(susah juga nak menerangkan sesuatu kepada mereka mereka yang belum baligh…)
Dalam satu majlis makan malam bersama sanak saudara, seorang budak yang berusia 5 tahun kelihatan baru selasai makan-makan, lantas cuba beredar begitu sahaja namun telah dicegah oleh ibunya.
Perkara ini terjadi adalah kerana: meninggalkan meja makan dengan sisa makanan di dalam pinggan adalah tidak elok pada pandangan mata, bagus sekali ajaran si ibu, lalu di arahnya budak 5 tahun itu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah di dapur,
Malangnya si anak enggan kerana dapur agar jauh dan lampu di dapur pula agak suram, si ibu terus jenggilkan mata lalu anaknyapun dengan berat hati mengambil sisa makanan dan berjalan dalam keadaan teragak-agak menuju tong sampah yang terletak di dapur yang lampunya suram, kelam dan seram…
Sebaik si anak itu tiba hampir satu meter di sisi tong sampah, terus anak itu menjadi pantas membaling sisa makanan ke dalam tong sampah, dan cabut lari sambil menjerit “Hantu!!!!”
Semua orang dimeja makan ketawa melihat telatah budak itu, almaklumlah, mana ada hantupun, tapi mungkin sebab budak tu dah biasa ditakutkan dengan hantu, itu yang jadi Nampak ‘kelakar’ tu..
Tapi aku rasa tak kelakarpun, malahan aku tak gelakpun.., apa yang kelakar sangat dengan melihat telatah seorang budak yang takutkan hantu..,?
Orang yang ketawa pada budak yang takutkan hantu biasanya adalah hantu juga..,
Lalu aku suruh pula anak aku simpan pinggan aku dan pingganya di dapur, dan anak aku, yang berumur 4 tahun selamba pergi ke dapur, buang sisa ke dalam tong sampah, letak pinggan dalam singki, basuh tangan, dan beredar siap menyanyi lagi.., lalu timbul soalan:
Kenapa anak aku tak takut pada hantu?
Sebab aku ajar anak aku supaya takutkan Allah sahaja, (dan juga takut sama aku), Alhamdulillah, setakat ini ajaran aku berkesan.., semua dengan kehendak Allah juga..
Sejak dari kecik lagi, aku dah bagitahu pada anak aku bahawa hantu itu tidak wujud, malahan, aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan!
Aku juga ajar anak aku agar tidak takut kepada gelap, untuk itu aku buat ujian ‘seekers’ iaitu dengan meletakkan mainannya di bilik belakang, tutup semua lampu. Lepas tu aku duduk bahagian depan rumah dan arahkan anak aku, sorang sorang pergi ambil mainan dalam bilik belakang yang gelap, siapa yang berlari di kira gagal (kena pukul), siapa yang menjerit dan menangis juga di kira gagal.., (aku terajang) dan alhamdulillah mereka berjaya mencari mainan dalam rumah yang gelap (di bilik belakang pula tu) tanpa menjerit, menangis atau takut…
Maka senanglah aku tidur berasingan dengan anak anak aku, dan jimat bil letrik sebab anak aku memang suka tidur dalam gelap, kalau bukak lampu, mereka akan merayu agar di tutup, ok.., jimat letrik dan dapatlah aku beramaradana dengan isteriku tanpa perlu bimbang anak ternampak adegan yang teringin orang bujang lihat, dan itu cerita lain…
Ada jugak jam tiga pagi aku pergi bilik air bukak lampu untuk mandi wajib, sekali terlihat lembaga sedang mencakung atas tandas duduk, ingat toyol ke apa?, sekali anak aku daa, selamba berak sorang sorang di malam hari tanpa ganggu ibu bapa, (nasib baik aku tak berbogel masa tu).
So, banyak kebaikkannya bila anak tak takut hantu dan tak takut gelap, jimat bil letrik apa?!
Cuma bila anak aku dah besar, maka dari pengalaman di tadika dan kesan bergaul dengan anak anak jiran serta anak saudara, anak aku dah tanya aku akan apa itu Hantu?
Tapi memang aku dah agak, lambat laun anak aku akan tanya soalan sebegini,
Pada mulanya aku cakap hantu tu macam kucing, so, kucing?, apa nak di takut? tapi bohong sunnat tu cuma berkesan sampai umur 4 tahun jer, dah masuk tadika, anak dah tahu apa beza kucing dan hantu ,maka terpaksalah aku cari teknik lain untuk betulkan yakin anak aku, lalu aku terangkan bahawa hantu itu takde, apa yang mereka cerita dan nampak itu adalah ‘orang sakit’, seperti sakit muka, sakit kaki, sakit perut dan sebagainya…
Dan aku memang tak bagi anak aku tengok cerita hantu, Cuma kadang kadang tu bila muncul hantu dalam TV punya iklan, aku akan cakap kat anak aku, itu orang sakit, yelah, bila muncul hantu dengan mata terjulur keluar, aku cakap kat anak aku bahawa itu orang sakit mata, jatuh motor.., kalau ada hantu dengan taring dan siap ada darah, maka aku cakap itu orang sakit gigi, sebab tak gosok gigi, jika ada hantu dengan muka buruk, aku cakap itu orang sakit muka, kena api, main mancis! Woha!
Dan dengan konsep ‘orang sakit’ ni, aku tengok anak aku tak jadi macam anak saudara aku yang lain, malam malam tak menangis nak kencing, tak takut tidur dalam gelap atau tidur sorang-sorang dalam bilik, Alhamdulillah, Malahan, anak aku juga jadi teruja bila aku bawak mereka ziarah orang sakit, mereka nak tengok orang sakit yang mata terjulur keluar, atau muka buruk, tapi aku cakap, orang sakit cam gitu tu tak boleh tengok sebab doctor dah bungkus tak nak bagi darah keluar, jadi mereka hanya dapat tengok orang sakit takde kaki atau sakit biasa-biasa jer…
Tapi anak aku sekarang dah darjah satu, dan konsep ‘orang sakit’ tak sesuai untuk hantu yang terbang dalam TV, atau hantu yang tiba tiba boleh ghaib, lepas tu ada “ceplos” lagi.., di tambah lagi cerita dari kawan kawannya yang menonton cerita seram dan bercerita sama anak aku, so anak aku, Tanya lagi, tak kan orang sakit boleh terbang? Tak kan orang sakit boleh magic (sekajap hilang, sekejap menjelma), atau boleh menjadi asap, boleh bertukar rupa dari perempuan cantik kepada lembaga hudoh..,
Maka, untuk atasi masalah ni, aku terangkan pada anak aku tentang dunia filem.
Sebagai contoh, sebelum ini anak aku memang suka tengok filem Dinasour, Jurassic Park, jadi.., kebetulan dalam DVD ada part “The Making” maka ada dokumentari tentang bagaimana Steven Spielberg ‘cipta’ dinasour, robot, CGI, Pupppet dan lain lain.., anak aku cukup teruja tengok “the making” sampai ulang tengok lagi,
Terima kasih jugak kat PetroSains yang aku pergi baru baru ni di bangunan Yayasan Pahang, ada satu Dinasour yang tiada kulit, nampak kaki dan tangan yang di buat dari robot, siap ada remote untuk pengunjung gerak gerakkan, maka anak aku dapat belajar bahawa apa yang mereka lihat di TV adalah “kesan kkas” (special Efect) dan tahulah mereka bahawa, dinasour, raksasa, ultraman, superman, ceplos, hantu, dan lain lain, semuanya adalah tipu, semua itu adalah kesan khas, teknik kamera, hanya lakonan dan tak wujud…
Jadi, anak aku percaya bahawa hantu itu sama tipunya dengan kewujudan Ultraman, dinasour dan lain lain.., semua itu lakonan semata mata..
Syukur Alhamdulillah, bolehlah anak aku teruskan tidur sorang sorang dalam bilik, dan dapatlah aku peluang beramaradana dengan lebih selesa dan sejahtera.., woha!
Oleh sebab itu, jika korang ada anak, ajarlah anak takut kepada Allah sejak dari kecik lagi.., jangan sampai anak kita takut pada hantu jauh lebih takut pada Allah, iaitu bila mereka dah besar, anak remaja perempuan tak takut langsung pada Allah siap pakai seksi-seksi sambil mengaku “akulah makhluk tuhan, yang paling seksi”, siap menyanyi tu!, naduzubillah, tapi bila dengar cerita hantu kopek, terus takut sampai mengigau ngigau dalam mimpi siap ramas kopek sendiri!, macam-macam hal korang ni!
Yang lelaki pulak, selamba tinggal solat, tak takut langsung hinga pakat pakat tinggalkan solat secara berjemaah, tapi bila nak pergi kencing berdiri bawah pokok, terus jadi takut kat hantu jembalang lalu mengaku sebagai anak cucu jin dengan mintak izin pada ‘datuk’ sebab anak cucu nak tumpang kecing berdiri…, bila masa ntah nenek korang kahwin dengan jin? Tak ke Hampeh?
Walau bagaimanapun,
Aku ada jugak masa masanya ‘takut’ pada hantu, ini semua berlaku apabila aku ingin menyelesaikan masalah yang melibatkan formula yang complicated.., sebagai contoh, dalam menyelesaikan masalah elektronik, untuk membaca nilai perintang berdasarkan warna yang berbelang belang, maka aku akan ingat cerita ini:
“Haji Pak Mat Orang kaya Hendak Beli Ubi kayu Putih” yang mana Huruf di hadapan akan mewakili warna nilai perintang iaitu:
Haji = hitam-0
pak = perang-1
mat = merah-2
orang = oren-3
kaya = kuning-4
hendak = hijau-5
beli = biru-6
ubi = unggu-7
kayu = kelabu-8
putih = putih-9
Atau untuk versi English:-
Big = black-0
Boy = brown-1
Rape = red-2
One = orange-3
Young = yellow-4
Girl = green-5
But = blue-6
Very = violet-7
Gently = grey-8
Why = white-9
Woha!
Begitu jugak untuk bab lain, macam dalam bab ugama, rukun kahwin, aku guna formula SISWA..iaitu..
S-Suami
I-Isteri
S-Saksi
W-Wali
A-Akad
Jadi senang! ingat SISWA ingat rukun Nikah!!
Kalau Tok Kadi tanya kelak, tak susahpun..
(Nota untuk Mua’alaf 1: Kebiasan perkahwinan di Malaysia, sebelum Akad Nikah di jalankan, biasanya Tok Kadi(jurunikah) akan bertanya beberapa soalan untuk menguji tahap persedian bakal suami-harap maklum.)
(Nota untuk Mua’alaf 2: tapi ‘rukun’ kahwin di Malaysia bukan 5, tapi enam, iatu SISWAS, tambah satu S lagi untuk Sijil, kerana Malaysia ni, kalau kau kahwin tapi takde sijil kahwin, perkahwinan kau di kira tak sah!! kau nak kahwin kat Siam ke, Golok ke, Pnom Pheh ke, nak kahwin 4 ke, nak kahwin artis ke, ..kena ada sijil.!!! ni undang-undang Negara…kalau tak kena saman kat makhkamah syariah!!!jadi ingat SISWAS ingat rukun Nikah)
Lagi formula yang aku ingat, adalah berkenaan Rukun Haji, “No Way To Speak Chinese Tamil” yang bermaksud Niat, Wukuf, Tawaf, Cukur, Tertib (maaf, bukan racist, tapi aku sekolah melayu memang tak bercakap dalam bahasa asing)
Lagi Formula yang aku ingat, Man Always Remember Love Because Of Romance Only , eh silap, ini formula untuk rokok MARLBORO, sebenarnya: Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang, eh?!, sama jerr, ini versi melayu… Marlboro jugak, woha!
******
Ok, balik kepada topic, tentang aku yang ‘takut’ pada hantu, ini semua berlaku apabila aku ingin menyelesaikan masalah yang melibatkan formula yang complicated.., dan aku akan takut pada hantu adalah sewatu selesaikan masalah trigonometri, mencari sudut dalam segitiga, mencari hypotenuse dan juga kecerunan…
Bukan setakat “saya takut hantu”, tapi “kakak bela hantu” dan “tok tak bela” juga..
Faham tak?
Sebagai contoh, jika korang nak kena kamilan, 1 per x kuasa dua di tambah dengan satu darab dengan dx, waktu ini korang nak kena keluakan bentuk segitiga dan anggap x bersamaan tangent tita, lalu keluarkanlah formula ini dalam mencari nilai sisi, nila sebelahan dan nilai hipotenus..
Maka waktu inilah aku akan takut pada hantu, lantas terus bibir aku bergerak gerak dengan lafaz “Saya Takut Hantu” , “kakak bela hantu” dan “tok tak bela”
“Saya Takut Hantu” adalah untuk mencari sudut Sinus, Takut untuk Tentang, dan Hantu untuk Hipotenus, manakala untuk cari sudut Kosinus, gunakan formula “Kakak Bela Hantu” yang mana “bela” untuk Bersebelahan, dan Hantu juga untuk Hipotenus, dan akhir sekali untuk Tangen, guna rumus “ Tok Tak Bela”, yang mana Tak untuk Tentang, dan Bela untuk Bersebelahan.. , jadi:-
Saya Takut Hantu: Sinus = Tentang / Hipotenus.
Kakak bela Hantu: Kosinus = Bersebelehan / Hipotenus
Tok Tak Bela; Tangen = Tentang/ Hipotenus
*Tentang=Setentang
*****
Ok, sampai sini dulu, dan sebelum tu aku nak cerita, ada sekali waktu aku tolong adik aku jawab soalan matematik, ketika aku mencari sudut sinus sambil melafaz, “saya takut hantu”, terus anak aku jerit..
“Apalah ayah ni, kata jangan takut pada hantu, tapi, ayah sendiripun takut sama hantu!”
Woha!
Ps: Susah juga nak menerangkan sesuatu kepada mereka mereka yang belum baligh…: )
Alhamdulliah
ReplyDelete1st one to comment
from Ikhtiar Hidup
2nd...esok lar baca..nak balik dah ni..woha
ReplyDeleteaku setuju dengan brader hamka pasal budak2 dan hantu.
ReplyDeleteterkadang memg ibubapa tersilap didik anak pasal hantu.
sepatutnya ibubapa patut menghalang anak2 mengenal hantu.
anak buah aku 4tahun kenal hantu.
mgkn patut aku bagitau mereka hantu tu adalah org sakit.woha..
budak2 spm boleh guna formula dr brader hamka
haha..menarik2..teringat rumus2 tu..tp saya ckp,saya takut hantu,tengok tokwan sunat and satu lagi apa ntah...blur jap
ReplyDeleteKucing_Terbang
ReplyDeleteyearhh!!!!!...top 5!!!..akhirnya!!!..wohahahhahhahaha
salam en hamka..
ReplyDeleteentry yg menarik..dulu masa budak pun, ramai jugak yang menakutkan kita dengan hantu..aduh..kalau ada anak sendiri nanti insyaallah nak didik anak tak takutkan hantu..lagipun tak setuju dengan cara didikan takutkan hantu.. ada sepupu saya, budak umo 6 tahun la.. sampai sekarang takutkan hantu..payah ar nak cakap dengan dia..bak kata hamka payah nak terangkan pada yang belum akil baligh..huahuaa..
aku menyampah sgt2 dgn cerita drama kat tv skrg ni benyak sgt citer seram..
ReplyDeletehantu melayu, hantu omputih, hantu siam, hantu cina..
tahapa2 la..
aku mmg jenis tak tengok citer hantu..
tapi aku geram sangat2 sbb iklan2 promo citer hantu tu memang banyak dan kerap...tak tgk citer2 hantu mengarut tu pun, iklannya byk le pulak
kdg2 geram sbb aku boleh terkejut tengokkan imaginasi hantu dorg dlm drama tu
Salam,
ReplyDeletetenqiu brother Hamka, entry bagus bab didik anak. Actually aku pun fening dalam mendidik anak yang terbagus ni..anak aku yang 3,4,5taun punya la takut mau naik tingkat atas sorang-sorang...setahu aku dan isteri la kita orang tak pernah sebut pun pasal hantu...aku akan cuba formula yang ko bagi ni...ada kemungkinan pengaruh televesion pun ada pada pendapatan aku...
insyaAllah dengan berkat bacaan hadis/Al-Quran dan pembicaraan kisah-kisah sahabat di rumah dengan istiqamah, semoga Allah akan limpahkan rahmat dan hidayat pada keluarga kita dan keturunan kita sampai hari kiamat...
p.s : Mekar moga ko dan keluarga sentiasa dalam hidayat,rahmat dan berkat kurniaan Allah SWT. Ko makin femes sekarang...aku tumpang gumbira. Idea dan cetusan ko tu yang mahal. Aku doakan ko agar dijauhkan Allah dari sifat-sifat mazmumah...
tqvm.
salam
ReplyDeleteAlahai teringat zaman sekolah dulu, kawan2 menghafal susunan logam masa belajar kimia.."aku cop hero filem stan cekodok..bla2 ntah ape2"
heh..nostalgia seorang nenekkk
salam
ReplyDeletewah! gilos.. huahuauha
-takut hantu kopeK!!
...hmm...
ReplyDelete..ada anak karkun yg berumur dalam 3 dan 4 tahun (dua2 lelaki), balik rumah atuknya...oh,,budak2,,mana boleh duduk diam..turun naik tangga..
sekali neneknya bagitau, "jangan naik atas, ada hantu"...selamba jer mereka berkejaran naik atas (tingkat atas).."ayah kata mana ade hantu..kita kena takut Allah je"...
Salam Bro Hamka, Aku kecik2 dulu mak aku selalu ckp, makan jangan bagi tumpah, nanti hantu makan. Jgn keluaq malam2, tak elok nanti kena kejar ngn hantu. N mcm2 lagi. Alhamdulillah, aku dah pandai makan cermat2 tak bagi tumpah, aku jarang keluar malam n yg paling penting Aku tak pernah takut ngn hantu. Sebabnya, aku tau mak aku tipu sebab aku tak pernah jumpa hantu walaupun belakang kg aku org selalu kata ada RAMAIII sgt hantu.Tapi klau aku balik naik bas express, and aku jalan kaki je balik umah lalu tempat yg RAMAI hantu tadi, aku tak pernah jumpa.
ReplyDeleteMasa mematangkan kita tetapi dengan ajaran yg betul. Agar kita dapat membedakan maksud tersirat di sebalik kata2.
Aku sayang Mak aku. ;)
teringat zaman sekolah.
ReplyDeletesinus = tentang/hypotenus
kosinus = sebelah/hypotenus
tangen = tentang /sebelah
saya hafal len sket
saya takut hantu, kawan saya hantu, tolong tolong saya!
nice entry~
aduhai kelaka ler
ReplyDeletepulak.
bagui idea nih..
Tuhan hanTu..
budak2.. org tua pun sama
ramai tak takut tuhan.
romen romen romen..
hehehe... gelak hantu...
Salam bro..
ReplyDeleteaku pun sama.. ajar anak jangan takut kat hantu.. takutkan Allah jer.. masalahnya bila depa sekolah.. abis... terbarai.. satu sekolah cerita hantu termasuk cikgu2 sekali..
tak ke hampesss...
haha. best lak.
ReplyDeletenak bagi formula gak.
saya org handsome. sine= cos/ tan
toa. tan=opposte/adj
cikgu abu hasan. cos=adj/hyp
*wink*
haha, klaka..ok nnt kena ajar anak mcm bro hmka ajar tu spya depa x tkut hntu
ReplyDeletekelakr2 tp bgus
top 20..
ReplyDeleteha3
bgos gk taktik ko
mmg kne semai tkutkan Allah dari kecik
kalo dah beso,susah..
orang penakut gelap memang menyusahkan orang lain,dah tua2 bangka kalau takut gelap memang mengada-ngada la,saya terpaksa sebilik dengan orang yang takut gelap dan hantu,memang menyusahkan orang seperti saya yang takselesa sungguh tidur dalam keadaan terang..ish3..tension
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam bro hamka...kalu guna pendekatan hantu nih, lagi senang kot nak ajar yang belum baligh ( yang dah baligh pun ! ) untuk dengar cakap..hihi..sorry lah, dah 'terajar' adik (umo 6tahun) pasal konsep hantu..harap-harap beliau dapat mematangkan otak beliau secepat yang boleh..insyaAllah
ReplyDeleteps:huu..teringat kubur=banyak hantu ( err..bukan banyak mayat ke?),kos=bawah/hypo, toyol=tadak baju...tangent=tentang/bawah, syurga=tadak hantu....sine=tentang/hypo..;)
salam...
ReplyDeletesusahnya nak didik anak...
terutama zaman generasi skrg
yg sangat global..
Keh keh keh,
ReplyDeleteAku suka rumus MARLBORO versi BM tu. Tak terfikir langsung aku. Yang aku tau rumus rokok lain:
L.A = Lambat Abis
RAVE = Rokok Ada Vitamin E
-hantu berbaju merah jambu berbulu-bulu dan banyak kutu-
salam..
ReplyDeletenape budak2 senan nampak hantu2 ni ek
Best lah semua-semua cerita kat sini! Saya suka!
ReplyDeleteRase nak jumpe hantu kopek!! Mane die hantu kopek!Kesini kamu!! Kahkahkah.
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeletehaha bila wat singkatan utk ingat2 formula ni teringat masa kecik2 dolu..
pelangi :
micheal-merah
jackson-jingga
ke-kuning
hutan-hijau
bawa-biru
ikan-indigo
udang-ungu
HACKS (hanya aku cinta kau seorang)
best2
DUNHILL
ReplyDelete~dunia umpama neraka,hidup ibarat layang-layang~
:PPP
Ahaks!!! Aku pun guna formula tuh (Saya Takut Hantu) masa sekolah dulu...
ReplyDeletePahtu kalo nak hafal warna pelangi:
(Mok Joh Keno Hambat Beruang Itik Ular = Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu)
Sampai lor nih pun guna style tuh kalo nok hafal mende2...
Baguih2...
Top 30 jadilah..budak 2 sekarang memang susah..dulu nurin pun pernah ditakutkan..tapi hantu jadi jadian..kalau lambat tido..papa yang biasa jadi hantu...mama plak duk cerita..pasal hantu belalai kuda..Kuda ada belalai???pelik kan..mama siap suruh bayangkan lagi cam na..Masa tu tak fikir pe dah..Terus tido ..Takut punya pasal...Harap nanti perkara cam nie tak jadi kat buah hati nurin..
ReplyDeleteMALBORO tu kalau tk salah dengar masa umur aku 5 tahun..masa pakcik2ssaudara bersembang dgn kawan2 dia..lepas tu gelak kuat2..aku masa tu tk paham lagi makna rogol..terus pg tnyer kt mak aku..tp mak aku buat tk tau jer..aku tau sendiri makna perkataan tu bila aku masuk skolah ..aduaiii...
ReplyDeleteSkrg ni pulak..anak aku umur 5 tahun baca suratkabar tiba2 ada perkataan LIWAT kt muka depan akhbar tersebut..dia terus tnyer..Liwat tu aper?...pening dah aku..
-HaGiMaRu-
Awak pandai menulis kerana sesiapa yg baca terasa kita betui-betui ikut cerita ni. sebabtu saya suka baca blog, sekarangni saya dah jadi tokwan dah 3 org cucu jadi bila baca teringatlah cucu saya tapi depa tak pernah cakap hantu kat saya, mungkin dirumah depa mak/ayah depa dok baca kitab fazail amal tiap hari. Awak tulis formula tu teringatlah pula saya awal tahun 70an ting5 menghafal siri keaktifan kimia tapi sampai sekarang pun insyaallah boleh ingat lagi
ReplyDeleteHANTU, dulu aku hantu.
ReplyDeletesekarang aku cuba menjadi hamba Allah yg terbaek.
hmmmm.....
ReplyDeletesungguh menarik....
semoga dgn pengalaman/pendekatan bro HAMKA mendidik anak,
dpt dijadikan pedoman dan pengajaran oleh kite sume....
didik anak cara terbaik adalah didik cara RasulullahS.A.W..
untuk keterangan lanjut,
boleh dapatkan kitab 'Didik Anak Cara Rasulullah S.A.W'
di kedai Habib Masjid Jamek Sri Petaling..
Assalam. Ana banyak kali terpaksa berada di pejabat sehingga lewat malam, bersendirian.
ReplyDeleteMemang senang cakap takut hanya pada Allah, namun..belum diuji belum tahu ..he..he..
Al-kisahnya pada satu malam ketika sedang bersendirian di pejabat seperti biasa (selepas Isyak), sedang sibuk buat kerja...ana tertidur dalam keadaan duduk menghadap ribuan fail......
Sedar-sedar jam 3.00 pagi...dan sewaktu tu bulu tengkuk, muka , tangan, kaki..semua yang berbulu...tegak berdiri. Seram sejuk semacam aje...
Segala surah yang teringat semua dah baca..Seram sejuk lagi...
Nak balik... kerja tak siap lagi...esok pagi dah kena submit..
Lastly, dalam keadaan seram sejuk tu ana berdailog dengan perasan ana sendiri.
Ana tanya pada diri ana, kalaulah Allah swt dah takdirkan ana akan mati kena cekik dek hantu...adakah ana boleh lawan ini takdir ?..he..he..Kalau dah takdir kena cekik dek hantu ..siang hari pun dia boleh cekik..tak payah tunggu malam..he..he..
Lepas tu...ana fikir pulak ..he..he.. pak guard yang dah bertahun-tahun kerja kat opis ana ni silih berganti, tak ada pulak yang mati kena cekik dek hantu ke..pelesit ke..he..he..
Alhamdulillah...bila pujuk hati sebegini akhirnya ana ketawa sendirian..Bila kena out station..tidur opis je..he.he..safe budget!
Ana selalu ajar anak ana takutkan Allah dan kata pada mereka setiap kali mereka takut terjerit-jerit tengok segala macam cerita hantu..takut pada siapa? Mereka serentak akan kata takut pada Allah...! Ana tanya lagi.. siapa buat hantu?...mereka akan kata lagi dalam keadaan menjerit, Allah!!!...Aku tanya lagi...Takut siapa? Mereka akan jerit lagi.. Allah!!..he..he Alhamdulillah..
Tengok suka-suka jelah!!...kata anak anak dara ana yang sekarang ni tahap dua alimah di Losong...sambil jelir lidah kat ana dengan muka tak puas hati sebab potong kesuspenan dia yang sedang layan cerita
hantu..he..he..nikmat Tuhan mana lagi ana nak dustakan..
Khalid.
16219062010 doa karo!
elfutuwwah,
ReplyDeleteaku teringat cerita stephen chow yang berlakon sebagai kaki penipu filem apa ntah. Filem tu mengisahkan ada seorang kawan dia minta ajar macamana nak menipu?.Waktu tu Stephen chow tengok cerita hantu kat tv larut malam.Kawan dia tu muncul selepas sembunyi kat belakang tv dan menyamar jadi hantu yang nampak macam menakutkan.lalu dengan slumber Stephen Chow ambil kuali buat pukul kepala kawan dia yang blagak hantu tu dengan tv sekali pecah. Kawan dia tu nyaris2 jadi mayat(dalam lakonan). Sebenarnya aku nak buat lawak tapi tak lucu..tapi kalau tengok cerita stephen chow ni mamng kelakarlah...hehehe:) ngada2 je jadi mayat baru tau!.. takut Allah tak redha,
hehheh nice entry..
ReplyDelete3h raye cine
bdk2 uitm...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedulu2 cikgu aku ajar
ReplyDeleteSaya Takut Hantu: Sinus = Tentang / Hipotenus.
Kau Suka Hantu: Kosinus = Sebelah / Hipotenus
Teh Tarik Sedap; Tangen = Tentang/ Sebelah
woha!!
No=niat
ReplyDeleteWay=wukuf
To =tawaf
Speak=saie
Chinese=cukur
Tamil=tertib
Ikhtiar Hidup
ReplyDelete: )
------------
Mummy
Dah esok dah..
------------
Wan Perlis
Takutkan hantu hanya dibenarkan sewaktu menjawab soalan trigo sahaja..
------------
Mizz_NuHa
tengok tokwan sunat ? lucah betul..
--------------
Kucing_Terbang
Aku sendiri tak dapat top 5..
--------------
MisZ Aien
Nak cerita pasal hantu tipu senang kat budak 4 tahun, tapi nak cerita sinus, kos, tan, tu yang payah..
----------------
faz
sewaktu aku membaca komen korang semalam, aku bukak tv2, waktu tu ada cerita hantu.., tak seram langsung, kelakar..
--------------
abufirdaus
terima kasih doakan untuk aku, kawan.
---------------
kawan karkun
: )
--------------
alang
masa mematangkan kita jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi..
Aku juga sayang arwah Mak aku.
---------------
e-liex
eh, rupanya, bukan aku sorang yang takut hantu..
---------------
nana
oh..
---------------
faizal yusup
ada jugak cikgu yang takutkan budak denagn kiamat dah dekat, (2012 misanlya) lalu budak jadi malas belajar sebab dah nak kiamat dah.., hampeh betul
---------------
mira
*wink*
--------------
Norashikin Abdullah
: )
------------
Ps: komen sampai sini dulu, besok pulak..
Alamak ai..merosot prestasi....no 42...ya Allah bialah aku jadi lebih baik dr semalam dan semakin baik dari hari ini :) redha
ReplyDeletemicheal jackson ke hutan bawa ibu unta = merah jingga kuning hijau biru indigo ungu
ReplyDeleteformula untuk warna-warna pelangi mengikut urutan..hehehehehe
Alhamdulillah, kecik2 dulu aku takut. Sekarang dah hati kering pun.
ReplyDeleteDrama TV sekarang tah apa2 la...hntu jah, jembalang lah, toyol lah,
tak der yang ilmiah langsung.
Contoh lain yang merapu, kes bunuh yang kerat2 baru ni di N9 dan Tganu. Boleh kaitkan dengan sampuk pulak.
Kalau dah cakap sorang2 tu, angau2 tu, depress tu, much more related dengan psikology problems.
Tapi masyarakat kita taboo...semua nak relate dengan kena hantu. Kalau ada ahli keluarga yang bersikap aneh, mula nak freak out. Sepatutnya, bawa jumpa pakar.
Pakar psikologi.
Bini aku cakap, apa yang berita tunjuk adalah sebahagian. Kalau melawat Tampoi, berapa banyak case mcm ni...
Perkara mental ni boleh dirawwwwat. Jangan sampai terlambat.
Woaha..
Aku percaya Agama. Aku percaya Science. Science dan Islam adalah in line. Selari.
sebenarnya dalam budaya kaum kita, yang dimaksudkan hantu tu jin a.k.a hantu=jin. korang tak PERCAYAKAN jin ke? jin tu makhluk ciptaan allah dan kadangkala diorang suka kacau kehidupan anak cucu Adam. korang jangan takbur sangat kata tak percaya benda-benda karut ni, jangan.
ReplyDeleteKalau macam tu boleh korang tolong jelaskan kes-kes histeria beramai-ramai? Ke yang histeria tu berpakat buat kecoh? kita sebenarnya diwajibkan percaya benda-benda ghaib ni kerana diorang tu ciptaan allah jugak. kalau korang tak percaya wujudnya diorang maknanya korang menafikan ciptaan allah. moden pun moden jugak, tapi jangan ikut perangai mat salleh, diorang tak percaya benda-benda ghaib ni. pendek cerita jin a.k.a hantu memang wujud.
p/s: jangan biarkan hidup anda menafikan misteri...
lame tak komen..aku pn takut hantu kecik2 dulu..skg pn takot gak..hehe..moga Allah bagi taufik..papepn citer jangan tegur lagi memang best...:)
ReplyDeleteDengan niat pengkayaan ilmu dan pemantapan akidah (tanpa perasaan for stimulating discourse).
ReplyDeleteBerdasarkan ilmu yang sedikit, saya sedar ada disebut ifrid dalam an Nahl untuk kisah memindahkan singgahsana antara Balqis(dalam qURAN TAK SEBUT PUN NAMA balqis) dan Sulaiman.
Ada juga sebut Qarin, dalam Az Zukhruf, kalau tak silap.
Ada juga banyak cerita Malaikat.
Ada juga disebut iblis.
Jadi aku percaya WUJUD makhluk Tuhan (Allah) yang entah seksi atau tak. Woaha.
Tapi, tak lah sampai tahap yang makhluk tersebut boleh mendatangkan mudharat kepada manusia mcm dalam TV.
Sihir juga aku percaya wujud.
Tapi tanpa izin Allah, siapa tahu keberkesanan.
Sihir mcm drug yang disalahguna juga.
Apa apa lah, point is, janganlah nak dogmatic sangat dengan makhluk halus ni semua sampai overshadow kekuasaan Allah.
Bukan perasan moden. Sceince adalah alternatif.
Terus terang, aku banyak kenal agama melalui science.
ok lagi satu.
ReplyDeleteIni formula kelakar yang kawan aku ajar masa kecik.
Sebut HANTU HANTU HANTU banyak kali...
nantii akan jadi hanTU HANtu hanTU HANtu hanTU (sebut sampai penat...)
selamat beramal.
alahai...sapew tu yg anymous ni...diaorg bukan xpercaya benda2 ghaib la..ini la salah soruna perasan unik..diaorg percaya cume diaorg xtakut je benda tu...paham ke tidak ni....diaorg belajar untuk tidak takut kepada benda2 gitu coz diaorg nak terapkan dalam diri untuk hanya takut kepada Allah.
ReplyDeletekalau xphm lagi xtahu la aku nak ckp.
ape le anonymous atas td..
ReplyDeletememang la setan,jin dll di alam ghaib ni wujud...
apa la hg ni....
bro hamka mau kasi anak dia takut hny pd Allah n bukan pada bnda selain Allah...
bukan ke kite ni kene takut hanyasenya pada Allah aje...
dlm kes bro hamka ni,anak die masih kecil..
plg penting kene terapkan supaye takut dgn Allah..
pasal pecaye dgn hantu jin ni xperlu diajar..
itu nanti ble anak die da besar insyallah akan tau...
yg mane lebih utama kene terapkan?????
takut hanya pada Allah or percaya jin??
lu pikir la sndiri.....
salam
ReplyDeleteHantu selalu dikaitkan dgn waktu atau keadaan gelap.
Dalam agama pulak, 'gelap' adalah lambang maksiat/keburukan. (zulumat)
Nak halau 'kegelapan', camne? Cukupkah sekadar kata "pegiii kau!"
Budak2 belum baligh pun tau, nak hilangkan gelap kena bawa cahaya...
Likewise, nak jauhkan/hindarkan maksiat(kegelapan) dari diri, keluarga, masyarakat, negara, bawalah 'cahaya' dalam kehidupan. Contoh amalan yg ada cahaya?
Bacalah Al-Quran dan hadis (Fadhail Amal) hari2 kat rumah, surau, masjid...insyaAllah rumah2,surau2, masjid akan bercahaya di mana penduduk di langit akan melihat tempat2 tersebut bercahaya seperti penduduk di bumi melihat bintang2 bercahaya di langit..
Amalan sunnah juga akan bercahaya... kalaulah seluruh orang Islam mengamalkan sunnah, sudah tentu bercahaya2 alam ini..
tapi malangnya kita anggap sunnah itu sunat (tak buat tak dapat pahala), maka kita terus dalam kegelapan sehingga sesama Islam pun kita saling "berlanggaran" dek kegelapan...
Ada yang kata orang tabligh buat amal ma'ruf je tapi takde nahi mungkar.., kesian.. tak nampakkah mereka (gelap?) orang tabligh (depa yg panggil org tabligh) cuba bawa 'cahaya' untuk menghalau 'kegelapan'...
Oh Allah, tunjukkanlah yg haq itu haq dan berilah petunjuk pada kami untuk mengikutnya dan tunjukkanlah yang batil itu batil dan berilah petunjuk untuk kami menjauhi kebatilan...
ho ho
ReplyDeleteG : Golongan
O : Orang
L : Lemah
F : Fikiran
Hoii sape yg cipta formula nihhh?
Ada juga suami yang takut isteri. Mungkin itu cerita lain kot?
ReplyDeletetolong explain. hantu kopek tu apa? apa kaitan ramas kopek?
ReplyDeletekopek buah?
ya allah...dia keluar formula add math pulak..........
tips ni berguna untuk diri sendiri. sebab kadang2 drive balik tgh malam tiba2 teringat hantu comel2. ngeh..
tapi lagi takut lelaki jahat dan perogol bersiri dari hantu.
ciss..hantu punya hantu...
ReplyDeletengeh3..
aku cakap kat anak aku, hantu hanya ada
ReplyDeletekat dlm tv dan kepala(otak)masing2.
sape letak(pikir) hantu kat dlm kepala,dia akan nampak hantu.
sape tak letak hantu dlm kepala dia tak nampak hantu.hantu hanya ada dlm kepala dan kat dlm tv,takde kat luar..
so far anak aku yg 9,7,6thn ngan baby 11bulan memang tak takut hantu!tu nasihat utk budak belum baligh.
kat org tua yg masih waras aku suruh dia pikir,apalah faedahnya percaya kat hantu.dah berapa kurun org melayu pecaya kat hantu.
bagitau aku satu je faedah yg kita dapat bila kita pecaya kat hantu.nasib baik ada ramai org tak pecaya kat hantu.dapat jugak kita merasa kemajuan yg dicipta oleh org2yg tak pecayakan hantu!kalau semua org pecaya kat hantu aku tak tahula sape yg nak pegi kat angkasa yg gelap tu, sambil terapung-apung merepair satelit supaya kita semua dapat baca blog keta mayat bila kita dah boring tak tahu nak buat apa!
fuzzy
ReplyDeletedulu zaman 90 an, carta lagu hanya 10, sekarang dah 20., so kau kira top.
--------------
J.E.F.R.I
Formula macam tu pun ada..
------------
sweet life
bersusah susah dahulu.
----------
hantu berbaju merah
Ada lagi- Perempuan, engkau rosakkan iman lelaki yang soleh, teka rokok apa?
-------------
Chit Ana
Sebab dunia makin sempit
------------------
Zainalalieff
: )
-------------
aku mmg naĂ¯f,
aku untuk warna pelangi guna formula BI, tapi lupa lak..
---------------
Ibnu Mutalib
KM, bukan keretapi Malaysia, tapi keretamayat..
---------------
Cermin
Mok joh yang jadi mangsa..
------------Nurin
Kuda di planet Pandora ada belalai..
------------
-HaGiMaRu-
Kalau lewat, bos marah, sori bos, saya lewat, tapi tolong jangan liwat..
--------------
Musa
Masa tokwan hafal formula tu di tahun 70-an, anak belum ada di dunia ini, terharu jugak bila ada yang pangkat ‘datuk’ baca blog anak yang hina ini.., dan anak alu alukan sebarang teguran dari tokwan.., terima kasih.
---------------
Germanischer Lloyd
Dulu aku ghostbuster
-------------
Aimanruslan
Setuju
---------------
Khalid.
Boleh sambung baca entry lama aku pasal hantu, yang bertajuk, “jin, hantu dan keranda”
-----------
elfutuwwah,
aku masa remaja suka betul cerita stephen chow yang berjudul, “love and delivery” dan “from Beijing with love”
Lawak gila!
-------------
aiman roslan fspu
: )
----------------
faudzan
cerita hantu berkait dengan Tehh tarik?
chuppp!!tak payah explain hantu kopek tu apa. dah ada kawan explain tadi. huh!
ReplyDeleteaksha
ReplyDeletedi shurga, hari esoknya lebih indah dari hari ini.., dan hari ini lebih indah dari esok, dan hari permulaanya lebih indah dari mana mana hari di dunia..
--------------
Darus Interferon
Aku pernah berborak dengan orang surat khabar, katanya akhbar Metro paling laris, 300 ribu senaskah sehari, kedua utusan dan ketiga Berita Harian...
Kenapa akhabr metro laris, tiga cerita yang orang melayu suka, tahyul, jenayah, dan seks..
Aku melayu, dan tak suka baca metro, kalau berita kematian terus wartawan Tanya, sebelum mati ada aksi pelik tak? Aduhai..
-----------------
Anonymous yang takut pada hantu.
“jangan pandang belakang, jangan tegur, sekarang kau dah tegur.., maka terimalah padanhya, hi hi hi”...
---------------
charisteas86
cerita hantu yang boleh ghaib, dan suka gelak gelak, buat aku boring nak mampos,..
--------------
aimanruslan
tau takpe..
------------
ahlia hubbee
ada juga yang sesat dalam cahaya, hilang dalam terang.., oh..
------------
Ahmad
Bukan suami yang takut isteri, tapi isteri tu yang tak takur suami..
---------------
aishah_conteng_je
hantu kopek adalah hantu tetek atau hantu buah dada, punyai tetek yang panjang dan mengerikan, akan memerah susu dari buah dadanya dan siapa yang terkana percikan susu hantu kopek, maka akan terdapat titik titik merah seperti demam campak.., oh sungguh mengerikan.. hantu kopek juga akan mencari perempuan yang tidur dalam keadaan tidak menutup aurat lalu menggigit buah dada perempaun itu, (itu yang ramas tetek masa mimpi sebab takut hantu tetek gigit) dan mungkin, hantu ini muncul dari ibu yang kematian anak yang menyusu, lalu mengami sakit buah dada yang teramat sangat kerana tiada anak untuk menyusu, lalu buah dada keluar urat yang berwarna hijau, dan akhirnya perempuan itu mati, lalu menjadi hantu kopek... ngeri kan?
------------
lobai cool+hensem
kelebihan takutkan hantu adalah dapat menyelesaikan masalah trigonometri yang seterusnya dapat menyelesaikan masalah merepair satelit lalu dapatlah korang baca blog keta mayat bila boring tak tahu nak buat apa!
Hamka
ReplyDeletesatu soalan
Kalu budak-budak takut hantu senang nak ajar supaya tak takut hantu
yang susahnya nak ajar mak budak-budak supaya jgn takut hantu/gelap
padahal dalam kubur lagi gelap tak takut....dah tu pulak duk sorang-sorang plak dalam kubur
huk.
ReplyDeletekan dah kata tak payah explain.....
brilliant~
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya tak takut hantu.
Saya tak suka kasut buruk sebab tak tahan bau.
Sin = tentang/sendeng;
Kos = bersebelahan/sendeng;
Tan = tentang/bersebelahan.
Tengok, tak payah takut hantu pun dah boleh solve trigon.
semoga saye di beri hidayah oleh Allah supaya x takut awek... hantu xtakut tp aku takut kt awek plak..
ReplyDeletebro hamka bleh kc tazkirah x??
mcm2 perasaan takut bab berkaitan ngn awek..aku sgt takut ler.. takut die tengok aku, takut die dtng dekat kt aku, takut die tym ckp dkt kat aku.... lagi2 yg seksi oh... tidak
aku takut jpgi xdpt tahan aku terkam die..
tu yg aku takut...
dompet letak merate jpg hilag salah pencuri... awek pakai seksi japgi aku x tahan aku cubit buah dada yg masak ranum tu.. br taw
hishsss... astgfirullah
aku takut... bukan pemalu..
formula tu penting...
ReplyDeleteassalamualaikum.bro hamka.
ReplyDelete1)the formula...sempoi....
2)hantu kopek...hahahaha....padan muka aisyah conteng je.org laki memang suka explain yang tu..
3)aku takut gak kalo tepikir.sebab cita hantu kadang ngeri giler.giler betol.
Vanjenazah
ReplyDeleteBukan duduk sorang sorang jer, dalam kubur ada ‘hantu’ yang menyiksa kita, iaitu amalan buruk akan menjelma menjadi lembaga yang manambah siksaan.., oh..
-------------
aishah_conteng_je
alamak, baru baca reply kau..,
err, tuktar versi, hantu kopek adalah hantu yang suka mengopek buah..
amal
wah..
-----------
Norshuhada
Malu aku pada kau, tak takut hantu boleh selesai malah trigo.., aku malu!
--------------
akutakut awek...
engkau bukan takut sama awek, kau ni dah kira pervert, atau hentai.., so, kena puasalah, taua kahwin.
---------
pengembara 8461
tahu takpe..
----------
kundi
dah Tanya, aku jawab ler..
sengal.
ReplyDeleteheee...
kat negeri sembilan tak ada hantu tu masalah nya. tak pernah la dengar.
aku masa kecik dulu kat kg...tandas kg time tu mana ler ader lampu...punya la takut dan seram kat hantu bila "melabur" tengah malam...untuk "elak diganggu" hantu ketika "melabur"..aku AZAN kuat kuat dalam tandas..ohhh...bila dah besar baru tahu berdosa buat macam tu..
ReplyDeletemasa aku skola aku diajar hafal rumus dgn method yg berlainan :
ReplyDeletesaya takut hantu - sin =tentang/hipo
kalau saya hantu - kos =sebelah/hipo
tentu tak susah -tan = tentang/sebelah
haa another method lagi.. yg ni lagi baek dari 'saya takut hantu'
ReplyDelete1.saya tak hafal
2.kalau saya hafal
3.tentu tak susah
TOTO = tipu orang takda otak
ReplyDeletealamak... dh post entry baru.. aku lmbat bc laa :(
ReplyDeletehahha.. anywy aku msh hidup lagi nk bc entry bro hamka..Alhmdullh
aku dh kc kwn2 aku br entry hamka, diorg kate best,aku kate pun cmtu gak.. huhu
tp aku lemah sket sbb bini aku ni, suke sgt kc ank aku takut.. aku dh pesan dh jgnkc tkt die mcm2. xelok..yelah mmg senag nk jg die akn berkepit dgn kite 24j(x merayau2 sbb takut kt hantu) tp dlm kontek lain, mental ank tu mcm di isolated dgn sumtg yg useless...
"xssh pun just teman kan ank nk kencing mlm2..." bini said
"ye abg tau, the point is bukan itu tp kn xsunah takut ank kt hantu tp kt Allah, kenal pun x"...aku jwb
die kenal hantu pocong, hantu malaon,hantu toyol...keliwon nth pebenda ntah lagi.. tp Allah , nabi2, name shbat... aduhhh
mcm dh msk dlm hati palk.. kesan talim bernama tv dlm hati diorg...
puas aku duk promote talim akhirat..panas bontot... sume cpt2 nk blah... nk smbung "talim lain" yg bermula jm 9pm..
xpe2 aku bc sorg lah... nnt korg phm la satu hr nnt..
aku pun br dpt hidayt.. nnt bini aku p 3h masturat phm la sket kot...
(aku pun still takut hantu)
hahhaha....
semoga aku istqmh n ketagih nk kennal Allah dr kenal hantu.. amin
I HOPE MY SISTER WILL READ THIS...
ReplyDeletesumer mak bapak zmn sekarang suke takutkan anak2 dgn hantu...
apsal?
citer2 melayu skan pon mendorong kearah kehantuan..mana la mereka xterpengaruh...jangan tegurle, keliwon la, macam2..bimbang la.budak2 zaman skan cpat trpengaruh...industri filem skan kene improve benda tu..buatla citer2 yang ada pengisian sikit...macam cerekarama..
ReplyDeletealhamdulillah..bagus sekali.. tp kalau sy nk gune formula matematik tu cara lain.. nk tahu? ^_^
ReplyDeleteSeTelaH KaSiH TerTitiS
SeTelaH = Sinus ( Tentang dengan Hipotenus)
KaSiH = Kosinus ( Sebelah dengan Hipotenus)
TerTitiS = Tangen ( Tentang dengan Sebelah)
kan lagi menarik bunyinya 2^_^.. itu formula sy la.. nampak lg romantik..hehehe..
Alhamdullilah...yang pasal SISWA tu berguna time SPM saya thn lepas untuk exam agama Islam..
ReplyDeletesalam bro..
ReplyDeleteni ada lg satu antu yg ptut kte bca yaa sin keliling dia.x pon *bang kt telinga dia nih.tatau r kot2 bro da tau psal blog **** nih.
http://beritamuslim.wordpress.com/.
iya... kadang aku takut juga..
ReplyDeleteMampir ke http://blog-arfian.blogspot.com
saya suka mkn coklat/kfc/bigapple sorang2 tp bukan dlm gelap.. sbb takut hantu hehhehe... takut still ada even dh tua... ni la kesan ckp hantu hari2, tgk muvi hantu and takut kn org/bdk2/ank jiran dgn hantu... hahhaha
ReplyDeleteni bkn kering gusi, da smpai hilang gusi duk gelak bace hang nyer entry! LOL
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaishah_conteng_je
ReplyDeletebukan kat negeri Sembilan, hantu tu dikenali sebagai hantu tetek?
(sekadar bertanya)
----------------
van qif
kau azan dalam tandas? Tak tahu mana syaitan nak lari?, sebab biasanya syaitan bila dengar azan akan lari ke tandas, tapi dalam tandas pun ada azan.., woha!
----------------
Lt. Danny Rock
Terima kasih kepada ‘hantu’ kerana semenjak takutkan kamu, banyak masalah trogonometri dapat di selesaikan..
-------------------
arif yusuf FTMSK
taklim fadahail adalah antara uslub terbaik dalam mencuci hati, (sumber buznama)
--------------
Yuana
Sebab nak senang kerja...
--------------
Raja Norimie Raja Sulaiman
Lama dah tak tengok cerekarama, *dulu, jika aza zizie berlakun, tunggu jer..,
*(Dulu= zaman dahulu, sebelum hilang teruna.)
--------------
wardatul syuhada
SeTelaH KaSiH TerTitiS?
aku pun ada formula baru gak, KETIKA CINTA BERTASBIH..
tapi tak tahu nak guna kat mana, woha!
-----------------
Omar
Akan berguna lagi bila tok kadi Tanya sebelum akad nikah, insyAllah..
--------------
Z@t!E
Aku ada baca dari email yang ada hamba Allah hantar satu entry dari blog beliau tentang pendapat ugama islam tidak benar adalah kerana orang islam ramai miskin. Orang kafir pula kaya raya..
Jika itu pendapat beliau, confirm beliau tidak pandai berfikir atau tak faham konsep, dunia pejara orang islam dan dunia adalah ujian, bila satu entry tu cukup menggambarkan beliau cetek pemikiran, maka tidak perlu lagi peduli dengan apa pendapat beliau, semuanya sampah.., kita tak payah terkesan, tak payah baca apa yang mereka tulis, dan buat apa yang korang boleh buat, jika kenal boleh berdakwah, jika’ berkuasa’, boleh menghukum, dan lain lain..
---------------
BloG @rfian
Gunakan ketakutan itu untuk mencari sudut sinus..
---------------
zamri siflezz
apa apalah..
---------------
i.am.me
LOL
rilex dulu..tenangkan fikiran,jom layannn...
ReplyDeleteShalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan
Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan
BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau lihat dulu
Setebal apa imanmu
Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan
Saya Takut Hantu: Sinus = Tentang / Hipotenus.
ReplyDeleteKakak bela Hantu: Kosinus = Bersebelehan / Hipotenus
Tok Tak Bela; Tangen = Tentang/ Hipotenus
kena tukar ini
Saya Taktakut Harimau: Sinus = Tentang / Hipotenus.
Kakak bela Harimau: Kosinus = Bersebelehan / Hipotenus
Tok Tok Belalang; Tangen = Tentang/ Hipotenus
salam..
ReplyDeleteaishah_conteng_je
bukan kat negeri Sembilan,...
kau memang sukerrrrr sakat Hamka khen..
nah amik..
ReplyDeleteR.O.T.H.M.A.N.S
Ramai Orang Telah Hampir Mati Akibat ..... Sempit
WOHA!
i need u in my life.i love u!
ReplyDeletesaya takut hantu;
ReplyDeletekalau saya hantu;
tak takut sangat;
hehe :)
Salam shbt2..jemput jawab questionnaire bout kriteria pemilihn brgn dlm islam in my blog..jklh
ReplyDeletesaya xtakut hantu..
ReplyDeletetapi hantu takut saya..
senyum baca komen korang..
ReplyDelete(Wan Ismail Nak Skodeng Tetapi Orang Nampak)
WINSTON
saya tak hensem
ReplyDeletekalau saya hensem
tentu tak solo
S=T/H
K=S/H
T=T/S
formula lame2,,ahaha
saya takut hantu
ReplyDeletekalau saya hantu
tolong tendang saya
S=T/H
K=S/H
T=T/S
the good old days
saya takut hantu,
ReplyDeletekalau saya hantu
tak takut sangat <-- sape formule yg same dgn aku ntah2 satu sekolah tak?? jeng jeng jeng~
Just popping in to say nice site.
ReplyDelete