Kisah satu-Sepagi bersama Driver Keretamayat
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
Pada satu pagi, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke
rumah menemui saya dan bertanya:
“Adakah kita mempunyai apa-apa untuk dimakan ?”
Saya menjawab:
“Tiada.”
Maka berkata baginda: “Maka kerana itu sesungguhnya aku
berpuasa."
1400 tahun kemudian.
Berkata pula bini Hamka:
Pada pagi ini, Hamka keretamayat masuk ke rumah menemui saya
dan bertanya:
“Adakah kita mempunyai apa-apa untuk dimakan ?”
Saya menjawab:
“Tiada.”
Maka dengan lajunya Hamka berkata: “Jom sarapan di
luar"
Ternyata, iman suami saya dan saya sendiri, sangat lemah,
bila baca hadis Nabi, tepat kena atas batang hidung sendiri. Banyak lagi ilmu
yang kita tahu tapi tidak amal kerana kelemahan iman, Doakan kami dalam
tahajjud anda, jika teringat. Hu..hu.
Nasil Lemak restoran Zaman Kuantan |
Kisah 2- Kucing yang dahaga di tengah hari.
Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing
yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan
membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut
itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia
diampunkan disebabkan kejadian itu” (Hadis riwayat al-Bukhari)
"Adik K buat apa tu?"
"Bagi minum kucing"
"wah, bagusnya, ni dah macam kisah pelacur yang masuk
syurga sebab bagi anjing minum air dari kasut"
"Ayah, ambiklah gambar"
"ok, tapi tu kasut siapa punya?"
"Jumpa tepi paip rumah sebelah"
"Air ambik mana?"
"Air paip rumah pakcik sebelah!"
Ps:Adohai si anak, bagi minum air pada kucing sudah bagus,
tapi kasut dan air jiran yang punya anak oii..
Kucing, jumpa lagi dipadang Mahsyar! |
Kisah tiga, Sepetang di Pantai Timur
Pada suatu petangdi tepi pantai, ketika kami laki bini sedang
duduk duduk di bawah sepohon kayu. Aku tiba tiba ambil sebatang ranting kering
dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya
gugur.
Kemudian aku berkata kepada bini:
“Hai sayang! Mengapa awak tidak tanya kenapa abang berbuat
demikian ini?"
Sahut bini ku: "Sila khabarkanlah padaku."
Pantai Nenasi-Pahang |
Kata Aku, pernah Abu Usman r.a bercerita, ketika beliau dan
Salman r.a sedang duduk di bawah sepohon kayu. Salman telah ambil sebatang
ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga
kesemua daunnya gugur. Kemudian kata Salman kepada Usman:
"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku
berbuat demikian ini?"
Sahut Abu Usman: "Sila khabarkanlah padaku."
Kata Salman: "Beginilah Rasulullah s.a.w melakukan di
hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting
kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya
gugur seraya Baginda s.a.w bersabda:
"Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat
demikian ini?"
Sahut Salman:
"Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat
begini."
Sabda Nabi Muhammad saw:
"Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu
dengan sempurna,kemudian dia laksanakan solat lima kali pada setiap hari maka
dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."
Now you know.
PS: Nak riwayatkan hadis bersama anak bini, jika mampu
secara practical, lagi bagus. Take note!
wah...
ReplyDeleteSweetnyaaaaa laki bini
ReplyDeleteMasyaAllah. Bileh jadi relationship goal after nikah ni hehehe
ReplyDeletenak suami macam ni, satu!
ReplyDeleteha jadi baik kan bagus cam ni..
ReplyDeleteKaedah riwayat hadis musalsal
ReplyDeleteHamka keretamayat kembali!
ReplyDeleteTerima kasih, kepada semua yang masih sudi baca blog ini.
ReplyDelete:)
Alhamdulillah. Smoga kekal ke jannah :)
ReplyDelete