(Manusia belajar dari sejarah bahawa manusia tidak pernah
belajar dari sejarah)
Sambungan kisah masjid Bandar..
Cerita pengerusi lama yang dah bersara tak sebulu betul
dengan pengurusi masjid baru kerana telah hapuskan Akta Keselamatan Dalam
Masjid sehingga banyak masalah berlaku seperti orang lintas depan solat dengan
selamba, makmum tegur imam dalam solat tanpa adab, orang bukan islam ceramah
dalam masjid hina orang islam, ceramah yang ada unsur syiah dan wahabi, dan
macam macam masalah lagi yang tak pernah berlaku waktu pengurusi lama
memerintah.
Sekarang AJK masjid dan orang kampong agak kucar kacir, ada
yang menyokong cadangan pegerusi lama agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan, ada jugak cadangan dari pihak makmum agar pengurusi baru letak
jawatan, kerana kadang kadang bini pengerusi baru banyak campur urusan masjid.
Tak selesa dibuatnya orang ramai yang datang bersolat. Ada pihak menuduh
pengerusi dan bininya banyak guna hasil tabung masjid untuk urusan peribadi.
Tak tahulah apa nak jadi dengan masjid dekat situ, dengar
cerita, Ketua KRT sangat menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan. Korang pulak bagaimana?
Berita terkini yang aku dengar, selepas Akta Keselamatan
Dalam Masjid dihapuskan, terdapat desakan dari beberapa Jemaah masjid agar satu
lagi akta di hapuskan iaitu Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam Masjid Kecuali
Syaitan.
Kita semua tahu,Syaitan memang dibenarkan menghasut walaupun
dalam masjid. Jadi cadangan agar di hapuskan Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam
Masjid Kecuali Syaitan telah mendapat tentangan dari Jemaah yang turut bersolat
di situ, katanya memberi pendapat dan menghasut adalah berbeza, tapi Jemaah
yang lain cakap, puji dan kritik itu sama, arghh, sudah, akupun tak faham.
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati pengerusi baru untuk
muhasabah diri dan bertaubat. Ramai menganggap pengerusi baru terlalu lembut
dan tidak tegas sampai orang boleh pijiak kepala, mohon juga agar pengerusi
baru tidak menonjolkan bininya dalam urusan tabung masjid. Dan terkini, entah
kenapa, pengerusi baru menaikkan kos masuk tandas masjid sebanyak 20 sen.
Adohai..
Dalam kelam kabut masjid di Bandar, ada pulak cerita kurang
enak di masjid dekat kampong.
Semua tahu sudah, Sedekad lalu, iaitu ketika Pengerusi lama dan
Imam lama belum bersara di masjid kampung, ketika beliau masih mentadbir masjid
itu, orang kampong tidak pernah terfikir
akan berlangsungnya 'pesta arak' secara terbuka dan besar-besaran di kawasan halaman
masjid.
Walaupun Pengerusi lama sering dituduh sebagai tidak cukup
Islam oleh Tok siak, dan ada kalanya dilebel sebagai Maha Firaun, tetapi masjid
itu masih ada program program islamik mengikut lunas-lunas Islam tanpa
menidakkan hak penganut agama lain menjalani cara hidup masing-masing secara terkawal
di sekitar kampong.
Pada ketika itu, ada kedai arak dihujung kampung yang
dijadikan senjata utama oleh Tok siak untuk menyerang Pengerusi masjid dan imam
lama. Kononnya, sekiranya Tok siak dilantik jadi pengerusi, maka kedai arak tersebut akan dirobohkan serta merta.
Sebahagian 'doa' Tok Siak akhirnya termakbul apabila Pakatan
kiri AJK masjid berjaya merampas 2/3 undi ahli jemaah, sekali gus memberi kuasa
mentadbir kepada pakatan baru. Tidak cukup itu, Imam lama telah di tangkap
polis kes rasuah dalam renovate rumah.
Namun, apa yang berlaku selepas Tok Siak berkuasa melalui
kerjasama dengan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim (yang banyak bagi sponsor
aktiviti tok siak) ialah bukan sahaja kedai arak tersebut tidak dirobohkan,
tetapi pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan sekitar masjid, jauh mengatasi
jumlah sedia ada di bawah pemerintahan pengerusi lama dan Imam lama.
Maka, Tok siak memberi alasan bahawa mereka tidak punya
kuasa penuh untuk menjalankan perintah Allah SWT di masjid itu serta tidak
wajar dipersalahkan kerana pengerusi baru adalah pilihan Bilal dan Tauke Cina
jual aiskerim. Tok siak masih lagi Tok siak. Jika Tok Siak dah jadi Imam mungkin
boleh bersuara.
Bertitik-tolak dari itu, peluang 'doa' Tok siak seakan
makbul apabila Imam baru dipecat setelah bergaduh dengan pengerusi masjid yang baru
kerana ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab pengerusi baru
ada kes polis liwat budak, lalu pengerusipun melantik isterinya sebagai imam
baru dan akan baca khutbah jumaat sekaligus mentadbir tabung derma masjid.
Ketua kampong yang tidak setuju dengan lantikan imam baru
(bini pengerusi pulak tu) namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab
pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk
memilih beberapa calon lelaki lain.
Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari
jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang
sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran
pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahaluf
siyasi. Tapi Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain.
Akhirnya Tok siak yang ada peluang menjadi imam, dan
bolehlah meroboh kedai arak dihujung kampong dengan dana masjid jika perlu,
telah menolak peluang dan melantik bilal menjadi imam baru, sekaligus
menyimpang kunci tabung derma di hari jumaat. Tak tahu kenapa Tok siak menolak
menjadi imam.
Padahal Tok siak, walaupun pengerusi dan tauke cina jual ais
krim tak mahu beliau jadi imam dan pegang tabung masjid, Tok siak mempunyai kuasa majoriti dengan
disokong sepenuhnya oleh AJK lama dan mampu dapat undi 2/3 jika keluar pakatan
dan dengan kuasa mutlak tersebut, Tok siak boleh sahaja menjalankan perintah
Allah SWT dan merobohkan kedai arak sepertimana yang 'diimpikan' mereka selama
ini.
Malangnya, Tok Siak lebih sayangkan kerjasama dengan Pakatan
AJK yang sokong pasukan bola kegemaran dari Allah SWT. Tok Siak tidak sanggup
memegang kuasa sendirian dan tetap akur ingin berkongsi kuasa dengan
rakan-rakan sekutunya. Malah, lebih dari itu, Tok siak sanggup berkorban pula
menjadi suara minoriti dalam mesyuarat bulanan Masjid.
Setelah melakukan pengorbanan dengan menolak tawaran menjadi
imam, Tok siak tiba tiba melatah pula
apabila pesta arak bakal diadakan di sekitar kampong termasuk dihalaman masjid.
Penyokong imam baru, (dahulunya bilal) kemudiannya pantas
'menyelamatkan keadaan' dengan membuat kenyataan yang bersifat menyokong pesta
arak dianjurkan atas alasan hak bukan Islam.
Kita faham bahawa Tok siak enggan menyinggung perasaan Pengerusi
baru dan Tauke Cina jual aiskerim dengan menentang pesta arak secara terang-terangan.
Penentangan Tok Siak bagaimanapun disampaikan secara halus
dengan menyiarkan kenyataan ABIM di FB peribadi Tok siak yang menyelar penganjuran tersebut.
Hakikatnya, apalah guna Tok siak melatah atau marah dengan
penganjuran Pesta arak, padahal Tok siak mampu menolak semua ini dari berlaku
sejak dari awal dahulu? Tapi itulah masalahnya, bila di ajak bergabung dengan
AJK lama, Tok siak nak ludah muka.
Akhirnya, dengan meletakkan kesetiaan kepada Pakatan AJK melebihi
segala-galanya, maka Tok siak adalah sebenarnya merupakan rakan subahat dalam
program pesta arak.
Nafikanlah dan putarbelitlah ke mana pun jua, namun hakikat
bahawa Tok siak turut menyumbang kepada maksiat yang semakin berleluasa di kampong
itu tetap merupakan satu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.
Oleh itu, tiada apa lagi yang dapat dikatakan selain ‘Tahniah’
kepada Tok siak kerana berjaya mempertontonkan cara pemerintahan Islam ala Tok
siak melalui dasar perkongsian kuasa dengan pengerusi baru dan Tauke Cina jual
aiskerim.
Kesiankan?, tengok tok siak yang sibuk kafirkan pengerusi
lama bila buat salah, tapi berdiam diri bila pengerusi baru buat salah,
islamlah sangat, adohai..
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati Tok Siak untuk
muhasabah diri dan bertaubat. Amin.
Akhir kata, kisah ni bukan kat tempat sini, tapi tempat
lain. (woha!)
(Sumber berita dari Beruang biru)
Innalillahiwa'inna illaihi rojiun
ReplyDeletesecond!
ReplyDeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya menarik.
ReplyDeleteJika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share idenya dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll./ juga catatan atau buku universitas), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
4
ReplyDelete5
ReplyDeletekenapa kritik umno dan pas serentak, kutuk satu puak sudahlah
ReplyDeleteberuang biru hahahaha
ReplyDeleteSecara peribadi saya melihat dgn lebih jelas kebenaran dan memahami maksud hadith Rasulullah SAW yg bermaksud: Akan datang satu zaman dimana Islam hanya tinggal pada nama. Alquran hanya tinggal pada huruf dan ayat sahaja. Masjid mereka indah tetapi jauh dari petunjuk. Ulamak2 mereka adalah dari golongan manusia yg paling jahat diantara mereka. Dari mulut ulamak2 ini akan timbul berbagai fitnah dan kepada mereka fitnah ini dikembalikan. Sadaqa Rasulululah.
ReplyDeleteSaya melihat Dan meyakini bahawa Hj Haji adalah diantara contoh yg dimaksudkan didalam hadith diatas. Hj Hadi pernah memfitnah UMNO 'kafir ' kerana menjalin kerjasama politik dgn bukan Islam. Hari ini PAS dibawah Hj Hadi telah menjalin kerjasama dgn golongan kafir HARBI. Hj Hadi memberi alasan tahaluf siasi untuk menghalalkan kerjasama dgn DAP. Lebih memalukan Hj Hadi sendiri mengaku bahawa PAS rela menjadi kuda tunggangan DAP. Terbukti sudah bahawa kerjasama PAS dgn DAP telah merugikan bukan sahaja kpd PAS tetapi kpd Islam itu sendiri. Hari ini orang bukan Islam boleh menghina Islam sesuka hati mereka. Pesta arak sedang diperomosikan. Lidah Haji Hadi jadi kelu dan mulut Hj Hadi terus jadi bisu. Sampai bila Hj Hadi boleh bertahan? Jawapan ada pada Hj Hadi. Wallahualam.
SUCKKKK
ReplyDeleteSUCK!
ReplyDeleteSUCK!
ReplyDeleteMACAI parti mana yang akan tepuk dahi sendiri???
ReplyDelete1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu
ReplyDelete2. PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.
3. Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan dari itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.
4. Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.
5. Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.
6. Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.
7. Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
8. Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.
9. Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.
10. PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.
11. Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.
12. Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.
ReplyDelete13. Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
14. Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.
15. Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.
16. Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.
17. PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.
19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP.
20. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah.
Ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Story yg benar.. Setuju dgn Tun M.
ReplyDeleteni masjid kat negera INDIA kot..
ReplyDeleteterbalik terbalik...
GEORGETOWN - Hanya kerana menutup pintu masjid sedikit kuat, seorang tok siak patah tulang rusuk selepas dibelasah seorang lelaki di sebuah masjid di Jalan Persiaran Gurney di sini, Selasa lalu.
ReplyDeletePada kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 60 tahun itu ditendang beberapa kali oleh lelaki berkenaan yang memakai kasut keselamatan selain dihembur dengan kata-kata kesat.
Menurut sumber, kejadian berpunca apabila lelaki berusia 30-an itu yang sedang berbaring dalam masjid di Lorong Burma berkenaan terkejut kerana tok siak terbabit menutup pintu masjid itu agak kuat.
“Akibat kejadian itu, tok siak berkenaan mengalami lebam di muka dan tulang rusuk sebelah kirinya dipercayai patah.
“Mangsa juga sempat bertanya kepada lelaki itu mengapa dia bertindak demikian. Lelaki itu kemudian mempersoalkan mengapa tok siak menutup pintu masjid dengan kuat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Golongan Islam demokrasi. Terutama parti so call Islamic . Akhlak mereka memburukkan imej Islam yg sebenar. Golongan Islam demokrasi, 2×5=10 . Mereka ini adalah macai Imperialis. Kembali lah ke pangkal jalan yg benar. Long live Khilafah
ReplyDeleteBiarkan UMNO memerintah jangan sokong selain dari Kerajaan yg memerintah sekarang..
ReplyDeleteWalaupon tak mengunakan nama islam macam parti"so call Islamic" walaupon ada kilang Carlsberg, ada pusat disko ada gang nam style ada C4 berjambul, ada kpop, tak der hudud.. ada tabligh yang tak mengunakan istilah "so call islamic" dan menyokong ISA, ada yahanna penaungnya juga adalah pemimpin yang tak menyokong hudud tapi sayang akan rasullulah, walaupon dirinya tak punyai janggut dan isteri sedikit jambul terkeluar...
jadi marilah sama sama kita menghentam mana mana pertubuhan yang mengunakan term and law "so call Islamic" termasuk lah JAKIM dan JAIS, supaya kita akan terus memacu kecemerlangan umah dibawah APCO
Assalam,
ReplyDeleteSecara peribadi aku rasa hiba melihat ramai orang-orang tua yang telah bertahun-tahun setia dan membentuk keluarga setia pada ketua namun...fatamorgana.
Air mata jadi saksi
CF
2 thumbs up!
Assalam
ReplyDeleteSiapakah ketua kita sebenarnya...
Yang benar-benar sayang kita dan penyelamat kita ....
Dunia dan akhirat?
Deep dong..deep.
CF
baiklah sementara fatamorgana berakhir marilah kita sama sama setia bersama UMNO
ReplyDeletehttps://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/s526x395/1175521_267198096792048_580766310_n.jpg
ReplyDeleteTok siak cakap, video besi tak boleh jadi saksi, apalah sangat gambar, kah kah kah!
ReplyDeleteTok siak kena saman dengan Bilal sebab tuduh bilal makan pil kuda.
ReplyDeleteini semua salah UMNO
kah kah kah
UMNO bergabung dengan MCA, tapi UMNO jadi ketua, MCA tunduk dan akur.
ReplyDeletePAS bergabung dengan PKR, tapi PKR jadi ketua, PAS jadi macai suruhan sahaja, DAP pun selamba tipu dan pijak kepala PAS.
Jika inilah 'wakil islam', alangkag bangangnya PAS, doa KO PAS kembali kepadanya.
OH tuhanku, jangan jadikan anak cucuku penyokong parti pas.
UMNO bergabung dengan MCA, tapi UMNO jadi ketua, MCA tunduk dan akur
ReplyDelete"KAH KAH KAH!" buta tuli...
nak copy paste ker? kang cakap pulak copy paste tak leh dijadikan hujah
gambar arkib nak disamakan ngan video sulit...
ReplyDeleteotak letak kat punggung ker sedara
tok siak la sgt kui kui...
Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah.
ReplyDeleteDitulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
jangan cakap penyokong PAS, pemacai kereta mayat pon bila mayat cakap vaksin bagus dorang pon sokong rindu awak 200%
ReplyDeletetermasuk lah kes manusia kebulan... tgk lambang bulan pon allergic nak gi kebulan... tunggulah bulan jatuh keriba ek..
belum cakap geng geng tabligh lagi..adoyaiii yoyaiiii
so call Islamic ... keh keh keh...interligent la sgt..
lama aku tak ke sini dia dah main politik masjid hehe.
ReplyDeletepaling penting jgn jd macai. macai ni dia lihat PAS seketul, BN seketul. Seketul salah, seketul lagi betul.
Dia perasan sibuk untuk detail up setiap kes.
aku percaya hamka bukan macai tp pembenci PAS dan mengajak pembcanya membenci PAS. Bagi dia tabligh lebih bagus daripada PAS yang menjadikan politik demokrasi untuk tegakkan Islam, walhal demokrasi itu sendiri buatan kafir. anehnya, dia sendiri bercakap tentang politik.
PAS bukan maksum. PAS juga dianggotai orang yang bukan maksum. Selain presiden, pelapis muda dalam PAS yang menggerak tahalluf siyasi, yg sebelum ini senior dalam PAS tak nampak.
Aku tidak mencampuri urusan mana2 parti. Aku take part dalam demokrasi, tapi aku bukan ahli mana mana parti. aku pengundi biasa, dan aku rasa kita semua kena jadi pengundi biasa tak payah nak pakai tag BN PAS atau DAP. Let them be, kita pengundi mesti bebas.
Yg aku nampak kita sbg orang Melayu kena bebas dari pengaruh luar. Kena jadi diri sendiri, bersatu dengan identiti bangsa dan agama. kita mesti jadi superior, jadi cerdik dan rajin untuk manage negara, untuk manage cina dan india yang kdg jauh lebih cerdik. melayu mesti bersatu. biarlah yg konon pemimpin itu berpecah, kita semua di bawah ni mesti bersatu. Rasulullah pertama baginda buat di mekah ke madinah, adalah menyatukan bangsa arab dalam pada bisnes banyak dikuasai Yahudi sehingga akhirnya ekonomi Arab mengatasi ekonomi Yahudi.
Aku dah dekat setahun di Jeddah. Tiap hari aku nampak manusia berbeza. Walaupun orang Arab ni sivik ke laut, tapi benda yg patut kita contohi bangsa Saudi adalah semangat kebangsaan. Identiti Arab tu dijaga. Dengan jubahnya, syimaknya, tradisinya, walau diasak pengaruh barat. orang melayu tak pakai baju melayu, orang tabligh pakai kurta, orang PAS pakai jubah, orang UMNO pakai kot kecuali time pembentangan. kalau la Melayu ni jenis mcm Arab, pakaian Hang Tuah dulu la yg kita duk pakai sekarang dan tak da siapa berani nak pijak kepala.
aku bukan rasis. Tuhan jadikan aku Melayu, so aku kena jadi Melayu. Cina dan India jadi rakan, bukan musuh.
Kita share mana yg buleh share, tapi jangan pula depa nak masuk sampai dalam kelambu.
Aku cuma kesian bila PAS kena buli. Tu ja.
Assalam,
ReplyDelete((aku percaya hamka bukan macai tp pembenci PAS dan mengajak pembcanya membenci PAS. Bagi dia tabligh lebih bagus daripada PAS yang menjadikan politik demokrasi untuk tegakkan Islam))
Aku benar-benar percaya Hamka adalah ummat Nabi Muhammad saw yang benar-benar sayang pada semua ummat tanpa mengira batasan politik, agama dan bangsa.
Insha Allah aku akan jadi saksi dia di akhirat atas perkara ini. Aku sayang dia sepertimana aku sayang diri aku dan begitu juga dengan kau...semua.
Dalam tabligh tidak ada siapa lebih bagus bang...
Allah swt tengok amal, bukan siapa lebih bagus.
CF
Ya Allah, jika ada amalan aku yang kau terima...semuanya aku hadiahkan kepada Khairi Mohammad tanpa kurang ser pong!
Jadikanlah dia ummat Muhammad saw yang terbaik dunia dan akhirat!
Dah tentu lah tak ada pertubuhan yang maksum...PAS langsung tak maksum.. dalam tu becampur aduk..ada gak yang fahaman liberal...boleh jadi ada yg fahaman syiah komunis...mungkin lah..
ReplyDeleteDalam tabligh pon mcm tu jugak... ada mat rambu, mat rempit, mat ganja artist main masuk jer Tabligh ada ker main saring saring?.. kalau nak ckp fitnah aku sendiri nampak geng ni bila time orang tazkirah rata rata keluar buat bulatan sendiri..itu apa?
10 ayat awak tulis tentang orang, 100 sikap awak orang akan nampak. aku expect fikrah hamka ni, walaupun bukan hamka betul, at least satu level lebih tinggi dari macai-macai yang follow blog dia. at least.
ReplyDeletetp seringkali aku kecewa. keretamayat hanya blog lawak saja.
sian ko tak dapat lupakan hamka..klu ko ada anak..anak2 ko mungkin kecewa tengok ko yang masih takdpt lupakan blog lawak ni hehe.blog ni tak best mana pun..lupakan je..cuba lagi.
ReplyDeletepasal kesian kat blog lawak ni ler selalu datang bagi memantau mana mana lawak yang tak menjadi dan sedikit bodoh eh.. siannnn
ReplyDeletewow alasan yg sungguh konkrit dan budiman ...wow..so sweet....hahaha
ReplyDeletePost yang merbahaya tetapi tidak bias. Bagi saya post ini agak bagus dari segi penyampaian dan content utama tapi mempunyai isi isi yang merbahaya dan mampu membuatkan org jadi keliru.tapi saya faham hamka hanya berkarya untuk org yang deep thinking and open minded. Serta selalu mencuba untuk membuka satu perspektif baru dalam menyampaikan sesuatu isu. Semoga berjaya.
ReplyDeleteKepada pengomen. Jgn emosi sangat. Hanya org yang berfikir yang mampu memahami hamka.
ReplyDeletesham : Innalillahiwa'inna illaihi rojiun
Ania said: waduh, gratis sekali!,
mohamadafif afif : bukan panda biru, woha!
Taib: Jawapan ada pada Hj Hadi. Wallahualam.
Juasseh Cafe: Sick
Tun M: mmmm
joki baba: mmmmm
Tornado Assassin : adohai..
CF: terima kasih tuan.
khairi mohamad: saya manusia biasa macam tok guru nik azik juga, tak terlepas dari buat dosa, terima kasih menegur saya.
Blogger khairi: keretamayat hanya blog lawak saja? Aku anggap ini pujian
detective nie: deep nih, he he
Sgt deep..walau pahit kena jugak telan. Moga ramai xbuta hati bila menyokong
ReplyDeletekalau tulis berkias sikit pasal PAS ni..pasti akan ada yang melompat...hamka cakap benda yang betul..itu kenyataan...pada yang tak mahu menerima pasti sekali akan oulun cari hujah nak salahkan apa yang hamka tulis.
ReplyDelete