Mar 9, 2013

Islam mendikriminasikan Wanita?


(A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women)

Hari ni ada orang perempuan cakap, islam ni banyak mendikriminasikan wakita, mungkin mereka bandingkan diri mereka dengan kehidupan orang kapir barat wanita yang kelihatan bebas dan seronok. Tapi apa gunanya bebas dan seronok jika mati masuk neraka? Adohai..

Jika nak bandingkan tentang hak wanita, cuba korang rujuk sejarah di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan islam, yang mana wanita telah menjadi mangsa dikriminisasi paling teruk dalam sejarah kemanusian sehingga mereka telah disisih dan dihina tapi benda tu tak salah sebab dah  menjadi budaya luar biasa yang diterima oleh orang ramai. (baca: orang lelaki).

Antara budaya pelik masyarakat Jahiliyah berkaitan wanita:

  • Mereka tidak ada hak untuk bersuara, semua keputusan dari lelaki.
  • Mereka hanya  diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam,
  • Mereka anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.
  • Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..
  • Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati.
  • Boleh membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu.(rujuk kisah Umar Al khatab)
  • Anak perempuan yang cantik sahaja dibesarkan untuk tujuan seks.
  • lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. (‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam)
  • Seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.
  • Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.
  • Menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)
  • Balu wanita yang kematian Laki diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)
  • Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati, apa ke jadah, sesetengah negara, orang perempuan tidak boleh menunggang binatang (eh, ni sama macam tak boleh drive kereta bagi perempuan di sesetengah negara di zaman sekarang, adohai..)

Pendek cerita:

Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

  • Wajib berlaku baik pada bini,
  • Tak boleh pukul bini sewenang wenang,
  • Tak boleh setubuh waktu haid,
  • Tak boleh setubuh ikut lubang jubor,
  • Tak perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.
  • Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar.
  • Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini,
  • Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram.
  • Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu.
  • Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan.
  • Doa wanita lebih makbul dalam kes tertentu.
  • Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar.
  • Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang.
  • Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.
  • Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.
  • Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid.
  • Di jamin masok shurga jika besarkan anak perempun dengan ilmu ugama sampai berkhahwin,  
  • Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan khidmat.
  • Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.
  • Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin.
  • Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa berstubuh, nak cuim, nak pelok boleh jer)
  • Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam)
  • Dan lain lain..

Kesimpulannya, oleh kerana kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Maka Hari wanita yang di sambut pada setiap 8 Mac di adakan sejak 1909 di seluruh dunia untuk memberi ruang kepada permasalahan ini dapat dibahas seterusnya di selesaikan secara berperingkat.

Kita sebagai orang islam pula, cubalah zahirkan hadis Nabi bab memuliakan orang perempuan sebab Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu, tinggal nak amal sahaja, adohai.. kat sini barulah korang orang perempuan boleh menilai bagaimana ugama telah kembalikan hak orang perempuan dengan adil, memang ada sedikit mujahadah bab tutup aurat, dan bab pergaulan, tapi berbaloi sebab mati masuk shurga, mudah-mudahan.., jangan bandingkan hak islam dengan kebabasan orang kapir barat sebab dunia ni shurga mereka, tapi mereka mati masuk neraka, sedangkan kita orang islam, dunia ni adalah penjara.., dan mati masuk shurga. Amin..

‘Penjara’ ni jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang perempuan di zaman jahiliyyah, maka “penjara” ini menjadi shurga dunia, sebab wanita solehah adalah sebaik baik hiasan dunia..

Bersabarlah dengan ujian Allah, maka Allah akan ganti dengan perkara yang lebih baik kelak. Bersyukurlah dengan nikmat Allah, maka Allah akan tambah nikmat yang tidak disangka sangka!

Akhir kata, selamat hari wanita, dan untuk pengetahuan korang,tema Tema hari wanita untuk tahun 2013 adalah:

“A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women”


Oh lupa, keretamayat juga ada tema untuk mayat wanita iaitu:

“Tiada mayat wanita seksi dalam perkhidmatan kami” 

Woha!


39 comments:

  1. Mohon pihak kerajaan menubuhkan Kementerian Lelaki

    ReplyDelete
  2. orang lelaki terlalu banyak hak yang mengarut, mereka perlukan Menteri Hak Ehwal lelaki untuk terdadkan hak mereka, woha!

    ReplyDelete
  3. 7,8,9,10...seratus juta billion..infiniti

    ReplyDelete
  4. Antara tokoh gerakan Islam yg awal menulis ttg kedudukan dan peranan wanita dalam Islam dgn wajah baru yg segar, jujur dan kritis. Baca juga tulisan almarhum Muhammad al-Ghazali tentang wanita, tokoh ulama yg konsisten menulis dan bercakap tentang wanita.

    ReplyDelete
  5. trima kasih share entri nie
    byk mklumat saya dpt

    ReplyDelete
  6. kalau diteliti & difikirkan betul2, memang Islam lebih menjaga hak wanita sebenarnya. contoh lagi..
    harta faraid milik wanita walau sikit berbanding lelaki tapi jadi hak mutlak mereka. begitu jugak dengan gaji mereka.

    iddah bagi perempuan (di luar tempoh mengandung or menopause) bukan 3 kali suci ke??

    ReplyDelete
  7. manusia yang suka pertikai hukum Allah apalah statusnya di sisi Allah

    ReplyDelete
  8. Terbaik... teman suka yang last tuu...

    ReplyDelete
  9. sy pernah dgr tazkirah ustaz zul pandan tentang perempuan zaman jahiliah. utk menentukan siapa yg berkahwin dgnnya, dia perlu ditiduri 10 lelaki. anak yg keluar yg menyerupai muka siapa, dgn dialah perempuan itu berkahwin.

    dan yg ini;

    Balu wanita yang kematian Laki diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh mandi selama setahun.

    (sekadar berkongsi)

    ReplyDelete
  10. kementerian lelaki perlu spy laki ada tmpt nk mngadu bila dianiaya oleh wanita..
    antara aduan plg byk diterima oleh kmterian lelaki nanti ialah..
    1) bini xlayan bila diminta.
    2) bini xnk sain borang nikah 1 lg...
    hahahaha.... woha

    ReplyDelete
  11. Itu pentingnya sejarah.. Thanx berkongsi ttg sejarah2 begini~ Tak semua mahu membuka minda ttg sejarah terdahulu. Moga diri kita sntiasa terpelihara~

    ReplyDelete
  12. mereka (kaum perempuan) sibuk nk mendedahkan aurat dgn seksi dan sebagainya sbb dah jadi mayat takleh nk dedah dedah dah....huhuuh

    ReplyDelete
  13. dengan ini, saya mengucapkan terima kasih pada semua lelaki, ayah, suami, abang, anak yang berjuang berkhidmat sebagai lelaki, berjuang menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki.

    kami tahu tidak mudah menjadi lelaki..

    kerana jadi lelaki jika tersalah guna sedikit sahaja amanah tanggungjawab..dunia akan terus mengecam kelelakian itu.

    terima kasih kerana menjadi lelaki2 yang menjaga amanah dari yang hak.

    moga ramai lelaki akan berubah menjadi lelaki dan ramai pula kelahiran lelaki yang menjadi pemimpin dan daie.

    amin yarabbal alamin.

    ReplyDelete
  14. alamak salahlah, tiga kali suci sebenarny, aku edit balik, terim kasih tegur, adohai..

    ReplyDelete
  15. Pada pandanga sya Islam adil terhadap wanita, yg tidak terlihat adil itu wujud bila lelaki sewenang2nya merogol,mengambil kesempatan diatas kebaikan wanita, kanak-kanak perempuan dan hanya dikenakan hukuman penjara yg ringan? bukankah hukuman merogol wanita atau kanak-kanak itu hukumnya mati atau 100X sebatan zaman sekarang cuma 6 ke 7 sebatan je? terutama lelaki zaman sekarang, masih banyak kes penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak. pernah ke dengar "lelaki dewasa" kena dera dengan "seorang wanita"? jarang bukan? atau hampir xpernah? begitu juga soal poligami, Rasullulah tidak pernah menduakan saidatina Khadijah, baginda hanya berkahwin ramai selepas saidatinah khadijah wafat, tidakkah para lelaki melihat? sama2lah kita perbaiki diri dan amalan.
    sumber: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/05/fakta-yang-perlu-diketahui-tentang.html

    ReplyDelete
  16. entry ang tak boring, tapi aku yang boring bila baca.... kenapa ek?

    ==aku lagi==

    ReplyDelete
  17. Insan Fakir Iman7:24 PM, March 10, 2013

    HARAP KENYATAAN INI TIDAK DIGUNAKAN DGN EMOSI. SILA RUJUK ALIM ULAMA UNTUK FATWA YG SERBENAR.

    "Rasullulah tidak pernah menduakan saidatina Khadijah, baginda hanya berkahwin ramai selepas saidatinah khadijah wafat,"

    SILA BERLAPANG UNTUK TERIMA SETIAP PERINTAH ALLAH.

    Sepatutnya kata2 yg lebih hikmah adalah, "poligami memang benar dibenarkan Allah & sunnah nabi, TAPI ada syarat yg perlu dipatuhi, BUKAN semua lelaki layak!!!

    ReplyDelete
  18. secara buku nya memanglah Islam ini mengangkat martabat wanita. namun, seperti juga ajaran Kristian, ajaran ini diselewengkan dan hasilnya taraf wanita lebih teruk kalau tak sama teruk pada masa zaman jahiliah dulu. contoh:

    -wanita tak boleh keluar rumah tanpa mahram lelaki
    -wanita mesti tutup dari atas ke bawah sampai mata pun susah nak nampak bila keluar rumah. kalau x, jgn harap leh keluar rumah wpun keadaan mengancam nyawa
    -wanita x boleh kerja, x boleh belajar kecuali blaja Quran dan macam mana nak jadi wanita submissif terhadap lelaki
    -dalam apa2 hukum agama, wanita yg dipersalahkan sepenuhnya. kena potong hidung, telinga, bakar, dicacatkan dll

    contoh2 di atas x semestinya kt malaysia je ye. ni citer umat Islam di seluruh dunia.

    aku x heranla org tuduh Islam diskriminasi wanita sebab yg mengamalkannya pun buat macam tu dan kata inilah ajaran Islam.

    muslims are such blatant hypocrites. they have the ability to preach the right thing and do totally different with a poker face.

    ReplyDelete
  19. Harap2 wanita lebih bersyukur dengan kelebihan yang Islam berikan ..hehe

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. x kawin lagi so sambut untuk mak....
    Woha...!

    ReplyDelete
  22. terbaik hamka. terima kasih.
    semoga ALLAH memberkati anda sekeluarga.

    ReplyDelete
  23. Mungkin sebab banyak kelebihan wanita, hingga da hari wanita, lelaki pun dah ramai nak jadi wanita la ni.

    Ini semua salah bapa LGBT, Anwar Ibrahim!

    ReplyDelete
  24. tu pun kdg2 org pompuan ni x bsyukur ngan keistimewaan yg di bagi...tq bro hamka dgn info2...moga2 info ni blh terus jd rujukan n petunjuk utk sy yg jugak pompuan ni...huhu

    ReplyDelete
  25. Alkisahnya...Perempuan yang terasa diri ini di diskriminasikan or whatever tanpa merujuk ISLAM ni bukan perempuan namanya tapi BET**N* kot...Bab masa zaman jahiliyah yang tak masuk akal selepas kematian Hesband setahun lepas tu kenapa perlu *main* dengan kambing...syok giler kambing tu..tapi kurang pastilah mana yang syokkan...betul2 kerja giler...
    Apapun ISLAM terlalu ISTIMEWA khususnya buat kaum yang bergelar Ibu, Isteri, atau Wanita...hemmmm tapi lelaki pun apa kurangnya kan...Saling memerlukan antara satu sama lain...So SelamatHariWanita dan terima kasih atas info ini...

    ReplyDelete
  26. terima kasih kembali, komen korang semuanya bernas2, : )

    ReplyDelete
  27. sama2... encik...

    ==aku yg malas==

    ReplyDelete
  28. knp kali ni aku rasa tulisan hamka mcm xbest... rasa mcm xcukup uhm.. mcm ada kurang skit la... tapi xtau kt mana... kat info kot

    pit

    ReplyDelete
  29. sebab Hamka menulis sambil menjaga hati isterinya.... har har har....

    ==aku dah bosan==

    ReplyDelete
  30. hoho bro hamka

    salam.

    lama gila tak comment. ape kabar?

    -budak shams-

    ReplyDelete
  31. khabar baik, Allah bagi sihat. : )

    ReplyDelete
  32. Salam...

    Bro, aku nak tanya satu soalan yang tak ada kaitan dengan entry ni.

    Kerja aku adalah membuat akaun, kerja-kerja pengauditan klien kami. Dalam masa yang sama, aku buat secretary. Iaitu jadi assistant bos aku sebagai company secretary.

    Dimana dalam akta syarikat, syarikat sdn bhd yang ditubuhkan wajib lantik company secretary untuk menyimpan register book, minutes book dan lain-lain perkhidmatan.

    Tujuan aku explain,dengan harapan kau dapat faham dan bayangkan kerja aku.

    Baru-baru ni, bos aku dapat klien seorang mamat cina. Bila aku dapat fail secretary dia, barulah aku tahu yang company mamat cina ni buat perniagaan restaurant dan bar. Dimana aku syak yang bar dia ada jual arak.

    Katakanlah yang syak aku tu betul dia jual arak, aku berdosa tak?
    Aku, kawan2 office dan bos termasuk tak dalam 10 golongan arak yang dilaknat?

    Kami dibayar atas perkhidmatan kami.

    Thanks bro...

    ReplyDelete
  33. salam.. aku ada satu member.. serumah..tapi die baru jer pindah masuk sini bulan lepas.. so aku tak berapa rapat sangat dengan dia yelah kadang2 aku ada class, dia cuti. vice versa.. so jarang nak duduk2 borak. masing2 sibuk and selalu buat keje masing2.. tapi aku ada perasan yang die ni tak pernah sekali pun solat.. dan dia asa warnakan rambut dia.. aku bukanlah nak cakap yang aku baik, tapi aku cuba nak tegur dia.. pernah tegur sekali tapi dia maki hamun cakap '' ko tak kenal aku lebih baik ko diam''... and start haritu aku malas dah tegur..

    so sekarang, cara apa yg patut aku buat untuk ajak dia solat? nak hadiahkan sejadah ke? penah jugak aku buat2 suruh dia solat sekali dengan aku tapi dia cakap dia penat..

    ReplyDelete
  34. ~fam~

    Ini bab hokum hakam, perlu kajian dan hujah mendalam dari ustaz yang hikmah dan ikhlas…
    Pendapat aku, kau teruskan kerja dengan cemerlang di sana dengan niat dakwah, disamping yang sama cuba bertanya kepada 10 orang ustaz, ambik masa beberapa tahun pun takpe dengan niat belajar, dari jawapan ustaz2 tadi, akan ada yang pro dan kontra, Tanya lagi sehingga kau sendiri khatam dengan ilmu itu, akhirnya dengan hati kau yang suci, buatlah keputusan dan ijtihad terhadap ilmu kau yang dah khtam berdasarkan pendapat ustaz ustaz yang hikmah dan ikhlas tadi wallahu’lam.

    --------------
    Anonymous yang ajak member solat tapi member tetap tak solat dan marah2

    Nasihat aku, cuba fahamkan bab ‘kejayaan dakwah;, rujuk entry, “dakwah nabi tak sesuai?” dan Ceramah lawak, kat sana aku dah cerita panjang lebar.

    ReplyDelete