Jul 15, 2012

Tazkirah Super Spontan kejam?


(Bagus jugak, lepas solat, imam sebut satu nama, dan si penama terus bagi tazkirah secara spontan, dan untuk mengelakkan riak, isu tazkirah adalah berkenaan tentang  fikir atas iman dan amal sahaja, hihihi.)

Kali ni aku bukan nak cerita bab tazkirah spontan, tapi aku nak kongsi beberapa jawapan spontan namun agak kejam yang aku 'kadang-kadang' guna dalam kehidupan, mana yang elok: ikut, yang tak elok: tegur..

Senario satu:

“Potonglah janggut tu Hamka, dah macam kambing aku tengok.”

Perli korang yang anti Sunnah lalu aku jawab:

"Tapi jika aku buang janggut ni,  jadi tak hensem macam babi pulak!"

Woha!

Senario dua:

“Kenapa bawak kereta slow sangat, bawaklah laju sikit.”

Marah korang terhadap aku yang bersifat penuh berdisplin di jalan raya, jawab aku:

“Aku orang penting, lambat sampaipun orang tunggu, orang tak penting macam kau, sampai awalpun tapi nobody cares!”

Woha!

Senario tiga:

“Kenyang ke makan tiga jari”

Perli korang bila tengok aku cuba makan ikut sunnah Nabi, lalu jawab aku:

"Yang bagi kenyang Allah, anak cina makan DUA kayu, elok jer kenyang.."

Woha!

Senario empat:

“Kau  sokong pasukan mana?”

 Merujuk Euro 2012 baru baru ni, Aku jawab,

“Denmark dan Belanda”

“Eh, bukan ke Denmark dan Belanda paling awal tersingkir?”

“Ya, aku akan sokong pasukan paling awal tersingkir agar aku tak perlu fikir lebih lebih bab bola tapi masih mampu menjawab soalan bab bola.”

Woha!

Senario lima:

“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu..”

Kritik korang pada kelemahan aku, lalu jawab aku:

“Maaf, aku pun tak nak cakap isu ni, terutama depan orang ramai, tapi aku ada bercakap dengan bini kau, katanya, kau sudah tidak sehebat dulu.”

Woha!

Senario enam:

“cantik tak jika aku beli barang ni dan letak kat ruang tamu rumah aku?,”

Tanya korang pada aku ketika membeli hiasan rumah yang mahal.

“wah, tentu aku terhibur memandang hiasan ini di waktu tahlil di rumah kau kelak!”

Woha!

Senario tujuh:

“Eh, si X tu makin gemok aku tengok”..

Umpat korang kerana dengki sebab dia cantik tapi berisi lalu jawab aku:

“Dalam islam, mengumpat umpama makan mayat saudara kita sendiri, jadi tolong jangan mengumpat orang yang gemok, sebab nanti kena makan mayat orang gemok, larat ke nak habis?!”

Woha!

Senario lapan:

“Hamka, aku kena makan dulu, sebab nanti solat tak kyushuk.”

Korang beri alasan bila di ajak solat berjemaah, lalu jawab aku:

“Aku kena solat dulu, nanti aku tak lalu nak makan sebab teringat pada solat.”

Woha!

Senario sembilan:

“ kau tak sertai ke demotrasi  Anti lynas / Anti PTPTN/Bersih 3.0 /dan lain lain so call demotrasi?,

Jawab aku,

“Soalan kau tak meningkatkan iman, tapi jika aku masih muda, penuh bersemangat, dan takde life, serta bodoh, tentu aku joint.”

Woha!

Senario sepuluh:

“itu pun tak tahu ke?”

Jawab korang dengan nada sombong apabila aku bertanya soalan yang remeh temeh bab dunia seperti makna bahasa English, atau isu semasa, atau sejarah barat, yang aku betul betul tidak tahu, lepas diperli, aku menjawab:

“maaf, aku memang jahil bab dunia”

Woha!

Ok, cukuplah 10 jawapan spontan yang agak 'kejam', lain kali malaikat tanya soalan dalam kubur, harap boleh bagi jawapan spontan jika tak nak kena belantan..oh!

Ps: Merujuk kepada senario sepuluh, bab ugamapun aku jahil gak..ahaks!

44 comments:

  1. aik,xde komen lagik..cam x caye jek..huhu -razman razali

    ReplyDelete
  2. hamka database has been updated.

    ReplyDelete
  3. selalunya..I cuma silent readers..curi2 baca..halalkan la ye Hamka. tak tau pula nak komen bila dapat can nak komen..hmm...

    ReplyDelete
  4. razman, sibuk la ni, bulan ni, ini first entry.., kenapa tak guan password?

    Azmi, 'pedas' ke? woha!

    budak sabah, curi baca blog, is legal,

    ReplyDelete
  5. aku tak lalu nak komen, sebab teringatkan bau jenazah kau nanti

    ReplyDelete
  6. hahaha..bole tahan pedas gak jawapan ni..haha

    ReplyDelete
  7. Senario nombor tujuh paling best ! woha ! =))

    ReplyDelete
  8. Taufik

    Eh, terkomen juga, mayat busuk itu milik ulat..

    ----------
    afeb pilah

    bole tahan jer, sebab aku dah tapis, jika tak ada orang komplen makan jilat jari, jawapan akan pedas gila tapi aku masih waras, ha ha ha

    ---------
    norinaomar

    : )

    -----------
    May Maisarah

    Aku anggap orang gemok itu bukan kau-woha!

    ReplyDelete
  9. Hehehe lama x baca entry dr kereta mayat..huk3

    ReplyDelete
  10. ah, aku paling terasa bab euro tu.aku dah la sokong belanda.

    ReplyDelete
  11. memang sentap siapa yg dengar. hoho.. ;P


    * dulu ada kawan ajak hisap rokok.. kata dorang, rugi tak hisap rokok. hilang 1 nikmat dunia. then aku secara reflex terjawab camni, "xpe la hilang 1 nikmat dunia, asal x hilang nikmat akhirat." terus dorang diam.. hahaha~

    ReplyDelete
  12. salam....mmmmm cuma terfikir Rasulullah saw suka tak kalau kita jawab soalan dengan jawapan spontan cam gini..woha !!!

    ReplyDelete
  13. no. 1 paling ganas

    ReplyDelete
  14. Siti Zainum Mat Nor

    Hehehe lama x reply semua komen, lengang macam ni, senanglah reply, he he

    ---------
    kaki bola

    bab sukma, aku sokong brunei, woha!

    ----------
    Haris Khairuddin

    Bab rokok jawapan aku, manusia hidup 4 unsur, air, api angin dan tanah jika boleh nak kurang lagi, tapi mereka yang tambah unsur kelima, iaitu asap, memang bangang!

    ---------
    susumanis

    insaf jap...

    ReplyDelete
  15. mantapnya jawapan!!=)

    buka hati,buka minda ini..

    ReplyDelete
  16. lama sgt x komen smp lupe password..huhu -raqzman razali

    ReplyDelete
  17. tgk,taip nama sndr pon salah - razman razali

    ReplyDelete
  18. Kata-kata direct dan pedas,atau ada unsur sindiran macamni mungkin bergantung kepada orang,hubungannya dengan kita..ada kata sindiran yang halus,tetapi lembut boleh juga orang terima..-)

    ReplyDelete
  19. Memang setepet kena. Pesen panahan cinta cupid tapi yang ini panahan kata-kata tajam Hamka. Haha.

    ReplyDelete
  20. rse macam sume idea2 ni dah dibaca sbelum2 ni dalam entri2 sbelum ni ngan dlam fb hamka .. Idea sme woha.!

    ReplyDelete
  21. Budak Baru Belajar2:06 AM, July 16, 2012

    Hamka, kenapa nabi kita dilantik menjadi rasul pada umur 40 tahun?

    ReplyDelete
  22. MasyaALLAH...blog plg murni penah sy baca...:)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Ustaz, nak tanya.. apakah pegakhir hayat hidup kita nanti. Kita jalani hidup ini pelbagai susah, senang,kadang dugaan datang menimpa2. Namun sebagai hamba kita cuba belajar menerimanya denga redho mengharap rahmat dan petunjuk dari Illahi. Layakkah kita mengidam syurga Allah, namun tidak sanggup pula bayangkan siksaan api neraka...apa pengakhiran kita nanti...Mohon pencerahan

    iizu

    ReplyDelete
  24. tak paham soalan, mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  25. setuju dgn point "p/s". mmg ko sangat jahil bab agama. kesian. :)

    ReplyDelete
  26. Senario #1 mmg selalu kena kat aku. Lepas ni boleh aku gunakan tazkirah spontan ni untuk menginsafkan mereka semua. Hahahah(gelak orang jahat)..

    ReplyDelete
  27. ya, aku mengaku jahil bab ugama. terima kasih kesian kat aku, terharu rasanya, woha!

    ReplyDelete
  28. saudara hamka,
    terima kasih byk2 yea, semoga mendapat pahala..

    ReplyDelete
  29. senario 11.

    "Aku dah lama tak baca blog kau"

    Jawab korang bila terbincang bab internet dan aku terbagitahu tentang blog keretamayat, lalu jawab aku:

    "lega aku dengar kau dah lama tak baca blog aku, sebab aku selalu kutuk kau dalam blog"

    Woha!

    ReplyDelete
  30. tuan hamka dan rakan seusaha sekalian,

    tolong saya tengok video ini,kepala saya pening

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=AQvonUgBTsg

    ReplyDelete
  31. senario 12,

    video diatas iialah amalan menyesatkan umat

    ReplyDelete
  32. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  33. "itu pun tak tahu ke?"

    jwpn org2 alim kt kami yg tak alim.

    (T.T)

    nak jawab apa ea? sbb rasa cam nak nangis jer. nak2 bile dia sebut perkataan bangang ataupun sewaktu dgnnya.

    alahai. dah ada ilmu lebih sikit, suka hati je membangangkan org.

    aku klu org2 yg tiada title ustaz/ustazah atau yg tidak berperangai mcm ustaz/ustazah, aku tak kisah sgt klu depa ckp bangang kt aku. tp bila ustaz/ustazah/berperangai mcm ustaz/ustazah yg cakap bangang, aku terus sensitif dan terasa terhina.

    buatkan aku malas nak tanya soalan lg.

    kesiankanlah aku yg baru nak berjinak dalam hal2 berkaitan agama Islam.

    -nur-

    ReplyDelete
  34. bab main alat muzik dalam masjid, aku tengok dah nak tiru ala ala gereja punya stail ni, dan dari video tak tahu majlis tu anjuran UMNO atau PAS,

    kita tengok web pembakang esok, jika ada orang PAS keluar hadith haram main alat muzik dalam masjid, confirm majlis tu UMNO punya, tapi jika keluar hadith, kita kena ikut ustaz azhar idrus, maka majlis tu adalah majlis PAS.

    Woha!

    ReplyDelete
  35. http://aku2mung2.blogspot.com/2012/07/around-island-in-one-hour.html

    ReplyDelete
  36. nampaknya ada orang perlukan "buttcream" selepas baca entri ni haha..

    ReplyDelete
  37. menarik!.....soronok dibaca begitu sahaja sambil menghilangkan bosan

    ReplyDelete
  38. apa yang kau bosankan daa..

    ReplyDelete
  39. tepuk dada tanya iman,setuju atau tidak. jgn sedap tngan je nk bg komentar. masing2 ada pegangan.

    ReplyDelete