(Kisah aku, bini, dan keretamayat part 3, : Sahur Oh Sahur...)
Jam hampir 12 tengah hari, belum masuk waktu zohor, tapi aku
rasa bibirku sedikit kebas, dan perut ada mengeluarkan sedikit bunyi
kelaparan.., tapi ia tidak lama, sekejap sekejap sahaja datang menguji hamba
Allah yang berpuasa, terutama orang yang pernah terkena gastrik macam aku, dan
terutamanya lagi bila puasa tanpa sahur..
Untuk pengetahuan mualaf yang baru masuk islam semalam,
Sahur adalah Sunnah Nabi Muhammad S.a.w, lagi lewat kita bersahur lagi bagus,
lagi banyak berkat dan pahala, malahan yang membezakan puasa orang islam dan
orang kapir adalah sahur.., jadi jika nak puasa yang berkat, eloklah
bersahur...
Tapi aku bukan sengaja tak nak bersahur, kami sekeluarga
terjaga lewat hari ini, tersedar sebaik azan berkumandang, nak salahkan bini
tak timingkan jam, tidak patut juga sebab sebelum tidur aku terajak bini berasmaradana,
walaupun bini aku dah cakap, : “ jika “enjoy the silence” lewat sangat bang,
saya takut terlajak sahur”, tapi aku dengan konfident cakap,: “nanti abang
bangun solat tahajjud, abang kejut ler awak sahur..”
Rupanya rupanya, Hempeh!, Tahajud entah kemana!, sahur entah
kemana!, seluarpun entah ke mana! sedar sedar azan subuh di dengar dalam keadaan berhadas besar, Cis!!
Aku dan bini boleh jer puasa tanpa sahur, tapi aku kesian
pada 3 orang anak aku yang berazam tak nak tinggal puasa, umur mereka baru 5
tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun..,
Pesan aku kepada isteri, jika anak menangis nak makan sebab
lapar(al maklumlah puasa tanpa sahur), bagi jerlah makan, karang mati pulak
budak budak tu.., pendek cerita, sesampai aku di rumah tengah hari ini, terus
aku dengar suara anak perempuan yang berumur 5 tahun menangis..
“bini aku tak bagi makan ke”, bisik hati kecilku sambil
mematikan suis keretamayat.
Anak perempuan aku sebaik tahu aku balik, terus berlari dan
bertambah kuat pula akan tangisannya..
“lapar ke?”
Anak aku angguk..
“jomlah makan roti”
Ajak aku, tapi anak aku geleng kepala tak nak lalu bini aku
muncul bagitahu dah puas suruh berbuka puasa tapi tak nak kerana alasan si
anak, takut azab api neraka walaupun dah bagitahu budak budak tak wajib puasa,
tapi si anak bagitahu, kawan kawan cakap jika tak puasa tak boleh raya dan tak
masuk shurga.., murni sungguh kawan kawan mereka..
Aku tersenyum mendengat penjelasan bini aku, lalu dengan
isyarat mata aku suruh bini aku siapkan roti dengan inti coklat dan air milo
ais, lalu aku dukung anak aku tu menuju ke dapur, sebelum itu aku sempat jengah
bilik anak lelaki aku dapati dua orang anak aku selamba tabah berpuasa sambil baca
buku (komik), aku tanya, puasa OK?, mereka angguk sambil tersenyum, mereka
orang lelaki lebih kuat dan tabah.., akupun tutup pintu bilik mereka dan terus
ke dapur.
Di Dapur, bini dah siapkan roti berjem coklat dan milo ais, aku
terus bawa anak perempuan aku ke meja makan, aku lihat matanya teruja, tapi aku
tahu dia tak nak bukak puasa walaupun dia kelihatan menderita.., tapi tetap tak
nak berbuka.
Lantas aku pun berceramah,:
“Adik.., budak budak jika nak puasa wajib bersahur, nanti
puasa tak sah! Sia sia tahan lapar tak dapat pahala, jadi sebelum azan nanti
(azan zohor), baik adik bersahur dulu, nanti baru boleh puasa!”
Mendengar bohong sunnat versi keretamayat, terus anak aku
ceria ber ‘sahur’ dengan lahapnya, dan masih ceria sepanjang hari itu kerana
masih ber ‘puasa’..., bolehlah beliau berhari raya dan masuk shurga, hihihi..
Aku senyum dan bini akupun senyum...
Tanya bini aku, dari mana belajar tip bohong sunnat ni bang?,
jawab aku, dulu masa kecik, abangpun berlagak tak nak bukak puasa, sehinggalah
ada driver keremayat bohong sunat sama macam ni-woha!
Pendekkan cerita, dari Pengalaman puasa yang lepas-lepas,
anak aku memang masuk sekolah tadika jer dah berjaya puasa penuh, lalu ada antara
korang yang bertanya, bagaimana anak engkau yang tadika pun dah puasa penuh?,
rahsianya, waktu sahur aku suruh mereka mandi, maka makanlah mereka dengan
penuh berselera, dan semua anak aku berjaya puasa penuh sebab kurang lapar
kerana makan banyak waktu sahur..
Sahur itu Sunnah Nabi, Perbezaan diantara puasa umat Islam
dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka
nasihat aku, makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur,
insyAllah, korang akan berselera makan macam makan tengah hari, (aku ler ni) dan
bila korang jumpa rambut aku basah waktu solat subuh, maka janganlah sangka aku
mandi wajib tapi sangkalah aku mandi untuk menambah selera sahur..
Woha!
Ps: Mandi sebelum sahur tu kononnya nak lahap makan.., cheh,
sempat cover line tu! Woha sekali lagi.
Hadoi.. camtu pown boleh ae..haha
ReplyDeletefirst komen dengan akaun, tahiah si pujangga,
ReplyDelete: )
Baik Sungguh Pak cik Hamka kepada anaknya.
ReplyDeleteamboi hamka, kemain dgn bini. tahniah berjaya didik anak macam tu
ReplyDeleteAfif Rohizan
ReplyDeletesayang anak tangan tangankan.., :)
Tapi tak boleh pukul anak yang puasa..
------------
Wadi AR said
10 tahun pertama, layan anak macam anak, 10 tahun kedua, layan anak macam kawan, 10 tahun ketiga layan anak macam sahabat, chewah..
nice one.. tapi, jgn sampai yang tua pon nak sahr sbelum zhor udah lah.. hee~
ReplyDeletesalam...tak pernah lagi mandi seblom sahur untuk menambah selera makan...tak mandi pun selera makan tetap macam biasa...sebabnya sbg org yg menyediakan sahur..masak dr kul 4.00 pagi...bila nak sahur tuh otomatik selera dtg...jadi kalo nak sahur dgn berselera sila lar tolong bini masing2 masak sahur....woha!!!!
ReplyDeleteAlthafunisa
ReplyDeleteha ha
-----------
Mummy
Bukan bila dah masak, takde selera ke, hihihi
bolehla tiru ayat bohong sunat tu ;)
ReplyDeleteskill tu!
ReplyDeletetips berguna 2 nak didik anak..and nak cover kenapa rambut basah di subuh hari..hehehe
ReplyDeletesemalam aku berbuka makan kurma + air suam je.. pagi tadi pun makan kurma + teh o.. pastu pukul 8 dah gigil kelaparan..
ReplyDeletesumanya berpunca dr xdak mood nak mkn..tq la encik hamka sbb dah bgtau tips nak bg selera makan..
Budak2 ni biasanya sangat percaya apa yang diceritakan pada dia..
ReplyDeleteaku teringat masa aku umur 6 tahun, sehari sebelum raya, aku dengar tazkirah kat radio..lebih kurang macam ni la ayat dia, "..barangsiapa tidak pose ramadhan, maka xmasuk syurga.."
memandangkan hari tu dah ari last, xleh wat pape..umur aku 7 tahun, aku cuma kantoi 1 hari..pastu aku tanya arwah bapak n mak aku, aku kena masuk neraka ke sebab xpose penuh, arwah bapak aku hanya senyum je..arwah mak cakap, xlarat xpe..
tapi sekarang aku cukup sedih, orang yang dah akil baligh masih ada lagi xpose..alasan biasa, keje berat..dulu aku pernah keje kontrak lepas SPM..syukur, aku dapat pose penuh, cuma xpenuh terawih je..
sekarang ni orang yang keje pejabat pun masih ramai yang xpose..alasan diorang, "..aku xmakan xpe, xisap rokok xble.."
xmalu ke kat budak kecik yang ble pose penuh, tapi yang dewasa, macam2 alasan..
fadhli
ReplyDelete: )
---------
Oranje Boi
Tip selera sex, harap tak di tanya, woha!
----------
aku_ein
hisap rokok adalah perbuatan mengahimpiri api.., dekat dengan mulut apinya, dan asap meresap ke hati..oh!
Ebook Panduan Mendidik Anak adalah sebuah ebook yang memberikan tips & panduan kepada ibu-bapa muda untuk mendidik anak-anak mereka yang ...
ReplyDeletejom singgah sahur dibelakang keretamayat..
ReplyDelete:-)
_wan calon mayat_
satu taktik peng-cover-an yg baik di situ. thanks bro. hahahaha...
ReplyDelete:)
ReplyDeleteKo pun terlepas sahur ke tadi Hamka, aku pun sama lah.. Orang rumah dah set jam, tapi xde rezeki nak sahur sebab terkunci jam 5.40.... woha!
ReplyDeletesempat lagi makan kurma tuh.., belum azan
ReplyDeletesaya nk tnye, td en. hamka ckp ms azan, en hamza dgn wife msh lg berhadas besar. so boleh ke ms subuh mandi wajib dan puasa di bulan ramadhan seperti biasa.
ReplyDeletep/s: kurang arif ahl2 agama2
Boleh.
ReplyDelete(pergh, dah macam ustaz rasanya-woha!)
wah..kecik2 lgi da pose budak2 tu
ReplyDeleteBoleh ambik tips hamka ni utk anak2 nti..tp anak baru umur 2 tahun..
ReplyDeleterugi la hamka...
ReplyDeletekalau malam tadi malam Al-Qadr;walaupun malam ke 19.
aku pun rasa mengantuk pelik sangat malam tadi..rasa malas aje nak terawih.
Terbaik!
ReplyDeleteutk latih kami pose wp umo br 5 thn, arwah ayah x bagi sesaper yg x pose mkn sama waktu bbuka tu.siap srh kami tggu kat ruang tamu lg.kami hanya mampu mnelan air liur jer..(nasib la kalu lauk dah abis gak.huhuhu..)
ReplyDeleteesknya kami semua akan pose coz nak mrasa lauk pauk yg enak tu..
PERHATIAN SEMUA!
ReplyDeleteMALAM INI ADALAH MALAM LAILATUL QADAR!
HEBAHKAN PESANAN INI KEPADA KAWAN2.
PASTIKAN HEBAHAN INI BERTERUSAN PADA
SETIAP MALAM HINGGA MALAM TERAKHIR
RAMADAN !
ibnu taj
ReplyDeletedidik anak cara sunnah bermaksud kita buat dulu, mereka akan ikut..
---------
Anonymous
kalau malam tadi malam Al-Qadr aku mendapat pahala berjimak 1000 bulan. Woha!
----------
detective nie
Terbaik!
---------
Pemikir Sunnah
Baik!