(Satu hari di bumi Malaysia: Al
kisah orang yang tak de ilmu dan tauliah… adohai)
Satu hari ada surau baru siap di
sebuah kawasan perumahan, ketika belum ada AJK dan Pengurusi yang dilantik,
surau itu hanya menjadi tempat beberapa penduduk datang untuk bersolat sahaja.
Lalu aku dan beberapa rakan cuba nak
hidupkan surau tu, (ehem! Ehem!) nak buat ceramah agama yang bertajuk “fikir
atas iman, ilmu dan amal” tapi pesan guru kami, nak buat ceramah, kena pergi
jemput orang kampong terlebih dahulu, jika tidak nanti, ianya menjadi tidak
adil apabila kamu sibuk membuat hubungan dengan Allah di rumah Allah, tapi
melupakan hubungan dengan masyarakat luar.
Bayangkan jika Nabi hanya buat
ceramah di rumah Arqam tanpa pergi jemput orang islam lain datang dengar
ceramah beliau?, bukankah tak patut jika beramal nak masuk shurga sorang sorang?
Kerana itulah Nabi pergi ketuk pintu rumah ke rumah ajak orang masuk islam dan
ajak orang islam pergi belajar agama di rumah arqam (ketika di Mekah) atau ajak
orang ke masjid Nabawi (ketika di Madinah)
Jadi, kami dengan niat nak
hidupkan sunnah Nabi, telah pergi rumah ke rumah, ajak orang kampong datang
masjid dengar ceramah kami.
Of course kami boleh guna FB atau
SMS ajak orang kampong datang masjid, tapi benda penting ni elok kita jumpa
secara bersemuka, contoh macam nak pinang anak orang, boleh sajer guna mesej
FM, Whassap, SMS atau telefon, tapi siaplah korang kena maki dengan mak bapak
si perempuan kelak kerana tak beradab, maka, menyeru manusia kepada Allah
adalah jauh lebih tinggi darjatnya dari menjemput orang datang kenduri, maka
kerana itu kami pilih berdakwah cara nabi dalam Al quran, jumpa manusia dari
rumah ke rumah. Lebih beradab dan lebih mirip kepada Sunnah.
Alhamdulillah, lepas maghrib, ada
beberapa muka baru datang dengar ceramah kami, dihujung ceramah, kami ajak
pulak orang yang datang tu buat macam kami jugak, iaitu kamu kena ajak orang
lain pulak datang minggu depan, macam MLM gitu..
Tapi bila berdakwah rumah ke
rumah ni banyak mujahadah, ada yang caci kami, ada yang lari, ada yang halau
dan ramai jugak yang suka, dalam susah tu, belum sampailah tahap kena pukul
macam nabi Muhammad SAW, tak ada orang kampong yang baling batu sampai berdarah
badan Nabi macam penduduk taif buat. Allah tahu iman kami yang lemah, maka
ujian pun kecik kecik sahaja…
Jadi kami okey sahaja, kadang
kadang ada yang setuju untuk datang surau tapi tak datangpun, ada yang macam
suka tapi masih solat di rumah, ada yang buat bodoh macam cakap dengan tunggul
kayu, sabar jelah, dan pernah kami ceramah di surau tanpa muka baru,
Nampak macam tak ada hasil, tapi
kami teringat dalam quran kisah nabi Nuh berdakwah, sepuluh tahun jumpa kaum
dia, baru dapat satu orang, seratus tahun, baru dapat 10 orang, dan dekat seribu
tahun, baru dapat 83 orang, jadi kami ikut pesan Nabi, berdakwah tu kerja kita,
tapi yang bagi hidayat tu kerja Allah, Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah, 13
tahun baru beberapa ratus pengikut, apalah sangat kami yang berdakwah tak
sampai satu jam sebelum magrib ini.., adohai.
Lagipun kejayaan dakwah bukan
diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan
dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan. Firaun yang
jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, tapi Firaun tetap mati
dalam keadaan kapir, manakala Nabi Musa tetap tergolong orang yang Berjaya, dan
memang hidayat ini milik Allah, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat,
semua kerja Allah.., apa lagi nak di kata?
Dalam kami belajar belajar hidupkan
sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu, orang kampong mula melebel kami
sebagai “Kumpulah Tabligh”. Hairan sungguh kami dengan sikap orang yang melebel
ini sebab cuba tuan tuan bayangkan, jika orang islam sudah ramai yang tidak
solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak
kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”? woha!
Begitulah ummat hari ni, apabila ramai
orang islam yang dah tinggalkan tabligh cara Nabi, dan bila ada yang belajar-belajar
buat, di tuduh: “kumpulan Tabligh” dengan air muka menggambarkan unsur sesat
pada usaha itu, sedangkan:Tabligh, Amanah, Siddik, Fatonah ni sifat Nabi tuan
tuan, sama jugak kaki ponteng solat Jemaah, bila Nampak orang ulang alik solat Jemaah:
di lebel sebagai “geng masjid” “kumpulan riak” dan sebagainya, Adohai..
Balik pada kisah kami di surau, Alhamdulillah,
lama kelamaan, penduduk semakin bertambah, surau jugak semakin bertambah ahli Jemaah,
maka lantikan pengerusi baru dan AJK baru dibuat, lalu segala program masjid
diatur jadual kuliah oleh pengurusi baru dengan menjemput ustaz ustaz terkenal
dengan membayar ‘saguhati’ kepada penceramah guna dana dari sumbangan derma
orang ramai.
Surau itu kini mempunyai jadual
yang penuh dengan ustaz mengajar dan pengurusi baru mengosongkan satu malam
untuk kami membuat majlis “fikir atas iman dan amal”, pernah pengerusi surau
mencadangkan agar kami dibayar RM50 setiap kali ceramah seperti ustaz lain tapi
kami menolak dengan ikhlas sebab kami semua usahawan, sudah ada pendapatan
sendiri, jadi dalam bab agama biar kami ambik upah di akhirat sahaja. Amin..
Maka aman damailah penduduk kampong
itu dengan majlis dakwah sekali seminggu yang bergerak dari rumah ke rumah, dan
majlis ceramah agama dari pelbagai ustaz setiap malam antara magrib dan isyak.
Setiap pagi juga, di surau itu hidup dengan bacaan hadis Nabi tentang kelebihan
amal.
Namun ujian akan selalu datang,
sampai masa jawatan pengerusi dan AJK baru bertukar, pengurusi kali ini pula seorang
ustaz, lalu mengeluarkan undang undang baru, hanya ustaz sahaja boleh
berceramah. Orang yang bukan ustaz tak boleh berceramah kerana takut sesat.
Maka program kami telah dibuang, dan diganti dengan ustaz yang lebih banyak
ilmu dari kami. Majlis bacaan hadis 10 minit setiap pagi jugak diganti dengan
ustaz yang mengajar kitab “penawar bagi hati” juga 10 minit..
“Saudara, nak berdakwah ni kena
ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Kata pengerusi
surau.
Tapi kami tak kisah, memang
maksud asal usaha kita adalah untuk majukan masjid surau, dah ada ramai ustaz
yang layak, biarlah mereka yang menjadi pembimbing kepada masayarat yang datang
ke masjid.
Cuma…
Alangkah baiknya, jika ustaz-ustaz
juga turut ‘berebut’ membuat dakwah yang kami buat dari pintu ke pintu, sebab
kamipun bukan ustaz, kamipun tak de ilmu dan tauliah dalam menghidupkan amalan
sunnah Nabi ini, kan bagus jika ustaz ramai ramai bergilir juga berdakwah dari
pintu ke pintu? Orang kampong pun suka sebab yang datang ketuk pintu rumah
mereka macam Nabi selalu buat tu adalah ustaz dan ulamak.
Lalu ceramah tiap tiap malam, dan
dakwah rumah ke rumah tiap tiap hari oleh ustaz bergilir gilir, akan mewujudkan
suasana agama mirip di zaman nabi Muhammad SAW. Dalam satu hadis, apabila di
sebuah daerah, penduduknya solat berjemaah, bangun malam dan ziarah satu sama
lain atas maksud agama, maka kampong itu akan dihindari bala, dan di
percepatkan Rahmat.
Mungkin kerana mengabaikan sunnah
inilah, maka ramai ummat islam di seluruh dunia, ditimpa musibah demi musibah..
oh!
Ahir kata: “Ustaz, bukankah ustaz
cakap nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada
ilmu dan tauliah”. Maka tolonglah Ustaz, ‘cegah’lah kami yang berdakwah dari pintu
ke pintu kerana kami bukan ustaz… ‘hanya’ ustaz yang layak buat kerja ni! nanti
ramai orang kampong yang sesat, siapa yang salah? Jadi.., selain berceramah di
masjid untuk orang yang dah minat agama, apa kata ustaz ganti (atau bergilir)
tempat kami berdakwah pada orang yang tak minat agama, baru boleh rasa apa yang
Nabi rasa, kerana sesungguhnya, ustaz dan ulamak adalah pewaris Nabi. Nikmat
mana lagi yang kamu dustakan?
Tutup entry dengan tasbih
kafarah.
Ps: Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu
dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang
iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat.
Wallahu'lam
Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.
Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.
nak sedekah senyum kat entri ni:-)
ReplyDeletegood info bero hamka:)
kerja berat... problem utama kat surau dan masjid memang ada birokrasi...
ReplyDeletebelum lagi layan nazir yang lorat...ajk masjid yang gila kuasa..
belum ambil kira kalau ada puak politik yang pegang kuasa kat dalam masjid...
adakala buat rumah Allah mcm rumah sendiri..
Jangan baca lebih dari 2x sebab nanti makin tak faham, 145x lagi la tak boleh...
ReplyDeletehahaha... aku tak abis gelak dari entry sebelum ini...
owh lupa plak nak baca dulu entry ni... nanti aku baca dulu na...
==Har Har Harun==
aduh lepas baca termenangis pulak.... argh.... sama beb sama beb...
ReplyDeleteSempena ini aku nak ucapkan, jutaan terima kasih pada pada senior dan junior aku Azim dan Raden dari KUKTEM (UMP)2005-2006 dari Johor (aku tak ingat hangpa markas mana), kalau tak hang pa berdua ketuk pintu aku waktu maghrib 7 thn lepas, tak tahu la apa keadaan aku... nak semayang jumaat masjid pun mungkin aku tak tahu kat mana...
woooo~~~ sedihnya sedihnya
==sad sad saddam===
memang la nak bagi ceramah agama kena ada ilmu. setakat nak bagi ceramah dengan fikir2 kepala hotak..babi pun boleh bgi ceramah derrr... nabi dulu bagi ceramah dengan Malaikat guru dia..yang si tabligh sesat setan ni bgi ceramah.sape guru dia? puiihhhhh!
ReplyDeleteAnon di atas ni bukan stakat xde ilmu, malah xberadab dan pengotor..siap meludah merate rate lg.. ya Allah bg la hidayat utknye...
ReplyDelete'setakat nak bagi ceramah dengan fikir2 kepala hotak..babi pun boleh bgi ceramah derrr'
ReplyDeletebetul tu aku setuju kena ada ilmu dan kalau boleh tauliah sekali tapi tauliah tu bukan tiket la, cuma advantage jer yang penting ilmu
dan yang pasti statement babi pon boleh bagi ceramah adalah statement tak guna kepala hotak...
Memang berdakwah kena ada ilmu. Tapi tak bermaksud kena jadi ustaz dulu baru bole berdakwah.
ReplyDeleteNabi kata, "sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".
Kalau orang buta huruf tak reti baca pon paling kurang dia tahu satu ayat (kalimah syahadah). jadi sampaikanlah kalimah tu kepada org lain. Tak gitu?
Kalau nak kena jadi ustaz dulu baru bole berdakwah,sementara belum jadi ustaz tu dah berapa ramai orang mati tanpa kalimah, tanpa solat?
ni pehal anon 8.32 kat atas tu, meroyan ke apa...?
ReplyDeleteAnon 8.32
ReplyDeleteceramah yg cetus fikir mnsia kpd kbsrn&khebatn Allah tu la,ins Allah,yg akn jdkn mnsia mula mneliti kjdian2/k'daan2 skliling dgn lbih peka mllui mata,tlnga,mulut,aqal&smua aggta bdn lalu mbesarkn Allah ats sgalany..
Ilmunya: rabbana maa khalaqta haazaa baatilaa; subhaanaka faqinaa 'azaabannaar...
blmn xde ilmu ni dlm dri mnsia,nscya deria&aqal mnsia akn lbih knal kbesarn makhluq..na'uuzubillah..
Wallahu a'lam..
Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat. Wallahu'lam
ReplyDeleteDulu teringat masa buat ziarah rumah ke rumah, baru jer penunjuk jalan bagi salam " Assalamualaikum" keluar tuan rumah marah2 smbil tanya " hang ni belajar lulusan mana?". Lalu penunjuk jalan jawab " takkan nak bagi salam pun kena tunggu lulus al azhar pakcik". He he he.
ReplyDeleteDulu Nabi SAW buat ziarah kena baling batu smpai bengkak2 kaki, lebam2 satu badan tp skrg bengkak2 jugak, tp bengkak perut asbab kena sumbat dengan kuih, nasi lemak, teh tarik. (pengalaman di mana tuan rumah terlalu suka dengan jemaah)..
W.Alam
Waima azan yg dnamakn ia sbg "da'wat-it-tãmmah" mllui lisan Nabi saw yg mlia pn bole dserukn oleh mn2 llki muslim yg beraqal,x mngira dia ustaz/x..bgtula jg dgn da'wah umum yg mn intipatiny selaras dgn bait2 azan..bdk kcik pn bole,doktor pn bole,pilot pn bole,tukg kbun pn bole, sape2 je la llki muslim beraqal..
ReplyDeleteCounterpart bg azan = iqamah yg mn ia sbg ksinambungn&pdokong azan..& ia bole plak dserukn oleh llki/wnta muslim lg beraqal..
Buatla homework,apakah dia bait2 azan&iqamah lalu hayatilah intipati "da'wat-it-tãmmah" itu..
Lalu, tunaikn la haqny utk dsampaikn kpd ummat sluruh alam..
Wallahu a'lam..
to anon 8.32
ReplyDeletesifat 'babi' ko mengalahkan babi itu sendiri yg pandai bagi ceramah.
entry yg bagus.. patut ditampal di stesen2 bas dan juga di lorong2 keda supaya ramai yg baca ni akan sedar... asyik tampal along punya info and poster2, baik tampal artikel camni..
ReplyDeletetahniah hamka for this entry..
for anon 8.32
..aper ke hee?..
YA ALLAH..jadikanlah hambamu si anon: 8:32 PM, October 30, 2013 hambamu yang soleh, menjaga tuturkata budibahasa, tingkatkanlah ilmu agamanya, kurniakanlah kekayaan dunia dan akhiratnya untuknya agar dia menjadi pelindung agamamu ini..ampunkanlah dosanya, dosa kedua ibubapanya dosa semua orang orang yang telah disakitinya..Ya Rahman..jadikanlah perkataan yang lahir dari mulutnya, tulisannya sebagai pahala untuknya, untuk orang yang mendengarnya, membacanya kurniakanlah segala yang baik baik untuknya dan keluarganya..Amiin Ya Allah... Untukmu saudaraku anon 8:32 PM, October 30, 2013 kukirimkan dan kuhadiahkan Al Fatihah...
ReplyDeletekepada:
ReplyDeleteAnonymous 8:32 PM, October 30, 2013..
lain kali, nk tulis mengarut , mencarut mcm tu..tulis la nama penuh..senang org lain nk doakan agar anda dapat hidayah..
tuduh2 mcm2 tp, xberani tulis nama penuh..pe hall..
golongan mcm ni la, yg memburukkan nama islam.sedangkan Islam sgt lah indah..tp, umat islam yg mcm ni la yg mencalarkn keindahan islam..
aduhai.........
Ada lagi yang nak baca berulang kali ek..hakhakhak..
ReplyDeleteSian anon 8.32..nak komen macam tu kat blog ni..adoiiilaa..
dan aku tertarik kata Hamka..
...jika orang islam sudah ramai yang tidak solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”?
aku nak tambah, dah bila ramai orang Islam xsolat jemaah dan tiba2 muncul golongan yang solat jemaah, maka dilabelkan sebagai kumpulaan jemaah..
aku baca banyak kali entry ni tapi kali ni tak sampai tahap 145 kali ...
ReplyDeletetanpa provokasi aku rasa artikel kali ni sgt bagus...
tengok langgit pon kita boleh cerita 1001 perihal kekuasaan Allah,
Anon 11:22 AM, November 01, 201,
ReplyDeleteAdakah kamu anon yang pernah ku gelakkan pada entry sebelum ini? kalau ya, dunia ini masih ada harapan :)
aku teringat, member aku ada bagitau tamsilan, " kita nak ajak kawan kita pergi tengok bola kat padang, tak perlu pandai main bola macam Ronaldo, Messi ke apa... sebab nak ajak je pon bukannya apa-apa... " hehehehe
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteDari Nabi Adam a.s sehinggalah Muhammad s.a.w.
Sunatullah.
Kerja dakwah sememangnya ditentang tak kiralah anak sendiri ker, bapa sendiri ker, saudara sedarah sedaging ker...Imam, bilal, AJK Masjid tak terkecuali (bukan semua).
Seorang sahabat rahu. di peperangan Badar terpaksa membunuh bapanya sendiri. Dia cuba menyembunyikan tangisan dan kesedihan di hadapan Nabi saw. Namun airmatanya yang murni tergugur dua-tiga titik...dan Nabi saw memujuk beliau lebih kurang Kau tidak bunuh bapamu. Kau membunuh kemusyrikan didalam diri bapamu...
Demi agama marilah kita korbankan perasaan kita kerana Allah swt.
Sekurang-kurangnya kita tak perlu membunuh mereka, cuma sabar, senyum dan telanlah perasaan apa pun...he.he.. cakap senang!
Crying Fella
P/s: 2 thumbs up. Ya Allah, jika ada amalan aku yang kau terima aku hadiahkan kepada anon 8.32 tanpa kurang satu pun! Aku sayang dia sepertimana aku sayang diri aku!!!!
Crying Fella,
ReplyDeletetersentuh aku baca komen ko dan untuk anon 8.32, lain kali fikir masak2 sebelum bagi komen..kalau xsetuju pun cuba bagi pendapat dengan cara yang berhemah
sesungguhnya cara crying fella ni akan membuat orang tersentuh
anon 8.32 mungkin antara mereka yang tak suka dengan jemaah tabligh.... mungkin juga dia antara yang kena bahan pada komen2 dia pada artikel ini, mungkin juga dia sangka dengan komen sebegitu boleh menyebabkan "kumpulan tabligh" ini marah lalu menyerang "kumpulan demokrasi" yang lainnya... khususnya PAS...
ReplyDeletetapi jangkaannya meleset.... ahli jemaah telah di didik, 3h,40h, 4b dan seumur hidup untuk memuliakan umat Muhammad... untuk memuliakan saudara seislamnya yang lainnya...
beliau mungkin menjangkakan makian bertimba2... tapi sebaliknya doa demi doa kebaikkan untuknya... tiada yang berdoa tidak baik untuknya.... inilah tarbiyah terbaik....
teruskan sahabat, tunjukkan akhlak kita diluar mahupun dialam maya, :)
aku akan anggap, anon yang mulut celupar komen tanpa guna akal adalah ujian dari Allah s.w.t yang berusaha untuk melemahkan orang lain.
ReplyDeleteaku berlindung pada Allah dari godaan setan yang terkutuk.
memanglah, ada sesetengah perkara bila kita nak sampaikan dekat orang lain perlukan ilmu. takut nanti jadi ajaran sesat.
tapi, kalau setakat nak menyedarkan manusia hal yang asas takkan nak kena tunggu jadi ustaz ustazah juga?
contohnya, cerita pasal aurat. ramai je manusia tahu aurat tapi tak ramai yang faham. habis tu, nak tunggu ustaz ustazah juga ke baru nak sampaikan dan fahamkan pada orang lain?
apapun, thumbs up untuk entri kali ni. aku suka. ketuk dari rumah ke rumah, memang salah satu alternatif yang boleh diguna pakai. terutamanya di zaman serba akhir ini. feuh!
Assalam
ReplyDeleteJemmah markas dunia Nizammudin hadir ke markas Sungai Petani dengan penuh kasih sayang dan kiriman wangi-wangian dari orang-orang lama Nizammudin.
Antara nasihat yang aku terkesima, ingin aku kongsi demi Allah
Amalkan zikir Ya Malik, Ya Qudus, Ya Salam 11 kali selepas solah Subuh. Insyallah akan dilindungi dari segala jenis benda-benda halus
Amalkan Kulhu 200 kali - 300 pintu rezeki dibuka. (Sehingga dikatakan kita akan mohon sudah Ya Allah..sudah)
Off course itu bukan maksud mereka hadir. Maksud mereka hadir adalah bagaimana saya boleh korbankan masa, harta dan diri saya untuk belajar usaha agama Allah mengikuti cara Nabi saw.
Hakikatnya. Semua pengorbanan itu yang mengikuti cara suci murni Nabi saw, adalah untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan ummah di dunia yang kekal berdiri selama-lamanya nanti...
Selepas perut saya penuh dengan tanah.
Kamu tahu bukan....
Aku sayang kamu semua...
Aku sangat sayang kamu Hamka.
Crying Fella
anon atas aku,
ReplyDeletekulhu tu kuhuaAllah hu ahad ker?
Assalam
ReplyDeleteMasyallah..benar Tuan.
Crying Fella.
Salam tuan² yang mulia,
ReplyDeleteDi akhirat padang masyhar nnt, semua orang akan menjahui satu sama lain.
Xlain, semua takut akan didakwa. Ayah lari pada anak, isteri, mak. pemimpin lari pada rakyat yang dipimpin.
Dengan apa kita nk beli syurga tuan² yang mulia. Sesunguhnya azab Allah itu amatlah pedih.
salam tuan Crying fella..
ReplyDeletekulhu tu surah alikhlas ke..erm masa mne baca 200 kali tu..terima kasih atas perkongsian..wslm
Assalam
ReplyDeleteSayu,
Surah Al Ikhlas. 200 kali sehari Insyallah...Istiqomah.
Semoga Allah Taala bukakan pintu rezeki kalian semua dengan penuh keberkatan...
Rasanya Hamka tengah sibuk di jalan Allah...semoga Allah swt membantunya dari semua arah...
CF
Semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezki Anon 8.32 dengan penuh keberkatan.
ReplyDelete:)
Salam CF;
ReplyDeleteJzkhoir atas perkongsina. Semuga Allah bantu saya, tn dan semua ummat. Janganlah doa hanya untuk bro hamka sahaja. Jangan sempitkan doa kita...khusus untuk sahabat kita sahaja...satu kerugian untuk ummat
baru2 belajar...
Wallahu a'lam
'Anonymous 8:32 PM, October 30, 2013':
ReplyDeleteAku sumpah kau jadi da'i macam Nabi & sahabat. Lepas dpt hidayat nanti baru ko akan menangis, menyesal, rasa rugi giler sebab lambat buat usaha Nabi.
Hamka!
ReplyDeleteLama sangat tak singgah blog ni.
Dua/ tiga tahun adalah rasanya.
Maklumlah perasan sibuk.
Hamka kelakar mcm dlu jugak!
Masya Allah, kita harini tak hidup dlm suasana Islam yg sbnr. sobss sobss
dua tahun?
ReplyDeleteok, selamat beli buku. :)
Asalammualaikum.
ReplyDeleteKalau nak mengajar suatu amalan hendaklah berdasarkan nas atau dalil. Takut apa yang diajar nampak baik tetapi mengandung dusta dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.