(Aku pernah tulis cerita ni dalam tajuk writer’s block, tapi korang susah pulak nak search, dan masih email aku tanya bab ni, jadi aku tulis balik dalam tajuk khas MLM sebagai skema jawapan pembaca keretamayat, akhir kata, selamat datang pengesurf internet sekalian, )
Soalan pembaca:
assalamualaikum...
Sebagai sorang manusia, aku harus bertanya takut aku tersesat pulak...ini tentang perniagaan berbentuk pyramid, MLM, sorang kawan telah mengajak aku untuk join benda tuh...dengar dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja)..
Aku betul-betul konfius dengan perniagaan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni tak la sesat jauh...
Jawapan dari pakcik keretamayat:
Salam,
Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka
Reply Pembaca:
Terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...
Terima kasih banyak banyak.
Keretamayat:
“Any time...”
Sekian.
Ps: Untuk keterangan lanjut yang lebih dramatik, sila rujuk aididmuaddib.blogspot.com. Harap maklum.
pendek dan ringkas!
ReplyDeleteahaha
uih pendek ja.. mesej tu ada.. tu yang penting... :)
ReplyDeleteingat kan entry kali nih panjang, bila scroll bwh, eh?? dah abis dah ke?? huu...
ReplyDeletenway, tq pakcik kereta mayat, dapat ilmu aku arinih.
terbaik..
ReplyDeletewoha!
manede org join lg kan?
ReplyDeletedulu dulu memang tiptop.
MLM dan pyramid berlainan. boleh rujuk ustz zaharuddin punya website
ReplyDeleteduit banyak + cara senang = tipu..
ReplyDeleteCOOL!
ReplyDeletejangan tlampau nk kejar dunia...
ReplyDeleteiman kita bukan macam sahabat...
takut terhanyut...
ada saya dengar MLM ni tak doleh..
ReplyDeletesbb takda akad...
takda barang...
dan menindas orang bawah...
satu perniagaan yang menindas org lain...
islam tak suh kita tindas org len...
orang atas lagi kaya
tapi kita mula masuk brkerja bagai nak rak untuk dorang...
alaaa...
manusia if they have a valley of gold..they will wish 4 another one...
buat biasa jer....
ckup la moto ngan kereta kecik sbijik...
mati pn nanti kita tumpang kereta mayat org len...
ringkas, padat dan Ai paham
ReplyDeletemataseyhh ustaz.
eh bukan bukan.
mataseyh abang kereta mayat
:D
kurang ajar la pokcik ni... hhhahahahaha
ReplyDeletejawapan ringkas. sy suka.
ReplyDeletemana aci senang2 aididleaks tu dapat traffic free ja
ReplyDeletemudah dan senang
ReplyDeletejawapan anda memang superb!
ReplyDeleteoh lupa dah penah baca..terima kasih ingatkan semula.. heheee
ReplyDeletemendengar judulnya blog ini jadi ngeri terma kasih infonya
ReplyDeleteNganjeng ngat jawapang oh...bijok-bijok sek kitee...
ReplyDeleteringkas dan padat! fuh
ReplyDeleteHINS..HINS...
ReplyDelete(bunyi lubang hidung kembang kena puji)
ooooooo...
ReplyDeletemlm dengan pyramid scheme tak samaaaa....
oooooooooooooo.........
tak sama tang mana? ejaan dengan sebutan? wakakaka!
terbaek! ringkas & padat :)
ReplyDeleteTak sia-sia dua-dua blog ni saya jadi follower. Ilmu yg berkesan perlu padat dan ringkas. Senang sampai otak. Kalau baca tak paham lagi, itu namanya benak perot.
ReplyDeleteringkas tp penuh bermakna..
ReplyDeletejp2.. org yg kat atas kata mlm dan piramid scheme neh lain 2.. cuba terangkn sikit kt mana lain dia? cari downline, join, pastu cari downline lg.. pastu tah brapa level kt atas 2 mkn duit downline yg join 2..
i dnt believe in instant money
ReplyDeleteterbaik =) msg sampai
ReplyDeleteentry paling pendek ernah aku baca kat sini hehehehe.
ReplyDeletependek tp betul!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteYang ni sudah dibaca,huhu
tapi takpe baca lagi, untuk remind diri hamba yang mudah leka ini:-)
untuk baca yang panjang, rujuk
ReplyDeletehttp://keretamayat.blogspot.com/2007/06/pernah-tak-kena-tipu.html
ps: tapi sakit mata sikit, sebab ada warna oren, dulu, blog aku backgroundnya hitam, dah tukar kelabu, lain macam sikit entry lama..
mintak maaf...
ReplyDeleteMLM tu apa kebende ekk?
MLM to stand for what?
Err, kalau awak perasan, dalam SMS biasa orang ada tulis camni
ReplyDelete"Mlm tadi awak pergi mana?"
"o aq pg psr mlm"
Haa tu la mlm!
"Psr mlm? Tak hrm kew?"
Salam
ReplyDeleteKalau kita ajak org taat perintah Allah swt dan ikut sunnah Nabi saw, pastu org tu pun taat Allah swt dan ikut sunnah, pastu dia pulak ajak org lain taat Allah swt dan ikut sunnah Nabi saw, pastu org lain tu pulak taat Allah swt dan ikut sunnah Nabi saw dan ajak org lain pulak, pastu..seterusnya....maka semua pahala ketaatan dan pahala amalan sunnah org2 yg didakwahkan akan masuk account org yg mendakwahkan...
Marilah kita umat Nabi saw yg umur pendek2 ni(umur kita purata around 60s - walhal umur umat terdahulu ratusan tahun) kumpul pahala banyak2 dengan buat dakwah macam Nabi saw dan sahabat2 r.anhum buat.. walau kita mati, buku account "good deeds" kita tak tertutup hingga hari kiamat...
Mari, mari kita buat perniagaan yg tak merugikan...dijamin tak rugi.. refer surah As-Saff ayat 10-14.
Semoga Allah pilih kita semua untuk menyertai perniagaan yg tak merugikan!
*ceknor
i would like to give my frank opinion about this thing we called
ReplyDeletemoney....
duit eh...
duit ni...
sbenanyer...
satu keperluan sahaja...
bukan matlamat...
having a normal life is better then having a hard life..
to me..
kalau korang hidup nak beli rumah besar...
kereta besar...
makanan besar2...
it will cost a lot of money...
and these loan shark at the bank making a sweet deal dengan korang tapi membebankan korang dengan hutang...hutang yang tak akan habis...
jadi korang akan hidup dengan penuh stress...
all the day u will think about
money...
money...
money...
how to make money...
how to make money...
how to make money...
where is ur time to think about
Allah
Allah
Allah
so enough with all u have and stay cool..
ok..
SYUKUR
suka kat jawapan pacik n jwapan mujaheedin. terbaek.. isi dlam sanat.. ;))
ReplyDeleteIni 1st time saya masuk blog tuan slps tuan Aidid iklan kat SNTM. Ini juga adalah 1st entri yg saya baca dan saya dah dpt ilmu baru.TQ!
ReplyDeleteSaya akan cube membaca entri2 terdahulu untuk menambah pengetahuan,InsyaALLAH
ringkas dan padat. Oh!
ReplyDeleteSadly, my perants dah terkecundang dalam scheme ni. Ceh
ape2 perniagaan pon kalau disertai oleh org2 yg tak bertanggungjawab & suke menipu org lain mmg wat org lain tak percaya & rezekinye semakin sempit walau byk mne duit yg dia dpt..kalau niat kite baik, nk mencari rezeki yg halal & nk bantu org lain, insyaallah rezeki kite semakin bertambah.sy juga join perniagaan MLM, tp kami ade akad jual beli,ade brg yg berkualiti & buatan Malaysia lagi. Brg yg dijual juga brpatutan & mmg kegunaan harian.Cuma dimarketkan secara promosi mulut ke mulut dan syarikat akan byr komisen(bonus) utk setiap jualan.pelanggan baru adalah ahli baru yg juga mengguna produk syarikat. Soalan sy...Adakah ini perniagaan yg salah??
ReplyDelete@eedafiz
ReplyDeletemasalahnya bila korang cari downline baru korang dpt komisyen.. pastu kalo downline ko cari plak downline lain, ko pn dpt duit jugak.. pastu ko pnya downline punya downline cari orang lagi, ko dpt duit gak.. dan seterusnya.. kebiasaan MLM camtu.. bukannya bg komisyen based on jualan tapi based on cari orang.. so.. apa kes.. adakah halal duit hasil usaha orang bawah2 ko yang ko langsung x kenal??
salam..
ReplyDelete*ceknor, terbaik!!
mujahideen, terbaik!!
Nak meniaga, meniaga elok elok..
ReplyDeleteAku angin betul bila kawan lama, jumpa dekat facebook ajak jumpa minum, tapi keluar katalog MLM..,
Hampeh!
Ada kawan MLM suruh aku joint dia punya strategi bisness..
ReplyDeleteDia kata tambah dua jam jer waktu bekerja untuk jadi jutawan..
Aku kata:
Aku try bagi masa pada 3
Satu untuk Allah dan satu untuk opis dan satu untuk bini
Tapi aku masih tak mampu, akhirnya aku 8 jam kerja opis, 6 jam tidor dan tolak berak tolak kencing, drive makan, korek hidung, gosok gigi, mandi, dan lain lain aktiviti tinggal lagi 4 jam..
Oleh kerana aku jahil dan hina aku try bagi masa 2 jam untuk ugama dan 2 jam untuk bini.., (tidur 6 jam dengan bini tak kira)
Dan kau ajak aku joint MLM 2jam sehari, nak mampos?! Aku kadang kadang curi masa bermesra dengan bini untuk tulis blog… nah sekarang kau nak aku curi masa 2 jam untuk ugama pulak..
No way man..
Takpelah aku tak 'kaya'pun..
Aku patut tinggal tulis blog dan tambahkan masa untuk ugama dan untuk bermesra dengan bini
(malam ni masuk tidur awal sikit)
selamat malam,
wahhh pakcik keta mayat pun pengikut aidid muadib. hik~
ReplyDeleteAku ikut sebab dia tak jadi mayat lagi, dah jadi mayat, dia pulak ikut aku, ha ha ha..
ReplyDeleteeh, tadi kata nak tidur?
ok, good night..
(sambil menyanyi lagu Faizal Tahir, selmat malam)
hi hamka,
ReplyDeletei do hope dt u'll talk more on dz intrsting sbjct.
i've had an intention 2 join dz so-called multi-lvl bsnss b4 when some1 persuaded me 2 join them which i still consider up till nw.
encik hamka o sum1 are freely 2 give me an advise o a piece of mind rgrdng 2 dz issue.
thnx.
padat dan ringkas...tu yang perlu...
ReplyDeletezaman skang nih,semua orang nak wat kerja senang or goyang kaki and tiba2 dah boleh dapat duit beribu-beriban.cube pikir,ade ke mende yang mudah camtu dalam dunia nih..?mesti ade sesuatu yang tersirat yang kite sendirik taktau sekarang ni.and cube pulak pikir, layak kah kite nak dapat duit banyak sedangkan kita ni usaha pon tak seberapa. ingatlah,sesuatu yang datang bergolek-golek tu, pergi nya jugak bergolek-golek. duit biar siket,janji berkat lagi diredhai Allah. wallahu'alam,
ReplyDeletefor whom who want to join the multiple level business
ReplyDeleteummm...my advice...
beware...
jgan kita jadi hamba kepada duit...
jangan tenaga dan tulang kita diperah sampai habis sum2 kita kerana duit...
nanti mind set korang akan ada duit....
takut2 dalam solat pun korang teringat senarai2 nama yang korang nak call untuk join mlm
bayangkan...
awak adalah orang lidi yg kecik...
di belakang awak ada duit syiling 50 sen gergasi dalam 8 keping disusun bertingkat2...
dan awak sedang menarik kelapan2 duit syiling tu dgn berat...
di hadapan awak ada banyak lagi kepingan 50 sen gergasi bersepah...
dan awak nak amik sumer....
belum sempat awak nak amik sumer duit syiling tu...
backbone korang da sakit
tak minum anlene plak tu...
pastu sendi korang sakit...gout
pastu badan korang dah over limit...
sebab korang tarik banyak sgt duit syiling...
belum sempat korang nak amik duit syiling ke sepuluh....
korang dah collapse sbb letih...
dan mati...
lalu...
orang lidi lagi satu tgk duit syiling korang...
dia pun buat apa yang korang buat...
dan dia pun mati...
sbb penat
kereta mayat pun datang...
moral of the story...
pandai2 la korang wat summery untuk cerpen ni yer...
dan berikan pada saya...
alrite
good luck
bukan joint ye..tapi join =)
ReplyDeletehehe joint tu sendi kan...
ReplyDeletemalu i...
manusia tesilap...
saya bukan sahaja kat tulisan buat silap...
but i've done a lot of mistake to Allah...
malu gak kgkadang...
ummmm....
kalau korang ada wat salah tapi orang lain tak tau...
korang takleh bgtau kat org lain tau...
penerangan yg ringkas tp padat..
ReplyDeleteMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
ReplyDeleteTP penyampaian penjual tuh yg bleh jadi len citer kot. Wallahualam
kot?
ReplyDeleteyg TP tuh saya tambah sendiri. sbb berdasakan pengalaman saya org MLM neh tak tumpu pada produk, dorang manipulasi pembeli dgn kekayaan akhirnya peserta akan tertipu. Menipu tuh yg jadi laen citer. Sistem MLM tuh harus
ReplyDeletela la la
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteTo my beloved bro in Islam.
Apa-apa pun jangan berhenti tulis blog.....lagi...he..he.
I need you.
They need you.
Khalid
P/s: Qorun sepupu Musa as. asalnya seorang yang zuhud dan ahli ibadat. Ttp . dia minta Musa as. doa jadi kaya. Aku akan guna kekayaan untuk lebih beribadat kepada Rabb...akhirnya kekayaan tu menolak dia dalam tanah sehingga kini!
lolololo
ReplyDeleteMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
ReplyDelete<--- Ini Fatwa Beruk ke Hamka? Jgn sbb penulisan ko sehingga pengikut2 ko sangka MLM neh haram secara kesuluruhannya. Ko dah sekat periuk nasi org laen kotau.
ringkas dan padat...mmg mndalam mksud..
ReplyDeleteanother butthurt..hehehe
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteJust curious....manusia boleh sekat periuk nasi/rezeki orang lain ke?Fatwa mane.....
Kalaupun nampak cam orang lain sekat periuk nasi kita...bukankah dengan izin tuhan?
Bukankah rezeki,Tuhan tentukan....
Tak caya...?ker tak yakin?
Khalid.
Sama-sama ikut jemaah bergerak untuk tingkatkan keyakinan sebelum mati dalam keadaan kepincangan iman! peringatan untuk saya sebelum naik kereta Hamka!
Encik Anom di atas, yer Allah yg tentukan rezeki. Tp perbuatan nak kaco rezeki org tuh elok ker? cth ko bukak kedai burger dpn umah aku. aku panggil geng2 kampung aku pukul ko suh kuar kg. elok ker?????
ReplyDeleteYg fatwa mengatakan MLM tuh harus tuh ko tak nampak la. neh menunjukkan ko taksub dgn blog neh.
ReplyDeleteadoi..kacau rezeki? bagus la tu dah ada org tolong kacau rezeki ko. pk la sket. 'rezeki' ko yg kena kacau tu dengan izin Allah juga. ada ke nak bermuhasabah kenapa 'rezeki' tu kena kacau? ada cek halal ke, haram ke, harus ke? kalo harap fatwa tokey MLM tu, mmg ok sunggoh. yang fatwa HARUS tu pun ada syaratnya. x lepas syarat, jatuh hukum apa? eh..lupa. MLMer ni cuma baca part HARUS je kan. part lain tu x baca..agaknya.
ReplyDeleteSekali MLM, mmg susah nak tobat.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tokey MLM? yg ko ckp citer neh pasal individu yg ambil kesempatan. bkn sistem MLM tuh. Ko tuh aphal? keje ko tuh pon kalau nak tindas org pon jadi haram gak. aper2 kite wat pon kalau nak tindas org jadi haram gak. tp aphal nak kata MLM tuh haram????? ko join aa majlis tuh kalo ko power sgt fatwa.
ReplyDeletetuh la ko streotype sgt ckp sume org MLM sama. ader segelintir yg mmg btul2 jual produk sbb produk mmg bgs. so aku nak tekankan kat sini MLM tuh sendiri tidak salah. blame the ppl yg kejar kekayaan dgn present cara yg salah dgn janji2 manis utk kaya.
ReplyDeleteadoi..kacau rezeki? bagus la tu dah ada org tolong kacau rezeki ko. pk la sket. 'rezeki' ko yg kena kacau tu dengan izin Allah juga. <--- Allah izinkan Hamka kaco laa? so yg berniaga secara jujur neh kene muhasabah diri? takleh tegur yg mengacau tuh? taksub betui ko
ReplyDeleteIn your face, MLMers. IN YOUR FACE
ReplyDeleteMajlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa secara amnya hukum Multi Level Marketing (MLM) adalah harus. MLM itu harus hukumnya sekiranya:
ReplyDelete- Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
- Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga tiada unsur kesamaran atau penipuan.
- Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.
Tetapi ada beberapa sebab yang akan membatal dan mengubah hukum harus tersebut kepada haram:
- Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
- Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau tidak mempunyai kajian saintifik.
- Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan bukan produknya.
- Harga tinggi daripada biasa.
- Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
- Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.
- Terdapat unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu).
haha... like like like like like
ReplyDeleteBlog Aidid terbaek!~ tp aku tak sure naper ko nak aibkan org siap bg profil ngan gambar? maner tau dorang bertaubat dah skang atau x lama lagi ker? dosa ngan Allah kalau taubat terima leh diampunkan. dosa ngan manusia? isk3. pk2 la wei nak tulis blog pon. ko tak layak nak bg hukuman pada mereka walaupn mmg dorang salah. camner la ko nak mitak maap dari dorang lak. jgn jadi cam dorang kena gi mitak maap dgn org yg dorang tipu. kan dah leceh. nie laa yg terjadi kat blog neh gak. mengumpul all the haters in one place. patuh spread the hatred. bgs ngat laa tuh. kan bgs kalo ko just spread the info tanpa mengaibkan org len. petunjuk dan hidayah tuh hak Allah. ko igt ko leh bg petunjuk? jgn nak tarik minat org membaca info ko dgn menjatuhkan org len. sia sia jer keje ko dgn dosa2 kering camneh. aper2 pon MLM harus dgn syarat kan? so jgn simpulkan semuanya sama. MLM berlambak. bkn yg korang kenal jer.
ReplyDeletekalau nak attack MLM attack syarikat br jelas. MLM terlalu general.
ReplyDeleteWahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 11-12)
ReplyDeleteKatakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu". Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim. (Yunus 108-109)
Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya), Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat. (An-Naml 1-3)
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang menurut perintah. (Ar-Ruum 53)
Jgn aibkan org!!!! jgn hina org, jgn label org, tegakkan kebenaran tanpa mengejek org len. jgn panggil org len bodoh slow jahil atau tah paper laa dlm blog aidid tuh atau di sini.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteBodoh tu bukan sebarangan....ia ketetapan tuhan juga.
Kalau semua orang pandai dan kaya siapa yang nak kutip sampah depan rumah kau hari-hari?
Kalau semua orang pandai siapa yang nak jadi office boy, siapa nak bancuh air kat kantin atau kafeteria atau kedai mamak yang kau bersantap hari-hari tu?He..he..he...
It's an honour to be bodoh. Because it is from God tooo..Tak semua orang pandai dalam semua perkara.
Tak semestinya best student tau semua perkara...dia tau apa yang dia belajar di fakulti tertentu untuk bidang itu saja....
So. Nutshell. Semua manusia bodoh dalam perkara yang dia tak tahu dan tak mau tau dan tak berminat untuk ambik tau.
Khalid yang serba bodoh..he..he..
Aku sayang kalian seperti aku sayang diriku sendiri...I'm trying, god knows.
Paling kesian tu orang yang dah join la. Pung pang bawah ayat Quran, bawak Hadis. Ada pulak nak asingkan sistem dengan orang yang meniaga sistem tu. Fatwa untuk sistem je? Oi..sistem tu x jadi kalo xada orang yang meniaga sistem tu. Akai ada ka? Denial syndrom. Sebenarnya mereka ni dah tau salah. X mustahil dah insap pun. Tapi xnak mengaku. Ego siot. Duit punya pasal. Statement biasa "Bukan semua MLM macam tu" "Ada MLM halal, ada yang haram" Ntah la. Hati dah hitam makan duit haram banyak sangat.
ReplyDeleteSekali MLM, mmg susah nak tobat.
Assalam
ReplyDeleteManusia slow.....yang aku sayangi
Remember this until you die!
Rezeki mengejar kamu sepertimana maut mengejar kamu.....kamu tidak akan mati selagi tak habiskan semua rezeki yang telah ditetapkan oleh Rabb.
So...he..he...tak usahlah takut orang nak kacau-kacau kita punya rezeki...if that is so(which I doubt 100% ). Orang halau kita keluar kampung...niaga tempat lain. Apa ade hal?
I love u bro...we are the same ummah. The best of the best!
Bodoh ketetapan tuhan bkn ketetapan ko! ko saper nak panggil org len bodoh?
ReplyDelete"Bukan semua MLM macam tu" "Ada MLM halal, ada yang haram" Ntah la. Hati dah hitam makan duit haram banyak sangat. <-- another stereotype. dah ko dikelilingi org jahil aper leh wat. ko sendiri jahil. suke kena panggil jahil?
"Orang halau kita keluar kampung...niaga tempat lain. Apa ade hal?" <--- mmg takde hal, yg menghalau ape cer nak meenyibuk cara org cari rezeki. mcm aa rezeki ko halal sgt duk sibuk kaji rezeki org.
setiap kali tulis ayat quran kata nak tunjuk bagus. abih tulis blog tuh ngan view sendiri tak tunjuk bagus? ayat quran adalah sebaik2 panduan. bkn blog! terang2 tulis jgn aibkan org len. tak paham2? ke taknak terima?
Oh yer. FYI aku bkn MLMers. Tp aku kenal MLMers yg bagus. Aku nak tekan kat sini jgn kutuk org. especially cam blog aidid tuh. membuka aib btul. ada gambar, nama siap address MLMers. wadefak?
ReplyDeleteBaca balik 4 ayat diatas. Korang tak layak nak hina org len.
ReplyDeleteDalam quran dah tulis, kalau btui depa dalam kesesatan, takkan effect korang pon kalau korang org yg bertakwa. so apa kisah pasal dorang. nak tegakkan kebenaran jgn lah jatuhkan maruah org len. bg info sudah. pepandai aa dorang pk2 sendiri. jgn letakkan diri korang sama taraf ngan dorang.
ReplyDeleteSekali MLM, mmg susah nak tobat. <--- wadefak? ko saper nak cakap camneh? aper hak ko? patut aa melayu asik gaduh sama sendiri. pandang rendah kat org len. perasan iman dah kuat. nak dakwah hina2 org, ngumat org, ejek org wadefak?
Hahaha! btui kata ustazah anom. korang kene igt bkn sumer org dapat didikan agama yg baik cam korang di sini. cara dorang berfikir tak sama. korang takleh terus bagi bodoh jer kat dorang. bersyukurlah korang sbb dapat pendidikan itu. dan kongsilah secara lembut moga2 dorang dapat serap dgn baik. petunjuk dan hidayah hak Allah.
ReplyDeleteSaya tak faham kenapa blog ini ada beribu pengikut sedangkan blog bagus ada 200 lebih sahaja. Aliran pemikiran yang membenci ker? Kumpul ramai2 di sini. Caci maki hina aib orang lain.
ReplyDeletesiti maisarah..
ReplyDeleteorg follow sebab isi.. bukan menghine.. lol..
para MLMers atau yg cenderung..
MLM itu harus.. (baca: sistem)
kaedah pula jatuh haram akibat pencacai2 yang gilakan duit.. (baca: wahan)
sudah.. sudah.. seksok korang akan dipertanggung jawabkan atas ape yg korang percaya.. MLMer yg rasa korang betul tu, seksok korang jawab.. yg kata haram pon seksok korang jawab jgk.. yg penting usahakan agar dapat lulus yg asas dulu iaitu solat.. yg nih gagal tak sem[pat nak jawab yg psl MLM nih nanti.. buatlah benda berdasarkan AL-Quran n Sunnah.. tq
ReplyDelete-lampam-
salam... so pendapatan MLM tu halal ke haram..?
ReplyDeleteAbang keretamayat x datang ziarah belah. Uk Ireland ka? Baru ni ada jemaah msia dtg sebulan kat tmpt saya
ReplyDeleteThe girl,
ReplyDeletegi tanya ustaz, jgn tanya kat blog bodoh camneh. gi jabatan agama. gi masjid. tanya sekurang-kurangnya 3 pendapat ustaz yg bertauliah. guna akal sendiri. mitak petunjuk dari Allah. dan jgn benci MLMers. sayangi mereka dan doakan terbaik utk mereka.
Nuaz Nabil..
ReplyDeleteerr, kat sana, ada jugak keretamayat kan?.., (azam!)
ok..,
aku nak cerita pulak..
(Sebelum kau ajak aku joint MLM, sila dengar dahulu akan Dilemma Pendekar Kundur , Wong fai hong , Fong sai yuk dan Padayyapa)
Setiap manusia ada ceritanya yang tersendiri dari sudut terpencil namun amat besar maknanya bagi mereka per individu bila berjumpa dengan peramai ahli mayat, pemutus kelazatan, pematah pinggang atau senang kita sebut namanya: Malaikat Maut,
Berbelit jugak ayat dan frasa yang aku gunakan, senang cerita cam gini, pernah tak korang berbual- bual atau bertepuk tampar dengan orang yang 2 ke 3 minit lagi dah nak mati?, dah nak jadi mayat, pernah tak? (pembunuh bersiri jangan jawab)
Bila tiba saat nak jadi mayat, jika berkesempatan kita dapat meluangkan masa berada di sisi mereka yakni sebelum tiba waktu manusia bertukar menjadi mayat itu, maka akan kedengaranlah dua perkara dari bibir mereka..
•Kebimbangan.
•Harapan.
Boleh jadi mereka hanya sebut sepatah perkataan tapi mewakili keduanya, atau jika bernasib baik, mereka akan present dua perkara itu secara detail.
ReplyDeleteSebagai contoh, Hang Jebat bila nak mati dan sedang berbaring atas riba Hang Tuah lalu menyatakan kebimbanganya pada isteri dan anak dalam perut, lalu berwasiat agar Hang Tuah menjaga anaknya dan mengajar anaknya jadi manusia, itulah harapan dan kebimbangan beliau,(tak pula beliau wasiatkan agar Dang Anum menjadi isteri Hang Tuah nombor 2, ehem!)
Atau ketika Melor awek Hang Tuah merangkap anak Adiputra dari gunung Ledang, di bunuh di Melaka, sejurus selepas di tombak lalu menyebut nama Hang Tuah di akhir kalam, merangkap harapan dan kebimbangannya.
Atau Para Peniaga yang membahagikan syer dan saham kepada anak-anaknya lalu berwasiat tentang syarikat, tentang kebimbangannya dan harapannya..
Atau siapa sahaja (rujuk mana-mana filem babak orang nak mati)
Atau lagi baik, kita ulangkaji sejarah nabi Muhammad SAW ketika nak wafat telah menyatakan kebimbangan terhadap Ummat akhir zaman dan tentang harapan baginda terhadap SOLAT ummat akhir zaman..
•Bimbang terhadap Ummat…
•Harapan terhadap Solat..
Namun, setelah 1400 tahun Baginda wafat, ramai ummat islam hari ini telah BIMBANG dan HARAP pada benda lain, yang merepek dan hampeh.. (termasuk aku juga yang selalu bimbang dan harap kepada perkara yang merepek dan hampeh..oh!)
ReplyDeleteTak perlu aku senaraikan semua contoh kebimbangan dan harapan korang dan aku, Cuma aku ingin cerita tentang Mamat, (bukan nama sebenar), tentang harapan dan tentang kebimbangan beliau, Mamat (aku kira) mewakili sebahagaian pemikiran orang islam di Malaysia ketika ini, dan ini adalah kisah benar seorang mamat yang bersahabat dengan aku.
Dulu beliau kerja makan gaji, pendapatan dalam RM2000 lebih kurang, selalu gak solat jemaah, buat dakwah sikit-sikit, dan baca Al quran serta zikir, tapi kini beliau telah kerja sendiri dan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi, tak tahu pulak aku akan gajinya, tapi jika di ukur daripada jenama pakaian, jenama kereta, kecanggihan gadget dan keluasan rumah serta aksosorinya, di tambah dengan jumlah jisim emas berlian pada isterinya (yang ni aku tambah), boleh di katakan beliau adalah ‘orang senang’, nak kata orang ‘berada’ tidak juga, senang cakap salah sorang yang berpendapatan tinggi di Malaysia.
Namun, bila beliau datang jumpa aku lalu belanja minum teh tarik (sambil promote produck itu ini-begitu begini), sempat beliau menyatakan tentang HARAPAN dan KEBIMBANGAN beliau..
Mari kita lihat, apakah kebimbangan dan harapan mamat, aku rasa ramai orang melayu berfikiran seperti ini,..
ReplyDeleteKEBIMBANGAN MAMAT.
Beliau sangat bimbangkan dengan ekonomi orang melayu di Malaysia. Pergi jalan jalan kat bandar, nak cari kedai orang melayu sikit punya susah, yang ada kedai Melayupun banyaknya hanya kedai makan, lain dari itu hampir semuanya di kuasai oleh bangsa asing. Bangsa china terutamanya, Mamat takut suatu hari nanti orang melayu akan mengemis di bumi sendiri, ini adalah kerana sikap orang melayu yang mudah lupa, bukan kerana faktor Bangsa China lebih berjaya juga sebenarnya ,tetapi kaum Melayu sendiri yang tidak bergerak maju katanya,
Tambah beliau, orang Melayu hanya tunggu kerajaan menolong mereka tanpa mereka sedar bahawa hakikatnya, jika orang melayu tidak berkerja keras untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka sendiri, ‘Dasar Ekonomi Baru’ tidak membawa apa-apa erti kecuali kepada kroni-kroni tertentu..
(panjang lagi, lebih kurang begitulah, kemudian masuk bab ekonomi dan politik, kita skip dan kita pergi pada Harapan Mamat pulak)
HARAPAN MAMAT.
ReplyDeleteSemoga orang Melayu akan menguasai ekonomi, menjadi lebih kaya dari bangsa asing, bangsa China terutamanya. Dan berharap semua 100 orang yang tersenarai terkaya di Malaysia adalah orang melayu.., dan kalau boleh, 10 orang yang tersenarai terkaya di dunia juga adalah orang melayu!!.
Aku tak pandai nak ulas ‘apa-apa’ tentang isu ‘Melayu terpinggir di tanah sendiri’ kerana isu ini perlu ditangani dengan hati-hati. Bila melibatkan kaum, ia termasuk dalam akta keselamatan dalam negara. Dan blog aku bukan tempatnya untuk bincang isu ini.
Walaubagaimanapun, aku tulis sikit bab ni kerana seperti mana aku terangkan kat Mamat kawan aku, aku tulis balik di sini, mana yang baik dan betul boleh ikut..
Sebenarnya jika korang baca paper mungkin kita ‘teruja dan terhina’ bila Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Bangsa bukan Melayu yang lain telah tersenarai dalam top 10, tapi sebenarnya mungkin ada orang Melayu yang lebih kaya dari mereka cuma malas nak tunjuk, (sehingga di tangkap kerana gagal istihar harta) dan tak nak bila orang tahu mereka kaya di cap sebagai Haji Bakhil pula... , orang melayu baru kerja polis dah jadi jutawan, belum lagi kerja Kastam, JPJ, Pegawai Maksiat, Hakim dan lain-lain (eh, ni dah masuk bab lain nie..)
Maka, janganlah kita buat statement bahawa semua Orang Cina dan India itu kaya dengan hanya melihat kepada nama-nama besar seperti Lim Goh Tong dan Ananda. Cuba korang pergi ke kampung baru Cina di pinggir bandar. Lihat betapa susahnya hidup mereka. Betapa boleh lihat akan anak-anak cina dan india yang terpinggir, akhirnya jual skim cepat kaya dan tipu peraduan gores kad menanag, atau jual VCD dan jadi budak samseng...budak india pun jadi samseng.Tapi korang tutup mata, dan hanya nampak orang China dan India yang ‘berjaya’ dan kaya yang membuat korang tak senang duduk, tak senang berdiri, mandi air bunga jampi mintak rezeki!!!, padahal mereka orang china dan india yang susah dan melarat, masuk 'bersamamu TV3', dan sebagaianya adalah dua kali lebih susah, pertama sebab mereka hidup dan sempit di dunia, kemudian bila mati masuk neraka pulak selama-lamanya..
ReplyDeleteDan kita lupa, betapa banyak berita kisah orang china dan India yang bunuh diri, bunuh anak-anak dan isteri, semuanya kerana kesempitan hidup dan masalah sosial, sekali lagi kasihan untuk diri mereka, kita dah lah tak Dakwah mereka masuk islam, tapi kita tutup mata pulak dengan tidak membantu golongan china dan india yang terpingir di bumi melayu..
Aku pernah berserapan di sebuah kedai kat melaka, makan nasi lemak, tak habis sebab tak ada selera, lalu aku tolak pinggan ke tengah meja, kemudian datang orang china yang berumur dalam 40-an, mintak izin untuk makan baki nasi lemak aku, apa lagi nak di kata?, air pula di minum dengan mencampur baki baki dari gelas pelanggan yang lain.
ReplyDeleteAku lelaki beriman akhir zaman (Amin..), belanja dia makan lagi satu nasi lemak dan teh tarik, cuba berborak, tapi dia: aku tanya sepatah di jawabnya sepatah..,
Cerita lain, Aku pernah naik bas ke Kedah, ketika Bas berhenti, di seberang jalan sana aku nampak orang china lelaki dalam umur 30-an sedang menangis depan tokong kecik warna merah, menangis macam budak budak dan siap marah marah pada datok mereka(agaknya), cerita sebenar aku tak tahu…
Dan pernah tak korang nampak orang India dan china yangmengemis? kutip botol dari tong sampah dan bawak basikal berisi guni yang penuh dengan botol air tin dan mineral..
Namun korang tutup mata, puji pulak China yang berjaya dan pandai cari duit, padahal, wahai Mamat dan Mamat-Mamat sekalian, dalam korang kerja kuat mencari duit ke apa, jangalah lupa pada hari menjadi mayat..
Mereka orang bukan islam takde tanggungjawab untuk ugama, Tapi kita orang islam, panjang ceritanya..
Mereka tak faham dosa riba dan tak kena mengena dengan melengah-lengahkan solat, Tapi kita orang islam, panjang ceritanya mamat.., kalau sanggup dengar, boleh tunggu.
Tak salah nak jadi kaya, nak jadi jutawan, hartawan, angkasawan, tak harampun, yang salahnya bila Masjid atau Rumah Allah menjadi hina dan asing daripada pandangan mata korang, pada zaman kegemilangan islam dulu, ketika Hazrat Abdullah bin Umar ra, Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas’ud r.a sedang berada di pasar, bila tiba waktu solat, sebaik sahaja azan berkumadang, mereka melihat, semua peniaga telah tutup kedai masing-masing dan ada yang meninggalkan kedai begitu sahaja lalu mereka semua berpusu-pusu ke masjid, lalu sahabat ini berkata:
ReplyDelete"Demi Allah, mereka inilah orang yang perniagaan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah.," lalu membaca surah An –Nur ayat 37 yang bermaksud:
"Laki-laki yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah."
Tapi hari ini apa sudah jadi?, sebaik sahaja Azan berkumandang, mana perginya jutawan, hartawan dan para peniaga? Tidakkah hinanya Masjid dan Rumah Allah di pandangan mata mereka? Orang China yang maju berniaga dan tidak sedih melihat Rumah Allah kosong dan lengang, takde kena mengena, tapi kita orang islam samada yang kaya ataupun miskin, masih ada banyak ‘kerja’ lagi yang nak kena buat lepas kita jadi mayat kelak...
Kita hari ini risaukan tentang ekonomi, lebih dari risaukan tentang tertinggal takbir pertama, kita terlupa dengan KEBIMBANGAN dan HARAPAN Nabi yang di nyatakan menjelang kewafatannya, buktinya jelas, setiap kali azan berkumandang, Rumah Rumah Tuhan masih kosong dan lengang..., orang yang sedang mencari kekayaan belum datang lagi, takpe, pergilah cari duit banyak-banyak, nanti bila dah jadi mayat kelak, marilah datang ke masjid sambil di julang, lepas tu dapat duduk depan sekali, lebih depan dari imam, kepala dekat dengan kaki imam, orang lain solat, korang sorang jer yang tak solat tapi lepak duduk baring, wah wah wah, meriahnya mati..
ReplyDeleteWalaupun Allah dah bagitahu dalam Azan supaya marilah solat, marilah menuju Kejayaan.., tapi kita menuju ke tempat lain.. yang kita sangka kejayaan.
Walhal, Kejayaan ada dalam mengerjakan solat tepat pada waktunya..
Walaubagaimanpun, Mamat sudah nampak ’berjaya’ dari segi ekonomi berbanding purata melayu yang lain, (berbanding dengan aku terutamanya!) dengan baju kemaja masuk ke dalam dan jam tangan berjenama, serta kereta yang sama besar dengan bas mini, dan aset serta bon yang itu-ini, begitu-begini, wah wah wah, mungkin boleh kahwin dengan penyanyi suatu hari nanti!
Tapi sebagai harganya, mamat telah di cemburui masa, beliau telah menjadi seorang yang perasan sibuk, tidak lagi solat berjemmaah di masjid, tidak lagi baca quran dan sudah miss zikir harian. Kerja Dakwah juga sudah di tinggalkan.
Apatah lagi cita-cita Mamat untuk menduduki carta 10 orang terkaya di Malaysia, atau dapat gelaran jutawan melayu, maka sekali lagi, Mamat sudah alah bisa tegal biasa dalam bab tingal solat berjemaah...
ReplyDeleteKalau korang masih tak boring, aku quote satu hadith:-
Di petik dari kitab Durri Manthur meriwayatkan bahawa di padang Masyar kelak, apabila semua manusia berkumpul, akan kedengaran satu suara yang kuat yang menyeru tiga golongan:-
Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam keadaan senang dan susah?
Di manakah mereka yang bagun memuji Allah dalam solat malam sedang hati harap dan takut?
Di manakah mereka yang perniagaan dan jual beli tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah?
Lalu ketiga-tiga golongan ini akan di bawa masuk ke shurga tanpa hisab, selepas mereka semua dah masuk shurga, barulah hisab di mulakan.
Maka, wahai Mamat dan semua mamat di luar sana, dengarlah nasihatku ini dalam ruang masa yang sempit, dan kesibukkanmu..
KEBIMBANGAN KERETAMAYAT
ReplyDeleteMungkin dengan berkat kerja keras dan pengorbanan korang, pada tahun 2020 kelak, apabila kita pergi jalan jalan kat bandar, maka di lihat semua orang melayu telah menguasai ekonomi, boleh jumpa kedai Melayu di mana sahaja, dan nak cari kedai China jual aiskrim pun payah.., malahan orang melayu telah berada dalam top 10 terkaya di dunia, tapi pada waktu itu yang memenuhi masjid dan Rumah Allah adalah Bangsa Asing, Bangsa China terutamanya, sedang orang Melayu telah Murtad di sini sana..
Bukankah terdapat firman Allah yang bermaksud, Apabila kaum itu ingkar, maka Allah akan lantik kaum yang lain sebagai ganti?.
Kerana itulah jika dahulu orang Arab yang berdakwah ke seluruh dunia, tapi bila empayar islam jatuh di Turki, selepas perang dunia ke dua, Allah telah gunakan orang india pulak buat dakwah ke seluruh dunia.., dan pada tahun 2020 kelak, sedang korang orang melayu menikmati nikmat dunia, tiba-tiba datang orang China Malaysia ketuk pintu ajak pergi Masjid beriktikaf, ...
Dah tentu mereka kena halau dan di hina, maklumlah mereka miskin dan buang masa di Masjid.
Tapi bila masing-masing masuk kubur, Allah tak tengok Bangsa, rupa dan harta.. yang Allah tengok adalah iman dan Amal.., ,EHH!!! Teh tarik dah sejuk, Mamat pula perasan sibuk.., rupa-rupanya tinggalah aku sorang diri membebel macam mak nenek.., akhir kata, melayu yang terpinggir? atau Ugama yang dipinggirkan orang melayu?
HARAPAN KERETAMAYAT??
Lang mensilang Kui mengsikui, agi idup agi ngelabang, tak nak jadi soh chai..,
Dah nak azan dah ni..,
Sekian. (anti klimath)
ps: Mamat, jangan marah aku tak jadi beli product yang kau demo itu, terima kasih belanja aku minum teh tarik, jangan merajuk, nak jadi kaya memang banyak ujian, jomlah pergi Masjid, kita sambung cerita kat sana pulak..
yes! cukup 100 komen, sebenarnya, aku sajer copy/paste entry tahun 2007, jika bagi link, nanti korang malas nak baca, sekarangkan dah baca habis.., tahniah
ReplyDeletewoha!
Salam,
ReplyDeleteEncik Hamka
best!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy setuju dgn Megane Renault..
ReplyDeleteorg kite mmg anti tengok org lain berjaya..benda kecil suka dibesar2kan untuk menjatuhkan org lain..sedangkan diri sendiri terumbang ambing..
sebenarnye terpulang pd pendapat masing2 n ape diri kite fikirkan..kalau nak difikirkan,kerja makan gaji di ofis pon gajinye berasal dari perniagaan syarikat..myb syarikat yg kite keje tu pon ade share saham dgn syarikat MLM..mane kite tau.. :)
Megane Renault,
ReplyDelete"sedangkan nabi kita juga mengembangkan ajaran islam melalui MLM..dan buat sesiapa yang tidak berpuas hati dengan MLM mungkin itu adalah kerana sifat malas yang menggunung dalam diri masing2..dan buat pengetahuan MLM dan sistem piramid sangat berbeza."
Nabi bawak ajaran Islam takdenye cam korang buat perniagaan MLM ni..Nabi kembangkan ajaran Islam,bukan dia soh korang bayar apa2 pun kat dia...korang jual produk MLM ni, Mahal nak mampos...produk lak takdenye buat proper clinical research...sikit-sikit, testimonial..mender ntah...ko jangan nak samakan korang nyer kepentingan nak isi poket ngan Nabi nyer kepentingan nak sebarkan dakwah...jangan nak halalkan benda yang tak sahih halal atau haramnye..tapi, MLM ni menindah...menindas orang yang masuk di bawah2 tu..di beri janji palsu...dimana penindasan tu haram dalam islam..Nabi dakwah, takde menindas sesape pun...
Eedafizz,
"kalau nak difikirkan,kerja makan gaji di ofis pon gajinye berasal dari perniagaan syarikat..myb syarikat yg kite keje tu pon ade share saham dgn syarikat MLM..mane kite tau.. :)"
Sebab tu kalau nak carik keja, carik la dari sumber yang halal..bukan main sebat je...asal gaji ditawarkan tu tinggi, bedal je..tak kisah halal haram...bongok ke ko ni?keje kilang buat arak, tentu2 haram...apsal ko tak pegi je mintak keje kat sana? sama gak dalam bidang MLM ni..kalau tau syarikat terbabit ngan peniagaan yang haram, cari la keje lain...otak ada ka?
salam..tuan..
ReplyDeletesaya minta izin menggunakan beberapa artikel tuan untuk dijadikan bahan usrah..
terima kasih banyak2..
"sedangkan nabi kita juga mengembangkan ajaran islam melalui MLM"
ReplyDeleteagak2 la..upline dia ke yg ajar buat statement ni? nak kata jahil, nanti marah plak. jadi...lu pk la sndri!
"nabi pun meniaga.."
part meniaga je yg buat contoh? adab2 nabi meniaga ada ulangkaji?
yg dah terjebak, susah doh nak selamatkan. mudah2an yg belum terjerumus dpt dihindarkan.
benda yang halal pun boleh jatuh ke haram. so?
bila ditegur, xmo dengar.hmm..
Sekali MLM, mmg susah nak tobat.
Abu Ryan
ReplyDelete"Sebab tu kalau nak carik keja, carik la dari sumber yang halal..bukan main sebat je...asal gaji ditawarkan tu tinggi, bedal je..tak kisah halal haram...bongok ke ko ni?keje kilang buat arak, tentu2 haram...apsal ko tak pegi je mintak keje kat sana? sama gak dalam bidang MLM ni..kalau tau syarikat terbabit ngan peniagaan yang haram, cari la keje lain...otak ada ka?"
saye bukanlah pandai sgt n bukanlah bongok sgt utk menilai sesuatu..ape yg saye tau produk ape yg saye gunakan halal & saye tau cara memprosesnye n bhn2nye sebab kilangnye mmg di Malaysia..so, gunakan otak masing2 sebaik mgkn..jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga..
EedaFizZ,
ReplyDeleteade aku cakap pasal product tu halal ke haram ke?
otak ko tu ko guna sebaik mungkin ke tak?
aku cakap MLM tu yang haram..perniagaan yang haram..konsep perniagaan tu menganiaya orang lain..sebab tu haram...bukan aku kata product tu haram...
nampak sangat IQ ko rendah..statement mudah pun susah nak paham..
skang aku kasik contoh, aku nak jual pen..adakah pen tu haram? dakwat dia bukan dari sumber yang haram, bahan2 yang aku guna bukan sumber haram dan tentu2 ko tak akan makan pen tu..betol?kalau ko makan, memang ko bangang le..
pastu aku mark up harga 10 X ganda dari kos..sebab aku cakap kat ko, ko bayar harga tersebut, pastu ko carik orang lain buat benda yang sama..nanti ko dapat komisyen/bonus..pastu kalau orang yang ko carik tu pun wat yang sama, ko dapat gak bonus/komisyen tu...berterusan sampai ntah baper ramai orang bangang cam ko nak join...itu yang jadik haram..ko paham tak? adakah pen tadi haram? tak...bisnes tu yang haram...haram jadah betol la ko ni..tu pun susah nak paham ke?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebodoh benak punya megane renault..
ReplyDeletebukan aku memandai kuar fatwa la ngong..
ni ko bace ni..
http://www.facebook.com/topic.php?uid=156116464408971&topic=201
fatwa ni di kuarkan oleh :
The Permanent Committee in Saudi Arabia for Research and Fatwā
Chairman:
Sheikh `Abd al-`Azīz Āl al-Sheikh
Members:
Sheikh Sālih al-Fawzān
Sheikh `Abd Allah al-Ghudayān
Sheikh `Abd Allah al-Mutlaq
Sheikh `Abd Allah al-Rakbān
Sheikh Ahmad al-Mubārakī
ko tu dah la buduh ilmu agama...matematik pun ko buduh!
pastu ko nak muliakan lak perbuatan hina ko tu??nak samakan cam dakwah Nabi???
otak tersumbat ke ape ko ni?
ko bertuhankan duit ke apa?
ape lagi ko nyer point? oo sebab kat malaysia ni ikut mazhab lain? aper jadahnye?
ke sebab ko ikut fatwa amerika? so, fatwa dari mufti arab saudi tak sah,gitu?
aku memang dah lama pikir dah..ko tu guna lutut ke berpikir? best ke makan duit sumber haram ni?
bodoh!taubat la...
hohohoho...
ReplyDeletemiss megane renault...
don't let yourself be fooled by those mlm leeches...
go get yourself fuel up and prepared with better knowledge and understanding of the mlm world before you come up with solid facts and proofs to 'attack' those SNTM followers...
okayh babe...
good luck yahhh...
MLM, aku akan masukkan dalam senarai 100 thing i hate about u.
ReplyDeletefirst time baca blog ni tertarik... kali ni entry ringkas dan padat...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam semua...
ReplyDeleteALhamdulillah...
Aku rase seronok nk kongsi disini tentang ini...
lebih2 lagi kepada Tuan punya kereta mayat...
doaku padanya:semoga terus cekal.
http://www.el-moslem.com/listenCodes.php?id=6&v=1
http://www.ilovezakirnaik.com/
http://www.koperasimuslimin.com.my
http://iknowledge.islamicnature.com
http://twitter.com/sinarbaru
ok
ReplyDeleteMegane Renault,
ReplyDeleteaku bagi contoh..
aku buat satu bisnes..pastu aku 'upah' ustaz untuk buat penilaian dari sudut syariah terhadap bisnes aku tu..
leps diorang analyze bagai..diorang pun agreed business plan aku tu 'halal' dan 'harus' dari pandangan syariah..
pstu diorang pun kuarkan sijil tu..
tapi dalam sijil tu masih lagi tertulis clause2 yang meletakkan plan tersebut dalam status 'halal' dan 'harus' bilamana bla..bla..bla..
lepas tu aku langgar clause2 tersebut.. dan aku takde lak soh ustaz tadi datang balik dan buat penilaian sekali lagi..pastu aku canangkan kat seantero nusantara, bisnes aku ni 'so called' dapat kelulusan syariah...
pastu, ada orang bagitau majlis fatwa saudi arabia dah kuar fatwa benda yang aku buat ni haram..
so aku pun pertikai sebab ada ustaz pernah kuarkan sijil kelulusan syariah untuk business plan aku...
amacam? halal ke business plan aku tu?so, ko cuba la pikir,k?
adakah ustaz yang di upah untuk buat penilaian awal tu keep on monitoring this MLM's business plan?
and cube ko kasik satu MLM yang sistemnye tak ber'piramid'..
ko kan pandai.. :D
tuan hamka...
ReplyDeleteyup
ReplyDeletemmm..kalau ada akad semua, takda yg harini dtg terus nak sign borang tak yah pikir2 lagi agak2 leh byk tak org terjebak?kalau bukan kerana duit semata,bukan sebab produk agak2 ramai tak org terjebak?dlm 10 org MLM dtg jumpa kita,berapa org yg akan cerita tentang mati?ada yg kekdg sampai rasa nak sumbat mulut dia sebab tak abis2 duit duit duit.sampai jumpa pun rasa nak elak ja.
ReplyDeleteblog aidid muaddib telah diremove..
ReplyDeleteohhh... so sad. banyak informasi tentang kejahatan mlm saya dapat kat blog tu..
sad but true
ReplyDeleteSapa-sapa nak tahu mengenai MLM, rajin-rajin la ke blog saya..Melihat MLM dari perpektif yang berbeza http://readseedo.blogspot.my/
ReplyDelete