May 25, 2011

Apa hukum melukis?

(Seolahnya di sini situasi seorang perokok yang bertanya hukum merokok kepada ustaz yang merokok, sungguh bias)

Soalan ni telah di tanya dalam email sejak tahun 2006 lagi, dan aku mengelak menjawab soalan hukum hakam dengan menyuruh mereka merujuk ustaz ulamak, sebab aku akan ‘bias’, kerana aku sendiri berbakat dalam bidag seni melukis, “sangat berbakat”: kata bini aku ketika berstatus awek setelah menerima surat cinta dari aku yang disertakan bersama lukisan portrait dan kartun kartun.(oh..)

Arwah emak aku cukup tak suka dengan bakat melukis aku, tiap kali di jumpai lukisan graffiti hasil kerja boring aku dalam kelas lalu melakar dalam buku sekolah, emak aku akan berleter:

“Emak mahu kau jadi penulis, bukan pelukis, sebab tu mak namakan kau dengan nama ‘Hamka’ seorang penulis yang mak sanjung, jika mak nak kamu jadi pelukis, mak akan namakan kau dengan Leonardo Da Vinci,”(woha!)

Begitulah marah arwah mak aku lebih kurang, buat semangat melukis aku luntur, tapi tidak dengan ayah aku, beliau sangat suka aku melukis, buku lukisan selalu di beri sebagai hadiah kepada aku, dan tiap kali melukis, ayah aku akan memuji dengan sedikit syarahan, kalau nak lukis gambar orang, jangan lukis penuh, nanti dia mintak nyawa…

Rupa- rupanya aku berada di daerah darah seni, sebab abang abang aku, kakak kakak aku juga berbakat dalam bidang melukis, jiran jiran aku merangkap saudara sepupu sepupu aku jugak sangat berbakat.., tapi oleh kerana bapak saudara aku, merangkap abang arwah mak aku, seorang imam besar, ustaz bertaraf ulamak telah menghalang anak anaknya, serta anak saudara (termasuk aku) mencari rezeki dengan melukis, maka kami kuburkan sahaja bakat melukis kami dengan melakar contengan-contengan seni di lubuk hati masing masing.

20 tahun kemudian.

Aku hanya menjadi penulis(merujuk kepada blog ini) dan abang abang serta kakak kakakku semuanya menjadi penulis di papan hitam sekolah rendah dan menengah (menjadi guru atau ustaz), tapi tidak dengan sepupu sepupu aku, mereka meredah dunia seni lukis selepas bapak saudara aku meninggal, ada antara mereka melukis batik, ada melukis T shirt, melukis banner, dan ada yang terlibat dengan syarikat animasi dan telah menghasilkan animasi bertajuk “Taman Laut”, “ Chiee Pengembaraan Si Genius” dan lain lain (tapi tidaklah sepopular animasi Upin dan Ipin-mungkin sebab siaran di rtm, jka di tv3 atau tv9 mungkin lain promosinya, isk)

Bila aku ziarah makcik aku merangkap mak supupu sepupu aku, dan bertanya khabar kerjaya anak anak mereka, selamba makcik tu jawab:

“Dulu masa mereka kecik, makcik marah benar tengok mereka melukis kartun, apa mereka ingat boleh dapat duit ke kerja melukis?, tapi sekarang rupanya mereka dah boleh beli kereta, beli rumah, berkahwin dan beranak pinak dengan melukis kartun, lawak betul”

Akupun turut tergelak dengan kesedaran orang tua zaman sekarang. He he.

Oleh yang demikian, untuk itu, aku seolah-olah ‘terpanggil’ (maaf, tak jumpa prosa lain yang lebih senonoh untuk ganti ayat ‘terpanggil’) untuk nyatakan pendapat aku bab hukum melukis kerana jika ada anak anak aku, atau anak buah aku yang berbakat dalam seni lukis, tapi takut nak mencebur bidang ini kerana masalah ugama, cuba dengar pendapat Pak Cik Keretamayat ini, dan ini pendapat pakcik semata mata, pakcik bukan ustaz ulamak, tapi jika pakcik suruh korang rujuk ustaz, dan terjumpa ustaz yang ‘josh’, yang terus letak hokum:

“siapa melukis gambar akan masuk neraka, kerana menurut hadith Nabi, lukis gambar masuk neraka, bla bla, bla, “

Pak cik takut lain pulak ceritanya, dan jadi asbab pelukis kapir tak nak masuk islam…

******

Sebelum tu mari dengar cerita pakcik dan penerbit pakcik akan kisah penerbitan buku pertama keretamayat.

Kisah bermula setelah seorang penerbit ‘gila’ sanggup untuk terbitkan buku pakcik.

Pakcik yang kagum dengan kegilaannya untuk bukukan blog keretamayat yang carca merba ini, dan kerana kekaguman itu, pakcikpun sanggup bersekududukkan dengannya untuk menerbitkan buku pertama keretamayat.

Pakcikpun pilih tajuk best best dalam blog, edit balik bagi mantap, dan tambah beberapa entry supaya tidak ada ‘plot hole’ lalu bagi kat penerbit pakcik yang ‘gila’ itu.

Setelah beberapa minggu, pak cik tiba tiba tak sabar lalu email penerbit pakcik. Kita namakan dia sebagai Encik DK.

Aku:
Woi! Bagaimana perkembangan terkini, projek buku keretamayat?

Encik DK:
Perkembangan terkini, aku dah check balik tulisan kau, banyak gila salah type, tulis macam budak budak menaip guna dua jari, hampeh betul, tapi itu lebih baik dari budak budak perasan unik tulis ringkas macam sms, ok, sekarang aku perlukan tiga (3) artwork untuk cover depan, dalam bentuk kartun. Satu artwork akan terpilih untuk cover depan. 2 lagi artwork, buat backup atau akan diselit kat dalam buku. Artwork-artwork lain untuk bahagian dalam buku (mungkin satu artwork untuk setiap hujung bab, atau setiap 5 bab, dan lain lain)

Aku:
Kau nak upah orang melukis ke?

Encik DK:
Nampaknya begitulah, tapi upah melukis ni, paling cikai pun RM 50 satu gambar, kau kenal tak mana mana pelukis yang boleh upah murah?

Aku:
kenal sangat.

Encik DK:
Bagus, berapa upahnya?

Aku:
Pelukisnya adalah aku sendiri, woha!, aku adalah pelukis handalan, banyak karya aku tersiar pada surat awek cun cun yang dah jadi artis sekarang ni, dan masa kecik, aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna, menang tempat ketiga dan dapat hadiah pensil warna, woha!

Encik DK:
Wah, ini sudah bagus, penulis dan pelukis orang yang sama, siapkan cepat! Upah aku kira kemudian.

Aku:
Tapi sebelum tu aku nak tanya, boleh ke aku melukis guna ball pen?

Encik DK : Boleh tengkorak kau pakai ball pen. Aku cadang kau buat sketch dulu menggunakan pensil. Kemudian, trace semula dengan menggunakan tracing light box (macam arkitek pulak dah). Trace semua garisan yang dikehendaki dengan menggunakan pen Artline 200 FINE 0.4. Selepas tu, bold kan garisan luar (outline) dengan pen Artline 210 MEDIUM 0.6. Setelah itu, scan hasil lukisan dengan menggunakan mode Black & White (B&W). Akhir sekali, email kat aku lukisan yang telah di scan.

Aku:
Wah, banyaknya ilmu aku tak tahu bab melukis ni, baik, bagi masa sebulan untuk aku melukis.

Encik DK:
Bagus , aku tunggu.

****

Ok, sementara Encik DK sibuk menantikan artwork dari aku yang belum pernah di siarkan kepada dunia, yang sebelum ini hanya tersiar di surat surat awek awek cun yang lahir sekitar tahun 80-an, maka kita sambung bab hukum melukis tadi.

HUKUM MELUKIS DARI BUKAN USTAZ YANG SUKA MELUKIS.

Setelah aku buat kajian mendalam, dengan bertanya kepada Ustaz serta ulamak, dan merujuk buku buku serta kitab-kitab, selain bermuzakarah dengan geng geng usrah, juga berzikir mengadap kiblat dalam keadaan suci dari sebarang hadas di dalam masjid di waktu hujan lebat bagi mencari ilham dan petunjuk, akhirnya, aku menjawab kepada mereka yang bertanya apa hukum melukis, jawapan dari aku (yang juga seorang yang suka melukis-nampak sangat bias)

BOLEH, hukumya antara MAKRUH dan HARUS, tapi dengan bersyarat. Dan jika tidak mematuhi syarat hukumnya menjadi HARAM.

Tapi sebelum itu, cuba korang baca fakta, dalil dan nas mengenai hukum melukis yang sempat aku kumpulkan dan sama sama kita nilaikan semula nanti akan jawapan aku.

1. Memang terdapat banyak Hadith Nabi yang mencela pelukis, yang mana menurut hadith, mereka para pelukis akan di azab akhirat kelak, dan gambar gambar atau patung patung yang mereka ‘cipta’ akan di beri nyawa untuk mengazab mereka. Dalam hadith lain , mereka tersenarai dalam golongan terawal masuk neraka.

2. Namun menurut Buznama dan ulamak yang aku rujuk, kebanyakan dari mereka berpendapat dalam mentafsir hadith kena faham ‘asbabun wurud’ iaitu suasana Hadith itu dikeluarkan yang mana secara ringkasnya aku boleh kongsi, Nabi melafazkan makna lukisan dan patung adalah sewaktu kaabah di kelilingi 360 berhala dan berpuluh puluh gambar ketuhanan nenek moyang, selain amalan ugama sesat waktu itu (sekarang pun) yang mana ahli kitab menghias rumah ibadat mereka dengan gambar-gambar dan patung patung pujaan manusia, maka tafsir di buat: Nabi merujuk akan gambar atau patung yang berunsur ketuhanan dan sembahan manusia sahaja, selain dari itu tidak termasuk dalam hadith ini-wallahulam.

3. Menguatkan hujah ini, Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya. Maka terus Nabi Muhammad SAW yang sedang sakit ketika itu, bangun dan bersabda:“Mereka itu, bila ada seorang soleh di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut (sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”

4. Dan hadith lain, apabila gambar selain ketuhanan, yang di lukis di langsir, juga gambar di bantal, Nabi hanya menyuruh di alihkan sahaja, dan bersabda, “tidak mahu teringat kepada dunia” (Riwayat Imam Muslim dari Aisyah r,ha)

5. Namun, kebanyakkankan imam besar seperti mazhab Hanafi, Syafie, Hambali (betulkan aku jika silap) yang sangat berhati hati dalam meletak hukum, mereka mengharamkan terus melukis makhluk bernyawa. Maknanya, boleh lukis gambar benda sahaja, sebab benda tak bernyawa tak akan mintak nyawa kat akhirat, jadi, jika korang nak cipta basikal, lalu lukis gambar basikal, maka hukum melukis basikal itu tak berdosa langsung.(masa kecik aku selalu lukis robot transformer sebab robot takde nyawa-woha)

6. Pendapat dari Buznama lain, boleh lukis gambar pemandangan sahaja. Seperti gambar kaabah, gambar masjid, gambar pokok, tapi jika gambar pemandangan itu adalah matahari dan di sembah oleh penyembah matahari, maka hukumnya haram.

7. Ada jugak ulamak, jika tak silap namanya, Al-Imam Al-Mujahid. Mengharamkan melukis gambar pokok yang berbuah, yang tak berbuah takpe, dalilnya aku tak tahu.

8. Menurut arwah bapak saudara aku yang bertaraf imam besar Raja terengganu telah berkata: boleh lukis gambar manusia, tapi tak boleh lukis penuh, waktu tu aku belum baligh, jika salah faham maksud bapak saudara aku, salahkan ketidak balighan aku.

9. Syekh Yusuf Qardhawi, ulamak zaman moden menafsir hadith Nabi mengutuk pelukis adalah merujuk kepada gambar yang berunsur ketuhanan seperti lukisan di dinding gereja. (dah aku nyatakan di atas) dan di bolehkan melukis bergantung kepada niat.

10. Berdasarkan fatwa fatwa ulamak, sesetengah negeri di Malaysia yang sempat aku baca, (betulkan jika aku salah) boleh melukis gambar, kecuali Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat dan Sahabat Nabi.

11. Jika kita rujuk Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan lain lain ustaz politik pembakang, yang tidak pernah menegur lukisan kartunis Zunar di harakah, seolah olah mereka merestui, (hukum macam boleh jer), jadi kena tanya balik mereka face to face akan apa hujah mereka membenarkan kartunis zunar melukis kartun sedemikian walaupun kita tahu kartun politik berasal dari barat.

12. Sama jugak Mufti di jabatan kerajaan, mereka tidak pernah mewartakan pengharaman majalah gila gila, majalah ujang, dan juga lukisan politik kartunis zoy di Berita Harian, juga kartun Upin Ipin seolah mereka ada dalil dan hujah yang mungkin kita boleh cungkilkan lain kali. Atau benda ni remah sahaja, biar mereka jawab atau dah jawab, aku jer yang tak tahu.

13. Buku buku ugama yang di dokong oleh ustaz ustaz ada gambar kartun seperti majalah Solusi, juga buku Dr Fadilah Kamsah, juga ada gambar kartun, mereka labih arif bab ugama patut ada jawapan lebih baik, kita masyarakat menjadikan mereka sebagai contoh(aku paling tak suka guna hujah ni tapi aku kena tulis juga untuk isu ni)

14) Ada Buznama berkata, lukis gambar makhluk bernyawa secara penuh, makruh, gambar secara separuh, hukumnya harus- katanya Mazhab Imam Malik berpendapat begini.(Check balik Buznama)

15) Tapi ada jugak ulamak yang haram terus melukis apa apapun, namun bila ada ulamak yang tak haram terus maka kita tak payah nak berbalah macam geng wahabi fanatik dan geng mazhab fanatik berbalah atau geng politik berbalah sehingga tahap kafir mengkafir, muzakarah elok elok dan berlapang dadalah..

Kesimpulan:

Perkara yang melibatkan dosa dan kita guna alasan ugama untuk benarkan dosa tadi di panggil fahwa kaum kera, semua faham sudah, tapi jika benda tak berdosa dan baik, seperti kongsi ilmu guna medium x, hubungan silaturahim guna medium x, atau hiburan yang tidak melalaikan menggunakan medium x, lalu guna alasan ugama itu di panggil Bidaaah hasanah, sebab Nabi tak buat tapi benda tu bagus untuk orang yang sakit iman…

Namun aku ingin membuka ruang terhadap bidaah hasanah itu dengan rasa bersalah dan takut yang tebal atau nama arabnya ‘takwa’, sebagai contoh, lepas solat kita istigfar, walaupun solat itu sunnah, namun oleh kerana ada rasa bersalah dan takut yang tebal seandainya solat kita tak di terima akibat kesalahan kecil dalam solat, maka kita memperbanyakkan istigfar.

Oleh sebab itu, untuk bab melukis ini, walaupun tujuannya baik, untuk kongsi ilmu, hubungan silaturahim, atau hiburan yang tidak melalaikan, namun wujudkan juga rasa bersalah dan takut yang tebal, sebab benda ni confirm bidaah, lalu memperbanyakkan istigfar sehari hari kerana kehidupan kita yang sudah semakin jauh dari kehidupan Rasullullah…

Kembali pada bab hukum, Ada benda yang berubah hukumnya mengikut peredaran masa, contoh, zaman Nabi al quran tak di bukukan, Nabi suruh semua sahabat hafal, namun di zaman saidina Abu bakar, Al quran di hafal dan di bukukan kerana ramai hafiz terkorban, mulanya ada sahabat tak setuju tapi selepas bermuzakarah, mereka bersetuju dan hukum ini terpakai sampai sekarang.

Sama jugak kes ziarah kubur, pada mulanya nabi larang, kerana zaman itu iman sahabat belum kuat di tambah amalan sembah kubur yang berleluasa, tapi bila iman sahabat dah kuat, Nabi benarkan ziarah kubur untuk tujuan peribadi, bukan untuk upacara ugama-rujuk balik hadith.

Kes lain, di zaman Nabi, perempuan tidak di cegah pergi solat berjemaah di masjid, tapi di zaman sahabat, tidak di galakkan lagi kerana fitnah perempuan akhir zaman ke masjid terutama waktu gelap mengundang masalah jenayah, bersandarkan tiada hadith yang menggalakkan perempuan ke masjid, maka di zaman sahabat lagi, hanya lelaki di wajibkan pergi ke masjid, dan perempuan di galakkan solat di rumah.

Ada banyak lagi hokum yang berubah selepas ulamak bermuzakarah, seperti hukum bayar zakat pakai wang,(zaman nabi zakat guna bahan bernilai)juga hukum guna wang itu sendiri, (ada pendapat kata kena guna wang dirham) hukum ustaz dapat upah mengajar,(nabi mencela al quran di jadikan dagangan), hukum bermain alat muzik(menurut hadith daif-hukumnya haram), hokum tentera di bayar gaji (zaman Nabi bukan semua orang berjihad boleh dapat harta rampasan), hukum menari tarian poco poco, hukum merokok, hukum bersumpah, hokum hudud dan lain lain.(kita cerita lain kalilah kot)

Namum aku bukan nak meletakkan fatwa melukis di sini sebaris dengan fatwa ustaz ulamak di atas, aku bukan ustaz pun, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.

Aku ulang, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.

Bagi aku, banyakkan istigfar kerana tak dapat amal apa yang Nabi suruh, jika nak melukis, tengok balik niat, elakkan melukis benda yang boleh menimbulkan fitnah dan benda yang nyata haram, dan sentiasa bersangka baik dengan ustaz ulamak, melukis untuk tujuan perkongsian ilmu, hubungan silaturahin, dan hiburan yang tidak melalaikan, bagi aku yang hina dina ini, boleh selagi tidak mendatangkan fitnah…

Tapi aku mengaku, aku masih banyak bodoh dalam banyak hal, ajarkan aku jika ada salah dan silap, bab hukum hakam ni memang aku cuba elak dari menjawab, tapi takut korang terujuk ustaz yang josh, kacau jugak..

****

Kita balik kisah aku dan penerbit, seminggu kemudian.

Encik DK:
Salam Hamka, macam mana lukisan, berapa peratus dah siap? Sajer tanya walaupun dateline belum sebulan.

Aku:
Salam kembali, jumlah lukisan yang dah dilukis, kosong peratus sebab pen yang kau cadang tu pun aku tak beli lagi. Perasan sibuk ni.

Encik DK:
Aduh, bila nak siap buku macam ni, habis tu bila nak pergi beli pen?

Aku:
Tak payah bising bising, aku ada cadangan lain yang lebih mudah, aku rasa tak payah melukis, susah sangat nak tekap macam yang kau ajar tu, aku nak ambik gambar jer, gunakan anak anak aku sebagai pelakon, amacam?

Encik DK:
Hmmm, setiap tajuk / bab ada gambar hitam putih. Cantik jugak, kau selalu ada idea bernas, kamera nak guna nanti, berapa megapixel?

Aku:
12 MegaPixel

Encik DK:
Mantap, aku bagi kau tempoh seminggu untuk tangkap gambar anak kau sebagai hiasan buku.

Aku:
Ok, aku cuba, insyAllah..

******

Baik, sementara Encik DK sibuk menantikan foto dari aku. Mari kita bincang bab foto pulak, apa hukumnya.

( TAK KAN NAK CERITA SEMUA HARI NI?DAH PANJANG GILA DAH ENTRY INI!)

Ok, lain kalilah, betul tu, dah panjang sangat dah ni, kita sambung kisah aku dan Encik DK.

*****

Seminggu kemudian.

Encik DK:
Salam Hamka, macam mana foto, berapa peratus dah siap?

Aku:
Salam kembali, maaf tak sempatlah ambik gambar, pelakon demam.

Encik DK:
Aduh, ambik jerlah gambar anak kau yang demam, gambar hitam putih takpe.

Aku:
Tak payah nak mengamuk, selain anak demam, aku kena tolong bini aku tebuk wall plug sebab nak gantung langsir, ha ha, Encik, aku ada cadangan lain yang lebih mantap sebab aku memang perasan sibuk gila babi.

Encik DK:
Apa pulak kali ni!

Aku:
Aku rasa tak perlu letak gambar kartun mahupun gambar betul, biar sahaja buku aku dalam bentuk tulisan,

hujah aku:

1.Biar buku aku tu macam blog.

2.Ada pembaca yang bertakwa akan terganggu jika ada gambar kartun atau rupa manusia.

3.Mungkin ada orang nak membaca di masjid, (mungkin) atau ustaz nak jadikan bahan mengajar di masjid (woha) atau abang abang usrah nak guna buku aku sebagai bahan rujukan, (ehem, ehem) maka, elok buku aku dalam bentuk perkataan sahaja.

4.Ada hadith Malaikat tak masuk rumah jika ada gambar manusia, maka andai kata ada orang baca blog aku lalu tertidur dalam keadaan buku terbukak, nanti malaikat rahmat tak masuk pulak.

5.jika tengok buku bestseller dari Baratpun, buku mereka tulisan sahaja. Sebab orang tak beli buku kerana gambarnya tapi kerana isinya.

6.jimat kos, sedangkan benda tu tak perlu.

7.Aku perasan sibuk, nak melukis dan ambik gambar tak berapa sempat.., tapi buku nak siap cepat, he he

Tapi itu hujjah aku, jika kau ada hujah lebih bagus, aku akan timbang balik.

Encik DK:
Ok, aku terima cadangan kau, tapi cover kena ada gambar sikit, tapi aku tak nak suruh kau lukis, buat penat tunggu jer, Aku nak cadang, mari kita outsource kerja ini kepada Encik Nik Wafdi yang pernah menjadi kartunis di majalah Ujang. Beliau juga peminat blog Kereta Mayat hehehehehe. Aku kenal sangat dengan dia, amacam?

Aku:
Biar betul, Aku masa remaja pun minat dengan katun beliau seperti Ali & Davidson, Tandori payat, wah bestnya. Aku setuju, suruh dia lukis cover, dan kirim salam kat dia.

Encik DK:
Nak suruh dia lukis gambar apa? Gambar mayat, gambar Kereta mayat?

Aku:
Gambar tengkorak cukup, gambar kepala tengkorak, tapi design mestilah sesuai dengan tajuk buku aku tu.

Encik DK:
Baik, aku akan uruskan bab ni, siap kelak, aku email mintak pendangan kau, sudah, pergilah tolong bini kau tebuk wall plug tu, woha!

Aku:
He he he. main kasar ye..,

****

Sementara kita tunggu lukisan Kartunik Nik menjelma minggu depan, apa kata aku post jer entry ni kat blog. : )

Sekian.

Ps: Aku tak mahu perasan polular, aku akan cetak buku aku berdasarkan jumlah orang survey, jika 3 ribu orang setuju nak beli melalui borang survey, aku cetak 3500, baki 500 mungkin ada yang nak beli lepas dah cetak, maka silalah klik klik dekat sini jika korang nak beli. Segala kerja sama di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

81 comments:

hidayah said...

lame btol tggu encik hamka update!

hamka said...

PPS: Encik DK = Encik Dahari bin Kamaruddin.

PPPS: Encik DK pernah mendapat rawatan di McLean Hospital (Top Three U.S. Psychiatric Hospitals) selama 10 tahun.

hamka said...

adanhayad, masa komen kita serentak!

[sutera kasih] said...

ilmu yg berguna encik hamka :)
thanks for sharing..
wahh tgh bukukan blog ni yer?
sy nak beli lah sbb sy lagi suka baca buku drp dpn PC, skt mata :P
jual la kt MPH yee hehe

sinchiro said...

lama dah duk terfikir..kita sama..saya pun suka melukis..
sblm ni pun pernah terbaca pasal melukis gambar org tu xleh..
ok..sekarang lebih faham..terima kasih!
nk buku..mana leh dpt?

hidayah said...

ohh padanlah hang kejap time nak komen tadi. woha!

Aku said...

huh abes pn bce..pnjangnyee..

emak. bukan penari tiang said...

hang jangan la bz bz sangat hamka..buat bagi cepat-cepat...

kang nanti terlepas waktu pantang aku..time pantang saja buleh membaca tanpa gangguan...

Khairi Mohd said...

sila buang gambar tengkorak di blog anda. sekian terima kasih.

Fahmi Jaafar said...

saya x reti melukis.. :(

Anak Wak Mail said...

en.hamka..macam mana pulak kalau melukis orang lidi??hehe

panjang betul entry ni..baca jugak sebab suke..hehe..=)

Unknown said...

Baru hendak bertanyakan tentang gambar photo pula..

Tunggu entry akan datang la gamaknya,

Apapun, terima kasih..

tawfiq ramlan said...

sy order satu

Malaysian Epic said...

buku apa ko jual HAMKA ? , cuba detail sikit .

alfindani said...

"Haram dgn sebab, halal dgn syarat".

Anonymous said...

erm, tajuk buku nanti apa?

Zairihan Abdul Halim said...

Pakcik KM, sy pun dah byk lukis potret pelakon hindustan ms form 3 dlu..sy suka sgt lukis potret..satu hari abg sy s'org ustaz dan anak murid beliau dr madrasah a.k.a pondok dtg rumah dan terlihat sketch book saiz A4 yg penuh dgn potret SRK, dan aktres bolly...mereka suka dan kagum dgn lukisan sy tp in the end..abg sy suruh bakar..waaaa...sy dgn berat hatinye membakar..tp minat melukis sy tak pernah terkubur.sy masuk kelas seni lukis sampai kat universiti (kelas ko-k) tp Alhamdulillah..sy elakkan melukis potret..bile ketagih sgt nak melukis gambar org..sy lukis mate sebelah je..huhu..satu hal lagi bab photography and editing..sy suke sgt..tolong jelaskan secepat mungkin krn boleh kate hari2 sy buat keje ni (tp bkn photographer pun)..Jakakallah atas huraian pjg lebar..gonna share this on my fb :)

azharjaafar said...
This comment has been removed by the author.
azharjaafar said...

gambar tengkorak ngan stereng kat blog ni aku rasa sesuai jadi cover buku.. tengok gambar je orang dah kenal buku apa..

kalau letak gambar katun, orang akan ingat ni komik baru.. kalau letak gambar anak², org ingat ni buku cara menembak tepat.. kalau letak gambar sofa orang ingat ni buku pasal bersekedudukan..
*(komen tadi aku delete sbb gambar x hensem..)

Anonymous said...

boleh letak cetak 2 buku bagi kat raiwind n nizamuddin....

Anonymous said...

Salam,

Kalo kita upah org lukis potret wajah kita sama tak dgn amik gambar sendiri guna kamera? Pastu kita framekan. Dibolehkan tak?

Sebenarnya, saya baru tahu melukis tu ada hukumnya..oh!

Terima kasih Hamka.

si para para said...

kalau lukisan orang tapi tak nampak macam orang macam mana pulak tu.hehe gurau je..

:)

afrohead said...

saya rasa melukis ini bergantung pada niat. kalau niat baik bukan untuk tujuan penyembahan dan sebagainya rasanya tidak ada masalah. tapi ini pendapat saya sahaja. sebab saya pun boleh melukis, tentulah pendapat saya pun berat sebelah. heh heh.

bagaimanapun entri kali ini sangat berguna untuk semua yang boleh melukis. kudos!

Ahmad Albob said...

Encik jual secara online tak? Kalau letak kat MPH, rsnya tak convenient bg yang tinggal kat luar bandar utk travel nak dtg MPH. saya la tuu. Hehe. Tolong ye cik Hamka jual melalui atas talian (online). Tenkiu menkiu! :)

Mama Rocks said...

bila buku nak keluar nih tak sabar tunggu

uan609 said...

obviously 'bias'

Nerzhul said...

letak gambar tengkorak kat blog ni je la wat cover..

Mat Dot Dot said...

Kebanyakan buku-buku yg berbentuk ilmiah takde gambar, kecuali buku2 sekolah. Apakata saudara Hamka bukukan isinya saja tanpa gambar gambar. Mudah, jimat, selamat.

mushroom said...

saya minat gila melukis.. sekarang baru tahu apa hukumnya..

kalau buku tu ada jual kat kedai buku, insyaallah aku beli.. kalau beli pakai pos, x naklah

adalebih said...

salam bro..
saya tengok ustaz zahazan ada colloborate dgn kartunis Nik dlm buku dia 101 Rekreasi hati

http://telagabiru.net.my/index/index.php?option=com_content&view=article&id=181:101-rekreasi-hati&catid=6:buku&Itemid=11

lordapes said...

Great read bro. Satu je nak tanya. Hukum melukis dalam Quran takde ke? Semua hadis je. Thanks.

Unknown said...

salah satu fungsi Sunnah ialah memberi hukum yg xde dalam AQ...tq

kaizenshinobi said...

mohon perbetul (atau aku yang keliru)

...lepas solat kita istigfar, walaupun solat itu sunnah, namun oleh kerana ada rasa bersalah dan takut yang tebal ...

"aku rasa ayat tuh sepatutnya: lepas solat kita istigfar, walaupun ISTIGFAR itu sunnah"

ehem2... akan menunggu keluaran buku keretamayat~ uhoh!

hamka said...

Aku jawab mana yang bertanya sahaja,

------
sutera kasih

((jual la kt MPH ))

Aku kena Tanya pernerbit dulu, buat masa ni, memang jual on line..

-----------
sinchiro
((nk buku..mana leh dpt?))

Next, entry, aku cerita detail macam mana nak dapat, : )

-----------
Rye the X-Superpornstar

((hang jangan la bz bz sangat hamka..buat bagi cepat-cepat...))

Baik!

---------
Khairi

((sila buang gambar tengkorak di blog anda. sekian terima kasih.))

Kenapa kena buang? Bagi 5 alasan.

----------
Anak Wak Mail

(((en.hamka..macam mana pulak kalau melukis orang lidi?))

Itu kau kena Tanya penjual sate.

----------
Azree

((Baru hendak bertanyakan tentang gambar photo pula..))

Akan datang tu lambat lagi, rujuk ustaz dulu pun bagus jugak, konsi dengan aku sama, ok!

----------
Malaysian Epic

((buku apa ko jual HAMKA ? , cuba detail sikit .))

Buku dunia rumah tangga, sesuai utnuk orang yang belum berkahwin dan sudah berkahwin(bermakna sesuai untuk semua orang-woha!)

----------
Kelon Eric Bana

((erm, tajuk buku nanti apa?))

Ada ada persamaan dengan buku yang pernah polular satu Malaysia dulu, tapi aku ubah sikit, tunggu next entry, aku dapatkan tajuk buku yang paling sesuai.

-----------
Miss Zai

(((bab photography and editing..sy suke sgt..tolong jelaskan secepat mungkin))

Tak janji untuk masa terdekat, tapi boleh rujuk ustaz untuk jawapan lengkap dalil dan nas, hukumnya hamir sama jugak dengan hokum melukis, tengok balik niat, dan elakkan menggantung di dinding tanpa tujuan murni,

----------
azharjaafar

((gambar tengkorak ngan stereng kat blog ni aku rasa sesuai jadi cover buku..))

Gambar tengkorak jer sesuai, gambar stereng tak sesuai dengan isi buku, kita tengok nanti

-----------
Anonymous

((Kalo kita upah org lukis potret wajah kita sama tak dgn amik gambar sendiri guna kamera? Pastu kita framekan. ))

Aku dah tulis bab ni dalam bulan puasa tahun lepas, tajuk: sesat atau jahil., sila rujuk

-----------
si para para

(((kalau lukisan orang tapi tak nampak macam orang macam mana pulak tu.hehe gurau je..)))

Itu namanya ‘tangan bangku’.
:)

-----------
Ahmad Albob
(((Encik jual secara online tak?)))

Sudah tentu, sila biasakan diri dengan pembayaran on line, berlatih bayar semua bil guna internet, sebab masa dah nak tiba, he he

---------
Mama Rocks
(((bila buku nak keluar nih tak sabar tunggu)))

Penerbit cakap, bulan depan 25 haribulan paling last, penerbit cakaplah, kita doa sama sama,

---------
Nerzhul
((letak gambar tengkorak kat blog ni je la wat cover..))

gambar tu gambar X-ray, orang punya, untuk cover kena guna sendiri punya..

------------------
Man Azrul
((Apakata saudara Hamka bukukan isinya saja tanpa gambar gambar. Mudah, jimat, selamat.))

Cadangan anda di terima!

------------
mushroom
(((kalau buku tu ada jual kat kedai buku, insyaallah aku beli.. kalau beli pakai pos, x naklah)))

Kau suruh jiran kau beli pakai pos, lepas tu kau belilah kat dia.

-----------
lordapes
(((Hukum melukis dalam Quran takde ke? ))

Nabi tinggal dua perkara, Al quran dan sunnah, takde dalam Al quran rujuk hadith. Eh cik muhammad dah tolong jawab. : )

------------
kaizenshinobi
"aku rasa ayat tuh sepatutnya: lepas solat kita istigfar, walaupun ISTIGFAR itu sunnah"

Solat sunnah Nabi yang wajib, istigfar sunnah Nabi yang sunnat, aku betul dan kamu pun betul,

KEDUA said...

salam bro,bagus ler dalam selamba boleh gak berdakwah, jeles aku dngan kesedaran akhirat yg ko beri kan kawan2..

Anonymous said...

salam..

sebagai kata peminat.. let me type.

"-penulis telah menghamburkan seni tumbukan perlu berselang seli seni dakapan bisu.. kedua-dua telah meniggalkan palitan, kejutan sesalan, tangisan dan senyuman di dalam diri sehinggakan tidak dapat menahan diri me'refresh' page di keretamayat.blogspot.com-"

-ibn sabil

nami chan said...

first time dgr melukis haram..

GTP5 said...

serius aku nak beli

Anonymous said...

Assalam

Bapa saudara aku bekas Presiden Kartunis Malaysia. Ayahnda Zainal Bin Buang Hussin.(Ex-Gila-Gila kartunis) Pernah keluar...sekarang ni dia melukis free lance dan lebih banyak kepada lukisan yang berbentuk dakwah.(Rasanya orang berdarah seni ni memang bernasib kalu tasykil orang yang berdarah seni)Woha!

Khalid

Make it two copies for me I wish to give him one copy....
By the way...kalu ada baki buku-buku kau tu aku personally akan tolong jadi marketing officer untuk kau demi mencari keredhaan tuhan. I love you brother..and one step behind you. Keep on writing...

wildmans said...

kalo tengkorak tu mntk nyawa kt ko kt akhirat nanti XTAW!!!wohahaha...

D-Kupai said...

longtambang.blogspot.com/
t0l0ng selidik ini blog...aku taktau nak caye kew tak?!

D-Kupai said...

longtambang.blogspot.com/
t0l0ng selidik ini blog...aku taktau nak caye kew tak?!

arizWanmerahs said...

Aku mohon ribuan maafla kt tuan rumah ni sebab aku awal2 lg dah 'membukukan' semua artikel dlm ni tp sekadar utk bacaan seisi keluarga je.. Tidak sekali2 utk dijual!
Harap tuan Hamka sudi memberi izin, meski pn izin dlm paksa pn dh kira ok buatku.. Woha!

Yutaka Mushimura said...

woohaaa..aku baru tau..tak boleh lukis penuh2...hehee..tq.HAMKA

tips terbaru

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

Tips 10 Petanda Dia Jodoh Kita

Bila Bercinta Dan Disalah Ertikan

kemboja said...

adeh.. panjang betul entry ni, komen pun panjang2.. hehe saya pun suka melukis.. thank you untuk matlumat ni.

Anonymous said...

haha.. kisah aku 6 tahun lepas.
aku suka lukis kerana aku suka mengamalkan aktvti melukis ketika sedih, marah.
bila kawan2 sekelas aku marah. mengatakan hukum tidak boleh melukis.
maka aku telah mencari2 di kitab majmu' dan mazahib arbaah dn bbrpa kitab lain untuk mendapat hukum 'bolehnya melukis'

lalu ustaz aku berkata : mentang2 hang belajaq ikhtilaf ulama. hang crik qaul yg membolehkan.
jgn crik pasai hang kaji hukum permp boleh kawin 2,. bila kau nk kawin 2..

aku tersenyum..
sekian.. cter aku =P

JetZ said...

kawan berkenan ngan ayah bro.. "Jangan Lukis gambar orang, nanti dia mintak nyawa" dengan hukum-hukum bermain dengan "Seni" atau "Art"..

bro.. rasa nye kawan dapat "CLUE" pasal "sejarah" kat entry nih...

"sejarah manusia dicipta"..

thank you banyak-banyak bro...
dan.. trus kan meng'update'.. kawan menantikan entry yang berikutnya...

Pemikir sunnah said...

Apabila aku melihat corak awan di langit, hatiku akan berkata, "ini adalah hasil lukisan dari Allah!"

Apabila aku melihat tumbuh-tumbuhan, hatiku akan berkata, "ini adalah hasil karya Allah!"

Apabila aku melihat binatang2, hatiku berkata, "Allah maha Kreatif!"

Melor said...

whoa!!!ceptalh siapkan!teruja betul aku nak baca buku kau itu/aku dah is borang dari hari tu lagi.

hamka said...

Ok, jawab mana yang sempat.

------------
(((Bapa saudara aku bekas Presiden Kartunis Malaysia. Ayahnda Zainal Bin Buang Hussin.(Ex-Gila-Gila kartunis) Pernah keluar...sekarang ni dia melukis free lance dan lebih banyak kepada lukisan yang berbentuk dakwah, Make it two copies for me I wish to give him one copy....By the way...kalu ada baki buku-buku kau tu aku personally akan tolong jadi marketing officer untuk kau demi mencari keredhaan tuhan. I love you brother..and one step behind you. Keep on writing...)))

Nama Zainal Buang Hussin, kenal sangat sebab masa kecik, gila gila lah rujukan aku untuk ikuti perkembangan semasa, dan sekarang kau nak bagi hadiah pada beliau, oh, aku rasa kerdil…

----------
(((t0l0ng selidik ini blog...aku taktau nak caye kew tak?!)))

Aku dah bukak kejap tadi, tengok terlalu banyak istilah pelik, tak semangat pulak nak baca dan kaji, (buat masa ini), mungkin ada kaitan dengan entry lama aku bab “ugama lebih mudah dari naik basikal”.

--------------
(((Aku mohon ribuan maafla kt tuan rumah ni sebab aku awal2 lg dah 'membukukan' semua artikel dlm ni tp sekadar utk bacaan seisi keluarga je.. Tidak sekali2 utk dijual! Harap tuan Hamka sudi memberi izin, meski pn izin dlm paksa pn dh kira ok buatku.. Woha!)))

Aku suka jika kau buat dua copy, satu salinan kau simpan, dan satu lagi bagi free kat aku, aku pun nak simpan, boleh email dengan aku bincang..

-----------
(((bro.. rasa nye kawan dapat "CLUE" pasal "sejarah" kat entry nih..."sejarah manusia dicipta"..thank you banyak-banyak bro...)))

Boleh kongsi tak ilmu kefahaman ilham yang kau dapat tu?

-------
(((whoa!!!ceptalh siapkan!teruja betul aku nak baca buku kau itu/aku dah is borang dari hari tu lagi.)))

Baik!!

manjeamusyuk said...

mak sy pun marah sbb dr kecik lg sy suka lukis gambar2 org. Dia pn ckp xleh lukis makhluk bernyawa (maksudnye nmpak real @agak2 real) sbb nti dia mintak nyawa di akhirat.

Kecuali lukis separuh badan. Tp kalu lukis ikan xkan la nak lukis separuh kn? So ikut fahaman sy xleh jgk la lukis2 kuda ke, kambing , burung dll.

Lukis pemandangan takpe. Ikut logik kartun pun xpe kot. Dah kartun bknnye wujud didunia nyata.

Lg 1 xleh lukis benda2 yg nmpak hidup menyerupai makhluk ciptaan Allah. Mungkin jgk utk mengelak dr timbul unsur2 riak (sifat yg Tuhan benci). Dah kalu org asik puji "nampak cam real la, mcm manusia hidup la.." lama2 kembang jgk kn. Timbul rse bangga diri. Dah bdosa.

So, sy pn kuburkn jela bakat tu & rendam. Xrugi pun.. Kt syurga nti boleh la lukis puas2, hehhe..aminnn

Anonymous said...

dlu kecik2 kalo lukis gmbr org kne pangkah kat leher..akak n abg y ajar..bru gmbr 2 x mntak nyawa..hahaha..jahil sgh..

Anonymous said...

aduii bpinau bijik amta baca post panjang bjela ;-D

tp bagus la, aku dpt ilmu..

mekasih.

Anonymous said...

Assalam

You may feel small....(it's good and keep it up until your last breath in this world)
But, you are big for me brother.
I'll be your witness infront of the All Mighty...insyallah.

Azam pergi Mesyuarat Nizamuddin dengan jemaah Sg Petani. Tolong doakan ana...yang lara.

Khalid.
P/s:Ketika Adam as dijadikan terdapat seperti lukisan /tulisan di Arasy Allah yang mana dari situ Adam as membuat andaian bahawa Muhammad saw adalah makhluk yang begitu istimewa disisi Rabb. I wonder how is that lukisan/tulisan? he..he..love you all as I love myself!

dzoelhakim said...

apsal nak cetak 4000 copy je. terus cetak 5000 or 10000 jelah terus. cetak banyak lagi murah. bab promosi bulu tu nanti ramai yg sudi nak tolong dengan rela hati. superfan n diehard fan ko gerenti support! insyaallah...

rara said...

hahahahahahahahahaha

Anonymous said...

aku nk syor pd ko (just my idea) cover buku tuh warna itam..dng gambr tengkorak keta mayat (sbb ni ko nyer trademark) & yg stereng keta tuh tuka ngan gmbar globe lakaran peta dunia...syur aje...

aku lanang...

Atiqah Balqis said...

first time comment d sini..
n first time dgr melukis pon ade hkumnyer..
sye ckup minat melukis, t'utama karakter anime jepun.. sbb comey
tp sekarang ni dah kurang..
anyway, sye makin semangat balik nak melukis.. tp more kpd kenangan/keadaan sekeliling..
thankz En. Hamka..^^

sang pujangga said...

nie la entry pling pnjang aku bace..best sngat...

kueh bakar said...

aku nok gok se buku.

memang betol..macam ni punya tulisan tak perlu lukisan.cuma terkilan dokleh tgk bakat melukis ketemayat.

a said...

assalamualaikum

ade kesilapan dalam hadith yang awak letak

"para pelukis akan di azab akhirat kelak, dan gambar gambar atau patung patung yang mereka ‘cipta’ akan di beri nyawa untuk mengazab mereka"

sepatutnya hadith tu berbunyi macam ni:

“Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”

berbeza kan bunyinye?

sila ubah supaya orang tak salah faham dan supaya jujur dengan hadith nabi.

itu baru 1 ayat yang diletak. bayangkan macam mana ketika dihisab nanti segala yang kita ucapkan akan disoal dan dipertanggungjawabkan. bertaqwa lah kepada Allah. dan sebaik2 hamba adalah yang bertaubat. biar mengaku salah depan orang asalkan nampak baik di sisi Allah *peringatan untuk diri sendiri juga.

sedara,

salah satu definisi Islam = submission to the will of Allah

bila nabi kata laknat kepada orang yang melukis lukis gambar, orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya seharusnya berkata "sami'na wa atho'na"

kenapa perlu nak adjust2 supaya sesuai dengan kehendak kita? oklah, mungkin ade yang cakap "Islam itu kan mudah, kenapa nak susah-susahkan?" ye, memang mudah kalau IKUT garis panduan Rasulullah. banyak lagi nikmat Allah, tak terhitung kan? kenape yang tuu jugak yang kita nak buat?

sahabat Rasulullah yang kerjayanya pelukis, bila mana dia bertanya Ibnu 'Abbas bagaimana dia nak cari makan, Ibnu 'Abbas cakap lukis gambar pokok dan yang tidak bernyawa. ade sahabat tu tanye boleh lukis separuh badan ke tak? sahabat sami'na waatho'na. dan merekalah sebaik2 ikutan selepas Rasulullah.



"Ada benda yang berubah hukumnya mengikut peredaran masa"

berkenaan statement tu. ye, ada yang benar dan ada yang tidak. tapi perlu diingatkan bahawa Allah telah sempurnakan agama Islam itu sendiri dan nikmat2 Allah (Al-Maidah:3).
berkenaan isu2 yang awak bincangkan, mungkin kena berbalik semula kepada definisi bid'ah (haa, dah sebut dah tu) menurut ulama' yang berpegang kpd jalan 3 generasi terbaik. yang mana ulama' yang paling bagus (bukan saya yang cakap, ulama'2 lain yang rekomen) membincangkan isu bid'ah adalah Imam As-Syathibi dalam kitabnye Al-I'tisham. ade ringkasannya, murah 16 ringgit sahaja.

semoga bermanfaat. Allah knows best.

hamka said...

(((ade kesilapan dalam hadith yang awak letak)))

terima kasih kerana menegur, sila bezakan antara "summary" dan "direct quote".

: )

Unknown said...

assalamualaikum...noh ada satu pertanyaan yg sangat misteri...tolong berikan pandangan anda selepas membaca PENUH entri noh tu...

http://nohisme.blogspot.com/2011/06/buat-blog-ni-halal-ke-haram.html

sekian..noh pon minat gak melukis...penah menang no3 dalam pertandingan lukis komik anjuran komik gempak...tp sampai skang takut nak mlukis sebab penin ngan hukum..

APTB said...

Kami Nantikan Pemimpin Islam Tulen

pemimpin Islam tulen ialah seorang pemimpin yang tidak menjadikan harta sebagai sebab utama untuk jadi pemimpin. Pemimpin Islam tulen adalah insan yang berbakti untuk menyelesaikan masalah umat manusia di muka bumi, dengan penuh takwa kepada Allah. Pemimpin Islam tulen adalah insan yang zuhud, tidak kaya. Di Malaysia, semua pemimpin yang ada sekarang, semuanya kaya raya. zaman dahulu, Pemimpin Islam tulen sangat zuhud. zaman sekarang, pemimpin Islam sangat kaya. why? kerana mereka bukan Pemimpin Islam tulen, they're fake. kami sangat nantikan Pemimpin Islam tulen, yang sanggup menyelesaikan masalah hidup kami di dunia, dan bimbing kami mencari bekal untuk ke akhirat. kehidupan kami sekarang sangat sukar, kerana separuh duit gaji kami mengalir kepada pihak lain, kami hanya dapat guna separruh sahaja lagi untuk menampung hidup kami. sedangkan pemimpin kami makan dan minum sangat mewah, rumah mereka sangat besar, kereta mereka banyak, pakaian mereka berjenama mahal, jam tangan mereka mahal, mereka hidup senang lenang.. sedangkan gaji mereka yang berpuluh ribu itu, mereka dapat melalui sebahagian dari separuh gaji kami yang mengalir ke pihak lain tadi. smapai bila kami boleh bertahan begini?

kami nantikan Pemimpin Islam Tulen.

Anonymous said...

pendapat mufti mesir pasai gantung gambar..kot2 ada kena mengena..
http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/05/hukum-menggantung-foto.html

hainur hapis said...

Assalamualaikum,
nnt leh bgtau melalui email (kepada2 yg telah melanggan buku tersebut)


TQ...


Assalamualaikum

hainur hapis said...

Assalamualaikum

saya suka sekiranya kulit cover depan buku tersebut berwarna coklat kayu
(tak silap kaler blog ni masa dulu)


kemudian ada tulis "KERETA MAYAT"
besar2,


kemudian ada logo stereng tu


ringkas sahaja


pastu ada tulis "dari blog ke buku"

ina omar said...

nk beli buku jgk...lengoh jari n mate duk tenung pc...

Sollehudin Sapari said...

habis pon baca..
saya pon suka melukis jugak..

hamka said...

noh tanya, buat blog ni halal ke haram?

cuba kau tanya ustaz dulu, lepas tu kongsi kat sini,

aku masih dalam zon perasan sibuk, maaf sangat sangat...

Unknown said...

fUh..abeh gaK den meMbaCa...

dUlu kaLo melukis katun mesti naK kene lukis pangkaH kecik kat leher kOnon2 supaya benda yang kite lukis tu tak hidup dan tak tuntut nyawa...taK ingaT dah saPe yang mengajar petua tu..huhu

hum..nasiB bek alif dah taK meluKis skrg neh..huhu...

hamka said...

pangkah kat tengkuk! hadith mana tu?

he he

Anonymous said...

best tajuk ni.aku dlu pun suka mlukis siap buat komik bratus2 mka surat.tpi stlh dgr hds tu aku tak mlukis lg.

hamka said...

aku tak bermaksud semua pelukis berhenti melukis. : )

ulfa said...

Maaf. Disebabkan pening byk sangt pendapat, so saya decide nk teruskan melukis. Boleh ke macam ni.

Hari tu pun saya join satu ptndingan yg org cine anjurkn.

Saya fikr,kita boleh berdakwah melalui lukisan kan?

Lukisan yg lagi universal sikit lagi senang nk masuk dgn diorang. Boleh tak cara ni? Faham ke soalan ni...

-drpd insan yang pening.

hamka said...

teruskan melukis, dan teruskan belajar ugama

seeinglifeinblackandwhite said...

Saya setuju..sbb tu saya pun dah kuburkan minat melukis org2 n binatang2..klu nk buat kek pun saya elakkan design lukis2 n buat bugs2, wlupun sya rasa bugs2 tu comel sangat klu letak kat kek..so minat melukis tu kita alihkan sikit kat hobi lain2..kata kreatif...kan...kan..hehe

hamka said...

baca balik entry, aku tak cakap harampun, aku cakp harus dengan bersyarat.

moral: pendapat ulamak ni banyak, tapi mereka dulu tak bergaduhpun.

so samalah kita, jangan gaduh-gaduh. :)

salah seorang pembaca blog anda said...

aku seorang arkitek

dulu2 aku sgt melukis dan aku rasa aku berbakat dlm bab2 melukis ni(syok sdiri la plak..hehe)

tp lps terbaca bab2 hukum2 lukis2 aku dah cuba elakkan lukis mahkluk....

kerja aku sbgai arkitek of course la lukis plan n lukisan 3d utk bina bangunan...

cuma aku nak tanya ulama mana yang haramkan semua jenis lukisan tu?

sbb zaman skrg ni lukisan byk memudahkan kerja2 professional sbg contoh..

pelan bangunan
lukisan 3d bangunan
geran tanah
peta
gambar illustrasi dlm buku pendidikan..
lukisan kejuruteraan
lukisan untuk industri sperti design telefon,design perabot


ramai org dapat manfaat drp lukisan
x semua benda dpt dijelaskan melalui tulisan...lukisan pon salah satu medium untuk menerangkan sesuatu..kalo mcm tu tulisan pon ada sejenis lukisan..kan...? betol x? lukis huruf `A`,lukis huruf `i`,luksi huruf `r`..jadilan perkataan `air`...perbuatan utk menyampaikan....lukisan/tulisan adalah medium utk menyampaikan atau menyatakan sesuatu....

cuma agak terkejut bila admin ckp ada ulama yg haramkan semua jenis lukisan...boleh admin nyatakan ulama mana yg berkata begitu?

sbb apa sy terkejut?..sbb pada saya tulisan itu sdiri adalah satu jenis lukisan...apa beza huruf `0` dgn lukis bentuk bulat?..utk tulis huruf `alif` pon kita kene buat garisan lurus...garisan lurus tu lukisan la kan?..symbol arrow untuk tunjuk arah pon adalah lukisan kan?huhu..so..takkan la nak haramkan semua jenis lukisan....sbb term`lukisan` tu terlalu umum dan general...


tp apa2 pun ..elakkan melukis makhluk bernyawa....

Unknown said...

ada pendapat kata boleh lukis sparuh kalau yg bernyawa, adakah ia boleh diguna pakai?😭 sbb sy banyak lukis potret sbelum ni😭

Unknown said...

Tapi, saya terfikir jugak kdg2, kalau contoh nak lukis untuk suka2 dapat apa je