Anak yang sedang selongkar laci dalam bilik kami bertanya:
“Ayah, ini kad apa? Cantiknya”
“Itu kad cinta Bonda kamu masa jatuh cinta kat ayah dulu”
“Ini pulak kad apa, ayah buat sendiri ke?”
“Ha ah, itu kad wish birthday Bonda kamu masa tahun pertama
kami bercinta”
“Wow, cantiknya ayah lukis gambar Bonda, Ini kad apa pulak
yang besar sangat ni?”
“Itu kad Raya, zaman dulu mana ada telefon nak hantar
berita, kitaorang guna kad sahaja”
“Eh? Ayah, laci bawah
ni ada banyak lagi kad ada gambar TV, telephone, peti ais, air cond, ini hadiah kahwin ke?”
“Itu kad warranty nak oiii, jangan main kad tu selagi tarikh
belum luput!”
“Wow, Banyaknya kad wa-ren-tie”
“Lepas kahwin, kad warranty akan setiasa ada anak oiii,
Bondalah yang selalu suruh beli itu beli ini”
“Ini kad apa pulak yang ada peta ke rumah nenek?”
“Hah, ini kad paling istimewa, kad kahwin Ayah dan Bonda
kamu, pastikan bila bercinta, akhirnya dapat kad kahwin yang ada peta ke rumah
mertua, ok?”
“Ok”
Ps: Macam faham sahaja si anak akan pesanan si Ayah, moral
of the story, bagi mereka yang sedang bercinta, pastikan dapat kad kahwin yang
ada peta ke rumah mertua paling lambat pun cuti sekolah pertengahan atau hujung
tahun ini, dan jangan lupa, jadikan buku kisah laki bini sebagai hantaran-
woha!
(kredit kepada semua pengirim gambar, tahniah kerana sudah selamat
berumahtangga, dan terima kasih kerana sudi jadikan buku karangan aku sebagai
penambah seri hiasan dulang hantaran. Kagum dari jauh!)
FB @Khair Khairani |
Fb @Mohd Firdaus Sultan |
FB @Nur Jafar |
Fb Intan Shazwani |
Fb Merpati Puteh |
Kredit gambar FB @Khairunnisa Mohd Isha |
FB @Aqila Nasir |
FB Nor Zakiah |
FB Norsabridah |
FB Nasliana Hani |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletenak beli guna baucer buku boleh?
ReplyDeletenak beli 3 buku tu.
zakiah.
Alhamdulillah. Tahniah bro. Aku beli buku kau untuk bagi hadiah kahwin kat kawan aku. :)
ReplyDeleteTeringinnya nak kawin.. Tapi apa kan daya kena reject ngn family pihak perempuan :((
ReplyDeleteSedih kadang2 tgk org cerita pasal kawin.. Now focus hanya utk kluar IPB.. Doakan aku Hamka supaya Allah mudahkan aku keluar IPB..
zakiah: secara online tak boleh, dekat kedai buku dan pesta buku, boleh.
ReplyDelete~fam~: Terima kasih fam! :)
Anonymous: focus IPB dulu, Doakan aku juga.
Salam..dimana boleh dapatkan naskah buku2 tu ya?
ReplyDeleteSalam, boleh beli online:
ReplyDeleteBayaran untuk satu buku = RM30 SM, RM35 SS
Bayaran untuk dua buku = RM60 SM, RM65 SS
Bayaran untuk tiga buku = RM85 SM, RM90 SS
Harga di atas termasuk kos pos
sila Bayar kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, atau attach dekat sini, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah penghantaran pada setiap hari selasa.
Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai. InsyaAllah. (lebih baik isi sebenarnya)
http://kedaihamka.blogspot.com/2014/09/borang-rekod-pembelian.html
assalammualaikum hamka ketiga tiga buku ni ada stok lagi ke
DeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletebagus juga disertakan buku/ kitab lain...contohnye:
1. al quran
2. terjemahan al quran
3. fadhail amal
4. muntakab hadith
5. fadahil sadoqah
6. fadhail tijarah
7. fadhail haji & umrah
8. fadhail ramadahan
9. indahnya hidup bersyariat
10. dll (rujuk kedai buku/ publisher/
pembekal)...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete3 buku ni ada kat Popular tak?
ReplyDeleteNak pergi beli nanti.
Zakiah
kat perak ada jual?
ReplyDeleteZakiah: buku tu takde kat popular, tapi MPH insyaAllah, ada.
ReplyDeleteustad: salam, semua masih ada stok, :)
Wahh bnyknya. Smoga dimurahkan rezeki
ReplyDeleteterima kasih atas doa Puan, ;)
ReplyDeleteoh banyak idea yg saya dapat. tq
ReplyDeletepakej umrah
panduan umrah
visa umrah
Blog yang sangat menarik...
ReplyDeleteBoleh juga jadikan telekung travel , kain batik dan tudung bawal exclusive sebagai hadiah. Pasti happy punyer..