(Salam, terima kasih kerana masih klik pada blog
keretamayat, Oleh sebab aku masih perasan sibuk, tapi sempat update blog, maka
aku jemput penulis jemputan, lagipun tulisan ini bagus, dan bila bagus, tak
perlu aku tulis semula dengan gaya aku, cukup copy paste sahaja, tapi ada sikit
aku edit sebab panjang sangat.)
Di tulis oleh: Suhami Ramly
(Imam Mahdi akan turun pada tahun 2006 dan Sai Baba ialah
Dajjal - peringatan untuk mereka yang suka sebar cerita palsu)
Segelintir orang Islam suka sebar cerita bohong. Pada masa
saya aktif dengan gerakan Islam di kampus UiTM dahulu (tahun 2000-2001), saya
pernah mengikuti aktiviti di mana beberapa orang pelajar menyuruh
pelajar-pelajar jangan terlalu sibuk dengan belajar kerana Imam Mahdi akan
keluar pada tahun 2005. Ada versi yang mengatakan tahun 2006. Macam-macam dalil
yang mereka keluarkan.
Seorang rakan yang saya hormati, seorang ustaz pernah
menghantar email forward yang panjang lebar kepada saya pada tahun 2005 supaya
bersedia untuk menghadapi kedatangan Imam Mahdi pada tahun 2006 dan suruh
simpan stok makanan untuk setahun.
Sekarang sudah 2012. Mana pergi Imam Mahdi, ustaz? Mana dia
pertumpahan darah di Mina tahun 2006? Mana bai’at Imam mahdi pada Hari Asyura?
Ustaz dah tipu saya.
Yang lebih teruk, Ustaz telah tipu menggunakan agama. Ustaz
telah berdusta terhadap agama kita sendiri, kerana mengikut ajaran Islam, tiada
siapa yang tahu tarikh-tarikh tanda besar kiamat melainkan Allah s.w.t. Kenapa
ustaz menipu, dan kenapa ustaz menyebarkan kisah2 palsu ini? Budak tadika pun
tahu menipu berdosa.
Adakah untuk memberi keinsafan? Tak cukupkah Al-Quran yang penuh
dengan kisah2 Nabi terdahulu dan cerita2 kiamat untuk memberi keinsafan?
Perlukah merekacipta kisah2 palsu mengenai Nabi Ibrahim pergi Kampuchea dan
Imam Mahdi muncul dari Nusantara untuk memberi keinsafan?
Apa yang saya nak tanya ustaz ialah:
Berapa anak muda dan orang dewasa yang percaya cakap ustaz
bahawa tahun 2006 imam mahdi dan dajjal akan turun, lantas mereka berhenti
kerja dan berhenti dari pengajian kerana kononnya nak sertai tentera Imam
Mahdi?
Apakah dalil yang ustaz bawa untuk menyokong kisah palsu
tersebut?
Ustaz belajar dari kitab mana?
Apakah hukum menyebarkan berita palsu yang tak dikaji
kesahihannya?
Apakah hukum menyebarkan pada manusia tarikh Imam Mahdi akan
turun sedangkan Rasulullah pun tak tahu tarikh tersebut?
Ustaz dah taubat ke belum?
Kalau belum cepat sikit ya.
Begitu lah juga dengan kisah Sai Baba yang dianggap Dajjal.
Siap keluar buku lagi bertajuk “Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan”, mengenai
Sai Baba ini.
Buku ini dijual di toko2 buku agama, diterjemah dari bahasa
Indonesia ke Bahasa Malaysia, dan menjadi bestseller (“buku panas”, tertera di
cover buku ini).
Dalam buku itu banyak gambar2 Sai Baba, yang tak banyak
ialah ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Yang lebih authentic bagi penulis buku
ini ialah Sai Baba bukannya kata-kata Allah s.w.t. Yang lebih dipercayai ialah
magic2 Sai Baba, bukan mukjizat Al-Quran. Nauzubillahi min zaalik.
Sekarang Sai Baba dah mati. Adakah Dajjal sudah mati? Kalau
Dajjal dah mati, adakah akan keluar Dajjal kedua? Kalau Sai Baba itu dajjal,
mana pergi tentera dajjal yang katanya beratus ribu orang tu? Sai Baba ada
tentera ke? Kalau Sai Baba itu Dajjal, kenapa Sai Baba nampak dua2 mata elok
je? Bukankah Dajjal buta sebelah?
BBC, satu syarikat penyiaran milik kerajaan UK yang bukan
Islam itu pun lebih arif mengenai Sai Baba — mereka dedahkan bahawa Sai Baba
ialah seorang con man, bukannya seorang ahli agama yang suci. Rajin2 lah cari
video di Youtube pendedahan mengenai penipuan dan hoax yang dibuat oleh Sai
Baba.
Orang Kafir pun tahu Sai Baba penipu, orang Islam yang
kononnya ulamak, tulis buku mempercayai Sai Baba ada kuasa ajaib.
Astaghfirullah. Kalau ini bukan namanya menyesatkan umat, apa lagi?
Semua ni penipu. Penipu yang berselindung di sebalik agama.
Laknatlah kamu semua.
Tapi mereka ni senang sahaja nak tutup kesalahan mereka.
Mereka akan kata “saya khabarkan kisah2 ini supaya iman kamu meningkat. tak
kira lah betul atau tidak, bukankah elok kita menyediakan diri untuk hari
kiamat? Bukankah Al-Quran menyuruh kita berfikir mengenai hari kiamat?”
Ini lah kata-kata yang sering diujarkan mereka untuk menutup
penipuan yang mereka buat pada umat. Dengan selindung agama, mereka
menjustifikasi kan penipuan besar mereka. Menipu jadi halal sebab dibungkus
dengan agama.
Saya bukan kata semua orang penipu, bukan semua ustaz
menipu. Yang buat ini beberapa kerat sahaja. Saya tak nafikan bahawa ramai umat
Islam dan ulamak Islam yang berfikiran waras, tidak sebodoh ini. Semua itu saya
mengaku. Jangan lah kata saya menyapu semua orang islam dengan tuduhan ini.
Saya kata kepada sebahagian sahaja, bukan semua.
Mereka yang suka menipu ini tak habis2 menipu. Antara
penipuan lain:
1. Dalam Pepsi ada darah pesakit HIV, jadi jangan minum
Pepsi dan minuman2 lain untuk beberapa hari.
Ini diberitahu oleh seorang rakan saya beberapa minggu
lepas. Apabila disemak menggunakan Google, rupa2nya penipuan ini dah bertahun2
dibuat. Kadang2 kena pada Coke. Kadang2 brand lain pun turut masuk. Ntah apa
yang mereka ni dapat aku pun tak tahu lah.
Bila benda ni di”share” dalam Facebook Wall oleh budak
hingusan, maka berduyun2 lah si mangkuk menulis di bawahnya:
Terima kasih akhi. minta kebenaran untuk share.
Wahhh…takutnye ana nak minum Pepsi lepas ni. Jazakallah
akhi. mohon kebenaran untuk share
Ana kena share maklumat ni dengan para muslimin dan
muslimat. ana mintak kebenaran untuk share ya. JZKK
Nak kata bodoh, nanti marah pulak. Tapi takpe, marah le kat
aku. Korang seme memang bodoh.
2. Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala
ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak
babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.
Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini
benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan
kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger
mengandungi Babi.
Saya doakan semoga siapa yang memulakan fitnah ini, akan
merasai cemeti di dalam kubur barang sedas dua.
Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun,
bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata
mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka
yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng
agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.
Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali
pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak
atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan
menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan
Islam sekalipun).
Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita
mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi
halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam
produk mereka.
3. Dunia akan kiamat 2012.
Barangsiapa percaya dunia akan kiamat pada 2012, mereka ini
lebih percaya kepada Mayan prophesy daripada percaya kepada kitab Allah. Kitab
Allah mengatakan bahawa tiada siapa yang tahu masa kiamat melainkan Allah
sahaja, walaupun Rasulullah pun tak tahu. Siapa percaya konspirasi Mayan ini
cuba check balik iman dalam diri anda. Apa dalil yang digunakan untuk percaya
benda ni? Tiada apa-apa berunsur Islam melainkan fiksyen2 Barat sahaja.
Dan macam2 lagi penipuan dibuat atas nama agama. Kalau nak
tulis satu persatu memang tak habis.
Biasanya penipuan dibuat oleh orang2 yang ada latarbelakang
agama, tapi hatinya jahat. Alasan mulutnya ialah untuk kebaikan orang Islam.
Ingat, menipu jadi halal kalau dibalut dengan agama. Kemudian disebarkan
melalui usrah2 dan ceramah2. Kemudian sampai kepada masyarakat umum.
Yang kemudian menyebarkannya melalui FB wall, SMS, email
fwd, blog, twitter, dan cara2 yang lain.
Orang lain menggunakan teknologi untuk memperbaik kehidupan
dan untuk memajukan manusia, kita menggunakan teknologi untuk hebahkan bahawa
imam mahdi keluar tahun 2006, dunia kiamat tahun 2012 dan Sai Baba adalah
dajjal. Dan produk itu dan ini ada babi.
Patutlah tak maju-maju.
Sekian..
*****
Hamka said: Pesan tok guru aku, dalam bab ugama, jangan cerita
tentang ramalan, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit:
akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
first wlpn tak bace lagi!!!!
ReplyDeleteHamka n suhaimi..ak mntak izin kopipes msuk dlm note.jazakallah (nk bg ke x nk bg weiiii)
ReplyDelete3rd..sama gak..tak baca lagi...heheh...welcome back bro
ReplyDeleteRamai pelajar suka soalan ramalan untuk jawab peperiksaan. Soalan kubur pula dah lama bocor... tapi tak de sorang pun yang berani meramalkan yang dia akan dapat jawab dengan mudah dan tepat. semuanya bergantung pada iman dan amal.. so, sama2 kita buat ramalan...
ReplyDeleteok baru lepas baca...
ReplyDeletekiamat itu adalah pasti kerana itu adalah janji Allah...bila tarikhnya hanya Allah shj yg tau..tugas kiter skang adalah buat kebaikan tinggal kejahatan..buat amalan baik sebanyaknya sebab blom tentu kiter akan jumpa kiamat sebab mati bila2 jer boleh terjadi apabila sampai masanya
hurmmm....semua point ada benarnya.
ReplyDeleteOrg kita mudah percaya dan terpengaruh kalau pasal ada babi dlm makanan la...itu haram lah ini haram lah.
Tapi menghalalkan org yg tak menutup aurat, yg bukan muhrim berpegang tgn. dll.
Mudah2an aku juga cukup kuat untuk berjuang ke jalan Allah dan dosa kita sama2 diampunkanNya.
salam..sy nk tnye pndapat hukum qaza',sbb UAI dh sebut haram tp x djelaskn knpe haram, n sy ade cek, 4 mazhab besar mengatakan hukumnya makruh..sbb tu sy x suke post benda2 yg diselaputi agama, jd benda tu akan jd halal utk mentarbiahkan seseorang..mane boleh..
ReplyDelete1 lg sy nk tye pasal hukum mengundi umno, UAI ckp haram..
1 lg, sy nk tye pndapat tntg UAI bg hamka, sbb sy mmg kurang berknan ngn die, sbb byk sy tgok kdg2 jwpn yg die bg terlalu mudah utk die melabelkan haram halal sesuatu perkara tnpe menerangkan pekara tersebut dengan jelas..boleh emelkan pd sy najib8789@gmail.com..tq
Aku dulu masa sekolah agama, bermacam2 dakyah macam ni timbul, fylers2 berselerakkan merata alam. Ada kawan aku sampai melaknat2 pihak terlibat hanya dengan berusulkan surat layang begini.
ReplyDeleteDisini aku ingin coba senaraikan beberapa isu yang aku ingat.
Mahathir yahudi
Pepsi/coke = holy water
Isu holy water yg merosakkan muslim
kfc ada babi
colgate ada babi
mcd tu semua babi
megi babi
bihun tgn tak basuh berak
coklat babi
haram menggunakan "salam" sahaja
nama2 iblis dalam al fatihah
mohd = singkatan anjing
mecca = disco
tembakau dari titisan air kencing syaitan
sila sambung lagi kalau takmau perut terburai dalam 7 hari
suka entry ni.....
ReplyDeleteakhir zaman... penuh dengan fitnah.
iman makin rosak..
:'( :'(
Salam, Hamka..
ReplyDeleteterima kasih, kita sependapat..
Aduh! Mcm2 dah..
ReplyDeleteBaik tengok jam tangan berdetik..
itulah ramalan nujum pak belalang...
ReplyDeleteSMTI-saya membaca tampalan ini
ReplyDeleteBest!!
aku pun baru baru ni blog pasai suka share share faktauta ni.
ReplyDeleteaku rasa orang islam ni suka loncat lebih. yang percaya loncat lebih, yang menipu best tengok yang percaya loncat.
Alhamdullillah aku jenis tak suka share-share benda yang tak pasti. bukan setakat kes halal haram ka apa, petua-petua pun. silap share kang ada yang buat tak jadi elok, tetiba kena usung keretamayat, tak pasai!
kehkeh
Salam Hamka, n rakan2..
ReplyDeleteAku biasanya share sekadar ayat /pernyataan terus seseorang..bukan dari pages/community group..
Baru2 ni aku sekadar share apa yang Dr Maza nyatakan dalam wall FB dia, tentang bulan Rejab, Syaaban n Ramadhan..baru tahu itu adalah hadis palsu..
Biasa kalau kita tengok pages untuk share biasa akan nyatakan macam ni lebih kurang.."kalau gossip laju je nak share, tapi bila bab agama takut"
Pada pendapat aku, kita patut kaji dulu fakta tentang agama, takut seolah2 sebar ilmu palsu, hadis palsu dll..even hukum palsu..xpasal2 kene tanggung dosa..
shukran..-)
ReplyDeleteaskm....
ReplyDeleteyang buat buku tu pun memang sama macam sai baba,cuma tak sekaya sai baba yg salah seorang dari pemilik r/royce terbanyak yg pernah direkodkan..
sekarang ni pun dah makin banyak ustaz2 kat malaysia ni yg beridolakan sai baba,mengumpul kereta mewah...
merc,alphard,camry,bmw dah jadi biasa bg puak puak ustaz ni..yang pakai porshe cayenne pun ada...
aku tengah tunggu ustaz pakai roll royce macam sai baba pulak....
alasan semua memang mantap..sebijik macam sai baba...
-saudara seagama-
ps: peringatan utk aku supaya tak menggunakan agama utk kemewahan diri...
Sehebat2 manusia trolling orang lain, ALlah Maha Hebat lagi dalam bidang trolling hamba2nya.
ReplyDeleteHaha.
Jadi jangan percaya sangat dengan buatan manusia. Haha
Jgn mudah percaya. Lau tak tau tak payah gatal2 nak share. kaji dlu dalam2.. moral of story tuk diri sendiri sbb suka share lau tips2 ntah ape2
ReplyDelete**kamu suda kembali ..selamat2
hamka database has been updated.
ReplyDeletebro,
ReplyDeleteselagi berkibarnya khabar angin samada mungkin ianya fitnah,mungkin ianya sabotaj,mungkin ianya benar....
kalau tak kita takkan tau ape yg btl apa yg salah dlm hidup harian....semua main bantai je..
jadi kene amik langkah berhati-hati dan siasat dulu...bukan terus percaya bulat-bulat...
selagi kita berpegang dgn al quran dan sunnah kita takkan sesat....
jazakallah
tp an kalo citer psl dajjal teringat lak kwn2 selalu ckp jgn sebut nme dajjal tp sebut la dajjel ke,dajjul ke yg pntng bkn dajjal...sbb ktenya kalo sbut dajjal nnti dajjal akn mmbsr...btol ke??? de hadis ke or teori yg mengatakan cmtu???
ReplyDeletebetul apa yang diungkitkan..
ReplyDeleteisu ni memang berat bila ada penipuan bersalutkan agama.
La zaman fitnah kawkaw, si jahil akan mudah tepengaruh dan nampak benda tu tersangatla benarnya.. kadang2 yg tak jahil pun tertipu juge ye dak.. nampak alimnya sakan tapi boleh ramal macam-macam.. payahnye zaman nie.. doa dan haraplah agar kita kita dilindungi Allah dari perkara macam gini.. tq Hamka
ReplyDelete“alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” - sungguh tak patut~~
ReplyDeleteSemua komen korang bagus bagus belaka..
ReplyDelete:)
atas langit : syurga
ReplyDeletebawah bumi: kubur
hahaha....hamka punye ni atut share....supaya amalan syaring yg x btol dpt dihentikan....hahahha
ReplyDelete...dari dulu selalu sgt dgr pasal bende mcm nni...selalunya x berdasarkan landasan yg betul...
bbyk pendapat sendiri atau pun dari sumber yg x benar ditambh dgn pengaruh nafsu dan gangguan syaitan...
inilah sebabnya ramai yg x sedar dia dah sesat drpd islam yg sebenarnya....
harap2 generasi kini dapat berusaha untuk mempertahankan islam yg sebenar...bukan islam yg telah diputar belit oleh manusia2 yg mengejar kesenangan dunia ini..
semoga hamka dapat meneruskan perjuangan ddalam mengislamkan orang melayu yg banyaknya x cukup islam....
im supportiing u...
woha!
:)
ReplyDeleteatas langit: kisah kehebatan Allah dan akhirat.
bawah bumi: kisah nabi dan sahabat serta pertolongan Allah kepada mereka.
ehh ada pulak yg nak comen first,2rd, 3rd. ha ha ha, aku ingat kalau di offer jadi bini bro H yg no 2rd,3rd & 4rd mesti berebut2 walaupon keje nye DRIVER KM jek... :)
ReplyDeleteKereta mayat sesuai untuk Hamka? aku kereta sorong hhhuhu...
ReplyDeleteterima kasih keretamayat kerana membawa jiran ke kubur.
ReplyDeleteRamai btol nak jadi tukang ramal/tilik ni...
ReplyDeleteCelakalah yang menimpa keatas mereka...
Dahsyat btol apa yang berlegar disekeliling kita pada akhir zaman ni...
Setiap hari kita dapat melihat berlakunya kiamat !
ReplyDeleteKiamat yang kita dapat lihat setiap hari ialah kiamat kecil !
Kiamat kecil yang kita lihat setiap hari itu ialah Kematian !
Dan kematian pasti datang apabila berlakunya Kiamat Besar !
Ramalan sekarang As-Suffiyani akan muncul dalam dekad terdekat ni. Nak tau siapa As-Suffiyani, di mana dan bagaimana boleh selak hadis Nabi atau google je As-Suffiyani ni. Bersiap-sedialah kita semua. Pesanan untuk diri sendiri dan orang yang membaca, membuat kajian dan berfikir. Wallahualam.
ReplyDeleteterimakasih ya akhi ya maulana.ana mohon share ;p
ReplyDeletealhamdulillah, good reminder to all, tq encik keta mayat
ReplyDeletesama sama, :)
ReplyDelete(aku cari button like nape xde ek..) sgt stuju apa yg hamka kata. ada satu mlm produk islam yg aku xpuas hati jugak sbb dorg suka kondem produk lain, itu tak halal, ini tak halal... niat dorg tu da ok da nak jual produk islam yg halalan toyyiban.. okla, promot jela produk korg tp xyah la nak banding2 dgn produk lain yg kononnya haram belaka... (apa2pun aku ttp xsokong mlm...)
ReplyDeleteI
ReplyDelete3
I tu ibu jari, tiga ru gengam tangan, like.
woha!
|
Delete|3
ah tak jadi buat...
ha ha
ReplyDeleteteringat ngan matlutfi
ReplyDeleteHamka,sori komen aku ni takdak kena mengena dgn cerita ko kat atas ni..aku new reader kat cni dan ternyata blog ko yg terbaik di antara yg terbaik pernah aku bc..kekeke3..aku suka kot baca penulisan ko ni..berani,bermakna,tambah lagi bernas..siap fakta lengkap lagi..hehehe3.jangan riak sudeehhh..
ReplyDeleteAku ada soklan...nak puji melambung ni sebenarnya aku nak tanye,apa rahsia ko jadi bijak cenggini errkk??amalan pemakanan ke??aku ni kalau dikira xtaulah berapa tong dah kismis aku telan,madu pun kalau diluah balik dah bercawan3 dah..air zhafran pun aku dah try..huh..share3 lah..hehe
aku ni pelajar IPT, tapi blur mengalahkan unta..unta pun pandai dari aku..haiisshh..
dik, makan kismis tak de kajian sains buktikan boleh bagi cerdik.
ReplyDeletenampak nya adik kurang membaca..
atau kurang bergaul dengan orang yang membaca...
pesan Nabi, nak pandai, berkawan dengan orang pandai, akupun tak pandai dik, cuma mungkin aku pandai sembunyikan kebodohan aku, maka nampaklah aku pandai, padahal sama jer kita.., hihihi
bodoh tu lebih baik dr pndai,
ReplyDeleteorg bodoh mmng tak pndai,
jd dia xpndai nk jd bodoh,
bila dah bodoh dia tak pndai nk buat apa2
pada sesiapa yang percaya sangat pada mayan calendar prophecy konon2 meramalkan bahawa 21/12/2012 ni hari kiamat, meh aku bagi mind blowing fact :
ReplyDeleteMayan calendar tak pernah ambil kira tahun lompat (semua kita tau setiap 4 tahun ada system "leap-year" which is every 4 year, there would be a year where we have 29th February)
so kalo ikut random calculation, sepatutnya kita dah "kiamat" dalam tahun 1995-1999 based on mayan calendar :)
concept of leap year hanya diperkenalkan pd tahun 1582 sedangkan mayan calendar tuh dipercayai start digunakan sekitar kurun ke-5 BC
p/s - kadang2 pelik sangat org2 islam mcm kita ni takut benda2 mcm ni, sedangkan ni soal akidah rukun iman kita beb.
adohai
ReplyDeletehamka..hang nih org mana?
ReplyDeleteganung
ReplyDeleteBetul3 kiamat itu sangat dekat...tp xtau bila..
ReplyDeletead jgk uztaz2 brani letak tarikh...