(Salam bro, tak tahu bro sudah tulis ke belum, boleh cerita
bagaimana mahu khusyuk dalam solat?)
Tengok kiri, tengok kanan, rasanya tak layak aku jawab
soalan ini sebab solat aku sendiri pun masih di tahap carca merba, adohai..
Tapi bolehlah aku kongsi sikit tip nak khusyuk dalam solat
iaitu sebelum korang solat lagi.., sewaktu nak ambil wudhu, kalau boleh dah
khyusuk dah waktu ambik air sembahyang..
InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang,
akan khusuk lah ia waktu sembahyang..
Bagaimana nak khusyuk waktu ambik air sembahyang?
Senang sahaja insyaAllah, iaitu sewaktu ambil wudhu itu
bayangkan diri korang berada di padang Masyar, (tempat terakhir sebelum masuk
shurga atau neraka)
Oleh sebab rukun wadhu ada 4 anggota sahaja yang wajib di
cuci, maka kita focus hanya pada empat anggota itu sahaja.
Mula mula:
Waktu basuh muka, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah
bercahaya di padang mahsyar supaya Nabi Muhammad SAW kenal dan mengaku kita
sebagai ummat-nya.
Waktu basuh tangan kanan, doa dan niat dalam hati supaya tangan
kanan ini bercahaya lalu layak melalui tangan ini, Allah memberi kitab catatan
kebaikkan sebagai pentanda awal ahli shurga.
Waktu basuh tangan kiri, doa dan niat dalam hati agar tangan
kiri ini turut bercahaya sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan
dari tangan kiri..
Waktu menyapu kepala, doa dan niatkan dalam hati agar layak
mendapat lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat
meredakan kepanasan padang Mahsyar melainakan lindungan Allah.
Waktu basuh kaki, doa dan niatkan supaya dapat melintas
titian sirat sepantas kilat..
InsyaAllah, siapa yang khusyuk waktu ambil air sembahyang,
maka akan mudahlah ia untuk khusyuk waktu sembahyang.., mudah-mudahan..
Tapi jika lepas iqamat pun korang masih berpikir tentang
dunia, masih rancak berborak tentang projek, artis, hiburan, politik.., dan
ntah apa apa ntah lagi..
Maka.., (sambil tangan atas bahu dan mata ke atas)
“Tak dapek lah den nak nolong....”
Adohai..
Ps: Kalau boleh, silentkan Handphone sebelum ambik wudhu
lagi.., terima kasih dan harap maklum. Pesan pada diri sendiri...
Rujukan 1: Kisah di Padang Mahsyar.
Rujukan 2: Solat tak khusyuk
Rujukan 3: Cara dapat solat khusyuk.
Rujukan 4: Solat best
Rujukan 5: Maksud Solat.
Rujukan 6: Bila nak Khusuk
jadzakallah
ReplyDeleteterima kasih hamka
ReplyDeleteterima kasih atas petua... selamat menyambut bulan ramadhan ya hamka
ReplyDeleteTerima kasih kembali, semoga kita semua dapat amal apa yang kita sampaikan,
ReplyDelete: )
saya tak ingat pernah baca atau dengar cara nak khusyuk dalam solat. tapi caranya dgn fahami bait2 ayat yg kita sebut dlm solat tu. kadang2 kita baca je kan tapi tak faham apa pun. tapi serius bila faham kita akan baca betul2 macam doa sepenuh hati la kiranya.
ReplyDeletecth maksud duduk antara 2 sujud:
Rabbighfirli..(Tuhanku, ampuni aku..)
Warhamni..(Sayangi aku..)
Wajburnii..(Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii..(Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii..(Berilah aku rezeki..)
Wahdinii..(Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii..(Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
#ni baru duduk antara 2 sujud. cuba kalau faham yg lain2 lagi. insyaallah khusyuk solat. apa yg dibaca tu semua doa. dulu saya pun baca caplin je. sekarang nak belajar fhm semua.
betul apa huda tulis tu, kita kena faham setiap bacaan dr mula wuduk sampai akhir solat. kadang-kadang maksud wuduk pown kita x faham, just baca je. if kita faham InsyaAllah boleh khusyuk. Bila kita dah faham semua, tp still x khusyuk gak, kena tengok gak persekitaran kita solat tu, if kat belakang orang dok sembang-sembang, agak susah gak bagi kita yang masih dalam process pembelajaran ni nak khusyuk..so pelan-pelan kayuh
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletelupa lak mana aku baca, tapi pengertian khusyuk tu sendiri pun pelbagai..bagaimanakah dikatakan khusyuk yang sebenar ya?
Anggap setiap solat yg kita tunaikn itu mgkin adalah pluang trakhir kita solat..
ReplyDeletependek jer entry, sibuk dapat baby baru katanakan
ReplyDeleteerrr, perasan sibuk.
ReplyDelete:)
Ustaz selalu pesan "buat apa-apa pun kena ada niat kerana Allah".
ReplyDeleteyup!
ReplyDeleteTerima kasih info yg berguna utk sy perbaiki cara kusyuk dlm solat..
ReplyDeleteInsyaalah, sama-sama kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Mudah-mudahan amalan kita diterima.
ReplyDeleteamin, perkenankanlah
ReplyDelete