Jan 19, 2012

Saya kena tipu dalam bisnes, jadi?

(Siapakah aku, pemandu keretamayat, atau lebih dari itu...)

Copy paste email:

Kakak Mishali:

Salam, en.Hamka...maaf kirenye email ni mengganggu... saya cuma nak minta pendapat ape yang patut saya buat...

saya ada membeli comforter set dari supplier online sebanyak 70 set untuk saya buat jualan, bernilai RM2000. Die datang hantar sendiri ke tempat saya. masa nak beli tu(sebelum saya bank in duit) ape yang dia cakap kainnye sejuk, tak gatal, tak panas. so ok la...

Sekarang dah jual 20 set.. sekarang customer datang complain sebab kainnye luntur truk walhal baru sekali basuh. (basuh guna sabun dan tak masuk mesin)... mula sy tak percaya. tapi saya bukak satu set baru, saya pun basuh, memang betul luntur..

saya dah cakap kat supplier tu (serta dah email gambar), die boleh sound saya, katanya tak boleh pakai sabun tapi kene pakai pelembut fabrik je...(siap suruh saya tengok kat youtube cara nak basuh comforter) masa hantar tu tak pulak cakap ape-apa... pastu die boleh cakap, bukannye luntur sampai hilang semua warna.. aduhhh patut ke cakap mcm tu?

bile sekarang ni saya bising, die cakap die akan uruskan courier untuk ambik 20 set sahaja (return balik kat die).. tapi die cakap lepas die dpt set tu, die akan check dulu condition, baru dia akan bank in duit kat saya... saya suruh die datang sendiri macam dia datang mula-mula dulu.. tapi dia bg alasan mahal nak sewa van... boleh ke mcm ni? benda bukan sikit... masa datang tu bukan main lagi manis je bahasa... sekarang dsh up sikit, macam ni lak jadinye... bagi saya, kalu dia datang, boleh check sendiri depan mata, dan return balik duit kat saya...

soalan saya:

1- Ape perlu sy buat?

2- biarkan courier datang ambik, dan bila dia dah terima barang tu baru dia bayar pada saya?

atau

3- dia kene bank in separuh dulu kat saya, baru courier datang ambik?

atau

4- dia kene bank in jumlah penuh dulu, baru saya bagi balik barang tu?

terima kasih...

Jawapan keretamayat.

Dalam bisnes, bab kena tipu ni memang banyak.

apa perlu buat, lupakan kerugian dan buat bisnes lain..

jika dia sanggup ganti rugi, anggap itu rezeki.

jika tak, lupakan, peniaga yang sejati, tak akan buang masa fikir kerugian, tapi lebihkan masa fikir keuntungan..

wallau'lam

Kakak Misyali:

Terima Kasih...

Boleh saya share kata-kata bro Hamka Tak?Kata-kata ni betul-betul bagi semangat pada saya dan suami..

Terima Kasih sangat sangat.

Keretamayat.

Anytime kak, no problem..

Nasihat aku, Kepada semua pembaca blog keretamayat sekalian, jika korang ada masalah tentang bisnes, aku rasa orang yang sangat sesuai untuk korang tanya atau rujuk adalah:

En. Shahabudeen Jalil.

Blognya ringkas, banyak ilmu, dan yang penting beliau ikhlas.

Aku suka baca blog beliau, dan aku jarang sangat nak puji blog orang, tapi blog beliau bagus, harap blognya tak ditutup supaya anak anak aku dapat baca bila dewasa kelak lalu memilih kerjaya makan gaji sebagai pilihan terakhir dalam hidup mereka.

Tahniah kepada semua usahawan islam!

Sekian.

Ps: Selamat belajar hingga sampai ke negeri China... : )

46 comments:

  1. OOOOO. Macam tu

    ReplyDelete
  2. entry berbayar? boleh la belanja makan

    ReplyDelete
  3. menipu dan ditipu adalah permainan dunia..letakkan kepercayaan dan niat pd Allah Taala..andai kita yg mnjadi mngsa..anggap aje itu semua ujian utk kita dan dia..wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Comforter tu ada orang sebut TOTO kan? Btol ke?

    T = Tolong
    O = Orang
    T = Tipu
    O = Orang

    Kesian akak tu yang kena tipu...takpe sabar kak, insyaALLAH ada bahagian yang lebih baik nanti...

    ReplyDelete
  5. apa yg kita miliki sekarang adalah milikNya..

    jadi, byklah bersabar andai DIA menarik sebahagian daripada apa yg kita miliki.

    ReplyDelete
  6. setiap kali orang nampak muka aku jer.. ingat MLM.. padahal aku xpernah join pon.. :(

    ReplyDelete
  7. penipu ada di mana-mana...
    tapi antara ciri-ciri yang aku perhatikan adalah sama ada beliau sembahyang atau tidak...
    kalau tak sembahyang, jangan harap nak jujur dalam berniaga...

    ReplyDelete
  8. leman decaprio

    ye ye..

    ------
    Nerzhul

    Boleh sangat, bila makan, semua orang kena makan, bila saya bayar, semua kena bayar! Woha!

    ----------
    Miesz Niza

    pandai

    --------
    Skymatrix

    Akak tu email tahun lepas, kira dah sampai tahap sabar kepada pasrah kepada redha

    --------
    cik kompas

    wow

    ---------
    heal man
    muka kau ada iras AC mizal ke?

    ----------
    mama rocks

    tak solat? *&*^&^% (rujuk enry lepas)

    ReplyDelete
  9. Bg sesetengah orang, menipu dalam bisnes wajib sbb kalu xmenipu untung xbanyak, lambat nak kaya, dorang dah tak takut Allah. Aku sendiri ada pengalaman kena tipu (moga2 aku terhindar dari golongan yg suka menipu). Keja dah buat, bile time nak claim, tangguh dari hari ke bulan ke tahun, sampai sekarang satu sen haram aku tak dapat claim. Tak pe la, aku percaya kalau itu memang rezki aku, aku akan dapat juga, kalau bukan biarla aku halalkan n aku percaya mesti orang yg tipu aku tu akan dapat jugak balasan kalu tak disini mungkin disana. Sebab Allah sentiasa perhati apa kite buat, perhitungan nya tak pernah silap. Jadi tak pe la kalu penah kena tipu, sebab dari situ banyak benda yg kita boleh belajar untuk jd lebih maju dan matang dalam bisnes...cuma hindarilah dari menipu samada dgn sedara seagama maupun yg bukan seagama. Rezki yg penuh keberkatan, secupak pun rasa segantang :)

    ReplyDelete
  10. sorry...jarang dapat jadi pengomen yang ter awal....dalam bisnes orang yang menipu selalunye cepat jatuh bisnes nye....kenapa....
    1st...pelanggan hilang kepercayaan
    2nd...x dapat keberkatan
    3rd...nafsu selalu mempengaruhi(kuat joli dgn duit)
    4th...akan diburui perasaan takut penipuan terbongkar
    5th...susah mendapat pelanggan baru pasal byk cerita x baik tersebar tentang dye
    6th...bisnes x teratur pasal byk penipuan
    7th...bukan pelanggan je lari...pekerja pon boley lari gak
    8th...keluarga akan terdedah dengan pelbagai ancaman
    9th...boleh kene saman sampai jadi bangkrap(kalau kantoi)
    10th...Allah akan membalas perbuatannya dgn menyebabkan dye pon akhirnya di tipu orang...Qisas!




    konklusinye...jangan menipu dalam perniagaan kerana menyusahkan diri jgak.
    hahahahha....
    klau kita rugi...cuba sesuatu yg baru yg lebih menguntungkan pula.
    saya pon berniaga jgak dekat uptown....ok jerr....bai dgn pelanggan....jgn kedekut tetapi biar berprinsip dalam perniagaan..
    berani ambil risiko tetapi jgn bertindak melulu tanpa usul periksa....(mcm kakak mithali...nex time...try dlu barang tu bru jual kat org..)jual barang yang kita sendiri suka.... pasal kita tau mana yg bagus dan mana yang x bagus...betul x?



    so kalau nk tnye pasal perniagaan...leh tnye sye...hehehehe....adalah sedikit ilmu yang boley dikongsi...

    ReplyDelete
  11. jom join blog saya...

    http://jbowithdetectivenie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. The Buddha tells the people he can fulfil only one of their wishes. Someone asks: “Could you lower the price of property in China so that people can afford it?” Seeing the Buddha frown in silence, the person makes another wish: “Could you make the Chinese football team qualify for a World Cup?” After a long sigh, the Buddha says: “Let’s talk about property prices.”

    (from http://www.economist.com/node/21541716)

    ReplyDelete
  13. ni jeles ni email aku pendek je pun, dr thn lepas anta tak reply pun lagi, boikot lah macam neh

    ReplyDelete
  14. err, email mana ni, boleh re email tak?

    ReplyDelete
  15. Hamka,

    terima kasih banyak2 reply email aku...

    ReplyDelete
  16. Hamka,

    Terima kasih banyak2 reply email aku.. aku sangat hargai dan aku akan ikut pendapat kau tu...

    ReplyDelete
  17. adus. sedih baca kisah ni. byk orang kene tipu sejak zaman internet ni ada. saya pun pernah kene. Ingat lah kalau orang yang kite tak kenal jangan la. Pakai la C.O.D. cash on delivery . saya kene 300 jer . serik seumur hidup.. huhuhu

    lawati blog saya

    ReplyDelete
  18. encik hamka, dah ulas ke pasal MLM? hmmm, malas nak cek entry lepas... hehe! boleh bagi link? tq... haha!

    ReplyDelete
  19. Salam Dunia 1 Akidah
    Maaf yer akak dan bhai kereta mayat

    dalam dunia bisnezz untung rugi tu biasa jer kalo setakat RM2000 tu kira kecik jer kak aii ... aku pun bisness bukan 2000 .. dah RM200,000.00 ++++++ rugi tapi alhamdulillah masih boleh bernyawa, makan minum mandi berak buat anak semua cukup yang penting dalam diri kita setiap perbuatan mesti ikhlas dan kena jujur pada diri sendiri dan kalo ada keuntungan jangan buat-buat lupa bayar zakat ker bagi anak-anak yatim makan ker dan yang paling penting jika berlaku kerugian atau ditipu kita kena redha dan lapangkan hati bersyukur kepada allah s.w.t kerana memberi petunjuk awal diatas kegagalan ... inbsyaalah kalo hari ni akak rugi RM2000 satu hari Allah akan ganti kat akak RM200,000.00 insyaallah ... semoga akak teruskan berusaha dan jangan putus asa ....

    komen ini percuma tak payah nak bayar wohahahahhaha

    ReplyDelete
  20. ermm, also like blog shahabuddeen jalil.. byk bukak minda. ;-)

    -Misz-

    ReplyDelete
  21. Salam Hamka.. bila buku nak siap wehh.. tunggu lama dah nih hehe.. satu lagi.. Hassan Ali dan Kuasa Ketiganya.. kalau jadi, ko nak join tak? Rasanya macam sesuai je dgn ko (dan aku), orang atas pagar.. rakyat yg konpius..

    ReplyDelete
  22. Admin..
    Blog anda telah ditambah di blog
    banitamim.blogspot.com atas maksud pengisian dakwah. Mohon keizinan ya!

    SEJARAH . KOSPIRASI . BERITA . DAKWAH

    ReplyDelete
  23. Assalam

    Kena tipu bermakna kena aniya.
    Doa orang teraniya tiada hijab disisi Rabb, walaupun orang kafir.

    Ucaplah inalillah...(walaupun telah lama berlaku) dan redha dengan qadar/ketentuan Rabb dan doa.

    Cadangan...doalah agar sipenipu diberi hidayah dan menjadi makhluk yang terbaik disisi Rabb. Selepas itu, semua kebaikan dia dan keturunan dia...akan masuk saham akhirat Puan. Siapa kena tipu dengan siapa sekarang? he..he

    Sesungguhnya disebalik setiap kesusahan pasti ada hikmahnya.

    Tolonglah selitkan nama saya sekali dalam doa Puan.

    Khalid

    ReplyDelete
  24. Syafiq Ahadin : encik hamka, dah ulas ke pasal MLM? hmmm, malas nak cek entry lepas... hehe! boleh bagi link? tq... haha!

    KM: ini liknya: http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/mlm-apa-kata-pakcik-keretamayat.html

    -------
    Komeng: Salam Hamka.. bila buku nak siap wehh.. tunggu lama dah nih hehe..

    KM: sabor, sedang bertekak dengan penerbit dan disigner, jap lagi kami berbaik, he he

    Ps: komen Khalid terbaik! Like!

    ReplyDelete
  25. saya dah reemail, hampir sebulan yg lepas, silalah balas email saya, tnya soklan biasa2 je, just nak clarification yang buat more confident je, terima kasih:-)

    ReplyDelete
  26. boleh tahu email anda?

    dan adakah anda menghantar di keretamayat at gmail dot com?

    ReplyDelete
  27. Gunalah hak pengguna anda. Pergi tribunal pengguna dan buat tuntutan. Tapi cik nak kena dapatkan alamat penuh atau pergi sendiri ke syarikat itu untuk serahkan surat kepada mereka.

    ReplyDelete
  28. leman decaprio ye ye.. ------ Nerzhul Boleh sangat, bila makan, semua orang kena makan, bila saya bayar, semua kena bayar! Woha! ---------- Miesz Niza pandai -------- Skymatrix Akak tu email tahun lepas, kira dah sampai tahap sabar kepada pasrah kepada redha -------- cik kompas wow --------- heal man muka kau ada iras AC mizal ke? ---------- mama rocks tak solat? *&*^&^% (rujuk enry lepas)

    ReplyDelete
  29. buy tramadol online tramadol addiction in dogs - tramadol hcl 30

    ReplyDelete
  30. xanax online xanax generic reviews - xanax dosage in children

    ReplyDelete
  31. buy discount tramadol tramadol hcl 37.5 mg - buy tramadol hcl

    ReplyDelete
  32. buy tramadol online buy tramadol online no prescription mastercard - tramadol for dogs and humans

    ReplyDelete
  33. http://landvoicelearning.com/#63987 buy cheap tramadol no prescription - ultram tramadol made

    ReplyDelete
  34. purchase tramadol tramadol 50 mg recommended dose - where to buy tramadol for dogs

    ReplyDelete
  35. learn how to buy tramdadol tramadol (ultram) must be used with caution in persons with - tramadol hydrochloride 50 mg recreational use

    ReplyDelete
  36. Jana pendapatan disini
    http://superpay.me/members/withdraw/list.php?refid=363775

    ReplyDelete
  37. Apk Write For Us
    The Android Apk Blog is a source of unique content realted to Apk, Seo, Technology & Digital Marketing

    ReplyDelete
  38. Your essay outperforms the competition. BookMyEssay offers reliable
    Python assignment help online, ensuring students receive expert assistance, timely submissions, and top grades. Trust our professionals for Python assignment excellence.

    ReplyDelete
  39. The Android Apk Blog is a source of unique content related to Apk, Seo, Technology & Digital Marketing

    ReplyDelete