Nov 4, 2011

Apa itu Perangkap hidup?

(Lagu latar entry ini: Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji.. Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..Woha!)


Ok, aku perasan sibuk, tapi nak update blog jugak, maka buat kali kedua dalam sejarah blog keretamayat, aku jemput penceramah luar menghias nota kepada diri sendiri-enjoy!

Copy/paste dari blog Shahabudeen Jalil.

******

Memulakan Perniagaan Untuk Menjadi Bebas Adalah Perangkap Hidup

Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.

Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar.

Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.

Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.

Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun ‘masa hadapan’ ini tidak muncul-muncul.

Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.

Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.

Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?

Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.

Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.

Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.

Nikmati setiap saat dalam hidup anda.

sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

*****

End copy/paste:

Ps: gambar di ambil di daerah kuantan pada suatu petang, takde apa apa simbolik, tapi ada astro tu!! Woha!

(Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji.. Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..Woha!)

80 comments:

  1. my name ingatilah mati...
    Thnks kt abg karkun sudi kongsi...
    InsyaAllah amal n smpaikan..

    ReplyDelete
  2. ayat pendeknyer : money is not everything ....... good artikel.

    ReplyDelete
  3. SYUKUR itu petua bahagia paling mudah.. :)

    ReplyDelete
  4. selamat raya korban keretamayat. tahun ni wat korban ke?

    ReplyDelete
  5. ramai tertipu dengan dunia - itulah kesimpulan nya
    NAU'ZU BILLAH

    dengan harapan akan hidup senang di masa akan dtg,

    kita terkorban masa senang kita skrg
    sedangkan 'masa dpn' yg dijanjikan kdg tak jadipun

    brp ramai student ipt, baru grad, lum grad, tp dah pergi utk selama2nya...

    kesian jugak ye
    kerana dunia, manusia bersusah payah

    umah miskin kayu pun nak ada astro..

    itulah dunia-dunia

    "done-ya"

    NAU'ZU BILLAH

    DOAKAN SY

    ,yg kerja kuat2 spi tua
    anak tak di berikan agama

    last2 anak suh upah haji je utk arwah ayah

    NAU'ZU BILLAH

    "Sesungguhnya setiap umat ada fitnahnya, dan fitnah bagi umat ku adalah dinar&dirham(wang ringgit)"



    Sepatutnya kita "gunakan" duit
    (utk kebaikan)
    bukan duit "gunakan" kita
    (apatah lagi utk keburukan)

    NAU'ZU BILLAH

    ReplyDelete
  6. Aku nak pasang perangkap kat KEretaMayat hahaha

    ReplyDelete
  7. salam semua...sgt setuju...nikmati hidup kiter sekarang bersama keluarga disamping mencari bekalan di akhirat kelak...apa2pun salam aidiladha buat hamka sekeluarga dan reader keretamayat...

    ReplyDelete
  8. perangkap! menangkap!

    ReplyDelete
  9. hidup jangan terlalu memikirkan duniawi, kelak kitakan rugi=))

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..
    Happy Friday!! — at Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

    ReplyDelete
  10. err...umah tu ada orang duduk lagi ke...semak samun semacam je. sebenarnya aku tgh stress, setelah baca entry ni aku semakin stress??..eh tak tak tak... :p

    ReplyDelete
  11. Salam semua.... saya rasalah jika Allah memberi ruang kepada kita untuk jadi kaya melalui perniagaan, ia adalah dugaan yang paling dahsyat dengan syarat kita masih mampu berjihad mengekalkan iman walaupun sibuk...bukankah kita menjadi khalifah dan hamba NYa yang diingini. Tak salah jika nak rasa senang dengan memilih berniaga kerana dengan perniagaan kita mencipta pekerjaan kepada yang lain...umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.Janganlah kita takut menghadapi dugaan Allah.

    ReplyDelete
  12. Salam.., benar nukilan sdr shahabudeen. Manusia harus fikirkan purpose sebenar Allah kurniakan nyawa buat kita.

    Dari-Nya kita dtg, kepada-Nya kita kembali...

    ReplyDelete
  13. Kat kwsn perindustrian bangladesh sekitar dhaka, aku penah masuk satu rumah yg mana lantainya tanah, dindingnya rumahnya dan beratap canvas plastik yg bersambung dgn dinding kilang sebelah. Ahli keluarganya dlm 8 org. Kalau nak ke tandas, masok la dlm semak.. nak mandi tu, satu kampung kongsi kolam seluas 500m persegi.
    Bila aku compare setinggan kat msia, rupanya2 masih mewah berastro n atap zink berpeti ais lagi kalau nak compare dgn diorg..
    Tengok org2 nih selamba hidup serba kkurangan.. aku pun rasa mcm kerdil dgn org yg ku nak jumpa tu, nak bawak dia yg menyara 7 org dlm tanggungan utk keluar 4 bulan.. tak masuk akal! Bisikku..time khususi tu die perasan aku yg tengah bfikir..lalu die tanya kat aku, apa yg kau bingungkan?

    Aku tanya dia..
    dlm kkurangan begini, masih jugak dpt teruskan kehidupan.. awak bahagia ke?
    Die senyum pastu mnjawab, sebenarnya org paling kaya tu, org yg tak punya banyak pergantungan terhadap benda2 dan selain Allah.
    Org yg miskin tu, org yg punya banyak pergantungan terhadap benda2 keduniaan dan kemewahan.. awak akan faham ini hanya bila hati cinta kpd agama...

    Pendek cerita, Inilah antara episode hidupku berjumpa dgn orang yg paling bahagia dlm dunia yg pwrnah aku jumpa..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya jugak buat semua bakal mayat sekalian, hati hati bawak kereta balik kampung, jika korang terkorban, 3 hari tahlil makan daging korban.., isk..

    ReplyDelete
  15. kesenangan itu ujian
    kesusahan itu juga ujian

    selamat hari raya bro!

    ReplyDelete
  16. nimati hidup ini sebelum menjadi mayat.

    Selamat hari raya ustaz hamka!

    ReplyDelete
  17. betul...hargai setiap saat hidup anda...
    dan orang disekeliling anda...

    ReplyDelete
  18. ^^"

    betul2..nikmati hidup dengan kesyukuran..

    ReplyDelete
  19. money is the root of evil. ironik sekali gambar tu, rumah buruk tapi ada astro.hahaha..

    ReplyDelete
  20. aku dah bagi salam tiga kali kat rumah tu, tapi takde orang keluar, walaupun ada bunyi bunyian pergerakan manusia, maka aku sangka baik:

    sangka baik aku adalah: orang dalam rumah tu pekak!

    woha!

    ReplyDelete
  21. tambahan yang aku ambik dari mana lupa perawinya:

    " jika anda suka dengan pekerjaan anda, anda sebenarnya pencen pada hari pertama anda bekerja.."

    oh, rupanya aku dah pencen, tu yang ada banyak masa update blog tu, woha! : )

    ReplyDelete
  22. selamat hari raya hamka...
    ble nak publish buku?
    klau aku jadi mayat... aku tak de kesempatan baca dah.
    *nice entry!

    ReplyDelete
  23. aku suruh anak kau bacakan kat kuburlah, he he

    ReplyDelete
  24. salam,

    sesaat yang berlalu adalah telah amat jauh dari kita, manakala sesaat yang didepan telah kita habiskan dengan mengejar sesuatu yang tak pasti...

    ya ALLAH, ampunilah dosa kami semua.

    wassalam.

    ReplyDelete
  25. syaitan goda suruh kita tangguh buat amal kecik dengan janji amal besar akan datang..,

    tapi hari amal besar tak kunjung tiba, keretamayat jer yang kunjung..

    wah, berfalsafah pulak malam malam menjelang raya.., : )

    ReplyDelete
  26. Buat sesuatu yang kita suka, InsyaAllah masalah yg datang jadi nikmat akhirnya.. orang berniaga kata, apa kelasss makan gaji, org berkerja kata, susah berniaga nanti rugi.., pendek kata, lu bahagia, lu pikirlah sendiri.. Selamat menyambut Idul adha, kalau mampu bayar kereta sebulan sekali melebihi RM350, takkan la tak boleh setahun sekali utk sebahagian ibadah Korban...

    ReplyDelete
  27. uuiii ade astro.... biar betul... ke umah si hamka nih...

    ReplyDelete
  28. lata lembik kat raub, ramai jer orang asli dalam hutan tu pakai astro.... berderet... rumah ala kadar jer macam dalam gambar En Hamka..
    Orang asli dah Maju...

    ReplyDelete
  29. hehehehe... teringat pepatah yg bleh buat org fikir panjang...
    "Duit tidak menjanjikan kebahagiaan, apa kan lagi kalau tak berduit"

    hehe...Slamat menyambut Aidil-Adha..

    ReplyDelete
  30. Salam semua,

    Izinkan saya mencelah.

    Ketika zaman jahiliah (sebelum membuat usaha agama) saya selalu berfikiran bahawa kita tidak akan hidup senang sekiranya tidak mempunyai rumah sendiri, kereta baru, isteri yang berkerjaya dan anak2 yg topten dalam karier.

    Fikiran sedemikian bukanlah totally apa yg saya mulai fikirkan, tetapi ia telah lama ditanam dan disuburkan oleh suasana kehidupan sekeliling seperti ibu-bapa, abng akak, pakcik makcik dan saudara mara yg lain. Bahkan pemikiran itu digemburkan di sekolah, organisai, perkhemahan, iklan tv, radio, akhbar dan majalah, dan lakonan filem drama.

    Fikiran tersebut mula menyebabkan saya dan ramai org islam semakin dibelenggu dengan dunia dan mengejar-ngejar dunia sehingga masa untuk agama diabaikan.

    Apabila saya terbaca kisah nabi dan sahabat, saya mula membandingkan kehidupan mereka dgn kehidupan org Islam kini. Sedangkan sahabat telah berjaya menguasai 3/4 dnia. Harta jajahan ROM dan PARSI telah jatuh di tangan mereka. Tetapi mereka masih memberikan banyak harta dan diri untuk agama sehingga kubur mereka ada di seluruh dunia. Apabila ada keperluan dakwah n tabligh di satu tempat mereka akan sambut dan pergi dengan harta dan diri mereka.

    Dan saya juga berfikiran sekiranya mereka mengikut jejak langkah kita hari ini, pastilah Islam hanya ada di Tanah Arab dan sekitarnya shj. Tetapi Islam telah sampai ke seluruh dunia kerana mereka mengamalkan ayat 24 surah At-Taubah,

    Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

    Usaha Agama yg sedang saya lakukan sekarang telah mengubah pemikiran saya terhadap perbezaan keperluan dan maksud. Sahabat mereka mengorbankan keperluan untuk sempurnakan maksud. Tetapi umat hari ini mereka mengabaikan maksud dan berebut menyempurnakan keperluan.

    Just my 2sen.

    Wahuallam.

    ReplyDelete
  31. Assalam

    Seorangi- sahabat rahu. bertanya pada Nabi saw, apakah harta yang terbaik untuk dikumpul? (sewaktu tu wahyu berkenaan harta diturunkan)

    Nabi saw. jawab lebih kurang,
    1. Lidah yang berzikir
    2. Hati yang bersyukur
    3. Isteri yang membantu utk
    persediaan kehidupan akhirat

    Wallahua'alam

    Khalid.
    P/s: dan sesungguhnya hati amat susah untuk bersyukur apabila diuji dengan kesusahan.....

    ReplyDelete
  32. note: mencukil gigi adalah satu sunnah Nabi..

    note: aku sekarang sedang cungkil sisa daging korban.., burp.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  33. note 2: RUMAH AKU TAKDE ASTRO...

    terpulanglah sama ada korang nak simpati atau kagum, he he

    ReplyDelete
  34. Bukan Along Cuma Nak Tolong10:27 PM, November 06, 2011

    hmm.. aku pun memerangkap diriku untuk comment...
    Dunia hanya sementara penuh tipu daya...
    Duit duit dimana kau duit..Makin dicari makin cepat hilang, makin ditambah makin kurang,makin dikejar makin jauh, makin banyak makin tak puas.....Woha!

    Sebenarnya ada antara kita yang nak jadi kaya raya tapi hanya dapat roti kaya bila raya, sebab Tuhan lebih kenal kita dari kita kenal diri sendiri.. bila kita doa nak mintak senang dan kaya dunia akhirat, Tuhan sayang kita jadi DIA pasti perkenankan doa yang dapat selamatkan kita dari api neraka. DIA lebih kenal kita dari kita kenal diri kita.
    So jangan risau sangat la bab dunia nie, kalau kita nak tau sesuatu benda sesuai atau tidak dengan kita cuba sorongkan pada nafsu kalau nafsu suka baik la kita tinggalkan. Tapi kalau nafsu tak suka InsyaALLAH kita teruskan.

    DIDIK NAFSU TERDIDIK JIWA.

    Antara banyak banyak kereta, kereta mayat je yang ada blog. WOHA!

    ReplyDelete
  35. baru saya faham apa yang ayah saya sedang lakukan..Y_Y
    huhu...
    -pyjcth-

    ReplyDelete
  36. Dalam Fadilat Sedeqah ada satu huraian dan saya tersentuh dengan hadis yg lebih kurang menyatakan:-->

    Harta sebenar seorang mukmin hanya terdapat pada 3 perkara:

    1. Apa-apa yg telah dimakan.

    2. Apa-apa yg dipakai sehingga lusuh.

    3. Apa-apa yg digunakan dan dikorbankan untuk agama.

    Selain dari 3 perkara adalah bukan hartanya tetapi harta waris. Kita hanyalah mengumpulkannya.

    Wahua'allam...

    ReplyDelete
  37. tapi aku x brapa nak stuju jugak,.. ramai orang melayu kita terlalu senang lenang dalam perniagaan,.. alasannya nak hidup senang dengan anak2,..

    Tapi, x salah kerja keras, majukan ekonomi umat islam kita sendiri, tgk mcm orang Cina bekerja keras, eknomi negara depa pegang,...

    Money is not everything, but you may think it twice, after making that statement,..:D

    ReplyDelete
  38. Salam..
    Biarlah tiada astro..
    Kerana hiburan membiarkan kita membuat pilihan yang memang nafsu selalu menang tak mahu mengalah
    Terlalu kuat nafsu yang terdidik kerana hidangan angan-angan dan kehidupan dunia yang sgt sementara dan senda gurau
    Kerana tidak kuat utk mengalah kepada nafsu maka seharusnya dibiar dalam keadaan termangu-mangu
    Sudahlah.. Kesian kepada diri yg lemah adalah fikiran org yg beruntung..

    ReplyDelete
  39. @Nabil

    tapi aku x brapa nak stuju jugak dgn kau,.. ramai orang melayu kita terlalu senang lenang dalam amalan agama,.. alasannya nak bina ekonomi Islam,..

    Tapi, x salah majukan ekonomi umat islam kita sendiri, tgk mcm Nabi dan Sahabatnya bekerja keras untuk agama, eknomi negara dan 3/4 dunia depa pegang,...

    Money is not everything, but you may think it twice, after making that statement,..:D

    P/s: Beza antara kita ialah taqwa jer. Barangsiapa yg bertaqwa walaupun dia bekerja keras utuk keperluan dunia IsnyaAllah ada manfaatnya. Tetapi kalau seluruh dunia kita kuasai tapi taqwa takde maka keberkatan pun takder. Nampak mcm kita kuasai tetapi kita kena tipu dgn hawa nafsu.

    Saya ada satu laporan kawan saya khuruj ke Sri Lanka. MasyaAllah hampir kesemua penduduk ISlam disana adalah mereka yg buat usaha agama. Solat subuh sama seperti solat Jumaat. Hampir keseluruhan org lelaki solat berjemaah di masjid.

    Kesan amalan org Islam maka setiap hari ratusan org Buddha masuk Islam. Bahkan kesan amalan org Islam Allah letak ekonomi Sri Lanka di bawah org ISlam. Pemerintah Sri Lanka kalau nak buat apa2 keputusan akan mengambil tahu ehwal org ISlam.

    Bahkan kuil-kuil buddha Sri Lanka ada surau. Sesiapa yg nak solat, kalau tak sempat ke masjid boleh solat di kuil Buddha.

    Para Nelayan muslim di Sri Lanka mereka menangkap hasil laut hanya di persekitaran pantai shj dan hasilnya besar-besar. Perniagaan mereka pun ada yg bekerja keras dan ada yg sederhana. Tapi mereka tetap bagi masa untuk keluar 3h, 40h dan 4 bulan.

    Sebenarnya ekonomi umat Islam banyak bergntung kepada amalan org Islam sendiri. Sebab kemajuan ekonomi bukanlah datang dari berapa banyak dan besar perniagaan yg kita usahakan, bukan dari berapa ramai kita terlibat usahakan, bukan datang dari berapa ramai jutawan, hukan datang dari berapa pandai kita dalam mengendalikannya tetapi ianya datang sejauh mana keluasan dan keberkatan rezeki Allah ke atas setiap hambanya. Dan solatlah antara amalan yg ada janji rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  40. dalam persoalan harta ni mmg payah..
    bila kita baca artikel ni jgn la pulak kita malas cari rezeki..byk harta insyaallah byk juga ruang pahala utk bersedekah dan juga boleh tolong org buat ibadah..

    ReplyDelete
  41. Dan kalau kita sibuk mengumpulkan harta janganlah malas untuk menyibukkan diri dengan agama.

    Katakanlah kita bahagi urusan dunia dan akhirat 50-50. 50 peratus cari keprluan dunia dan 50 peratus untuk keperluam akhirat.

    Dalam satu hari ada 24 jam. 12 jam untuk dunia dan 12 jam untuk akhirat.

    Adakah kita boleh adil adalam urusan tersebut?

    Ada yg akan berpendapat kita bekerja kerana Allah dan Islam. Tapi betulkah kita berkerja kerana Allah dan islam?

    Bila masuk waktu solat adakah kita ambil berat untuk bersolat? Atau kita lewatkan waktu atau tak solat langsung?

    Ketika kita bekerja adakah kita bergaul, bergurau senda dan bergaya dengan bukan mahram?

    Ketika kita bekerja adakah kita amanah dengan kerja?

    Aku tak kata jgn bekerja dan aku tak mahu melabelkan korang malas kerja atau malas dalam agama.

    Kalau korang ada otak, korang pikirlah dengan pikiran yg berasaskan akhirat (maksud) kita bukan berfikir dengan memberi alasan keduniaan (yg bakal fanak).

    Dulu ada member aku kerja tak pernah solat. Aku tak pernah nampak sesiapa dalam pejabat termasuk boss aku yg akan nasihatkan dia "Kerja kerja jugak solat jgn malas".

    Perkara yg sama berlaku kat kampung aku. Ada peniaga-peniaga yg tak pernah solat. Tapi aku tak pernah dengar sesiapa yg merungut "Kerja kerja jugak solat jgn malas".

    Yg selalu ucapkan "Kerja kerja jugak solat jgn malas" biasanya ialah mak ayah kita yg sentiasa jaga solat.

    Tapi bila aku buat tabligh dan ada antara org kampung yg dulu bekerja tapi solat tak pernah kembali taubat dan bagi masa untuk agama maka mulalah semua org kampung akan berkata "Agama agama jugak, dunia pun jgn abaikan". Woha, satu kampung fikir sama la beb.

    Nasihat aku kalau korang rasa korang malas kerja korang kena rajinkanlah kerja. Dan bagi sesiapa yg malas buat amal agama dan bagi masa untuk tablighkan agama korang pun azam untuk buat bersungguh-sungguh. Tak ader siapa yg perfect. Aku pun cinta sangat dengan kerja aku tapi aku pun sedang berusaha untuk mencintai akhirat.

    Woha!!

    ReplyDelete
  42. Assalam

    Kekasih Tuhan Nombor 1 saw bersabda,

    "Sesiapa yang menjadikan ahirat sebagai kerisauannya maka Allah swt akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah swt akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." at-Targhib- Ibnu Majah dan Tirmizi.

    Tuhanku berfirman,

    "Wahai anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kekayaan dan Aku akan menghapuskan kemiskinanmu. Jika tidak, Aku kan memenuhkan dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghapuskan kemiskinanmu" - sabda Nabi saw selepas membaca surah as-Syura :20

    Hanya dua perkataan yang tidak menipu kita....

    Kata-kata Tuhan dan...
    kata-kata kekasih kita nombor 1 saw....

    Khalid

    I rest my case.

    Khalid

    ReplyDelete
  43. celaka ko hamka,tak perlu gitau gambar tu diambil di kuantan

    ReplyDelete
  44. nice entry
    sungguh menyedarkan diri saya...

    ReplyDelete
  45. Aku cuma nak tulis, yang aku suka comment anonymous 5 dari bawah.

    ReplyDelete
  46. HAMKA o... HAMKA... i miss you!!!

    ReplyDelete
  47. Apesal saya rasa mcm kenal Shahabuden Jalil ni?

    Abg Hamka, kau ada kaitan dgn Aidan ker?

    Haritu share pasal Suhaimi Ramly. Ni pasal Jalil.

    ReplyDelete
  48. salam...
    ade sape2 tak kat cni yg bleh gtau saye ape tue makna "karkun". saye slalu terbaca dlm blog2 mnyatakan ttg words tersebut. adakah ia sejenis biskut, atau jenama kasut, atau kartun sensasi terbaru kah, atau pun orang??

    ReplyDelete
  49. wa mase kecik .. duk umah kecik.. umah kecik wa tak de tv..

    wa kenal doremon.. power ranjers, gaban dan seangkatan dengannya, bila wa balik umah atok wa.. wa tengok tv puas-puas... wa tengok tv atok wa sampai la turn atok wa plak tengok.. atok wa nak tengok berita dunia jeks..

    wa selalu pasang angan2 bila bapak wa balik umah, bapak wa bawak kotak tv.. dan wa selalu pesan dengan bapak wa belikan tv bila balik kerja.. tapi.. angan2 wa tak pernah terjadi , bapak wa langsung tak peduli pesanan wa supaya beli tv.. alangkah sedihnya wa.. wa juga tak penah tinggal untuk berdoa supaya allah bukakkan hati bapak wa belikan tv..

    sekarang.. anak wa dah tiga.. baru wa paham..ape sebab bapak wa tak belikan tv.. padahal dia mampu beli kereta.. end..

    kenangan wa : pernah sekali wa singgah kedai kerepek ngan sorang kawan terserempak la dengan pelakon drama terkenal wa tengok kawan wa berebut2 nak salam.. siap cium tangan lagi , makcik2 yang kat kedai tu lagi la riuh rendah.. dah macam pesta wa tengok.. wa pelik.. apasal kawan wa nih jadi cenggini.. makcik2 jadi cenggitu.. wa tanya kawan wa depan pelakon drama terkenal tuh.. apasal beb ???? dia bagitau dia tu kan pelakon drama terkenal.. wa cakap ooo .. wa pun hulur tangan pada pelakon tuh.. pelakon drama tu siap pelik sebab wa tak kenal dia.... haha.. end

    wa bukan nak riak wa tak de tv.. dan bukan nak minta simpati...
    wa cuma nak bagitau.. apa yang wa dapat pelajari dari pengalaman wa tak de tv..

    buat sesuatu yang boleh dikawal..
    angankan sesuatu yang boleh dapat.
    cita-citakan sesuatu yang boleh capai..
    targetkan sesuatu yang memang boleh dapat

    kalau tak boleh dikawal maka .. itulah perangkap hidup..

    angan - angankan perkara yang tinggi sangat..
    itulah perangkap hidup .. jadi angan mat jenin..

    contoh.. nak memulakan perniagaan dengan pinjaman.. banyak yang fail

    ikut-ikut.. orang nak meniaga pun dia nak berniaga..

    bisnes mlm.. bukan perniagaan tu..

    bila ianya masih dalam kawalan.. bahagia lah..

    kalau dah di luar kawalan.. mimpi ngeri tuh..

    wa.. komen jeks.. sebab wa baca komen pun sedap.. jadi wa nak komen jugaks..

    ReplyDelete
  50. Assalam

    Karkun = pekerja.(Urdu kot?)

    Dalam usaha meningkatkan iman dan amal ummat yang disayangi oleh kekasih Allah no. 1......

    Karkun-karkun inilah yang telah korbankan masa, diri dan harta serta perasaan untuk pergi keserata alam buana ni...dan berjumpa manusia dengan kasih sayang,semata-mata kerana Rabbuljalil! Dan sesungguhnya inilah perniagaan yang tidak akan rugi sama sekali, insyallah.

    ReplyDelete
  51. jawapan untuk soalan @Cik Fira:
    Aku pun kadang-kadang jumpa istilah "karkun", selalunya dalam blog.Tapi aku tak ambik tahu maksudnya sampailah terbaca soalan Cik Fira. Maka aku buat sedikit kajian(eh,macam prof plak).
    Karkun(bahasa Urdu)-pekerja
    Karkun(bahasa Malaysia)-tabligh
    Kalau salah tolong betulkan :)

    ReplyDelete
  52. Aku pun ada jumpa istilah karkun dalam sesetengah blog. Aku tak ambik tahu maksudnya sampaila terbaca soalan Cik Fira. Dari sikit kajian aku buat "karkun" itu perkataan dalam bahasa Urdu yang maksudnya pekerja. Tapi orang Malaysia guna untuk ganti perkataan tabligh. Kalau salah harap maaf dan sila betulkan. :)

    ReplyDelete
  53. Assalam

    Tabligh = menyampaikan (bahasa Arab)

    Orang kita panggil tabligh kerana karkun-karkun ni menyampaikan pesanan-pesanan Tuhan swt dan Nabi saw.

    Sebagai contoh: Solah berjemaah Subuh akan mendapat ganjaran /kelebihan seumpama beribadat sepanjang-panjang malam.

    Semoga aku dan semua umat Islam lelaki akil baligh akan mendapat kekuatan untuk amalkannya sepertimana penduduk Islam Sri Lanka.

    ((Saya ada satu laporan kawan saya khuruj ke Sri Lanka. MasyaAllah hampir kesemua penduduk ISlam disana adalah mereka yg buat usaha agama. Solat subuh sama seperti solat Jumaat. Hampir keseluruhan org lelaki solat berjemaah di masjid.))-copy paste comment Bhai!

    Kita lawan dengan Sri Lanka!!

    Malaysia Boleh!
    Malaysia Boleh!
    Malaysia Boleh!

    Karkun-karkun Sri Lanka benar-benar buat tabligh dan aku amat-amat cemburu dengan mereka...semoga Allah swt merahmati mereka dan mengampunkan kami yang lemah ni...Adus...

    ReplyDelete
  54. dunia.......
    dunia.......
    dunia.......

    PENIPU SEGALA PENIPU

    jangan tertipu dengan dunia

    ReplyDelete
  55. Aku baru pulang beraya korban di kampung, setelah drive sejauh 200km, tiba tiba dapat call, saudara terdekat meninggal dunia, aku patah balik 200km, selesai urusan, aku kembali drive sejauh 200km, harap mereka semua umur panjang, sebab aku dah penat drive.., hidup sementara sahaja...

    tidur dulu.

    ReplyDelete
  56. Assalam

    Allah swt nak naikkan darjat tuan tanah!

    Sepatutnya dapat pahala kerana ziarah 200km! Tambah sampai 600km punya pahala...eeerr ke lebih lagi.

    Satu hari...Mohammad Khalid juga akan mati.....

    ReplyDelete
  57. owh... so, maksudnye karkun tue org tabligh lah ye? karkun tu yg slalu pergi rumah-rumah ajak org dtg masjid lah ye?. klu mcm tue bos sye nie karkun lah. sbab die org tabligh. janggut die panjang... klu die pkai sluar, mesti gulung tinggi2. tp muke die berseri-seri. sekarang bos sye cuti pergi bartabligh. klu die dtg saye panggil die karkun.. hehe
    pa pun, thanks yea bab sudi kongsi ngan sye..

    ReplyDelete
  58. Assalam

    It's a pleasure sista!
    Errrr...kalau bolehlah cuba tanya dengan boss, isteri dia ada tak pergi taklim masturat?

    Karkun tu pekerja lelaki
    Karkunah tu pekerja perempuan

    Mereka punya doa....sangatlah power!
    Seumpama 70 orang wali punya doa.
    Cik Fira yang dimuliakan Allah swt boleh cuba tanya boss lebih lanjut ..bole ikut isteri boss tak?(Soalan cepumas)

    Demi zat yang mengenggam nyawa saya, Cik Fira takkan rugi kalau ikut....

    Khalid

    ReplyDelete
  59. Dunia jadikan alat (tools) . Akhirat jadikan matlamat (vision). Jika dunia dijadikan Matlamat maka akan mudarat.. serius niii!!!

    ReplyDelete
  60. salam en hamka & en khalid

    saya silent reader selama ni tp selalu doakan smg en hamka dapat ilham yg baik2 bg menasihati kami yg dahagakan ilmu dan kefahaman. dan hari terpanggil nak tanya kalau nak ikut taklim matsurat tu mcm mane ye, saya dr kluang johor, TQ

    ReplyDelete
  61. ape tue taklim masturat?
    bos sye blom kawen lah abg Khalid...
    umo die sbaye sye je. sye suke usik2 & buli die, sbab die nie very honest n baik ht. die slalu cramah pkerja lelaki kat cni. mklumlah, tabligh kan...
    tp kat org pompuan die tak nak cramah. "langgar tertib" katanyer. sye pon x pham tertib ape yg die langgar. hehe... asal sye sruh die cramah je, dia sruh sye baca je blog "Kereta Mayat" nie...

    p/s: rindu kat bos... dah 2 mggu lbih x nampak janggut die... hehe.

    ReplyDelete
  62. bestnye klu mcm tu... mcm mn cranya klu nak jd karkunah tue?? bleh slalu dgar cramah2 agama. g pun mmg bnar, slama nie kt pnya matlamat nak kjar dunie je. tak prnah pun kt fkir yg satu hr nnti kite akn mati n msuk dlm kubor sorang2. klu citer psal mati msti kt takut. tp mslhnye kita akn mati jg.
    ape lah benda yg boleh menghilangkan trauma dlm ht ini ttg kmatian???

    ReplyDelete
  63. saya pun ada soalan juga yg hendak ditanya. Bagaimana cara untuk saya pergi taklim masturat di kawasan seri kembangan selangor.. Saya seorang yg bergelar isteri tetapi suami saya bukan seorang karkun...

    ReplyDelete
  64. Masyallah!!

    Assalam...baru-baru ni ada dengar dari seorang ustaz yang saya amat sayang....

    Katanya...(lebih kurang) Wanita-wanita dunia yang memasuki syurga, kecantikannya adalah 70 kali lebih cantik dari ketua bidadari di syurga.

    Seorang bidadari, kecantikannya jika dia jengah sekejap di langit dunia, nescaya mati beranganlah lelaki-lelaki dunia melihatnya.

    Jika dia letakkan satu jarinya dilangit dunia maka, suramlah matahari kerana terangnya sekali cahaya jarinya.

    Jika dia ludah ke lautan nescaya manislah lautan.

    Bidadari-bidadari ni akan malu melihat kecantikan bidadari dunia dan mereka akan bertanya. Kami dibuat dari cahaya dan badan kami terdiri dari 4 haruman...misk, kasturi, dll.

    Kamu manusia dibuat dari tanah.....bagaimana kecantikan kamu boleh mengatasi kecantikan kami?

    Maka bidadari-bidadari dunia ni akan menceritakan tentang kehidupan mereka yang penuh mujahadah akibat ditinggalkan oleh suami yang sibuk berdakwah ke sana-sini pelusuk buana....

    Bidadari-bidadari ini akan dengar dengan penuh kekaguman dan memuji-muji bidadari dunia tersebut.

    Begitu juga seorang lelaki yang telah masuk syurga dan dikelilingi oleh bidadari-bidadari...apa yang dia akan sembang dengan bidadari-bidadari ni? Kat dunia dok sibuk cerita bidadari cam aku...he..he..bila dah dikelilingi bidadari takkan nak cerita bidadari lagi, Woha!

    Dia akan cerita satu persatu dengan teliti setiap usaha agama yang dibuat didunia....

    Buat bakal-bakal bidadari dunia....mulakanlah hajat puan-puan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan solah hajat 2 rakaat....doa dengan Rabb...pilihlah aku untuk buat usaha agama, dapat duduk dalam majlis taklim masturat di tempat aku.

    Apabila Tuhan sudah bantu....tiada sebarang kuasa dalam dunia ni yang dapat halang.

    Khalid
    P/s: Ya Rabb..aku hadiahkan semua amalan aku yang kau terima kepada mereka tanpa ada kurang satu pun!
    Jadikanlah mereka bidadadri yang dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga.

    ReplyDelete
  65. nak dibandingkan dgn pengisytiharkan Allah, keseluruhan nikmat2 bidadari, makanan, senang lenang, kemewahan, keagunang syurga yg terkumpul dpd keseluruhan penduduk2 syurga akan hilang, akibat fana' bila dapat pengumuman keredhaan dpd Allah....

    subhanallah...beyond mind blowing!

    ReplyDelete
  66. Assalam

    Preciously my brother. I've learnt a lot from your blog. Keep on writing and don't stop....

    Khalid

    ReplyDelete
  67. aku rindu buat usaha dengan sahabat-sahabat di bintulu dan sibu, sarawak... Hampir 6 tahun di sana...


    from paka with love

    ReplyDelete
  68. assalamualaikum...

    encik khalid,

    saya teringin utk pergi taklim masturat... sungguh!!!
    tapi saya tak tahu cara dan tempatnya..

    ada sesiapa boleh bantu saya??
    saya tinggal di seri kembangan, Selangor..

    ReplyDelete
  69. ada tak link untuk aku rujuk rumah taklim masturat di seluruh Malaysia, (jika ada map dan no. phone, lagi bagus)

    contoh: kemaman, rumah Aliyas, taman perwaja.

    kuantan, rumah cikgu jaafar, permatang badak.

    tolong!

    ReplyDelete
  70. sebenarnya tiada apa untuk dikomen...tapi sangat seronok baca entri di blog ini...

    ReplyDelete
  71. Terima kasih kerana berkongsi artikel saya ini dalam blog tuan.

    ReplyDelete
  72. sama sama, saya yang patut ucap terima kasih, nak jumpa saudara suatu hari kerana banyak soalan nak tanya, : )

    ReplyDelete
  73. antara masa sedang lapang, antara muda sebelum tua, berkerja lah seperti hidup seribu tahun lagi, beribadat lah seperti esok hari terakhir kita.

    END, letak gagang telefon, cabut kabel wayar, telefon TM terminated line. FINE!!

    ReplyDelete
  74. saya duduk seri kembangan...selalunya pergi dengar taklim masturat di serdang jaya...

    ReplyDelete