(Cara terakhir masuk syurga-khas kepada semua ahli neraka,
di tulis dalam betuk sajak)
Orang kita.
Bila miskin salahkan cina.
Bila mundur salahkan kerajaan.
Bila bodoh salahkan yahudi
Bila jahat salahkan saka
Ketahuilah,
Oleh sebab kita ni selalu sangat salahkan orang
lain macam celaka,
Maka di akhirat kelak..,
Allah kunci mulut dan lidah lalu
membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata,
Akhirnya
anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!
Setelah MENGAKU BERSALAH..
Ahli neraka mintak izin kepada Allah untuk pulang ke
dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala
kesalahan.
Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan.
Allah layan hanya mereka yang beriman walau dalam neraka,
yang mana selepas ahli neraka yang
beriman menangis di azab dalam sekian tempoh,
Allah akan tanya kepadamu;
"Adakah kamu mengaku bersalah?"
Ahli Neraka semuanya mengaku bersalah.
Dan Allah perintahkan ahli neraka senaraikan semua
kesalahan.
Maka ahli neraka dengan takut takut dan hati hati
menceritakan dosa kepada Allah, itupun setelah pilih dosa dosa yang kecil
sahaja, dasar ahli Neraka betul.
Lalu Allah bertanya lebih kurang maksud:
"itu saja kah dosa
kamu?"
Dasar ahli neraka yang masih tergamak menipu Allah,
"Ha ah,
dosa kami sikit tu sahaja."
Kemudian Allah yang MAha Pengasih lagi Maha Penyanyang berfirman
kepada malaikat,
Agar dosa yang ahli neraka sebutkan tadi di hapuskan malahan
dengan penuh Kemurahan Allah menukar dosa yang mereka senaraikan itu kepada pahala,
Kerana Syurga akan dihias berdasarkan baki pahala.
Lalu ahli neraka tergesa gesa nak bagitahu semua dosa kepada
Allah kerana tamak kepada pahala..
he he he..
Apa-apapun,
Kerana ahli neraka sudah mengaku bersalah,
Allah
tetap memasukkan mereka semua ke dalam shurga yang abadi selamanya.
Itupun hanya kerana mereka masih ada iman walaupun sebesar
zarah.
Tapi jika ahli nereka tiada iman..,
Maka kekallah ahli
neraka dalam neraka selama lamanya walaupun sudah mengaku bersalah.
Maka wahai sahabatku sekalian,
Sebelum jadi mayat..
Hintunglah dosamu di hadapan Allah..
Dan mengakulah bersalah di hadapan Allah.
Akhir kata:
Tahukah korang apakah syarat taubat di terima?
Salah satunya, adalah mengaku bersalah dalam taubat masing
masing.
Semoga kita tergolong dikalangan orang yang bertaubat
sebelum jadi mayat.
Last: Tadi tu second last.
Berhentilah salahkan orang lain sebelum diri kita sendiri.
Sebab?
Tidak salah mengaku bersalah
Kerana semua ini salah saya,
Pesan pada diri sendiri.
Sekian.
Hamka FEB 2015
keretamayat warna putih.
Salam,
ReplyDeletebila baca tajuk rasa lain,
bila baca isi rasa lain...
barulah faham dan yakin..
sebelum diri ditalkin...
-moto-
Pulau mayat jauh ke tengah
ReplyDeleteBatu nisan bercabanhg dua
Hancur mayat di kandung tanah
Mayat yang baik di kenang jua
ramai nak ikut pangai iblis...ego tak nak ngaku salah..walau terang 40x ....memang dah sabit salah.....
ReplyDeleteAllahumma anta Rabbi,
ReplyDeleteLa ilah illa Anta,
KhalaqTani,
Wa ana 'abduKa wa ana 'ala 'ahdiKa,
Wa wa'diKa mastato'tu,
A'uzubiKa minsyarrima sona'tu,
Abu ulaKa bini'matiKa 'alaiya,
Wa abu ubizambi,
Faghfirli,
Fa innahu la yaghfiruzzunuba illa Anta.
La ilaha illa Anta,
SubhanaKa inni kuntu minazzolimiin.
Rabbana zolamna amfusana wa illamTaghfirlana wa Tarhamna lanakuna minalkhosiriin.
Rabbighfir warham wa Anta KhoirurRohimin.
Rabbi imma Turiyani ma yu'aduun,
Rabbi fala Taj'alni fil qaumizzolimiin.
Sifat mengaku kesalahan, menyedari dan menginsafinya lalu minta ampun dan kemaafan adalah sifat org beriman.
Sikap sentiasa menyalahkan org lain selain diri sendiri adalah salah satu ciri kekufuran, sehingga Taqdir Tuhan pun adakalanya disalahkan.
Ingat sifat ahli Neraka ; 'utul-kasar (tingkahlaku dan tutur katanya), jawwaz-degil (keras hati, taksub), dan mustakbir-angkuh (tak boleh nak ngaku salah).
Ish...ish...ish...ahli neraka ni memang jahat. Depan hakim yang maha Hakim pun selamba je dia nak menipu
ReplyDeleteapa lagi, ko mengaku jer lah bersalah dulu... ker ko tak der salah?..
ReplyDeletemanusia ke bulan kih kih
hamka2 dan pembaco2 sekalian.. bapo kali la den nak cakap..
ReplyDelete"ini semua salah barisan nasional"...
hehehe...
(mohon makan umpan den)
salah hang cucuk anak dengan vaksin, sape suruh ikut cara yahudi?
ReplyDeleteanak saya jadi mat rempit adalah salah kerajaan yang benarkan pusat maksiat di buka, benarkan hiburan yahudi berleluasa, benarkan astro, benarkan wayang tayang cerita rempit, jika pilih pembangkang, tentu anak saya akan jadi alim dan soleh macam orang kelantan.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=yARcLms1mBM
ReplyDeletedah layan blom???
Salam En Hamka..izinkan saya share nukilan ini di facebook..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Post yg sgt bermanfaat. Smoga Allah merahmati keretamayat
ReplyDeletenak share, di persilakan, :)
ReplyDelete