Apr 17, 2012

Payung emas untuk poligami?


(Apabila aku yang tidak hensem ini di lamar olah peminat untuk menjadi isteri nombor dua, akupun menulis entry ini)

Soalan pembaca: Cik Hamka, Amat berat untuk makcik menerima hakikat bahawa suami telah berkahwin lagi satu. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan makcik selama 3 bulan. Setiap sentuhan suami tidak lagi beraura kerana makcik tahu dia juga ada menyentuh perempuan lain. Makcik tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi perasaan sedih sangat sukar untuk digambarkan. Makcik lupa hidup sebelum bermadu sebelum ini sebenarnya indah, tapi mungkin makcik abaikan (ya betul, makcik jarang teman suami makan, makcik ingat suami suka makan sorang sorang) sehinggalah akhirnya ‘makan luar’ sorang-sorang suami makcik rupanya berteman, sekarang baru mengerti hidup bermadu memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Makcik cuba redha dengan ketentuan Ilahi, doakan makcik mampu pasrah(redha) dengan takdir ini.

Makcik nak tanya, benarkan ada hadith yang mengatakan isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lain, akan mendapat payung emas di shurga? Bila makcik cuba pujuk diri dengan hadith ini, kawan kawan makcik mengatakan hadith ini palsu.

Apa pendapat encik Hamka?

*******

Keretamayat said.

Makcik, aku bukan pakar hadith, tak tahu hadith itu palsu atau tidak dengan sekali semak, jadi nak jawab memang tak layak, boleh rujuk kepada Ustaz ulamak bab status hadith kerana aku bukan seorang ustaz.

Tapi makcik, menurut kawan aku yang bekas ahli kumpulan yang telah di fatwakan sesat oleh JAKIM, hadith ini ada dalam kitab Muhimmah yang menjadi rujukan ahli kumpulan itu,  Jadi tak hairanlah bila kita tengok ahli kumpulan itu begitu cepat berkembang kerana salah satu tarikan dalam ajaran kumpulan itu adalah poligami atau dalam bahasa tak beradabnya: SEKS! Dalam ajaran kumpulan itu, isteri yang carikan madu, mendapat 7 payung emas di shurga- wallahu’lam. Tapi aku tak nak fitnah pulak niat ikhlas mereka mereka yang pernah menyertai kumpulan itu kerana manusia senang di perbodohkan oleh suasana.., dan sekarang ramai yang sudah bertaubat, alhamdulillah.

Nak jadi cerita, pernah aku berjumpa dengan abang Bidin (bukan nama sebenar) yang merupakan orang kuat  ahli kumpulan ini, Abang bidin sentiasa berserban hijau, sudah berpoligami dan bekerja dengan menjual majalah ugama dari rumah ke rumah, lalu aku menyakat:

“Bang, dengar cerita dah kahwin lagi satu, handal betul abang dalam bab cari bini muda, boleh tak carikan saya bini yang berpurdah macam bini abang?”

Lalu Abang Bidin dengan muka serius menjawab:

“Dik, minta maaf, abang tak boleh tolong adik, sebab abang baru ada tiga bini, dah cukup empat nanti baru abang tolong!”

Woha!

Aku Terburai gelak sebab jawapan  abang bidin memang kelakar, bertambah kelakar bila abang bidin masih bermuka serius dan berlalu macam tak ada apa apa yang berlaku.

Woha sekali lagi.

Dengar cerita Abang Bidin sekarang sudah berheti menyertia kumpulan itu dan kini aktif berdakwah di hulu Terengganu, dan bekerja sebagai pomen penghawa dingin, semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh bininya, (lupa nak cerita, salah sorang bini beliau sudah meninggal dunia mengidap barah)

Eh dah jauh melalut ni Makcik, balik kepada topik asal, aku memang tak tahu status Hadith itu, nanti aku rujuk Ustaz ulamak yang betul betul pakar Hadith, insyAllah..

Tapi aku nak ucap tahniah juga pada makcik sebab dapat terima hakikat suami bermadu dan cuba redha dengan takdir Allah, alhamdulillah, payah nak cari isteri yang sanggup terima ujian bermadu dengan hati terbuka macam makcik, semoga lebih ramai wanita di Malaysia dapat menjadi lebih tabah dari makcik atau sama tabah dengan makcik sekurang kurangnya.tahniah sekali lagi.

Bab kawan makcik yang mengatakan hadith tentang ganjaran payung emas di shurga itu palsu, makcik jawablah..

“Jika suami makcik redha kepada makcik, dan makcik pulak jaga solat, puasa, dan lain-lain ibadat, dalam hadith riwayat Ibnu Hibban, maka akan masuklah isteri yang diredhai suami itu ke Syurga dari mana-mana pintu yang di kehendaki,”

Dan Aku tambah:

“Dah masuk dalam shurga, bukan setakat payung emas, coli dan seluar dalam emas pun boleh dapat makcik oiiii”

Woha!

Ps: Oleh kerana bini aku sentiasa teman dan layan aku makan dengan baik di meja makan atau di ranjang, maka segala permohonan poligami dari email terpaksa aku tolak, anggaplah aku cuba setia macam suami paling popular tahun ini- Aaron Aziz. Woha! 

71 comments:

  1. semoga hamka tak kawen dua, tiga atau empat. hihi

    ReplyDelete
  2. alah, baru nak komen first!!

    ReplyDelete
  3. haha..melawak lak brother tu nk cukup kn empat :D

    ReplyDelete
  4. berheti..menyertia..mohon hamka jgn bnyk typo..hek3..

    ReplyDelete
  5. tertarik dengan ayat nie " coli dan seluar dalam emas"

    Woah! :DD

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.

    first time comment entry hamka.

    selalu baca dan renung dari jauh je.

    hehe..teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  7. Saya pernah dengar dari sorang buznama, dia kata orang2 yang berjaya kebanyakannya berbini satu. Except for rasulullah dimana, baginda kahwin kerana perintah Allah dan bukan kerana nafsu.

    ReplyDelete
  8. bertahun2 saya bace blog nie nk jd org pertama komen no 1,akhirnye dpt gak!!!hehehe:)tapelah,saya bace lepas komen ok..!!!

    ReplyDelete
  9. haha..poligami best tapi tggjwb besar.

    ReplyDelete
  10. Peh, tak sabornya nak nikah.

    ReplyDelete
  11. Wakakaka! Coli dengan seluar dalam emas?!! Wakaka! Apa dibuat pkai kat dlm, tak dapat tayang! Apapun, pnjelasan yg sgt baik dan bg semangat sgt baik! Mudah2han mkcik tabah menerima, insyaAllah.. Ini smua ujian Allah SWT utk tnjukkn kasih sayang Dia kat kita..

    ReplyDelete
  12. Saye suke baca artikel encik Hamka ..peminat setia..

    ReplyDelete
  13. Err Hamka, saya tergolong dalam geng-geng poligami.
    Siapa kata coli dengan seluar dalam emas pakai tak dapat ditayang? Salah tu, sebab masa dalam syurga ni dah tiada yang haram. Tayang je le.

    ReplyDelete
  14. hamka,taknak buat lagu utk poligami plak ke...rindu suara buluh rebung hamka

    ReplyDelete
  15. aisehhh, tertutuplah peluang, hahaha

    ReplyDelete
  16. many thanks en.hamka. br aku tau rupanya xde hadis utk payung emas tu. naif sungguh aku ini ish ish. thanks again bro. :)

    ReplyDelete
  17. Aaron Aziz plak? Dah bkan Johnny Depp?
    Pe2 hal aku dah terbayangkan bini aku berseluar dalam emas!

    "Bos, sy rasa nak half day ari ni!"

    Suami setia mmg gini, CHOWW!

    ReplyDelete
  18. ape nilai emas dengan poligami?

    ReplyDelete
  19. Xde hadith rupenye..dulu punyela pegang kata2 tu konon dpt payung emas.ish2 xnk la galakkan suami kawin len.hahahaha

    ReplyDelete
  20. poligami sgt sakit ye tak kira la jadi no berapa pun..1 perit 2 sakit 3 sebak 4 sesak..asyik terbayang2 je laki tdo dgn pompuan lain...

    setiap org akan diuji..hidup susah ke sakit ke pasangan sakit ke anak bermasalah ke mertua tak suka ke ipar duai dengki ke laki kawin lain ke..

    lagi kita takut benda tu jadi lagi benda tu dtg..kalau bini offer laki kawin lain siap nak pinangkan lagi biasanya laki dia takde nak kawin lain pun..

    kalau bini menentang habis2an sampai lantang sgt bersuara menentang poligami lagi la laki dia menggeletis cari pompuan lain..

    semua tu pada saya ujian..ujian yg mendekatkan kita kepada allah..kita akan jd manusia yg byk berdoa byk menangis sentiasa ingatkan tuhan..kalau sedih mesti kita akan ingat allah kan..

    cuma saya pernah dgr kalau takut itu berlaku banyakkan sedekah..bykkan doa..bykkan buat sendiri mkn minum suami..mcm nk bg mkn anak kan kita selawat doa masa msk tu..doa mintak allah jadikan anak tu jadi anak yg baik dan taat perintah allah..sama juga msk utk suami..doa la ms msk tu supaya hati dia pada kita je..

    kita dah usaha dan doa..selebihnya tawakkal dan redha..

    ReplyDelete
  21. poligami..

    lelaki = suka
    perempuan = sebaliknya

    ReplyDelete
  22. Saya pun pelik kenapa asyik termimpi je suami ada bini lain sejak pindah umah baru nie.. siap melayan suami kita depan mata pulak.. pedih rase ulu hati wlaupun mimpi je... nanti bln 6 nk bersalin ank ke3..ada ape2 ke ni?? "Payung Emas"...Berat ujian tu.. Semoga mak cik sentiasa tabah.

    ReplyDelete
  23. Teringat hasil tulisan Fatimah Syarha ttg poligami yang mana beliau menerangkan hak-hak wanita:

    "bukan menafikan hukum ALLAH SWT tapi kami ada hak untuk tidak membenarkan suami berpoligami" mcm tu la tulisan beliau lebih kurang.. dan beliau pun ada memasukkan kisah Fatimah anak RasulULLAH saw... huhu baca dah lama jadi ingat2 lupa ayat beliau

    "Dibolehkan meletak syarat oleh isteri selagi mana syarat-syarat itu tidak membebankan suami dan dipersetujuinya seperti tidak mengeluarkannya dari negaranya, berpoligami dan lain-lain dengan syarat, perjanjian tersebut adalah dalam bentuk bertulis." –Fiqh Ahwal Syakhsiyah-

    Kata Ketua Majlis Ulama' Sedunia Seperti Mana Pendapat Jumhur Ulama

    قال الشيخ يوسف القرضاوي: "يتناول المبشرون والمستشرقون موضوع تعدد الزوجات وكأنه شعيرة من شعائر الإسلام، أو واجب من واجباته، أو على الأقل مستحب من مستحباته. وهذا ضلال أو تضليل، فالأصل الغالب في زواج المسلم: أن يتزوج الرجل بامرأة واحدة تكون سكن نفسه، وأنس قلبه، وربة بيته، وموضع سره، وبذلك ترفرف عليهما السكينة والمودة والرحمة، التي هي أركان الحياة الزوجية في نظر القرآن.[1]"
    Maksudnya: Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, "Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan. Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim ialah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumah tangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran. (Markazul Mar'ah fil hayati Islamiyah, h.118).

    Sumber: blog Fatimah Syarha

    seperti apa yang

    Anonymous 10:27 AM, April 17, 2012
    Anonymous 11:54 AM, April 17, 2012

    katakan tu adalah betul betul betul sangat.. huhu

    ReplyDelete
  24. payung emas tu untuk apa? hahaha

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. nape tak nasihat dulu ek, ckp la kt bini tu, ayang teman abg tiap2 kali abg suke sgt...ni diam je, dan2 terus cari lain kan,, ^_^

    sabar la makcik ye, skang ni mkcik jd je lah yg terbaik. saye pon tak tau lah, kalau ini menimpa saya, adakah saye akan jd setabah itu..

    ReplyDelete
  27. Assalam,

    Betulkan aku jika salah,

    Ketika Hadrat Ali rahu. ingin kahwin lagi, beliau telah bertanya/ meminta izin dari kekasih tuhan no 1.(saw)

    Dan..Nabi saw jawab lebih kurang apa yang Fatimah raha. tak suka, aku tak suka....sayangnya Nabi saw pada anak perempuannya.

    Ada satu ayat yang diturunkan, berkenaan sukanya Allah swt terhadap perbuatan Fatimah raha.(sedekah kepada 3 golongan) dan selepas itu Allah swt ceritakan tentang nikmat syurga dan mengikut tafsir seorang penafsir,

    Allah swt tidak sebut tentang bidadari dalam ayat tersebut kerana menghormati perasaan Fatimah yang sangat cemburu.

    Adden Show- Great Women
    Wallahu'alam.

    Aku sayang kamu semua kerana Allah..

    ReplyDelete
  28. Salam hamka,

    Nikmat poligami sebenarnya indah dan manis jika disertai iman, sunah kalau diikut betul2 kerana sunah lasti bawa kejayaan.

    Namun realitinya tak semua poligami tu mampu diurus dengan baik oleh suami dan isteri2 kerana iman turun dan naik. Apapun, saya tidak menentang poligami tapi jika allah swt beri rahmat dan peluang sekali lagi utk bina rumahtangga pada saya, tidak ingin lagi menempuh pengalaman berkongsi rumahtangga. Ckuplah 11 tahun berpoligami sbg isteri ke2. Insyaallah...

    ReplyDelete
  29. KENAPA SUAMI PERLU MEMINTA KERELAAN ISTERI SEBELUM BERPOLIGAMI?

    http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/07/kenapa-suami-perlu-meminta-kerelaan.html

    ReplyDelete
  30. salam

    mengeremang baca komen kak hanisumayyah. dulu pernah ikut blog akak. dan berita terbaru ni sangat mengejutkan.

    ReplyDelete
  31. KALAU SAYA..

    TAK NAK LA PAYUNG EMAS.

    SAYA NAK MAHLIGAI PERMATA MACAM SITI KHADIJA R.A
    RASULULULAH TAK PERNAH BERMADU DENGAN BELIAU.

    ReplyDelete
  32. kalau berkahwin lebih dari satu dan ia tidak berlaku adil kat AKHIRAT nanti akan berjalan SENGET

    ReplyDelete
  33. Pomen 'penghawa dingin'??..wakpe dok 'pomen ea-kong' lalu..kah kah kah

    ReplyDelete
  34. hal poligami... aku ni ada isteri yg berpenyakit..boleh dikatakan rumah aku tu macam farmasi.elok penyakit yg ni,kena panyakit lain sambil tu siap ada saka keturunan lagi..pelbagai doktor dan uztaz buat berubat..harapan nak ada anak sendiri pun memang x de harapan..umur makin meningkat,zuriat pon tak de.. terfikir juga untuk poligami..boleh buat teman/kawan isteri ketika out station..tapi takut isteri kecewa serta sangat sayangkan isteri..isteri pun x sanggup dimadukan..kalau diceraikan jadi rendah maruah isteri,keluarga sendiri pun selalu buli isteri.. beratnya cabaran untuk hidup gembira didunia..

    mat cekal

    ReplyDelete
  35. assalam,

    topic sgt mnarik, tringat ibu yg telah 'd poligamikan' olh ayh...

    smoga mkcik tabah mcm ibu sy, smoga sy tabah jugak tapi TANAK poligamiiii!

    sbenarnye bile isteri 'd poligamikan' olh suami, ank2 adelah penguat ibu,smoge sy mnjadi ank yg taat utk ibu sy...amiin

    ReplyDelete
  36. salam..

    nk tye klw ada 2 isteri blh tak ajk bersetubuh dgn kedua-dua skli pd wkt yang sme??

    ReplyDelete
  37. Buat en mat cekal.

    Saranan saya ialah anda banyak habiskan masa beriktikaf di dalam masjid. Cuba bercinta dengan Allah sepenuh hati. Kelak Allah temukan kebahagiaan.

    Sesungguhnya Allah Maha membuat keputusan dan mengubah keadaan. Kita tidak akan mampu berbuat apa-apa sebenarnya.

    Aku dari selatan.

    ReplyDelete
  38. Jawab mana sempat

    Aku setuju dengan AJ Edrez, apa salahnya melaram dengan seluar dalam emas di shurga! Woha!

    ----------
    SembangKongkang, kalau ikutkan aku, mahu saja menyanyi lagu Madu tiga P ramlee, tapi perasan sibuklah..

    Isteri tua tak nak teman makan
    Balik kerumah isteri muda
    Kalau dua-dua tak nak teman makan
    Ana kahwin tiga, la la la...

    ---------
    Cik Ct, ada yang bahagia dalam poligami, manusia tak sama, dan manusia berubah.

    -----------
    Hanisumayyah, kau tak rujuk pejabat kadi, orang yang tak poligami tapi menderita bagai.., benda ni subjektif..

    ---------
    mat cekal, dah nama cekal, eloklah cekal, tapi aku cadang, hadkan kerugian..

    ---------
    ni sape tanya bersetubuh dgn kedua-dua skli pd wkt yang sme, jawapannya tak boleh! Rujuk filem “bini biniku gengster” Woha!

    ReplyDelete
  39. mmg xle ke??hehehehe

    ReplyDelete
  40. Hakim

    for anom 10:54 PM, April 17, 2012,

    Nampak sangat lelaki berpoligami utk memuaskan nafsu seks semata-mata. Kalau ada 4 isteri, bolehkah bersetubuh empat2 skali dalam satu bilik, di satu masa ygsama?. Byk jawapan alimulamat yg memberatkan haram. Pertama, Nabi tak pernah buat. Kedua, aurat laki bini halal, tapi aurat sesama wanita ada hadnya. Isteri bukan pelacur terhormat. Seks apa yg kita nak terapkan dlm masyarakat Islam? adakah kita sudah terpengaruh dengan seks lucah yg boleh didapati dgn mudahnya di internet?

    Nak poligami boleh, tapi mesti berlaku adil. Tanya diri sendiri, bolehkah berlaku adil?. Macam mana nak adil kalau kahwin kali kedua pun, cap tangan isteri pertama dah tipu hidup2. Berkemampuan sahaja bukan lesen untuk berpoligami.

    Woha! emo jap..

    ReplyDelete
  41. maksud tuan hamka..hadkan kerugian agak kurang jelas kepada saya.. terima kasih semua kerana perihatin dengan luahan saya.

    mat cekal

    ReplyDelete
  42. Hamka kalau isteri mu izinkan poligami mu mesti nak kan?

    ReplyDelete
  43. to mat cekal: aku doakn your wife cpt sembuh.jgn putus asa.terus ikhtiar.doa banyak2 insyaallah allah bg jalan.

    ReplyDelete
  44. ssalam tn yang mulia.. tajuk yang da boom.. maka wa pun nak tulis komen di ruangan komen selepas mendengar taklimat suruhanjaya pilihan raya..

    1) sori to say la(sesedap ayat).. kongsi pengalaman wa kan.. PENGALAMAN sikit jeks dan bukannya fakta pun.. .. kalau seploh poligami 5 kecundang.. 4 kucar kacir... satu lagi tak tau citer.. mungkin bahagia kot..

    2) pengalaman wa kan.. Monogami tu pun wa dah rase cam nak kimbiri kan jeks.. lagi la.. poligami.. apa la guna kalau berkawin tapi takde kebahagian.. puhhh ( statment berani mati ) emmh.. tapi.. kalau korang kat luar sana ada hati nak poligami.. tu biaseeeeee... wa pun selalu gaks la.. pergh wa bayangkan eks. .. da macam maharaja dinasti sigaraga plak.. ada dua tiga orang isteri.. jenis kalau teman makan tu belah kiri ada kanan pun ada depan pun ada.. kalau tengok tv lagi best.. tangan depangkan luas-luas kiri ada kanan ada belakang tolong picit.. hahahaha insyallah di syurga nanti..

    3) Wa perati kan .. hari2 beb ada kes macamni ( senin hingga jumaat tidak termasuk hari cuti haha ) .. bila dengar suami nak poligami jeks( kadang2 dikatanya ada orang ketiga ) .. mohon cerai.. mohon cerai.. nasihat wa.. biar la laki tu poligami kalau dia nak sangat.. jangan mintak cerai.. serius beb.. jangan mintak cerai sebab suami nak poligami.. tapi kalau nak halang boleh.. boleh halang di mahkamah syariah.. sebab mahkamah yang kuarkan kebenaran poligami.. boleh lah mintak mahkamah pinda sikit dari setiap bulam rm 1k kepada rm 5k.. bayarkan api air.. mintak la bagi orang gajik dua tiga orang... mintak .... boleh mintak pada mahkamah..sebab kalau si laki tu langgar perintah mahkamah maka dia boleh dipenjara kan.. penjara tu..

    tapi kan kalau nak cerai jugaks kan .. tunggu la bila suami tak berlaku adil.. mohon cerai kerana suami tidak berlaku adil.. itu dibolehkan..

    kalau suami plak nikah kat obersea.. heh..nasib badan la labu.. wa memang kesian sape2 wat poligami nikah kat luar.. paling kesian kat pompuan nya la.. banyak kes berbangkit akan dihadapi oleh mereka ini pada masa akan datang.. tunggu dan lihat je la yeaks.. mase tu baru tau langit tinggi ke rendah..... mase tu nak tolong pun da susah.. cth kes macam lakinya dah ninggal .. dan dia nak kawen lagi perghh.. pertamax kena daftar kedua kena wat afadivit ketigak kena bicara depan hakim untuk pengesahan keempat kena ambik statmen ( pengakuan bersalah ) oleh penguatkuasa keempak kena dakwa oleh bahagian pendakwaan kelimak kena denda oleh mahkamah keberapa dah nie.. kena daftar di pejabat agamak seterusnya kena perdengarkan taklik (akujanji seorang suami beriman ) yang kesoploh(yeke kesoploh ni ) kena tunggu 14 hari untuk dapatkan sijil nikah keseploh kuasa duak kena ambik sijil nikah ke soploh kuasa tigak kena gi imegresen utk cop pasport.. heh tu kalau nikah warganegara asing la.. .. bayar nya jangan cakap la.. lawyer kena bayar.. afadivit kena bayar.. denda mestilah kena bayar.. eeeii macam –macam lagi la.. dah setle tu semua baru la boleh leh kompom status diri kan.. yang dirimu sudah bersuami dan suamimu dah meninggal dunia atau bahasa murninya janda cerai mati atau sopan sikit balu kalau sopan tapi kurang ajar.. balu yang berbulu.. .. ha.. leceh giler kan.. tu baru satu kes..belum kena kes kena tinggal ataupun kes kelahiran anak.. sian la.. silap2 tak de ben ladin plak anak tu sebab bapa tidak diketahui dan macam2 la..sebab tu benda2 cam nie kena buat kes by kes..satu persatu.. senang cakap.. muka dah hilang seri walau umur muda lagi.. badan kurus jadik gemuk walaupun melanggan harba live sebab asyik strees jeks.. jalan penyelesaian ada tapi tak boleh buat.. sian.. wa simpati dan hanya mampu senyum tawar... melihat insan-insan muka berwarna warni mekapnya teresak2 mengenangkan apa yang telah dilakukan satu ketika dahulu..

    ReplyDelete
  45. so pada yang dah wat poligami Obersea tu.. pujuklah lakinya menyerah diri di mahkamah syariah atau lantik peguam untuk daftarkan pernikahan mu itu.. mu tu dah langgar undang2 syariah negeri mu.. so belajar2 la jadik wargenegara yang bijak.. BIJAK bro.. jangan asyik diperkudakan jeks.. heh...

    sama2 la kita doa yeaks.. supaya adil dalam setiap perkara..
    lagi satu ada yang bawak citer saidatina fatimah dan poligami .. citer tu kena diperhalusi ye.. sebab berdasarkan Imam Nawawi, fokus utama hadis ini bukanlah berkaitan poligami secara umum tetapi ia berkaitan dengan hasrat Sayidina Ali memadukan isterinya Siti Fatimah dengan anak Abu Jahal. Ada sambungan hadis lagi untuk difahami sila rujuk pakar hadis.. .”

    dah.. tak de sambungan.. wa nak sembahyang zuhor.. ...

    .

    ReplyDelete
  46. mat cekal

    hadkan kerugian, jika tak bahagia, kahwinlah lagi satu bila sampai masanya..., jangan bercerai pulak.

    --------
    Rezza ,kalau isteri mu izinkan poligami mu mesti nak kan?

    Tak juga, tengok rupa paras dulu, woha!

    ----------
    Ridhwan bin mohd yunus . baguih komeng hang!

    ReplyDelete
  47. aku setuju pompuan kata TAK RELA sebelum bermadu DAN aku lebih setuju perempuan kata aku REDHA setelah bermadu...

    -putat-

    ReplyDelete
  48. payung emas bukan persoalannya..
    yang lebih penting dapat masuk syurga ke tak..
    masuk syurga pun dah cukup nikmat..
    bila dah masuk syurga, tak payah nak pikir pasal payung emas dah kot.. (",)

    kalau dapat payung emas, tapi masuk neraka, tak ke pelik bunyinya.. (",)

    ReplyDelete
  49. Apa yang Encik Hamka cakap tu, betul..

    ReplyDelete
  50. kwen 4 nak? Solat bjemaah kt masjid x nk?

    ReplyDelete
  51. sry dah tershare kat fb..baru nak minta izin.. :D

    ReplyDelete
  52. en hamka kenapa ramai org perempuan yg bila tahu suaminya nak kawin lagi, dia mintak cerai, padahal meruntuhkan masjid tu sgt dibenci Allah. kenapa mereka selalu pilih jalan yg dibenci Allah walhal mereka boleh bermadu dan mendapat pahala sunnah apabila suaminya berkahwin lagi, sbb org lelaki mmg boleh kahwin sampai 4 so apa masalahnya?

    Noob

    ReplyDelete
  53. salam

    yang nak kahwin banyak,lelaki..
    yang lafaz cerai,lelaki..
    makan nak berteman pun lelaki jugak..
    nak qadho setubuh pun lelaki..
    semuanya memenuhi nafsu dan kehendak lelaki..
    langsung tak fikir apa yg orang perempuan nak..
    wahai kaum lelaki,janganlah jadi selfish tak bertempat..
    sedangkan melukalkan hati saudara seislam(walaupun takde apa apa hubungan kekeluargaan) pun tak layak masuk syurga..
    inikan pula melukakan hati pasangan yang telah Allah jodohkan pada kita..
    tugas lelaki selain menggembirakan isteri,kita juga wajib mendidik mereka,bukan hanya menghukum..
    tak payahlah membandingkan diri kita dgn rasulullah..
    beliau adalah orang yg paling baik terhadap isteri...
    sebabtu takde masaalah nak ada isteri banyak..
    berusahalah mendidik isteri sebaik mungkin...
    bila kita sibuk mendidik isteri kita..
    insyaAllah kita tak nampak orang lain..
    sebab mendidik isteri takkan pernah sempurna..
    sebagaimana kita(lelaki)yang banyak sangat cacat cela...


    ampun maaf
    salam ukhwah

    ReplyDelete
  54. Kekadang rasa sedih bila seseorang suami membuat alasan/gertakan (terutamanya isteri tak layan suami)untuk kahwen lagi satu..

    Kasihan rasanya kerana dia seorang suami yang GAGAL sebenarnya. Gagal dalam menjalankan tanggungjawab yang maha berat dipundaknya itu...

    Nak kata PENGECUT pun iyer juga, kerana mahu lari dari permasalahan rumahtangga yang tidak mungkin akan hilang sampai bila-bila, Adakah berkahwen dengan lagi seorang akan menyelesaikan semua masalah?

    *p.s : tak payah bising la pasai laki boleh kawen 4 - basi sudah*

    ReplyDelete
  55. en hamka kenapa ramai org perempuan yg bila tahu suaminya nak kawin lagi, dia mintak cerai, padahal meruntuhkan masjid tu sgt dibenci Allah. kenapa mereka selalu pilih jalan yg dibenci Allah walhal mereka boleh bermadu dan mendapat pahala sunnah apabila suaminya berkahwin lagi, sbb org lelaki mmg boleh kahwin sampai 4 so apa masalahnya?

    hamka said:

    kerana mulut badan binasa, benda tu takde apa apapun, tapi bila perasaan di tentukan dengan padangan orang, tu yang huru hara,

    utamakan pandangan Allah...

    ReplyDelete
  56. lau isteri tak layan suami..suami leh cari lain..tp lau isteri tak dilayan suami camne plak?? takkan nak kawin lain jugak//wohhaaaha

    ReplyDelete
  57. salam, kpd wanita2 yg dah dimadukan, sabar byk2. btl apa yg saudara Ridhwan ckp, jgn sesekali minta cerai once korg dpt tau suami korg dah kawen lain. scr jujurnya sy sendiri alami, sy bini ptama. then bini kdua suami mngis bagai nak gila spy sy diceraikan. kluarga suami pula sokong bini kdua suami. haru gak suasana dibuatnya. 1st suami relaks je n cuba btahan tp klu dah sll sgt kena 'cucuk telinga' lastly suami ambil kptsn nak ceraikan sy. sy merayu, menangis spy x diceraikan, tambah2 lg sy time tu mgandung 4 bulan 1st baby... smakin sy merayu suami smakin nekad nak ceraikan sy. sy stress, tension, nape sy lalui smua ni. then one day, sy ambik kptsn diam tuk bbrp hari... tiba2 suami sms tetap nekad nak ceraikn sy... sy gak tiba2 dpt kekuatan & reply smsnya ckp sy trm andai itu dpt mbahagiakannya. tp bkn terima KOSONG, thats mean sy nak Mut'ah 30k (hahaha padahal mut'ah mahkamah tentukan atas kmampuan suami...), nafkah ttunggak (sbb suami jrg bg nafkah/duit blnja konon sy bkerja gak) duit rmh, kereta etc... 1 lg, sy akan buat aduan pasal poligami dia yg x dpt kebenaran mahkamah (time suami nikah ngan bini kdua sy diugut klu x setuju sy akn diceraikan, pasrah bkn redha mgenang anak yg dikandung...) sy bgtau poligami tnpa kebenaran mahkamah at least denda 1k & penjara 6 (x lebih)... haaa... tau takut, tiba2 nak jumpa bincang, aik sblm ni bukan main lg nak ceraikn org.

    sy tetap bsyukur walaupun lmbt dpt kekuatan tp sy tetap berdiri gagah tuk ptahankan hak sy & anak sy. sbbnya bila sy stuju tuk bcerai, ntah apa tjadi suami akhirnya blk rumah & minta maaf atas sgl kesilapannya. Alhamdulillah, ini smua hikmah Allah.

    sekarang bini kedua pula yg bagai gila mroyan sbb suami still ngan bini pertama, x cerai cerai gak... jujur sy katakan, bila kita redha bahagia tu tetap ada. mlihat anak yg smakin membesar itu pokok utama.

    wahai kwn2 wanita skalian, llki klu psl bab poligami sukeee sgt (bkn smua la ye). tp jgn hilang pdoman, tanamkn dalam diri...... ada aku kisah hang kawen brape, aku ada kerjaya, harta sdiri, yg pnting anak aku... sokongan kluarga, rkn taulan... aku redha jk ini ditakdirkan untuk aku & aku sntiasa pcaya dengan RahmatNYA... klu suami x mampu berlaku adil jgn sedih, kuatkn semangat & stiasa bdoa kpdNYA, jalankan tgjawab spt biasa sbg isteri, itu antara dirinya dgn Allah...DIA YG JWB ATAS SEGALA DOSA2NYA BKN KITA. Tegur la mn yg patut & scr bhemah. suami tu sbnrnya Allah pinjam kat kita tuk satu tempoh ms ttentu, tiba msnya si pemilik pasti nak ambil balik... So, REDHA KUNCI KPD KETENANGAN. LIFE MUST GO ON...
    (selembut mawar putih)

    ReplyDelete
  58. salam tn yang di kasihi nabi.. tuan dan saya merupakan umat akhir zaman.. dan umat yang terbaik kerana mengajak manusia kepada ALLAH... ruangan komen belum ditutup.. mengambil kesempatan ini..WA dengan sedikit kerajinan yang telah allah berikan kepada Wa maka dengan ini... penulisan diruangan komen diteruskan sebagai tanda bahawa wa sentiasa menyokong karya-karya yang kelihatannya sangat ikhlas daripada tuan.. wooha

    Op bedap bedap bedum.. jreenngggg.. toinggggg..... pituiii (bunyi gitar karen )

    wa try rujuk hadis payung emas kepada pakar hadis wa.. imam haji Ishak Mohtaram seorang jurunikah merangkap ahli panel tabung haji dan setiap 3 bulan sekali dia pergi umrah bersama jemaah tabung haji.. beliau belajar hadis di darul ulum india dan mendapat ijazah disana.. dia memberikan beberapa hadis yang lain mengenai emas dan bukan bersangkut paut tentang poligami..

    treng treng trenggggg..... dung dung dung ( bunyi drum pulak.)

    Wa sebenarnya sangat tertarik dengan komen ini..
    Anonymous said...
    poligami sgt sakit ye tak kira la jadi no berapa pun..1 perit 2 sakit 3 sebak 4 sesak..asyik terbayang2 je laki tdo dgn pompuan lain...

    setiap org akan diuji..hidup susah ke sakit ke pasangan sakit ke anak bermasalah ke mertua tak suka ke ipar duai dengki ke laki kawin lain ke..

    lagi kita takut benda tu jadi lagi benda tu dtg..kalau bini offer laki kawin lain siap nak pinangkan lagi biasanya laki dia takde nak kawin lain pun..

    kalau bini menentang habis2an sampai lantang sgt bersuara menentang poligami lagi la laki dia menggeletis cari pompuan lain..

    semua tu pada saya ujian..ujian yg mendekatkan kita kepada allah..kita akan jd manusia yg byk berdoa byk menangis sentiasa ingatkan tuhan..kalau sedih mesti kita akan ingat allah kan..

    cuma saya pernah dgr kalau takut itu berlaku banyakkan sedekah..bykkan doa..bykkan buat sendiri mkn minum suami..mcm nk bg mkn anak kan kita selawat doa masa msk tu..doa mintak allah jadikan anak tu jadi anak yg baik dan taat perintah allah..sama juga msk utk suami..doa la ms msk tu supaya hati dia pada kita je..

    kita dah usaha dan doa..selebihnya tawakkal dan redha..

    ok wa da kopi peeste
    wa tertarik sebab apa tau ... sebab wa pernah dengar perkara nie pada orang-orang poligami dan seterusnya bolehlah ianya dijadikan satu kajian anotologi dan panduan kebaikan beragama dalam melayari sebuah kehidupan yang sangat ganas kapitalisnya..

    ReplyDelete
  59. seterusnya bolehlah ia nya menjadi panduan pada para2 isteri dalam menangani masalah poligami....


    pernah atau tidak suami anda mengajukan soalan ini “sayang.... boleh tak abg kawin lagi satu..”

    Dan apakah jawapan anda......

    Jika jawapan Anda.. “Apa! (beliakkan mata.. abg nak kawin lagi... berani buat la.... saya kerat abg punya tut....... (malu).....”

    Hehehehe.. selepas 2 tahun anda kena cek balik suami anda kerana biasanya (banyak yang macam gitu) suami anda dah kawen sembunyi sembunyi kat Thailand.. hehehehe..


    Jika anda menjawab.. “kawin la bang.. tak kisah.. saya memang mahu bersama abg sampai ke syurga..”

    Biasanya anda akan dapati.. suami tak pun kawin2... dan selepas dua tahun anda tanya lah suami.. bang..dulu kata nak kawen lagi.. apasal tak kawen2.. hehehe...
    Woooha.... Sekian..

    eh tadi ada kata komen aku betul.. maaf puan yang sebetulnya saya sedang belajar.. dan saya sentiasa mahu berlajar dari puan.. dan juga belajar dari pemilik blog ini..

    wa nak baca blog politik plak... kerana wa nak duduk makan dan minum dari rezeki yang bukan sahaja bersih tapi halal liwal ikrommm...

    wa perasankan selain dari poligami kan.. ramai orang tanya mengenai wali.. dan wali songo.. dan wa blom beli buku tuan kan.. wa ingat tuan ada tulis perkara nie..

    ReplyDelete
  60. Adoi..den nak kawen bln ni. tibe2 lak baca poligami dlm blog ni. sesak dado den.
    Xmampu berkongsi kasih. ye, sy tamak. sy xnk cinta & syg bakal suami sy di bahagi dua/ tiga / empat.
    Tp klau bermadu tu dah suratab buat sy.....sy kena la cuba berusaha utk redha.
    Pastu baca artikel ni byk2 kali supaya dpt pujuk hati cepat2.
    Especially comment dr ridhwan mohd yunus.

    Kalo dia ade blog..dah blh jadi saingan hamka dah! Woho!

    ReplyDelete
  61. Huhu.saya ada 4 orang ibu. Okey jer kitorang. Woha!!


    Tun.

    ReplyDelete
  62. Huhu.saya ada 4 orang ibu. Okey jer kitorang. Woha!!


    Tun.

    ReplyDelete
  63. Huhu.saya ada 4 orang ibu. Okey jer kitorang. Woha!!


    Tun.

    ReplyDelete
  64. Mcmmana pulak kalau suami yg mmg dh ada pompuan lain tp dia takmau kawen.isteri pertama mmg yg paling dia sayangi,cintai,kasihi sepenuh hati smpai mati.pompuan kedua hanya utk main2 n suka2.

    tak tahulh dh sampai tahap mana...tp yg pompuan tu tak kisah dia ada skandal dgn laki org.disebbkn dia juga bekerja,dia juga tak heran dgn duit laki org.apa tujuannya ya.nikah tak nak,duit tak nak,setakat nk suka2

    Bila isteri izinkn suami menikah,tak nk pulak.Kata suami,"takkn sampai tahap nk menikah lain,lagi berat tanggung jawab."tau pulak!

    Jadi,apa yg patut siisteri buat supaya suami tetap setia pd dia.mungkin sblm ni isteri layan hambar je kat suami,tapi sekarang layanan isteri yg paling tip top dr semua segi.sikit pun tak terabai.tapi semuanya dh trlmbt,suami kata kata perasaan dia tk boleh tipu,mmg suka sama suka dgn pompuan kedua tu,tp ada jaminan tk kn sampai menikah.

    ReplyDelete
  65. suami patut kahwin dgn perempuan tu, jadikan dia bini gelap, bukan kekasih gelap sebab bini dah tahu tapi masayarakt tak tahu.

    betul ke apa yang aku faham ni, adohai..

    ReplyDelete
  66. Mohd Ali Harun5:31 PM, May 29, 2013

    Kitab Muhimmah ini telah dikarang oleh seorang ulamak hebat, Al Alim Al Allamah Syaikh Abdullah ibnu Abdurrohim Al Fathoni( Mengampuni oleh ALLAH baginya dan umat muslimin, amin). Kau jangan sedap mulut dan tangan mengatakan Hadith Payung Emas itu palsulah mcm2 cermin diri dulu ya.

    ReplyDelete