(Ulasan ini di tulis oleh Nurul Nadia, seorang penyemak pruf, dan Entry ini boleh dijadikan link bagi mereka yang bertanya:
Buku Encik Hamka berkenaan apa ek? )
SEMUSIM DI SYURGA
Buku ketiga #hamkakeretamayat selepas #permatayanghilangkinidijumpai
dan #kamarsutera. Sengaja mengambil pendekatan membaca buku terkini sebelum
mengulas dua buku sebelumnya.
Buku paling santai tapi padat dengan isi.
Berulang kali penulis menafikan statusnya sebagai seorang
ustaz kerana beliau ternyata hanya seorang pemandu van jenazah!
Ironinya, pengalaman beliau yang meluas memang tidak dapat
dinafikan. Pengetahuan yang agak membanggakan tentang Islam khususnya...
Pernahkah kamu ambil tahu tentang sejarah peperangan Islam,
sejarah kenabian dan sejarah zaman Rasulullah S.A.W.? Mungkin pernah, ketika
zaman sekolah agama suatu masa dahulu. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar
mengamalkan ilmu tersebut? Jauh sekali bercerita tentangnya pada yang lain.
Penyampaian mesej dalam buku ini jelas untuk mentarbiyah
golongan muda dengan bahan bacaan santai dan penuh sinikal! Ramuan tersebut
yang menambat hati ramai pembaca.
Konsep catatan diari ini harus dipuji, kerana selalunya
diari hanya ditulis berkaitan dengan diri sendiri. Kini, penulis cuba mengupas
kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian...menggunakan nama samaran
yang agak mengancam seperti Amir Kasymir, Imam Habib Abid, pak Abu Nisfu, Ustaz
Sufi Sufian dan Pakcik Sidik Tasdik.
Secara amnya, isu yang diceritakan ialah tentang
pertelingkahan antara umat Islam setempat, sifat takbur masyarakat dan isu yang
paling banyak diketengahkan adalah kepentingan akhirat berbanding dunia yang
sementara ini seringkali dipandang remeh oleh saudara seagama sekalian.
Barangkali mereka terkhilaf, maka teguran sinis ini bakal membuka mata hati
untuk berubah ke arah yang lebih baik, inshaAllah.
Sesungguhnya penulis mungkin bukan ustaz, tetapi jasanya
memberikan nasihat melalui buku ini perlu dipuji. Cadangan tentang 'Kaunter
Tanyalah Ustaz' memang wajar! Golongan muda masa kini perlukan bimbingan
bukannya hinaan apabila ingin berubah.
*Penyampaian sememangnya berkesan dengan gaya bahasa pasar
yang digunakan setelah mengambil kira kesilapan ejaan yang wujud di dalam buku
ini. Hehe. Selamat membaca!
PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI
"Kagum dari jauh!"
Frasa yang cukup sesuai menggambarkan perasaan setelah
membaca buku ini. Ternyata buku pertama nukilan #hamkakeretamayat ini bukan
sekadar buku tanpa pedoman. Buku #kamarsutera dan #semusimdisyurga juga penuh
pengisian.
Kisah benar tentang pengalaman hidup seseorang sememangnya
mahal. Tidak ramai yang mampu berkongsi, tetapi pembaca dapat membayangkan
pengisahan dengan gaya bahasa santai yang diketengahkan oleh penulis.
Kisah benar dan penuh pedoman. Penulis benar-benar
menekankan kepentingan solat berjemaah di masjid bagi muslim dan solat pada
awal waktu bagi muslimah.
Sesekali penulis turut menyentuh tentang subjek terlarang
untuk disebut secara terbuka, namun analogi yang diberikan mempunyai pengajaran
yang tersendiri.
Sangat elok bagi para remaja, dewasa baik yang sudah
berkahwin ataupun belum membaca buku ini sebagai bahan bacaan tambahan di
samping buku ilmuan yang lain untuk mengambil teladan dan tauladan. Para ibu
bapa pasti dapat memahami apa yang tersirat di fikiran anak remaja khususnya
selepas membaca pengakuan yang ditulis. Walaupun bahasanya adakalanya bernada
kasar, mesej disebaliknya dapat disampaikan dengan berkesan.
Setelah membaca, terdetik di dalam hati ini...'Semoga aku
berjaya menjadi isteri yang solehah dan mudah-mudahan suatu hari nanti aku
dapat menjadi penulis seperti Encik Hamka...eh...'
P/s: Beberapa kesilapan ejaan dikenal pasti, tetapi kerana
isinya sangat membina maka tidak rugi membacanya.
KAMAR SUTERA
Tajuk kedua setelah #permatayanghilangkinidijumpai ini
diterbitkan kerana permintaan pembaca setelah jualan buku pertama yang terlajak
laris. Penulis mengingatkan bahawa kandungan buku adalah untuk mengisi
kekosongan plot dalam buku pertama, namun tidak menjejaskan pembacaan sekiranya
anda tidak membaca mengikut turutan.
Melihat kepada tajuk, mungkin ramai yang ragu tentang
kandungan isinya memandangkan tajuk diadaptasi daripada sebuah buku panduan
suami isteri. Namun, tidak perlu gusar kerana intipati buku ini ternyata jelas
untuk bimbingan kepada pasangan yang sudah berkahwin kerana segala ceritanya
berkisar tentang kehidupan seharian suami isteri. Para pembaca dalam kalangan
dewasa yang bercadang untuk berkahwin juga digalakkan membaca kerana terdapat
banyak tips persediaan mental yang dihujahkan di dalam buku ini.
Realiti sebenar keharmonian rumah tangga ditelusuri dengan
baik oleh penulis.
Puitis tetap ada...disogok dengan lirik lagu dan puisi cinta
buat isteri. Woha! Boleh cair hati si perempuan tatkala membaca bait-bait
puitis itu.
Tidak lari daripada gaya santai penulis, lawak bersahaja
juga diselitkan bagi menghidupkan suasana penceritaan. Apa yang menarik,
penulis juga mengambil kesempatan untuk memuatkan cebisan kisah para Nabi juga
kisah pedoman dan realiti masa kini yang dapat dikaitkan dengan topic
perbincangan.
Maka, penulisan santai ini menjadi lebih bermaklumat untuk para
pembaca.
Ya, mungkin beliau bukanlah ustaz. Mungkin beliau juga masih
mempelajari ilmu agama secara mendalam. Akan tetapi, nasihat bagi menghidupkan 'suara
Nabi' dalam pembentukan keharmonian rumah tangga amat wajar dipuji. Semoga
lebih ramai mendapat manfaat.
*Walaupun buku ini memiliki kesilapan ejaan di sana sini,
kandungannya amatlah berkesan serta mesej yang ingin disampaikan itu jelas.
Harap maklum Encik Hamka, saya memang akan komen pasal ejaan setiap kali ulasan
kerana telahpun terbiasa dengan kerja penyemakan pruf. Hehe.
(di tulis oleh Nurul Nadia di FBnya)
terbaek dari hamka...wohaaaaaaaaaa
ReplyDeleteaku dah nampak buku ko kat kedai.. overall isi dan packaging superb,tapi mengenangkan ko percaya manusia kebulan dan percaya taliban yang bawak kapal terbang langar WTC erkk...
ReplyDeleteaku pon terus berlalu pergi...
dah beli and khatam all 3 books.. sure xder buku keempat Hamka? now dah ready and terbuka hati nak kawin... but calon kena cari dulu... huhuhuu.... moga allah permudahkan segala urusan....
ReplyDeleteDekat sabah, bagaimana mahu beli?
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteYou walk the talk bro
2 thumbs up!
CF
*,.*
ReplyDeleteterima kasih kepada semua yang sudi komen.
ReplyDeleteuntuk next buku, bulan 4 akan keluar, insyaallah.
untuk sabah dan seluruh malaysia.
Bayaran untuk satu buku = RM30 SM, RM35 SS
Bayaran untuk dua buku = RM60 SM, RM65 SS
Bayaran untuk tiga buku = RM85 SM, RM90 SS
Harga di atas termasuk kos pos
sila Bayar kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, atau attach dekat sini, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah.
Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai. InsyaAllah. (lebih baik isi sebenarnya)
http://kedaihamka.blogspot.com/2014/09/borang-rekod-pembelian.html
Tahniah Bro Hamka. Saya kagum dari kejauhan. Teruskan usha dakwah anda. Semoga ada nilaian di sisi Allah.
ReplyDeletejangan bimbang, kisah dalam buku ini, tidak ada iklan Qu Puteh diantara cerita.
ReplyDelete:)
Tahniah diucapkan yer
ReplyDeleteTahniah hamka, x ramai penulis blog dapat menerbitkan buku sendiri, terbaik. Buku2 ni igt nk buat hantaran bertunang la. Haha. Xpun hadiah hari jadi n wedding gift kat kawan2. Terbaik
ReplyDeleteAs salam. En Hamka kat mana nak dapatkan buku2 ni. Area KL.
ReplyDeletesaya dah baca buku permata yang hilang..dan komen saya, ini buku paling seksis yang pernah saya baca. sila belajar lagi mengenai relasi dan dinamika gender
ReplyDeleteTahniah. Smoga terus success!!
ReplyDeletethanks for sharing, nice blog and article
ReplyDelete