Salam, saya manusia biasa yang menulis blog sebagai nota agama
kepada diri sendiri, tapi saya buka ruangan komen dan email untuk korang tegur
jika ada mana mana yang salah.
Alhamdulillah, entry lepas, beberapa ustaz dan orang awam menegur
secara pm tepi dan juga email, bahawa saya
tak patut letak nama Iman syafee dalam perdebatan isu 'dunia'. jika bab agama yang jelas
salah, ok!
Terima kasih bro. Satu teguran yang baik, saya akan edit
balik entry lepas dengan membuang nama alim ulamak tersebut dalam entry saya. Maafkan saya.
Di sini juga saya mintak maaf sebab menulis dengan kasar (perkataan bodoh) dalam entry yang lepas berkenaan vaksin meyebabkan maklumat yang tepat tidak
sampai.
Tidak patut saya mengeluarkan kata kata sedemikian hanya kerana berbeza pendapat, maafkan saya wahai pembaca keretamayat sekalian.
Tapi memang dah lama saya menulis dengan kasar begini sebab pesan pada diri sendiri, terutama bab politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Tak sangka pula bila bab vaksin, ianya menjadi sangat sensitive melebihi isu politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Adohai.
Tidak patut saya mengeluarkan kata kata sedemikian hanya kerana berbeza pendapat, maafkan saya wahai pembaca keretamayat sekalian.
Tapi memang dah lama saya menulis dengan kasar begini sebab pesan pada diri sendiri, terutama bab politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Tak sangka pula bila bab vaksin, ianya menjadi sangat sensitive melebihi isu politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Adohai.
Namun, dari komen anti vax dan doktor perubatan dalam
ruangan komen, banyak yang saya belajar, terutama komen dari saudara @latif
Saad. Suka saya di sini copy paste pesanan beliau yang penuh sopan sehingga
anti vaxseperti @Nurul ain, @ammar rawi, @Habibullah habib bersetuju dengan
beliau.
Saya mengaku, jika nak menegur, kena guna kaedah yang sopan dan lembut seperti saudara Latif Saad. Barulah anti vax akan terima. Maafkan saya.
Saya mengaku, jika nak menegur, kena guna kaedah yang sopan dan lembut seperti saudara Latif Saad. Barulah anti vax akan terima. Maafkan saya.
Copy paste:@Latif Saad
Saya just nak berkongsi tentang vaccine. Sebab menjadi
tanggung jawab pihak KKM memberitahu terhadap orang awam. Sudah menjadi
tanggungjawab KKM untuk memastikan komuniti Malaysia ini jauh daripada penyakit
merbahaya. Salah satu program yang dijalankan adalah vaccine. Ianya bertujuan
untuk melindungi bukan setakat anak anda tapi komuniti keseluruhan(mengelakkan
daripaada outbreak berlaku). Kita tidak mahu penyakit berbahaya seperti polio,
TB, Hepetatis dan sebagainya menular. Program ini mampu melindungi orang yang
tidak boleh divaccine ataupun kanak-kanak yang ibubapanya memilih untuk tidak
divaccine.
Tetapi jikalau ada berlaku adverse effect of vaccine.
Kanak2/ibubapa yang mengikuti prgram ini boleh membuat claimed untuk mendptkan
ganti rugi terhadap perkara yang terjadi.
Anda boleh merujuk kpd link yg sy berikan.
http://www.moh.gov.my/.../Garispanduan_Farmakovigilans....
Pada bahagian akhir article tersebut ada menceritakan tentang
bagaimana hendak membuat laporan tersebut dan apakah adverse effect yang boleh
berlaku. Jesteru menyenangkan untuk membuat claimed
Adanya pun penyakit Autism tidak termasuk di dalam perkara
yg boleh di 'claimed' kerana tidak lagi mampu dibuktikan keterkaitan antara
vaccine dan autism.
Dan seharusnye perlu diketahui adverse event hanya berlaku dalam
jumlah yang terlampau kecil. (Mengikut sumber NVIC hanya 0.00007% sahaja yang
mempunyai adverse event)(sumber ini boleh menjadi tanda aras)
Oleh itu saya ingin mempromosikan agar anda semua
memvaccinekan anak-anak kalian. Jikalau ada adverse effect yang berlaku. Sila
buat laporan pada pihak yg berkenaan.
Sekian terima kasih.
Ps: gambar tu hanya selective print screen, untuk bacaan detal, boleh rujuk komen di pos yang asal. Klik sini dan sini.
one word..
ReplyDeletealhamdulillah..
kearah kesatuan Ummah insyaAllah
Astaga sumpah tak bijak antivaxx ni. Dia ingat doktor tu sokong otak diorang yang dah digantikan dengan otak udang tu agaknya
ReplyDeleteAda satu nama yg sgt familiar mem bash org sana sini sini..die kasar ngn org blh plk..tp xblh terima pendapat org..apa punya org daa..
ReplyDeleteNi semua geng2 yg anti vac,anti gynae..semua di antinya baiklah dok dlm hutan mcm tu..sbb they can survive..lps ni komen aku plk kena bash.
Critanya hampa pro ka anti ka sama2 bangang.. benda cmni pon boley bgaduh.. dah hang xmau cucuk dok diam2la.. hang nak cucuk cucukla.. bash sana bash sini.. hampa sama ja perangai..
DeleteSaya mempunyai seorang anak autis, anak sulung lelaki beumur 5tahun.saya juga dihimpit masalah ini untuk anak ke 2 yang berusia 6bulan. Saya tidak membuat research sepenuhnya tentang vaccine ini. Tapi saya percaya Allah mrngaturkan segalanya. Sebab ada juga anak yang tidak diberikan vaccine autis jg. Memang ada yang berkata kpd saya "biar anak dicucuk seperti ayam, diam n redha ja" tetapi saya tahu Allah itu ada dan memilih kami mempunyai seorang anak syurga.
ReplyDeletesistem dajal dimana mana, sapa nak ikut syurga dajal silakan...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga bertambah teguh iman bro!
ReplyDeleteTak sangka topik ni sangat hangat dan panas. Tapi tak sepanas isu-isu lain yang berkaitan akidah.
Sekurangnya, orang kita ni sangat ambil berat tentang kesihatan. kan?
Yusod al qadrawi pernah buat maca Hamka, inilah contoh ulamak yang kuat, boleh ubah pendapat bila ada fakta yang jelas.
ReplyDeletemengupas kenapa beliau ubah fatwa dari menyokong syiah kepada menentang, jawab yusof:
"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.
"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_02/Yusuf-al-Qardawi-isytihar-Syiah-musuh-Islam#ixzz3UeXbf9Yq
© Utusan Melayu (M) Bhd
ReplyDeletebila masa dia tukar pendapat...
dia tetap bercinta dengan vaksin gak, aku tak kisah pon nak cucuk cucuk lah...nak kempen pon kempen lah...jangan pertikaikan pendapat orang...tu jer kan..mudah mcm alif bata pon..
yang perkataan dan perbuatan 'bodoh membodoh tu memang lah kena tarik balik, pasal tak kena dengan tempatnya lain lah kalau kata orang meninggalkan solat atau tak pakai tudung bodoh, tu kena pada tempatnya...
nak kata orang tolak vaksin bodoh tu cukup mengenalah, pasal sekurang kurangnya diaorang besandarkan hukum yang asal ... mcm hukum cukai...hukum asal haram...hukum ketemporari jadi harus...lagi selamat pakai yang asal...
nasihat aku satu jer perbanyakan lah baca hadis akhir zaman.. nanti korang akan faham...akupercaya korang takkaji lagi kan...sungguh tengok gaya memang tak kaji lagi
sains teknologi ni tak lama jer hayat dia lagi, tak yah lah takbur k..
Assalamu'alaikum. Pandai membaca ke tak ni ?
ReplyDeleteKat mana diorang setuju dengan doktor tu ?
Yang diorang setuju ialah cara doktor menerangkan dengan TELUS berbanding cara penerangan Pemilik Blog ni yang membodohkan golongan pro-choice.
Pro-choice bukanlah antivax, sedarkanlah sel2 otak anda yang tak berhubung tu.
Anti-vax ==> Menentang vaccine secara habis2an dan akan membodohkan sesiapa sahaja yang guna vaksin
Pro-choice ==> Menyebarkan maklumat tentang AEFI, ingredients vaccine dan lain2 berkaitan vaccine kepada umum YANG SEPATUTNYA dibuat oleh doktor2 dan badan2 kesihatan di malaysia supaya pengguna boleh membuat keputusan sendiri. Boleh refer sendiri mereka menyokong tindakan doktor yang menyeru orang ramai untuk vaksin dengan menyatakan risiko2 yang terbabit
Ada satu lagi golongan terpinggir seperti Pemilik Blog ni iaitu ;
Anti-pro-choice ==> Membodohkan sebarang usaha untuk mendidik dan menyebar kebenaran kepada khalayak ramai semata-mata pendapat pro-choice tak sama dengan pendapat mereka.
makcik dah baca blog ini sejak 2006, bila tiba bab vaksin, makcik terkejut dan doa semoga hamka berubah kerana makcik kenal melalui tulisan beliau, hamka seorang yang baik, kelakar, cuma mungkin sedikit emosi kerana orang ini berbagai ragam.
ReplyDeletemakcik doa supaya hamka tarik balik perkataan bodoh dan akhirnya Allah makbulkan doa makcik.
terima kasih hamka, syukur pada Allah.
makcik akan terus membaca nota peribadi anda kerana banyak buat makcik menangis dan ketawa.
paling makcik menangis, bila hamka minta maaf secara lelaki.
teruskan menulis, jarang penulis macam anda ada, dan sempat berkongsi udara yang sama.
syukur.
(pembaca setia-dulu guna nama salah satu watak naruto sewatu komen)
tahu tak kenapa lebih sensitif? sebab bila melibatkan anak2 memang sgt sensitif.. semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak.. aku bukan anti vax tp aku hormat pandangan mereka... cuma berharap setiap tindakan kita adalah yg terbaik...
ReplyDelete