Jan 31, 2013

Vokal bukan sekadar rupa?

(Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'.  Semoga bini kita semua di beri hidayat untuk menjadi solehah.., amin..)

Aku terima mesej dari FB.

“Tak sangka dapat beli buku PYH direct dari cik Hamka, terbukti cik Hamka tak hensem seperti yang di war2kan, hihihi, jangan marah, vokal bukan sekadar rupa, apa apapun, terima kasih kerana sudi tanda tangan dan bagi kata2 hikmat, teruskan menulis”


Cilako, sempat korang kutuk aku, terus aku mengadu pada bini.

“sayang, mereka kutuk abang, mereka cakap abang tak hensem”

Bini tersengih sambil berfikir jawapan yang sesuai lalu berkata:

“takpe, mereka tentu akan ubah fikiran, jika dah tengok abang berbogel”

Woha!

Terima kasih bini, kerana selalu setia bersama abang di waktu senang dan susah, he he..
Ok, aku mengaku tak hensem, gemok, dahi jendol, banyak parut jerawat, gigi agak jongang dan berterabur susunannya, serta kentut berbau petai.., tapi mungkin aku ada kelebihan lain.., ya, Vokal!

Vokal bukan sekadar rupa!

Lepas kahwin, sungguh bini aku tak sangka bahawa aku boleh bermain gitar, sebab sebelum kahwin, banyak cakap bab ugama (ehem-ehem), jadi lepas kahwin, aku selalu menyanyi sambil petik gitar di dapur waktu bini masak dan bini selalu puji kata suara aku sedap.(ehem- ehem sekali lagi)

Oleh sebab aku seorang yang mudah perasan bila di puji, aku pun menyanyi 5 lagu di youtube.

Korang boleh search “hamkamayat chanel” jika nak dengar:

1. Lamunan Terhenti versi Keretamayat-

Lagu berkisah tentang pendakwah yang mati tapi muka berseri, video pula ada babak melukis guna ball pen, rupanya aku sendiri yang melukis lukisan itu dan telah dihadiahkan kepada pembeli PYH sekaligus terbanyak tahun lepas.

2. Najwa Latif - Lagu Bunuh Diri.  

Lagu berkisah tentang nasihat dari awek comel bersuara emas kepada remaja supaya jangan bunuh diri jika tak nak masuk neraka, babak darah menggunakan air sirap, dan babak mayat di buang ke dalam tong sampah hijau telah di delete sebab terlalu ganas. Adohai..

3. Wake Me Up When September Ends (Muslim parody)-

Lagu berkisah tentang Laki bini yang saling bercinta tiba tiba bergaduh, ingat sebab Laki kahwin lain, rupanya sebab laki pergi berdemotrasi lawan sesama islam dan akhirnya mati sesak nafas..

4. Tanya Sama Mayat...

 Lagu berkisah tentang soalan kubur dan nasib anak bini, adohai....

5.Andai ku Mengundi lagi (Mojo?)

Lagu berkisah piliharaya, hehehe
******
Lepas dah post, bila baca komen korang di youtube, hamper semua orang kutuk suara aku, cakap macam katak lah, ke laut lah, dan sebagainya.

Kesian aku, dahlah muka tak lawa, suara pulak takde, masuk vocal bukan sekadar rupa pun tak layak, adohai..
Tapi aku ada bini, lantas terus mengadu pada bini,

“macam mana ni, semua orang kutuk suara abang, kata mereka suara abang macam katak,..”

Jawab bini aku.

“suara abang memang  tak sedap jika menyanyi youtube, tapi sangat sedap secara live!

woha!

Ps: Dunia ini mungkin penuh dengan duka, tapi dengan ada teman yang baik, maka hiasan dunia apa lagi yang lebih bermakna, Terima kasih bini, kerana selalu ada di sisi waktu susah dan senang! Woha sekali lagi!

39 comments:

  1. gitulah isteri bijak, senantiasa menyenangkan suami...
    -coma-

    ReplyDelete
  2. ngeh3x...bini yg sentiase mnjage hati :-P

    ReplyDelete
  3. ngeh3x...bini yg sentiase mnjage hati :-P

    ReplyDelete
  4. sejuk hati suami, bulan depan tambah gelang ya abang!

    ReplyDelete
  5. Sejukkk hati suami bila isteri cakap cemtu ek

    ReplyDelete
  6. perghh... promote nak tambah cawangan ke??

    ReplyDelete
  7. walau hamka tak seberapa..tapi bini dia sangat cantik ye...sudahlah berwajah cantik, manis tutur kata pulak...sejuk hati hamka...

    ReplyDelete
  8. *senyum*

    Selalu membaca entri awak secara diam-diam.

    Barangkali lebih tepat - Menulis Bukan Kerana Nama :)

    Lily

    ReplyDelete
  9. hahahaha....cara bai post ni..bes2!

    ReplyDelete
  10. -coma-

    Hidup menjadi jadi lepas kahwin-

    Woha!

    ------------
    'atiqah syairah

    okeybye

    ----------
    4feet8

    Terima kasih

    ---------
    misz chronicaLz

    Setuju!

    ----------
    Seri Kandi Tanah Jauhar

    Woha!

    ----------
    huda

    Huda mana ni? Designer buku PYH ke?

    -----------
    faizal abd fathi

    ke situ pulak, adohai..

    -----------
    nurul

    sangat cantik tu subjektif.., yang betulnya,

    “Apa guna berbini cantik,
    Bila makan tidak meneman,
    Apa guna isteri romantik
    Jika selalu mengelak di ranjang”

    ---------
    Hidajah Mochzeober

    *sengeh*

    ----------
    afeb pilah

    agree!

    ReplyDelete
  11. yer saya. kelakar lah encik hamka dan isteri

    ReplyDelete
  12. Seri Kandi Tanah Jauhar

    Gelang emas atau gelang api?Tak habis2 dgn retabenda ko punya pikiran ni..dah makan tanah barula manusia ni puas

    ReplyDelete

  13. en Hamka suami istri memang best.

    Kami suami istri pun best jugak.

    Tapi Hamka?

    Sorang kawan aku dah lama pun buat usaha dakwah. Dan dah beranak 5 masih kecik kecik lagi. Baru baru jni dia cakap nak ceraikan bini sebab bini dia selalu tak selari dengan fikiran dia. Bila di ajak keluar jemaah bersama sering menolak dan memberi alasan. Yang pelik tu dah anak 5 baru kata fikiran tak selari.

    Kawan aku ni bukan jenis yang makan nasihat. Buang masa je. Nak kata dah ada pilihan lain tak pulak. Sebab dia baru berangan kalau dia jadi cerai dia nak cari mana mana janda yang suami nya mati buat usaha dakwah. Dia pun ada cakap dah tak de ati langsung kat bini dia. Kesian betul, hidup mula tak tenang dan dah kurang tumpuan dalam usaha dakwah. Manusia memang macam macam ragam.

    Apa pendapat Hamka ?.

    ReplyDelete
  14. bila si hamka datang memanggil..seluruh bloggers datang mengkomen..

    ReplyDelete
  15. woha hamka ada youtube channel... dahsyaatt neh

    - Noob

    ReplyDelete
  16. Suka2..bukan sng nak cari isteri yg blh trima baik buruk suami seadanya..

    ReplyDelete
  17. untung laa hamka adere bini baguih...doakan den dapat bini pakej 4 in one or pakej terakhir....(if you know what i means...) semoga kita sama2 berjaya berdakwah!

    ReplyDelete
  18. Anonymous 11:16 PM, January

    Tu la x reti2 nak ambik hati bini,x pun malas doakan bini ataupun bini dia jenis bini nabi nuh@lut-ingat buat dakwah Allah x uji yg ke?

    ReplyDelete
  19. huda

    tak sempat kami laki bini belaja kau makan dekat ikea hari tu, adohai..

    ----------
    Anonymous

    Apa pendapat Hamka ?.Manusia memang macam macam ragam.

    -----------
    Prince of Noob

    Sila kagum dari jauh

    ------------
    nabilah

    like

    ---------
    detective nie

    aku baru belajar berdakwah, amin..

    ReplyDelete
  20. Hamka ialah kegagalan UMNO-BN!

    ReplyDelete
  21. Hamka ialah kejayaan PKR-PAS!

    ReplyDelete
  22. Setuju sgt dgn cara wife En.Hamka tu..Org lain xnampak apa yang kita nampak pada Husband kita. My hubby is the best!!..lalala~

    ReplyDelete
  23. aku rasa nak berbogel sepanjang masa....barulah org kata aku hensem dan bergaya


    *insan yg bakal dgelar hensem

    ReplyDelete
  24. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  25. ORANG YG ADA BINI BAIK, MEMANG UNTUNG. TAPI YG TAK UNTUNGNYA IALAH IA TAKUT NAK KAWIN LAGI SEBAB TAK NAK LUKAKAN HATI ISTERI YG BAIK NI... PADAHAL RAMAI PEREMPUAN TAWAR DIRI NAK JADI ISTERI NO 2... ALAHAI...

    ReplyDelete
  26. bongok mat romeo perasan.. paham skit ek. perempuan bukan terluka sebab kawin banyak. cuba tanya mana-mana perempuan, tak payah tunggu kawin lain kalau suami tak jalankan tanggungjawab... isteri dah terluka dah.

    ReplyDelete
  27. mat romeo : cemana klo bini ko t, ada skandal dgn laki len.ko suka ke?

    ReplyDelete
  28. Hai Bosan!

    Bosan bila jenguk blog blog yang dah bersawang-sawang . Patut dah kena gulung dan buang je. Sibaik blok hamka tak bersawang.

    ReplyDelete
  29. ada betul jugak kata Mat romeo tu, adohai..

    ReplyDelete
  30. http://ikatanpelajarislampoland.blogspot.com/2013/02/balik-kampung.html

    jom singgah!

    ReplyDelete
  31. salam pakcik hamka..
    maaf tegur..

    video lagu hindi tu yg diedit...
    rasanya lebih baik kalau x tunjuk video yg bpakaian x menutup aurat..

    itu je..

    (lama aku x komen orang dan x menulis blog)




    ReplyDelete
  32. Aku suka.. Kelakowww...!!! Kreatif Allah berkuasa Mahluk langsung tiada kuasa..

    ReplyDelete
  33. Aku suka.. Kelakowww...!!! Kreatif Allah berkuasa Mahluk langsung tiada kuasa..

    ReplyDelete
  34. serius....

    suara pemegang stering kereta mayat ni mmg xsedap lgsung.. hahahah

    ReplyDelete
  35. kalau sedap, dah tentu pegang trofi dekat AJL, he he

    ReplyDelete