Jul 2, 2015

Apa tujuan hidup manusia?

(Every living being other than humans have a purpose, they maintain the food chain at the least and do not destroy earth's valuable resources. Then what is the purpose of Humans on earth. Why and what are we here for? All that humans do is to plunder all the natural resources and pollute it.)

Baik, sempena bulan baik hari baik, kali ini aku akan menjawab persoalan tentang: Apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta, satu persoalan yang sangat sesuai untuk golongan kapir, tidak bertuhan, murtad, bakal mualaf, dan semua ummat islam yang masih sudi baca blog ini, mudah-mudahan.

Bermulalah cerita…

Seorang professor serba tahu, ketua saintis agung (kononnya) yang tahu segala galanya tentang dunia ini, tentang cakrawala, tentang sains, formula, fizik, kemia, lukimea dan segala-galanya. Lantas telah di bawa mengadap ke hadapan aku secara paksa ‘maya’, dan di tanya aku:

Soalan tentang alam:

“apakah fungsi matahari kepada manusia?”

“apakah fungsi bulan kepada manusia?”

“apakah fungsi bima sakti kepada manusia?”

Maka si ahli sains yang bukan islam dan tidak bertuhan ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya adalah sangat logik dan begitu mengimbangi akal manusia.

Tanya aku lagi,

Tentang tumbuh-tumbuhan

“apakah fungsi bunga matahari kepada manusia?”

“apakah fungsi tongkat ali kepada manusia?”

“apakah fungsi kacip fatimah kepada manusia?”

Lalu si ahli sains yang kapir ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapannya amat tepat dan begitu mengimbangi akal manusia serta di susuli dengan bukti nyata.

Tanya aku lagi,

Tentang binatang:

“apakah fungsi lalat kepada manusia?”

“apakah fungsi anjing kepada manusia?”

“apakah fungsi babi kepada manusia?”

Lantas, si ahli sains yang tidak percaya kewujudan tuhan ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, malahan turut membawa anjing peliharaannya dalam presentation siap dengan makan babi,

OK, aku tahu kau prefeser serba tahu, sekarang aku nak tanya

“apakah fungsi manusia hidup di dunia ini?”

Eh? si ahli sains yang percaya kewujudan alam dan manusia adalah secara semulajadi tidak dapat menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya adalah sangat bodoh dan begitu kureeeeng sekali.. He he he ( aku perasan pandai)

Ada ke patut ahli sains ni bagitahu, fungsi manusia ni pada alam untuk jaga binatang supaya tak pupus, apa ke jadah? Tak kan itu sahaja tujuan manusia wujud dalam alam ini.

Err, fungsi manusia adalah untuk mencari falsafah hidup dan tidak menyusahkan orang dengan sentiasa tolong orang- Salah!

Err, fungsi manusia di dunia ini adalah mencipta teknologi bagi menjaga alam sekitar- Hampeh! Sebab korang cipta teknologilah alam sekitar ni jadi rosak binasa.

Errr, fungsi manusia tak ada, jika menyusahkan orang, bunuh diri lagi baik- woha!

The purpose for humans on earth is to sit at their computers, find answer on google until they got terrible suffering and death. 

Akhirnya ahli sains bersetuju bahawa dunia ni tak perlukan manusia, yang mana jika semua orang takde dalam dunia ni, lagi elok untuk bumi, alam, dan cakerawala.

Pendek kata, jika manusia tak ada, bumi ini akan menjadi lebih bagus!

Woha!

Baiklah, jika engkau wahai ahli sains tak tahu fungsi manusia, biar aku tanya apa pulak fungsi organ manusia..

“apakah fungsi tahi lalat kepada manusia?”

“apakah fungsi madula obloggata kepada manusia?”

“apakah fungsi air tulang belakang kepada manusia?”

Ok, aku tahu engkau akan dapat jawab punya, sekarang aku nak tanya fungsi kaki, engkau tahu wahai ah-li sains akan fungsi kaki, kuku dan kiki?, memang kau tahu bukan?, tapi yang kau tak tahu adalah fungsi manusia bukan? Huh! Kesian kat engkau. (aku sendiripun kasihan gak..)

Baiklah, aku tanya last ni, apa fungsi kasut?

Maka si ahli sains fikir itu soalan bodoh…oh!
Tapi dia tetap jawab kerana beliau adalah seorang yang professional..

Walaubagaimanapun…
Nampak sangat akan kehinaan seorang manusia dan kemulian sepasang kasut kerana semua ahli sains tahu fungsi kasut, tapi tak tahu fungsi manusia..oh kasihan..

Baiklah, sekarang aku yang bukan ah-li sains, ah-li nujum, ah-li cafĂ©, atau ah-li sihir akan menjawab soalan…

APAKAH FUNGSI MANUSIA!

Perhatian kepada korang semua sebelum korang teruskan membaca:
"Aku bukan ustaz, segala kesulitan amat di kesali."

Ok, sambung balik, akan apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta.

Fungsi manusia hidup bukan hanya beranak, berak, makan, minum, kencing, merangkak, berjalan, berlari, bercakap, buat lawak, belajar, lulus peksa, masuk U, dapat kerja, jadi bos, melancap, kahwin, bersetubuh, inzal, tanamk pokok, bela kucing, beli kereta, rumah, baju, seluar dalam, bla bla bla dan jadi mayat!

BUKAN!

Sebenarnya Allah jadikan seluruh alam ini, baik di angkasa mahupun di bumi, di darat atau di lautan mahupun alam ghaib adalah untuk BERKHIDMAT pada manusia

Tentang alam, jika korang perhatikan.

Allah tidak ciptakan langit untuk matahari.
Dan Allah tidak ciptakan matahari untuk langit.

Tapi Allah ciptakan langit untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan matahari juga untuk berkhidmat pada manusia!

Tentang tumbuh-tumbuhan

Allah tidak ciptakan pokok untuk berbuah.
Dan Allah tidak ciptakan buah untuk pokok.

Tapi Allah ciptakan pokok untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan buah-buahan juga untuk berkhidmat pada manusia!


Tentang binatang dan unsur

Allah tidak ciptakan air untuk ikan hidup
Dan Allah tidak ciptakan ikan untuk beranang dalam air

Tapi Allah ciptakan air untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan ikan juga untuk berkhidmat pada manusia!

Tentang organ manusia..
Allah tidak ciptakan kepala untuk letak otak
Dan Allah tidak ciptakan otak untuk penuhkan kepala

Tapi Allah ciptakan kepala untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan otak juga untuk berkhidmat pada manusia!

Akai ada ka?
Otak letak kat kepala lutut ke?
(tak payah jawab)

Bukan itu sahaja,
Malahan semua Nabi di utus untuk MANUSIA!

Malahan Neraka di cipta untuk azab MANUSIA!

Malahan Shurga di cipta untuk beri nikmat pada MANUSIA!

Malahan Semua Malaikat di cipta untuk berkhidmat pada MANUSIA!

Ada malaikat yang cabut nyawa MANUSIA.

Ada malaikat yang jaga rezeki MANUSIA.

Ada malaikat yang catat amal MANUSIA.

Ada malaikat yang azab MANUSIA.

Ada malaikat yang berdoa untuk MANUSIA.

Malahan setan juga di cipta untuk uji iman MANUSIA!

MANUSIA! MANUSIA! MANUSIA!

Jadi, apabila seluruh tujuh petala langit dan bumi berkhidmat pada manusia, Apakah pula tujuan manusia hidup?

Tahi lalat di cipta untuk memudahkan cam identity korang bila jadi mayat kelak, dan lalat sendiri di cipta untuk memberitahu kepada polis atau ahli forensic tentang umur mayat, sebab lalat untuk mayat 3 hari berbeza dengan lalat untuk mayat seminggu, argh, jadi mayat nanti baru tahu agaknya..tak percaya, 'tanya sama itu lat-lat '

(rujuk lagu terbaru aku edit dari 'Tanya sama itu hud hud')

Sambung balik, Adakah hidup korang hanya cari pasangan, onani, kahwin, bersetubuh, beranak dan sebelum jadi mayat bercita cita nak tengok cucu kahwin? Itu sahaja?

Adakah hidup korang hanya cari duit, beli kereta, langsaikan hutang kereta, renovate kereta? Itu sahaja?

Adakah hidup korang hanya buat loan beli rumah, lansaikan hutang rumah, dah habis bayar, beberapa tahun kemudian jadi mayat, Itu sahaja?

Adakah hidup untuk sihat waktu muda, menderita bila tua, nyanyuk bila uzur, dan menanggung kesakitan sampai ajal? Itu sahaja?

Alangkah pergi mamposnya diri aku sendiri kerana lupa akan tujuan hidup di dunia ini, oh

Sebenarnya, apabila tujuh petala langit dan bumi berkhidmat hatta malaikat dan setanpun berkhidmat pada manusia, maka tujuan manusia di cipta hanya untuk berkhidmat pada ALLAH, atau dalam bahasa yang biasa korang dengar, beribadat kepada Allah

(rujuk dalil dalam Al quran: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)

Inilah tujuan sebenar manusia di ciptakan, Untuk beribadat kepada Allah, dan sebelum kita mengaku beriman, Allah akan uji dengan pelbagai ujian, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, sampai ajal tiba.
Bila sudah mati, barulah kehidupan sebenar bermula, 

Ok tak aku jawab macam ni dari ahli sains tadi bagitahu tujuan manusia adalah untuk jaga binatang supaya tak pupus? Apa ke jadah?

Take note, ini agak deep!

11 comments:

  1. Guru aku pun bagitau cam ni jugak.. Cuma jalan cito halus lagi le.... Bagus hamka..d good one..

    ReplyDelete
  2. Boleh share cerita yang halus tu?.

    :)

    ReplyDelete
  3. Kau dah sampai dah... Kau persembahkan dgn gaya kau yg bersahaja... Sonang paham.... Orait... Insha Allah

    ReplyDelete
  4. minta izin utk dishare diluar sana...

    ReplyDelete
  5. arkitel bagus... alhamdulillah.. akan dikongsikan insyallah

    ReplyDelete
  6. Salam.

    pencerahan yang bagus...

    tapi tak semua malaikat berkhidmat untuk manusia.

    ReplyDelete
  7. Manusia tetap ashraful mahlukat

    Bukankah kalau bukan kerana Muhammad saw dunia, syurga dan neraka tak akan diujudkan dan apa guna malaikat jika dunia, syurga dan neraka tak ujud...he..he

    Touch down.

    CF

    ReplyDelete
  8. benar tuan Hamka. Saya dah lama tak baca post yg mcmni dari tuan. Terima Kasih banyak

    ReplyDelete
  9. bila dah takde manusia sembah Allah, maka Allah akan matikan semua malaikat, Allah akan musnahkan dunia dan alam semesta, kerana, seluruh alam berkhidmat untuk manusia, dan kekalnya alam kerana manusia masih sembah Allah, tapi bila dah takde, maka musnahlah segala galanya,

    ReplyDelete