Soalan hari ini:
Hamka nak tanya, puasa 6 dan puasa ganti boleh buat sekali ke? maksud saya niat puasa 6 sekali dengan niat puasa ganti. Dengar banyak pendapat dari bukan ustaz dan ustazah lain buat saya konfius, so boleh tak Hamka tolong explain sikit?
******
Jawapan hari ini:-
sebenarnya aku mengaku, bahawa aku memang tak tahu sangat, mungkin sebab aku bukan perempuan, aku ter‘abai’kan ilmu ini…oh!
Walaubagaimanapun, aku ada enam pesanan untuk wanita tentang puasa enam:
- Jika aku seorang wanita ini datang haid di bulan ramadhan : maka aku terus berpuasa ganti pada 2 shawal kerana aku takut jadi mayat lalu menyusahkan waris ganti puasa aku.
- Jika aku seorang wanita ini malas, aku akan serentakkan niat puasa ganti dan puasa enam.
- Jika aku seorang wanita ini rajin, aku akan buat beransingan puasa ganti dan puasa enam, dan aku juga akan berpuasa isnin dan khamis sampai jadi mayat.
- Jika aku seorang wanita ini sudah bersuami, aku akan merangcang ‘baik punya planning’ supaya mengandung pada bulab ramadhan dan syawal. Maka dapatkah aku bertarawih penuh, berpuasa penuh, beribadat di malam lalilatul qadar dan jaizah serta berpuasa enam!
- Jika aku seorang wanita ini kaya, maka aku akan tolong bayar ganti puasa warga emas yang susah juga hadiahkan Hamka sejumlah wang yang besar tanpa tanya apa yang akan beliau buat dengan wang itu.(sajer nak cukupkan 6 pesanan)
- Jika aku seorang wanita ini bujang, aku akan pujuk isteri hamka bermadu dengan aku! Woha(err, abaikan pesanan ini)
Selamat raya enam!
Ps: Hari ini sudah 13 syawal, bila korang nak habiskan puasa enam?, aku dah tak banyak yang tinggal, lagi enam hari sahaja. Woha!
Ps2: Aku bergurau, tak kanlah orang beriman macam aku tinggal lagi enam hari, aku tak sama macam korang, sebenarnya, aku tinggal hanya lima hari saje lagi, woha!
Ps3: Bini aku akan edit entry ini, maka pesanan nombor lima itu sila abaikan jika korang tidak cun. Woha sekali lagi!
hmm mmg tertanya-tanya,tima kasih memberi jawapan
ReplyDeleteterima kasih hamka..
ReplyDeletesy seorang wanita..insyaallah sy akan cuba fikir dan laksanakan pesanan hamka...=)
selamat berpuasa enam..=)
terima kasih atas pengisian.
ReplyDeletesangat mencerahkan...
sy seorg wnita???
ReplyDeletebdadari ade yg llaki ke hamka?
aku bkn wanita, aku pondan!
ReplyDeletehttp://marinahunny.blogspot.com/2010/09/boleh-kah-gabung-puasa-ganti-dan-puasa.html
ReplyDeletesaya dapt dr ustaz zaharuddin, harap dpt berkongsi..
num. 7!! w0ha!!! peghak ulu cket....
ReplyDeleteJika aku seorang wanita...?
ReplyDeletedan sudah berkahwin..
maka aku akan pastikan suami aku akan bersahur bersama2 aku.. walaupun dia x berpuasa pada hari tu..
dan.. tolong jangan ganggu sehingga aku membatalkan puasa atau menyebab kurang pahala puasa..
tapi.. aku adalah seorang lelaki..
dan selalu tak dapat penuhi dua perkara di atas..
woha gak..
kau tinggal lagi 5 hari?
ReplyDeleteok, Aku bergurau, tak kanlah blogger keretamayat yang selalu cakap ugama tinggal 5 hari, sebenarnya, aku tinggal hanya empat hari setengah, hari ni baru jam 2 patang...
sabor jelah.
mari puase nam ;)
ReplyDeleteaku seorang wanita...
ReplyDeletenak puasa ganti dan puasa enam secara berasingan sangatlah banyak hari untuk aku berpuasa...
aku seorang wanita...
hamka seorang lelaki....
woha!
bro, bini ang dah edit belum?for sure yang keenam akan didelete...
woha!
ish3 . trime kaseh kerana menyedarkan untuk menjadi wanita yg rajin . tp , puase skali kn senang . hee . woha gak !
ReplyDeleteheee...cukup suka ngan yg num 6..
ReplyDeletethe number of the day is 6!
lets complete that puasa 6..
=))))
slm....aku x buat lagi...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDelete"Jaga Solat 5 waktu
Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Menutup Aurat
Taat Suami
Masuklah Mana2 Pintu Syurga Kamu Nak Masuk" - Hadis
Pempuan wat keje sikit, ganjaran nya besar
aku pun tak pasti blh gabung ke tak
tp berat kata hati aku boleh
yang pasti, yg ganti tu kene di utamakan
"Brgsiapa berpuasa penuh di bulan ramadhan, dan di ikuti puasa 6 hari di bulan Syawal, maka seolah dia berpuasa selama setahun" - Hadis
Masya ALLAH
Tahniah utk brother Hamka dan kawan2 lain...
Assalamualaikum
doa utk ana,
aku tak cek apa utz zaharuddin kata, sori
ReplyDeleteso amal ikut keyakinan tuan2 berdasarkan amalan org2 Alim kita k
Assalamualaikum
salam encik hamka,
ReplyDeleteini cerita betul.lara mimpi jumpa encik hamka dan isteri dalam mimpi malam tadi.dalam mimpi tu encik hamka pakai kamis putih belang nipis warna hitam dengan kopiah putih.wife pula memakai kurung warna ungu kalau tak silap,bertudung labuh.wajah encik hamka bulat2 bujur ada janggut tipis.rupa wife encik hamka saya agak blur.
itu aje nak bagi tahu.
terima kasih atas entry yang bagus di atas.
puasa enam seperti puasa seumur hidup kan
ReplyDeleteHehe, tahun ni puase penuh (woha pls) maka... Tinggal lagi 4.5 hari juge~
ReplyDeletealhamdulillah aku puasa penuh tahun ni - tapi aku tak mengandung okay.
ReplyDelete~aku masih anak dara~
alhamdulillah, aku dah selesai puasa 6 - start 2 syawal.
~jadi, mari sempurnakan puasa 6 bagi yang belum melakukannya sebelum anda jadi mayat~
woha! *tiru gaya HAMKA jap*
kau ni orang tanya serius ko maing maing hehehe.
ReplyDeleteaku rasa 1 hingga 4 tu tepat, yang dua last tu sila abaikan dengan rasa menyampah hehehhee.
wah3..
ReplyDeletejom pakat-pakat berpuasa enam.
:)
selamat berpuasa 6 korang..
ReplyDeletebaru mula hari ni.hehehehe
Salam Hamka!
ReplyDeleteTQ Hamka...
syawal tinggal lagi 16 hari.woha!
ReplyDeleteSalam semua, sy ada bertanya pada yg lebih mengetahui..katanya, apabila berniat puasa hendaklah niat puasa ganti dan secara otomatiknya kiter akan dapat pahala puasa 6 skali sebab kiter berpuasa di bulan syawal...
ReplyDeletekalo untuk lelaki yang baik dapat bidadari...
ReplyDeletekalo untuk pompuan yang baik dapat bidadara kot?
hehehe...jangan marah semua...
tp melahirkan di bulan ramadhan kan lebih berkat, lgpun amalan digandakan waktu nie, so bygkan ganjaran pahala isteri yg melahirkan anak waktu bulan ramadhan...
ReplyDeletejuz my two cents
Alhamdulillah, saya pegnen start bula posa hari tu.. ponteng puasa 2 hari sebab teramat letih. Tak sure bleh puasa 6 ke tak, sebab doc tak advice posa awal2 pegnen nih.. hari tu gigih gak posa, walaupun keletihan dan lapar nya boleh sampai tahap menggigil..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteJika aku seorang lelaki/perempuan..
tapi tapi tak dapat puasa penuh? adakah aku..
a) datang bulang
b) tgh peknen dan muntah-muntah (posa boleh batal oo)
c) hadas besar dgn sengaja woha!
d) saja malas sbb solat satu pun tak buat, inikan puasa..
Hamka, jika ko kakak aku... (woha! kakak aku yg berpurdah nampak mata.. takoottt).. ape ko nak wat dapat adik perempuan/lelaki seperti di atas?..
-nana&nani
Orang puasa rajin menulis, waktu lunch tadi, aku siap satu entry.
ReplyDeleteSekarang, rajinkan diri jawab komen:
----------
Bidadari Fiza
Kau cakap, kau tidak secantik bidadari, dan aku percaya 100%
: )
----------
Zemanx
Aku akan guna kata kerja ‘mencerahkan’ dalam kehidupan akan datang, insyAllah
----------
raina
pondan?
Err, belum buat lagi entry, jika aku seorang pondan...
---------
marinahunny
bagus, link ustaz zaharuddin yang di link ke blog kamu, sangat mencerahkan
-----------
kiwikawa
aku sedang tulis komen untuk jadi yang ke enam, tengok kau dah jadi yang ke tujuh, aku tangguh ke nombor 30
-----------
azharjaafar
Gangguan yang isteri kau alami, akan membuatkan dia muntah muntah, tak sedap badan, dan perut membesar.., hati hati.
---------
Nina Nurziana
mari ganti puasa 6 tahun lepas,
(bagi yang baru bertaubat)
---------
...antikapel...
Bini aku mungkin sudah imun dengan lawak poligami, kerana lelaki akan jadi bodoh dan tidak cerdas jika lawak poligaminya diharamkan selepas kahwin, jadi bini aku mungkin faham bahawa aku akan jadi lebih kretif jika dia layan lawak poligami aku, yang dia tak tahu, akan akan jauh lebih kretif jika dia carikan aku madu, woha!
Sori yang, lawak poligami lagi!!
-----------
ika
Tanya soalan bab ugama adalah untuk tahu apa Nabi buat supaya ghairah nak ikut sunnah.
Jangan Tanya sebab tak nak amal...
(pesan pada diri sendiri)
---------
sugar candy
renung-renungkan, dan selamat beramal! (no 6)
---------
theufo
yang no 6 takpe tak buat lagi
----------
hainur hapis
waalakumusalam
-----------
lara_nur
eh, camne kau boleh mimpi jumpa aku..
aku muka bulat, dahi jendul, gigi jongan, janggut sejemput, muka berjerawat, hidung kemik, berbulu kerinting dan perut bungcit,
tapi semalam aku mimpi berkahwin pada hari raya, bini aku Tanya, siapa perempuan tu?, aku jawab tak Nampak sebab perempuan tu sedang b*****b., bini aku gelak berguling.
------------
LagendaBudakSetan
Bini aku suruh download filem LagendaBudakSetan, katanya novel cerita tu best, aku dah siap download 2 hari lepas, tapi takde masa nak tengok lagi bersama bini aku,
----------
Pinkiex
Dah pukul 5..
----------
Latifah
Tak kahwin puasa penuh.., masih anak dara, hebatnya Allah yang boleh buat apa sahaja
----------
Khairi
Sila abaikan dengan rasa penuh kasih sayang
--------
student
:)
---------
farah
selamat berpuasa
----------
Aku Dan Kopi
Salam kopi
----------
Nerzhul
Bermakna, siapa yang nak ambik berkat kahwin bulan syawal,
tinggal lagi 16 hari.woha!
----------
Mummy
Pernah dengar pendapat macam tu, tapi itu untuk point no 2, yang bagus, point, no 3, no 5, dan no 6, woha!
----------
Skymatrix
Perempuan bila masuk shurga, bidadara tu tepi dulu, ada 99 nafsu yang bakal dipuaskan., bersolek, berhias, berdandan..,. bla blab la.., 500 tahun bersolek dalam shurgapun mereka suka.
----------
Aanas
Kalau darurat, jangan bermain ombak, merbahaya kepada bot bot kecil
JIKA AKU SEORANG WANITA???
ReplyDelete1.Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2.Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3.Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4.Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.
5.Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6.Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini aku dan korang semua dapat ambik manfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita (isteri) supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
p/s: tapi kan... AKU BUKAN WANITA...TAPI AKU LELAKI bujang...hua hua errr.
Azam.. insyaAllah...
makin mengada-ngada plak ko nie..
ReplyDeletesejak akhir2..
woha!!
Saya wanita yg sukakan lawak poligami kerana berhasrat boleh menjadi madu yang baik sama ada isteri pertama atau ditakdirkan jadi isteri kedua. Woha!
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteAllah Maha Berkuasa atas sesuatu.
Sesungguhnya Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat aku.
Moga perubahan yang aku lakukan akan terus istiqamah selamanya.
hamka, dalam kelas kuliah tadi, ktorg budak2 perempuan dok tanya2 jugak sesama sendiri tentang perkara ni, sebab ada ustat cakap tak ley sekalikan sunat n wajib. abes kuliah je, tengok hamka ada entri baru. terjawab sudah persoalan. haha.. terima kaseh. ;p
ReplyDeletehamka, dalam kelas kuliah tadi, ktorg budak2 perempuan dok tanya2 jugak sesama sendiri tentang perkara ni, sebab ada ustat cakap tak ley sekalikan sunat n wajib. abes kuliah je, tengok hamka ada entri baru. terjawab sudah persoalan. haha.. terima kaseh. ;p
ReplyDeletesalam...saya sokong mummy..
ReplyDeletedahulukan wajib..br buat yang sunat..
Bini aku mungkin sudah imun dengan lawak poligami, kerana lelaki akan jadi bodoh dan tidak cerdas jika lawak poligaminya diharamkan selepas kahwin, jadi bini aku mungkin faham bahawa aku akan jadi lebih kretif jika dia layan lawak poligami aku, yang dia tak tahu, akan akan jauh lebih kretif jika dia carikan aku madu, woha!
ReplyDeleteSori yang, lawak poligami lagi!!
p/s: isteri aku pun tak marah time aku lawak poligami, dia mimpi aku kawin lagi pun ada...lepas dia cerita kat aku, masing2 gelak...alhamdulillah aku dapat isteri yang baik...syukur pada Allah...gurau senda dengan isteri kan dapat pahala, makin mesra dan bahagia...dok gitu hamka?
satu godaan yang kuat kalau nak mula berpuasa 6 pada raya kedua hehehe
ReplyDelete6. Jika aku seorang wanita ini bujang, aku akan pujuk isteri hamka bermadu dengan aku! Woha(err, abaikan pesanan ini)
ReplyDeleteweh aku cun weh..bak meh no fon bini ko aku nk pujuk dia..
woha! aku tipu je..
KORANG, KALAU XFAHAM AGAMA,SILA TANYA ORG YG LEBIH FAHAM...
ReplyDelete*HAMKA korg dah tanya,tanya la org lain lagi,supaya kukuh pemahaman korang.nk kuatkan pemahaman,sila cari hadis2 berkaitan.
KALAU BOLEH,RUJUK 2,3 ORANG USTAZ YG XRAGUI ILMUNYA,YAKIN DGN ILMUNYA..
SILA YA,
ISLAM AGAMA YG MUDAH,
JANGAN AMBIL MUDAH.
bagus...bagus...ringkas dan padat.....
ReplyDeleteTak marah bila buat lawak poligami? Sporting betol wife drebar keretamayat kita ni... Moga2 aman sejahtera slalu idup berumahtangga...
ReplyDeleteAssalam.
ReplyDeleteJika aku seorang wanita...?
Sebelum kahwin...aku akan tiru cara Fatimah raha.....Nabi saw tiada anak lelaki yang hidup sehingga dewasa.Fatimah raha. yang paling disayangi.....
Setelah kahwin...aku akan tiru cara Khatijah raha.....isteri yang paling disayangi oleh Nabi saw.
Poligami he..he..aku akan buat suami aku kesian kat aku sampai kalau aku nak pinangkan dia isteri baru dia akan kata...tak pelah, abang kesian kat yang....Woha!
Khalid
TQVM Hamka sbb sudi jawab soklan ambo neh dgn sgt pantas,sgt2 berbangga dgn kereta mayat neh:-)
ReplyDeletejwpn ni dh buka mata hati sy yang xberapa nk celik neh, kenapa sy buat pose 6 yg sunat ni dulu, sedangkan puasa ganti xbuat lg....
nk buat asing2 tapi rs cm xsempat bln syawal dh nk hbs, n saya ni cikgu masak so nk pose tiap2 hr memg mslh ckt, sbb nt xlh nk rs mknan stdnt masak, kalau xrasa, xleh la nk bg markah, nt kesian dieorg xde markah,hehehe ( kena repeat paper pnt aku nk mnjwb)
Errr sy gadis yg masih bujang, no 6 tu akan difikirkan dan cuba usahakn, woha!!!!
sgt bangga n gumbira smp tergolek2, bile soklan aku neh dijadikan entry latest kt blog feveret:-)
ReplyDeletetiap2 hr bc blog ni.....
tiap hari makin sayang hehe
ReplyDeletekagum dari jauh ni :DD
ReplyDeleteofficemate I tny pasal puasa 6 ni.
Jawapan I senang je : bukak blog keretamayat,carik entry lama! Woha~!
syukron atas ingatan tu..
ReplyDeletethank you hamka..
ReplyDeletewohaa...
ReplyDeleteaku nak test2 bagi komen.... percubaan 1, 2, 3
aku akan jadik stress bila aku wat lawak poligami ngan bini aku... ade ke patut dia suruh aku yang cari.. patutnya dia yang cari.. woohaa...
:) 6 perkara yg lain dr hubby ajar hahaha... yeyeooo aku baca..
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteen.hamka...
asal aku rase ko ni cam dah xde idea nak tulis..
hihihihi...
apapon, amat b'ilmu gak, tqvm!
-na_lin-
Saudara hamka..
ReplyDeletebab puasa 6 sekali ngan puasa ganti samalah macam tarawikh 8 atau 20 rakaat...daripada terus berdebat buatlah mana yang dipikirkan terbaik...asalkan jangan tak buat langsung...kerana sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa jua yg kita lakukan..
kepada yang belum berpuasa 6 masih ada lg 15 hari..mana tau tahun depan langsung kita tidak ketemu lagi ramadhan dan syawal..
Assalamu'alaikum.
ReplyDeletehuhu. hamka ni lucu la.
Isteri aku ajak aku puasa enam sekali ngan dia... tggu dia datang 'matahari'... hehe
ReplyDelete--------
ReplyDeletePeluncur Islam
Entry 6 pesanan macam yang kau cakap tu aku belum detailkam, tulis sebelum inipun dalam cambahan entry. Mungkin lain kali.
--------
green arrow
mengada takpe, jangan mengada-adakan bini
--------
Nani Aling
lawak poligami membawa kekubur..
--------
Latifah
Jika doa untuk umum, boleh sebarkan, tapi jika doa khas untuk diri, baik sembunyikan,
(aku tegur aku sama)
---------
akema yazid
sama sama, anytime, nyam nyam, hari ni tak puasa.
---------
Nadia Abdullah
saya sokong no 6
--------
Skymatrix
Bagi aku bini yang boleh gelak dan tak ambik kisah dengan lawak poligami adalah cool, dan buat aku tak sanggup poligami
--------
Amin007.Ledang
Puasa pada 30 syawal lagi kuat godaan
---------
suria
(weh aku cun weh..bak meh no fon bini ko aku nk pujuk dia..woha! aku tipu je..)
Apa yang tipu, nak no bini bni aku atau kau tak cun? Woha!)
---------
chiller
tanyalah ustaz.., TV9
---------
limaumaniss
ringkas dan padat.....siap masuk bab poligami, kan?
---------
Suhaibah
Esok dah nak mati, apa salah buat lawak poligami?
-----------
Khalid
Kita akan kesian kat bini sehingga tak jadi poligami bila bini kita buat kesian pada kita, kan?
---------
eda
bini aku Tanya soalan ugama, aku akan terus jawab walaupun dalam kedaan hadas besar, sila ambik iktibar
---------
hainur hapis
hehe
--------
aina mardiah
oleh sebab kau sedang kagum dari jauh maka aku selalu control hensem.
(sambil tutup mulut rapat tanpa menampkann bibir)
-------
khuratuain
anytime
------
matadore
sama sama
-----------
Ridhwan bin mohd yunus
Yang stress bila dapat dua mertua..
-------
-na_lin-
He he
-------
a.j.
waalaikumusalam
-------
Luqiem
Bolehlah bersahur lepas berjimak
Saya seorang lelaki
ReplyDeletebila dapat isteri yang bleh gurau bab poligami dan bagi kita poligami...aku jadi tak sanggup nak poligami...hanya sekadar gurauan dengan isteri bagi menceriakan keadaan...
ReplyDeleteustaz zaharudin dah jwb isu ini dgn jelas dlm website dia...sila baca!!!
ReplyDeletebyk khilaf dan ia mengikut keadaan
ReplyDeletetp kesimpulan :
seeloknya tidak boleh disekalikan kerana perkara yg wajib tidak blh dskalikan niatnya dgn yg sunat
cnth solat fardu
dan solat rawatib
satu wajib dan satu sunat, tapi kedua2nya adalah solat yg berlainan dan niat nya juga adalah berbeza.pahalanya juga berbeza.
makanya, seeloknya diasingkan puasa ganti dan puasa 6.
pnjg nk explen mende ni, tp ustaz zaharudin dh jwb clearly dlm blog dia mengikut jenis kategori perempuan.
sila rujuk zaharudin.net
itu jwpn yg sgt jelas
wassalam
salam...nak kongsi kit....dulu da baca sal bidadari syurga....
ReplyDeletesebenarnya bidadari syurga ni ialah isteri kpd si lelaki yang soleh...jika isterinya adalah solehah, maka dia akan masuk syurga dan menjadi bidadari yang melayan suaminya...
ada juga bidadari yang bukan dari kalangan si isteri2..mereka ialah bidadari yang telah dijanjikan untuk lelaki2 soleh...yang ni mybe lelaki yang belum kahwin @ isterinya tidak layak masuk syurga atas sebab2 tertentu...na'uzubillah....
utk para wanita solehah, Allah dah janjikan segala kesenangan dan kemewahan yang selama ini diidam2kan....wanita mmg xleh berenggan dgn perhiasan....sebab 2lah allah mnjanjikan perhiasan utk mereka....
sedalam mana iman kita ukur la sendiri.....
wallahua'lam....
Assalam. Pernah dengar ceramah/bayan..siapa dah lupe. Anyhow;
ReplyDeleteBidadari dari isteri solehah 70 kali lebih cantik dari bidadari syurga.
Sehinggakan ditanya "dulu kat dunia tak solah ke?"
Wallahu'alam.
Khalid
P/s: jika aku seorang wanita...ingin mati sebagai isteri solehah! Woha!!
"Jika aku se
Lama dulu saya baca satu majalah, ada isu tentang kawin dgn suami org. Menurut Dr.Masitah Ibrahim (dalam majalah tu la) poligami tu halal, tp ada satu part tu pulak dia kata bercinta dgn suami org adalah haram. Macam mana pulak ni? Tak paham... tak paham... Adakah diriku termasuk dlm golongan yg 'slow' jgk? Oh tidak...
ReplyDelete*Eh, komen ni ada sangkut-paut tak dgn entry ni, kawan2? Oh, adakah saya slow lagi skali..?
ku pun seorang wanita.. planing dah baik... mengandung bulan pose,tapi mabuk n muntah2 plak.. cuti 6 hari gak...uwekk...uwek..
ReplyDeletepe kes...
salam.. whao2!! bgosnye isteri Hamka.. to suria..huhu.. sabo je la.. dugaan time pregnant.. manusia hanya mrancang, Allah y mnen2kn.. ^^
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/note.php?note_id=148790118489644&id=100000743283926
ReplyDeleteposa sunat 6 bln syawal merangkap posa sunat isnin merangkap posa ganti merangkap posa tengah2 bulan hjrh merangkap orang malas
ReplyDeleteassalamualaikum....
ReplyDeletetuan2 dan puan2 yg mulia..
sebenarnya,dalam masalah ganti poser,boleh hukumnya kita gabungkan puasa ganti n puasa enam..
kalau kita gabungkan puasa ganti bulan ramadhan+puasa 6+
dan kebetulan hari tu jatuh pula hari isnin@hari khamis,kita pun boleh niatkan sekali pusa sunat insin@khamis
dan sekiranya hari yg kita poser itu jatuh pada hari putih iaitu 13,14,15 pada pertengahan bulan islam,pun kita boley gabungkan niat sekali..
dan kalaulah hari itu jatuh pada hari2 asyura iaitu 1hingga 10muharram,pun kita boleh niatkan sekali..
jadi dalam hukum ganti poser yg wajib n digabungkan dgn yg sunat,mmg boleh...
islam itu indah...
k,wassalam...
kesian org mengandung semasa bulan puasa..
ReplyDeleteXpenat ke?
tertarik dengan cadangan planning baik punya....
ReplyDelete:D
hmmmm.....
salam bro,
ReplyDeleteari-ari refresh ni...bila mau keluar entry baru???
tqvm.
same la....
ReplyDeleteari2 tgk....
xde ntry bru lg eh...
terima kasih tuan hamka..
ReplyDeletesangat mgembirakan hati.
WAH...SUKE2..AHAKS..;)
ReplyDeletetiada kata-kata nak dikatakan melainkan benar.
ReplyDeleteselamat berpuasa raya
ReplyDelete: )
ReplyDeleteterima kasih hamka.. sy seorang wanita..insyaallah sy akan cuba fikir dan laksanakan pesanan hamka...=) selamat berpuasa enam..=)
ReplyDelete