(Jawab soalan ni, aku rasa macam budak budak usrah pulak yang selalu cari dalil untuk betulkan parti mereka.. walaupun banyak dalil mereka yang does not make sense.., But I'm different…, err, tak takut kena tangkap dengan ‘anti ISA’ ke?)
Satu hari di laman email keretamayat:
******
Assalamualaikum Hamka,
Aku ni peminat blog ko. Bukan peminat ko, harap maklum. Aku memang suka baca blog ko dan bolehlah dikatakan jatuh hati dengan blog ko. Sekali lagi aku ulang, dengan blog ko, bukan ko.
Ok, aku nak pendekkan cerita. Minat aku ialah politik dan keagamaan. Aku pun dah jadi fan ko dalam facebook. Kalau ko rajin, ko cari lah nama aku. Tapi aku tau ko malas, so aku tak paksa ko cari pun.
Actually, aku nak Tanya satu benda je. Apa pendapat agama kita, Islam terhadap ISA. Bukan ISA tuhan orang kristian @ bukan ISA Samad. Tapi INTERNATIONAL SECURITY ACT. Yang aku tau dari sorang ustaz tu, dia kata ISA salah dari konsep Islam. Tapi dia tak huraikan pulak dengan lebih lanjut kenapa. So, aku dengan tak puas hatinya cari ko untuk mendapatkan kepastian. Aku harap ko jawablah persoalan aku ni secepat mungkin sebab geng2 politik aku tengah tunggu jawapan dari aku. URGENT!
Kalau ko lambat jawab, nanti diorang kata aku ni tak bertanggungjawab - dah keluarkan statement "konsep ISA bertentangan dengan ajaran Islam" lepas tu blah camtu je.
Sungguh tidak mempunyai kebertanggungjawaban aku ni.
Hamka, tolong ye!
Woha!
Best Regards, Rozana Mat ISA.
*******
(dijawab seminggu kemudian... )
Waalaikumusallam…
Dalam undang-undang dunia, selagi ia berkesan, tak salah jika kita nak ikut, dengan syarat, undang undang itu, as long as it makes sense…
Dan ISA nampak ‘agak berkesan’ dalam menjaga keamaanan.., lepas tragedy 13 mei, dah tak berlaku lagi perang antara kaum, sebab jika ada niat racist saje dah kena tahan ISA..
Islam menentang konsep ““freedom of speech”…, Nabi suruh kita jaga lidah, dan cakap benda penting sahaja, dan jangan lukakan hati orang lain…
Kalau ikut undang undang islam yang betul , mereka yang timbulkan huru hara, bukan setakat kena ISA macam sekarang, tapi kena hokum bunuh! (contoh orang murtad), jika zaman khalifah dulu mereka kena tahan 3 hari dan suruh bertaubat, tak nak taubat kena hukum bunuh, habis cerita…
ISA sekarang, tahan tak bunuh dan akan lepas jika bertaubat.., jika tak bertubat terus tahan takde penghujung.., itu yang payah sikit..,
Jadi soalan kau tentang ISA dan islam, ada sikitlah ala ala islam, bab jaga kesalamatan negara dan ugama, dan mana-mana system duniapun, tentu tak sempurna sepenuhnya dan perlu dibaiki, dan bahaya jika kerajaan salah guna kuasa, sama kes ‘Precrime Division’ dalam Minority Report yang disalah guna oleh Director Lamar Burgess.., lalu bunuh diri bila kantoi dengan Tom Cruise..
So, cakap dari segi moral.., ISA ni ‘perlu’ sebab negara kita banyak ugama, bangsa, dan parti.., jika tak de, “kebebasan bersuara” akan bertukar menjadi “kebebabasan perang senjata”, atau “kebebasan merogol anak dara berlanan bangsa”!
Aku malas bunuh orang dengan alasan berlainan bangsa…, dan aku tak nak kawan kawan aku rogol anak dara berlainan bangsa..
Habis sampai situ, semua boleh fikir sendiri..,
Jadi, sistem ni ‘nampak berkesan’ dalam menjaga keamanan, dan islam sendiripun cintakan keamanan, maka bolahlah pakai ISA ni,,
Cuma, bab keluarga yang kena tangkap, kerajaan kenalah tolong mereka, sebab yang salah suami mereka, anak bini pulak merempat hilang punca pendapatan,, kat situ nak kena baiki..., juga tengok keslah, jika salah kecik sangat tak perlu ISA.., tulis blog cerita merapu macam blog keretamayat, takyahlah ISA.., ala semua tahu.., kan?
Akhir kata,
Walaupun kau kata kau suka blog keretamayat tapi tak suka aku, tapi aku suka kau.., camne tu?
Rozana Mat ISA, aku suka kau!
Woha!
Ps: Blog ini tidak mewakili mana-mana pertubuhan politik.
1 first...x baca lagi..saje comment...
ReplyDeleteyeah!
ReplyDelete"Rozana Mat Isa, aku suka kau!"
ReplyDeleteAyat tak bleh blah! hehe
haha, macam zack jerit nama azura plak....
ReplyDeleteTapi kalau yang tak bersalah pon kena tangkap masuk ISA pe kes? Macam Prof DR. Sidek Baba dulu... Erm... Lama lak tu kena tahan siap kena dera lagi.. Sungguh tak patut.. hum..
ReplyDeleterozana..kau gadis idamanku...
ReplyDeletewoha!
ReplyDeleteni yang nak cari nama rozana kat fesbuk nih.
ReplyDeleteiman keluar masuk, bukan turun naik dah sekarang.
macam mana pulak islam gariskan layanan terhadap tahanan encik hamka?
style ar..
ReplyDeletehuraian yang menyeluruh..dan logik,
cadangan aku
ReplyDeletetahanan ISA kena kuar 3 hari ikut jemaah tabligh...bukan tahanan ISA je...pegawai kerajaan, pekerja swasta, peniaga, petani dan sume orang islam...atas maksud baiki iman dan amal
boleh? insyaallah
hamka adakah anda pro-kerajaan? hehe jokes.
ReplyDeletejawapan ni cam tak padat la hamka.
aku tau kau boleh bagi lg kaw kaw du punya jawapan.
apa apa pun. sy tggu entry anda akan dtg. harap membuka minda.
Assalamualaikum.
"Rozana Mat Isa, aku suka kau!"
curang daa
ada ISA ke, x de ISA ke.. sama aje.. kena buat usaha atas iman gak..
ReplyDeleteHamka suke letak tajuk yang berbentuk persoalan dalam setiap entry die..nape eakk..?
ReplyDeleteAku rasa ade yg tertinggal dlm entry ko ni Hamka. Camni;
ReplyDelete"Rozana Mat Isa, aku suka kau!"
Tiba-tiba...
Arrrggggghhhhh!!!
( Dan di petang yang damai itu terdengarlah sebuah jeritan kecil En Keretamayat akibat ditarik telinganya oleh isteri beliau.. Ohho! Menggatal abg ye!! )
Haha
cehh ada ati tu...
ReplyDeletewoha! hamka ada skandal ngan rozana... ngeh3
ReplyDeleteKereta Mayat cakap ISA itu boleh dan patut. Ini jelas sekali bertentangan dengan pendapat pendapat individu penting PR.
ReplyDeletesekrang korang pilih.
Keretamayat ke PR.
kat blog lara , ada tempel badge sokong isa tu...btw yelah jawapan kau simple sangat la cik hamka..bagi lagi kaw2 bleh tak..sebab ada jugak yang membuta tuli asal je dari kerajaan suma nya tak betol sumanya salah sumanya langgar hak asasi sumanya haram sumanya sumanyaa sumanya... arhhh tak paham la dowang nie
ReplyDeleteaku sokong ISA.
ReplyDeletesebab apa undang-undang/hukuman wujud dalam dunia ni? sebab ramai yang buat huru-hara mcam ni la..bila tak ada undang-undang, manusia jadi macam serigala masuk kampung, tak bleh kawal..bila dah huru-hara menyusahkan orang laen pulak..kebebasan bersuara ada hadnya, human rights pun ada hadnya jugak..
tak payah describe padat-padat
kalau padat pun jadi merapu buat apa
keep it simple and short
yang penting point
rase2nye rmai lg yg x tau btul2 ape fungsi ISA sbenarnya termasuk aku.hehe.bg aku,undang2 mmg perlu tp sekiranya disalahguna @ dicmpuraduk dgn kpntingan pribadi leh wat kacau...
ReplyDelete"Rozana Mat Isa, aku suka kau!"
ReplyDeleteaikkk lain macam je bunyinyerrr...,
bonda Najiha
undang2 yang dicipta manusia boleh diterima pakai andai ia selari dengan syariat...~~
ReplyDeleteder, ayat ang tak bleh bla....tersedak rozana mat ISA....hehe
kamon..
ReplyDeletewa rasa hamka x state pun dia sokong ISA..
dia cuma menjawab ISA dari pandangan islam..
betul tak bro..
kalo diikutkan mengapa diwujudkan ISA tu memang wa sokong..
dan wa menyokong part hamka yang pembelaan perlu diberikan kepada ahli keluarga pesalah..
sistem ni tidak sempurna..
cara yang terbaik ialah cara islam..
islam ialah sistem yang sempurna..
arr.. perlu ke anak ISA ni ckp die suke blog,x suke ko ?
ReplyDeletebende logic mcm ni pon die leh jadikan soalan dan menyusahkn diri die takot kwn2 die ckp die xbrtgjwp?eh.. ni ape pesen ni?
rozana mat isa.. aku pon suke kau.
Patutnye orang yang tak mahu mengamalkan cara didup dan hukum Islam lah yang patut diISAkan...apa macam, mengancam iman, macam si Rozana kot!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAgak mengecewakan sikit entri pada kali ini,tak terasa berkesan dihati....harap minggu depan kasi berapi sikit..biar terasa hingga ke pangkal...wohaaa....
Hamka aku suka ko cam ner lak tu he3....
p/s..(aku suka cara dakwah ko tu yg sebenarnya)
Pedagang dibumi selatan
ReplyDeleteWow, dari selatan mendahului semua bakal mayat yang lain…
----------
KenjiEX
Yeah yeah!
-----------
alfindani
“ tak bleh blah”? takde term ni zaman pakcik muda dulu
-----------
Asyraff Zulkifli
Tapi rozana mat isa lebih cun dari fauzah ahmad daud
--------------
Amni
Itulah pasal, akupun tak setuju, tapi tankap masuk keretamayat tak kira siapa, key..
-----------
Nerzhul
Bilakah sampainya waktu, untuk kita bertemu, dalam penjara kumunting.., erk, “gulp”
-----------
frwls
woha!
-------------
aishah_conteng_je
(((macam mana pulak islam gariskan layanan terhadap tahanan encik hamka)))
Kalau murtad tak nak taubat, islam suruh bunuh..
----------
sengal ke aku?
Ada yang paham.., tahniah.
----------
Vanjenazah
cadangan kau akan aku bawa ke cabinet selepas mesyuarat putuskan gaji aku ketika menyandang jawatan PM, tapi sebab sekarang aku hanya pemandu PM yang jadi mayat, maka cadangan kau aku simpan dalam cabinet sahaja..
---------
Fontonk
Aku nak bagi jawapan kau-kau, tapi kena tunggu dulu kerajaan masukkan duit satu point dua juta dalam akaun aku.
------------
azharjaafar
betul, suka anak mat isa ke, mat isa tak bagi ke, kena buat usaha atas iman gak..
----------
Nurul Syuhada
Nak bagi aku sedia dengan soalan dalam kubur dan padang masyar.., nikan nota…
------------
alfindani
aku cakap bini kat bini aku, jangan ambik hati entry baru blog abang,
(sejak tulis ni, belum jumpa lagi bini aku..,)
-----------
kaizen shinobi
aku takut bini aku terkantoi baca email aku yang merapu, jadi aku publish kat blog yang menunjukkan aku bergurau depan bini bermakna aku setia dan romantic, woha!
-----------
Khairi
Boleh pilih ke keretamayat? Dah jadi mayat, berserah sahajalah..
------------
lara_nur
aku copy/paste email bermakna aku perasan sibuk.., yang rindu, boleh melepaskan rindu dengan entry pendek ni.., woha!
------------
Raina
aku sokong anak mat ISA.
---------
ajim
itu yang aku cakap pasal “minority report” tu..
-----------
bonda Najiha
err, BONDA NAJIHA…, aku cintakan kau, yang lain, suka sahaja.., “gulp”..
-----------
...antikapel...
Setuju!
------------
[ a D D y h A I K A L ]
Betul, aku sokong (anak mat..) ISA.., he he
cara yang terbaik ialah cara islam..
murtad potong kepala..
----------
maun
woha!
---------
Man Kuchai
Sori man, sibuk.., copy/paste email jer.., tapi entry ni berapi jugak kat orang rumah.., mereka jarang ke surau, susah sikit nak gurau..
Cian anak Mat Isa, tanye soklan elok2 pun jd bahan....huhuhuhuu..benda cam ginie pun leh bawak gurauu yek?? creative sungguh bakal2 mayat nie...adooi haii..
ReplyDeleteSetuju ngan Hamka pasal ISA tu..rase nye memang berkesan utk keselamatan dan ketenteraman negara esp pasal bende2 racist n terrorist ni..
ReplyDeletePasal Rozana tu..ape kate Mrs Hamka?
hurm..xtau nk kta apa coz msih blaja lgik n byk bnda yg dktahui..
ReplyDeleteaku xnk follow blog ko la..
ReplyDeletetp aku minat nk dgr cite2 ko...
nt update la blog ari2 ek..
wa tabik sama lu..;p
aku xnk follow blog ko la..
ReplyDeletetp aku minat nk dgr cite2 ko...
nt update la blog ari2 ek..
wa tabik sama lu..;p
mmg betul ckp en.Hamka yg ISA ni baik utk keamanan dan kestabilan negara.. tp ISA jadi x brape stabil bila 'dipengaruhi' oleh politik...
ReplyDeleteayah saya cakap...
ReplyDeleteISA memang bagus untuk menjaga keselamatan...Tapi menjadi tidak bagus apabila ditahan bertahun2 tanpa dibicarakan..sedangkan orang paling jahat di dunia ni yang dah konfem2 masuk neraka dibicarakan dahulu di hari pengadilan sebelum ke tempatnya...Kalu seseorang tu bersalah, dakwa dan adili mereka di makhamah, jgan gantung x bertali....
sekadar pandangan ayah saya..
Terima Kasih..mmmuuah
tapi kadang2 pihak KERAjaan salah guna kuasa ISA ni. tahan tanpa soaljawab.
ReplyDeleteTapi bukan ke dalam Maqasid Syar'ie, "menghukum seorang yang tidak bersalah lebih buruk daripada melepaskan 100 orang yang bersalah.."...
ReplyDelete-nocomment-
anyway, aku suka jawapan Tun bila diasak dengan soalan pasal ISA oleh reporter2 asing satu ketika dulu. "Its not my laws, its was colonial laws. I borrowed this laws from them. so u asked them why they used this laws..."
ReplyDeletebro hamka, kali ni aku tak bersetuju dengan kau.
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletehehehehe... kamu dah terjebak hamka... bukan oleh rozana... tapi oleh sifat dalam diri kamu sendiri...
kalau bukan ahlinya atau tidak betul2 tahu dan faham, janganlah kamu jawab seolah-olah kamu tahu...
jawablah saya tak tahu, tak berapa pasti atau tak berapa faham atau diam sahaja... itu lebih baik...
tentu saja kamu tidak mahu menjadi asbab umat "masuk longkang" kerana "fatwa" kamu itu... lain kali hati2...
maaf, jika terkasar bicara.
assalamualaikum...
kali ni aku pun x setuju ngan Hamka..
ReplyDeletebg aku la ISA ni
pro:
-boleh tahan org wat hal/mengancam keharmonian- tp xleh tuduh di mahkamah sebab blum ada akta yg relevan dalam perundangan.
cons:
-tahan x bicara ni mana adilnye dalam islam.
-blasah lagi tu..xyah tgk kat ISA..kat lokap je bape ramai yg mati dah...ADIL?
mmg islam suh jaga mulut..tp kalau dah lagho je yg pemerintah buat xkan nak diam je. :-D
Rozana Mat Isa, ISA tu internal security act. bukan international security act. hehe saje je nk perbetulkan.
ReplyDeleteutk isu ISA, aku ada kecenderungan ke arah yg lain, tapi anyway ko punya point not bad.. nice
ReplyDeleteaku suka part tom cruise je. woohooo!!!
ReplyDeletep/s - aku rase hamka tulis pendek2 ni sbb dia nk cpt2 reply email rozana. itu pun dh amek masa sminggu. dia kn mmg perasan busy? :)
p3chandan
ReplyDeletebini aku tak slow.., so, lawak pengantin tu dia tak kesah, (err, lawak pengantin?)
----------
miss dila
kata sahaja kau suka kat aku.
-------------
indahnyasisuria
dah lama tak tengok filem minority report, ingat masa bujang dulu tengok kat CD.., teringat kat ISA, (bukan anak mat isa)
----------
Atia Adina
Kirim salam kat ayah..
-----------
Wan Perlis
Sama macam kes trafic light jugak, pihak kerajaan selalu langgar lampu merah..
-----------
Muhd Al-fateh
Kalau orang tu murtad, dan memang bersalah..
------------
dzoelhakim
aku suka TUN...
----------
Nasron Aljauhari
Walaukumusalam
Bunyi macam orang yang baru balik demotrasi bantah ISA jer. Relek bro.., untuk dunia kita kena smart, untuk akhirat kita kena hard(mujahadah), jangan terbalik pula..
---------
MetaL MilitiA
Salahkan Rozana Mat Isa, aku copy paste jer...
----------
terry bogart
ni nama watak dalam game lawan lawan kan?
---------
tina
aku teringat the first movie i watch with my wife is “war of the world”, lakonan tom cruise jugak..,.., kisah tom cruise bercerai dengan bini dan bergilir jaga anak, tapi anak dia tak suka duduk dengan dia, waktu bergaduh dengan anak lelaki yang dah remaja, bumi kena serang denganmakhluk asing.., lalu terserlahalah kasih seorang bapa yang sanggup berkorban untuk jaga anak anak..
err, rasa macam nak tengok ‘knight and day’ pulak..
hamka ni tetiba la kan cerita psl tom cruise? jgn tgk crita baru dia, sbb semua mcm hampeh! tgk crita lama2. aku suka the firm, jerry macguire, interview with the vampire, rain man, blablabla.... eh, byk la pulak kan?? wahaha.. dah dah. aku perasan busy ni!!!
ReplyDeleteundang2 itu perlu tetapi kena lihat dari sudut lain jugak....
ReplyDeleteyg tak bersalah ditangkap juga tanpa bicara tu apa kisahnya pula?
wajarkah? bukan kah niat tidak boleh menghalalkan cara
"Prevention is better than cure"
ReplyDelete- itulah prinsip ISA
- Rozana Mat Isa
aku skang suka dgr lagu "suara berharap" - nyanyian daun hijau, best hehe
ReplyDeletelebih baik dari duk lepak tak tentu pasal hehe
ISA tu kita takleh nak wat apa2 la, yg kene tahan , kesian jugak kan kt anak bini dia, kene tggl
ReplyDeletekita pun beriya2 wat provocation, kan jadi ssh, didik anak dgn agama sempurna, cari rezeki halal dan berbahagia dgn isteri, kan bhga hidup
apa nak cari lagi?
kalau betul anta nak islah umat, keluarlah jalan ALLAH, baiki diri,iman, akhlak, baiki diri INSYA ALLAH
INSYA ALLAH semua org pun suka usaha tabligh ( xde nama khusus sbnrnya utk usaha ni, ini bukan usaha pertubuhan, ini tggjwb semua umat NABI SAW, shbt2 r.a pun kuar 3hari, hampir 40 hari , dan 4 bulan - rujuk dalil di blogkarkun )
nak kuar dakwah tggu jadi mufti dulu ke
yg kuar dakwah tu la tgh blajar, lama2 mereka jadi baik INSYA ALLAH
org biru dan org ijau duduk sama2 dalam ijtimak
yg mana yg satu yg satu padukan umat?
usaha yg sempurna , cara NABI SAW sahaja
xde cara lain INSYA ALLAH
Assalamualaikum
isa.. ikut suke aku.. heh.. jumpa plak nama blog tn hamka kat blog utz zaharuddin... cari punya cari..akhirnya jumpa gaks blog tn yang bermutu nieh.. heheh..
ReplyDeleteskarang nak cari usaha atas iman plak.. blog mana tu..
Assalamualaikum abg hamka, tumpang notify jap utk saudara
ReplyDeleteRIDHUAN MOHD YUNUS
Leh cuba
http://blogkarkun.blogspot.com/
JAZAKA ALLAH HU KHAIR
SEMOGA BERMANFAAT
AMIN....
tina
ReplyDeletethe firm, jerry macguire, interview with the vampire, rain man, blablabla....
semua tak tengok lagi...
Collateral jer dah tengok, kisah pemandu teksi tertumpang pembunuh upahan
-------------
lizay_73
wajarkah?
Jawapannya, tidak wajar, sekian.
----------
- Rozana Mat Isa
Woha, rozana mat isa menjawab kefahamannya di ruang komen pula!
---------
hainur hapis
Takbir!
---------
Ridhwan bin mohd yunus
Blog azharjaafar pun bagus.
rasanya topic kali nie, hamka ada explain kaw2 dalam entry "BIAR MATI ANK, JGN MATI ADAT" lebih kurang sama, klu nk more explanations. check it out!
ReplyDeletealamak, sekali lagi, terlambat 15minute, sy terlepas hamka reply comment org. huhuhu...
ReplyDeletewahaha. hamka ni semua la tgk cite tom cruie yg aku tak tgk lagi. hampeh!
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTak dinafikan undang-undang seperti ISA perlu untuk mengawal dan menjaga ketenteraman awam. Namun pada pandangan saya point yang tak ditekankan mengenai ISA di sini ialah ISA bertindak menahan seseorang TANPA BICARA.
Islam menekankan prinsip ADIL. Adakah menahan seseorang selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun tanpa dibicarakan itu suatu tindakan yang adil?
Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Di akhirat nanti pun setiap orang akan diadili dan dibicarakan di mahkamah Allah sebelum diputuskan samada ke neraka atau syurga.
Bukannya Allah tak tahu siapa yang layak ke neraka atau syurga tetapi kerana Maha Adilnya Allah setiap orang akan diadili terlebih dahulu sebelum dihukum.
Wallahualam.
Asssalam.
ReplyDeleteHaji Abdul Malik Karim Amrullah(HAMKA) telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana pro-Malaysia dari 1964-1966 dan sewaktu inilah beliau mulai menulis tafsir al azhar karya ilmiahnya yang terbesar.
Kabonya Anuar Ibrahim khatam Al-Quran dengan salah seorang allahyarham geng almaunah.
penjara is not a punishment untuk orang-orang yang benar. kisah Nabi ibrahim dipenjara dalam api 40 hari 40 malam. End result penjara tersebut memalukan seluruh penduduk negara tersebut.
Believe me it's a blessing in disguise.
Dalam penjara kita tidak perlu fikir tentang kerja, keluarga,tanggungan dan lain-lain...hanya concentrate pada Tuhan dan pujuk diri sendiri bahawa Tuhan akan menjaga segala-galanya yang kita sayang kat dunia ni..he..he..macam keluar 40 hari je...
anak bini kena tinggal....semua sahabat punya keluarga yang Tuhan iktiraf sebagai terbaik tinggalkan anak bini mereka di mekah dan madinah yang mana jika kita jemur jeans boleh kering dalam 2 minit....he..he...kita manja sangat. Sayalah..bukan Tuan-Tuan.
So....latest ISA issue, RPK, Dato Syed Helmy telah bebaskan dia...mana ada ISA kebal?
berapa ramai dapat pampasan......?
Kita semua jaga amal kita....Tuhan akan beri keadilan dalam negara kita.
Amal tarak....tungguuuuu!!!!!!
Khalid
Ya Rabb...sebelum Kau ambil nyawa aku izinkanlah aku buat ghast rumah ke rumah di bandar mekah dan madinah...supaya aku mati dalam kepuasan hati dapat menyambung kerja kekasihmu...terimalah aku ya Rabb
slm khalid..
ReplyDeletedimana kan ku nak cari orang
spt anda,aku masih cari
dan terus mencari...
-org yg sama-
ISA - Internal Security Act.
ReplyDeleteeh eh! afsal maksu rasa BONDA NAJIHA tu org rumah incek hamka..jeng jeng jeng...
ReplyDelete[psss...adik N dgn adik K sehat ke incek hamka..??]
woha!!
-maksu N-
Assalam. Carilah aku dikalangan orang yang miskin....sesungguhnya aku mencintai mereka dan ingin mati serta bangun bersama mereka di akhirat nanti. Perkenankanlah wahai kekasih hati....
ReplyDeleteKhalid
Hek eleh...apa ni dah lari tajuk pulak dah...
ReplyDeleteoke, suka entri ini
ReplyDelete"Rozana Mat Isa, aku suka kau!"
x menahan ;p
Assalam.
ReplyDeleteNabi saw bersabda, sukakah saya memberitahumu tentang raja-raja disyurga? Jawab mereka, "Ya baiklah ya rasulullah.
Nabi saw bersabda, "Mereka orang-orang yang terhina dan teraniya, yang tidak diterima untuk mengahwini wanita-wanita bangsawan dan hartawan dan tidak dibukakan pintu-pintu yang tertutup, mati seseorang dari mereka sedang hajatnya masih didadanya belum tercapai tetapi sekiranya sungguh-sungguh meminta pada Tuahan pasti Allah swt akan memberi padanya".
Tahanan ISA golongan yang teraniya?
Pujuklah hati dengan berkata, tak pelah...didunia je...dia akan jadi raja di akhirat.
biarlah kita miskin (dinafikan hak) dari keluarga, harta benda rupa paras dan apa sajelah....ianya bukan bererti Tuhan tak sayang kita.
Percayalah....bila teraniya sebenarnya Allah swt nak beri lebih dari apa yang kita sangka....
Kita pejuang agama atau hak asasi manusia di tangkap dan kena ISA.....
nabi saw berjuang untuk agama dimaki hamun, dibaling batu sampai berdarah, anak perempuannya ditendang dan terajang sehingga menyebabkan kematiannya, cucu-cucunya diracun, di pancung....Allah...apelah sangat ISA. makan minum tempat tinggal percuma. Rakyat sponsor.
Khalid yang bodoh
Hahahaha...saya suka jawapan Anonymous 9:21 am. Ramai yang menggambarkan betapa buruknya keadaan dalam tahanan ISA, seolah2 ianya seburuk tahanan di Guantenamo, USA.
ReplyDeleteBila saya kata prinsip ISA ialah "Prevention is better than cure" samalah seperti, kalau kita sakit, kita kena makan ubat. Takkan nak tunggu dah nak nazak,baru nak makan ubat. Lebih kurang macam tu lah.
Saya akui, ISA agak bertentangan dari konsep Islam di mana pesalah seharusnya diadili sebelum dihukum. Tetapi, kita lupa lagi satu prinsip dalam Islam iaitu sesiapa yang membuat kerosakan @ dengan niat untuk mengganggu gugat keamanan, maka orang itu harus diasingkan daripada masyarakat.
Konsep di mana pesalah tidak boleh dipanggil pesalah selagi belum terbukti bersalah - jika ia berkaitan dengan kerukunan dan keamanan negara - tidak harus diperjudikan kerana yang terkesan adalah masyarakat dan rakyat. Ia bukannya melibatkan kes rogol, bunuh yang hanya melibatkan individu tertentu.
Saya tidak boleh berkrompomi jika ianya melibatkan keamanan dan kestabilan negara - kerana saya rakyat Malaysia, maka saya berhak menyokong apa yang bagus untuk rakyat.
-Rozana Mat Isa
hurm..kadang2 aku ade jugak bace blog ko ni hamka..
ReplyDeleteboleh tahan idea2 n content2 dia..
kali ni ak nk respon sket pasal ISA ni..
aku ade beberapa persoalan jugak.
tp cam xtaw sape yg boleh jawab.
1)kenapa ISA ditubuhkan?dengan alasan nk menjaga keamanan negara,ya ak terima alasan tu.tapi adakah ISA ni ditubuhkan untuk menutup sesuatu rahsia?rahsia kerajaan ke apa ak pon xtaw sbb ak xmasuk ISA lg..
kdg2 ak tengok negara kita ni berat sebelah,kate demokrasi,tp berat sebelah..bagi mereka yg menyokong kerajaan,pasti duduk selesa,tiada ancaman..bagi pembangkang,mereka selalu dituduh itu dan ini..
padahal medium2 nk mnyampaikan berita2 smasa adalah semua kerajaan punya..pmbangkang punya masalah/berita xsampai..
pastu bila ade sesuatu,pembangkang terus dituding jari.hm..betul ke kerajaan kita ni???ADIL ke?
2)sebab apa kerajaan n pembangkang xbersatu?cuba chek balik..
pembangkang n kerajaan ni dah menganggap memasing sebagai musuh.
ape lah macam ni,x aman duduk dalam negara ni..ak terfikir jgk,kenapa kerajaan xmenerima pembangkang n kenapa pembangkang xmenerima kerajaan..SEBAB AGAMA KAH?
aduh.xkn sbb agama?
sekarang ni,pmimpin kerajaan n pmbangkang ni sama bangsa,faham bangsa masing2..memang kita nk satupadukan bangsa,tapi...
TEGAKKAN AGAMA ITU PENTING!
"tegakkan agama dalam diri kamu,nescaya Agama akan tertegak atas negara kamu"-imam Hasan alBanaa
3)ISA ni lagi satu.jika kita negara Islam,kenapa nk mengamalkan undang2 KAFIR?common la bro..kita ada UNDANG2 ISLAM..weh,sape yg buat undang2 ni?ALLAH yg state undang2 ISLAM ni dalam Quran n Allah ajar nabi melalui wahyu..wafatnya nabi maknanya sempurnanya ISLAM!
kenapa masih nk mengamalkan undang2 kafir?nk dapatkan pengiktirafan?takut dgn mereka?korg xtakut dgn ALLAH ke?
dibuktikan dengan sirah2 nabi,jangan takut dengan kafir,bagaimana negara kecil palestin bertahan dengan ISRAEL LAKNATULLAH?sebab mereka masih lagi kuat berpegang pada janji ALLAH.sape yg menolong tegakkan agama ALLAH,ALLAH akan tolong mereka..
ISA ni lagi satu,macam tu kah cara melayan tawanan?tengok bagaimana Anwar Ibrahim dmasukkan dalam ISA?diseksa bukan?bagaimana Nabi tahan tawanan2 ni?
aku setuju jgk dgn cara tabligh,kita fikir atas iman dan amal.buat usrah,ziarah rumah,cakap tentang kebesaran ALLAH...bukan cakap pasal kuatnya negara itu negara ni..
kita ni sekarang sudah kembali ke zaman JAHILIYAH.jahiliyah moden.lagi teruk dari jahiliyah zaman nabi.sewaktu zaman nabi,xde panduan,sbb tu jahiliah,sekarang panduan ade depan mata,xnak ikut..
ak nk cakap kat sini yg ak totally menjadi musuh kepada sesiapa yg memusuhi AGAMA ALLAH.even kerajaan,jika mereka menolak untuk mengambil agama Islam sebagai dasar dalam pentadbiran.
semoga ISLAM terus subur dibumi MALAYSIA!
-maaf atas kekasaran bahasa.sesungguhnya ISLAM akan menang.
maaf hamka,
ReplyDeletemaaf hamka,
ReplyDeletesy nk cakap sikit kat sini yg kalau xfaham baik diam.
bercakap adalah lebih baik daripada diam,tetapi diam adalah lebih baik daripada bercakap mengarut-HM TUAH
bukan sy nk cakap awak mengarut,tp kalau awak nk respon sesuatu,kenalah jumpa ustaz dulu,jika ianya berkaitan kefahaman tentang Islam,nanti ia akan disalah anggap oleh org yg kurang faham Islam.kita sendiri tahu,majoritinya masyarakat di Malaysia ni beragama Islam..tp berapa ramai yg mengamalkan cara hidup Islam?ramai yg islam pd IC,islam keturunan.jika ditanya ciri2 Islam pon xboleh jawab dgn tepat.hm..
kalaupon kita nk bg pendapat,bagi lah pendapat yg kita sendiri cakap,kita pon xpaham sangat,cume pandangan kita....ade pro n contra.org lain boleh terima.
jika kita xtahu,lebih baik diam.
-the CHILLER
Anwar Ibrahim diseksa? Alah, lebam bijik mata je pun...bukan kena liwat.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim kata masa dalam ISA dia kena bagi makan racun tikus.
Tapi apasal sampai sekarang hidup sihat walafiat?
:D
Kebal kot? :D
Assalam.
ReplyDeleteKatakan pada semua penganiya-penganiya di dunia ni....member sendiri ke, isteri sendiri ke (khas untuk Anang),yahudi laknatullah...USA..USSR ..WWF EPF.ke...atau mana-mana superpower yang ada ...terima kasih kerana menganiya kami...!!!!!
terima kasih kerana menghantar saudara-saudara kami ke syurga dan mendapat ganjaran yang mana jika ahli syurga yang biasa-biasa tengok akan berdetik dihatinya alngkah bagusnya jika didunia dulu aku disiksa, di kerat-kerat tubuh badan ku....he..he...ada bran?
Katakan dalam hati....katakan sungguh-sungguh....kuat-kuat dalam hati!!!!!!!!!!!!
Terimaaaa kasiiiihhhhh(cam aleycat) he..he...life is a joke bro. and siss in Ilam...it's really a joke! take it easy...
khalid
Kapitankelingpenantikubangbujuk. Tiga segi emas....doakan saya haji yang mabrur dan mati di mekah!
Assalam. Hamka yang aku sayangi dan hormati....
ReplyDeleteKenapa semua Nabi-Nabi dulu berebut nak jadi umat ni.....
Dulu kala....hidup beribu-ribu tahun. Umat Nabi Musa....500-600 tahun. Nabi Nuh buat dakwah je...950 tahun....berapa lama hidup tak tau dengan tepat.....
Pembayan di masjid Benggali kabo lebih kurang....dulu kala...solat 50 rakaat setiap hari.....
Puasa 6 bulan setahun....
Dey!!!....cube fikir tengok....solat 50 rakaat setiap hari...he..he...ada bran?
Dah tu...beratus-ratus tahun selepas akil baligh...(katalah akil baligh umur 50 tahun...)the..he..hee...katakan...so, yang lebih 450 tahun tu nak kena solat 50 rakaat setiap hari. Phew...
Puasa 6 bulan setiap tahun untuk beratus-ratus tahun....
Dah lah tu.....sepertimana nabi saw, ummat ini dahlah 60-70 tahun hidup, puasa sebulan setahun, solat 5 kali sehari namun..ummat yang inilah....dulu masuk jannah. Woha kuasa 2 juta....!!!!! Aku sayang kau Ya Allah......syukur aku dijadikan ummat nabi yang Ummi.
yang paling bestkan...dia kabo, kerja kita bukan cari rezeki kerana Allah swt yang telah ambil tanggungjawab perkara tersebut....kerja kita adalah macamana nak selamatkan diri saya, isteri saya, anak-anak saya (Mohd Danial, NoorSofea,NoorSyifa dan Mohd Muaz)dan semua ummat ni dari siksaan api neraka.
Maksudnya macamana saya, isteri tercinta (Cikgu Noriza), kaum keluarga dan semua ummat dapat jadi orang yang menjaga amal sehingga akhir hayat. mati dengan kalimah toyyibah.Wallahu'alam
Khalid.
Doa karo!
salam..
ReplyDeletekegigihan khalid bhai memang dicemburui..
sabarlah..
kata-kata itu bakal diuji, pengistiharan itu bakal dituntut..
kerana balasan akhirat telah dijanji..
namun kelak laluan sukar bukan mudah diikut..
galang gantinya bukan sedikit,
Mohd Danial, NoorSofea,NoorSyifa,Mohd Muaz dan ahliah turut perit..
kalau titis airmata mereka belum bergenang..
anggaplah hidayah masih terhalang..
bagi ummat yang dirisau bimbang..
entah bila waktu "itu" akan datang..
-ramadhan adalah perang
Assalam
ReplyDeleteSurat kepad Rabb......
aku cinta padamu. Sungguh. semua kami adalah hambamu. Ambillah yang mana kau suka. Aku Redha Ya Rabb...asal saja kau redha padaku dan ummatmu.
Ibubapaku kepunyaanMu, isteriku dan keluargaku juga kepunyaanMu...Kanku korbankan semuanya untukMu Ya Rabb.....
apalah salahnya Ya Rabb....Kau beri aku ketenangan pada diri yang hina ini bagi menghadapi semua ini.....
aku Redha Ya Rabb....
aku Redha Ya Rabb.....
aku redha Ya Rabb....
ambillah Ya rabb...Ambillah....
yang benar
hambaMu yang Paling HIna
Mohammad Khalid Bin haji Abdul karim
Hakim Mahkamah Sesyen 2 georgetown
Penang.
Aku cinta mati lebih dari orang kafir cinta arak. Aku sumpah Ya Allah...Kau Tau...Ya Allah...makhluk semua hampeh.
Hari Jumaat. Doa terima. doakan aku mati.
tak baik doa mintak mati. bukankan kita dicipta untuk beribadah kepada Allah, apsal mintak mati pulak? Isk3x....kalau confirm masuk syurga takpe. Doa mintak mati sama lah seperti putus asa terhadap kehidupan. Jangan begitu, Islam itu wasatiah. Jangan keterlaluan, jangan pula mengurangkan.
ReplyDeleteKepada yg menyokong ISA sangat tu, cuba gi ziarah keluarga mereka, tengok macamana keadaan mereka sebenarnya....gi tengok kat tahanan sana dulu lg bagus....
ReplyDeletekaji sejarah dan baca betul2 pengalaman mereka yg dah ditahan ISA, baru komen...
ISA penegak undang2?.... buktikan dulu.... ada tak negara Islam lain yg menjalankan hukum Hudud/Islam melaksanakan ISA... negara mana tu...dan negara tu lebih 'cemerlang Ummahnya' berbanding Msia...
Daripada Ibnu Abbas ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda berdasarkan daripada apa yang telah diriwayatkan daripada Allah Taala :
ReplyDelete“ Sesungguhnya Allah telah menulis kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudiannya Allah menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang berniat mengerjakan kebaikan, dan tidak melakukannya, maka Allah akan mencatat disisinya satu kebajikan yang penuh. Jika sekiranya seseorang itu melakukannya, maka Allah akan mencatatkan di sisinya sepuluh kebajikan sehingga tujuh ratus dan digandakan dengan gandaan yang banyak. Jika sekiranya seseorang berniat mengerjakan kejahatan, dan dia tidak melakukannya, maka Allah mencatat disisinya satu kebajikan yang penuh. Jika sekiranya dia berniat mengerjakannya, dan melakukannya, maka Allah akan mencatatnya dengan satu kejahatan.” – Riwayat al-Bukhori dan Muslim.
ISA ni.. baru dituduh berniat jahat.. tak buat jahat lagi.. tapi dah dihukum.. mmm
Kadang - kadang pelik dengan orang yang tak suka ISA ni. Kalau tak salah, buat apa nak takut? Macam ISA tu penghabisan untuk kehidupan - kena tali gantung. Padahal elok ada je yang keluar ISA tu, siap boleh berkempen lagi ke sana, sini. Berani kerana benar, Takut kerana salah.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletedalam perang siffin, peperangan di antara para sabahat, telah ramai yang gugur syahid..
walhal dalam peperangan antara muslim dan kafir, hanya sedikit yang gugur syahid..
maka:
1. Berbalah dengan saudara muslim bakal menghilangkan pandangan Allah.
2. ISU ISA ini kalau dipanjang-panjang, Rozana Mat ISA, hang dapat share dosa sengketa, umpat mengumpat dan caci mencaci.
3. Maslahat ummah selesai apabila kembali pada cara Sunnah Nabi SAW.
-kereta mainan
“Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.
ReplyDelete“Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain…..”
Seronok kan baca bila tak kena batang hidung sendiri
Tina
ReplyDeleteDah tua ni, susah nak tengok movie macam muda dulu.., balik rumah mertua baru boleh tengok movie, hu hu..
-----------
Khalid
Buat dakwah sampai mati, bila mati? Esok? Sampai esok...
----------
faizal yusup
: )
----------
-maksu N-
ALamak, kantoi.., he he
-----------
Shazlin Shaharudin
Banyak email yang belum di jawab, sabor, ye.., tengoklah sebulan dua ni..
------------
Rozana Mat Isa
Dah ramai orang suka kau, maka izinkan aku mengundur diri..,
(chewah..)
-----------
Anonymous
1)kenapa ISA ditubuhkan?
Tanya Dr M, dan dah jawab dalam komen.
2)sebab apa kerajaan n pembangkang xbersatu?
Cinta dunia dan takut mati, dan ada kepentingan peribadi.
3)ISA ni lagi satu.jika kita negara Islam,kenapa nk mengamalkan undang2 KAFIR?
Sebab orang islam belum sempurna, solat jemaah tak penuh, tiang ugama tak jaga, camne Allah nak bagi Negara kat orang islam?
(wow, aku respond coment dari anonymous..)
----------
the CHILLER
ok, aku diam.
---------
Mohammad Khalid Bin haji Abdul karim
Hari ni aku nak bela hakim, err, Hakim Mahkamah Sesyen 2 georgetown Penang ni bukan nak mati, tapi CINTA mati...
----------
kereta mainan
kau ni macam budak usrah yang perasan bagus, pandai berhujjah, tapi pilih bulu. DR M cakap, jangan hapuskan UPSR dan PMR, tapi kena ubah system jadi lebih baik. Itu maksud aku dalam ‘minoriti report’ .., jangan slow sangat.
aku ko xsuka ke....waaaaa..
ReplyDeletelame xkomen,saje je..apasal sjak akhir2 nie aq malas nak blaja yea..malas yerrrr..
apasal aq x kata..'buku'aku suka kat kau...
hm,,aku stuju tuu,sebab kakak aku cakap,isa memang bantu polis utk jaga keamanan..tp,dri segi Islam,i dont think so..sebab setipa orng yg melakukan kesalahan,dia ada hak utk dibicarakan n mendapat keadilan.kalau kita tgk ISA ni,someone yg disabitkn keslhn terus kene sumbat penjara n yg lbeh teruk diseksa n dilayan mcm binatang..ini tak adil bg mrk sebab kita tak disabitkan sbg seorg pesalah hinggalah dibuktikan..ISA mencabul hak kemanusiaan..waalua'lam
ReplyDeletecuba kita fikir, kalau bangsa lain yg perintah malaysia depa buat isa ke tak.. saya jamin akan lebih kejam lagi ke'isa'annya... cuma nama saja yg berbeza...
ReplyDeletecontohnya pergi tengok Singapura.. Mula2 org melayu punya lepas tu bagi dekat org China(bukan racist ini adalah fakta sejarah). Apa Singapura xde ISA? Lihat siapa berani lawan Lee Kwan Yew.. Parti apa yg rapat dgn parti Lee Kwan Yew? DAP.. so, mustahil ke Malaysia jadi macam Singapura...?
Jom belajarlah sejarah.. jgn asyik gaduh pasal politik jer.. nak harap bangsa lain cakna bangsa Melayu? jgn mimpi.. kecuali atas nama Islam yg sebetulnya bukan Islam politik..
SALAM, NEW UPDATE TSHIRT MELETOP http://tshirtmuslimah-hidayah.blogspot.com/
ReplyDeleteZaman Nabi dan para sahabat dulu wujud ke sistem tahanan tanpa bicara yang sama konsep dengan ISA?
ReplyDeletetak sangka isa ada kaitan dengan minority report.
ReplyDeletekomen yang berbentuk soalan tu, korang jawablah sendiri..,
ReplyDeleteaku sedang perasan malas
pendapat yang baik bagi saya.manusia terutamanya MELAYU perlu kawalan,xboleh terlalu bebas segalanya.ape dia maksud kebebasan?cakap la ape saja.jangan sampai kebebasan bercakap bertukar jadi kebebasan beperang.tak salah apa-apa kenapa nak takut.sekarang dah terlalu bebas dari segala segi,tengok la apa kita dapat(sosial)..pastu salahkan kerajaan.tengok diri masing-masing dah la,mantapkan diri dulu.hal ISA ni kecik je,xsalah watpe takut.That's why aku sangat benci politik.
ReplyDeleteakhirnya...
ReplyDeleteKalau saya pun suka kat Rozana Mat Isa buleh ke?
ReplyDeleteboleh.., bini aku mesti tak marah punyalah!
ReplyDeletesalam..orang sekarang bertanya bukan pada ahlinya...tanyalah orang yg arif hukum agama..betullah sabda nabi..zaman sekarang orang jahil mengeluarkan hukum..tanyalah ustaz ke...isa tu bercanggah ngan islam.. ape bende la puak tabligh nie.. x payah la campur politik kt sini.. nabi x berpolitik pun..nabi suruh solat jemaah jer...
ReplyDeletehek eleh..yang ko nak marah2 ni apsal anonymous??? kitorang kat sini bukannye keluarkan hukum, cuma bagi pendapat masing2. bacalaa betul2, jangan main serkap jarang and tuduh orang tak tentu pasal. tak baik tuduh2 orang, dah laa puasa.
ReplyDeleteingat hal agama ni boleh pakai pendapat sendiri ke..x pun ikut pendapat hamka....macam puak tabligh nie,tafsir agama ikut akal.... kalu sume ikut akal masing masing,x payah la ikut islam
ReplyDeletelaa..pendapat je pun. bukan hukum @ fatwa. Ada ke kitorang kat sini suruh semua setuju dengan pendapat yang diwar2kan...macam orang Pas jugak, tafsir hadis ikut kepala sendiri, lepas tu bawak keluar fatwa karut. Kalau tak suka, jangan baca. Takde orang paksa.
ReplyDeletetulisannya boleh menyesatkan otak orang macam ko yg jahil..bukan aku nk sanggah sume artikel die..cume bab isa ni...org bangang je sokong.. baik ko sokong judi ke..zina ker...
ReplyDeleteAik..yang ko nak marah2 orang, cakap orang jahil ni kenapa? ko ada phd ke, dah pandai sangat? lantak la kitorang nak sokong ke, tak sokong ke, kitoang punya pasal la. bukannya kitorang guna duit ko pun. ko tak payah risau laa, takdenye orang akan sesat kat sini. ko anggap orang2 kat sini macam bodoh sangat, tak boleh nak fikir sendiri, apa kau ingat kau bagus sangat ke? kalau kau pandai, cuba bagi cadangan apa yang lebih bagus dari ISA? Kalau setakat meroyan2 cakap orang lain jahil sebab sokong ISA, rentikanlaa...
ReplyDeleteSokong ke tak sokong, itu hak peribadi. Sendiri punya pasal laa..kalau kau tak suka, ko pergi buat demonstrasi sorang2.
camne pulak kalo hukum hudud? perlu diketepikan?
ReplyDeleteharap2, Hamka terangkan pulak kewajipan kita melaksanakan hukum Allah ini..
kalo dah duduk kat bumi Allah ni, mestilah kene pakai hukum Allah(hudud)..
p/s : saya pengunjung baru, mungkin ade entri yg lepas dah sebut pasal hudud...x tau pulak saye, kalo takde, harap2 ade la respon drpd cik Hamka pasal hudud ni.
aku rasa dah tulis, tapi lupa entry mana..
ReplyDeletetapikan, kenapa pejuang hudud sejak bergabung dengan parti kafir dah tak cakap pasal isu ni, senyap terus, patut mereka istiqamah, piliharaya lepas pun mereka tular negara islam kepada negara kebajikan.
aku akan semangat tulis isu ni jika mereka semangat.
kalau tak, ini bermakna perjuangan hudud sebelum ini dah jadi strategi politik semata-mata., oh