(Satu hari di bumi Malaysia: Al
kisah orang yang tak de ilmu dan tauliah… adohai)
Satu hari ada surau baru siap di
sebuah kawasan perumahan, ketika belum ada AJK dan Pengurusi yang dilantik,
surau itu hanya menjadi tempat beberapa penduduk datang untuk bersolat sahaja.
Lalu aku dan beberapa rakan cuba nak
hidupkan surau tu, (ehem! Ehem!) nak buat ceramah agama yang bertajuk “fikir
atas iman, ilmu dan amal” tapi pesan guru kami, nak buat ceramah, kena pergi
jemput orang kampong terlebih dahulu, jika tidak nanti, ianya menjadi tidak
adil apabila kamu sibuk membuat hubungan dengan Allah di rumah Allah, tapi
melupakan hubungan dengan masyarakat luar.
Bayangkan jika Nabi hanya buat
ceramah di rumah Arqam tanpa pergi jemput orang islam lain datang dengar
ceramah beliau?, bukankah tak patut jika beramal nak masuk shurga sorang sorang?
Kerana itulah Nabi pergi ketuk pintu rumah ke rumah ajak orang masuk islam dan
ajak orang islam pergi belajar agama di rumah arqam (ketika di Mekah) atau ajak
orang ke masjid Nabawi (ketika di Madinah)
Jadi, kami dengan niat nak
hidupkan sunnah Nabi, telah pergi rumah ke rumah, ajak orang kampong datang
masjid dengar ceramah kami.
Of course kami boleh guna FB atau
SMS ajak orang kampong datang masjid, tapi benda penting ni elok kita jumpa
secara bersemuka, contoh macam nak pinang anak orang, boleh sajer guna mesej
FM, Whassap, SMS atau telefon, tapi siaplah korang kena maki dengan mak bapak
si perempuan kelak kerana tak beradab, maka, menyeru manusia kepada Allah
adalah jauh lebih tinggi darjatnya dari menjemput orang datang kenduri, maka
kerana itu kami pilih berdakwah cara nabi dalam Al quran, jumpa manusia dari
rumah ke rumah. Lebih beradab dan lebih mirip kepada Sunnah.
Alhamdulillah, lepas maghrib, ada
beberapa muka baru datang dengar ceramah kami, dihujung ceramah, kami ajak
pulak orang yang datang tu buat macam kami jugak, iaitu kamu kena ajak orang
lain pulak datang minggu depan, macam MLM gitu..
Tapi bila berdakwah rumah ke
rumah ni banyak mujahadah, ada yang caci kami, ada yang lari, ada yang halau
dan ramai jugak yang suka, dalam susah tu, belum sampailah tahap kena pukul
macam nabi Muhammad SAW, tak ada orang kampong yang baling batu sampai berdarah
badan Nabi macam penduduk taif buat. Allah tahu iman kami yang lemah, maka
ujian pun kecik kecik sahaja…
Jadi kami okey sahaja, kadang
kadang ada yang setuju untuk datang surau tapi tak datangpun, ada yang macam
suka tapi masih solat di rumah, ada yang buat bodoh macam cakap dengan tunggul
kayu, sabar jelah, dan pernah kami ceramah di surau tanpa muka baru,
Nampak macam tak ada hasil, tapi
kami teringat dalam quran kisah nabi Nuh berdakwah, sepuluh tahun jumpa kaum
dia, baru dapat satu orang, seratus tahun, baru dapat 10 orang, dan dekat seribu
tahun, baru dapat 83 orang, jadi kami ikut pesan Nabi, berdakwah tu kerja kita,
tapi yang bagi hidayat tu kerja Allah, Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah, 13
tahun baru beberapa ratus pengikut, apalah sangat kami yang berdakwah tak
sampai satu jam sebelum magrib ini.., adohai.
Lagipun kejayaan dakwah bukan
diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan
dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan. Firaun yang
jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, tapi Firaun tetap mati
dalam keadaan kapir, manakala Nabi Musa tetap tergolong orang yang Berjaya, dan
memang hidayat ini milik Allah, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat,
semua kerja Allah.., apa lagi nak di kata?
Dalam kami belajar belajar hidupkan
sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu, orang kampong mula melebel kami
sebagai “Kumpulah Tabligh”. Hairan sungguh kami dengan sikap orang yang melebel
ini sebab cuba tuan tuan bayangkan, jika orang islam sudah ramai yang tidak
solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak
kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”? woha!
Begitulah ummat hari ni, apabila ramai
orang islam yang dah tinggalkan tabligh cara Nabi, dan bila ada yang belajar-belajar
buat, di tuduh: “kumpulan Tabligh” dengan air muka menggambarkan unsur sesat
pada usaha itu, sedangkan:Tabligh, Amanah, Siddik, Fatonah ni sifat Nabi tuan
tuan, sama jugak kaki ponteng solat Jemaah, bila Nampak orang ulang alik solat Jemaah:
di lebel sebagai “geng masjid” “kumpulan riak” dan sebagainya, Adohai..
Balik pada kisah kami di surau, Alhamdulillah,
lama kelamaan, penduduk semakin bertambah, surau jugak semakin bertambah ahli Jemaah,
maka lantikan pengerusi baru dan AJK baru dibuat, lalu segala program masjid
diatur jadual kuliah oleh pengurusi baru dengan menjemput ustaz ustaz terkenal
dengan membayar ‘saguhati’ kepada penceramah guna dana dari sumbangan derma
orang ramai.
Surau itu kini mempunyai jadual
yang penuh dengan ustaz mengajar dan pengurusi baru mengosongkan satu malam
untuk kami membuat majlis “fikir atas iman dan amal”, pernah pengerusi surau
mencadangkan agar kami dibayar RM50 setiap kali ceramah seperti ustaz lain tapi
kami menolak dengan ikhlas sebab kami semua usahawan, sudah ada pendapatan
sendiri, jadi dalam bab agama biar kami ambik upah di akhirat sahaja. Amin..
Maka aman damailah penduduk kampong
itu dengan majlis dakwah sekali seminggu yang bergerak dari rumah ke rumah, dan
majlis ceramah agama dari pelbagai ustaz setiap malam antara magrib dan isyak.
Setiap pagi juga, di surau itu hidup dengan bacaan hadis Nabi tentang kelebihan
amal.
Namun ujian akan selalu datang,
sampai masa jawatan pengerusi dan AJK baru bertukar, pengurusi kali ini pula seorang
ustaz, lalu mengeluarkan undang undang baru, hanya ustaz sahaja boleh
berceramah. Orang yang bukan ustaz tak boleh berceramah kerana takut sesat.
Maka program kami telah dibuang, dan diganti dengan ustaz yang lebih banyak
ilmu dari kami. Majlis bacaan hadis 10 minit setiap pagi jugak diganti dengan
ustaz yang mengajar kitab “penawar bagi hati” juga 10 minit..
“Saudara, nak berdakwah ni kena
ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Kata pengerusi
surau.
Tapi kami tak kisah, memang
maksud asal usaha kita adalah untuk majukan masjid surau, dah ada ramai ustaz
yang layak, biarlah mereka yang menjadi pembimbing kepada masayarat yang datang
ke masjid.
Cuma…
Alangkah baiknya, jika ustaz-ustaz
juga turut ‘berebut’ membuat dakwah yang kami buat dari pintu ke pintu, sebab
kamipun bukan ustaz, kamipun tak de ilmu dan tauliah dalam menghidupkan amalan
sunnah Nabi ini, kan bagus jika ustaz ramai ramai bergilir juga berdakwah dari
pintu ke pintu? Orang kampong pun suka sebab yang datang ketuk pintu rumah
mereka macam Nabi selalu buat tu adalah ustaz dan ulamak.
Lalu ceramah tiap tiap malam, dan
dakwah rumah ke rumah tiap tiap hari oleh ustaz bergilir gilir, akan mewujudkan
suasana agama mirip di zaman nabi Muhammad SAW. Dalam satu hadis, apabila di
sebuah daerah, penduduknya solat berjemaah, bangun malam dan ziarah satu sama
lain atas maksud agama, maka kampong itu akan dihindari bala, dan di
percepatkan Rahmat.
Mungkin kerana mengabaikan sunnah
inilah, maka ramai ummat islam di seluruh dunia, ditimpa musibah demi musibah..
oh!
Ahir kata: “Ustaz, bukankah ustaz
cakap nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada
ilmu dan tauliah”. Maka tolonglah Ustaz, ‘cegah’lah kami yang berdakwah dari pintu
ke pintu kerana kami bukan ustaz… ‘hanya’ ustaz yang layak buat kerja ni! nanti
ramai orang kampong yang sesat, siapa yang salah? Jadi.., selain berceramah di
masjid untuk orang yang dah minat agama, apa kata ustaz ganti (atau bergilir)
tempat kami berdakwah pada orang yang tak minat agama, baru boleh rasa apa yang
Nabi rasa, kerana sesungguhnya, ustaz dan ulamak adalah pewaris Nabi. Nikmat
mana lagi yang kamu dustakan?
Tutup entry dengan tasbih
kafarah.
Ps: Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu
dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang
iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat.
Wallahu'lam
Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.
Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.