(Jika Internet kat rumah korang lembab nak mampus untuk download youtube ini, izinkan aku bercerita akan apa isi kandungan video ini dalam bahasa melayu, ok!)
This is a video about the prophet Mohammad SAW in an Arabic program which talks about how do Muslims respect and love the prophet and what will they do If Nabi Muhammad SAW were Among Us, (eh, tadi janji nak tulis dalam BM!)
Baik, ianya adalah satu rancangan TV di Negara arab yang berjudul: “jika Nabi masih hidup di kalangan kita”
Penerbit cuba menggambarkan secara visual beberapa contoh yang mana jika Nabi Muhammad SAW masih hidup dikalangan kita akan bagaimana baginda mempraktikan ajaran islam dalam dunia alaf 21 yang serba moden ini.
Antara contoh yang ditunjukkan sambil di iringi lagu arab yang syahdu adalah memberi salam di mana sahaja (walaupun bertemu dalam lif, tempat yang kita tiba tiba senyap bila masuk), mengurangkan beban pekerja (yang sedang membasuh kereta), menolong isteri memasak di dapur, bermain main dengan anak (main bola sepak), menyelamatkan anak kucing (dari dilanggar kereta) dan lain lain…
Kemudian segmen video klip tadi masuk kepada segmen “Candid Camera” yang mana Kru rangcangan ini akan membuat ujian secara live kepada orang ramai dengan mengupah seorang makcik sebagai pelakon yang berjalan di hadapan mangsa sebelum menjatuhkan beg duit di jalanan, dan pura pura tidak nampak, sedang camera-man akan bersembunyi sambil merakam 'adegan yang ingin kita lihat', macam rancangan barat ‘just for laughs’ atau “Bang Bang Boom’ di Malaysia.
Mangsa yang ternampak beg duit akan diperhatikan dan dirakam kelakuan mereka, sama ada mangsa akan mencuri atau memulangkan kembali beg duit kepada ‘pelakon’ yang ‘tidak sedar’ tadi.
Jika beg duit itu di sorok atau tidak dipulangkan, maka kru filem ini akan bergegas muncul dan menangkap si pencuri lalu memberi dakwah dalam bahasa arab yang membuatkan si pencuri terus insaf serta merta ditempat kejadian.., si pencuri juga akan diberi buku tentang Nabi Muhammad SAW supaya jauh lebih insaf…
Jika dipulangkan pula beg duit tersebut kepada pelakon tadi, maka kru filem ini juga akan bergegas muncul dan terus memuji akhlak mangsa tadi secara live di tapak kejadian, sambil memberi hadiah berupa sehelai T shirt yang bertulis, “if he were among us”, dan dihujung pujian, mangsa akan di soal:
“jika Nabi masih hidup, apa yang Nabi akan cakap apabila melihat ummat islam hari ini?”
Soalan ini, bila ditanya kepada seorang muslimah, terus muslimah ini menangis, Aku tak tahu kenapa muslimah ini menangis, dan aku yang berjiwa penyayang kepada makanan (selalu makan sampai habis )pun turut menangis..
Jawab muslimah itu sambil teresak esak, “Jika Nabi masih ada, Nabi akan menangis air mata darah kerana melihat ummat islam yang selalu menumpahkan darah.. "
Pengacara yang muka ada iras iras penyanyi rappers itu terus bertanya:
“Jika Nabi datang dan duduk bersendirian dengan kamu sekejap, apa yang akan kamu katakan padanya?”
Sambil air mata bergenang dan hingus meleleh, berkatalah muslimah itu..
“Duduk bersama Nabi adalah impian semua orang, jika ianya benar.., sob.. sob.., saya mahu baginda membawa saya pergi jauh dari dunia ini..isk..isk”
Dalam kesedihan yang mencekam itu, sempat pula aku berangan.., yang mana aku ternampak seorang makcik tercicir beg duit, lalu aku terus dengan gigihnya berlari, dan pulangkan balik dompet duit kepada makcik arab..
Tiba tiba muncullah kru-kru rangcangan “if he were among us”, menyerbu dan memuji aku di tempat kejadian, dan muncullah pengacara yang ada iras pelakon Bollywood dengan misai yang kemas dan janggut yang nipis mengacara aku sambil menghadiahkan sehelai T shirt..
“Bro, Peace be on you, we want to thank you because of your honesty”
Aku tak terkata apa-apa, tersengih sengih macam pelakon iklan gigi..
“Actually I was too happy because MOST of people who share with us gave woman her wallet, even the honest people are 13 out of 15, (refer this video) we shouldn’t focused on the disadvantages but on the advantages, so that means muslims and arab still fine and good, Alhamdulillah,”
Akupun terus memakai baju free tersebut dengan bangga sambil membuat symbol V peace pada kemera..
Pengacara yang ada iras penyanyi rap kulit hitam Amarica itu bertanya lagi..
“Ok, if the Prophet were between us… what will he say?”
Aku tertelan air liur, terkejut dengan soalan yang mengejutkan lalu berkata..
“Bro...Where Is Your Beard?”
(Adegan sebenar tidak disiarkan kerana aku terus lari dari tempat kejadian kerana takut mereka mintak balik T shirt Free.., lari.. dan.. woha!)
Akhi kata: Maaf sangat pada kru program TV itu, aku bukan nak pandang buruk korang, tapi jika terkenang akan Nabi, aku juga terkenang akan janggutnya..., maafkan aku yang lari lalu menyorok dalam keretamayat versi arab kerana takut di belasah oleh pengacara yang ada iras iras Neo the Matrix.., aku takut T shirt free ni koyak.., woha!
Ps: Siapa yang kata Nabi tak potong janggut sebab tiada pisau cukur adalah bongok!
(Hadeeth of Ibn 'Umar who said that the Messenger of Allah said: "Be different from the mushrikeen: let your beards grow and trim your moustaches.")
First komen! woha
ReplyDeletecadangan azam tahun baru untuk pembaca blog keretamayat:
panjangkan janggut dan pendekkan misai..
: )
mcm2..ingatkan di Malaysia and negara barat je ada rancangan mcm bom bom bam tue...diorg pon ada gak uhuk3
ReplyDeletemaaf, aku x dpt baca habis sbb aku dh x tahan. aku sebak. ya allah, kalo lah Dia masih ada, aku takkan jadi seorang yg berdosa mcm hari ni. Ya ALlah, Ya Raslullah..guide me..:(
ReplyDeleteDiorang punya 'just 4 laugh' bkn untuk skadar nk glak2..
ReplyDeletesiap boleh bg insaf pencuri lagi..
thumbz up la kt diorg..
aku yang lemah ini.
ReplyDeleteInsyAllah akan mengekalkan sunnah 24jam yg ada ini!
Salam,
ReplyDeletedoa simpan & usap janggut, pakcik karkun bagi gua..."Allahuma bika amantubi Rasulullah SAW"
p/s :betul ke sebutan dan spelling tuan? semoga Allah istiqomahkan gua sampai akhir kalam "La ila ha ilAllah"..amin
gua ingat tenampak lu kat one utama hari tengahari ahad. tapi firasat gua cakap bukan.
ReplyDeleteoh. haruslah simpan janggut selepas ini. >.<
comey makwe arab ni.
ReplyDeletehohoh!..dah pernah tgok rancgan nih..hohoh!!..mmg hebat..subahanAllah..adakah .rakyat malaysia macam ini?? huhu...
ReplyDeleteterbaek la.....rindu sama rasulullah..tp lemah sangat nak amalkan sunnah rasullah...lemahnya iman ku....
ReplyDeleteKool! (sambil lap hingus)
ReplyDelete*Sambil dengar lagu The Chosen One - Maher Zain
eh eh , cane nak bagi janggut tumbuh ni . hee . kalau lah nabi hidup zaman kite ... hurm ..
ReplyDeleteHAMKA...
ReplyDeleteTerima kasih bagi aku koleksi video arab ni. Aku nak tanya. Ko terjemah guna BA atau BI translate?
Syabas aku ucapkan ^_^
bongok plus bengap.
ReplyDeletetak mengaji agama. gila.
hah! tak pasal2 emo.. haha
sungguh physco bila diberi buku and suruh insaf.. tv malaysia patut buat rancangan macam ni..
ReplyDeleteen kereta mayat,mcm mana nak luruskan janggut tanpa rebonding eh ?
ReplyDelete(tumpang letak link yer) thanks
Random quote from Quran
owh. buat 1 la kat malaysia.
ReplyDeleteaku nak jadi salah 1 krew.
best n mengharukan...Kalaulah Nabi muhammad saw ada bersama kita kala ini...
ReplyDeletesedih!
ReplyDeletejika nabi masih hidup, pasti malu terasa sebab tak sungguh-sungguh buat kerja Nabi.
ermmm... baca lepas subuh... hibanya hati...
ReplyDeletenak sangat hubby simpan janggut...
Salam,
ReplyDelete(",)
janggut adalah satu satunya sunnah yang di bawa ketika naik keretamayat, serban, kayu sugi, jubah semua simpan daa..
ReplyDeletetapi jangan terkejut jumpa aku yang berjanggut sejemput dan jarang..
sebab keluarga aku kurang berbulu akan anggota badan kami..
sungguh menginsafkan...
ReplyDeletenak suruh bela janggut pun susah...
ni kan nak suruh beri nyawa...
ulasan menarik..
ReplyDelete=)
aku pun azam nak jadi mayat yang berjanggut
ReplyDeleteberdakwah secara halus.
ReplyDeleteorang terhibur disamping ambil pengajaran daripadanya.
bagus !
kalau lah kat malaysia pun ada .
salam..
ReplyDelete“Duduk bersama Nabi adalah impian semua orang, jika ianya benar.., sob.. sob.., saya mahu baginda membawa saya (pergi jauh dari dunia ini..isk..isk)”
..saya mahu (hilang suara), cukup bagiku suara Nabi SAW yangku dengar pada akhir hayatku..
..saya mahu (hilang mata), cukup wajah Nabi SAW yangku lihat pada akhir hayatku..
semoga Allah swt mencabut nyawaku pada saat itu, dengan kalimah taiyibah..
dan jika ditakdir jua oleh Allah swt akan umur yg panjang.. pasti akukan mati dengan sakit rindu yang akan menghalang makan,minum dan tidur..
-Ibn sabil
Speechless & terfikir kalau la Nabi SAW masih lagi hidup mesti die sedih tgk ummat Dia skrg yang jauh hanyut yang islam hanya pada nama....
ReplyDeleteTapi kalau Baginda msh ada mst kehidupan kite skrng bukan mcm ni, mungkin akan sama dengan zaman kegemilangan Baginda dulu, kerana Baginda pemimpin yang agung...
LAU KANA BAINANA
ReplyDeleteSebak bila kali pertama tgk video nie;
kalo rasullulah ada, umat islam tak macam sekarang.
umat Islam ada tempat mengadu.
umat Islam ada pembela.
umat Islam ada tempat rujuk.
kan bes kalao Rasullulah ada dikalangan kita.
tetibe terfikir jugak.. kalo satu hari nanti Nabi Muhamad duduk sebelah saya..apa nak borak ek?
dah la sunnah dia jarang2 dapat buat..
berdakwah lagi la..
ruginya kalo tak de benda nak borak kalo rasullullah duduk kat sebelah..mengaku umat nabi muhamad, tapi tak de bukti..kan?
*terdiam*
*tarik nafas dalam2*
azam tahun baru!!
kuatkan sunnah dan dakwah.. so that nanti bila Rasulullah duduk sebelah boleh cerita panjang lebar..
*tersenyum - mata bersinar*
tah hape2 punye program..Allah Maha Melihat stiap pbuatan hambaNya..program ni nk sruh manusia takot akan nabi berbanding Allah ke?
ReplyDeleteAnnon.... kate
ReplyDelete"tah hape2 punye program..Allah Maha Melihat stiap pbuatan hambaNya..program ni nk sruh manusia takot akan nabi berbanding Allah ke?"
at least dia ajak org supaya sedar kehidupan 'sederhana' itu adalah merujuk kepada apa yang NABI dah tunjuk hasil dari wahyu yang menjadi milik ALLAH jua....
timbulkan kesedaran bukan bermakna kena ada rasa TAKUT....
cuba2 tengok Ali-Imran 31.... "Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH DAKU..."
Allah tajamkan pemahaman kami...
Assalam
ReplyDeleteNabi saw dan para sahabat rahum....mereka2 yang diiktiraf oleh Rabb...semuanya berjanggut.
Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan yang menakutkan kita dengan macam-macam perasaan( malu dengan kawan, takut dengan boss, nanti apa orang kata dan yang sewaktu dengannya) hati bila kita nak bela janggut.
Percayalah...kalau adapun orang nak tegur janggut kita habis kuat seminggu je...lepas tu mereka dah tak kata apa-apa dah. Kita je ditipu oleh syaitan dengan perasaan macam-macam!
Khalid
P/s: Sebenarnya syaitan jealous tengok bidadari-bidadari dok bergantunggan kat jenggot kita! Woha! Tak suke ke bagi setan jealous! sendiri fikirlah...
Salam
ReplyDeleteJika Nabi saw masih hidup (Nabi datang), Nabi akan mulakan balik usaha mengajak manusia kepada Allah swt sebagaimana yg baginda lakukan 13 tahun di Mekah...masatu org2 kat Mekah minum arak, bunuh anak, berzina, menzalimi sesama mereka, memandang rendah wanita..bla-bla... mirip yang terjadi ditempat kita dizaman ini...tambah kes ragut, rasuah juta2, bilion2, buang anak merata2...bla2..
Pasti...lagi hebat baginda akan
ketuk dari pintu ke pintu
...mungkin airmatanya takkan henti mengalir,
... perutnya tidak sempat lagi diisi makanan
...alas tidur pun tidak terusik
...ummati...ummati...
risau, sedih, bimbang...
pasti..baginda tak peduli apa itu dakwah dlm tv...apa itu dakwah dlm internet, apa itu forum perdana...bla2...yg penting, jumpa semua ummatnya utk betulkan salah faham ummatnya yg menyangka diri, masa, harta adalah milik mereka...mungkin baginda akan bagitau
"Wahai ummatku, diri dan harta yg ada pada kamu itu bukan milik kamu..tapi milik Allah..."
...dan mungkin muncullah pula org2 spt Abu Jahal yg mengacau secara fizikal pada org yg buat dakwah (buang beg/bedding org dari masjid), atau tak bagi iktikaf dlm masjid, bla2..
...dan mungkin muncullah pula orang ala-ala Abu Lahab (Allah murka sgt2 sampai cipta satu surah special utk dia) yg buat fitnah pulak pada orang2 yg ikut Nabi buat dakwah dari lorong ke lorong...
...Kalaulah Nabi datang...agak2 dapatkah aku kenal baginda saw...adakah aku menjadi pengikutnya atau penentangnya saw.
...Tiada yg dapat bagi hidayah melainkan Allah shj yg dapat anugerahkan hidayah...
..dan orang yg berusaha dengan susah payah buat pengorbanan dijalan Allah, pasti, pasti, di bukakan jalan hidayat..
menarik.
ReplyDeleteindahnya kalau baginda nabi berada di disampingku yg hina ini,...adakah ini impian kosong,..masalahnya apakah benar-benar kita akan bersama2 berjuang korban harta,diri,masa malahan nyawa bersama baginda nabi s.a.w,..ataukah kita menjadi penentang baginda nabi s.a.w..kerana yang hidup sezaman dengan baginda nabi pun belum tentu mendapat hidayat..sAUdaraku sekalian sebenarnya bukan sahaja baginda nabi .s.a.w, tetapi allah s.w.t juga sentiasa bersama2 kita...jganlah mencari alasan membela diri kerana meninggalkan sunnah kerana baginda telah tiada ...kita tinggalkan sunnah kerana hari ini kita telah jauh dari agama yang sebenar.,kerana tiada lagi kecintaan terhadap baginda s.a.w..inilah masalah kita sebenarnya.ampunkan daku ya allah wooo..wooo....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletehmmm mmg mengesankan rancangan ni...pernah buat entry fasal ni dulu...LAU KANA BAINANA...
:Barangsiapa y mencintai sunnahku, maka dia mencintaiku;& barangsiapa mencintaiku, maka dia akan bersama-samaku di dalam syurga:
yakinlah..dalam sunnah nabi ada kejayaan.termasuklah kawin lebih dari satu bg yg mampu..take note hamka!!woha..~
ReplyDelete:)
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteNabi saw kahwin lebih dari satu selepas pemergiam Ummul Mukminin Hadrat Khatijah raha.
Hadrat Ali Karamallahwahjah kahwin selepas 7 malam pemergian Hadrat Fatimah raha.
Khalid?
he..he.. Allah Taala belake!
saya pernah tengok video ni kat mane ek...alaa lupa..kat astro oasis kot...best la klo nak bandingkan dgn rancangan nyanyi2
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku sayang kau sebab kau sahabat aku... tapi aku benci bila kau dating depan aku. aku hanya benci suasana itu, bukan diri kau... aku menyampah bila kau berdua-duan dengan bukan mahram kau didepan aku, tapi bukan kau... aku meluat bila kau berbuat maksiat depan aku...bukan meluat dengan diri kau... aku risau, kalau RASULULLAH masih hidup, tentu baginda SEDIH bila tengok kau melakukan maksiat tanpa segan silu....dan pasti Baginda sedang memerhatikan umatnya dari atas sana....
ReplyDeletetiba-tiba rasa rindu menerjah di pelusuk jiwa kepada seseorang yang bernama MUHAMMAD...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete...part 2
ReplyDelete..jika Nabi datang masani mungkin Nabi saw tanya camni..
"Wahai karkun, banyak2 perkara yg nak ditasykilkan, kenapa suka sangat tasykil karkun lain kawin lebih dari satu...makin sebuklah karkun2...ingat..kalau ada 4 rumah di marhalah berlainan..alamat 4 gasyt di marhalah sendiri setiap minggu...tambah 4 gasyt di marhalah jiran...tapi tak boleh keluar masturat tiap2 bulan...tapi kena bawa setiap masturat keluar 3 hari setiap 3 bulan...sanggupke..?"
Mampuke?
*makcik annoy*
Assalamualaikum abg Hamka. Sy xtaula sama ada abg Hamka tau ke x yg mmg ade lelaki yg mmg xkuar janggut, adela sorg kwn sy tu. Hm igtkn mmg die xnk simpan rupenye mmg xleh tumbuh.
ReplyDelete(Hadeeth of Ibn 'Umar who said that the Messenger of Allah said: "Be different from the mushrikeen: let your beards grow and trim your moustaches.")
ReplyDeletekalau dlm fb leh "like"
thumbs up bro
kalo lelaki berjanggut nampak cam alim jer..tp kalo bermisai sajer nampak gatal...woha...jgn marah
ReplyDeletemungkin dia cukur sbb ada kutu kot, ada masalah kulit kering ke, kelimumur ke.mane tauT_T
ReplyDeletedah berjanggut la kan pengacara tu..trim tu, bg nmpk kemas..kalo ckur, licin plak muke tu...
ReplyDeleteSalam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
ReplyDeleteHarap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.
kalau cukur janggut kasi licin...misai kasi licin...dah menyerupai wanita la pulak...
ReplyDeletekalau janggut kasi licin tapi ada misai melenting...dah nampak garang la pulak...nak dakwah pun orang lari..
tapi kalau dah memang janggut tak mau tumbuh...niatkan dlm hati..andaikata janggut ku boleh tumbuh, nescaya ku tidak akan mencukurinya demi mengikut sunah Nabi...insyaAllah dapat pahala atas niat yg baik.
Salam ingatan Hamka,
ReplyDeleteKalau nabi ada lg..zuraida ni setiap pagi sedekah fatihah..selawat..hairan,masih buat dosa yg sama..kenapa? Oh..malunya..aku pada Nabi Muhammad SAW yg aku rindu dan cintai..malu!..kerana aku ada jawapan tp masih tidak mampu melakukan...bodoh lg bengong...
Errr...satu lagi..aku ingat nak cari suami yg berjanggut jarang2 la..keturunan yg tak de bulu.. ada lg ke pd alaf ini?
ReplyDeleteSape tau nama penyanyi dan tajuk lagu arab yang jadi background music untk video ni? angkat tangan n bagi jwapan cept cikgu nk downlaod ni,hehe
ReplyDelete--Loyal Follwers KM---
ada kumpulan yg sentiasa kutuk tabligh dan yg sangat hebat mengerjakan nahi mangkak [sembang saja tapi tak buat pun ]marah bila kita kata haram cukur janggut.kata mereka orang tabligh taada ilmu.
ReplyDeletedalam kitab AL-GHUNYA karangan sh Abdul Qadir Jailani rah. telah sepakat 4 imam-- maliki,hanafi,syafie dan hambali rah.mengatakan cukur janggut haram.
adakah mereka ini pun taada ilmu??
Assalam
ReplyDeleteSalah saya...saya tak jumpa mereka dengan kasih sayang dan tak terangkan pada mereka tentang pentingnya ikut cara Nabi saw.
Salah saya, bukan salah mereka dan keluarga mereka...salah saya!
Ya Rabb ampunkan aku kerana gagal untuk menyayangi saudara Islam ku sepertimana aku menyayangi diriku sendiri...
100% guilty!
Have mercy on me Ya Rabb...please...
klu janggut x berapa nak mau tumbuh, kasi sapu minyak Zindagi.. heh!
ReplyDeleteaku bukanlah karkun..sb aku pomp..tp..tetibe aku rs salute kat jemaah tabligh sb hidupkan sunnah nabi SAW..moga aku pon sme mngamalkan sunnah nya..:)
ReplyDeleteaku pantang kalau ustaz-ustaz ke...ulama ke... yang cakap agama... tapi simpan misai lebat...
ReplyDeletewaduh...sakit kepala fikir...
tapi...doakanlah hidayah pada semua...
tak semua apa yang kita faham..si dia pun faham... and sebaliknyalah...
Kepada para pembaca blog kereta mayat, diharap tidak disalah ertikan istilah karkun & tabligh. Karkun merujuk kepada rakan seusaha & semua org islam adalah karkun cuma bezanya samada mereka telah memulakan usaha atau belum kerana kerja nabi tertanggung di atas setiap bahu2 umat ini tidak kira laki/ppuan/tua/muda/miskin/kaya/ulama/umara/raja/rakyat etc. suka tak suka,sedia tak sedia, kerja ini telah diwariskan kpada kita,umat terbaik. Oleh itu kerja ini kena lah dibuat 100% ikut cara nabi,fikir risau nabi, pengorbanan nabi,susah payah nabi,suka duka nabi, barulah kita layak digelar umat terbaik setelah cinta dunia semakn berkurangan sedangkan cinta Allah & Rasul semakin bertambah,kerinduan kepada kampung akhirat semakin bertambah.
ReplyDeleteIstilah tabligh pula hanyalah gelaran semata-mata, sedangkan gelaran yang selayaknya seperti yang pernah dikatakan oleh insan yang menjadi asbab hidupnya kembali kerja nabi ini adalah TAHRIKUL IMAN (PERGERAKAN IMAN @ USAHA UNTUK MENGERAKAN IMAN)yang mana wajib bagi mereka yang beriman
Kerana kerja ini telah ditinggalkan oleh umat islam maka ia menjadi asind/pelik. Sabda nabi: Islam datang dalam keadaan dagang/asing & akan kembali menjadi dagang/asing. maka bertuahlah mereka yang dagang/asing.
Rukun islam 1st adalah hakikat kalimah tayyibah (tak cukup sekadar ucapan,perlu kepada hakikat),oleh kerana kerja nabi tak dijalnkan maka rukun ini tinggal ucapan yang kita tak sedari apakh kerjanya
Rukun islam 2nd, solat, jika kita amati semakin hari seakan terdapat tembok pemisah antara umat islam yang solat & tak solat. apatah lagi mereka yang menjaga solat (berjemaah dimsj,awal waktu)-semakin kelihatan asing dengan pakaian sunnah,sugi etc.
Begitulah yang akan terjadi kepada rukun islam yang lain jika kerja nabi ditinggalkan.
Jika nabi masih hidup? 1x jelingan nabi pun sudah memadai tanda baginda perasan kehadiranku kerana aku sedar siapa diriku dibandingkan dengan para sahabat r.a.hum.
Wahai Allah, jalan hidayat telah Kau tunjuki, tapi hamba mu ini masih mabuk dengan duniawi.....
Insan Fakir Iman.
bengang betul bila orang cakap janggut saya macam kambing...pastu saya cakap nak simpan janggut macam nabi sebenarnya..terus beliau diam. hahaha.
ReplyDeletenerzhul..
ReplyDeletejika simpan janggut di samakan dengan binantang, maka simpan misai mungkin sama dengan ikan keli, dan tidak simpan kedua duanya mungkin sama dengan babi, woha!
----------
kepada yang lain.
bercakap tentang 'tabligh', sebenarnya simpan janggut takde dalam modus operandi mereka, dalam 6 perkara, 12 usul, 5 amal, tak sebutpun semua mereka kena simpan janggut, dan lain lain..
tapi mereka, sama ada tabligh atau tidak, dapat sunnah Nabi, (simpan janggut, kayu sugi dan lain lain), adalah ehsan Allah dan hidayat Allah..
maka kita yang tak dapat hidayat Allah, jangan hina mereka yang dapat hidayat Allah dan jangan guna fatwa kaum beruk untuk benarkan tindakan kita...
Aku sendiripun belum dapat hidayat istiqamah kayu sugi, sekejap hilang, sekejap terlupa, sekejap anak aku buang dalam mangkuk tandas..
Ya Allah, berilah aku satu lagi sunnah untuk istiqamah..
Assalam
ReplyDeleteInsan fakir iman.....thumbs up!
Khalid
P/s: Aku sayang Nabi saw lebih dari diri aku dan mak bapa aku!
Tapi ia hanya dimulut....ooohhh!
insan fakir: dh fham cket dh..tentang ape itu tabligh@karkun..wuhu!!
ReplyDelete...part 3
ReplyDeleteJika Nabi datang masani mungkin akan kelihatan orang tercari2 Nabi untuk tanya
"Wahai Nabi, adakah hadis ini hadis sahih, itu hadis dhoif...bla2, dalam Fadhail Amal tu yang itu hadis apa..?"
*makcik annoy*
http://www.JIABiz.com/index
ReplyDeleteBeautiful Song by Hamada Helal
ReplyDeleteEnglish Traslation:
Mohammed Our Prophet
Mohammed our prophet gave us his light
From Mecca his light was glaring on Medina
He who prays his prayers and tries to improve his attributes
How lucky is he who walks in his shadow
And adds to him with his death
Oh our Imam, the secure one, the support prop for Muslims
My beloved Mohammed
Oh son of Abdullah
You completed the prophecies completely
And you hold the seal (of the prophets)
Throughout my life and in my prayers I call praying to him
Mohammed our prophet gave us his light
From Mecca his light was glaring on Medina
He who prays his prayers and tries to improve his attributes
How lucky is he who walks in his shadow
And adds to him with his death
From the first day in my life that I heart my mother and father praying to him
It made me love faith and feel secure and I was indelibly attached to it
God pray, protect and bless him
God pray, protect and bless him
I see you myself in my sleep, oh messenger of God
And I cry on your should and sleep there, oh beloved of God
And I attain honor with your accompaniment
And I walk among the ranks of your Umma
And I am protected by you
Mohammed our prophet gave us his light
From Mecca his light was glaring on Medina
He who prays his prayers and tries to improve his attributes
How lucky is he who walks in his shadow
And adds to him with his death
Oh beloved oh pure one oh deliverance from the maze
You changed the world in our eyes between a night and its morning (referring to the night journey)
He who prays his prayers and tries to improve his attributes
How lucky is he who walks in his shadow
And adds to him with his death
lagu latar dalam video ni, sape punya?
ReplyDeletelagu latar dlm video ni memang diciptakan khas untuk program ni,bukan soundtrack biasa lagu die pn xpanjang sgt just 1minit lebih, den dh cari merata tuk download tp xde, just download video program ni je la kt youtube
ReplyDeletepegi http://4shared.com type ni
ReplyDeleteمقدمة برنامج لو كان بيننا
selamat mendownload
Video ni mmg menginsafkan. Saya pernah tengok video ni dulu dlm link di fb saya. Mula2 tengok ok je, tp bila part seorang wanita menangis bila ditanya soalan tntg perasaannya kalau Nabi SAW berada di hadapannya, saya pun nangis jugak. Tiba2 saya terus terbayangkan situasi tu, rasa gementar yg amat sgt.. tak dpt nk imagine mcmana keadaan saya kalau Nabi SAW betol2 berdiri di hadapan saya.. hinanya saya sebagai umatnya yg byk dosa.. setiap hari buat dosa tanpa sedar..
ReplyDeleteVideo ni mmg menginsafkan. Saya pernah tengok video ni dulu dlm link di fb saya. Mula2 tengok ok je, tp bila part seorang wanita menangis bila ditanya soalan tntg perasaannya kalau Nabi SAW berada di hadapannya, saya pun nangis jugak. Tiba2 saya terus terbayangkan situasi tu, rasa gementar yg amat sgt.. tak dpt nk imagine mcmana keadaan saya kalau Nabi SAW betol2 berdiri di hadapan saya.. hinanya saya sebagai umatnya yg byk dosa.. setiap hari buat dosa tanpa sedar..
ReplyDeletesalam..
ReplyDelete..impian untuk bertemu Rasulullah saw adalah impian semua pecinta dan perindu kepada Nabi saw.
(Adegan sebenar tidak disiarkan kerana aku terus lari dari tempat kejadian kerana takut mereka mintak ...lari.. dan.. woha!)
adegan di atas tidak sesuai bagi Hamka, die saje jer buat lawak..
aku terus lari dari tempat kejadian kerana takut airmata DARAH yang bercucuran terlihat oleh mereka... wOHA!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUsahkan Rasulullah dok seblah,
Lelaki beserban dok dekat pun naik malu dah.
Malu sebab terasa xdsempurna tutup aurat.
Apatah lagi bila Rasulullah yang dok seblah.
Aih, malunya!!!
:)
ReplyDeleteterharu..menitis air mata bila cakap pasal rasulullah..
^^
Sejahat2 manusia pun, masih terselit juga perasaan hendak mati dalam keadaan beriman. =)
ReplyDeleteKalaulah Nabi SAW masih ada...insyo-Allah sahabat2 jugak masih ada...Dah lama kot Pemimpin2 dunia Islam yang Pro Barat dan tamak haloba nih kena lempang ngan Umar r.a.
ReplyDeleteThanks bro....simple entry, tapi buat saya termenung sejenak...
ReplyDeleteKeep it up!
walaupun ummat ni berjalan dengan muka, Nabi Muhammad saw dah tak datang kerana kerja kenabian ini telah di wariskan......................................
ReplyDeletenmpak tjuk mcm sedih tpi skali bca entri ko ni..ak gelak je smpai hbis..woha
ReplyDeletekalo Nabi sebelah ak, ak cabut lari..malu, x t'kire bnyaknye sunna ak tnggal...buat dkwah ikut nfsu,mse snang,free ak buat...mse susah,pnat,ltih..ak tinggal
tau takpe
ReplyDeleteYang sebenar akan berlaku kepada kita ialah:
ReplyDeleteKita tak akan percaya yang dia itu nabi.
Sekarangpun kita percaya nabi sebab kita tak jumpa kalau jumpa dah pasti tak percaya.
baca entry: email dari nabi
ReplyDeletekalau korang dah mula buat da'wah yang mirip2 cara nabi...
ReplyDeletekorang akan tau kemanisan dia...
kalau orang citer sampai berbuih mulut pun korang tak akan tau...
kalau saya makan coklat...
korang tanya apa rasa coklat...
aku bgtau...coklat ni rasa sedap dan manis...
korang yang tak pernah rasa manis ngan sedap coklat tu akan terpinga2...
jadi beli lah coklat sendiri....
dan rasa sendiri....
kalau seronok berda'wah...
citer la kat Allah...
malam2 bangun bgtau Allah yang saya bersyukur dengan kerja yang engkau telah berikan pada aku...
good luck...
Sebenarnya aku tak faham apa maksud pernyataan "Jika nabi masih hidup". Nabi dah wafat hampir 1400 tahun dulu. Setiap yg bernyawa pasti akan mati. Itu adalah fitrah. Yg patut umat islam utamakan adalah apa yg telah rasulullah sampaikan melalui QURAN DAN SUNNAH, bukan memikirkan apa yg akan aku buat, apa yg nabi akan katakan, apa yg akan nabi buat. Tugas nabi dah selesai.Tapi kitalah yg kena sambung tugasnya..Pesan Rasulullah yg terakhir kpd semua umat islam yg hadir pada haji wida' yg bermaksud " Aku tinggalkan kpd kamu 2 perkara, kamu TIDAK AKAN TERSESAT selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kpd keduanya iaitu KITAB ALLAH dan SUNNAH RASULNYA." Wallahua'lam..
ReplyDeletejika.., dik jika..
ReplyDeletedalam bab 'jika', kucing pun boleh ada tanduk tau, tak yah emosi
: )
kalaulah nabi ada waktu ini aku rasalah orang tak caya yang itu nabi, terutama yang rasa janggutnya macam nabi.
ReplyDeletejika nabi masih hidup..
ReplyDeleteaku ingat tak yahlah pakai jika..jika.. sebab memang dah takkan ada jika lagi. Nabi takkan kembali lagi kedunia ni. Sebab Dia dah paskan kerja Dia sebagai penyelamat manusia kat dunia ni pada Sunnah Dia.
Sunnah diapun orang tak caya.
best cerite ni, skrg ade disiarkan di TV al-Hijrah (ade sub BM). Lagu start die pon da sedih klu tau makne die.. :-(
ReplyDeletep/s: ade satu segmen dlm crite tu, host tu klua pegi pd org awam.. die tanye..
"sekirenye anda diizinkn Allah utk bertemu Rasullullah s.a.w dlm mase 1 min, ape yg ande ingin katekn pada baginda?" :-(
waktu berapa siaran dia?
ReplyDelete