(Hamka, aku sokong ulamak yang benarkan orang kristian guna
nama Allah dalam penerbitan mereka sebab beliau adalah ulamak, jika mahu
berhujah, sila bagi dalil dan nas, bukan analogi tahap budak sekolah.)
Kisah satu.
Kisah ini di petik dari blog Shahabudeen Jalil, oleh sebab
cerita beliau agak panjang maka aku ringkaskan cerita kisah beliau berkunjung di
bandar Moscow dan melawat tempat-tempat bersejarah termasuklah sebuah gereja
yang masyur di bandar Moscow yang dikenali “Christ His Savor Church”.
Bila masuk
ternampaklah lukisan orang tua beruban dan budak kecik yang dilukis di bawah
kubah gereja tersebut . Bila di tanya pada sister di gereja gambar siapakah
itu? Ringkas cerita, Lukisan lelaki tua adalah tuhan, dan budak kecik adalah Jesus.
Jawab SJ: “ tak mungkin orang tua itu Tuhan. Saya kata tak
mungkin sebab Tuhan tak mungkin jadi tua macam ini. Tuhan tak mungkin jadi beruban
macam ini.” Panjang lagi cerita, boleh baca di sini (klik sini)
Moral cerita: korang setuju ke jika pihak kristian nak samakan
orang tua bermisai dan beruban ini dengan Allah?
Kisah dua.
Dari komen FB: Hamka, Pas kata boleh gune nama Allah di
gereja sahaja, ini adalah kaedah berdakwah, mula mula mereka biasa dengan nama
Allah, lama lama mereka akan suka pada islam.
Jawab aku: kaedah
da'wah zaman Nabi, ketuk pintu rumah orang kapir bagitahu Allah itu satu, bukan
benarkan mereka tulis kalimah Allah bapa jesus dalam penerbitan mereka,
adohai...
Kisah tiga.
Korang: Bang, mari dengar penerangan jelas dari Ustaz Azhar idrus,
orang kafir boleh guna kalimah Allah.
Hamka: Aku setuju, eh? sikit sangat tu, seminit? mari aku tambah lagi
10 minit, siap dengan dalil dan hujah, jangan bimbang, ini bukan konpirasi
umno; ustaz pas jugak.
Kisah empat.
Pernah dulu, ada orang yang sanggup bakar gereja sebab marah
tentang isu kalimah Allah?, Nabi Muhammad SAW ada ajar macam tu ke? Akupun tak
setuju orang kapir kata Nabi Isa itu anak Allah, tapi kita kena marah dengan
berhikmah, tak perlu bakar membakar, tengok aku, sekarang aku pun sedang marah
dengan perkara yang ala ala isu ni, iaitu ada orang guna nama keretamayat dan
cari publisiti murahan…
Aku marah! Dulu ada orang buat “keretamayat.wordpress”, aku
tak marah sangat, sebab beliau ada maklumkan pada aku, dan isi blog beliau
hanya quote ayat Al quran, tak teruk sangat kesannya jika ada orang salah faham
atau keliru dengan menyangka keretamayat wordpress itu aku, pun begitu, ada
jugak orang email aku tanya, adakah keretamayat.blogspot dan keremayat
wordpress adalah orang yang sama? Jawapannya tak.. (aku lebih hensem dan
tinggi)
Lepas tu bila aku baca forum yang orang tulis pasal aku,
mereka sangka aku adalah salah sorang dari forumer TKO (tranung kite online)
sebab aku pernah juga jumpa orang yang guna nickname “keretamayat” dalam
beberapa ruangan TKO.., maka penting di sini aku nak bagitahu korang bahawa,
aku, jika bagi pendapat, hanya di sini, DI SINI! (di keretamayat.blogspot),
atau dari emal keretamayat @gmail.com,
Oleh sebab itu jika korang ada terjumpa nama keretamayat
selain di blog ini, yang kutuk kerajaan ke, kutuk sultan ke, kutuk penyu
betelur ke, dah tentu itu bukan aku, itu adalah orang lain yang perasan unik
atau lebih dramatik, ada agenda tersembunyi lalu sibuk nak guna nama aku sama
macam orang kristian Malaysia yang sibuk nak guna nama Allah walaupun orang
kristian Negara lain tak setuju sebab nampak macam hempeh sangat jika nak
berkongsi tuhan...., dan itu cerita lain.
Tapi,
Korang boleh cakap, bukankah Allah itu tuhan semua orang?,
eh, silap?., aku bukan nak cakap pasal isu ni, sambung balik.., korang boleh
cakap, bukankah keretamayat itu, ‘kereta’ semua orang? Ikut suka merekalah nak
guna nama kereta mayat? tak salahpun...
Yelah, keretamayat ke, papan keranda ke, lutut unta ke,
kepala paip, hantu karipap ke dan semua benda boleh jer korang pakai, tapi bila dah
keretamayat blogspot dah popular, maka mereka yang guna nama kereta mayat
selepas aku polular, akan kelirukan pembaca blog popular ini yang setia, akan
kelirukan ribuan follower blog popular ni.., itu yang hampeh…
Dan yang terkini, ada orang yang mengaku sebagai keremayat
di facebook, dan lepas tu mengaku peminat Anuar Ibrahim yang sokong kalimah
Allah untuk orang kapir, itu dah bertentangan dengan aku yang tak sokong mana
mana pemimpin yang perasan unik, lepas tu boleh pulak keretamayat celup ni ulas
isu BTN kat Facebook Anuar Ibrahim.., dan yang paling aku angin, keretamayat
celup ni, guna logo sama macam logo blog aku, tengkorak biru, stereng dan
tulisan, “semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya” Tak ke
Hampeh?!
Lalu terus sahaja pembaca blog popular aku jadi keliru dan
email aku yang polpular, apakah benar aku ni penyokong Anuar ibrahim? Aku cakap
bila pulak aku buat link dengan ahli politik? Dan., arghh, ini yang aku cakap
manusia ni mudah keliru.., sama macam nama Allah, jika orang kristian pakai
dalam majalah mereka, dah tentu akan mengelirukan orang ramai., Allah bapa
kepada jesus? keretamayat blog spot tak sokong Anuar Ibrahim, tapi kenapa
keretamayat facebook sokong anuar Ibrahim?, kenapa keretamayat tranung kita
sokong Haji Hadi..?
Dah! Cukup sampai sini, kemarahan aku dah sampai ke
kemuncak, aku check keretamayat facebook itu dan aku tak jumpa nama beliau,
yang aku jumpa hanya lokasi, iaitu di Raub, Pahang!
Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak
bakar kat sana!.
Woha!
Ps: Okey, kisah empat ini adalah petikan entry lama yang
memaksa aku membuka FB keretamayat sebab tak nak orang menyamar sebagai aku. Adohai..
Kisah 5
MALAYSIA, sebuah blog yang dikenali sebagai
www.keretamayat.blogspot.com kini sudah mempunyai akaun Facebook. Anda boleh
‘add as fan’ di (http://www.facebook.com/keretamayat).
Beliau yang pada mulanya enggan menggunakan Facebook kerana
tidak suka terlibat dalam perkara ‘on line’ akhirnya akur apabila di desak oleh
para peminat yang dahagakan kasih sayang beliau agar dapat kasih sayang itu,
dicurahkan pada halaman facebook.
Hamka yang saya kenal pernah berkata bahawa Facebook itu
adalah seperti api yang besar, manakala mereka yang melayani facebook adalah di
ibaratkan seperti kelkatu, ini adalah kerana setiap hari ada sahaja bilangan
‘kelkatu’ yang akan bertambah bilangannya ‘mengorbankan masa’ pada ‘api
facebook’. Oleh kerana api ini sangat besar maka telah ramai kakitangan
kerajaan dan swasta telah terkorban sehingga menjejaskan prestasi Negara.
Walau bagaimanapun, Hamka hari ini juga telah bersetuju
menjadi kelkatu apabila beliau sendiri sudah ada akaun Facebook yang seterusnya
menukarkan dirinya kepada seekor kelkatu lalu terbang bersama mereka yang lain
menuju api facebook.
Hamka, sewaktu di belanja teh tarik berkata, kejadian ini
berlaku adalah berikutan tragedi penangkapan blogger aduka-teruna yang menghina
Sultan, ditambah dengan kemunculan dua ekor kelkatu lain (setakat ini) yang
menyamar menjadi keretamayat dan salah seorang darinya membuat komen tentang
BTN di Facebook Anuar Ibrahim sedangkan kelkatu itu bukan Hamka.
“Ini bahaya, saya bukan keremayat facebook tu, mereka
kelkatu yang menyamar, saya ada ‘tali pinggang’ ajaib yang lain sebelum
bertukar menjadi Mask Rider Kelkatu”
Jawab Hamka ketika mengorek gigi di di sebuah restoran
berjenama tempatan satu Malaysia.
Sebagai pentutup, Hamka yang tewas dan kalah dengan factor
persekitaran itu, akhirnya akur lalu membuka facebook sebagai link utama
keretamayat dalam menambahkan lagi empayar “nota ugama kepada diri sendiri”
yang menjadi rujukan mereka yang suka membaca dan berfikir.
Semalam, (ada lagi, tadi dah penutup) Hamka ketika ditemui
selepas solat isyak (gaya lelaki beriman di akhir zaman) yang enggan mengulas
isu keremayat facebook kerana sedikit malu menjadi kelkatu telah berjaya
dipujuk ke sebuah gerai mamak lalu dirasuah teh tarik akhirnya membuat satu
anologi lain daripada ‘kelkatu dan api’ setelah bercakap dengan peminatnya
iaitu:
“ Facebook ni aku akan tulis cerita pendek pendek seperti
kisah laki bini, jawab soalan pendek dan falsafah bergmbar, manakala blog akan
di tulis bahan bahan berilmiah dan beranologi tertentu sebagai nota kepada diri
sendiri,”
Sementara itu,
menurut Hamka lagi, pembaca boleh meninggalkan komen sama ada di (blogspot),
atau di (facebook). tapi, komen di blogspot tidak akan masuk facebook. Begitu
juga, komen di facebook tidak akan masuk blogspot, maka bagi sesiapa yang
sering gagal atau selalu ketinggalan menjadi ‘first comment’ di keretamayat
blogspot, bolehlah mencuba nasib di keremayat fecebook.
Woha!
Ps: Kisah di atas adalah berita lama tentang FB keretamayat
dan Sumber berita adalah bukan daripada Buznama.
Kisah enam
“Tapi Hamka, kat indonesia, kristian kat sana, mereka guna
nama Allah, ok jerr.”
Ok kata kau?, kat Malaysia belum ada orang islam kahwin
dengan orang kristian dan duduk sebumbung (setakat yang aku tahu), tapi kat
sana dah lama berlaku.., (sumber Buznama) lepas tu lagi korang tak ingat
tragedi Ambon? Tsunami,gempa bumi.., ganyang Malaysia, dan lain lain, kenapa
nak ikut mereka?
Kisah tujuh
“Tapi Hamka, kasihanlah kat Pakcik Makcik di sabah sana
sebab mereka dah lama guna nama Allah dalam urusan ugama mereka…:”
Mereka dah salah, kristian lain guna katanama ‘god’, tapi
mereka guna kitab indonesia yang translate god kepada Allah, memang patut
mereka dikasihani, sebab dah lama salah,
Jika mereka percaya warna langit adalah hijau, tak kan kita
nak biar mereka dengan kejahilan?, kita kena bagitahu, warna langit adalah
warna biru, kasihan anak cucu mereka, nampaknya kita kena bagitahu balik, (masa
untuk berdakwah) bahawa Allah itu satu, Yang Tunggal, tidak beranak dan
diperanakkan, bukannya ‘Tuhan Bapa’ akidah triniti.
Kisah lapan
“Tapi Hamka, takde pun dalam Al quran larang secara jelas?”
Dalam surah Al Zukruf jika di kaji, hukum guna nama Allah
boleh jatuh kepada "harus", tapi dalam surah Al-ilkhas, Allah jelas
bagitahu bahawa Allah adalah tidak sama dengan mana mana Tuhan, jadi walaupun
hukum asalnya adalah harus, tapi pemerintah dan golongan ulamak patut melihat
perkara ini dari segi kesan kepada masyarakat, yang mana dalam keadaan ummat
sekarang ini yang mudah dikelirukan, hukum harus tadi boleh menjadi haram
kerana apabila Nama Allah terukir pada salib, atau Bibble, atau kepala lembu
atau ada filem mencarut dengan nama Allah, maka ini akan merosakkan ummat yang
memang dah sedia daif.., maka kerajaan dan ulamak dan pihak KDN sendiri kena
bertegas dalam bab ini.., dan kita orang islam tak payah perasan pandai..,
takutlah kita kepada Allah dan islahlah diri masing masing...,
Moral: bukan semua orang Pas setuju isu ni, orang Umno pun
mungkin ada yang setuju dan tak setuju, tapi ni bukan isu politik, ni isu
agama: kalau tak bagi, bergaduh dengan orang kapir, kalau bagi bergaduh dengan
orang islam, itu isu sebanar.., zaman nabi, orang munafik pun nabi ajak
bergabung lawan kapir, (nabi ajak abdullah bin ubai ketua munafik, tapi menolak
tawaran orang kapir) hari ni, orang islam di tuduh munafik dan bergabung dengan
orang kapir, adohai...
Kisah sembilan
Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan
baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang
alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”
Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di
tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..
Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah?
Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?
Adohai...
Kisah sepuluh:
“Ayah, itu rumah Allah”
Kata anak aku bila ternampak masjid, mungkin budak 4 tahun
itu merujuk kepada kubah yang ada logo bulan sabit dan bintang bucu lima.
Aku senyum sebab anak aku bercakap perkara yang betul, tapi
merenung masa depan mereka dan politik sempit yang di campur dengan kejahilan
ugama, mungkin satu hari nanti, anak kita bila terlihat gereja yang ada kayu
bersilang turut berkata.
“ayah, itupun rumah ‘Allah’...”
..
..
..
SEKIAN.
..
..
SEKIAN.
Ps: Katakanlah Allah itu tunggal. Allah tumpuan sekalian
makhluk. Tidak beranak, dan tidak diperanakkan. Dan tiada satupun yang setaraf
dengan-NYA!
Takbir!
first
ReplyDeleteYes ada entry baru
gelak2 pun dapat penerangan jelas, thanks Hamka
ReplyDeletesentimen kita sama..aku x redha nama Allah kafirun guna n kelirukan seme org...
ReplyDelete
ReplyDeleteAku memang SETUJU dengan Entrey ni.
:).. demi ALLAH, suma islam kena bersatu.. peace yo.. aq cukup xberkenan dgn pemimpin2 ala2 islamik yg bg green light kt kapiak ni.. puih!..
ReplyDeleteSalam..nak request paste skali pandangan ustaz kazim bole?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Ve7460T9Z5s
tq...
:D
ReplyDeleteMEMANG BETUL KAU CAKAP.
DAKWAH CARA NABI JE YANG BENAR.
ADA KE BAGI GUNA NAMA ALLAH SEBAGAI ALASAN BERDAKWAH. BETUL LAH MATA HATI DAH BERKABUS TEBAL.
pening kepala layan ...
ReplyDeleteWell said Hamka.
ReplyDeleteAku nak bagi pendapat.
ReplyDeleteMemang betul kini agenda orang kafir telah menjadi.
Mereka jadikan politik dan pilihan raya sebagai pentes untuk orang orang kat dunia ni bercakaran.
Siapa sangka parti Islam yang dulu terkenal dengan mempertahan kan isu isu islam kini berubah dengan mencemarkan partinya dengan banyak isu. semata-mata untuk meraih undi dalam pilihanraya.
Jom boikot pilihanraya.
Alhamdulillah
ReplyDeleteAGREE!!!
ReplyDeleteboleh tuan Hamka jelas ttng video ni..mohon pencerahan..
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Rq2cko2sfbs
Macam mana dengan hukum guna nama Nabi yang wajib kita percaya , seperti Nabi Musa as, Nabi Daud as, atau Nabi Yunus as sebagaimana dalam kitab Bible; Moses, David dan Jonah? Boleh rosak akidah juga ka ,Hamka? Aku perati Imam Suhaib Webb dalam rancangan Reflections selalu dia duk guna .guane tu?mohon pencerahan
ReplyDeleteya aku setuju.
ReplyDeleteaku pun setuju ustaz kazim punya pendapat.
"tulis kat belakang keta sokong parti islam. islam macam ni ke? "
Betul tu ustaz depa suma untuk undi sanggup jual kalimah Allah yang suci. Bab ini depa nak ikut luak negeri. nanti anak cucu depa kena murtad baru depa menangis air mata darah. Masa tu tak guna dah. memang mereka dah gila. nama dia gila babi.
aku tak setuju untaz maza tu.
ustaz maza cakap tang zaman dulu. kita cakap hal tahun 2013.
kepada saudara pening lalat.
ReplyDeleteAku nak betulkan nama gila babitu
itu nama dia GILA UNDI.
Wahh.. terima kasih hamka, aku anggap entry ni ditulis atas desakan aku sorang keheheh... tq tq tqqq!
ReplyDeleteAku bukan org politik dan bkn penyokong mana2 parti politik.
ReplyDeleteRamai org yg tak tau dlm bible asalnya memang ada perkataan Allah. Church buang sbb rada takut. Sama la mcm kita yg taknak ada Allah dlm bible sbb takut jugak. Takutkan apa? Takut anak cucu kita terkeliru dan tukar agama? Takut sbb kita bukan ibu bapa yg baik yg mampu pertahankan akidah mereka? Takut sbb kita bukan umat nabi yg baik yg saling berdakwah dan ingat mengingati. Kita sebenarnya rasa insecure sbb kejahilan sendiri dan kejahilan dlm mendidik keluarga dan masyarakat.
Church buang perkataan Allah dari bible mesti ada sebab.
Rujuk buku The Choice oleh Ahmad Deedat versi BM mukasurat 292 dan 293.
Mengarut jer hg..aq rasa hamka dh ckp btol..mnusia mudah terkeliru..mcm ayat last tu..tkot nnt anak2 kita kata church itu jgk rumah allah.. Pham la elok..jgn jdi org bodoh..
DeleteFAHMI ISMAIL: haha.mende la mu ni.terang terang situ nama nabi, sekarang ni tengah bicara isu TUHAN.hadoii. mu ni banyok makang budu ngat ni.hehe
ReplyDeleteAllah itu satu, terima kasih atas penerangan..semakin jelas kekaburan nie
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html
good explanation hamka
ReplyDelete++ setiap orang islam mempunyai tahap pemahaman yang berbeza terhadap islam tu sendiri. Bahana dari penggunaan Allah oleh puak kristian dalam penerbitan dan papan tanda akn memberi kesan kepada orang islam di sememnanjung secara direct or indirectly.
++ mubaligh kristian mereka bersungguh2 datang pintu ke pintu untuk menyebar risalah mereka. contoh di uk. mereka jumpa setiap rumah.
++ dalam keadaan umat islam kt malaysia ni. orang2 yang ada sedikit kesedaran akan dtg ke masjid utk dgr ceramah ilmu, tapi utk org munafik, fasik dan jahil siapa nak jumpa mereka? siapa nak bagitau kebenaran islam pada mereka?
++ Islam tidak perlu kepada manusia, manusia perlu pada islam. talk is cheap, action speak louder than words. saya menyeru pengkomen2 dekat sini sedia utk siapkan diri sendiri utk bentuk jemaah jumpa semua org islam pintu ke pintu lorong2 kuatkan akidah setiap org islam .
++ nabi muhammad saw ketika pihak quraisy meminta baginda berhenti berdakwah dgn menjanji kan pemerintahan (government) , kuasa (power), wanita(girl) dan kekayaan (wealth) , apa yang di jawab baginda? kalau mampu pihak quraisy meletakkan bulan dan maatahari di tangan baginda , baginda tetap tidak akan berhenti berdakwah pintu ke pintu lorong ke lorong mentauhid kan kalimah Allah yg satu.
AYUH SEDARA KU !
jika DAP kafir memerintah atas gabungan Pakatan, maka tidak mustahil akan datang kita akan lihat, dalam dinding2 rumah terpampang di sebelah nama ALLAH bukan lagi MMUHAMMAD saw, tapi nama lain...
ReplyDelete2013, mrk desak minta nama ALLAH, PAS pun setuju.
maka tidak hairan pada thun2 brkutnya...akan wujud juga ini;
2014, mgkn mrk desak pula minta hari JUMAAT juga sbgai hari kebesaran mrk stiap minggu dan nak juga adakah sembahyang mingguan pada hari jumaat. Pas kata, hari jumaat tidak ekslusif utk org islam...guna ja laa...?
2015, desak lagi minta guna kata Solat sbgia ganti sembahyang,pray..."jom pi solat di rumah ALLAH.." -pas terus berhujah, kata solat tidak ekslusif utk org islam. guna la..?.
2016, desak lagi nak amalkan amalan puasa mrk juga pada bulan ramadhan bersamaan dgn bulan org islam berpuasa...apa kata pas...silala berpuasa..mudah2n kamu akan lebih dekat kepada 'ALLAH'..takkah bgitu? bulan ramadahn bukan ekslusif utk orang islam sahaja kan?
2017, desak mrk juga nak wujudkn organisasi kawal makanan 'halal'...
mrk boleh kata 'halal' sbb ayam, sapi itu disembelih atas nama 'ALLAH'...jadi akan wujudkah logo 'halal' yg dikeluarkan selain dari jakim dan organisasi islam?
pas kata, gunalah logo halal tu asalkan biantang itu disembelih atas nama 'ALLAH'..mcmtu kah wahai pas?
2018,bla bla bla...semuanya sudah terjual dan tergadai..
berdoalah kita, semoga ALLLAH yg Esa melindungi Malaysia dari diperintah dan diKAWAL oleh org kafir.
-Wau
*wp majlis syura pas telah mmbuat keputusan tidak mmbenarkan pggunaan kalimah ALLAH kpd bukan Islam semula,tapi itu cuma keputusan majlis syura! bukan keputusan rasmi Pakatan Rakyat sbgaimana knyataan presiden PAS bersama ANwar dan LimKitSiang...
jadi siapalah PAS dlm pakatan utk mengubah pendirian bersama Pakatan ttg pgunaan kalimah ALLAH sblm ini???? pas tidak dapat mengubah apa-apa pun..
Tak payah risau anak beranak kita terkeliru sekarang time hidup senang lenang ni.
ReplyDeleteRisau lah adakah kita mampu tepis godaan syaitan pada saat sakaratuk maut yg goda kita utk mengaku agama yahudi dan kristian tu agama yg benar. Kalau skrg kita tak mampu tepis dan berhujah bagaimana kita nak tepis bila sakaratulmaut.
Bagaimana kita nak tolonf anak cucu kita tepis saat mereka hadapi sakaratul maut.
Gunalah apa perkataan sekalipun tapi make sure iman kita dan anak beranak betul2 teguh hingga tercabut nyawa.
Jgn biar kita terpedaya dgn kejahilan dan ketakutan yg tak berasas.
Lihat isu sebagai peluang. Kita boleh kata kepada mereka Allah adalah tuhan semua manusia tapi lain agama percaya sifat Allah yg berlainan. Islam kata Allah itu satu tidak beranak dan diperanakkan. Kalau dia beranak dia dh jadi mcm manusia. Tuhan apa tu kalau sifat mcm manusia.
Takut keliru? Atasi dgn penerangan dan beri ilmu. Selesai masalah. Anak lahir je dh ajar benda2 ni. Bukan ajar dgn Raja Lawak, , Mentor, sinetron indon, kpop.
Hamka, kau dah lama hentam pemimpin pas, kau juga hentam pemimpin keadilan, kadang2 umno pun kena. Skrg isu kalimah Allah, kau suarakan rasa tak setuju pada pendapat tok2 guru parti pembangkang. Tolonglah jangan keruhkan suasana. Cubalah berlapang dada. Pergilah jumpa tok guru, tanya dari hati ke hati. Tok2 guru tu bukannya jahil. Mereka juga mcm kamu, mereka takutkan Allah, mereka juga tak mahu masuk api neraka. Jika mereka benarkan pakatan guna nama Allah dengan niat berdakmah, mengapa kamu nak marah2 ? Aku tahu kamu pro tabligh, tapi jangan keruhkan suasana politik dalam negara. Umat melayu islam dah berpecah.. Tolonglah gunakan Hikmah untuk satukan umat. Tq
ReplyDeleteEh silap eje, bukan berdakmah, tapi berdakwah.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteCerita yang last sekali berkenaan 'Rumah Allah' walaupun pendek tapi bisa membuat hati rasa sayu. Kesian iman anak-anak kita nanti. Mana satu Allah yang sebenar?
“Tapi Hamka, takde pun dalam Al quran larang secara jelas?”
Budak yang tanya soalan ni tak hafal ayat lazim dan terjemahan ke apa?
Sekian
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedangkan orh christian sendiri (kecuali kat Malaysia ni) tak ngaku ada nama Allah dalam Bible...rujuk : http://www.bible.ca/islam/islam-bible-allah.htm
ReplyDeletetak boleh pakai tu tak boleh laaa...!!! Astaghfirullahalazim, tapi betul kata Hamka, ada member aku ni yg fanatik so called Islamic party pun kata itu satu bentuk dakwah (membenarkan penggunaannya) Nauzubillah!
like!
ReplyDeleteChurch tak ngaku bahawa bible pernah ada Allah sbb dioeang pun rasa insexuee mcm kita jgk. Elok sgt la tu. Tapi churh kat malaysia bodoh la nak buat mcm tu.
ReplyDeleteOrg barat byk yg bijak pandai buat kajian dan masuk islam setalah tahu Allah tu siapa atau yg mcm mana. Org nalaysia dan indon bodoh masuk kristian sbb rasuah. Beri brg sikit bagi duit sikit dah masuk kristian.
Zaman skrg ni org bijak pandai masuk islam dan bodoh lagi sombong pulak yg masuk kristian.
ahli surau,
ReplyDeletetidak dinafikan mrk yg digelar ulamak atau tok guru memiliki ilmu agama yg tinggi...tapi ingatlah,,ulama itu ada dua golongan...
1. ulama pewaris nabi
2. ulama su'(ulama jahat).
jadi tidak semua ulama boleh diikuti dan dituruti ajarannya kerana ada antaranya yg tergolong ulama su' tanpa kita sedari.
salah satu ciri ada dalam hadis riwayat Termizi:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari KEUNTUNGAN DUNIA DENGAN MENJUAL AGAMA. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (BERPURA-PURA ZUHUD dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan PERCAKAPAN mereka lebih MANIS daripada gula. Padahal hati mereka adalah HATI SERIGALA(mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".-H.R Termizi
aku setuju dengan beberapa pendapat.
ReplyDelete1. orang bodoh dan hati bodoh mudah nak murtad.
2. orang pandai dan hati terang masuk islam.
3. bukan sume tok guru dan bukan sume ulamak ikhlas. Ramai ulamak nanti masuk neraka lebih awal sebab tak ikhlas .beri pendapat untuk kepentingan pengikutnya dan kaumnya.
Apa yang penting ajarkan anak anak kita dengan taat perintah Allah dan ikut sunnah rasullulah s.a.w
Jangan keliru. dulu Injil memang ada nama Allah. Bila dah seleweng jadi Bible maka dah jadi Trinity. Bible bukan kitab yg Allah Turunkan. Injil adalah yg sebenarnya.
ReplyDelete
ReplyDeleteAku nak tanya sikit.
Dalam isu kalimah Allah ni boleh tak kita guna fatwa kaum Beruk??
Apa komen Hamka?
secara peribadi, dalam konteks Malaysia sekarang, untuk isu kalimah Allah nak digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, saya tak setuju.
ReplyDelete- Noob
SAYA TIDAK BERSETUJU kalimah Allah digunakan dalam bible versi Bhs Melayu... Tidak sama sekali.. Dulu, kini dan selamanya.. Full stop! Noktah! Titik!
ReplyDeleteSaya rasa kalau mcm ni lah caranya,.. pihak tak mahu masuk campur dalam bab agama dan sokong bn selama ini terutama sabah dan sarawak semakin jauh dgn bn...sabah sarawak dengar dan lihat dari jauh... Sy rasa cubit paha kanan,e kiri pun terasa...
ReplyDeleteBetul tu.... Kita boleh beri pendapat tapi janganlah sampai mengutuk...sy rasa dah lebih tuuu.. Fikirlah ttng perasaan pengundi tegar bn di luar semenanjung..bukan sebab tak percayakan kemungkinan tak akan turun undi langsung...sebabnya pembangkang pun tak suka, undi bn pun tak nak..jauh hati..baik undi bebas....
ReplyDeleteAlhamdulillah, PAS dah tarik balik kebenaran menggunakan kalimah Allah di gereja,
ReplyDeleteTahniah Haron Din yang bersungguh bab ni..
mereka yang sokong, bolehlah jilat ludah masing masing.
Dalam islam, akan ada golongan yang benar dan ada golongan yang salah. Allah suka kepada golongan yang benar. Tetapi bila kedua golongan ini saling caci mencaci, maka Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan Rahmat. Maksud yang saya faham disini ialah, orang2 yang berada dipihak yang benar pun, Allah tidak suka jika mereka mencaci orang lain.
ReplyDeletekomeng.....
ReplyDeletehamka buat entri ni bukan sebab engkau...
dia buat entri ni pasal dah kemaruk nak dapatkan sampai 200 komen...!
ha ha ha gila komen dan gila romen jugak....
kah kah kah.......macam ni punya orang pun ada..
hanya orang gila romen yang kenal si gila romen....kih kih kihkih.......eerrkk!!
Aku selalu ajar anak aku utk hormat agama lain. Maklumlah, anak sekolah campur, jiran pun campur2..
ReplyDeleteAku selalu explain kat anak aku buddha tu salah, hindu tu salah.. mereka salah sebab mereka x tahu siapa yg patut disembah.
Alhamdulillah.. anak aku faham.
Itulah berkatnya kita pertahankan kalimah Allah kat M'sia ni.
Masing2 ada pendapat tp tolonglah yg setuju dgn keizinan kristian nak guna nama Allah, fikir dalam2 sebelum membenarkan keizinan tersebut. Agenda? Mereka orang kafir ni ari dulu lg dah mengkucar-kacirkan kitab2 mereka. Setakat nak guna nama Allah pastu tak nak guna pastu nak guna balik.. diorang NO HAL punya!
Fikir2kanlah generasi akan datang, kesian mereka. Makin susah nak menerangkan sesuatu tentang kebenaran sekarang ni.
Lastly, jgn ckp semberono cakap pasal x pandai nak didik keluarga pasal agama lah, nak didik masyarakat psl agama lah. Bukan senang bro. Ingat!! Hidayah tetap milik Allah.
salam,
ReplyDeletemaaf.. sy cuma nk menyampaikan pendapat saya..
i) sy seorg yg suka membaca novel termasuk novel2 inggeris.. sy dapati kebanyakan novel inggeris especially yg bersifat 'motivasi' akan ada unsur2 selitkan mengenai 'Tuhan' mereka.. dan semestinya ada beberapa ayat yg dipetik dr dlm kitab mereka yg mengisahkan perihal "anak Tuhan" atau seumpamanya.
- bg sy jika perkataan Allah dibenarkan penggunaannya kepada org2 bkn ISLAM, maka tak mustahil novel2 seperti ini akan mempunyai sebutan kisah2 "anak ALLAH"?? - Na'uzubillahiminzalik!
ii) budak2/remaja zaman sekarang ni kebanyakannya tidak begitu mengenal ALLAH.. - sy risau jika mereka spt sy suatu masa dahulu yg begitu ingin kembali ke jalan Allah, tp segan dan tidak tahu ingin bertanya pd siapa, jadi bermula dgn membeli dan membaca buku2 rujukan ISLAM - tak mustahil jika mereka membeli dan membaca buku2 yg sbnrnye bkn berkenaan ISLAM pon, semata-mata kerana adanya kalimah ALLAH itu, maka mereka akan lebih sesat.. - Na'uzubillahiminzalik!
iii) rasanya adalah sebaiknya kajian dilaksanakan di Malaysia ini, pilih remaja secara random dan tny mereka beberapa perkara mengenai ISLAM atau ALLAH - sy percaya masih ramai yg tidak tahu maksud bacaan Al-Fatihah itu sendiri, walaupon sbnrnya makna bacaan itu pernah diajar di sekolah dan menjadi ayat hafazan dlm Pendidikan Islam di sekolah2..
sedih, kerana sy sendiri pernah terumbang-ambing, dan sy tau bagaimana keadaannya bg remaja yg tidak mempunyai pengetahuan itu..
kerana itu sy tidak setuju penggunaan kalimah ALLAH bg agama2 lain..
mngkn sy silap, mngkn juga tidak.. kerana itu sy pohon ALLAH tunjukkan sy jalan kearah kebenaran..
InsyaAllah..
salam semua pengkomen,
ReplyDeleteaku remaja islam yg biasa dan mempunyai family background yang very religious, aku mendapat pendidikan yang sempurna agama mahupun dunia. excel dlm kelas.
tapi walaupun ilmu agama penuh didada tapi cara hidup dan amalan agama kurang pada personaliti dan kehidupan seharian aku, suasana kehidupaan yang pentingkan materialistik dan hiburan. walaupun sekali sekala hadir mendengar ceramah di masjid. akhirat bukan matlamat aku, "ah da tua nanti tobat la" omongan biasa orang muda.
semakin membesar berbagai benda aku cuba, melihat penyelesaian kepada setiap masalah melalui duit dan usaha semata2, tiada tawakal dan doa.dan kadang2 pada masa emosional kritikal aku merasakna tiada ketenangan dalam islam dan merasakan ketenangan dalam agama lain, ya , perasaan ini aku rasa satu peringkat bagi golongan remaja yang biasa seperti aku akan pernah terlintas begini.
melihat kepada kehidupan western yg kelihatan lebih civillized , kehidupan yang baik dan sempurna, semakin banyak persoalan tibul dlm diri aku dan aku takut keimanan aku terkeluar. takut2 Allah meletakkan kan ketenangan aku pada agama lain kerana tidak menghiraukan perintah nya, ya , ku imbas kembali , manusia fasik seperti aku tidak layak mendapat islam, ramai yang bukan islam yag lebih baik attidtude- nya yg patut Allah kurniakan Islam.
di saat kecelaruan fikiran melanda aku, terjumpa pendakwah tabligh yang mngingat kembali aku, menyeru aku kepada kehebatan Allah, berkat suasansa yg luarbiasa aku berubah, dan mempunyai matlamat yg tetap, dunia terlalu singkat untuk capai kuntungan duniawi semata2.
dan aku melihat ,masalah akidah masa kini di kalangan masyarakat amat kritikal, hati ini merasakan berat mebiarkan kalimah Allah nanati dieksploitasi oleh non muslim, al quran menerangkan sifat2 orang bukan islam, tak semua non muslim itu dapat dipercayai, sesetengah mereka mempunyai agenda tertentu. saya harap dakwah akidah dapt diteruskan untuk selamatkan akidah anak2 muda yg baru mencari indentiti dan matlamat hidup.
ReplyDeleteNik aziz cakap dengan pemberita kat lapangan terbang mengarut sapa yang cakap agama lain boleh guna Kalimah Allah.
Hari tu cakap boleh guna demi untuk dakwahkan islam.
Orang dah bertekak sampai sakit jari-jemari alih alih cakap lain pulak ???
KEPADA PENGOMEN 7.55 AM
ReplyDeleteAPA HAL ENGKO NAK CEMBURU TANG KOMEN HAMKA YANG BANYAK.
BLOG KO TAK ADA ORANG SUDI NAK KOMEN KE? CUBA KO BAGI LINK.
Salam...penjelasan daripada Majlis Syura PAS berkenaan kalimah Allah dan penggunaannya : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/15915-majlis-syura-semua-boleh-guna-tetapi-tidak-boleh-terjemah-nama-allah
ReplyDeleteTiba2 aku terfikir bahawa semua yang terjadi ini akan menjadi satu tempelak atau sindiran tajam kepada non muslim.
ReplyDeleteMelalui krisis penggunaan kalimah Allah ini, akan menjadikan mereka sedar dan berfikir bahawa Agama Islam adalah agama yang agung. Umat Islam punyai Allah yang satu. Tidak seperti mereka yang punyai Tuhan yang berbilang2. Subhanallah, krisis ini adalah tamparan kepada orang2 kafir !
Pru 13 nanti sabah /sarawak akan undi bebas..
ReplyDeleteYesssss....just wait and seee......there is nothing u can do......
ReplyDeletekalau nak cari kesalahan dalam setip agama..senang tapi apabila tersilap.......
ReplyDeletekepada fahmi.
ReplyDeletebaru nak terhegeh hegeh dan ambil masa yg lama utk perjelaskan.Mengapa Majlis Syura’ tidak mengarahkan hadi awang supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH? parti2 sekarang semua flip flop.ini soal tauhid dan soal syurga-neraka.Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua...
Apa apa lu cakap kat sini semuanya make sense! Well said bro! Alhamdulillah....
ReplyDeleteOrang lain yg makan nangka.... Orang lain pun terkena getahnya... Cakap lah apa pun.... Tsunami sarawak pun akan berlaku....
ReplyDelete
ReplyDeletesiapa akan undi siapa kat sabah dan sarawak tu ko orang punya pasal. tak ada kena mengena dengan isu ini. tak payah nak ugut ugut.
orang politik memang tengah kemaruk undi sangup buat apa saja sarung baju t kuning pun buat. lol.
Isu sekarang ni jangan nak salahkan orang Kristian atau orang kafir.
ReplyDeleteorang Islam yang tak sedar diri nak bagi muka kunun nak buat dakwah dengan bagi saja kalimah pada orang yang tidak bersahadah. itulah dia orang islam yang nanti jadi pak pandir bersorak riang agama dah terjual.
WAHAI KAWAN-KAWAN SUME.
ReplyDeleteTAK PERLU GADUH-GADUH. BERMUZAKARAHLAH DENGAN BAHASA YANG ELOK. ITULAH LAMBANG ISLAM.
KALAU ADA ORANG TERJUAL AGAMA ITU KITA TAK BOLEH NAK HALANG TAKDIR.
KITA YANG MASIH SEDAR NI JAGALAH AGAMA ISLAM SEBAIK BAIK NYA SUPAYA TIDAK HILANG DAN ALLAH BOLEH BERI PADA MANA MANA BANGSA DI DUNIA UNTUK MENJADI PEMBELA AGAMANYA MUNGKIN ORANG EROPAH MUNGKIN ORANG CINA MUNGKIN ORANG NEGRO ?
Semua org politik sibuk nk buat statement kat media. Ada tak yg usaha nak buat debat dan dialog dgn pihak gereja yg menuntut?
ReplyDeleteMana tahu hasilnya reverend tu yg masuk islam. Menang besar tu. Pastu berbondong masuk islam. Kalu dia x masuk islam pun mesti byk org kristian celik mata masuk islam.
Assalamualaikum, manusia ini punyai Pencipta yang sama iaitu Allah. Nabi Adam kekal sebagai manusia pertama di dunia ini. Jika manusia yang masih belum mendapat hidayah Islam berhajat menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan, saya rasa tiada masalah. Kerana Allah itu Tuhan kepada semua makhluk.
ReplyDeleteMasalah definasi mereka yang berbeza, itu masalah lain. Jika kita takut umat Islam yg lemah imannya ini keliru, maka kita sebagai pewaris kerja2 Nabi ini kenalah giatkan lagi usha dakwah bagi manusia faham Allah itu ESA dan Islam itu syumul.
Semua yang berlaku ini dlm pengetahuan Allah belaka. Tetapkan pergantungan kepada Allah, tidak pada makhluk. InsyaAllah mungkin asbab publisiti perihal kalimah Allah ini, manusia akan terus google dan tercari-cari kebenaran yang hakiki hingga hendaknya mengundang hidayah Allah.
Jika Islam itu agama yang benar maka biarkanlah manusia yang masih belum kembali kepada Islam itu mendapat ilmu dan pencerahannya supaya dia tidaklah kekal dalam kegelapan hingga akhir hayatnya. Usah kita takut kerana Allah itu yang Maha Berkuasa bukan kita hambanya yang kecil ini.
Mungkin kita boleh ambil iktibar perihal peristiwa Sept-11 yang mana publisiti kisah berkenaan yang asalnya untuk menggambarkan keburukan Islam bertukar kepada iklan kepada Islam itu sendiri hingga mengundang manusia ingin mengenal Islam yang akhirnya menjadikan Islam sebagai agama yang paling ramai penganut barunya dari kalangan orang barat sendiri berbanding dengan agama lain.
Perancangan manusia itu hebat dah, tapi perancangan Allah yang Maha Hebat. Akurlah pada hakikat ini, Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
adoii nah video link !
ReplyDeleteWajarkah Bukan Islam Guna Nama Allah dalam Bible M'sia? ulas Dr Zakir
http://www.youtube.com/watch?v=EArP5MR6WzI
Bukan ugut....dah mcm tu.....
ReplyDeletemacam-macam hal korang buat
ReplyDelete@School Of Tots Waalaikumsalam , saya tak bersetuju dengan tuan. bila sy dengar org kristian senang2 nak guna nama Allah S.W.T. dlm bible mereka , hati kuat mengatakan ni SALAH, mcm mepermain2kan pulak... dlm tu bible bukan injil dan tuan sedia maklum bible...bnyk penyelewan... agak2 la nak bg peluang nak ajak org ajak dengan cara sunnah nabi Muhammad dah terang ada bnyk kisah nabi Muhammad dengan sahabat dan bagaimana Nabi Muhammad berdakwah....ada patut dah fhm....or mungkin kekadng org pun leh salah fhm...
ReplyDeleteWAHAI ORANG2 KAPIR YG HIDUP DI MALAYSIA, DI AKHIRAT NANTI,JANGANLAH KORANG DAKWA ORANG2 ISLAM TAK DAKWAH KORANG KEPADA AGAMA ISLAM. SEBENARNYA, AGAMA ISLAM TELAH TERSEBAR DAN TERBENTANG DI HADAPAN KAMU SEMUA. KAMU JE YANG TAK NAK IKUT. MAKA KAMI ORANG2 ISLAM BERLEPAS DIRI DARI DAKWAAN KAMU.
ReplyDeleteBUKANKAN KAMU ADA INTERNET,
BUKANKAH KAMU DENGAR AZAN SETIAP HARI
BUKANKAH KAMU TENGOK BANYAK MASJID DI MALAYSIA
BUKANKAH KAMU TENGOK UMAT ISLAM BERPUASA
BUKANKAH KAMU TENGOK ORANG PERGI HAJI
BUKANKAH KAMU TENGOK ORANG2 ISLAM GI SOLAT DI MASJID..
BUKANKAH KAMU LIHAT WANITA ISLAM MENUTUP AURAT
KALAU KAMU TENGOK ORANG ISLAM PAS DAN UMNO DAN KEADILAN BERGADUH PUN, KAMU JANGAN MENYANGKA KAMI TAK BERSATU HATI. KAMI TETAP PUNYAI ALLAH YANG SATU.
KEPADA BRO HAMKA, BETUL TAK KATA2 KU ?
ada pengkomen yang mengatakan siapa Hamka dibanding dengan ulama??
ReplyDeleteAku pernah terbaca(tak pasti kat mana) ulama ini ada dua.
i) Ulama'yang benar
ii) Ulama'dunia
Ulama dunia ni adalah ulama yang apabila kita mendengar kata2 dan hujahnya membuatkan kita percaya 100% dan kagum serta taksub dengan ulama tersebut.
Ulama'yang benar pula adalah ulama yang apabila kita mendengar kata2 dan hujahnya membuatkan hati kita gentar dan takut kepada Allah. Hati menangis mengenang dosa2 kerana takut akan api neraka. Air mata bercucuran kerana takutkan azab di akhirat.
Sekarang, apabila kita mendengar kata2 ulama kita akan mengkagumi ulama itu atau kita akan teringatkan Allah??
TEPUK DADA TANYA IMAN...
Wallahu'alam..
Aku LIKE komen kau -
ReplyDelete8:06 AM, January 16, 2013
well said!!
ahli surau.....saya setuju dengan saranan anda tehadap orang2 kafir...tapi sebelum tu...kita kena cari orang kita dulu yang nampak surau...macam tak nampak...gadis2,yg terbelah sana sini..., yg pakai baju mcm telanjang, yg keluar masuk pub..dan seantero dengannya...itu semua tuga kita untuk mereka kembali ke jalan yg diredai ALLAH...pdulikan orng2 kafir tuuuu, biar lah mereka jawab sendiri bila di akhirat nanti...yg penting anak2 kita yg kadang kadang lebih buruk dari orang kafir....kita pun turut berdosa kerana gagal mengajar mereka...wsslm...
ReplyDeleteKepada anon yang dok kata romen2 xabis2 tu..pe masalah ko sebenarnya ek..
ReplyDeleteOk mungkin ada yang setuju dengan kalimah Allah digunakan dalam bible, trinity, bla..bla..bla..
mungkin akan ada yang kata, teruk sangat ke iman seseorang tu sampai boleh terpesong akidah akibat baca Allah ada anak..
Aku pinjam lirik lagu Raihan..
"..iman xdapat diwarisi
dari seorang ayah yang bertaqwa.."
lagi satu sapa yang boleh bagi jaminan iman kita hari ni sama sampai kita mati..mungkin hari ni kita xterpengaruh dengan tu semua, tapi xmustahil satu hari nanti, kita akidah kita akan terpesong..
Hari ni diorang nak "Allah"..pastu nak guna "solat"..pastu sedekah/derma nak dikaitkan dengan zakat..pergi haji nak dikaitkan dengan lawatan ke tempat suci diorang..bla..bla..bla..
Tentang anon yang dok kata orang sabah n sarawak yang xakan sokong bn, pas, pkr, dap, ppp, kita, pe lagi ek..gi lantak la diorang xnak sokong pun..aku pun xble paksa ko nak sokong sapa..dah ble ngundi kan..dah besar kan..dah mumaiyiz kan..fikir sendiri..
tepuk dada tanya iman..
p/s: aku xsetuju langsung diorang nak guna kalimah ALLAH tu untuk gantikan dengan GOD/TUHAN..
salam..
ReplyDeleteAgak lama tak menjengah ke blog Hamka, setelah membaca kebimbangan fikar risau yang agak 'bengkek' dengan penggunaan kalimah Allah..
-Allah, Allah, Allah anggap lah sudah sampai masanya untuk terima ujian ini dengan air mata.. bukan setakat kata-kata..
-Usaha perlu dilipatkali gandakan untuk tarik rahmat dan hidayah Allah dengan pengorbanan dan susah payah..
-http://www.youtube.com/watch?v=F6Y7UOWDk4Q&feature=player_embedded
-Penjual tempe
Aku-ain..betul juga ek...lantaklah sabah sarawak..undi sapa.....yessss.....bn dah kuat dah...tak perlu lagi undi sabah sarawak....sebab tu lah...nak kutuk....wait and see.. Ini kali lah....
ReplyDeletewoii senagl ni bukan masalh politik gila ! ni masalh akidah. tak kira DAP ke MCA kalau nak provoke islam 2-2 kene tentang.
ReplyDeleteharap2 pas taj pi jual agama semata2 nak kan KERAjaan
kepada anon yang sebok pasal sabah sarawak,
ReplyDeletesaya bagi komen dgn menganggap bahawa awk adalah non muslim
"Jagalah Allah, maka Ia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu, bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah.
ini adalah kepercayaan kuat umat islam...
sesuatu perkara tu datang dari Allah...
Allah pencipta sekalian alam.
setiap yang berlaku dengan kehendak Allah.
ape perlu sebab semata nak raih undi kami perlu gadaikan tuhan kami?...
saya kamu..sekalian alam ni Allah yang cipta?..
ape ke pelik dengan kena jaga hati makhluk yang dicipta smpai abaikan sang PENCIPTA?....
adakah kamu biarkan org lain hina tuhan kamu hanya kerana nak dapatkan sokongan?...
mana letaknya darjat tuhan kamu?
adakah agama kamu mengajar sebegitu?...
biarlah kalo manusia x mahu undi pemimpin islam sebabkan kami pertahankan tuhan kami...
asalkan Allah x murka...
jika Allah murka...akibatnya lagi besar dari kehilangan undi...
silap2 sabah sarawak ditelan bumi....
Sabah/sarawak tak pernah terfkir pasal pertikaian ini.. Bagi kami selama ini kami terima seadanya...ak pernah ungkit apa2 yg berkaitan dgn agama.... Selama ini kami cuma lihat dari jauh...ok. Kami disini akur tng apa2..yg boleh atau tk boleh..tapi lihatlah komenyg ada dalam blog ni...ada juga yg lebih cenderung kpd hinaan...apa perasan anda sebgai orang yg berkecuali apabla terbaca. Kalau mcm ni lah layanannya...jangankan undi kluar msia pun boleh berlaku
ReplyDeleteTAK HABIS HABIS LAGI.
ReplyDeleteDENGAN MENYEBUK HAL POLITIK SABAH DAN SARAWAK.
ININISU TAK ADA KENA MENGENA DENGAN SABAH DAN SARAWAK.
ORANG SEBELAH RUMAH AKU ORANG SABAH KRISTIAN. AKU TANYA DIA PERLU SANGAT KE ORANG KRISTIAN NAK GUNA KALIMAH ALLAH. DIA KATA ITU HANYA GIMIK POLITIK. DIA DAH BIASA DENGAN GOD KENAPA PULA NAK TIRU ORANG. ORANG YANG SUKA MENIRU ADALAH ORANG MUKA TAK MALU. ISTILAH BUDAK SEKARANG "MUKA MINTAK".
MAKA AKU PUN PELAWA DIA DENGAN SUNGGUH UNTUK MASUK ISLAM NANTI BOLEH GUNA ALLAH.
ORANG SABAH KRISTIAN KAT SINI TAK HERAN PUN . ORANG LAIN JE YANG LEBIH LEBIH PROVOKASI POLITIK MURAHAN.
Akhirnya..
ReplyDeleteMajlis Syura Kelantan keluarkan keputusan bertentangan dengan ketua ketua pas pusat.
Hj hadi ngan mat sabu dah bisu ke???
kepada sembang warung.
ReplyDeleteAku sangat setuju ini sume lebih kepada Provokasi politik muruhan.
KEMARUK t TAMAK t HALOBA = KECUNDANG
Ni nak tanyani....kenapa pasukan johor dtkzm selalu kalah...pada hal pemain status bintang?....buang duit jer....ada ulasan.....
ReplyDeleteha ha ha ha.....
ReplyDeletelantaklah korang nak bertekak,yang penting kali ni punya entri mesti boleh cecah 200 komen...
ha ha ha.. komen banyak..hati senang,lepas beromen aku jawab komen.
tunggu komen yg bodoh yg boleh buatkan aku nampak pandai bila jawab
kalau takde,aku taip je perasan sibuk......takpun aku taip,aku hanya jawap komen yang ada link blog.......kih kih kih....
malam tadi...kelantan gaduh....bila pasukan kalah jer gaduh...aper ni....semangat kesukanan langsung...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik terutamanya no 8. Input yg begitu kuat sekali.
ReplyDeleteQul huwa Allahu Ahad.
Katakanlah Allah itu tunggal. Allah tumpuan sekalian makhluk. Tidak beranak, dan tidak diperanakkan. Dan tiada satupun yang setaraf dengan-NYA!
-cahaya pemelihara-
*p/s : sayapon xsuka orang guna nama saya pastu buat jahat/benda bodoh and org keliru pulak ingt saya yg buat. Kalau sorang boleh kita bagitahu balik, tapi kalau beribu-ribu orang? Beratus2 ribu orang and tempatnya pula beribu2 batu.macam mana saya nak ceritakan yang betolkan? Susah2...huhu....
Alhamdulillah, PAS dah keluar fatwa, tak boleh guna dalam penerbitan kristian.
ReplyDeletedan Alhamdulillah juga, Haji Hadi, Mat sabu setuju dengan fatwa ini.
mereka yang berdebat dengan aku boleh guna dalam majalah orang kapir dengan niat 'dakwah' sebelum ini, bolehlah Calibrate kembali BS detector korang, supaya BS detector korang menjadi tajam dan boleh hidu BS from a mile away (at least as good as mine, if not better)
Woha!
"PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH". HEBATNYA BUNYI SLOGAN INI.
ReplyDeleteLALU BERKUMANDANGLAH KALIMAH2 ALLAH PADA WAKTU SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK...
MAKA BERBONDONG-BONDONGLAH UMAT ISLAM MENYAHUTNYA LALU DATANG SOLAT BERJAMAAH DI SURAU2 DAN MASJID2.
MAKA GEMENTARLAH HATI ORANG2 KAPIR MELIHAT BETAPA BERSUNGGUHNYA ORANG2 ISLAM MENYAHUT KALIMAH ALLAH !
Melayu mudah lupa, jp lagi basi la isu ni. Jgn bz sgt ape org buat or ape org komen, tya pd diri sendiri apa yg dh aku buat utk agm.
ReplyDeleteHamka ad pndapat die, korg pun ada pndpt korg. Aku pun sama..
Dlu benci yahudi, xnk mkn mcD, tp still minum milo, maggi, dll pada hal sume tu brg keluaran yahudi gak...
tapi lecturer aku kate... x kisah la dorang nak gune name ALLAH. sebab ALLAH tu bukan tuhan orang islam saje... islam ni universal... at least ade titik persilangan antara kita dan mereka.
ReplyDeleteho ho ho........
ReplyDeletenasib baik ada pemimpin politik flip flop,
dapat jugak hamka meneruskan komennya...
ha ha ha ha .....
Setiap perasaan mesti di buktikan.
ReplyDeleteKalau cinta satu pompuan apa buktinya? ..call hari2
Kalau sayang mak ayah apa buktinya?
Kalau sayang Allah apa buktinya ?
Azan di laung seruan dari rumah Allah ada datang 5 x sehari ?
Malam kelmarin aku dengar kuliah maghrib kat masjid bukit A, cheras. Ustaz Mas Hadi dtg mengajar. Ustaz kata, Mencari kesalahan diri sendiri adalah lebih baik dari mencari kesalahan orang lain. Kemudian dia terangkan bahawa manusia ada 2 kudrat. Kudrat yg pertama dtg dari makanan, lalu dapat tenaga untuk bekerja. Kudrat ke2 dtg dari Taufik dari Allah, lalu ia dapat datang bersolat di masjid 5 waktu. Sekian terima kasih...
ReplyDeleteBODOH!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteIni semua berpunca dari umno yg babi dan membabikan
ReplyDeleteHa...
ReplyDeleteapalagi hamka,bola tanggung tuu..!
Kih kih kih.. kih.....
Hamka.
ReplyDeleteBlog kau ni betu-betul fopular la.
Banyak pulak iklan menyelit.
Aku ingat tengok drama je ada ganguan iklan. komen blog kau pun ada iklan.
Bagus ,bagus bagus...
SALAM. PILIHANRAYA DAH DEKAT. TOLONGLAH BERKEMPEN UNTUK KEMENANGAN PARTI ISLAM. DEMI MENEGAKKAN AGAMA ISLAM DI BUMI TERCINTA.
ReplyDeleteHamka, tolonglah bantu dan hormati perjuagan Tok Guru Nik Aziz. Beliau seorang yang warak dan ingin menegakkan Agama Islam di bumi tercinta ini. Berlapang dadalah dengan beliau. Marilah sama2 kita berusaha dan doakan kemenangan parti Islam.
ReplyDeleteHamka,
ReplyDeleteTolong lah jangan melibatkan diri dengan politik berasaskan sistem demokeraknasik ciptaan zionos.
Berpolitik lah seperti Rasulululah s.a.w berpolitik. Ramaikan jemaah solat 5 waktu, rapatkan dan luruskan shaf shaf solat
Inilah benteng terakhir orang islam. Dah tak ada cara lain lagi dah.
Ingat tu Hamka!! ( pesan tok )
Hamka,
ReplyDeleteBila pilihan raya nanti kau jangan buang masa gi mengundi.
Tetapi kau pergilah bawa rakan rakan dan anak anak lelaki mengimarahkan masjid sendiri hingga 24 jam.
Masjid ibarat jantung sesebuah kampung. masjid juga ibarat magnet. Kalau kuat kuasa magnet maka kuatlah jantung maka ia menarik rahmat dan redha Allah.
Apa lagi yang kita harap selain dari redha Allah.
Politik ala zionis membawa manusia bergaduh dan caci mencaci. Ianya membawa kepada kemurkaan Allah,
Apa lagi yang kita takuti selain dari kemurkaan Allah.
Ingat tu Hamka!!!! (pesan tok lagi)
terkesan sungguh dengan pesanan tok kiayai gunung arong.....
ReplyDeletepesanan untuk Hamka je ke tok??
Bukan x nak bergabung dgn org munafik, pernah juga mereka bergabung satu ketika dahulu tapi apa yang org munafik buat pada mereka di kelantan. Pepatah melayu berkata jangan sampai pisang berbuah 2 kali.wallahualam...
ReplyDeleteterima kasih kerana mahu pesan berpesan, alhamdulillah
ReplyDeleteselalu komen panjang2...hari ni malaslah kerana point already been said...so en.Hamka..sabo jer lah terana sabo itu sebahagian daripada iman...semoga aqidah ku dan aqidah umatku terbela daripada terganggu oleh hasutan syaitan dan sekutunya.
ReplyDeletedan saya x setuju God = Allah because Allah is not only god but much more than that. Allah is the merciful power that beyond our mind and beyond anything in the universe but god as refers to greek mythodology is a humanlike creature that more powerful than human and rule them for their own profit and has more that one. So Allah is not god, but beyond that, Allah is stand by Himself and nothing is comparable to it. Allahu Akbar
Takbir!
ReplyDeleteminta maaf...salah tulis...bukan mythodology tapi mythology
ReplyDeletebaik!
ReplyDeletePertanyaan sy hari tuu dah x ada lagi lah.....dah buang keeeeeee...
ReplyDeletesoalan yang mana? masuk spam kot?
ReplyDeletesetuju
ReplyDelete