntuman bunga yang sedang
mekar semerbak mengharum wangi, sungguh indah pemandangan ini seolah berada di
pagi Lailatul Qadar.
Atau memang ini adalah pagi Lailatul Qadar?
Tamat.
Ps: Jangan gaduh gaduh, banyakkan beristigfar, semoga masih ada
kesempatan bertemu Lailatul Jaezah di penghujung Ramadhan yang mulia ini. Pesan pada diri sendiri.
bukan pisau tu kau buang ke bukit ke bro??? hehehe
ReplyDeletebukit tu belakang rumah, malas nak cerita bukit sebab dulu ada orang pertikai, macam mana rumah sewa dekat bukit, adohai..
ReplyDeletejenuh pikir moral of the story, ingatkan suruh pakai seluar dalam, tapi rupanya nak bagitahu tanda tanda malam lailatul qad'o.
ReplyDeleteDeep!
ReplyDeleteAssalam,
Kerana pergaduhanlah Nabi saw dilupakan bila Malam 1000 bulan...(Fazilat Ramadhan-Lailatul Qadar)
Dan saya, hari-hari bergaduh...he..he..
Bergaduh dengan nafsu! Woha...
CF
Maafkan ambe Che Mekar,
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak komen boleh didelete..he..he..
Selamat Hari Raya semue...
Hahaha...hadoiii sakit perut gelak....walau pon lawak tapi nasihat tu tetap sampai...
ReplyDeleteselamat hari raya cicakman
bab seluor dalam tu yg den tak ble tahan tu... hahahhaa
ReplyDeletelipasman hahahhaa
Selamat hari rayer juga pada semua.
ReplyDeleteMinta maaf zahir dan batin.
blog ini asalnya catatan peribadi, tapi publish untuk mereka yang sudi baca.
Maaf jika terkasar bahasa.
Selamat puasa enam.
jbro hamka, camne nak pronounce WOHA ? :P
ReplyDeleteguna bahasa baku, :)
ReplyDeleteشركة تنظيف مسابح بالرياض
ReplyDeleteشركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض