Feb 16, 2011

Masih islam atau sudah beriman?

(Menyambut hari lahir Nabi dengan memakai baju raya, berarak beramai-ramai sambil berselawat, dah penat boleh makan, sebelum tu, dengar ceramah dulu)

Asalamulaikum pada para hadirin sekalian, yang di muliakan pengerusi surau, yang pakai baju melayu johor indigo tu, yang berbahagia, ketua kampong, amboi cantiknya songkok, dan yang di hormati, rakan masjid, AJK, JKKK, iman, bilal, tok siak, dan semua tuan tuan, puan puan , adik kakak, serta seluruh para hadirin sekalian.

Asalaaaaaaaaaamulaikum, warahmatullahiwabarakatuh.

(para hadirin menjawab salam secara bergemuruh)

Dah penat berarak, dah berpeluh ketiak baju melayu dan baju kurung masing masing, dan lengoh berkopiah-bersongkok, sehingga ada yang dah menolak kebelakang sehingga terdedah jambul.., orang perempuanpun make up dah ada yang pudar, gincupun dah tertenyeh ke pipi letika lap peluh.., suara pun dah serak, sebelum acara makan, kita dengar tazkirah sepatah dua kata dari saya yang dijemput khas, jauh dari kampong tuan tuan, karang jika bagi makan dulu, takde siapa yang nak dengar tazkirah.., jadi sila sabar sikit kerana terpaksa dengar ceramah dalam keadaan penat, saya pun lapar juagk..

(hadirin ketawa kelaparan)

Tuan tuan dan puan puan sekalian, apabila orang kapir hendak masuk islam, syarat pertama mereka kena buat adalah, mengucap dua kalimah syahadah., iaitu:

“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi MUHAMMAD adalah PesuruhAllah.

Siapa yang mengucap dua kalimah ini, maka sudah islamlah dia..,

Baik, sekarang saya nak tanya.., adakah ‘orang islam’ dan ‘orang beriman’ itu berbeza? Atau sama?

Boleh jawab Pak Mat?

(Pak Mat selaku bilal, terkejut di tanya seolan begitu, lalu tersenyum kambing tanpa sepatah kata, yang buat hadirin ketawa)

Jawapannya, berbeza Pak Mat…, ‘orang islam’ dan ‘orang beriman’ itu berbeza…

Dalam Al quran, surah Al-Hujurat ayat 14 ada menceritakan kisah seorang arab badwi berkata kepada Nabi Muhammad SAW,

“Wahai, Muhammad, kami telah beriman,”

Maka Allah bagitahu, Katakanlah wahai Muhammad kepada orang badwi itu bahawa: janganlah berkata ‘Kami telah beriman’, katakanlah sahaja: ‘Kami telah Islam..’

Dari ayat ini, dapat kita fahami, bahawa bila seorang itu masuk islam, maka status islamnya adalah betul, tapi belum tentu status sama ada dia benar benar beriman, atau sekadar ‘islam..’

Jadi, sekarang cuba kita check, Pak Mat dan hadirin sekalian, andai kata Nabi Muhammad SAW masih ada, lalu kita ucap macam orang badwi tu cakap, agak agak, adakah nabi akan akui keimanan kita sebagai orang beriman, atau kita ni sekadar jatuh kepada status hanya seorang islam?

(berhenti sekejap, minum air mineral water, sambung balik)

Cuba fikir, agak-agaknyalah, apakah diri kita ini termasuk orang Islam dalam kategori orang-orang yang benar-benar beriman, atau kita sekadar termasuk dalam golongan yang hanya bergelar umat Islam... , islam pada nama, itu kita kena jawab dalam diri masing-masing..

Sebenarnya tuan tuan dan puan puan, balik pada kalimah syahadah tadi, perlu di fahami, bahawa kedua dua kalimah itu mewakili kepada kalimah IMAN untuk LA ILLA HA ILLALLAH, manakala, kalimah MUHAMMAD RASULLULLAH pula mewakili kalimah AMAL.

Jadi, di sebalik kalimah IMAN dan kalimah AMAL ini, sebenarnya terdapat TANDA yang menujukkan bahawa kita ni layak di iktiraf sebagai orang beriman, atau sekadar orang islam sahaja, mari kita check.

Mula mula, kita pergi kepada kalimah syahadah yang pertama, iaitu kalimah IMAN.

Dalam Al quran bagitahu,, orang beriman ini ada tanda tandanya. Rujuk surah Al Anfal ayat 2,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka”

Dalam ayat ini, menggambarkan tanda orang beriman, yang apabila mendengar nama Allah, maka hatinya akan gementar..

Contoh, Pak Ali ketua kampong, yang pakai baju melayu sampai butang atas tu, Pak Ali, pisang! Pisang!

(Pak Ali terpinga pinga, mendengar namanya dan nama pisang di sebut oleh penceramah, tapi senyum bila mendengar hadirin ketawa)

Sekarang, Pak ali, Allah, Allah!..,

(Pak Ali masih terpinga pinga, lalu membuka songkok yang cantik, dan menggaru-garu kepala, ada hadirin yang ketawa)

Tengok, tuan tuan, hadirin sekalian, bila saya sebut nama pisang, tak ada rasa takut pada muka Pak Ali,.. pisang? Apa nak takut? Kemudian, apabila saya sebut nama Allah, pun muka Pak Ali tak berubah.., ini keimanan kita hari ni., dengar nama Allah tak takutpun, tak rasa apa-apa, naduzubillah..

Sahabat nabi, dengar azan berkumandang, muka dah pucat, terus tinggal kerja dunia dan menuju masjid, kita hari ini, dengan azan, dengar nama Allah di laungkan, buat muka bodoh jer sambil teruskan basuh kereta, atau tengok TV, memang bangang, dan bertambah bangang jika dah tahu bahawa hati tak takut pada Allah, tapi tak buat usaha untuk menambahkan ketakutkan pada Allah.., yang lebih bangang lagi, jika dengar nama Hantu puaka, takut menggigil, dengar nama Allah, macam dengar nama pisang jer.., langsung tak takut..

Puntianak!!, Mak Lampir, Niyang Rapik!! makan Pak Abu yang pakai baju indigo tu..

(Muka Pak Abu berubah ketakutan.., hadirin ketawa, dan penceramah minum air mineral jap)
Pak abu jangan kecik hati, tanda orang beriman, adalah tak mudah kecik hati..

Ok, kedua, tanda orang beriman, bila dibacakan ayat Allah, maka bertambah keimanan dia, baca makna al quran, atau dengar hadith Nabi, akan bertambah keghairahan untuk beramal kerana yakin dengan janji Allah dan ancaman Allah.., kita boleh check, kenapa jika dengar hadith Nabi, kita buat bodoh jerr, dengar bacaan Al quran, pun masih buat bodoh.. , kenapa?

Sebab kita masih belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman.., kita masih pada tahap ‘islam’.., kena sedar benda ni, dan buat usaha.., Boleh Pak Abu?

(Pak Abu angguk angguk dengan muka cemas, dan hadirin ketawa lagi)

Amboi, Pak cik Kasim, pengurusi surau.., kuatnya ketawa.., check diri masing masing, dengar hadith nabi teruja ke, atau dengar menantu Pak De jual catalog MLM buat korang jadi teruja., Saya tengok, orang ‘islam’ ramai yang lebih teruja dengar ceramah MLM dari dengar hadith kitab fadahail.., datang cerita kelebihan system pyramid, dan kelebihan jadi jutawan lalu tunjuk gambar tersenyum di sisi kereta mewah, terus si bengong percaya dan habiskan duit simpanan masuk MLM tapi tak kaya kaya jugak, lepas tu masuk pulak MLM tu, MLM ni.., yakin sangat dengan janji dunia, senang senang kena tipu, sedangkan janji Allah, iaitu bila sedekah, Allah akan lipat ganda, jika bayar zakat, Allah akan lipat lagi kali ganda, tak buat pulak korang, berimankah kita?, atau hanya islam di bibir sahaja..

(suasana kelihatan tegang, dan hadirin kelihatan serius macam nak marah pada penceramah, maklumlah ramai sudah antara mereka yang tertipu dengan MLM, latans pencaramah berseloroh..)

Ini, bukan orang sini, ini tempat lain..

(hadirin ketawa bagai nak rak dengar ungkapan terakhir penceramah, kelakar sebab orang bengong yang di maksudkan penceramah tadi adalah orang kampong lain, kelakar ha ha ha)

Baik, kat mana tadi.., oh ye, , ada banyak lagi tanda orang beriman iaitu.., tapi saya malas nak ulas sebab tengok muka tuan tuan dan bosan dan lapar sebab penat berarak tadi.., maka..

(Para hadirin kelihatan bertambah teruja kerana ceramah dah nak habis)

Kita bincang akan kalimah kedua dalam kalimah syahadah, iaitu kalimah AMAL. Kalimah Muhammadurasulullah..

(muka hadirin kembali bosan)

Amal yang utama dalam islam, adalah amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, siapa yang solat tak ikut cara Nabi, atau berkahwin tak ikut cara Nabi, atau sembelih ayam tak ikut cara Nabi, dan lain lain, maka amalan mereka di kira tak sah, haram dan boleh masuk neraka..

Orang yang taat perintah Allah, ikut cara Nabi, adalah tanda orang beriman, dan orang yang taat perintah Allah, tapi ikut nafsu, maka itu tanda mereka belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman.., solat perintah Allah, tapi melengah-lengahkan sebab nafsu malas, boleh masuk neraka, itu yang solat, yang tak solat.., lagilah, malahan ada hadith mengatakan orang islam jika tak solat, dah boleh jadi tahap macam orang kapir, naduzibillah…

Maka, sempena Maulidul Rasul, satu Malaysia, satu Ummat, saya menyeru kepada diri saya dan tuan tuan agar kita kembali mengikut cara Nabi dalam semua segi, kerana dalam diri Rasullullah itu, mempunyai segala ikutan yang baik.

Hari ni, cuba kita check, bila kita tengok orang dapat amalkan sunnah Nabi, apa perasaan kita, cemburu atau sakit hati?

Jika cemburu atau dalam bahasa arabnya ‘ghibtah’.., maka itu adalah tanda dah ada asas keimanan..,

Ramai orang islam hari ni, rasa sakit hati bila tengok orang dapat amal sunnah Nabi, memang teruk!!

Bila tengok kawan kawan simpan janggut, rasa menyampah, tengok jiran pakai jubah, rasa semak mata, tengok abang ipar guna kayu segi, rasa abang ipar tu pengotor dan kuno, hidu bau kawan yang pakai minyak wangi, rasa macam bau tu busuk, jumpa peniaga yang bercelak mata, rasa tak selesa.. kenapa jadi macam tu?

Itulah tanda hakikat kalimah AMAL belum ada dalam diri..

Sebab diri tu kotor sehingga Sunnah nabi menjadi hina..

Tak mampu amal itu cerita lain, tapi dalam hati rasa benci semacam dengan orang yang cuba hidupkan Sunnah nabi, memang pelik..

Itu baru cerita bab Sunnah penampilan Nabi, belum lagi cerita bab amal Nabi, ramai jugak orang islam sendiri yang benci dengan amalan Nabi, contoh: tengok orang ulang alik ke masjid, korang anggap mereka riak, pendakwah datang rumah, rasa terganggu, tengok jemaah sedang berdakwah, rasa mereka sedang buang masa.., tengok ustaz tidur di masjid, tuduh mereka bergaduh dengan bini.. dan macam macam lagilah!

Katahuilah, perasan perasaan hampeh ini datang, kerana kita belum lagi beriman seperti orang yang beriman telah beriman, kita baru jadi orang islam, kita tak nak paham sunnah Nabi, tak nak belajar sunnah Nabi, dan rasa sakit hati kepada mereka yang amal sunnah Nabi, sehingga mereka yang ikhlas dalam poligami lalu berkahwin dengan janda tua, di tuduh gila seks mania! Apa ke jadah! Bengong!

Err.., Ini, bukan orang sini, ini tempat lain..

(hadirin yang rasa tegang, tiba tiba ketawa kembali)

Sahabat Nabi dalam bab mengikut sunnah mereka ikut 100%, Sirrah Nabi,,(Penampilan) Surrah Nabi,(perbuatan) dan Sarirrah Nabi.., (pemikiran)

Kita hari ni, usahkan nak belajar cara Nabi berfikir, belajar cara penampilan Nabipun dah malas..
Hindun, isteri Abu Sufian ketua Mekkah, pernah mengupah Wasyi yang mahir melembing, untuk membunuh Hamzah RA iaitu bapa saudara Nabi, dalam perang uhud, Hamzah kemudiannya, telah terbunuh ditangan Washi. Tak cukup itu Hindun telah datang dan melapah mayat Hamzah manjadi daging berkecai..

Nabi bila tengok mayat bapak saudaranya di lapah jadi daging hancur, rasa sangat marah, dan ingin melapah 70 mayat orang kapir, tapi Allah tidak benarkan dan Nabipun batalkan niat untuk seksa mayat orang kapir.

Bila tiba zaman pembukaan kota Mekkah, zaman kemenangan islam, iaitu 20 tahun lebih kurang, Washi telah masuk islam dan jumpa Nabi mengaku bahawa beliaulah yang bunuh bapa saudara Nabi, Hamzah RA, Nabi Muhammad SAW yang belum melupakan kejadian lalu telah menasihati Washi agar tidak bertentang mata dengan beliau, maka Washi sepanjang hayat Nabi, dan dalam majlis Nabi, selalulah beliau berada di bahagian belakang Nabi.

Apabila Nabi wafat, dan apabila para Tabieen (orang yang hidup di zaman sahabat) ingin belajar tentang Sunnah Nabi, mereka telah belajar dari pelbagai sehabat, dan yang special nya, untuk belajar rupa Nabi dari belakang, Washi lah orang yang paling tepat dalam meriwayatkan hadith tentang sunnah rupa Nabi dari pandangan belakang..

Jadi hari ni kita check diri masing masing, Usahkan Sunnah Nabi dari pandangan belakang, seperti bab ekor serban, lengkuk rambut dan lain lain, Sunnah Nabi pandangan depanpun masih ramai yang tak tahu, masuk tandas cara nabi, pun ramai tak tahu, makan cara Nabi, pun ramai tak tahu, tidur cara Nabi, pun ramai tak tahu.., bersetubuh cara Nabi, berak cara nabi, tahu ke Pak Ali?

(Pak ali yang tertidur kepenatan dan kelaparan terkejut dan hadirin ketawa kembali)

Kenapa tak tahu?

Kerana kita belum belum beriman seperti orang yang beriman telah beriman, kita islam hanya pada nama, mengaku cinta Rasullullah, tapi Sunnah Nabi, tiada dalam cita cita untuk di amalkan..

Di ulangi, kita islam hanya pada nama, mengaku cinta Rasullullah, tapi Sunnah Nabi, TIADA DALAM CITA CITA UNTUK DI AMALKAN..

Tahu apa warna serban kegemaran Nabi?, Pak Ali tahu tak? Apa, warna hitam? Betul.., pandainya Pak Ali

Tahu apa makanan kegemaran Nabi? Ye, pandai, buah Barli dan labu..

Tahu tak Nabi dalam kain sarung akan pakai seluar panjang, tak macam Pak cik Ajis yang pakai kain pelikat tak pakai spender, bila sujud, nampak telur buat budak budak ketawa..

Tahu tak Nabi pakai sarung arau seluar di atas buku lali, tak macam Imam Sudin, yang solat tak nampat kaki sebab tenggelam dalam labuhan kain pelikat, macam orang perempuan cover bulu kaki

Tahu tak Nabi suka tolong bini masak, sehingga bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih ditanggan baginda, Pakcik Ramli, ada tolong bini masak?

Tahu tak nabi akan menzirahi musuhnya yang sakit, masak makanan dan suap kat mulut musuh mereka sehingga musuh menjadi kawan, Pak cik Ali dan Pakcik Abu, dah berbaik ke kes renovate rumah hari tu?

Tahu tak nabi nak bakar rumah orang yang dengar azan, tapi sengaja solat di rumah,.., Pak kasim yang kerja sebagai pegawai bomba, mungkin boleh masukkan punca kebakaran adalah kerana penduduk malas pergi masjid, (woha!)

Tahu tak Nabi selalu beriktikaf di masjid, walaupun ramai bini.., kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk..

Tahu tak nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki..

Tahu tak Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedang kita banyak ketawa dengar ceramah kelakar!

Tahu tak jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah.., hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi..

Tahu tak.., tahu tak.. tahu tak… bla bla bla..

***

Di pendekkan cerita, akhirnya ceramah sempena Maulidul rasul itu habis jua, orang ramai mulai makan makan, berborak, buat lawak, minum air, dan masing masing balik rumah, tahun depan, pada hari lahir Nabi, mereka akan datang lagi mengulangi aktiviti hari ini…,

Sampai rumah, bini tanya, makan apa kat surau, jawapan tepat, tapi bila di tanya apa isi ceramah.., err, tak ingat, banyak sangat point, tapi ceramah ustaz tu sungguh kelakar..

Kesimpulannya: Jika korang tak ingat apa apa dalam ceramah, melainkan kelakar, baik periksa diri masing masing, adakah aku telah benar benar beriman sebagaimana orang yang beriman telah benar benar beriman....

Selamat menyambut Maulidul Rassul.

Hamka, keretamayat.

99 comments:

  1. entry yg mjwb soalan dlm kepala aku, tima kasih bro hamka

    ReplyDelete
  2. betul tu abu..kita selalu bersoal tapi jarang bertanya..dan jika soal itu tidak ditanya kpd yg ahlinya..bruk pdhnya..thanx bro Hamka!!..p/s_aku lo baca..masi eksited dpt 2nd komen

    ReplyDelete
  3. tersangat lah menyedarkan tahap iman diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, terasa kerdilnya saya..
    Menitik air mata sebab rasa jauh dari Rasulullah..

    ReplyDelete
  5. ternyata aku hanyalah masih Islam.... isk isk isk.... di mana iman dan amal aku????

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ...rujuk pada satu perenggan saudara Hamka, kite jelik tgk org berserban, bercelak mata dan sebagainya (yg mengikut sunnah nabi). Saya berterus-terang, saya salah seorang yg sgt jelik dgn org seperti ini krn bagi saya, mereka tdk lbh hanya utk mengaburi mata org lain. Luaran mmg ikut sunnah nabi 100% tp dr segi rohani, ilek...sbb ape sy ckp mcm nie? Majoriti mereka tidak ikhlas. Lebih suka mengata dari menegur secara baik. Taksub (sampai terjadinya ajaran sesat). Menunjukkan bagus. Menganiaya dan menindas yg lemah. Saya ada byk pengalaman berdepan dgn org spt ini. Mereka bkn org yg merendah diri tapi bongkak.

    Kalau beginilah saya, adakah "Itulah tanda hakikat kalimah AMAL belum ada dalam diri.."???

    ReplyDelete
  8. kita yg xpernah mencermin diri..

    ReplyDelete
  9. rase kerdil gile diri aku ni. thanx bro!

    ReplyDelete
  10. insaf.

    terima kasih krn mengingatkan saya.

    ReplyDelete
  11. terase sungguh. masih ditahap islam lagi -__-

    timekasih pakcik hamka.

    ReplyDelete
  12. Bismillahirahmanirahim...
    Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....

    Thanks Hamka sudi berkongsi ilmu tentang sunnah nabi yang masih banyak saya belum tahu...

    Insyaallah akan cuba ingat dan refresh ceramah yang penuh hikmah hari ni:-)

    salam maulidulrasul buat semua

    Err, Hamka ade buat dakwah ke kelantan?? Saya ade terbaca dalam previous entry, (maaf tajuk dah tak ingat) Hamka cakap kalau ade nk suh dakwah sape2 boleh email kn alamat n no tlfn....

    Saya berhajat nak email, alamat mereka2 yang sangat memerlukan dakwah, kerana mereka makin jauh dari islam, hidup dah macam orang kafir, dan saya sayangkn mereka tak nak mereka MATI menjadi mayat yang bodoh & hodoh...

    ReplyDelete
  13. insaf saya.......terima kasih hamka

    ReplyDelete
  14. Sememangnya iman kita masih lemah, Ya Allah, bantulah kami supaya kami boleh terus beriman dengan sebenar2nya yang disyariatkan. Berusaha untuk kearah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  15. Sunnah itu tak semestinya pada pakaian, tetapi yg lebih fundamental adalah sunnah pd Akhlak.

    cara Nabi persatukan aus dan khuzraj. cara Nabi selesaikan kes hajar aswad. cara Nabi layan org Yahudi. Sunnah nabi dalam berniaga. Sunnah nabi dalam berkata-kata.

    Hal2 sugi, celak, serban, jubah, dan sebagainya ini hal sisipan. Betul ia penting agar ada gambar 'Islam', tetapi ini cuma kulit. kan?

    ReplyDelete
  16. Aku pernah dengar bayan, tak ingat bila (mungkin masa aku sekolah rendah kot)

    Dalam bayan tu ada cerita tentang wali Allah (atau Sahabat, aku tak pasti). Sori aku ni memang pelupa. Tapi apa yang aku ingat sampai sekarang ialah

    Wali Allah (Atau Sahabat, aku tak pasti) tengah buat rumah. Dah nak siap rumah tu tinggal nak letakkan batu-bata yang terakhir.
    Lepas tu azan berkumandang.
    Dia terus tinggalkan batu tu dan terus pergi masjid.

    Kawan dia tengah lalu terus tanya dia "Apesal kau tak siapkan rumah kau? Tinggal lagi satu bata je"

    Dia jawab "Kalau aku teruskan buat rumah dengan meletakkan batu tu, aku telah membesarkan rumah daripada membesarkan Allah."

    Moral of the story: kena sembahyang awal waktu, pentingkan Allah, pentingkan solat.

    ReplyDelete
  17. beberapa persoalan yg selalu timbul selepas mendengar ceramah

    berapa bayaran lak penceramah ni dapat? 100, 200,300,400....???? Nabi dulu berdakwah ambik duit ka? agak2 kalau x kasi duit penceramah ni merungut ke x ha? bolehkah berceramah ni dijadikan sebagai sumber pendapatan? ikut sunnah Nabi ka bila penceramah ni takut orang balik x nak dengar ceramah lagi selepas makan (penceramah pun kurang beriman jugak ka)?

    ReplyDelete
  18. rasanya masih Islam..isk..isk...

    ReplyDelete
  19. INILAH REALITI LIBERAL DAN SEKULAR YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA...

    ReplyDelete
  20. betul lah ni. islam tak semestinya beriman. lagi2 kalau islam hanya pada IC tapi perangai dah mcm ikut org kafir. nauzubillah~

    cek2 diri terasa msh byk yg perlu diperbaiki diri ini.wuu~

    ReplyDelete
  21. umat menderita...

    ReplyDelete
  22. Assalam

    Aku sayang Nabi Muhammad saw melebihi dari diriku, ibu bapa ku dan seluruh kaum keluargaku!

    Datanglah kesini wahai kesusahan yang dijanjikan oleh Nabi sendiri kepada orang-orang yang mencintainya!
    Kesusahan yang datang dari semua arah!

    Aku siap siaga menunggumu dengan izin Rabb.
    Sesungguhnya kesusahan itu juga dengan izin Rabb.

    Matikanlah aku di saat sayangku paling tinggi kepada kekasihMu wahai Yang Maha Pengasih!

    Khalid

    ReplyDelete
  23. Salam W.B.T

    Dengan Senyuman,

    sambil membaca berulang-ulang kali!!

    RasuLULLAH, dalam mengenangmu,
    kami susuli lembaran sirahmu,
    pahit getir perjuanganmu,
    membawa CAHAYA kebenaran...

    ReplyDelete
  24. SALAM,

    tetiba teringat kisah 2 pendakwah bebas yang saman-menyaman sebab renovate rumah.

    tu pendakwah tu tapi saman-menyaman.

    dunia oh dunia

    ReplyDelete
  25. اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

    ReplyDelete
  26. sedih btul aku tgk org islam skng ni..
    setiap sunnah nak dipersoalkan..
    semua sunnah nabi saw besar tuan...
    x kira pakai celak ke, serban, sugi, akhlak ke suma besar di sisi Allah..
    sahabat r.a sikit pun x komen..
    apa yg nabi saw buat..mereka ikut 100%..sbb yakin apa yg nabi buat suma akan bawa kejayaan..

    Mus'ab Umair

    ReplyDelete
  27. Salam

    Sekali kita berselawat dgn ikhlas ke atas junjungan kita Nabi sallallahu 'alaihi wassalam, 10 kali Allahu ta'ala berselawat keatas kita, diangkat 10 darjat, diberi 10 pahala dan ditukarkan 10 kejahatan kepada 10 kebaikan ...

    Kalau kita selawat 20x setiap selesai solat fardhu, 1 hari kita dpt selawat 100x ..insyaAllah dan dapat selawat 1000x dari Allahu ta'ala..

    ReplyDelete
  28. Salam, semua komen korang bagus-bagus belaka..

    Aku jawab mana yang sempat..

    -------
    Mommy Fara

    Ada jugak perempuan free hair rasa meluat tengok perempuan pakai tudung, sebab pemakai buat maksiat..

    Ni, masalah dalaman, kita benci pada dosa orang atau pada orang yang buat dosa.., jika kita benci pada dosa mereka, maka kita tak akan hokum penampilan mereka, cakap lemah lembut, tapi jika kita benci orang yang buat dosa, memang masalah, itu yang nak kena Tanya diri..,

    ---------
    Puteri Bonda

    (((Err, Hamka ade buat dakwah ke kelantan?? ))

    Ya, dulu aku tulis, maksud aku, jika korang bagi no phone dan alamat, jika satu hari aku sesat di sana, aku call korang, kita jumpa.., atau jika aku ada kawan kawasan rumah korang, aku akan cakap, si A ni minat belajar ugama, pergilah rumah dia..

    --------
    Khairi

    Kau tak tepat.., jangan anggap sunnah luar tu kulit, bagi lelaki mungkin Nampak macam tak apa, tapi untuk perempuan, bertudung.., bukan sekadar kulit.

    Nabi selalu pesan supaya orang islam jangan tiru penampilan orang kapir, ini bukan masalah ‘kulit’.

    ---------
    tok dam

    komen kau kali ni, sangat best!

    ReplyDelete
  29. kelakar baca tapi saaaaangat menginsafkan....ya allah bantulah hamba mu ini untuk menjadi org islam yang beriman. terima kasih saudara ...

    ReplyDelete
  30. sy suka entri ala ceramah ni.. good.. sy nk hafal ceramah ni.. nk bg kat budak2 asrama..

    ReplyDelete
  31. teringat lagu raihan..

    iman tak dapat diwarisi
    dari seorang ayah yang bertakwa
    ia tak dapat di jual beli
    ia tiada di tepian pantai

    ReplyDelete
  32. Petikan dari saudara islamku...
    Assalamualaikum, sy pernah berada di sempadan afghan peshawar, selama 40h atas maksud belajar2 keluar djalan Allah swt sekitar tahun 2006, sblm tjadinya pngeboman benazir bhutto. Selama dsana, sy banyak belajar dpd bangsa pashtun dlm mnghayati agama. Agama pada mereka adalah hidup. Melihat kehidupan mereka sahaja Allah jdkan sbg asbab hidayat.
    Sy critakan pgalaman sy berada d satu kampung org pashtun sekitar kwsn moonir/ peshawar miskin ini, bagaimana hidupan n taraf darul asbab mereka harian.
    Masjid/musolla mereka mcm pondok konstruction sementara pekerja org indon/bangla, kalau awak sujud dlm msjd mereka, sama mcm awak letakkan dahi awak diatas jalan tanah liat beralaskan tikar jerami gandum. nak dbandingkan dgn surau kita, kitalah hebat dari segi zahir tetapi mereka makmur amalan rohaniat, jmah solah subuh mereka spt jmah solah isya kita dan jmah solah isya mereka spt jmah solah jumaat kita. Setiap masjid atau surau mpunyai madrasah hafiz yg sibuk dgn mghafal quran, walaupun dlm keadaan sngt dhaif n berdebu. kanak2 mereka dhubungkan dgn hidupan masjid sejak azali lagi. Mereka tak kenal naruto, otroman, power rangers tetapi kanak2 mereka diajarkan utk jadikan nabi saw, para sahabah ra, para masyaikh mereka, ahli syuhada mereka sbg ikutan, kbanggaan, kmuliaan. Jazbah Anak2 mereka adalah jazbah para mujahid, jihad adalah kemuliaan bagi mereka. Itu baru anak2, apalagi golongan lelaki yg akil baligh n wanita mereka.
    Setiap keluarga mereka mesti ada sekurang2nya 1 org hafiz quran. Mereka lebihkan agama dpd sijil degree n diploma, mereka lebih bangga jika anak mereka dkenali sbg mufti, hafiz n alim, dpd gelaran doktor engineer lawyer. Anak2 mereka lepasan hafiz berumur 16thn lagi yg belajar alim dah ddedahkan dgn 6 kitab besar hadis muslim, bukhari, nasai, ibnu majah, abu daud, tirmizi. Kitab asli n bukan kitab syarah, maksudnye kene power bahasa,arab. Mereka takde uitm, uia, al azhar mcm kita, mereka ada madrasah sendiri, kalau futher studies tu mereka ke darul uloom di skitar karachi, islamabad, faislabad, lahore.
    Para wanita mereka memelihara aurat mereka smpai keadaan kita malu utk melihat mereka. Asbab amalan purdah mereka, Allah campakkan izzah pada setiap pandangan mata yg melihat golongan wanita mereka. Wanita mereka bukan sahaja mahir dlm memasak, seni menjahit baju, melayani suami, mereka sungguh memelihara kehormatan mereka. Wanita mereka rata2 istiqamah dlm amalan nafil, quran n zikir harian mereka setiap kali lps subuh, lepas asar n pada 2/3 mlm. Yg paling menakjubkan sy mgenai wanita mereka, setiap para mujahidin mereka pandai n mahir dlm assembbling disassemblin ammo mcm ak47. Serious…
    Para lelaki mereka semuanya bdarah pahlawan, tapi berhati lembut dgn org islam lebih2 lagi dgn org2 arab n org2 nusantara. Kalau mereka tahu ada jmah dakwah luar negara sampai ke tempat mereka, jmaah dsambut macam raja. Mereka memasak utk jmah, cuci baju jmah, bawak n pelawa jmah makan mlm dirumah2 mereka, sehingga mereka bgaduh smata2 mahu rebut amalan bagi makan kpd jmah.
    Golongan lelaki mereka bdarah guerilla. Mahir dlm seni berperang bawah tanah. Dari golongan muda sehingga yg tua.
    Hidupan kekeluargaan mereka sungguh rohaniat. Rumah mereka rata2 dbuat dgn susunan batu n tempekan tanah liat sbg dinding, n atas sekadar pelepah2 pohon pokok atau d cover dgn banner plastik yg mana di tmpt kita dah jadi barang buangan.. Mereka cuma ada roti n kari dal yg tawar sbg makanan harian dgn minuman teh campuran susu lembu fresh ternakan mereka. Air minum sejuk pun cuma berasal dpd air gunung atau perigi. Mereka menolak sebarang jenis makanan yg bukan hasil masakan wanita mereka, biarpun kfc, mcd mapley skalipun yg halal toyyib. Di sianghari mereka survivalist, dlm malam hari mereka adalah rahib2 yg tawajuh kpd Allah. Seluruh keluarga mereka bangun tahajud. Hidupan mereka mirip2 hidupan mujahadah para sahabah ra.....

    ReplyDelete
  33. Mereka bawa sunnah dgn mujadah dalam kehidupan. Dari bangun tidur sehingga kembali tidur semuanya dgn sunnah. Makan bertalam secara bjmaah bersafrah, sampai pakaian harian mereka adalah kurta hasil jahitan wanita2 mereka dan hiasan kepala mereka tidak lekang berserban, lebih2 lagi para mujahidin. Mereka menolak pakaian selain sunnah. Sehingga sekecil2 amalan seperti potong kuku dan mmotong buah2an pun dgn sunnah. Seorg alim atau syekh tariqah dari kalangan mereka pun, jika tidak berjanggut bagi mereka adalah satu keaiban. Amal sunnah satu kemuliaan, tiggalkan sunnah satu keaiban..mereka iktimam n mmgagungkan hidupan nabi saw..berbeza dgn kita, sunnah tu sunat je, buat dpt pahala, tak buat takpe..

    Dlm bermasyarakat, mereka memuliakan ulama, fuqaha, masyaikh yg amalkan sunnah, sperti kita memuliakan artis2, menteri2 kita. Masyaikh n org alim dkalangan mereka mirip2 alquran yg hidup. Sy tahu satu org alim n sufi disitu yg mana lps solah isya, dia akan bermula bertakbir solah sunnat, dan berakhir solah sunnat dgn salam sblm azan subuh.. Org alim mereka ada nur n limpahan faiz, bahkan org alim mereka melayan kami spt sorg khadam. Hakikat nur ilmu pada mereka mberi kesan kpd kami, sehinggakan myebabkan kami menangis kerana akhlak org2 alim n masyaik mereka mirip mcm para sahabah ra. Dgn melihat wajah mereka shaja kita akan dpt manfaat rohaniah..
    Mereka golongan zuhud n suvivalist. Rata2 golongan lelaki mereka keperluan harian mereka ada yg petani tradisional yg keja di ladang gandum, ada yg pengutiip kayu api, ada yg peniaga kecil2an di bazaar, ada yg kerja kuli, pembuat senjata..kalau yg doktor atau enginner nih tak banyak.. Boleh hitung guna jari je..kais pagi makan pagi, ptg makan petang.. Rumah pun sedih kita tengok. Mereka takde bekalan letrik n air mcm kita. Dahla rumah pun mcm rumah stinggan rumah pekerja kontrak. Tngok tv n main internet mcm kita tu, jauh sekali..
    Kita ada shopping complex yg serba canggih, mereka cuma imarahkan masjid. Kita fana’ pada artis spt lady gaga dgn sure heboh kita, tapi mereka hanya hidupkan halqah zikir harian mereka dlm khanqah mereka. Kita ada panggung wayang tetapi merekA tawajuh dgn bayan tazkirah org2 alim masyaikh mereka d masjid mereka. Percakapan kita hari2 mngenai wanita, pangkat kuasa n kmasyuran tetapi mereka hidup dgn pcakapan qudrat Allah, risalah nabi saw n hidupan akhirat dikalangan mereka.
    Mereka takde senjata canggih, senapang n senjata pun jenis tahun 1970an zaman soviet dulu2, serba kurang dpd zahiriah kalau nak dbandingkan dgn asbab org2 kuffar amerika n yahudi. Tetapi setiap keadaan mereka, bersama mereka ada bayangan nusrah Allah. Mereka perang bukan bersama asbab, tapi bersertakan amal.Sehari sblm perang, mereka cakap mereka takkan lalui malam tanpa btahajud mnangis mcm fakir dhadapan Allah. Itu tak lagi kalau mereka buat bayan jihad, buat khataman khawajagan, qasidah burdah sblm amalan tingkatkan ruh jihad sblm melawan org amerika+pengintip kuffar india+syiah iran iraq.
    Mereka tak mcm kita, mereka tak ada pilihan utk mnjalani hidupan aman n makmur mcm kita. Mereka dtindas dlm negara mereka sendiri, menjadi pelarian dlm tempat sendiri, mereka lali dgn peperangan dan mayat yg bergelimpangan. Mereka ditndas semata2 kerana jalankan hidupan yg semata2 utk sukakan Allah dan rasul.
    Inilah yg merunsingkan kuffar amerika+india+ syiah iran iraq, mereka sekuat hati n tak rehat sesaat pun utk merosakkan org pashtun kerana mereka sedar bangsa ini ada ruh agama. Pelbagai jenis fitnah ditaburkan keatas mereka n tak kurang juga kezaliman yg dialami mereka. Org2 kuffar dtentang sehinggakan ada yg mnjadi piatu, isteri jadi balu, harta dirampas. Inilah mujadah perasaan org2 pashtun lebih2 lagi ketika ini pergolakan antara kuffar dgn afghan pakistan semakin hari semakin rancak......

    ReplyDelete
  34. Bayangkan, baru2 ini banjiryg melanda mereka, Allah uji mereka dgn food shortage. Allah nak tengok mereka adakah mereka tetap dgn agama dlm ujian malapetaka. Ini cuma tarbiyah utk mereka ygberiman utk bina yakin yg betul, hanya harap pada Allah.. Bayangkan kalau kita dilanda banjir mcm kat pakstan..takpat tahan mujadah spt mereka.
    Pada kita, tak habis2 lagi agama sekadar kajian, debatan diruang comment blog, maklumat utk sedapkan telinga manusia. Tak habis2 nak jatuh n hinakan saudara sekalimah semata2 nak menunjuk maklumat agama dlm diri lebih boombastik. Semoga Allah lindung kita dpd bpecah.
    Padahal agama perlukan pengorbanan n ketaatan yg mana org pashtun dah buktikan ketaatan n kecintaan mereka dgn agama n sunnah. Sikit lagi masa n tahamul utk org pashtun ini, insyaAllah Akan zahir satu kekuatan islam mcm cara islam sahabah..moga Allah bagi kita n bangsa melayu teladan utk mngikuti sahabah ra. Ameen.....

    http://ibnuyaacob.com/?p=630&cpage=12#comment-8250

    ReplyDelete
  35. Namanya ceramah mana ada tasykil... Tahun depan kita jemput ustaz hamka bagi bayan lepas berarak maulud nabi... dan ker? Ngko buat tajuk beza ceramah n bayan lah kalu camtu.

    ReplyDelete
  36. tersentuh.sebak....terima kasih atas perkongsian dan ingatan.

    ReplyDelete
  37. Dah tak nak amal sunnah tu mcm2 la alasan.. Nanti di Mahsyar ko jwb la mcm tu depan Allah.

    ReplyDelete
  38. ske ak bce komen zaid...smoga allah pilih ak tuk kuar kt sner...

    ReplyDelete
  39. rasa mcm tgh dgr ceramah live lak. jazakallah 4 sharing bout iman dan amal :))

    ReplyDelete
  40. Siapa ada nak jual Kisah Para Sahabat versi Melayu (bahasa Malaysia/Indonesia)? Aku nak beli..

    ReplyDelete
  41. Siapa ada nak jual Kisah Para Sahabat versi Melayu (bahasa Malaysia/Indonesia)? Aku nak beli..

    ReplyDelete
  42. Siapa ada nak jual Kisah Para Sahabat versi Melayu (bahasa Malaysia/Indonesia)? Aku nak beli..

    ReplyDelete
  43. maap..internet problem

    ReplyDelete
  44. Err dari mana pulak datangnya fakta makanan kegemaran tu? Buah barli dan labu?

    ReplyDelete
  45. salam. enrty ini hebat. bagi ramai orang muhasabah diri. berkaitan dgn komen tok dam, kenapa bagi kata untuk pendakwah je? kerjaya lain pun sama je la kan.

    setuju dgn hamka pasal komen khairi. islam kena praktis secara syumul.

    :)

    ReplyDelete
  46. Assalam

    Bakal mayat...tuan kat mana?
    Patik pacal yang hina nak hadiahkan buku tu kat tuan. Insyallah

    Khalid
    Separa mayat

    ReplyDelete
  47. cik sayoobaeq,

    mengkormersilkan dakwah sudah menjadi barah dalam masyarakat kita.. pernah jadi ajk majlis ceramah maulid Nabi x? depa tanya kita nak penceramah yg rating lagu mana.. 100? 200? 300? 400?...buat pulak acara iring-iringan makan2 bagai takut nanti sikit saja orang datang, jatuh la air muka selebriti(lebih sesuai dari letak nama pendakwah) tu..pedih telinga ooo.. Sunnah Nabi mana yg kita dan depa dok ikut kalau macam ni punya acara dakwah ni.. apa yg aku nampak, dek kerana memenuhi tarikan komersil dan ego sesetengah dari kita.. Agama telah kita perdagangkan!!!

    ReplyDelete
  48. Mengikut kitab Al Anabaya pd manuskrip JAWI-DBP. Nabi semasa wafat tidak berjanggut, putih bercampur merah warna mukanya, rambutnya ikal, tubuhnya tidak besar dan tidak kecil. Nabi sakit ketika dlm kempen menakluk benua rom pada hijrat ke 10. Semasa sakit nabi minta kertas dan dakwat untuk menulis wasiat tetapi dilarang sahabat kerana terlalu uzur. Nabi mempunyai 10 pedang dan yg mahsyur Za Al Faqora, tujuh baju zirah termasuk Saa'dayaha iaitu baju zirah yg dipakai nabi Daud semasa melawan Jalut, 2 ketopong, 5 panji2, 5 tombak, 1 perisai yg bertulis kalimah. Sepanjang 10 tahun di Madinah, nabi berperang sebanyak 27 kali dan menyuruh sahabat2 berperang 60 kali. Sesungguhnya pada nabi itulah ikutan yg baik.

    ReplyDelete
  49. point best ,nak kasi anak aku bab point muhammadurrasullullah tu,sunnah ,sirah sarirah...timakasih.

    ReplyDelete
  50. Awal agama mengenal Allah?
    Agama disisi Allah adalah Islam.
    Tidak dimasuki iman seseorang kamu melainkan dengan syafaat Aku (Muhammad)?

    Nak ngaku beragama Islam tak kenal Allah dan tak kenal siapa disisi Allah.
    Nak ngaku beriman tak kenal/jumpa Muhammad.

    Dengar ceramah agama tapi entah bila beragama.

    ReplyDelete
  51. semoga Allah bg kekuatan kat aku istiqamah dlm melakukan amal...insaff entry..

    ReplyDelete
  52. teringat pesan sorang sahabat, apapun nak buat ALLAH dulu... baru yg lain

    ReplyDelete
  53. masih islam, semua jawab YA.
    sudah beriman, belum tentu kan?

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  55. Bang Hamka, tolong remove nombor telefon sy tu.. Dah dapat "panggilan" dh..

    (boleh pulak jual beli dalam blog KM ni)

    ReplyDelete
  56. Surau aku pun ada buat perarakan tapi aku tak ambil bahagian sebab makanan best. Nasi lemak je... Hehe

    ReplyDelete
  57. Hari ini hari jummaat, aku nak respon pada komen negarive sahaja pulak..

    ------------
    syockit

    ((Err dari mana pulak datangnya fakta makanan kegemaran tu? Buah barli dan labu?))

    cuba baca “kisah hidup Maulana Zakaria”..

    ----------
    Al Mahadaya

    ((Mengikut kitab Al Anabaya pd manuskrip JAWI-DBP.)))

    Zaman orang melayu tak pandai arab, eleoklah rujuk buku jawi yang translate kitab arab dengan bahasa sastera, akrian, hatta, dan sebagainya, zaman sekarang, dah ramai orang melayu tahu bahasa arab, maka rujukkah kitab arab...
    Pernah dengar ceramah, ustaz pakai kitab jawi, lalu menyebur, ketika ambil wudhu, hendaklah membasuh burit, aku Tanya, burit tu apa ustaz, kata ustaz, burit tu belakang tengkuk.., huh haru!, kat Terengganu, burit tu kemaluan perempuan, aku nasihat ustaz tu,
    jika nak ceramah hokum wudhu, tak payah lagi rujuk kitab jawi, bahasa pening, rujuk terus kitab karangan iman syafee..

    ---------
    Anonymous

    (((Nak ngaku beragama Islam tak kenal Allah dan tak kenal siapa disisi Allah.Nak ngaku beriman tak kenal/jumpa Muhammad.)))

    Macam ‘tarikat’ jer statement kau..

    ReplyDelete
  58. lupa cermin diri sendiri

    Visit Wan Site!

    ReplyDelete
  59. thanks hamka, lagi menyedarkan saye di muka bumi ni

    ReplyDelete
  60. sesiapa yang insaf baca entry terkini, dijemput baca entry pertama. entry 6 tahun yang lalu...

    : )

    ReplyDelete
  61. Kesedaran terletak pada hati kita sendiri.

    ReplyDelete
  62. sesungguhnya ramai generasi masa sekarang ini masih belum memahami erti keimanan yang sebenarnya..sekadar islam pada nama dan surat beranak je..(saya pun..huhuhu)...ingin sekali merasa halawatul iman yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. oke setuju tok dam.

    hati masalah ni. rasanya niat diorang pada asalnya baik. wang punya pasal kan.

    apa-apa kerjaya jela.

    ReplyDelete
  65. salam hamka...err..nk tnya..penceramah minum air guna tangan kanan ke tangan kiri?

    anak saya kdg2 balik dr surau lps dengar ceramah ckp ibu..ibu..ustaz tu kan dia minum air guna tangan kiri..setan je minum tangan kiri kannn...

    ramai ustaz2 yg bagi ceramah belasah ja minum tangan kiri asal hilang haus..belum masuk bab jual beli dalam masjid/surau lg..cmana tu?!!

    -petot-

    ReplyDelete
  66. FIKIR DAN RISAU

    sekiranya aku tahu... pasti aku akan kurang ketawa dan banyak menangis.

    ReplyDelete
  67. cinte dunia kuat bro,4bln tp2 tahun pon blom tentu bleh hilang,saye la 2...

    ReplyDelete
  68. Kelemahan manusia di dlm dunia kini berpunca dari tidak mengenal tuhan. Untuk mengenal tuhan perlulah memahami dan melakukan perintah tuhan dan membezakannya dgn perintah manusia. Sebagai contoh: tuhan perintah jgn solat kalau mabuk sehingga sedar apa yg diucapkan. tuhan nyatakan arak itu memabukkan dan rezeki yg baik. Maka tiada hukum tuhan yg menyatakan arak itu haram dan tiada hukuman kerana ianya bukan kesalahan. Perintah manusia ialah arak itu haram dan manusia yg minum haram mesti disebat. Jadi, di zaman nabi tiada hadis maka sudah tentu nabi ikut al quran, sesiapa yg mengadakan hukum selain al quran jelas bercanggah dgn perintah tuhan dan nabi.

    ReplyDelete
  69. Duhai diri, teruknya! Berubahlah ke arah kebaikkan!
    TQ bro!

    ReplyDelete
  70. mahadayaa... ambo ingat demo penin dah nii.. nice n3.. tq

    -lampam-

    ReplyDelete
  71. semalam, ustaz ceramah, "kita kena ikut sunnah nabi bla bla bla, lepas tu berhenti jap dan minum air dari tangan kiri..

    aku konfius, nak gelak ke nak menangis!

    ReplyDelete
  72. kepada mereka yang keliru dengan komen mahadaya, ini berlaku kerana tak faham asbabun nuzul al quran yang mana ada ayat yang membatalkan makna ayat, harap saudara mahadaya tidak membodohkan orang ramai di sini, dan aku rasa korang semua tahu tentang perkara ini agar tidak terjebak seperti saudara mahadaya itu, kepada mehadaya, memang susah nak ubah apa yang dah kau percaya, tapi jika kau berani, maka Allah akan bagi mudah, jangan takut untuk berubah mengikut mereka yang tidak enggan.

    ReplyDelete
  73. Salam

    Moga Allah bagi hidayah pada kita semua...

    Mafhum hadis dari Hadrat Aishah r.ha

    "Akhlak Rasulullah adalah Al=Quran".

    Sahabat2 mengikuti apa shj yg nabi saw buat walaupun mereka tak faham..

    Nafe r.a reports, "Once Hadrat Ibnu Umar (ra) was passing by a way in Mecca and would turn the head of his camel again and again saying, "Feet might fall upon feet" ie feet of my camel might fall on the footprints left by the camel of Rasulullah saw.

    Nafe r.a reports, "Had you ever seen Hadrat Ibn Umar r.anhu following the footprints of Rasulullah saw, you would have taken him to be insane."...

    Baca dalam hayatussahabah... dan memang kita takjub dengan sifat2 sahabat r.anhum.

    Sebenarnya merekalah yg sebenar-benar FAHAM agama.

    *ceknor

    ReplyDelete
  74. thanx 4 the entry..sgt bergune bagi sy

    ReplyDelete
  75. salam..time kaseh di atas peringatan yang memberi guna

    ReplyDelete
  76. as'salam...

    alhamdulillah akhirnya terjawab segala persoalan yg ada dlm diri ni dah terjawab....

    terima kasih atas info ni.....

    ReplyDelete
  77. t'mangu seketika.jzkk for sharing

    ReplyDelete
  78. Salam bro hamka...

    terima kasih dgn entri yg menarik... utk direnungkan dan diamalkan.

    pohon keizinan utk kopipes entri...

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  79. to someone who hate people following sunnah

    kalau korang tengok individu tu...mmg individu yag pakai serban tu tak baik...

    siapa kata kita perlu lihat org yang pakai sunah pada zaman sekarang...

    kat al quran tak penah suh tgk org kat sekeliling korang

    tapi dalam al quran suh tgk NABI S.A.W.

    orang yang pakai serban sumer...cuba nak jadi baik...nak ikut nabi...

    sebab dorang buat keputusan tak nak ikut lady gaga, justin bieber, justin timberlake..and so on

    so dorang nak ikut NABI

    jadi orang2 mcm ni ibarat kereta 2nd hand yg korang beli...

    korang makeup cantik2 kereta tu..
    tapi still ada breakdown sikit2..

    kereta tu tak perfect sgt...

    moral of the story...

    jgn tgk kereta 2nd hand tapi tgk kereta first model

    jgan tgk manusia di sekeliling u all...

    tapi tgk NABI S.A.W

    OK good luck...

    ReplyDelete
  80. Tuan punya blog...kwn nk komen sket ttg statement "Sahabat2 mengikuti apa shj yg nabi saw buat walaupun mereka tak faham....415 pm 22 feb 2011"..ada sedikit kemusykilan kalau kita baca dan fikirkan ayat ke 36 surat ke 17 iaitu "Dan jgnlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya."
    Kesimpulannya para sahabat mengikut apa yg Rasulullah buat setelah diterang dan difahamkan bukan dengan membuta tuli.."kami dengar dan kami faham".. Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  81. cuba baca kisah perjanjian hudabiah, korang akan faham bab, dengar dan taat.

    soh..

    ReplyDelete
  82. Ikut sejarah, perjanjian hudaibiyah memang benar-benar menguji iman sebilangan sahabat terhadap Rasulullah. Perjanjian ini memang betul-betul berat sebelah (menyebelahi kaum musyrik Mekah). Tetapi Rasulullah tetap setuju dgn perjanjian ini, bukan sebab tunduk kepada musyrik mekah tetapi baginda nampak hasil kepada perjanjian ini iaitu Futhul Mekah. Cukup jauh pandangan Rasulullah. Inilah yg tidak dapat dilihat oleh sebilangan sahabat tersebut pada masa itu. Tetapi mereka tetap taat walaupun dgn hati yg berat disebabkan ayat Quran "Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"(aku lupa ayat berapa). Wallahua'lam

    ReplyDelete
  83. saidina Umra cukur kepala sampai berdarah sebab marah tapi taat..

    siap tanya lagi:

    "betul ke kamu ni nabi"

    tapi itulah sifat sahabat...

    waktu perang badar, 313 lawan 1000, nak mampos?

    orang munafik awal awal tarik diri,

    tapi, sahabat, dengar dan taat..

    benda ni mungkin kena terang cara lain

    terima kasih

    ReplyDelete
  84. assalammualaikum tuan2 dan puan,
    hebat sungguh topik islam dan iman ni.
    -bolehkah sesiapa tolong saya dgn soalan saya dibawah
    -apakah erti islam?
    -apakah erti iman?
    -dimana letaknya islam kita?
    -dimana letaknya iman kita?

    ReplyDelete
  85. Assalamu alaikum wr wb ...Terima kasih Cik Hamka , saya dari Makassar , Indonesia ,Suka dengan tulisan Anda , penuh canda tapi mengena . Teruslah berkarya , agar ummat berjaya .
    Wassalam
    ML

    ReplyDelete
  86. aku gembira apabila orang indonesia juga gemar dengan karanganku.

    ada jugak yang menulis kembali dalam bahasa indonesia, sungguh bagus sekali.

    semoga memperolihi berkah.

    : )

    ReplyDelete
  87. cerita zaid buat aku menanges. Allahuakbar, layak ke aku ni dipilih memasuki syurga Allah. insan yg sgt jahil nih. dunia skrg dah mainkan kte, dah lekakan kte. pnglmn zaid buat aku sgt membuka mata betapa hina lg dina aku di sisi Allah berbanding mereka.. amalan mereka tu subhanallah, mcm langit dan bumi dgn kte. Ya Allah. sgt insaf.,

    really nice post hamka. aku xnk jd org mukmin yg berdosa yg rohnye tergntung di langit smpai kiamat.

    dan aku juga xnk jd org yg diberi istidraj oleh Allah.. nauzubillah.

    kdg2 kte terlupa betapa dunia ni dah tua, dan terkadang kte rase mati itu jaoh lg nk smpai..Allahuakbar, semoga kte semua mmg di dalam golongan org yg beriman dan beramal, bukan hny belajar ape itu islam semata.

    ReplyDelete
  88. Hanya orang yang keluar usaha agama sahaja yang faham atas iman dan amal ini.. yang pernah keluar 3 hari 40 hari 4 bulan.. syor marilah kita keluar dijalan allah S.W.T , sesiapa yang keluar dijalan allah s.w.t Walaupun 45 minit, lebih baik dari bumi serta seisinya, disitulah iman kita akan meningkat secara tak perasan dimana disitu kita dapat hidupkan sunnah2 Rasulullah S.A.W. Jazakallah....

    ReplyDelete