(MCA yang tidak setuju hudud bergabung dengan UMNO, dan DAP
yang tidak setuju Negara Islam bergabung dengan PAS, Hmmmm.)
Copy paste: Soalan Email pembaca
Semasa di sekolah ugama dulu saya belajar tentang umat zaman
dahulu. Saya belajar bagaimana umat zaman dahulu diseksa kerana kepercayaan
mereka pada agama yang mereka anuti. Sebagai contoh kisah Asiah bini si Firaun
yang dibunuh kerana kepercayaannya. Kita sedih dengar cerita beliau diikat
tangan dan kaki dan disalai bawah mentari sehingga mati. Kita mengutuk
kekejaman Firaun kerana menyeksa orang yang enggan menyembah tuhan saya sama
dengannya
Kemudian kita dengar cerita Ashabul Ukhdud dimana umat zaman
dahulu juga diburu dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan pilihan
mereka. Ada yang dicampak kedalam parit berapi hidup-hidup kerana percayakan
Allah. Ada yang digergagi dari kepala ke pusat hingga terbelah dua macam banana
split. Sekali lagi kita mengutuk Raja Zu Nuwas kerana sifat ketidak berperi
kemanusiannya.
Kita sedih membaca cerita Mashitaah,si penyikat rambut anak
Firaun. Bayi yang dikendongnya bercakap pada ibunya supaya terjun kedalam
periuk api tanpa ragu-ragu kerana syurga sudah dijanjikan kepada mereka.
Hasilnya makan mereka berbau wangi semerbak sehingga nabi sendiri kagum dengan
bauan itu ketika malam Israk Mikraj.
Kita menangisi Sumayyah binti Khayyath, penganut Islam
pertama dibunuh musrikin Mekah kerana kepercayaannya kepada ajaran Nabi. Kita
mengutuk Abu Jahal and co kerana menyekasa Bilal bin Rabbah dengan himpitan
batu besar pada dadanya.
Ada banyak lagi kisah umat zaman dahulu diuji dan diseksa
kerana kepercayaan mereka kepada tuhan yang satu, pada agama yang dianuti dan
pada ajaran nabi yang diutus.
Dalam kesemua kisah yang aku pelajari ini TIDAK ADA SATU kes
pun mereka yang percaya pada tuhan baru pilihan mereka BERUBAH agama. Semua
kekal pada kepercayaan dimana tuhan yang mereka pilih itu benar. Tidak ada apa
yang boleh dilakukan pihak berkuasa atau Raja yang mempu mengubah kepercayaan
mereka. The threat of violence will only reinforce their faith to their chosen
god. All of the prosecuted "Muslim" end up dying with their faith
intact.
Pemahaman aku dari cerita-cerita diatas ialah;
1. Sungguh kejam mereka yang menyeksa
2. Sungguh jahat dan terkutuk mereka yang menyeksa. Mereka
semua dilaknat tuhan
3. Sungguh kuat iman umat terdahulu sehingga sanggup mati
kerana agama
4. Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan
TRUE BELIEVERS
Ini yang aku fahami. Aku tak pasti apa yang korang fahami
kerana kepala hotak MASONIK aku memang lain sikit pemikirannya.
Disinilah aku nak tanya soalan cepu emas hari ini;
Jika umat Islam Melayu Malaysia dari kecil diindorkinasikan
dengan cerita sebegini, mengapa begitu mudah sekali mereka menyebut "BUNUH
SAHAJA MEREKA YANG MURTAD INI! BUNUH MEREKA!" bila timbul isu Melayu yang
murtad?
Kenapa begitu mudah menjadi Judge Dredd mahu mencabut nyawa
seorang manusia hanya kerana mereka sudah percaya pada tuhan yang lain? Kenapa
tanpa berfikir panjang hilang rasa kasihan belas pada manusia lain bila mereka
mahu menyembah Yesus, Buddha, Shiva dan sebagainya?
From the stories of early ISLAM we know that prosecution
only make the faith become stronger. So what make some Meleis believe that by
threatening "BUNUH SEMUA MURTADS!" will help Islam in the long run?
For a religion that suffered prosecution themselves, one
would think Muslims would show more empathy towards people of DIFFERING
RELIGIOUS VIEWS. I often hear my MELEIS friend say this;
"Yahudi buat kepada orang Palestin apa yang dibuat oleh
HITLER terhadap mereka. Sungguh bangang orang Yahudi ini. Mereka tak belajar
apa-apakah dari Holocaust?"
So I am asking the same question today;
Have we learned anything from the story of
"Muslims" prosecution under King Nu Was, Pontius Pilate, Abu Jahal
and the Pharaoh? Why are we so quick to follow the footsteps of these evil
people when handling the issue of people converting to other religion?
This I find his very-very puzzling. Please answer the
question.
************
Jawapan Hamka keretamayat.
Ada orang copy/paste soalan dari sorang blogger lain dan
email aku minta jawapan..., aku mungkin tak menjawab soalan sebab aku bukan
pakar ugama, cuma aku nak nyatakan pendalat aku,
Ringkas pendapat aku, sangat berharap agar tak ada ustaz
ulamak akhir zaman cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadith dengan fatwa
baru, “orang murtad tak payah bunuh”dengan hujah kononnya ayat Al quran
tu ayat umum, hadith mungkin silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal,
mencemar imej islam, bla bla bla..
Pada pamahaman aku, bila orang murtad, Allah tak mahu orang
tu hidup, of course Allah can kill them directly by cardiac arrest, but.. tugas
ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa nak
pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana ini
perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa dahulu
sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang taubat,
jika bertaubat, tak payah bunuh, arghh, tak payah aku letak dalil kat sini,
boleh rujuk penerangan oleh ustaz lain, klik
sini.
Harapan aku, janganlah ada lepas ni ustaz politik yang nak
raih undi bukan islam akan keluar fatwa, “orang murtad tak payah bunuh” sebab
aku takut benda ni jadi sama macam kes, boleh guna nama Allah oleh orang kapir,
atau isu orang kapir boleh tafsir Al quran, atau isu orang kapir boleh masuk
masjid tak tutup aurat, dan banyak lagi isu politik sebelum ini yang buat ugama
islam jadi haru biru..
Bila ugama di politikkan, dan bila ada fatwa ustaz ulamak
yang menguntungkan orang kapir, maka orang kapir selamba guna nama Allah,
dengan menulis, Allah bapa kepada jesus, atau orang kapir yang berceramah kutuk
orang islam lain dengan tafsir ayat Al quran dan macam macam lagi, memang
hampeh!..
Bayangkan jika ada ustaz keluar fatwa baru konon dengan
pemahaman baru si ustaz tadi, hukum bunuh dah tak releven untuk orang murtad,
kita kena open mind, bla bla bla..
Maka aku percaya, dengan fatwa ini, orang kapir akan ambik
kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan raih undi orang islam,
bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman bunuh.., tapi aku nampak
betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga di seluruh dunia, orang kapir tak
mampu nak politikkan islam dari segi ugama, mereka sanggup bergabung, bagi
derma, berdemotrasi sama sama, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu
akibatnya, mampus kena bunuh...
Jadi kepada penanya soalan di atas, andai hukum murtad
dilepaskan begitu sahaja, aku rasa dah lama ugama islam akan terkubur dan jadi
alat mainan poliktik sebab orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar
kacir dan keluar tanpa apa apa risiko, tapi dari zaman dahulu sampai sekarang,
dengan hukum ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada
‘sempadan’, tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah
lagakan orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, jika
murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh tak ada dalam islam,
aku rasa dah lama DAP atau MCA akan pura pura masuk islam, dan, arghh, korang
pikirlah sendiri..,
Akhir kata, islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak
berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak
boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain
mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari
ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang
popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia,
islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Copy/paste from Wikipedia:
According to the Guinness Book of World Records, Islam is
the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year:
Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam
lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5
million more people converted to Islam than to Christianity.[23] Part of the
books quote can be seen online from this extract from Google Books.[23] This
was again shown in the 2005, 50th anniversary edition of Guinness Book of World
Records, although the number of conversions was not mentioned this time.[24]
Lagi aku copy dari Wiki
Answer.
- "Islam is the fastest-growing religion in America, a guide and pillar of stability for many of our people..." [HILLARY RODMAN CLINTON, Los Angeles Times,]
- Already more than a billion-people strong, Islam is the world's fastest-growing religion. [ABCNEWS, Abcnews.com]
- "Islam is the fastest-growing religion in the country." [NEWSDAY,]
- "Islam is the fastest-growing religion in the United States..." [NEW YORK TIMES,]
- Moslems are the world's fastest-growing group..." [USA TODAY, The Population Reference bureau, ]
- "Muhummed is the most successful of all Prophets and religious personalities. " [Encyclopedia Britannica]
- "There are more Muslims in North America then Jews Now." [Dan Rathers, CBSNEWS]
- "Islam is the fastest growing religion in North America." [TIMES MAGAZINE]
- "Islam continues to grow in America, and no one can doubt that!" [CNN]
- "The Religion of Islam is growing faster than any other religion in the world." [MIKE WALLACE, 60 MINUTES]
*****
Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi
mereka yang nak masuk islam sebab hanya ugama yang benar sahaja sanggup bagi
hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu aku ulas lebih
lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak
murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad
yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia), lagipun,
pinjam ayat kau, sejarah dah buktikan, Penyeksaan dan hukuman mati tidak
langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah
dari hidup hina, korang kan 'TRUE BELIEVERS' -Woha!
Akhir kata: izinkan aku pulak nak tanya kepada si penanya, Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang munum arak, potong hujung kulit zakar dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula (baca: maleis) mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?,
Akhir kata: izinkan aku pulak nak tanya kepada si penanya, Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang munum arak, potong hujung kulit zakar dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula (baca: maleis) mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?,
Ps: tapi abaikan soalan ini jika kamu tetap
menentang zina dan minum arak selepas murtad- woha!