(Kisah deep di sebalik kuih raya Almond London)
Kisah 1:
Bila tetamu datang, bini akan top-up kuih dalam tabung untuk
santapan tetamu dengan pelbagai jenis kuih termasuk Almond London yang di
selaputi coklat siap dengan kacang tabur, serta mengadungi bijian badam rangup
sebagai teras kuih.
Sebaik tetamu pulang, anak anak akan terus berebut habiskan
almond London yang mahal dan sedap itu, Adohai..
Mereka nak makan banyak seperti makan nasi, mana boleh?
Nanti tetamu lain datang, tak kan nak bagi Maruku dan biskut sahaja?,
Lalu akupun merampas tabung kuih dari mereka, dan menghadkan
sorang 2 bijik sahaja, lalu aku ke dapur dan simpan tempat tinggi.
Berjimat dalam memuliakan tetamu adalah amalan yang terpuji.
Macam kisah Sahabat Nabi yang sanggup biarkan anak dan bini lapar asal dapat
tetamu makan dengan gembira, lalu turun ayat al quran yang memuji sifat Ikram
muslimin..
*****
Setelah aku tutup pintu almari bahagian atas yang tinggi,
sempat aku perasan yang Bini aku sedang kagum dari jauh tengok akhlak bapa
misali, akupun membalas senyumannya,
Sebaik bini sibuk melayan kerenah anak, senyap senyap, aku
makan 8 bijik almond London.
Woha!
Kisah 2:
Aku tutup mulut.
Bini tanya soalan aku tak jawab.
Bila bini ulang soalan, aku angkat tangan isyarat “hold”.
Lari ke hujung dapur.
Dan mulai mengunyah Almond London.
Eshh, susah jugak curik curik makan kuih Almond landon yang
semakin terhad di hujung syawal begini,
Adohai..
Kisah 3:
Mula mula kemam coklat, dan biarkan ianya mencair di dalam
mulut sehingga pasak pasak kekacang hilang arah lalu tersebar di celah gigi
menanti untuk digigit lembut, kemudian memamah serbuk kuih dengan perlahan
lahan dan last, gigit slow slow bijih almond.., sambil di tangan ada dua bijik
lagi almond london.. perghhh!
Nampaknya selagi ada stok almond london kat rumah, lambat
lagilah nak habiskan puasa enam, itu yang abang habiskan semua tu sayang!-
Adohai..
Kisah 4:
Bini aku bagitahu dia mimpi sebalang almond london hilang...
Mimpi macam tu pun nak cerita ke? adohai..
Yang peliknya, mimpi bini aku menjadi kenyataan.
Woha!
Kisah 5:
Pernah tak dalam sejarah, ada Laki yang sedang jalan jalan
dekat kedai tiba tiba telefon bini bagitahu ada sales jualan murah.
Mitos? Tahyul?
“Toooot.., Tooot”
“sayang, ada jualan murah ni, abang nak beli ni, almond
London satu balang tak sampai RM10”
Woha!
Kisah 6:
Ada satu teori, jika kita fikirkan seseorang, maka
sebenarnya diapun sedang fikirkan kita.
Mari kita cuba teori ini,
Alkisahnya, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir
akan bini aku lalu singgah di sebuah pasaraya nak beli sesuatu kat dia,
Masuk pasaraya dengan ingatan yang tidak lekang pada bini,
aku menuju ke barangan dapur, dan beli satu jag air besar, (sebab bini mengeluh
jag air sedia ada kecil sangat untuk kegunaan keluarga yang dah bertambah)
Bila nak bayar, aku perasan duit cash dalam poket tak cukup,
lalu bertanya pada awek Cashier: Boleh tak guna kad kredit?
Jawab Cashier: Boleh, tapi pembelian mestilah melebihi RM50.
Akupun terus beli beberapa barang yang bini suka seperti air
susu berperisa strawberry, almond bersalut coklat, dan lain lain barangan yang
bini aku selalu beli..
Bila dah bayar semua barangan, tiba tiba SMS berbunyi:
“Wah, bini SMS pulak, betul rupanya teori yang bini juga
sedang fikirkan aku, he he he”
Dalam senyum kegembiraan, aku semak SMS, wajah aku bertukar
menjadi geram:
“TQ for using your Maybankard ending XXXX for MYR53.80 AT
Terus Maju. For ing call num at back of your card”
Kredit card maybank lebih ingatkan aku rupanya?
Hampeh!!
Kisah 7 :
Siapa cakap orang perempuan sahaja yang pandai beli barang?
Korang tahu tak?, Aku rasa sangat bangga hari ni kerana dapat
beli sebalang almond londong dengan harga RM7.50, murah giler!
Walaupun aku amalkan hidup dengan pepatah barat: “If
something sounds too good to be true, it probably is”, tapi almond London ni
coklatnya nampak segar, dan tarikh luput pun lambat lagi, terus aku beli dua balang!
RM 15!
Balik rumah, bini aku cakap, alangkah peliknya ada peniaga
yang nak habiskan stok sanggup jual bawah RM10, sounds too good to be true....
Kemudian, bila kami makan, bangga aku hilang, rupanya kuih
tu tak ada bijih badam pun dalam dia, patutlah murah! Hampeh! Tipah tertipu!!
Ps: “If something sounds too good to be true, it probably is,
please take note, adohai..”
Kisah 8:
"Abang. Jom pi Langkawi"
"Tak nak, nanti habis duit beli pinggan mangkuk!"
"Tapi bang, kat sana banyak "˜almond london"™
bersalut coklat, harga murah tanpa cukai GST"
"Apa? Almond bersalut coklat?, takde GST? awak pergi
bersiap, biar abang pi cucuq duit"
Woha!
Kisah 9:
"Ramai laki di luar sana, bini mereka adalah Kryptonite
terbesar dalam hidup.
Tapi Laki saya lain sikit, Almond bersalut coklat adalah
Kryptonite terbesar!
Woha!"
Ps: Kata Puan N ketika membeli belah di Idaman Suri,
Langkawi.
Kisah 10:
(satu hari di bumi Langkawi)
"Tengok patung burung helang ini, teringat abang pada
patung penyu di Terengganu."
"Eh? Ada ke
patung penyu besar macam ni di Terengganu? Kat mana?"
"Dulu ada dekat bulatan Kampung Ladang, tapi telah di
musnahkan oleh Kerajaan so Call Islamik kerana menyerupai makhluk bernyawa, masa tu kita
belum kahwin lagi"
"Habis tu kenapa kerajaan so call Islamik waktu memerintah lengkawi
tak musnahkan jugak patung ni?"
"....."
"Jom beli almond London lagi"
"Jom"
Woha!
Kisah 11:
“Abang, saya rasa, saya dah tahu akan kepada kerajaan so call Islamik tak musnahkan patung helang dekat lengkawi, tapi musnahkan patung penyu kat Terengganu..”
Wah? Bini ajak sembang isu politik? Layankan jer, lantas tanya
aku..
“kenapa?”
Jawab bini:
“sebab masa mereka pecahkan patung penyu di Terengganu,
waktu tu mereka belum bergabung dengan parti kafir, mereka boleh buat keputusan
sendiri!, tapi sekarang dah bergabung dengan parti kafir, kenalah ikut cakap
orang kafir kot, saya rasalah, tapi jawapan sebenar ada pada ustaz yang sokong
patung diterengganu dimusnahkan”
Aku sambil kunyah almond London, jawab:
“mungkin jugak,.. ingat tak masa kita melancong di ICT Shah
Alam, banyak benar patung kat situ, ada gajah, zirafah, harimau, malahan, patung
Mr Bean pun ada kat Syah Alam”
Bini aku yang sedang menguyahpun buat keputusan:
“Malas saya nak faham apa orang politik fikir, jom habiskan
almond laondon ni lagi baik!
“Jom!”
“Nyam nyam nyam..”
Ps: Orang akan respek pegangan agama kita, jika kita
istiqamah dalam beramal, sama jugak isu politik dan so call islamik, sekejap
haram sekejap halal, hilang respek orang pada agama kita nanti, makin jauhlah
mereka pada islam, ini agak deep, sila take note.
Kisah 12:
Akhir cerita, di penghujung Syawal sebegini, aku dah tak nak
makan almond london banyak banyak, aku nak boikot London sebab sama macam arab
tak tolong Gaza, so sekarang aku beralih kepada kuih jenama tempatan, yang jauh
lebih sedap dari almond london.., iaitu (rujuk gambar)
Ps: Jika korang jemput aku beraya, pastikan kuih dalam
gambar ni ada dirumah korang, Woha!
1st??
ReplyDelete2nd!
ReplyDeletebesar betul pengaruh sekut Almond London ni..
ReplyDeletesedap sungguh ni..sekut ni modal mahal nak buat, memang dr awal rasa tak logik dapat beli sekut sebalang tak sampai sepuluh ringgit..
hilang arah tuju daku baca post ini tuan Hamka..hehe...
ReplyDeletep/s : kalau free, boleh cek emel sebab ada sesuatu daku request kan..
Ok...abih baca dah pepagi buta ni..:)
ReplyDeleteKuih ni no 1 abis.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteMasyallah..romantik giler.
Tetiba jer rasa nak beli barang yang bini suker..He..he..
CF
2 thumbs up bro.
P/s: Dalam romantik ader politik pergghh...tinggi!
Tabarakallahhuminaminkum!
tuan CF . lama tak jumpa =)
ReplyDeletetuan hamka punya post mesti bakar line saya supaya kawen cepat . haihhhhh
Memang dalam. Macam dah bgtau awal cerita..'deep'. Punyalah deep sampai tak nampak 'dasar'. ngee
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.
ReplyDeleteHahaha
Aku terhibur.
Yang deep tetap deep brader...
Wallahu'alam
mengapa mesti 'almond laondon' ? ... tak boleh ke guna nama-nam melayu ...?
ReplyDeletelepas baca entry ni, trus rasa nak makan almond london time ni gak..uhuhu
ReplyDeleteRobot Polis: Tahniah!
ReplyDeletePetak Bunga : terkono den..
Bintu Rajali :Ok, note
asyifa mustaffa: Kagum dari jauh.
anis Abdullah: kan?
CF: thanks bang!
muhammad hatim: sejak hamka sibuk di FB, begitulah, huhuhuh
MH MY: now you konw
Keep The Good Alive : waalaikumusalam.
Rantai: Tu lah tu, nak Tanya jugak? Kan?
Lady D'yot: Perghh, sedap tu!
encik hamka sila tempah almond london dan kuih2 lain drpd mak saya pada tahun hadapan atau bila2 masa klau teringin... pasti anda x hidang pada tetamu.. hand made and affordable.. walaupun 20++ satu balang tetapi masih mempunyai pelanggan tetap since 2000 walaupun operasi kecil kecilan kerana kekurangan tenaga kerja dan masa.
ReplyDelete*promote skit kuih raya mak sendiri.. kalau teringin saya akan usahakan sample untuk dicuba..