(Aku bukanlah pengulas sukan yang baik…, dan ini adalah ulasan ringkas dari aku sempena piala dunia 2010..)
Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam pakat pakat tidur awal dan bangun awal pula di pagi hari untuk solat tahajjud, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah jauh-jauh tinggal anak bini.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...
Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerinatah ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa ganguan.., bayangkan..
Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa ganguan, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..
Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirlan tuhan, korang ikut berdakwah dengan jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku ma cam ikan dalam peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu...
Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...
1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (maaf jika fakta sains aku tak tapat, moral: jangan ponteng kelas sains)
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun tu, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana ugama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjaman islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan islam hadharipun ada..,
Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?
Mana pergi rakyat malaysia yang berugama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché)
Lepas solat, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... Brazil lawan Chile...
Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majils bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..
Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasara islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”
Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, dakyah yahudi dan kuasa boikot.., korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..
Dah agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil membaca komik, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Naruto dari kampung Kanohalah”
Terkejut berok korang dibuatnya, Naroto menanang gapo tu? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam komik yang dipegangnya .., “tapi Sasuke juga kuat bang, nenek Tsunadipun, Rock lee pun kuat, Akatsuki tak payah cakap ler, menang kuat sangat, Gaara lagi, dia tu Hokage.., Kakashi, dan pakcik Jairayapun.., semua kuatlah bang..
Araghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dan sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..
Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader yang sedang minum air teh tarik..
“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”
Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korangmejawab, brader tu dah jawab dah..,
Brazillah paling kuat bro, Pentacampeão! dah 5 kali dah mereka menang piala dunia, bab kata pepatah: The English invented it, the Brazilians perfected it.., tapi portugalpun kuat.., bla bla bla..
*******
Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Majid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!
“GOAL!!!”
Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , mennyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...
Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..
*****
1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakayt Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik...
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..
Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?
Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi.. “bola..bola..bola..”.., “peteh Malaysia peteh..”
Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!!!!
Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,
“bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”
Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 4 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2010.., dunia belum kiamat..
“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”
“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok final piala dunia..”
“Oh, ye ke?,”
Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...
Siapa yang bakal menang?
Brazil atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh nanti..
SEKIAN, laporan sukan dari keretamayat.
Ps:Aku doakan korang sembuh dari demam bola dan dapat demam ugama, dan mati kerana demam ugama.., amin.., errr, doakan aku sama..., isk..!
yg penting berpegang pada al-quran dan sunnah
ReplyDeletebrader tak tgk bola langsung ke?x minat. hiburan tak salah tapi perlu ada batasan. jgn sampai jadi maksiat dah la
ReplyDeletesedih tengok diri sendiri
ReplyDeletesy xsuka bola. tp boleh je tgk bola tp jgn over sgt, tp solat jgn tinggal, tp tp tp tp....
ReplyDeletep/s: FIFA aderlah waktu para wanita terabai!! wohaaaaaaaa (hamka, klu diorg jerit gol itu bermakna diorg kejut kau gak suh solat tahajud)
Hamka, kena banyak2 buat dakwah ni...tangungjawab semua ni...memang sedih dan kasihan tgk masyarakat hari ni, kerana bola...habis semua!
ReplyDeletetengok bola.. jangan lebey2 suda..
ReplyDeleteentri post yang bgus..suka baca an sye bu je knl blog hamka nie..trima kasih..semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab kpda Allah
ReplyDeletelame da tggu post dari bro..akhirnya,penantianku berakhir jua..
ReplyDeleteMenarik saudara hamka.Fakta yang jelas dan baik sekali.
ReplyDeleteAku minat team yang menang je.. team yang kalah aku tak minat..
ReplyDeletetak pernah tengok piala dunia sebab tak faham..malah apa signifikan kita bersorak negara orang sedang malaysia pun tak lepas Asia pun(macamana nak lepas bola wat judi gak)
ReplyDeleteApa baikknya ??? Ade ke ??
oh, terkesan.
ReplyDeleteTeringat zaman 'gile' tengok bola nih. Usrah pun asyik dok ponteng je. isk~
nice entri bro..
ReplyDeletesuka sangat..
dan situasinya sama..
cuma wa..
belum kawen
woha!
ReplyDeletegoal!!
bola!!
err..
masjid duluan...:)
terbaik!
ReplyDeletealhamdulillah.sya sgt tersentuh dgn "siapa lebih kuat?"..dmam piala dunia..dmam yg xde antibodi utk umat islam khususnya..melihat sekadar mmberi smngt kesukanan sya setuju,tetapi melihat demi mnjadi kaya smakin berleluasa skrg.nau'zubillah..saya insan yg xmmpu utk mghirup udara di bumi ini sekitar 1000 tahun akn dtg,wahima 100 tahun jga..semoga kita semua terpelihara.thx bro.
ReplyDeletebagus utk bacaan para lelaki...
ReplyDeleteZ
ReplyDeleteWow!
--------
Wan Perlis
Aku minat UFC, kenapa takde wakil Malaysia?
---------
Abang Ben
Bila dah mati, hari hari tengok ‘diri sendiri’
---------
Grave Members
Rumah aku takde astro..
----------
Hanisumayyah
Musim bola, kereta mayat panaskan injin macam biasa, tak gitu penggali kubur?
---------
Hapiz Rahman
Ha!
---------
bintuawang
bu je knl ?
apa tu?
---------
MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI
Kalau ada sumur diladang.., bolehlah aku menumpang mandi wajib..
Kalau ada umur yang panjang, lagilah banyak aku kena mandi wajib..
Chewah.
---------
hanisah hassan
asal tulis, mesti baik dan jelas, bagus betul korang semua!
------------
azharjaafar
syaitan dan iblis selalu menang, camne tu?
-----------
RULZA
Aku ada jugak part tak faham, iaitu bab bakar kerusi, apa salah kerusi tu?
---------
Othman Juliana
Kesian nabqibah kau tu..
----------
[ a D D y h A I K A L ]
Kau ni, bab kahwin, suka sangat!
---------
student
silalah duluan...:)
---------
radhiahsyahida
wow!
-------
ALANG
: )
Eh.
ReplyDeleteTengah Piala Dunia ke sekarang ni?
sedih bila melihat keadaan diri dan juga saudara seislam..mintak Allah swt sentiasa memberi petunjuk...amin
ReplyDeleteSalam ... Oh! saya suker cerita ini :) Kita sering terlalai dan lupa diri.
ReplyDeleteoh, sedih melihat keadaan umat yang makin jauh dari agama. rindu nak jumpa manusia sejukbeku zaman silam itu.. tahjud adalah perjalanan orang2 soleh. tahjud jadi cahaya untuk kita dalam kubur. tahjud menyihatkan badan. tahjud menghikmahkan lisan. Allah sangat hampir dengan orang yang jaga tahjud. Selamat bertahjud di gelita malam.
ReplyDeletebest entri nie..
ReplyDeletetuh la..dlu rajib bgn pgi bt smbyg tahajud..
tp skrng rjin bgn sbb tgk bola~huhuhu
skrng smua mcm tuh..
xdpt bygkn Malaysia lagi 10 tahun mcm mane~
saya suka sgt entry yg Hamka tulis.. semuanya ada makna yg tersurat dan tersiratnya..
ReplyDeletealangkah baiknya kalau yg berjaga malam semata2 nk tngk bola, apasalahnya solat tahajjud dan hajat sama ye kan sebelum bermulanya permainan..
sayangnya.. kalau bab bola sanggup berjaga malam, tapi bila ckp bab ibadah, cukup liat nk bangun..
teruskan usaha anda ye "Hamka"..
p/s: lama sungguh menanti entry dr 'Hamka'..
lama cuti..demam bola jugak ke..kat sekolah bising pasal bola sampaikan terpaksa flight semata mata untuk bola..bukan budak2 je..cikgu pun sama naik..ha3
ReplyDeleteSalam.
ReplyDelete*sgt terkesan.
bln-bln ade kehangatan World Cup ni
dah masuk pun bln Rejab.
hmm. same-samelah kite renungkan diri same ade bgn mlm utk tahajud atau tgk bola.
bln rejab kan byk fadhilatnye.;p
.dyana.
yang pakcik hamka ni tulis ni, macam tahu banyak je pasal naruto dan bola. haha.
ReplyDeleteibarat menepuk air didalam dulang bro! terpercik ke muka sendiri ni.. isk isk...
ReplyDeletebro hamka
ReplyDeleteentry yang sangat bagus
:)pinjam nk tepek di blog saya
tq
Nak-nak habis musim aku tengok la cita piala dunia ni. tv takde. kena lepak kedai gak
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetapi...
ReplyDeletemasih suke bertapi-tapi umat islam zaman ini....
rindu zaman terbaik, pd kurun terbaik
zaman nabi s.a.w dan sahabat r.a..
bilalah solat fardhu akan penuh spt solat jummaat?
aku mahu demam ugama, nak mati jgk kerananya...mn nk dptkan vrusnya??? mndi ujan "zikrullah" sekerap mgkn ye???
ReplyDelete=wonders=(◕‿-)
ak azam nk kua ngara jauh kat argntina
ReplyDeletenk jmpa messi
aku tak pernah demam bola...tapi baru2 ni aku demam sebab balik koje kena ujan...ye la..merempit je...huhu...
ReplyDeletetengok bola je!jangan tengok pemain bola...depa pakai seluar pendek...aurat...laki tengok aurat...perempuan tengok pon aurat gak...hehe
beriya-iya membaca kisah dlm mimpi,
ReplyDeleterupa2nya sama gak suruh org rumah kejut sbb nk tgk WC...
ish ish ish...
syaitan dan iblis selalu menang, camne tu?
ReplyDeletesyaitan & iblis menang sorak je.. hakikatnya kalah..
salam..
ReplyDeletetidak ada yang sama bila airmata menitik kerana takut kepada Allah..
kemudian pada sela masa berikut menonton tv piala dunia..
-fikir risau, dosa pahala, ummat menderita, nangis pilu kemudian pada sela masa berikut adalah, sengih-sengih, maki seranah dan jerit GOLLL!???..
-rom@parsi
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam bertandang dan berkenalan..
ReplyDeleteجزاك اللهُ خيراً
terlalai lah kaum adam pd musim bola ni dan terabai lah kaum hawa jugak..
ReplyDeleteciter ni best!! hohoho saya terbayang2 zaman kegemilangannya...
ReplyDeletemasa kita muda2 dolu...
syabas bro..1st time buat lawatan ke blog ni!! best2!
hehee....salam brader mintak izin copy. mmg menarik
ReplyDeletebuloeh x rekomen blog atau website yg tulis atau cerita pasal sunnah nabi.....
ReplyDeletesalam bang..
ReplyDeleteko mmg minat naruto yek.. hampir semua watak ko kenal. hehe
Best ar blog ni!
ReplyDeleteP/s: Hamka punya imaginasi yang kuat!
salam
ReplyDeletepunyalah panjang ko punya mimpi,
nampak gayanya mimpi jelah kita nak nengok masjid penuh solat jemaah!
cuba tolong bagi idea yang bernas camana nak penuhkan masjid,try and error dulu,lama lama kita akan dapat jugak solutionnya.
kalau gash tak berkesan tukarlah cara lain pulak,janganlah guna cara yg dah terbukti tak berkesan..
ps. kau kan doktor..kalau ubat yang ada tak berkesan, tukarlah ubat lain pulak!
.....baca komen dulu..
ReplyDeleteBijen M.
ReplyDeleteTak lah, sekarang musim makan ABC..
---------
merduwaty
amin
----------
My Life My World
:)
----------
Ishak Zaini
Tahajjud terganggu dengan jeritan goal..., dan mungkin ada yang bertahajjud berdoa team favoured mereka menang??
-----------
Nabiel
10 tahun lagi aku umur 40.., life begin jika belum jadi mayat..
-----------
RedBoy
Jangan tunggu entry aku yang tak pasti.., tapi keretamayat datang ambil mayat itu pasti, insyAllah
------------
bdak sekolah
kau gelak kat sape?
-------------
.dyana.
Lupa pulak bulan ni bulan rejab..
------------
i-SYA
alamak, kantoi..
----------
apiskarkunz
aku menepuk dengan kuat, lalu terpecik kat muka korang semua..
------------
eRaY
k
---------
atap_aje
takde Tv, tengok atap je le..
---------------
ibnu dinar
tapi...
buatlah 5 amal masjid..
--------------
=wonders=(◕‿-)
Genggam bara api...,
-------------
Mohd
Kirim salam kat messi
-------------
...antikapel...
Kena hujan dah demam, belum kahwin lagi tu?
--------------
ShaZlan
ish ish ish...
--------------
azharjaafar
ok, akupun sokong team yang menang..
--------------
-rom@parsi
Kalau tak sungguh tak kata,
Tapi nak katapun tak kena, sebab kalau kata kena tepat batang hidung!
--------------
zulkbo
selamat naik keretamayat(blog)
-----------
p3chandan
ye ke? Mandi wajib macam biasa jer..
----------------
Nor Lia Dea
Masa kita muda?
Di manakah masa mudamu di habiskan? (soalan di padang mahsyar)
-------------
buk
blog azharjaafar..
---------
lobai cool+hensem
-(((kalau gash tak berkesan tukarlah cara lain pulak, janganlah guna cara yg dah terbukti tak berkesan..)))
Kalau kau solat hajat dan tak makbul, kau tukar cara lain tak?
Kejayaan dakwah, bukan di ukur dari ramainya orang yang ikut kita, tapi di ukur bila kita Berjaya ikut cara Nabi.., sampai mati..., relaklah bro, Nabi nuh buat ghast 950 tahun, 83 orang ikut, pun Allah kira Berjaya.., ada Nabi yang takde orang ikut, pun Berjaya gak.., yang kena bunuh, pun Berjaya..
Siapa yang buat dakwah dengan niat nak orang ikut, akan dapat dua perkara: marah dan putus asa..
Buatlah dakwah kerana Allah semata mata, orang ikut, tak ikut, kena maki, kena bunuh, jangan ubah cara Nabi.., sebab tu pesan Nabi, genggam bara sampai jadi abu...,
ps. sebagai doktor.. kena yakin yang bagi sembuh adalah Allah, jika ubat dah betul dan tak sembuh jugak, maka itu adalah kehendak Allah semata mata.., rujuk kisah Nabi Musa sakit perut dan makan ubat yang betul tapi masih sakit jugak sebab salah yakin.
lobai cool+hensem,
ReplyDeleteistighfar tuan!
terbaek bro...
ReplyDeletedulu aq x penah ponteng kelas sains, tapi x penah gak dengar induced hibernation, hibernation tuh penah la...
ngehahhaha
tapi xpe, aq wat2 paham jek... mcm same je maksudnye... hohoho
ter'bayang' semua tuh... <--- bukan terbayang pompuan berpurdah dalam gelap dan perempuan cantik jalan malam... har har har
demam ni memang teruk. kerja pun mengantuk.
ReplyDeleteentry berteknologi tggi ni sy da copy tau
ReplyDeletehehe
mintak halal ye
Assalamualaikum
salam semua...
ReplyDeletesy tak suka sgt tgk bola dan sibbaik hb pun tak minat..
takder slahnya minta tgk bola nih tp jgn lar sampai berjaga sepanjang malam, bila pagi tak bangun solat subuh..kalo jerit2 pun berpada2 lar jgn sampai mengganggu tidur lena jiran sebelah..
* sy lebih suka tgk bola dalam berita..ringkas dan padat...woha
Zaman sekarang ramai yang ingin mencipta nama tetapi tinggal agama........ Esok ada final tu pun usaha utk dunia jugak....
ReplyDeletesedih gler org msia skg ni...kritikal ni...wawawa(nangis)
ReplyDeletekopi ye...mnx halal
salam. sorrylah sifu
ReplyDeletemintak maaf kalau bahasa aku menyinggung perasaan kau.
aku cuma bagi cadangan je.itupun macamana yang aku paham.berdakwah bagi aku mengajak orang,kalau kau ajak orang dengan cara yang orang tak suka itu bukan salah dakwah itu mungkin kelemahan kita dalam berdakwah.
nabi pun taklah bermati matian pertahan kan mekah,bila nabi rasa keadaan dimekah tak selamat maka nabipun berhijrah kemadinah,
mungkin aku terkasar sikit kat ayat tu, apa yang aku maksudkan korang mungkin boleh berhijrah kecara yang lebih efektif,tak salah kita gunakan kreativiti dalam berdakwah.
ampun maaf,atas kekasaran dalam menulis,janganlah terasa pulak.
salam ukhwah,moga hati kita sentiasa menyayangi sesama hamba
cara yang paling efektif dan berjaya adalah cara nabi, cara ni releven sampai hari kiamat. Peace... :D
ReplyDeleteatap aje, aku miss the moment tgk ko naik moto masa kt SP, masa ko nak balik kot
ReplyDeletenape muka ko mcm edry KRU hehe
Nk copy.. jazakallah
ReplyDeleteSedih aku tengok zaman sekarang nih.
ReplyDeleteserious sedih, serious lain dari zaman dulu.
idea hamka terbaek. hehe.
salam..
ReplyDeleteberkumpullah seluruh cendikiawan, ulama mahu pun saintis, untuk membuat satu formula selesaikan masalah umat manusia, SAMA SEKALI TIDAK sama dengan kebijaksanaan, kepintaran, hikmah dan ultimate solution kepada masalah ummat yang telah Nabi Muhammad SAW tunjukkan,
Hal ini adalah tunjuk ajar penyelesaian masalah dunia dan akhirat dan telah mendapat bantuan Allah swt. DIIKTIRAF SELAMA-LAMANYA
-maka kembalilah kita pada susur payah, fikir risau sebagaimana yang telah cuba dibangkitkan kembali oleh jemaah Ahli Sunnah wal Jamaah.
-rom@parsi
lobai cool+hensem
ReplyDeletecuba baca entry ni, bab nabi hijrah dan kaijain dari Phd prof zaman itu:
aku copy paste jawapan email yang pernah aku tulis pada orang yang bangkit isu nabi hijarh sebab ubah strategi:-
*****
copy/paste
terdapat dua conflict yang sering melanda manusia..
i) Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah..
ii) Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah..
Akibat Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah, akan wujud seorang manusia yang berlagak berdiri di atas kaki sendiri, sering memuji kejayaan diri, berjalan dengan sombong dan angkuh, dan terus hidup dalam keadaan menolak takdir yang akhirnya membuka jalan ke neraka...
Akibat Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah pula, akan wujud seorang manusia yang was-was atau syak dengan kebenaran lalu menunaikan ibadat dalam keadaan conflict seterusnya sebagai azab dia akan tercegah daripada Sunnah, dan setelah mereka meremehkan sunnah, sebagai azab, mereka akan tercegah dari fardu, dan akhirnya tercegahlah mereka daripada Mengenal Allah yang akhirnya membuka jalan ke neraka...
Naduzubillah...
Aku tak perlu tunjukkan contoh orang yang Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah lalu mengakhiri hidup dengan menjadi mayat bunuh diri..
Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...
Sebagai contoh, seandainya adalah sorang professor atau kita semua yang hidup zaman Nabi dan buat research untuk layakkan korang dapat PhD..
Dan kita ambil satu daripada Perintah Allah sebagai kajian kita, dah tentu pada permulaan islam, perintah Allah yang pertama adalah buat Dakwah dari hati ke hati, face to face, door to door..
(Maaf, kerana bunyinya agak ‘tabligh’, tapi aku tulis tentang sunnah, dan korang tolong jangan jadi SLOW,)
Maka bila kita lihat Nabi kena pukul, kena ludah, kena baling najis, dan sebagainya, maka kita mula sangka buruk dengan perintah Allah, kerana kita nampak Nabi macam ‘gagal’..,
Naduzubillah...
(bersambung)
(sambung balik)
ReplyDeleteBeberapa tahun kemudian kita dapat tengok pula orang yang ikut Nabi kena siksa, kena azab, Bilal di cemati, Summayah di bunuh dan berpuluh lagi nyawa ummat islam terkorban, namun ada Nabi ubah startegi? Ada Nabi di landa conflict macam korang? Cuba laksanakan Dakwah dengan cara kepala otak pula? Tidak sekali-kali, Nabi faham perintah Allah...
Yang jadi masalahnya apa yang manusia semua duk pikir waktu tu?
Orang mekah fikir Nabi dah gagal buat dakwah, kena pulau dilembah Abu Muatalib selama tiga tahun, kena boikot sehingga orang islam ada yang mati kelaparan, ada pulak yang lari ke Habsyah, lepas tu Nabi pergi berdakwah di Taif, kena rejam dengan batu sampai cedera sini sana..
Naduzubillah, jika kita ada zaman tu, kita jadi orang munafik kot kerana sangka buruk dengan perintah Allah dan takdir Allah, timbul konflict dan ralat melihat apa sudah jadi pada ugama islam? sudahlah dakwah tak berkesan, Nabi kena rejam dengan batu pula..oh!
Walaubagaimanapun, Nabi menangis dan berdoa dengan penuh sangka baik pada Allah dalam takdir Allah dan sangka baik dengan semua perintah Allah..
Doa Nabi selepas di rejam batu kat Taif.. (lebih kurang maksud):-
“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”
“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”
“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”
“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”
“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”
Paham tak?
Jadi begitulah kita manusia, selalu sangka buruk dengan Takdir Allah dan juga perintah Allah, yang mana akhirnya membuka jalan ke Neraka..oh!
Cuba lihat lagi di akhir dakwah Nabi di mekkah, setelah 13 tahun buat dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., semua orang Mekkah pakat pakat nak bunuh Nabi pula.., yang mana akhirnya Nabi ‘lari’ ke Madinah..., (hijrah sebenarnya)
Maka korang dan Professor tadi tutup research dengan membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad SAW telah gagal dalam menjalankan kerja dakwah baginda setelah di rujuk kepada kesan ke atas penduduk Mekah yang menjadi medan dakwah Nabi selama ini.. (Nauzubillah)
Yelah, orang yang ikut Nabi ramainya golongan hamba, ramai pulak kena bunuh, dan Nabi sendiripun nak kena bunuh.. bla bla, itu ini begitu begini..
Selamat terima ’PhD’ (pala hotak dungu!)
Hampeh!!!
(bersambung)
(sambung lagi copy/paste)
ReplyDeletePadahal cerita baru bermula..., itulah perasan pandai.., mari sini aku cerita!
Cerita yang baru bermula adalah, Allah menjanjikan tiga perkara kepada mereka yang buat dakwah cara nabi..
1) Iman akan meningkat.
2) Hidayat akan tersebar
3) Terlepas dari tuntutan Ummat di akhirat..
Kita bincang lain kali tentang ‘Iman meningkat’ dan ‘Terlepas dari tuntutan Ummat’.., kita pergi pada bab ‘Hidayat akan tersebar’...
Sebagai contoh, apabila nabi Musa a.s, berdakwah pada firaun dan Firaun enggan, lalu menghatar 1000 ahli sihir menentang Nabi Musa a.s, nampak ‘macam’ gagal, tapi dengan kehendak Allah, semua ahli sihir dapat hidayat dan mati dalam iman..
Apa yang kita tak faham, bagaimana sungguh-sunggunnya akan Dakwah nabi Musa kepada firaun sehingga datang 7 bala, firuan tetap dengan pendiriannya, tapi dengan sekelip mata Ahli sihir Firuan pula mendapat hidayat Allah..
Ini yang kita tak paham...
Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!
Iaitu kita buat dakwah kat orang lain, tapi hidayat tersebar kepada orang lain, kenapa?
Kerana bila kita buat dakwah macam Nabi maka akan wujud medan hidayat, macam magnet, yang mana siapa yang nak pada hidayat, maka dia akan tertarik kepada hidayat., Ini yang kita kena faham..
Begitu lah dengan penderitaan 13 tahun Nabi di Mekkah, yang orang kafir anggap nabi sudah gagal, tapi setibanya Nabi di Madinah, telah wujud satu kaum besar yang sedang mendapat hidayat berterusan dari Allah, sedia bantu Nabi dan rela berkorban nyawa untuk tegakkan ugama, walhal, nabi tidak pernah berdakwah di sana..
Ini yang kita tak paham...
Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!
Hari ini ummat islam inginkan Negara islam seperti Madinah, berjuang dengan bermacam-macam strategi, tapi hajat tak tercapa jua, kenapa? Kerana apabila tuan inginkan ’Madinah’, di mana 'Mekkah’ tuan-tuan?
Kenapa abaikan Mekkah untuk dapat Madinah? Bukankah akhirnya Madinah kembali keMekkah dalam peristiwa fatal mekkah,?
Dan ‘mekkah’ itu ada depan mata tuan-tuan, iaitu dalam dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., hidayat akan tersebar ke seluruh alam..
Itu yang kita tak faham…
Apa lagi nak di kata?
Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...
Ada tiga Perintah Allah yang banyak menimbulkan conflict dalam diri Ummat islam..
1) Dakwah cara Nabi (hati ke hati, face to face, door to door..)
2) Solat berjemaah (bagi lelaki) dan solat awal waktu(bagi perempuan)
3) Aurat lelaki dan wanita (pergaulan)
Jika di rujuk pada hadith tentang ketiga-tiga perkara di atas, banyak hadith yang menceritakan kelebihan dan ganjaran kepada mereka yang berjaya buat dakwah cara Nabi, solat berjemaah dan jaga pergaulan, kemudian betapa kerasnya ancaman apabila mengabaikan perkara tersebut, maka ini akan menimbulkan conflict dalam diri kerana melalui akal dan pandangan kita, dalam suasana dunia hari ini, seolah olah ketiga tiga perkara itu sudah tidak begitu releven, (naduzubillah), Dakwah cara Nabi di lihat tidak berkesan, solat berjemaah akan menggangu tugas harian kita, dan Aurat dalam pergaulan akan membataskan idea kreativiti kita…,
Lalu kita cuba cari lagi, belek kitab, tadah telinga, pergi kuliah, tanya ustaz, rujuk ulamak yang hak dan sebagailnya, tapi hasilnya adalah, kita tiada pilihan lain, yang jelas menjadi nyata, yang batil juga terang jalannya, dan kesimpulannya, untuk berjaya kita kena Taat Perintah Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW…
Sebelum syitan dan Nafsu mengusai jalan dalam tindakan, pulanglah kita dengan menyerah diri kepada Allah dengan bersangka baik terhadap dua perkara ini, iaitu:
1)TAKDIR ALLAH
2)PERINTAH ALLAH..
Kerana akal dan fikiran kita adalah di cipta oleh Maha Pencipta, maka siapalah kita untuk Melangkau Yang Maha Pencipta..oh!
Pulanglah dan bertaubatlah…
kaizen shinobi
ReplyDeletekatanya, mereka dah buat kat anjing kaedah ni, lepas tu aning tu jadi zombie..
-----------
Nerzhul
Dulu mereka sebut gila bola, tapi tak best bunyi gila, di ubah jadi deman,, kan?
----------
hainur hapis
walaikumusalam
--------------
mummy batrisyia
o.. begitu.
------------
Taufanganas01
Erk!
------------
faisal
OH
------------
hainur hapis
aku, kau tak Nampak?
----------
Yard
K
----------
Fontonk
Zaman dulu tu zaman air batu ke?
------------
rom
benar!
penyampaian nasihat yg baguz....
ReplyDeletekalo x musim bola sama jugak kan keadaannya...hmmmm dunia semakin tua...
ReplyDeletetakdir ALLAH
ReplyDeletedan Perintah ALLAH
Jazaka ALLAH khir
mdh2an sy dpt amalkan
Assalamualaikum
salam
ReplyDeleteperbahasan sesuatu benda dan fakta bergantung bagaimana kita melihat.
apa yang kau katakan memang benar
dan bagi aku segalanya hanya satu pandangan dari sesuatu sudut.
aku tak kata cara tu salah,cuma aku kata kalau nampak tak berkesan ,mungkin kita boleh gunakan pelbagai cara,tanpa perlu meninggalkan cara yang kita dah pegang sebagai satu cara yang mutlak untuk berdakwah.
aku rasa artikel tu banyak sangat andaian.mungkin kau betul dan aku silap.
tapi bagi aku yang paling penting ukhwah kita sesama muslim sentiasa terjaga.
aku tak suka berbalah sebenarnya.kerana setiap sesuatu ada hujahnya.yang penting kita yakin dengan apa yang kita percaya,tanpa perlu menyalahkan orang lain.
semoga kita semua sentiasa dalam redho Allah.
ampun maaf sekali lagi,ma as salaamah
Salam bro hamka..
ReplyDelete"BOLA" leh jadi akronim utk "Banyak Orang Lupa Allah" ~(merujuk org yg sanggup bangun pagi2 semata2 nk tgk bola, tp nk bangun solat punya la payah..)~
Sy pn layan jgk bola ni. hehe.. Tp Alhamdulillah msh mendahulukan yg wajib..
Apapun, sama2 doakan agar kita sume x lupa pd tanggungjawab kita pd Allah..(^_^)
Anyway, nice post.. keep up da gud work. Chaiyokk!!
Salam,
ReplyDeleteadoi!!! kena sebijik Hamka score satu gol he3..tak dapat nak tepis dah..laju jer dia sumbat gol!
Apa2 pun terima kasih Hamka kerana telah menyumbatkan gol kedalam kepala aku nih..
Piala Dunia ni sekarang aku tgk dah tak terlepas dari berjudi... setengah kaki judi bola ni ada orang panggil dengan nama panggilan abdullah tapi rupanya rupanya nama betul ah chong.
ReplyDeleteBaru aku paham napa orang tua tua dulu tak panggil Tanah Perkuburan cina tapi panggil Jerat Cina.. Bookie besar judi bola ni IBLIS dengan Setan yang bertopengkan rupa manusia..
Nauzubillah!
Bulan Piala Dunia ni elok juga puasa, puasa tak tgk bola
salam =) amin saya doakan ...
ReplyDelete>_<
ReplyDeletemasa istima' pun karkun2 pegi tengok bola...termasukla aku....
Brazil lawan portugal....last2 skali 0-0
>_<
lebai=cool=hensem & hamka..
ReplyDeletehang dua2 aku respek!
jazakallah
layan je bola..tp jgn smpi lupa diri dh..lain r klau msia masuk wc..haha..
ReplyDeletetwo thumbs up!!!
ReplyDeleteMMM... tak minat sangat...tp final nanti plan tengok ramai2 satu famili adalah dekat2 30 orang kat umah ipar...
ReplyDeleteP/s: pernah gak doa dlm solah hajat bagi ziana zain menang AJL...haha..last2 menang kategori Balada jer...jadilah..
masa tu mmg fanatik kak ziana...
rumeerasheedee
org pun layan bola..
ReplyDeletehasben tak tengok sangat..
mcm terbalik pulak..
ape2 pun entry kali ni
mmg mantopp!!
tahniah hamka..
salam,
ReplyDeleteterima kasih dgn komen tambahan en.hamka tu, yg mmbuatkan sy berfikir semula tentang diri sy yg kdg2 tu asik bersangka buruk pada Allah..huhuhuhuu
p/s: hari2 dok motivate dili sendili
~esah~
salam..
ReplyDeletemenang dan kalah bukan tujuan dan maksud kehidupan,..
maksud kehidupan ialah sebagai mana Nabi SAW dihantar ke dunia ini, itulah maksud kehidupan saya..
en.hamka boleh tolong explain.. :)
-reen
Salaam.
ReplyDeleteLaporan sukan yang bersih daripada unsur-unsur 18sx. ;)
minta izin paste link kat fb yer.. Jzkallah~
ReplyDeleteTrpnggil utk bg komen.
ReplyDeleteHijrah Nabi adalah atas perintah ALLAH bkn krn Nabi gagal dakwahkn kaum musyrikin Mekah ttp bila adanya pakatan yg mrancang utk mmbunuh Nabi.Nabi taat perintah ALLAH & d situ ada kjayaan.
Tringt kisah d mna 'umar brtanya Nabi-'adakah ini perintah dr ALLAH.jika ya,kami dgr & kami taat.jika itu keputusan engkau ya Rasullullah,izinkn aku berikn pndapat.
Dlm Quran ALLAH critakn ttg method2 dakwah setiap Nabi/Rasul yg d utuskan-face to face.dan mereka taat.
Pd sy x salah nk bg pndapat.cuma dlm zaman kita ni,pndapat &keputusan syura sgt pnting sbb ijtihad depa ni bkn brlandaskn duniawi bahkn smata2 utk kpentingan umat.so conclusionnya-taat kputusan Amir w/pn kita rasa idea kita bleh d gunapakai krn buah pikiran kita sorng slps ambilkira keadaan skeliling x sama dgn ijtihad syura yg ramai yg amalan mereka insyaALLAH trpelihara & for sure mngambilkira segala aspek.
D beauty of tis 'gerakan/usaha mmbetulkn iman & amal' is w/pn brbeza pndpat tp masih dpt brsatu specially dlm hal iman yakin.so jgn ambik hati instead truskn usaha Nabi smpai & doa kekal dlm senarai org yg buat usaha smpai kita mngadap ALLAH nnti.
-petot-
TERBAIK!!
ReplyDeletenice entry! part makcik promote sabun basuh jenama X tu memang kelakar :) tere laa idea dan jenaka anda
ReplyDeleteeja ros
ReplyDeletetak baguz tukar s denagn z, eh?
---------
hainur hapis
itu sebahagian dari entry lama, cuba baca bab, poligami tu..
--------------
lobai cool+hensem
aku copy/paste entry lama aku, tak edit, bukan tuju kat kau, tapi copy paste, dan sama sama kita belajar..
aku suka ayat kau yang ni
((tanpa perlu meninggalkan cara yang kita dah pegang )))
Bagus, tak salah kahwin dua, tapi jangan abai isteri pertama..
Woha!
----------
Hawa
Peteh Malaysia peteh!
----------
man kuchai
ha ha
---------
tumpang lalu
sabar..
---------
a.j. salam
=)
---------
uan609
jazakallah
-------------
syimah85
haha..
----------
mytafa
peace..
------------
rumeerasheedee
cuba doa keretamayat jadi kaya pulak..
------------
~esah~
Baguslah tu esah..
----------
reen
Cuba baca entry lama..
alfindani
----------
perli Nampak..
----------
-petot-
Pandai.. alhamdulilah
---------
i.am.me
BAIK!!
--------
Shazlin Shaharudin
Apa pulak aku yang kelakar, makcik tu yang kelakar, : )
emmm...baiklah....no more bguz....tapi....BAGUS....TERBAIK..
ReplyDeletehilang tumpuan memandu bila pandang muka messi kat billboard tepi jalan.
ReplyDeleteAllah bagi selamat.
:)
pehhhh terbaik~~ 'makan dalam' .. hehehe
ReplyDelete: )
ReplyDeletesalam,syukran brader hamka..peringatan sebegini memang penting sangat bagi kita umat islam,walaupun kiat minat,suka/cinta kpada bola(aku lahh tu),tapi kita mesti terima nasihat2 mcm ni,sebab kita belum sempurnakan lagi perkara2 agama yg lebih utama untuk kita jayakan..ALLAH SWT berfirman dalam al-quran-wazakkir painnazzikra tanfa'ul mukminin-,selalu kita dgr ayat ni..kan?lagi pulak ALLAH SWT berfirman DALAM AL-QURAN-WAMA HAAZIHIL HAYATUDDUNYA ILLA LA'IBUN WALAHWUN...sehingga akhir ayat..,yahudi kaji ayat ni,dan cipta permainan2 yang boleh melalaikan manusia,khususnya umat islam dari pergi membela agama kepada lalai duduk bersuka ria,esok dihari penghisaban,kita jawab la sendiri kalau sampai akhir hayat kita lum sedar2 lg..sekian,perkongsian dari hamba yg serba doif.
ReplyDeleteAssalamualaikum wr wb Brother Hamka,
ReplyDeleteBoleh saya copy dan masukkan dalam blog.. mintak izin dulu.
Terimakasih
eja ros
ReplyDelete: )
--------
aishah_conteng_je
Astarfirullah..
---------
ain
‘tinggi’
--------
linda
ok.
Bagilah link.
MasyAllah brother, terima kasih.
ReplyDeleteini linknya..
http://conlib433.blogspot.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete