(Rujuk Buku PermataYangHilang ms 139 bab “bagaimana mendapat
kemanisan bersetubuh” untuk lebih memahami ‘punch line’ entry ini, he he he..)
Soalan Pembaca:
Salam, Abang penulis Permata yang hilang kini dijumpai..
Soalan Aku, Bagaimana nak mengatasi perasaan was-was...aku
selalu mengalami was-was dalam 3 perkara....
1) bila mandi wajid
2) bila habis buang air kecil
3) bab kebersihan...
bila mandi wajib aku jadi was-was sama ada air sudah
diratakan pada bahagian tertentu anggota badan atau tidak, walaupun aku yakin
aku telah ratakannya...tapi lepas selesai mandi wajib perasaan was-was tu
datang, membuatkan kehidupan aku dalam satu hari itu jadi huru-hara..arghhhhh.
Aku cuba lawan perasaan was-was itu tapi kadang-kadang rasa tidak mampu, hampir
tewas, hampir gila...owhhh...aku takut ibadat aku tidak diterima ALLAH
s.w.t...dalam masa aku fikir aku telah dipermain syaitan laknatullan itu...
mohon cara atasi penyakit was-was ini...
*******
Jawapan keretamayat..
Ok, semua tahu dalam hadith dan dalam Al-quran ada cerita
tentang bahaya was was.., dan semua tahu was was ni kerja syaitan untuk
rosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid manusia.., mula-mula syaitan buat kita was was bab ibadat seperti
was was dah rata ke air waktu mandi wajib, lepas tu was was bab wudhu, sampai
habis satu kolah, lepas tu was was dalam solat berapa rakaat, sampai lebab
dahi, hingga terpaksa mufarakah dalam solat dan yang paling bahaya dalam
penyakit was was ini adalah bila syaitan berbisik bak Tauhid, seperti, “Sebelum
Tuhan siapa ada?”, “Tuhan asal dari mana?” “Tuhan tak akan mati ke?”
Astarfirullahalazim...
Semua ni kerja syaitan dik!
Dan maaf cakap, orang was was sebenarnya berada dalam
keadaan sangat bahaya sebab anggap Tuhan tu macam bodoh sangat..!
Tuhan Maha tahu air tu dah rata, tuhan tahu kau dah mandi
wajib dan niat nak rata tapi jika tak rata tuhan pun tahu dan Tuhan dah ajar
nabi dalam bab sunnah sapu tiga kali jika lebih dah membazir lalu jatuh ke
taraf saudara syaitan jadi kita tak payah perasan pandai nak ambik kerja tuhan
nak detail sampai menyusahkan diri, merosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid!!..
ASTARFIRULLAHALAZIM... (Huruf besar sebab lafaz dengan
kuat!)
Cuba guna otak, tak kanlah ambik wudhu sampi perlu air
kepada tiga baldi, tak logik dan memperbohkan tuhan, Allah marah orang membazir,
kenapa nak membazir dengan ikut was was syaitan..
Fikir logik lagi, nak mandi wajib, tak kan sampai satu
kolah? Kenapa nak bodohkan diri dan bodohkan tuhan? Allah Maha Tahu! Dan air bila
di jurus akan mengalir dari atas ke bawah sebab bumi ni ada graviti, tiga kali
jirus, sapu dengan tangan, akan rata insyAllah.., tak payah nak jirus dari
setiap penjuru sampai bil air melambung tinggi-Membazir saudara syaitan dik..
Jadi untuk atasi masalah ni, lain kali lepas dah ikut
sunnah, tiba tiba rasa was was, kena terus yakin bahawa wuduk/mandi
wajib/kebersihan korang tu memang dah sah. Ini Buzmana ajar aku yang bilamana
datang was was, terus yakin, Aku dah ikut sunnah, insyAllah berjaya, dan pergi
mampus dengan was was sebab was-was memang permainan setan. Persetankan was was
si syatain yang was-was itu...!
Dalam Al quran Surah al-A’raf kalau tak silap, Allah SWT
berfirman: “Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah
perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A’uzu billahi minas syaitanir
rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
A’uzu billahi minas syaitanir rajim...
Satu lagi, sila takut dengan ayat ni: “Eh, aku buat tuhan
bodoh?, astarfirullahulazim..., tuhan suruh aku berjimat, tapi aku was was dan
membazir dengan niat menyukakan tuhan tapi sebenarnya aku mendapat murka sebab
anggap tuhan tu bodoh macam aku”- A’UZU BILLAHI MINAS SYAITANIR RAJIM!
InysAllah, jika korang Yakin dengan Kuasa Allah dan
Kudratnya, maka akan selesailah masalah..
Di harap mereka yang ada was was seperti pembaca di atas,
dapat mengamalkan tip yang aku tulis, dan seterusnya masalah bil air yang
membazir di rumah korang sebelum ini dapat di selesaikan.., insyAllah..
Sekian..
“Eh, Hamka, kau nasihat orang jimat bil air, tapi rumah kau
bil air mahal sangat kenapa? Was was mandi wajib ke?”
Dik.., bil air rumah aku naik, bukan sebab was was mandi
wajib, tapi sebab banyak kali mandi wajib.
WOHA!
Ps: Tolong kepada yang beli buku, JANGAN isi borang sampai DUA
KALI atau banyak kali, Jangan WAS WAS, sebab was was tu kerja syaitan, jika isi dua kali sedang
korang bank in hanya untuk satu buku, memang akan menyusahkan pihak kami, sudah dua
kali kami post double pada orang yang sama kerana isi borang banyak kali pada
hari yang berbeza beza, tolong faham penderitaan kami akibat was was anda, jika
dah isi borang boleh email ‘keretamayat’ atau ‘afdal pub’ untuk minta nombor
rujukan, InsyAllah...segala keperihatinan dari pihak pembeli di dahulukan dengan ribuan terima kasih., tutup entry ini dengan lafaz..,
A’uzu billahi minas
syaitanir rajim...
Thanks for the tips :)
ReplyDeletenak tanya pendapat hamka...
ReplyDeletewhat if setiap kali nak mandi harian...
pasang niat mandi wajib..
perasaan hati saya rasa tenang..
dan bersih..
sebab pasang niat mandi wajib..
pembersihan hati...
what do you think?
thanks ...^^...
F
Deleteen hamka, sila check email dan acc bank, sy dah transfer :-) yesssss
ReplyDeletetq ustaz... pencerahan yang menarik topik was2..
ReplyDeletekalau was was bab solat macamana?
ReplyDeletecontoh solat was-was dah cukup rakaat ke belum.. nk sedapkan hati kita yakin dah cukup.. tp hakikatnya tak cukup.. kalau macam ni solat sah ke tak? dan kalau kita was-was solat sebenarnya dan cukup rakaat tapi kita rasa macam tak cukup, kena solat lagi sekali tak?
Klo xsilap ak la kn, klo kite rase mcm wat xcukup cth rase mcm dh wat 3 rakaat tpi rase cm baru wat 2 rakaat, better tetapkan yg bru wat 2 rakaat..pastu wat sujud sahwi..correct me if i'm wrong..
DeleteDiorang yg isi borang dua kali tuh mungkin fikir isi yg kali pertama tu tak sampai...sy terfikir gak nak wat camtu tp tu lar takut menyusahkan pihak penerbit plak...yg terpos 2 kali tu diorang pulangkan balik tak buku tuh...heheh..
ReplyDeleteustazah aq cakap klu was2 dlm solat sile buat sujud sahwi.
ReplyDeleteAku macam ni gak..tapi aku lawan..insyallah boleh..
ReplyDeleteHamka,
ReplyDeleteaku pun kadang bila solat fardhu 4 rakaat, datang was-was sama ada dah masuk rakaat ketiga atau belum.
Aku rasa pernah terbaca ada hadis Nabi, kalau kita was-was pasal rakaat solat, anggap sahaja sudah masuk rakaat ketiga..
Perbetulkan aku please. was-was ni sama ada betul tak apa yang aku baca tu. adeh..
Hamka, tak sampai2 pun buku... da transfer dekat seminggu da ni... nak baca buku awak! nak baca buku awak!
ReplyDeletehahaha, okay! Mandi wajib banyak kali!
ReplyDeleteaku pernah dgr org alim bagitau salah satu punca was was sebab kita tak pakai selipar bila masuk tandas!
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeletePendapatan aku yang jahil.
Untuk hilangkan rasa was-was dalam solah fardhu bagi kaum Adam, ayuhlah berjemaah.
Imam masjid pun kadang-kadang tersilap rakaat namun, makmum boleh tegur (Subahanallah).
Kalau sorang-sorang maka was-waslah kita....
Kalau terpaksa solah sorang-sorang atau kaum Hawa, pendapatan aku ialah..cuba fahami makna ayat-ayat surah lazim yang dibaca.
Bukan setakat membaca ayat tersebut dimulut tetapi kita fahami makna surah tersebut.
Untuk permulaan, surah yang senang-senang. 10 surah yang terakhir contohnya.
Insyallah bila kita faham, agak sukar untuk syaitan tipu kerana kita menghayati makna bacaan kita.
Namun, was-was hanya salah satu dari pelbagai cara syaitan menipu kita, ada banyaaaak lagi cara.
Hanya Allah swt sahaja yang dapat melindungi diri saya dan tuan-tuan serta puan-puan yang dikasihi.
Semoga saya dapat amal apa yang saya sampaikan.
Khalid
was was memang mainan syaitan... kalau teruk boleh jadi penyakit di namakan Obsessive Compulsive Disorder..selain dari tips yg di berikan, insyaallah penyakit ni ada rawatan..boleh pergi klinik psychiatry..
ReplyDeletewas-was
ReplyDeleteSatu penyakit yang menyusahkan.
sweet life, Inoue Michiyo.. mne bole mandi wajib byk kali, merepek la... mandi wajib yang dah sempurna kira sah suda.. kalo dah sah xbley ulang lagi, mcm kita solat, kalo solat kita dah sah mne bole kita ulang lagi solat yang sama byk kali, sesat plak haishh!! kecuali mcm adegan encik Hamka, dia mandi wajib bkn sebab was2 tapi sebab dia mmg banyak bjimak hehehe, kalo anda anak dara., period org ppuan sebulan sekali aje dek., so mandi wajib tuk awak sekali jela sebulan... kalo nak pasang niat mandi, seelok2nya pasang la niat mandi sunat di ari jumaat hihihi
ReplyDeletebab was2 dalam solat, selain memahami makna solat, saya suka jadikan duduk tahiyat awal sebagai pengukur bilangan rakaat bagi solat 4 rakaat, xpun ingat bilangan surah alfatihah brp kali dah baca sambil buat isyarat kiraan pada jari sewaktu berdiri qiam kalo rakaat pertama isyarat la satu jari, jari yang selebihnya gengam la pergelangan tangan kiri.. mcm tu la sehingga selesai la semua rakaat..
sekiranya minda mula merewang yg ntah pahpe, tanamkan lah perasaan Allah sedang peratikan ibadah kita...
InsyaAllah...
out of topic...
ReplyDeleteaku nak tanye kalau urut batin tu camne ek? dari segi hukum? huhu...
buntu... sebab bila 'air dah meleleh', selalu melanjurkan diri untuk buat bende haram tu...
pasai tuu laa jadi lemah tenaga batin... hahak3!
aku dah habis bace buku kau!!! thanks!!!
Jawab mana sempat.
ReplyDelete-----------
sweet life said...
nak tanya pendapat hamka...what if setiap kali nak mandi harian...pasang niat mandi wajib..perasaan hati saya rasa tenang..dan bersih..sebab pasang niat mandi wajib..pembersihan hati...what do you think?
(jika kau rasa bahagia buat satu perkara dan perkara tu tak menyusahkan orang dan tak bertentangan dengan ugama, teruskan!)
-----------
Wanita Bertudung Hijau said...
en hamka, sila check email dan acc bank, sy dah transfer :-) yesssss
(eh, kau ke yang isi borang dua kali tu-woha!!)
------------
PemilikMataCoklat
kalau was was bab solat macamana?
(Kalau was was bab rakaat lebihkan satu rakaat, takpe lebihkan rakaat sebab takde unsur pembaziran, ni masuk bab fekah ni..)
-----------
Mummy said...
Diorang yg isi borang dua kali tuh mungkin fikir isi yg kali pertama tu tak sampai...sy terfikir gak nak wat camtu tp tu lar takut menyusahkan pihak penerbit plak...yg terpos 2 kali tu diorang pulangkan balik tak buku tuh...heheh..
(kami bagi pilhan, nak pulangkan balik boleh, nak bank in lagi sekali pun boleh he he)
----------
farul_izraf said...
Hamka, aku pun kadang bila solat fardhu 4 rakaat, datang was-was sama ada dah masuk rakaat ketiga atau belum. Aku rasa pernah terbaca ada hadis Nabi, kalau kita was-was pasal rakaat solat, anggap sahaja sudah masuk rakaat ketiga.. Perbetulkan aku please. was-was ni sama ada betul tak apa yang aku baca tu. adeh..
(Kalau was was antara 2 atau tiga, anggap baru dua.., jika was was antara tiga atau empat, anggap baru tiga.., rujuk kitab fekah..)
---------
Afmz said...
Hamka, tak sampai2 pun buku... da transfer dekat seminggu da ni... nak baca buku awak! nak baca buku
awak!
(isi borang aduan kat blog PYH)
-----------
Khalid
(setuju bab solat jemaah!!)
----------
Suri Aina said...
(ok, aku setuju dengan kau jugak)
---------
Anonymous said...
aku nak tanye kalau urut batin tu camne ek? dari segi hukum? huhu...buntu... sebab bila 'air dah meleleh', selalu melanjurkan diri untuk buat bende haram tu...pasai tuu laa jadi lemah tenaga batin... hahak3! aku dah habis bace buku kau!!! thanks!!!
(jika dah habis baca-patut bersemangat nak kahwin awal dan gunakan semnagat itu dengan menjadi berani mengorat mertua serta memujuk mak bapak, insyallah)
kalau dalam solat tiba2 rasa was-was, itu tanda syaitan nak permainkan kita. Tapi kalau x sure dah berapa rakaat, itu bukan was-was tapi 'syak'. kalau yakin x cukup rakaat, kena tambah.
ReplyDeletep/s - kena practice untuk kusyuk ketika solat. sama2 la kita, ye
Nak tambah rakaat tu tambah rakaat yang kita rasa kita tak buat ke??
ReplyDeletecontoh solat zohor dah masuk rakaat ke-4 tibe2 datang was-was rasa macam rakaat ke-2 tak buat.. so kena tambah rakaat la last skali ye?/
ce hamka buat entry pasl was-was dalam solat.. cerita bagi detail and jelas supaya lebih faham.. terima kasih:-)
mandi wajib...ce imagine Rasulullah saw umah baginda x de paip air , mandi dari bekas air yang sikit je, memula basuh kemaluan, basuh tangan yang basuh kemaluan dgn tanah/sabun la zaman now ni, peh tu mik wuduk, peh tu siram air atas tengah kepala dan niat,peh tu siram kanan kepala n badan yg kanan, peh tu siram kepala kiri dan badan kiri, ratakan air semua tempat yang bole ratakan...dah tu siap mandi wajib Rasulullah saw dgn air nan sedikit..kiat nk bazir gan air mencurah peh tu was was pulokkk...woha
ReplyDeleteassalamualaikum hamka..
ReplyDeletehamka....aku menangis sgt dlm hati ni hanya Allah yg tahu......
aku nk pergi sgt2 masjid sri ptaling stat mlm smlm,hari ni dah ari last, TAPI aku langsung x pergi!!!!
YA ALLAH.......................
zalimnya aku letak dunia di hati tapi bukan di tangan....................YA ALLAH.......................................
En.hamka..ape kate wat entry psl solat plk..nmpk nys ramai yg was2 psal solat ni..at least sdkit sbyk dpt m'bntu..ak pon kurang ilmu jgk pdl solat ni, bleh jgk le m'bntu menambah kn ilmu..
ReplyDeleteassalamualaikum,kalau was was tentang kentut bagaimana?saya s elalu was was,sy hrap masalah sy dpt diselesaikan dgn segera..terima kasih,wallahualam...
ReplyDeletedapatkan buku ni.. harap membantu. carilah di kedai2 buku berdekatan anda
ReplyDeletehttp://elhilal.blogspot.com/2013/01/buku-terjemahan-untuk-penghidap.html
Persetankan was was si syatain yang was-was itu...! <-- saya terbace ni tergelak bro. tapi btol. persetankan si setan tu. huh
ReplyDeleteBagaimana jika kita sudah mndi wajib, kemudian terlupa. Selepas itu teringat semula yg kita sudah mndi wajib...?
ReplyDeleteSemua saranan utk elak was was mmg benar balaka. Tapi hakikatnya bila kita tanggung sangat2 sukar n seksa utk melawan. Cakap mmg sng tapi nk lawan seksa sgt..n bukan kita pinta was was ni dtg..n kita akn pikir kenapa nk beribadat pun sukar..perkara wajib sbb tu kita sanggup derita was was..kalo xwajib dh lama ku tinggalkn..xlarat nk tanggung was was..
ReplyDeleteTak baik cakap macam tu. Kita kena yakin dan percaya bahawa setiap penyakit itu datang daripada Allah dan setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Memang tidak diakui, sangat seksa dan pahit sekali utk melawannya, namun masih boleh dilakukan dan dengan niat yg ikhlas, insyaAllah, Allah tolong. Saya pun sekarang masih mengalami was-was pada bab ibadah dan kebersihan. Saya sedar yg sy mmg banyak membazir air. Tidak dinafikan, penulisan di blog kalini mmg menusuk dijiwa dan membuatkan sy bersemangat utk melawan was-was.
DeleteJangan pernah putus asa. Allah benci orang yang putus asa. Anda kata : senang la cakap nk buat susah. Tp kena ingat, ada yg dah sembuh. Maksudnya boleh sembuh dengan ikhtiar yg betul. Kakak saya pun kena was-was ni dan sekarang dia dah okay sepenuhnya. Jadi mmg tidak mustahil utk sembuh dan masih ada harapan. Jangan pernah berhenti berharap dan berdoalah ke hadrat Ilahi selalu.
Perlukah kita mandi wajib lgi sekali? Bila rasa ragu ragu
ReplyDeletePerlukah kita mandi wajib lgi sekali? Bila rasa was was
ReplyDeleteJangan ikut kehendak syaitan tu. Setiap kali rasa bisikan, ucaplah 'Aku berlindung dengan Allah daripada syatian yg direjam. Sebab bila saudara ikut kemahuan syaitan tu, makin mereka bermaharajalela dalam diri saudara. Mereka tidak akan lemah. Bayangkan betapa terkejut dan gelabahnya mereka apabila saudara tidak mendengar bisikan mereka lagi. Akhirnya, mereka akan menyerah kalah dan melarikan diri dari saudara kerana bisikan mereka sudah tiada gunanya lagi. Saya doakan kita semua yg menghidap penyakit ini akan sembuh sepenuhnya dgn izin Allah. Tp seharusnya, kita mestilah berikhtiar utk menyembuhkan penyakit ini dengan melawan bisikan-bisikan tadi. InsyaAllah.
Delete