(Cerita ini di adaptasi dan di ubah suai dari kisah benar, supaya andai sekiranya ada kena mengena dengan mana mana ustaz, anggaplah kebetulan semata mata.woha!)
Pada suatu tengah hari, kira kira 10 minit sebelum zohor. Terdengarlah beberapa rangkap perbualan antara aku dan seorang ‘ustaz’.
“Ustaz, jom solat zohor berjemaah”,
Jawab 'ustaz': “Hamka, saya rasa baik kita lunch dulu, nanti tak khusyuk solat kerana teringat makanan.”
“Tapi Ustaz, kalau kenyang lagi tak kusyuk sebab teringat macam macam.
Ustaz tu senyum dan terus juga nak pergi makan, maka berpisahlah kami di tengah hari itu. macamlah aku baik sangat chech!
10 minit sebelum asar kemudian.
“Ustaz, jom solat asar berjemaah”,
Jawab 'ustaz', “ Hamka, makanan dah terhidang ni (ada jamuan petang), kita kena makan dulu baru solat, ada hadith riwayat saidina Umar yang suruh makan dulu baru solat.”
Tapi Ustaz, kalau semua orang fikir macam ustaz, habislah masjid kosong. Hujah aku.
“Takpe Hamka, solat jemaah tu fardu kifayah, jika dah ada sorang dua yang buat, semua terlepas dari dosa.”
“Memang betul ustaz jika sorang dua buat terlepas dari dosa, tapi jika ada 100 mayat yang perlu dimandikan, dan kita biar sorang dua jer yang mandikan 100 mayat tu, tak ke kita berdosa menzalimi orang yang penat lelah mandikan mayat?”
'Ustaz' tu senyum, apa yang kelakar ntah? Lalu berpisahlah kami di petang itu, cis, macamlah aku ni baik sangat.Hampeh!
Aku bukan apa, jika ustaz tak jaga solat jemaaah, maka orang ramai yang malas belajar ugama akan ikut ustaz ustaz, maka rosaklah ummat, patut ustaz tunjuk contoh yang baik, kalau kebulur, betullah makan dulu, ini bukan tahap kebulur, tapi sebab malas solat jemaah, dan suka solat lengah lengah maka guna fatwa kaum kera untuk benarkan kemalasan mereka..
Betulah ada hadith jika makanan dah hidang makan dulu, bulan puasa kisah Nabi Muhammad SAW dan ummat islam tak makan dari pagi sampai maghrib, bila dah masuk waktu azan, nabi suruh makan dulu, lebih AFDAL! Tapi Nabi makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah, siap jadi imam lagi...
Kita ni nak ikut Sunnah atau nafsu?, Sunnah Nabi bila makan berhenti sebelum kenyang dan solat di awal waktu, tempat azan di azankan, kita ni pulak makan hingga kenyang dan lengah-lengahkan solat sambil mengaku amalkan hadith tak ke menyesatkan anak bini yang akan ikut sama perangai buruk korang?
Mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang tak pergi solat jemaah?, mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang solat lengah-lengah?
********10 minit sebelum maghrib.
“Abang, jom makan ikan tiga rasa yang saya baru belajar resepi dari TV Astro tadi, tengah panas ni, jom!” Kata isteri ustaz tadi.
“Eh, saya makan lepas isyaklah, dah nak magrib ni” jawab ustaz dengan cemas sambil kemaskan serban di kepala.
“Bang, bukan abang cakap, jika makanan dah terhidang, kena makan dulu? Kan Hadith saidina Umar suruh makan dulu baru solat, lagipun dalam ceramah abang minggu lepas, abang cakap, jika solat ingat makanan, maka solat tak khuyuk dan pahala jadi sia-sia!”
Ustaz tu senyum dan berkata:
“Abang bertugas hari ni, elaun imam RM800 kena tarik balik jika abang tak pergi jadi imam magrib nanti jika ada orang report jabatan ugama, lagi lepas tu abang ada ceramah, tak kanlah abang nak solat magrib masbuk, lepas ceramah, abang akan dapat RM50, jadi abang makan lepas isyak sahajalah.”
Isterinyapun mengemas lauk pauk.
Woha!
Ps: kalau dah lapar sangat, kalau!, makanlah sekadarnya, dan terus solat, masbukpun tak apa, tepuk dada tanya iman, tepuk lutut tanya kemaluan.
Ps2:orang yang tak khuyuk solat kerana teringat makanan adalah lebih baik dari orang yang khusyuk makan sehingga lupa solat. Jom, solat dulu!
Ps3: Ada orang ajak aku, makan dulu baru solat, aku cakap, nanti aku tak khuyuk makan, sebab teringat solat-woha!
(gambar sekadar hiasan)
first
ReplyDeletex bc lg komen dlu..hehe
ReplyDeleteberbuke puase mmg Allah kate perlu diawalkan , tapi hari lain2x , mkn dulu ke?
ReplyDeleteErrr...kat mana yg kelakarnya...(Slow)
ReplyDelete4th... 1st time aku dpt komen... huhuhuhu
ReplyDeletecantiknya anak en.hamka... =) manis.
ReplyDeleteentry ni di tulis dengan tangab kiri-sebab tangan kanan sedang makan nasik, luch, akupun kagum ni.
ReplyDeletememang terdapat ramai para ustaz yang terlalu pentingkan duit dari berkhidmat.
ReplyDeletesaya rasa isu ni yang lebih perlu diutamakan.
ustaz mengambil gaji dari upahnya tiada masalah.
tapi, kalau tak nak berdakwah jika tiada upah, maka, itu adalah musibah.
ada yang hanya mengharap makan gaji dari kerajaan setiap bula, tetapi tiada daya usaha yang lebih utk menyampaikan ilmu, walaupun masyarakat sangat dahagakan ilmu pengetahuan.
harap para ustaz sedar, jangan terlalu selesa dengan jawatan, berdakwahlah, dan jangan terlalu mewah hingga kedekut untuk berinfak di jalan Allah.
blog saya
http://satuummah.blogspot.com
saya dalam perancangan utk menerbitkan artikel bersiri 'kemana ustaz2 kita?'
errr.. ape kena mengena gambar yg kat artikel ni huhuhu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehaha!
ReplyDeleteklakor!
Imam dunia. Tak dapat status imam dunia akhirat.
TQ for update
ReplyDeletehahha..gelak je la ~.~
ReplyDeleteKetawa kecewa terpisah
ReplyDeleteJalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletepedas pedas
ReplyDeletebudak dalm entri ni comel :)
ReplyDeletekepada pembaca budiman dan pengomen2 setia, boleh tumpang tanya x?? pusat knowledge malaysia ni di mana ye, sapa ada info2 tntng ni blh bgtau sy, segala budi dan jasa tuan puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih=))
ReplyDeleteMaaf kalau komen salah tempat, Hamka jgn marah ye, hehe
:)
ReplyDeletedunia akhir zaman,,
ReplyDelete-anis-
Macam ni punya imam pun ada... niat dah terpesong...
ReplyDeletekenapa tepuk lutut tanya kemaluan?
ReplyDelete*takpaham*
Nota untuk orang slow (jangan segan bertanya dan jangan malu menjadi slow-akupun banyak slow)
ReplyDelete*****
Korang: berbuke puase mmg Allah kate perlu diawalkan , tapi hari lain2x , mkn dulu ke?
Hamka: Makan dulu, bab makanan dah terhidang, tapi makan sekadar jerlah, dan cuba elak makanan dihidangkan waktu masuk solat,
****
korang:Errr...kat mana yg kelakarnya...(Slow)
Hamka:‘Kelakar’ bila ustaz tu ceramah apa yang tak di sampaikan, contoh, ustaz mengajar bab sabar, tiba tiba budak budak bising belakang masjid, lalu ustaz jerit: woi budak! Diam, saya nak ajar bab sabar ni, woha!
****
Korang: errr.. ape kena mengena gambar yg kat artikel ni huhuhu
Hamka: rentetan entry sebelum gambar anak aku tak tutup aurat, jadi cover dan tunaikan janji untuk post gambar tutup aurat, kaitan? Sebab enty ni pendek, aku panjangkan dengan ga,bar gambar, tak suka bagitahu, lain kali aku tak buat.
*****
Korang: pusat knowledge malaysia ni di mana ye, sapa ada info2 tntng ni blh bgtau sy, segala budi dan jasa tuan puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih=))
Hamka: Pusat info ada di masjid Nabawi pada zaman nabi, tapi jika aku ada masalah masail, aku suka merujuk kepada ustaz dan ulamak di masjid sri petaling
*****
Korang: kenapa tepuk lutut tanya kemaluan?*takpaham*
Hamka: orang lelaki bila stim, cara nak kendurkan zakar dengan cepat, adalah tepuk lutut, now you know.
macam2 perangai pelik aku dh jumpa geng2 surau ni.. nnt aku post kt blog aku pengalaman aku ttg ni.. hope dpt feedback...
ReplyDeleteabang hamka cunnya..anak ke?
ReplyDeleteNak komen gambor hiasan.
ReplyDeleteCommel sungguh pakai tudung. Budak kecik tak wajib pun tutup aurat. Tapi melatihnya biar seawal mungkin.
Lebih suka kalau tuan blog bergambor sekeluarga macam bloger lain tu.
( gambo keluarga bahagia )
Suka tengok banyak gambor.
comel budak. nak tnya, apa kaitan-tepuk lutut tanya kemaluan? buat lawak ke?
ReplyDeleteKorang: kenapa tepuk lutut tanya kemaluan?*takpaham*
ReplyDeleteHamka: orang lelaki bila stim, cara nak kendurkan zakar dengan cepat, adalah tepuk lutut, now you know.
aku : OIC.......
imam tu tak kelakar tapi keimanan dia lawak sket... =)
hou...imam menggunakan alasan wang~..nice..hahahaha.. pening pale bile memikirkannya..haiyaaa
ReplyDeletesekurangnya ustaz tu tahu dia mkn gaji..jd kena la jugak jalankan tugas. drp org yg lain yg kerja mkn makan gaji,claim OT..tp kerja zero,menipu je pandai.lagi la haram gaji.
ReplyDeleteapa2 pun..tanggugjwb suami kenalah bwk blk gaji yg berkat lg halal.
senyum :)
ReplyDeletecuri tulang kan makan gaji buta laks..serba xkena..kesian tok iman.. tp klaka jgk
bajet sungguh ayat akhir tu hahahaha
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteapesal muka budak kat dalam gambar ni tak macam muka bapak dia?
ps.tak tahulah pasal apa jawi lantik imam masjid kat rumah aku budak muda, belum kahwin(bujang),ok ke?
wah...siap update lagi entry bagi lebih panjang...ingatkan entri baru...setuju ngan hamka bab tak kusyuk makan sebab teringat solat...
ReplyDeleteiye, mmg btul tu. saye klu pg2 kamaluan selalu kencang. kalau nak kendurkan saye tepuk lutut je.
ReplyDeletemcm mn abg Hamka boleh tau??
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteadakah ini satu masalah, aku tepuk-tepuk lutut, tiada yang turun melainkan naik belaka.
ReplyDeletebetul tu hamka...ada ustaz yang caj 500 sejam untuk pelajar2nya (yg berstatus dato/tan sri)...bayangkanlah...500 sejam..sehari 4 jam...seminggu?
ReplyDeletetu belum lagi ustaz/ustazah glamer di tv yang caj 3ooo sejam...
aku pernah dengar, di india, ada ustaz yg menerima bayaran setiap bulan dari pelajar2nya...dia akan pakai selama sebulan tu...ada lebih, dia beri pada madrasah...
kat sini, bile kita cakap macm tu, mereka akan kata nak makan minum anak bini, petrol gi ulangalik mengajar, duit keta, duit rumah, duit tol, duit astro, duit hphone, duit broadband etc...sebab tu ade yg kenakan caj minimum....
lagi satu, saya pelik kenapa ustazah kat tv tu, die cakap, isteri berhias untuk suami saje...make up ke, pakai brg kemas ke, baju cantik2 ke, utk si suami..tapi yg bercakap tu sendiri? tolong hamka, saya konfius...
aku jarang tepuk lutut.. sebab tu alternatif terakhir..
ReplyDeleteJawab mana sempat lagi:
ReplyDelete****
Korang: macam2 perangai pelik aku dh jumpa geng2 surau ni.. nnt aku post kt blog aku pengalaman aku ttg ni.. hope dpt feedback...
(aku rasa tak perlu, jika nak cerita jugak, cerita bersama akan solutionnya.)
abang hamka cunnya..anak ke?
(ya!)
Lebih suka kalau tuan blog bergambor sekeluarga macam bloger lain tu.
(masalahnya, aku bukan macam blogger lain tu-aku adalah rahsia masyarakat)
comel budak. nak tnya, apa kaitan-tepuk lutut tanya kemaluan? buat lawak ke?
(Cuba baca semua komen)
apesal muka budak kat dalam gambar ni tak macam muka bapak dia?
(revolusi reformasi inovasi ilahi)
tak tahulah pasal apa jawi lantik imam masjid kat rumah aku budak muda, belum kahwin(bujang),ok ke?
(kat tempat akupun macam tu, konon nak galak remaja, jika bagus, teruskan-no problem)
kalau nak kendurkan saye tepuk lutut je.
mcm mn abg Hamka boleh tau??
(masa kau berkhatan dulu, bila pagi, cuaca sejuk, zakar tegang, cara nak kendurkan tu di ajar dalam pekej tok mudim.)
saya pelik kenapa ustazah kat tv tu, die cakap, isteri berhias untuk suami saje...make up ke, pakai brg kemas ke, baju cantik2 ke, utk si suami..tapi yg bercakap tu sendiri? tolong hamka, saya konfius...
(tak payah konfius, anggap mereka lemah iman, akupun lemah iman jugak oh..)
aku jarang tepuk lutut.. sebab tu alternatif terakhir..
(eh, kenapa entry ni bertukar tajuk perbincangan, dari ustaz kepada tepuk lutut?)
letak je banyak2 gambar anak, bro. muka budak suci dari sebarang dosa. woha!
ReplyDeleteThanks bro atas nasihat ko tu.. aku dah postkan entry baru aku kt blog aku. Singgah2lah nnt. Kalo ada kekurangan boleh berikan tunjuk ajar...woha..
ReplyDeletecomelnya bdk ni..mst ibunya pn comel..untung ayahnya..wohaa!!
ReplyDeletehhaha,terbaikk!
ReplyDeleteAku sbg imam agak terase dgn entri kali ini...namun sedikit sebyk ianya mmg kelemahan iman itu sendiri...apetah lagi aku baru-baru belajar usaha atas iman...doakan aku dan semua imam-imam di Malaysia...aku rase syaitan2 kt imam2 ni lg besar dr yg bukan imam kot...dan dugaan syaitan dan nafsu mmg dahsyat..
ReplyDelete"Jgn kata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji"
Berharap sgt2 mesyuarat agung masjid akn dtg nnt ade org yg lebih layak utk ganti aku jd imam...byk dosa nk kene pikul kt akhirat...ni baru imam kt surau yg jemaahnya beratus-ratus (termasuk yg x dtg--->yg ni lg teruk imam nk kene jwb kt akhirat esok)kalau "imam" negeri atau negara yg juta2 makmumnye tah camne...aku pun tak phm kalo ade org berebut nk jd imam... Mmg laa dpt duit...tp esok2 nk jwb kt "Mahkamah Agung" camne?? T_T
"Jgn kata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji"
ReplyDeletekorang semua .. bagi laa aku peluang yang the 1st aka first.
ReplyDeleteNajiha jd model blog keretamayat?
ReplyDeleteNa cantik kalu pakai tudung n na xcantik klu pakai skirt sambil pegang tangan ngan org laki kt padang..
He3~
EN.HAMKA TERBAIK. Explaination yang bagus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya dulu selalu tertanya2 tentang topik nih!!! you ARE THE BEST LA EN.HAMKA!!! Terus kan menulis perkara2 yang masyarakat konfius. :)
ReplyDelete:) tq
ReplyDeleteKerana kita hidup untuk diuji.
huu..mang nice bro..telus mulus la bro..sedap nak baca..
ReplyDeletenie cuma sekadar tauladan supaya kita mengambil iktibar(pengajaran) daripadanya..
ReplyDeleteINGAT TIDAK ADA MANUSIA YANG MAKSUM(tiada dosa) SELAIN NABI MUHAMMAD SAW.
So kalau org tu imam ke, ustaz ke, bilal ke, proffesor ke, ulamak ke, dan mereka mereka yang berkaitan pasti ada satu atau dua atau tiga perkara yang buat mereka lemah iman.
Cnth: peristiwa nie berlaku Ramadhan lalu, Ajk surau dh setuju nak ambil imam luar(Tahfiz) untk mengimamkan trawikh. Tpi ianya telah dibanth oleh pak imam mengatakan jgn membazir nak bayar smpai Rm600.( tbung surau ada rm6000.00) oleh kmi ajk respect dgn pk imam ni so cancel la niat tu. Jdi dengr je la ayt lazim mcm mlm2 yg selalu. Tpi yg benar2 wat aku marah malam yg ke 20, 21, dan 23 pk imam x datang( padahal ada je nmpk keluar gi bazar ramadhan). Mlm tu kami ajk pn berbincang, tetiba seorang dari ajk bersuara " dia nak duit tu"..( beliau biras imam). Lalu ajk meluluskan baject rm300.untk pk imam, so esok pagi setiausaha dan bendahari akan pergi umah pk imam untk serahkan Rm300.
Muncullah pak imam tu semula pada mlm berikutnya tmpa rasa bersalah pun pada raut wajahnya(mcm x de apa jew) huh..
Tpi ALLAH tahu dan ajk pun tau.. Oh..
assalammualaikum, ada ke yang lebih memilih begitu??
ReplyDeletepandangan sorang ustaz kepada aku.. sekarang nie.. nak jihad pun kena pakai duit..
ReplyDeleteaku yang slow kata.. oh.. ok.. tengok keadaan kot.. emm.. nanti saya cari kat blog pak hamka kereta mayat.. wooha..
Salam bai Hamka, nak tnya psal ambil gambar. saye mnat nak jd photographer alam sekitar. tp kbanyakn ulama Imam Hanafi (eldest2)kata ambl gmbr kn haram. tp dlm entry nie kn ada gmbr anak bro. So, mgkn bro ada reason psal ambl gmbr drp mazhab Syafie. gtau lah sye, sbb klu tak pe, sye nak truskan cita2 saye tue.
ReplyDeletekemaluan perlu menjawab apabila lutut telah ditepuk
ReplyDeletehaha.dr sekolah dulu aku di ingtkan oleh kwn2 supaya makan dahulu sblm solat kerana alasan yg sama dgn 'ustaz' dlm citer hamka ni.
ReplyDeletehukum dan sunnah jgn digunakan utk kepentingn sendiri.ape yg dilakukan menjadi ikutan org lebih2 jika pelakunya 'ustaz' dan pengikut nya beriman nipis.
soalan utk hamka : ada orang kata bakar binatang x boleh. tiada kena mengena dengan haiwan yang telah disembelih. maksudnya binatang yg hidup macam pacat dan semut gatal. kita x boleh bakar. yang boleh ialah jirus air panas. betul ke?
ReplyDeletelg satu, mcm mana dengan tebuan dan lebah? nak jirus satu-satu memang mustahil. nak biarkan saja, mungkin akan membahayakan manusia berdekatan. bagaimana harus dihapuskan???
Aku bukan nak komen, cuma muskil (tertanya-tanya/tandatanya?????)
ReplyDeleteCerita cam Imam tu memang banyak zaman ni.
Tapi yang aku nak tahu ni macam mana orang buat kenduri lepas magrib. Dah baca tu baca ni doa tu doa ni lagi pas tu makan. Sume org kat masjid ada kat rumah kenduri. Azan Isyak pun lambat ngan pak imam ,pak bilal tok siak, to batin,tok mudim dan semua tok dan sume pak. Jadi Solat Isyak untuk malam tu lambat.
Boleh ke gitu???
Nak tau sangat ni
N.Rompin
Menarik olahan cerita ini. Cuma watak ustaz itu walaupun betul ada (tidak dinafikan) tukarkan ke watak lain. Ustaz sepatutnya tunjuk yang betul bukan buat alasan untuk kepentingannya. Nanti orang akan lihat ustaz tidak boleh dipercayai lagi. ini yang kita tidak mahu.
ReplyDeleteimam atau ustaz yang kelakar sebab mengutamakan makan atau perut. yang sedih sebab imam pun tidak faham ugama. waallahualam...
ReplyDeleteJawab mana yang sempat
ReplyDelete****
keranda jenazah: aku dah postkan entry baru aku kt blog aku. Singgah2lah nnt. Kalo ada kekurangan boleh berikan tunjuk ajar
Hamka: kau tulis dengan ikhlas, insyAllah, dunia akan berubah.,
*****
Anonymous:Delete!
Hamka: bang, aku akan delete komen yang boleh mendedahkan identity aku.
****
Imam Muda: Aku sbg imam agak terase dgn entri kali ini...namun sedikit sebyk ianya mmg kelemahan iman itu sendiri...apetah lagi aku baru-baru belajar usaha atas iman...doakan aku dan semua imam-imam di Malaysia...aku rase syaitan2 kt imam2 ni lg besar dr yg bukan imam kot...dan dugaan syaitan dan nafsu mmg dahsyat..
Hamka: maafkan aku, semoga doa kamu makbul,.
******
Pak Dollah :.. Muncullah pak imam tu semula pada mlm berikutnya tmpa rasa bersalah pun pada raut wajahnya(mcm x de apa jew) huh..
Hamka: Kan?
*****
fyy mokhtar : assalammualaikum, ada ke yang lebih memilih begitu??
Hamka: salam, ada.
*****
Ridhwan bin mohd yunus: pandangan sorang ustaz kepada aku.. sekarang nie.. nak jihad pun kena pakai duit..
Hamka: orang letak syarat mengarut pada usaha dakwah adalah….., puak kera! Woha!
*****
AyaMada: nak tnya psal ambil gambar. saye mnat nak jd photographer alam sekitar. tp kbanyakn ulama Imam Hanafi (eldest2)kata ambl gmbr kn haram. tp dlm entry nie kn ada gmbr anak bro. So, mgkn bro ada reason psal ambl gmbr drp mazhab Syafie. gtau lah sye, sbb klu tak pe, sye nak truskan cita2 saye tue.
Hamka: Cuba baca entry aku yang bertajuk http://keretamayat.blogspot.com/2011/05/apa-hukum-melukis.html-baca sekali komennya.
*****
Anonymous : ada orang kata bakar binatang x boleh. tiada kena mengena dengan haiwan yang telah disembelih. maksudnya binatang yg hidup macam pacat dan semut gatal. kita x boleh bakar. yang boleh ialah jirus air panas. betul ke? lg satu, mcm mana dengan tebuan dan lebah? nak jirus satu-satu memang mustahil. nak biarkan saja, mungkin akan membahayakan manusia berdekatan. bagaimana harus dihapuskan???
Hamka: aku cadang kau email solan ini kepada pengomen yang bernama:
Ahmad Baei Jaafar, beliau seorang ustaz da nada blog khas bab soal jawab.
*****
N.Rompin:Tapi yang aku nak tahu ni macam mana orang buat kenduri lepas magrib. Dah baca tu baca ni doa tu doa ni lagi pas tu makan. Sume org kat masjid ada kat rumah kenduri. Azan Isyak pun lambat ngan pak imam ,pak bilal tok siak, to batin,tok mudim dan semua tok dan sume pak. Jadi Solat Isyak untuk malam tu lambat.Boleh ke gitu??? Nak tau sangat ni
Hamka: ini ada satu ilmu, solat boleh di lengahkan dengan syarat, semua Jemaah bersetuju, contoh bulan puasa, semua setuju makan dulu, baru solat, maka makan setengah jam, dan solat BERJEMAAH lepas tu, ok, sama jugak kuliah ugama, semua dengar ceramah, sampai 10 malam pun tak apa, dan solat BERJEMAAH lepas tu, yang tak boleh, lengahkan solat dan solat sorang sorang.
******
Ahmad Baei Jaafar:Menarik olahan cerita ini. Cuma watak ustaz itu walaupun betul ada (tidak dinafikan) tukarkan ke watak lain. Ustaz sepatutnya tunjuk yang betul bukan buat alasan untuk kepentingannya. Nanti orang akan lihat ustaz tidak boleh dipercayai lagi. ini yang kita tidak mahu.
Hamka: wow, editor majalah ilusi, terima kasih atas teguran, saya dah tukar ustaz tu kepada watak ‘ustaz’ dan buang juga gambar hiasan. Terima kasih tuan kerana sudi baca blog saya yang carca merba ini, teguran dan peluang peluang lain, amatlah di alu alukan, woha!
Salam, saya rasa menjadi IMAM juga adalah satu kerjaya seperti guru, kerani,manager dan sebagainya dimana perlu ada ganjaran jika tugas dilaksanakan. Jadi janganlah kita pertikaikan jika imam merasa dirinya tidak dihargai kerana ramai diantara kita sanggup membayar untuk guru tusyen, guru aerobic dan sebagainya tapi untuk ilmu atau kerja akhirat seakan tiada nilai. IMAM pun hidup didunia macam kita jugak ada anak isteri serta tanggungan. S
ReplyDeletesebab tu imam tu kelakar, waktu zohor makan dulu, lalu bagi alasan ada hadith bla bla bla.., hakikatnya sebab solat zohor tak bertugas, tapi waktu magrib bila bini hidang makanan, tak makan pulak dulu sebab takut elaun kena potong..
ReplyDeletemoral: jika nak makan dulu bila masuk waktu solat, jangan guna fatwa kera, cakaplah aku ni lemah iman, aku makan dulu, bila dah ada rasa bersalah, akan ada tindakan yang baik,
jadi berhentilah bagi alasan nak makan dulu sebab nak ikut hadith sedang hakikatnya memang ikut nafsu.
take note!
hamka,mane gmbo najiha? ni mesti mama najiha malu-malu tuceng anak dara dia famous kejap..
ReplyDeletengee
-DnA-
aku delete sebab dalam email ada yang dah cop nak jadikan bini, ada ke patut?
ReplyDeleteehs esh esh..
fatwa kaum kera tu ape ye?
ReplyDeletetepuk lutut tanya kemaluan..WOHA!
ReplyDeleteAku suka baca blok tuan, walaupun aku baru terjumpa.
ReplyDeleteAku syor pada kawan kawan pejabat, mereka pun suka. Sebelum ni blog-blog agama lain yang aku syor dia orang kurang minat. Mungkin dalam bentuk terlalu ilmiah. Ada pula blog yang punya istilah yg dia org tak faham cthnya khuruj, karkun, masturat dan lain-lain. Tapi bila dia org baca blog ini dapat sesuatu pengetahuan ugama. Bab otak kuning atau kata -kata lucah tu dia org tak kesahpun , ramai juga yang suka sebab ramai juga orang speses cam tu. Blog yang terlalu berilmiah susah nak promot kat dia org.
Gelak-gelak pun banyak benda yang dia orng faham.
N.Rompin
Salam,
ReplyDeletetepuk dada tanya iman, tepuk lutut tanya kemaluan,tapi...jangan sampai tepuk dahi sebab lupa nak solat kerana khusyuk sangat mengadap makanan...
Wassalam.
Assalam
ReplyDeleteApabila seseorang berbuat sesuatu kesalahan atau kesilapan.....ianya adalah takdir dari Allah untuk dia berbuat begitu...hakikatnya.(Bukankah Allah swt yang telah tetapkan Nabi Adam a.s untuk memakan buah kuldi...500 tahun sebelum Adam diciptakan?)
Apabila melihat seseorang berbuat sesuatu kesalahan maka jangan pandang beliau dengan perasaan merendahkan dia...kerana dia melakukan kesalahan itu..... syariatnya.
(Tidak sempurna iman seorang Islam selagi dia tidak menyayangi saudara islamnya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri)
Fahamilah....seorang manusia yang tak solah langsung seumur hidupnya; dengan kasih sayang tuhan....sebelum mati sempat ucap kalimah tauhid dan bertaubat. Maka terampunlah seluruh dosanya.....Allah Hu Akhbar! Hebat..tuhan kita dak...!??
Kita kena fikir dan risau serta sedih tentang ustaz ni...macam Tuan Rumah. Bayangkan kalau ustaz tu anak kita ke...adik kita ke...abang kita ke..
Semuanya salah saya...saya tak jumpa ustaz tu dan beritahu dia tentang perkara yang hak....Ampunkan aku Ya Rabb!!! Sesungguhnya aku sayang ustaz tu seperti aku sayang diri aku sendiri......
Khalid
nie yg dinamakan"..makan di dahulukan,duit di utamakan.."
ReplyDeletesonok bace blog awk..
Salam Tuan Pengeblog,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya.. bagaimana kita boleh mengatakan seseorang atau sesuatu kumpulan itu 'sesat'?.. sedangkan mereka juga solat seperti kita?
Mohon perbincangan bersama.
^_^
fatwa kaum kera tu, cuba baca entry sebelum ini
ReplyDeletePenipu...
ReplyDeleteassalamualaikum saya budak baru disini nak tanya dimana di markaz sri petaling
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete"macam kes mereka yang taksub dengan parti XYZ sebab dalam parti tu ada ulamak X, lalu yakin parti tu betul sebab ada ulamak X, apa kau ingat ulamak X tu pergi belajar ugama sorang sorang? Lepas habis belajar terus madrasah tutup? Mana pergi class mate ulamak X yang ribu ribu lagi? Mana pergi junior dan senior ulamak X, kenapa mereka semua tak sertai parti XYZ, ni yang kita tak nampak.."
ReplyDeletesaya suka yg ini.
markaz sri petaling dekat stadium bukik jalil
ReplyDeleteSemelekom.. Haha.. Aritu aku kuar 3 hari di Satu masjid.. Ada Satu ustaz tu ajar bab perkara yg memudaratkan utk pergi masjid tak pe tak gi.. Dalam tu ade cerita bab hadis makan terhidang nih.. Ustaz tu bagi tau setelah ulamak2 mesyuarat bab hadis ni.. Diorang dapat Satu kesimpulan bahawa jeng jeng jeng... Kalau makanan sudah terhidang makan Dulu sesuap dua bukan sampai kenyang ikut nafsu.. Terus pergi kepada pemberi makanan.. Tapi geng2 pengguna hadis bab makan ni dia guna kekadang cara dia salah.. Mana bleh makan sampai solat pun tinggal.. Makan la cepat2 ringkas chow sembahyang.. Makanan lagi besar ke dari pemberi makanan.. Lepas tu ustaz tu cakap dah tau nak masuk waktu yang Korang time tu gak pergi hidang penuh table ngan berbagai2 lauk pauk ais kacang Semua buat ape? Saja je nak beramal dengan hadis ikut kepala otak Korang gila Tul la.. Haha..
ReplyDeletejazakallah...
budak dalm entri ni comel :)
ReplyDelete