Dec 15, 2011

Pencen umur 60 tahun?

(Khas buat semua kakitangan awam, mari mimum kopi sambil dengar taklimat percuma dari Pakcik driver keretamayat)

Sempena isu SBPA pekerja kerajaan, apa kat kita layan soalan dari salah sorang kakitangan kerajaan yang di rahsiakan pejabatnya.

Soalan pembaca:

Salam.

Terima kasih kerana membuat blog yang menjadi rujukan pertama kepada saya dalam semua perkara. Ni nak tanya, saya ni pekerja kerajaan, sekarang semua orang sibuk berbincang tentang isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan. Saya nak tanya, mana lebih baik, ambil pencen 60 tahun, atau bersara awal? Sekarang kami di beri option untuk memilih, jika pilih skim baru, gaji naik, tapi kena bersara umur 60 tahun, sedey..., tapi jika pilih skim lama, bersara awal tapi gaji tak naik, ada tak pendangan islam tentang kaedah bersara?

Jawapan dari Keretamayat:

Gila kau jadikan aku rujukan pertama dalam semua perkara, aku sendiripun selalu merujuk kepada orang lain, dan kadang kadang aku merajuk macam orang tua bila bini aku enggan memakai baju tidur seksi yang aku jahit sendiri, dan itu cerita lain.

****

Bab bersara umur 60 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 60 tahun, sebab orang macam korang, (Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim penven umur 70 tahunpun, korang ambiklah.

Tapi jika korang bosan dengan kerja, pergi kerja lambat suruh kawan punch in, lepas tu buat kerja lembab nak mampus, selalu bermuka bosan, ponteng kerja tu selalu, mengular usah cakap, dan pergi kerja asyik bincang tentang isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan tak sudah sudah..

Nasihat aku, korang tak payah ambik pencen umur 60 tahun, korang akan menyusahkan rakyat, ambil pencen awal pun tak payah, 40 tahun ke, 55 tahun ke, jangan!, aku nasihat, korang elok berhenti terus!

Buat bazir duit kerajaan jer bagi korang kerja, tapi pergi kerja, buat kerjanya sikit, tapi sibuk ‘mengeteh’ sambil bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan yang tak sudah sudah, buang current jer!

Henti Hentikanlah bincang isu yang tak boleh selesaikan masalah, bila korang bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan kat kedai kopi waktu ofis, bukannya boleh selesaikan masalah, orang bodoh jer bincang perkara yang tak boleh selesaikan masalah, sebab tu ada member aku, seorang usahawan yang berjaya, dan bila di tanya apa rahsia kejaaannya, salah satu yang dia kongsi adalah: jangan lepak dengan pekerja kerajaan yang bodoh di kedai kopi.

Siapa pekerja kerajaan yang bodoh? Mereka adalah orang yang selalu bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan dengan penuh semangat dan emosi, terutama di kedai kopi, tapi hasil perbincangan tu tak selesaikan masalah apa apapun, buat kering air liur jer bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan, sebab korang bukan bincang di peringkat cadangan, tapi bincang di peringkat ‘kedai kopi’. tak ke Bengong?!

Tak puas hati tentang gred?, naik pangkat?, dan pencen lambat?, elok berhenti terus, pergi bukak kedai kopi, dan berbincanglah perkara yang boleh selesaikan masalah seperti isu masjid kosong, isu Al quran jarang di baca atau isu ekonomi, seperti meluaskan networking, cari pasaran baru dan memantapkan produk. Faham?!

So, nasihat aku kepada semua kakitangan awam:

SUKAILAH KERJA ANDA, DAN JIKA TIDAK SUKA, CUBALAH UNTUK SUKA, DAN JIKA TIDAK SUKA JUGA, ELOKLAH BERSARA TERUS, KERANA, SESIAPA YANG SUKA DENGAN KERJA DIA, MAKA DIA TELAH BERSARA PADA HARI PERTAMA DIA BEKERJA.

(nota bagi pekerja kerajaan yang slow: ‘Bersara’ sebab seronok bekerja sehingga tak terasa bekerja, tapi rasa sedang bersara, tak paham lagi memang lembab, elok berhenti terus)

Jadi, bila korang dah ‘pencen’, tak payah risau lagi tentang bersara awal, bersara umur 60 tahun ke, 80 tahun ke, kerana korang sudah seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, tahniah!

Pergi mampuslah dengan kawan kawan korang yang habiskan masa dikedai kopi waktu pejabat sambil bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan, mereka sebenarnya musuh Negara sebab bazirkan wang rakyat.

Akhir kata:

Please, tolong stop berbincang isu-isu yang tidak meningkatkan iman atau isu yang tidak boleh selesaikan masalah, Jadi, mulai esok, mulakan tajuk perbincangan ilmiah di kedai kopi dengan soalan:

“korang pernah baca blog keretamayat tak?”

Woha!

Ps: Jika aku pekerja kerajaan, aku akan ambik pencen paling maximum, jika bersara 80 tahun pun aku ambik, sebab aku memang akan suka dengan kerja aku, so aku dah ‘bersara’ dah, dan andai kata, aku rasa tension dengan ‘aktiviti bersara’, aku akan ambik cuti tanpa gaji untuk mengembara, atau berniaga, dan apabila dah penat mengembara atau berniaga, aku akan masuk pejabat balik, eh, silap?, aku akan ‘bersara’ balik. Hah!, mana kerusi roda pakcik?, nak pergi 'meeting' kat kedai kopi macam orang bersara jap, woha!

65 comments:

  1. kasihan pada budak budak muda sebenarnya. terpulang

    ReplyDelete
  2. saya pekerja kerajaan saya suka entry ini... huhuhuhuhu.. sempatkah umur ku utk ber sara 60 thn??

    ReplyDelete
  3. Dalam DIALOG semalam bersama Tan Sri kita boleh pilih SBPA tp bersara tak cukup 60 pn takpe.

    ReplyDelete
  4. post tak meningkatkan iman...

    ReplyDelete
  5. abg hamka plak tergolong dlm golongan mana? hahahaha

    ReplyDelete
  6. 2nd......first time nie

    ReplyDelete
  7. salam tuan,
    saya rasa penjawat awam yg tya soalan tu tak faham sebab option SBPA dengan paksa bersara dua perkara yang berbeza.. kita boleh pilih untuk bersara 60 tahun kalau kita tak mahu.. saya baru dengar taklimat tadi dan juga Dialog dgn Tan Sri KPPA mlm tadi dan itulah info nya..

    setuju sgt2 dengan ayat tuan berkenaan keseronokan bekerja.. kita bekerja mesti ikhlas bukan nak harap gaji je naik keje tak mau.. mmg kalo pe'el mcm tu, keje kerajaan ke swasta ke mmg layak kena berenti... geng2 mengeteh kedai kopi ni biasanya malas keje suka sembang..harap penjawat awam suma bermotivasi tinggi dan menerima dgn hati terbuka.. salam

    ReplyDelete
  8. Kerja juga ibadah. Tapi kalau curi tulang je atau keja tak amanah, macamana nak jadi ibadah? Apapun kena ingat keja apa pun, kena niat kerana Allah, baru seronok. Keja rasa mcm bersara & bersara rasa mcm keja.

    ReplyDelete
  9. Kerja juga ibadah. Tapi kalau curi tulang je atau keja tak amanah, macamana nak jadi ibadah? Apapun kena ingat keja apa pun, kena niat kerana Allah, baru seronok. Keja rasa mcm bersara & bersara rasa mcm keja.

    ReplyDelete
  10. keje lama2 kalau tak boleh perform nak buat pe? baik dok rumah jaga cucu lagi baik.. huuuu

    ReplyDelete
  11. boleh tak aku cakap ramai orang minat keje kerajaan sebab dapat wang pencen dihari tua?? ok kalau tak boleh...sila abaikan.

    ReplyDelete
  12. dulu saya prakrikal di pejabat kerajaan, banyak betul makan-makan.



    ituje.
    okebai.

    ReplyDelete
  13. ADOIII sakit perut aku baca hang punya leteran nie .... wohahahahhaha

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Aku berusia 32 tahun tapi dah "bersara" pada hari pertama bekerja sebab aku suka dengan kerja yang aku buat...kerja swasta je pun...

    Memang banyak yang tak setuju bersara pada usia 60 tahun tapi cuba tengok...ramai yang bersara pada usia 55 tahun lepas tu masih cari kerja dan bekerja semula sebab kos sara hidup yang tinggi & duit pencen tak cukup...kena plak pada mereka yang tak berapa cekap uruskan kewangan, ada yang masih ada anak yang sekolah (mungkin kes kawin lambat atau tambah cawangan) atau banyak hutang...

    Cuba tengok,baca,dengar & paham btol2 secara detail apa kandungan yang termaktub dalam pelan persaraan 60 tahun or SBPA tu...(Aku minta isteri aku pahamkan btol2 sebab dia kerja kerajaan pastu buat pilihan yang dia rasa terbaik)

    Kalo orang paham rasanya takde la nak bangkang atau tak puas hati tak tentu pasal, yang ada hanyalah keluh kesah individu yang dalam dilema samada nak bersara 55, 56, 58 or 60 tahun...

    Mohonlah pada Allah agar kita dapat yang terbaik dalam melayari kehidupan dunia dan akhirat.

    Sekadar pandangan...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  15. kerja kerajaan atau swasta, kalau dah kaki mengular, mengular jugak..

    yg penting sikap individu tu sendiri..

    tak semua kerja dalam kerajaan punya byk masa utk dok kat kedai kopi...

    kalau boleh pencen awal, pencen je lah.. bykkan masa utk agama pulak..

    ReplyDelete
  16. ada borang opsyen la..yang mn nk pilih 55 ke 56 ke 58 ke 60 ke..pilih jelah..xde nyer wajib 60 kecuali lantikan 2012

    ReplyDelete
  17. kena paham betul2 sebelum sign up 60 tahun...

    ReplyDelete
  18. saya suker ngan entry ni...dan sgt bsetuju dgn sumer yg dinyatakan oleh en.hamka...mane2 pekeje gomen yg bace,kalo anda tgolong dlm golongan ni,jgn nk mlenting x tentu pasal ye,muhasabah diri anda dulu. harus diingat, korang ni dh berada dlm zon selesa, so jgn nk demand lebih2...bersyukur hoccay..!

    ~akmar~

    ReplyDelete
  19. Assalam

    pencen kerja dunia, 60 tahun
    pencen kerja agama, sampai mati
    kerja dunia untuk agama
    kerja agama untuk semua

    Bakh! Bakh! Bakh!
    110%

    ReplyDelete
  20. Salam KM,

    Kalau kita nak kerja tak perlu fikir,nak pencen bila...55/56/58atau 60.

    Yang penting kerja mesti ikhlas,
    siapkan kerja dlm tempoh yg di beri,kerja untuk esok lain cerita...

    Pasal gaji pulak,rezeki Allah .....

    Apa yang nak di sibukkan....
    Buat kering air liur aje...

    Betul kata KM,tak perlu kepoh...

    ReplyDelete
  21. bersyukur and
    berpijak di bumi yg nyata
    mna langit di junjung di situ bumi di pijak

    ReplyDelete
  22. Buat pilihan terbaik,
    kerja kerana Allah,
    itupun kebajikan :)

    ReplyDelete
  23. Umur 60 thn, g keje bwk bekal ubat satu tupperware, ganti nasi...

    ReplyDelete
  24. salam..mr Hamka..minta share..

    ReplyDelete
  25. aku sokong, pada yang malas buat keje bersara la awal, biar byk skt kekosongn keje gomen tu, mn tau aku yg takde keje tetap ni boleh isi kekosongan ni, hehe

    dan yg suka berblogging masa keje pn blh bersara jugak, company tak bayar gaji tuk blogging masa keje, Eh!!
    hahaha

    ReplyDelete
  26. =D menusuk ke jantung!
    syabbas..

    ReplyDelete
  27. kerja aku ja yang tak dak tempoh bersara.

    dan tak dak pencen.

    kalau bersara pun time tu uniform aku putih pastu hang la kena bawak aku naik keretamayat. masuk kubuq.

    kahkah.

    ReplyDelete
  28. kalau anda tak sukakan kerja anda, anda sudah bersara pada hari pertama anda bekerja.

    nice words.

    ReplyDelete
  29. AKu dah pencen pada umur 35 tahun (dah 10 tahun kerja) sebab: aku dah tak ikhlas, asik ngular, makan gaji bute, dah boring, tak seronok, takut makan duit haram bagi anak bini makan. Skg tengah cari keje yg seronok, eh ade ke keje yg aku seronok?

    ReplyDelete
  30. Pok Ka (jgn bce pok key) yg best... Ape jwpn yg bernas nk bgtaw kt mber2 yg bile kite nk msuk kije awl je, dorg ckp 'awal lg bro...rileks la...' aku lak yg jnis slow, mmg trus tbantut niat murniku...

    ReplyDelete
  31. terbaik bang Hamka. dulu saya praktikal di jabatan kerajaan,
    pkul 8 makan, pkul 10 makan, tengahari makan, kul 4 plak makan lagi (minum petang). gosip sana-sini. menyesal praktikal situ..

    ReplyDelete
  32. Salam,

    (sekadar perkongsian)

    Tahun lepas, sempat dengar sekumpulan jemaah sedang bercerita ttg kebesaran Allah...

    Dalam bab kerja(niaga), Nabi Muhammad s.a.w telah melaluinya sebelum umur 40 tahun dan telah 'bersara' awal pada umor 40...

    Selepas umor 40, nabi telah sibukkan diri dengan kerja dakwah (akhirat)...

    -putat-

    ReplyDelete
  33. yeke nabi pencen umur 40 da dia jdi pembesar madinah tue bukan keje name nye...Tak setuju sgt la alasan akhirat kata pencen....bukan ke tiap masa kite beribadat n kje itu 1 dr ibadat kite.....
    Cuma cara kite tafsir kn kje itu...mcmana nk ada duit klu x kje....

    ReplyDelete
  34. point artikel ni is kerjalah bersungguh-sungguh...tapi kalo kije pn malas2 menyusahkan org, bukannya baik bersara, baik berhenti terus.

    memang kerja itu ibadat, tapi cuba rujuk sini:

    http://keretamayat.blogspot.com/2011/12/kerja-pun-ibadat.html

    ReplyDelete
  35. buat la kerja apa pun.. asalkan halal dan tak menghalang dari kerja sebenar sebagai umat terakhir..

    ReplyDelete
  36. pembetulan kpd ayt Faiza asimo
    'mcmana nk ada duit klu x kje'....

    kita perlu kerja tp ykinla Allah yg bg rzki pd sy.bkn pkrjaan sy dan bkn jgk duit sy..

    ReplyDelete
  37. kesian pulak org keje gomen ni korg hentam... keje swasta ke gomen ke bole ke memandu kite sume utk bjumpa Allah... ape yg diorg buat atau ape yg korg buat atau ape yg org swsta buat, kite kah yang mengadilinya d pdg mahsyar nanti... walaupun klu ikut kira2 diorag buat suatu ksalahan... patut ke kite ni tergolong dalam golongan pencaci? adakah kite merasa diri lbh baik dr mereka2 yg di caci? hati2 dlm bkata2 dan menulis tuan kereta mayat.. jgn kerana penulisan tuan, suatu hari nanti tuan akan dprtanggungjawabkan kerana melahirkan ramai pencaci... jenuh nak jawab beb... sbb msg2 mnyalahkan org lain ari tu... hanya menasihati tuan sesama muslim..

    ReplyDelete
  38. pak maon, malam ni ada pesta muda mudi...jom la join kita twist sama2...

    ReplyDelete
  39. UMUR DAH MENCAPAI 40 SEN , YANG UMUR 20SEN , 30SEN +++ AGAK AGAK NAK TERUSKAN BOLE LAHH.. HIDUP NI SAMPAI 60 - 70 SEN JEEE..INSYALLAH KALO SAMPAI .. ( ENTRY AKU MENINGKATKAN IMAN TAK )!!!!

    ReplyDelete
  40. pak maon da gout la skymatrix... skang ni tgh makan gamat laut ni... bismillah... org gomen... ape la susah sgt nk pk... wat la solat istikharah... hehe... hadapilah sbpa kamu dgn solat dan sabar tuan2... x yah tgu omar osman jmpe pm najib... n klu gaji da naik nanti jgn la pulak korg wat refinance... hehehe...

    ReplyDelete
  41. betol 2 WADI AR...sian budak muda nie...termasok la aku...heheeh:)

    ReplyDelete
  42. saranan PA,

    Pm jarang bagi naik gaji cenggitu, so amek jelah, bukan selalu naik kan? Lagipun umur kite ntah sampai 60 kite tak tau, kot2 esok luse ??

    yg muda2 tetap ade kerja. tak payah nak koya kasihan bagai. korang tetap ade peluang. yg sain SPBA kata setuju, korang still boleh pencen awal kalau tak nak pencen 60 thn.

    kesian kat bos aku, ke sana ke mari nak attend meeting wat dasar baru ni tau!! korang yg tak nak tuh, terpulang lah.. pekeliling boleh berubah. akan datang kite tak tau kan??

    renung-renungkan~

    Sekian, Cik PA

    ReplyDelete
  43. Jawab mana yang sempat.

    kasihan pada budak budak muda sebenarnya. Terpulang

    (Kepada Budak muda, tolong jadikan kerja makan gaji, sebagai alternative terakhir dalam kerjaya, ceburi bidang ushawan dulu, please.)

    post tak meningkatkan iman...

    (setuju)

    abg hamka plak tergolong dlm golongan mana? Hahahaha

    (aku driver keretamayat yang bawa mayat dari mayat gaji kecik, hingga gaji besar, ha ha)

    harap penjawat awam suma bermotivasi tinggi dan menerima dgn hati terbuka.. salam

    (bukan semua pekerja kerajaan teruk, tertaluk kepada apa yang aku tulis tu lah)

    Apapun kena ingat keja apa pun, kena niat kerana Allah, baru seronok. Keja rasa mcm bersara & bersara rasa mcm keja.

    (aku rasa, aku miss something here, pekerja kerajaan sekarang tak seronok bekerja, lalu lepak di kedai kopi waktu pejabat macam orang bersara, elok bersara terus!)

    keje lama2 kalau tak boleh perform nak buat pe? baik dok rumah jaga cucu lagi baik.. huuuu
    (Setuju)

    boleh tak aku cakap ramai orang minat keje kerajaan sebab dapat wang pencen dihari tua??

    (Dulu, pekerja kerajaan mudah di terima pinangan, sebab ada pencen, he he he)

    dulu saya prakrikal di pejabat kerajaan, banyak betul makan-makan.

    (cuba check katering tu, ada anak beranak dengan pengarah tak?)
    Aku berusia 32 tahun tapi dah "bersara" pada hari pertama bekerja sebab aku suka dengan kerja yang aku buat...kerja swasta je pun...
    (Tahniah!)

    tak semua kerja dalam kerajaan punya byk masa utk dok kat kedai kopi...kalau boleh pencen awal, pencen je lah.. bykkan masa utk agama pulak..

    (tak setuju tunggu pencen untuk banyakkan masa pada ugama, do it now)

    pencen kerja agama, sampai mati

    (kadang tu, kat padang masyar pun kena kerja lagi, selamatkan ummat, jadi saksi, bla bla bla, yang penting : seronot!)

    Umur 60 thn, g keje bwk bekal ubat satu tupperware, ganti nasi...

    (boleh borak pasal ubat pulak, he he)

    kerja aku ja yang tak dak tempoh bersara.dan tak dak pencen.kalau bersara pun time tu uniform aku putih pastu hang la kena bawak aku naik keretamayat. masuk kubuq. kahkah.

    (kah kah, saje jawab komen)

    kalau anda tak sukakan kerja anda, anda sudah bersara pada hari pertama anda bekerja.

    (macam salah jer)

    AKu dah pencen pada umur 35 tahun (dah 10 tahun kerja) sebab: aku dah
    tak ikhlas, asik ngular, makan gaji bute, dah boring, tak seronok, takut makan duit haram bagi anak bini makan. Skg tengah cari keje yg seronok, eh ade ke keje yg aku seronok?

    (Jika engkau bekerja sebagai tisu tandas, hari hari lap jubur orang, tiba tiba tukar ke department cuci gigi, menjadi berus gigi, maka tentu kerja kau lebih seronok dari tisu tandas.)

    awal lg bro...rileks la...

    (macam orang pencen tu, relek ar bro)

    terbaik bang Hamka. dulu saya praktikal di jabatan kerajaan,pkul 8 makan, pkul 10 makan, tengahari makan, kul 4 plak makan lagi (minum petang). gosip sana-sini. menyesal praktikal situ..

    (dapat makan banayk dan free, menyesal apa pulak?ni mesti tak dapat tawaran ni)

    Selepas umor 40, nabi telah sibukkan diri dengan kerja dakwah (akhirat)...

    (Nabi, di mahsyar akan terus menyelamatkan ummat, dalam shurga masih risau pada ummat islam dalam nerka, Nabi tak pernah pencen sehinggal semua orang yang pernah ucap kalimah, masuk shurga)

    buat la kerja apa pun.. asalkan halal dan tak menghalang dari kerja sebenar sebagai umat terakhir..

    (jangan tunggu pencen baru nak ikut si Azhar ni.., )

    hati2 dlm bkata2 dan menulis tuan kereta mayat.. jgn kerana penulisan tuan, suatu hari nanti tuan akan dprtanggungjawabkan kerana melahirkan ramai pencaci... jenuh nak jawab beb... sbb msg2 mnyalahkan org lain ari tu... hanya menasihati tuan sesama muslim..

    (ok)

    ReplyDelete
  44. bukit kalau di tarah, lama2 goldol juga. harta (jika ada) kalau digunapakai (selepas bersara) lama2 habis juga. ada duit pencen tapi kesihatan tak bagus, tak guna juga. untuk menjamin kebajikan masa tua, jagalah kesihatan & simpan la harta yang mencukupi (jangan lupa bayar zakat). kalau harta tak cukup, kerja la sampai usia 60tahun. buat kerja betul2 supaya wang gaji tersebut berkat.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Salam...
    bg aku "bersara" tu maksudnya tukar uniform je. kalau tak jadi sekuriti, bawa teksi.

    Sarjan Misai

    ReplyDelete
  47. orang pencen akan alami penderitaan,

    Hari minggu yang menyesakan...

    ReplyDelete
  48. KONONNYA MISTERI...
    NAH! AMBEK HAHAHAH :D

    ReplyDelete
  49. Al-fatihah

    http://www.duniajunko.com/2011/12/pemandu-van-jenazah-maut-di-van.html

    Tuan Hamka hati-hati bawa van jenazah ye...

    Peminat blog KM

    ReplyDelete
  50. pemandu keretamayat jadi mayat.., oh, terharunya, tapi itulah hakikat.

    ReplyDelete
  51. jatuh cinta pada kerjaya.. akan menghasilkan satu nikmat yang luar biasa.. biar lah berapa lama.. janji ikhlas..

    ReplyDelete
  52. Bekerja dgn minat dan nawaitu kerna-NYA lebih baik daripada bekerja kerna dipaksa.

    Peniaga Pasar Malam,
    -Mas Joko

    ReplyDelete
  53. umur saya 28 tahun,
    kawan2 saya ramai bekerja di government.saya tidak.
    kawan2 saya ramai berbincang berkenaan SBPA di warung muka buku.
    saya yang bekerja di swasta terpaksa ambil peduli sebab mereka sentiasa update status di warung kopi itu.tak pernah tutup, 24 jam.
    selepas hampir sebulan saya rasa sangat muak dengan status "tak faham dengan SBPA"
    kawan2 saya semua universiti graduan dan tak faham apa yang telah ditulis dan diterangkan?
    Musykil.

    Semoga mereka2 ini lebih terang hati dan terbuka minda di kemudian hari.

    ReplyDelete
  54. kesian pekerja swasta yang lepak dengan pekerja kerajaan sekarang,

    apa kata bincang isu hangat baru di FB sekarang, pepetah keretamayat, woha!

    ReplyDelete
  55. Ramai juga pekerja kerajaan yg baca blog ni waktu pejabat ye... Hari2 dtg ofis layan blog, mukabuku dan mudah.com...hahaha..

    ReplyDelete
  56. Saya nak baca pekeliling yang wajib ditandatangani tu, mana nak tengok ya.

    ReplyDelete
  57. Kerja adalah ibadah.. maka tunaikanlah ia selagi anda tidak menjadi mayat..

    ReplyDelete
  58. tolong bg cadangan artikel-artikel keretamayat yang best untuk orang yang bakal berumahtangga dalam masa seminggu lagi.yang aku tau, 'rumahku syurgaku', then lagi?

    ReplyDelete
  59. isteri yang dingin, suami yang dingin, silence enjoy.., suami yang lupa

    ReplyDelete
  60. Patut takpe, kerja jer la kat kerajaan sampai rumah kata pergi, Kereta Mayat kata mari.....haha

    ReplyDelete
  61. Salam.sy sangat2 berminat untuk kerja sebagai pemandu van jenazah..jika ada siapa2 yg berminat untuk menggajikan sy boleh terus talipon sy di no 0129940571.usia sy baru 23..area johor bahru & pasir gudang & kota tinggi..sy ada lesen memandu D..sekian dan salam.

    ReplyDelete