(Aku manusia biasa, ketiak aku masam, tahi hidung masin, tahi lalat hitam dan senyuman aku manis, err maksud aku, aku manusia biasa, ada waktu ketawa, dan ada waktu menangis..)
Aku lelaki normal dalam sejarah hidup di Negara Malaysia, dilahirkan berkaki ayam, kemudian berguling macam ular, lepas tu merangkak macam kucing, lepas tu lagi, bertatih macam beruang sarkas, kemudian, berjalan macam manusia, berlari sepantas T Rex, baligh, berbulu kemaluan, berkahwin, korek hidung, korek telinga, dapat anak, dan kini.., hantar anak ke sekolah rendah!
Anak aku dah tujuh tahun daa, pejam celik, pejam celik, korek hidung, korek telinga, anak aku dah masuk darjah satu!, bercutilah aku di hari pertama anak sekolah,.. macam korang juga yang teruja dengan pengalaman pertama, dah.., hmmm.., Bila tengok anak aku dan kawan barunya berbaris ke sekolah, aduhai.., baru aku perasan, anak aku ni masih kecik Hamka, masih budak budak, kesian dia sebab kat rumah aku layan dia macam orang dewasa, kena marah, kena pukul.., tapi di sokolah, tengok dia berlari lari keliling meja, naik pentas tersipu malu menyanyi lagu Negaraku, berebut beli nasi lemak, oh! Anak aku ni masih kecik.., masih budak budak..
3 hari bersekolah, ambik dan hantar anak ke sekolah di kendalikan oleh isteri aku, jarak dari rumah lebih kurang 10km, jauh juga.., masuk hari ke empat, aku guna khidmat Bas sekolah.., RM50 sebulan, ok, setuju, dan cakap kat anak aku, hari ni balik naik Bas Sekolah, bonda dah tak datang, dan mintak tolong adik perempuan aku yang mengajar kat sekolah yang sama temankan si anak aku naik Bas buat pertama kali dalam hidupnya..
Sedang aku bekerja, tiba tiba dapat panggilan telefon dari isteri aku, nada yang sungguh cemas, sedih dan risau...
“bang., anak kita hilang…”
Innalillahhiwainnailahirajiun…
Macam mana boleh hilang?
Isteri akupun bercerita dengan linangan air mata,.. Driver Bas sekolah
telefon jam 3 15 minit petang bagitahu anak aku takde naik bas.., dan
beliau terpaksa jalan sebab nak kena hantar anak orang lain, aku call
adik perempuan aku selaku guru kat situ, katanya beliau terlambat
sikit sebab ada hal.., cemas, dan sedang mencari anak aku dalam
kawasan sekolah..
Hamka, ujian Allah dah datang.., hari lain orang lain, hari ini, hari aku…
Err..,
. . .
. . .
Apa ugama ajar jika dapat musibah macam ini?
Oh, aku cuba menjadi antara lelaki lelaki terakhir yang beriman di akhir zaman, bila susah, akan datang perintah Allah supaya buat solat hajat, lantas aku terus pergi surau, solat hajat dua rakaat, waktu solat HP bergetar, oh.., anak aku dah dijumpai barangkali?, lepas solat aku periksa panggilan, rupanya SMS promosi celcom, hampeh betul, lepas tu solat hajat 2 rakaat lagi, dan dalam solat lagi sekali telefon bergetar, lepas salam lekas lekas check mengharap berita anak aku dah ditemui, tapi, miss call dari rakan sepejabat.., aku dah tak peduli apa, call bos bagitahu anak hilang dan terus ke sekolah anak aku.., sampai sana, isteri aku dan adik aku sedang melilau
mencari anak aku dalam kawasan sekolah,..
Baik, sekarang kita call semua driver Bas Sekolah yang datang sini,
(senarai Bas ada di bilik guru) Tanya mereka kot kot anak aku tersalah naik
mana mana bas, lalu satu demi satu Bas sekolah dan van sekolah di
hubungi, dan kata mereka, tadi ada sorang budak tu yang naik, tapi
pakcik suruh dia turun sebab nama dia tak de dalam senarai
penumpang.., dan bila tiba nombor terakhir telefon dan driver Bas
memberitahu anak aku takde naik, maka menangislah isteri aku…
“Demi sesungguhnya, Kami uji kamu dengan satu ujian iaitu ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, maka mereka berkata “Innalillahiwainnailaihiraajiuun” (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan
Allah dan kita akan kembali kepadaNya).
(Al-Baqarah 155/6)
Akupun pujuk isteri aku a.k.a pujuk diri aku jugak:
“Relaks, cool.., ujian dah datang, dosa kita banyak, jika begini cara Allah nak ampun dosa kita, nak masukkan kita dalam shurga dan nak selamatkan kita dari api nereka, apa lagi nak di kata?, ada orang anak mati lemas, mati kemalangan, mati di sambar petir, kena culik dan sebagainya.., asyik baca cerita derita orang lain, hari ini giliran kita pula.., semua dari Allah, anak kita hak Allah, dia yang bagi, dan dia yang ambik.., sekarang U cari dalam kawasan sekolah sambil baca zikir Nabi Yunus dalam perut ikan, dan I cari kat luar kawasan sekolah, lepas asar kita jumpa balik dan buat keputusan sama ada nak report polis atau tindakan lain..”
Kemudian, aku terus susur ke semua jalan di luar pagar sekolah\, tejumpa surau aku berhenti solat hajat dua rakkaat, lepas tu teruskan mencari sambil beristigfar, mulut
tak henti henti berzikir dengan istigfar nabi Yunus dalam perut ikan.
Dah habis luar kawasan sekolah aku cari, tapi masih tak jumpa, aku
masih relaks, aku percaya anak aku ni pandai cari jalan pulang, sebab
waktu aku drive kereta, anak aku selalu main teka arah dengan adik
dia, “lepas ni ayah akan turn right”, “tengok, ayah dah turn left,”
“lepas ni ayah akan go straight” dan jika aku tak ikut jalan biasa,
anak aku akan tanya, “ayah nak pergi mana?”, jika aku ke arah timur,
anak aku akan tanya “ Ayah nak balik rumah arwah nenek ke?” atau jika
aku ke barat, anak aku akan tanya “ ayah nak balik rumah tok wan ke?”
Insyallah anak aku tak hilang, beliau mungkin sedang berjalan kaki ke
rumah.., akupun drive kereta perlahan lahan menuju jalan ke rumah..
Ya Allah, tolonglah aku, jangan uji aku dengan ujian yang tak dapat
aku tanggung…, kalau anak hilang, maka banyak benda nak kena fakir,
dan aku tak nak fakir banyak benda, maka tolonglah aku ya Allah..,
Aku tahu aku banyak dosa, mungkin dengan ujian begini akan selamatkan
aku dari api neraka.., tapi tak bestlah ujian cam gini, isk…, ujian lainlah, dan oh, tak sanggup aku nak cadang ujian lain, sebab aku manusia biasa, lemah dengan ujian..,
Relaks, Hamka, semua yang akan berlaku adalah takdir Allah…
Allah know best!
Dijalanan aku ternampak masjid, baru dua hari lepas aku solat isyak
bersama anak aku di masjid tu, akupun berhenti dan cari anak aku dalam
masjid tu, takde.., dan akupun solat hajat lagi.., dah 8 rakaat…
Dulu, Sahabat Nabi bila susah, solat hajat 12 raka’at, maka segala masalah selesai…
Maka tersebutlah kisah yang meriwayatkan akan seorang Sahabat Nabi
Muhammad SAW yang ada anak tunggal bernama Salim jika tak silap, tapi
si anak ini, telah hilang dari jagaan orang tuanya, bukan hilang waktu
pulang ke sekolah, tapi hilang kerana di culik orang jahat..
Sedih, bimbang, takut dan sebagainya telah melanda hati Ayahnya..,
lalu si isteri memberi nasihat agar beliau pergi berjumpa dengan Nabi
Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…
Pendek cerita, Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalui
perantaraan ‘Amal’, dan amal tersebut adalah seperti berikut:-
1.Sabar.
2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)
3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri : La Hau
LaWaLA, hinga HilAzim. Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkan
dengan izin Allah..
Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu dengan tidak berkeluh kesah,
kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat
sebarang dosa dan setiap masa membaca zikir ‘menyerah diri’
sebanyak-banyaknya..
Pendek cerita, si anak dapat meloloskan diri dari penjahat dan membawa
pulang bersama harta rampasan yang banyak…
Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyAllah akan
mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..
Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau
orang tersayang, insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur
dengan takwa, tahan diri dari buat dosa, dan di ulit dengan zikir
menyerah diri, maka Allah akan hilangkan segala bentuk “kehilangan”
dengan mengadakan kembali apa yang hilang…
InsyAllah, selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..
Dah sampai rumah, anak aku masih tiada, dan azan asarpun berkumandang,
aku terus ke surau, dan mengerjakan solat asar bersama wudhu solat
hajat tadi…
Anak aku pulang sekolah jam 3 petang, sekarang dah hampir jam 5 petang, anak
aku belum di temui..,
Hamka, kau banyak dosa, bertaubatlah, sesungguhnya, Allah suka pada
orang yang bertaubat.., kata aku pada diri sendiri..
Akupun menghitung nikmat Allah yang banyak, dan juga menhintung dosa
aku yang banyak, oh! Dengan nikmat hidup dan dosa yang banyak, aku
sepatutnya mendapat ujian yang lebih besar, ini baru ujian ‘suspend’,
relekslah Hamka…
Ada satu cerita, sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan
menaiki unta. Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir.., diapun berlari larilah ke
sana ke mari mencari unta dan bekalannya tapi tak jumpa apa-apapun,
dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring. Dia rasa
macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?.., mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’
Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata! Oh! Alangkah
gembiranya si hamba Allah ni, Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,
(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)
Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata: “Ya Allah
sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”
Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati, tapi tak jadi mati
sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini, Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”
Maka, Hamka, bertaubatlah!!!..., dan demi Allah, Allah lebih gembira
dengan taubat kamu, lebih dari gembiranya kamu jika bertemu kembali
anak kamu!
ASTARFIRULLAHHALAZIM..!!!
Lepas solat asar, aku doa panjang sikit, dan telefonpun berbunyi, SMS Promosi celcom? Telefon daribos?
Aku check, betul rupanya, Boss aku yang miss call, aku call balik dan cakap, anak aku masih hilang., bos aku pulak yang risau.
Lepas tu isteri aku pulak yang call, dan…
Anak sudah jumpa! Yey! Alhamdulillah..
Akupun sujud kesyukuran.., Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Terima kasih, Allah.
Sekian.
*********
CERITA ANAK AKU.
Kita interviu sikit, apa yang dah berlaku kat anak aku, mana kamu pergi daa..?
“Ayah cakap hari ni naik bas, tapi bila H Naik Bas (van sekolah) Pakcik
(driver) suruh turun, katanya H salah Bas.., habis semua van H naik,
semua tak bagi duduk, (H pun panic tak ada bas sekolah, lalu ikut
orang lain balik sekolah) lepas tu H nampak Bas besar, ramai orang
naik, H pun naik, duduk satu kerusi, (dan orangpun mulai turun sorang
demi seorang, bila dah lama duduk dalam bas,) driver pun panggil H "
"Adik nak pergi mana?"
"H nak pergi sekolah Adik A" (A nama anak lelaki aku nombor dua yang bersolah di tadika)
"Kat mana?"
"Kat sekolah adik A lah.."
"Tahu jalan?"
"Tahu, mula mula pakcik Turn rigt, lepas tu, turn left, lepas tu go straight,.."
"Seronok naik bas dik?"
"Seronok…"
"Adik ada duit tak?"
"Ada…"
"Kalau nak turun, adik kena bagi duit.."
Pendek cerita- anak aku berjaya jugak sampai ke tadika lamanya, yang mana adiknya Si
A bersekolah di situ, jarak dalam 8km juga dari sekolahnya.., dan anak
aku bagi RM1 kat driver bas sebab dalam poket ada RM 1 sahaja, bila
cikgu tadika tengok anak aku datang ke sekolah naik bas sorang diri, cikgu itu pun terkejut, lalu call bini aku bagitahu bahawa anak ada kat tadika, bini akupun
berhenti menangis dan aku mula ketawa, kelakar betul budak budak zaman
sekarang.., nak marah pun ada, nak ketawapun ada…
Terima kasih driver bas yang baik hati, bukan senang nak ke sekolah
tadika lama anak aku, sebab jalan kecik, bas tak biasa masuk.., apatah lagi bawak bas dengan berpandu arah dari budak 7 tahun.., dan kelakar jugak driver bas tu sebab cas anak aku seringgit.., tapi aku memang nak ucap terimak kasih banya banyak pada lu bro, dan syukur pada Allah..
Aku happy sekarang, dan Allah lagi Happy bila hambanya bertaubat..
Jadi, moral of the story, bertaubatlah walau sebanyak mana dosa
korang, kerana Allah sangat suuuuuuka!
Sekian:
Ps: ketika entry ini di tulis, anak aku si H, sedang tidur, kemudian dia menangis, akupun pergi ke katilnya dan tanya kenapa? Katanya, kemaluan sakit, bila periksa, aku tengok kemaluannya membesar luar biasa akibat di gigit semut api, (macam macam hal budak budak zaman sekarang...)
terbaca di hujung cerita dulu...ish ish...anak en hamka dah besar kot..
ReplyDeletedugaan yg agak besar di hari pertama persekolahan...tapi dia dah dididik jadi bijak, seakan dah pandai selesaikan masalah sendiri...ni telahan dari orang yg belum bergelar bonda lagi nie.....apapun syukur la dia ditemui semula dalam keadaan yg selamat......alhamdulillah...
ReplyDeletep/s:adik aku pon penah dulu hilang masa kami sefamly p shopping raya....tp akhrnya selamat juga....then tiap kali(tiap2 tahun) p shoping raya kt tmpt tu mesti kami semua x boleh lupa peristiwa pahit tu...huh......
muahahhahahhahahah
ReplyDeletepart last tu buat wa gelak beso!!!
macam2 hal dengan SEMUT skrg ni ~
ish ish ish ~
>>_________<<
hahaha.. cobaaa..aannn!!
ReplyDeleteperghh, mmg cubaan tu bro hamka! semoga bertambah kasih sayang dgn anak bini, lps ni kasi H hapal no plate bas, xla dia silap bas, haha!
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesuspen.. permata yang hilang rupanya.. malam hari menangis..
bila diperiksa.. membesar luar biasa.. akibat digigit.. zaman sekarang.
-woha!.. tidur lah H, ayah dan bonda dah ada permata yang terang benderang.. kena masuk jawi cepat2
-Adam
semua ujian itu datang dari Allah...
ReplyDeletenape la aku still x sedar diri lg??
huhu insaflah wahai aku...
blog bro hamka mmg best...
tahniah bro...
jahat taw semut api tu..
ReplyDeletesemut api perempuan nakal..
mesti jenis yang tak tunduk pandangan..
budak kecik punya pun dibelasah!
ekekeke..
best entri nih!
ReplyDeletesantai dan bermaksud..
so, bro hamka ada marah x anak bro 2? rotan ke?
camne ek cara bro hamka didik anak2...
kongsi boley?
adik comel..lain kali nak jalan2 ajak akak ye.
ReplyDeletealhamdulillah!
ReplyDeleterespek.tahniah.Allahuakbar.
ReplyDelete-respek sbb bro pegang cr agama dlm mhadapi situasi.
-tahniah sbb dh jumpe blk permata pinjaman Maha Esa.
-Allahuakbar, nikmat mane lg yg kite dustakan?
tq bro, entry ni sedikit sbyk ajar aku care utk handle situasi care islam.tqvm! rahmat Allah padamu..
Hencek Hamka..
ReplyDeleteSalam dari AkU..
wah2..suspen2..
aku pown risau gak tdi..
bebudak zaman skang..
hmmm..
AkU pown pernah hlg gak dlu..
ngee~~
ade sje cerita luar biasa kt entri last nih...kipidaut bro...aku belajar seswatu yg baru...sabar,takwa & zikir....
ReplyDeletemasyallah..
ReplyDeletebukan senang sbg seorg hamba akhir zaman ni..
bak maintain dgn ujian Allah spt hilang anak...
huh..hilang duit RM5 pn da mencarut ntah pape ntah..
hanya kekuatan iman je yg dapat menandingi semua ujian2 yg Allah bg..
siapa yg lulus ujian perantaraan 'amal, maka meningkat la iman dia..
anywy ramai2 kne ushakn atas iman masing2 n sediakan org lain untuk usahakan iman mereka gak..
berkat doa ibu ayh beriman.
ReplyDeletesemoga H jadi anak yg soleh.
Amin
di mana adik sharlinie?
setahun dah berlalu...
huhuhu.
ReplyDeleteish3
memg byk nikmat buat org yang bertaubat
cayalah H! dah besar mesti jadik lelaki kacak yang berani. kirim salam! hehe
bila dah ada anak, tanggungjawab makin besar...
ReplyDelete**insaf dah**
ReplyDeletehamka...
doa nabi yunus dlm perut ikan tu mmg mustajab...
slalu aku guna doa tu untuk mencari brg2 aku yg hilang...
hatta pen aku hilang pun aku baca doa tu...berkali-kali...
dan jumpa jugak akhirnya..
=tajuk 'permata yg hilang', igt masa kursus kawin 6 thn yg lalu...
hehe...
Saspen. hehe
ReplyDeleteerm
ReplyDeleteingat si H tersilap naik Vanjenazah ke
bleh la vanjenazah hantar si H depan rumah hamka hehe
mesti time tuh ko suspend kan hehehe
tengok-tengok vanjenazah parking depan rumah ko huhu
Ingatkan tajuk buku tadi! heh!
ReplyDelete-Abu Muhammad-
Haii... mcam-macam hal.. nasib ingat jalan & jumpa driver yang baik hati. Kalau kat KL nih.. macam mana lah nak cari.. yg jahat lagi banyak drp yg baik..
ReplyDeleteAlhamdulillah..segala puji bagi Allah..diatas ujian yang sekejap sahaja..tetapi telah mengentarkan jiwa insan-insan yang dicintaiNya..p/s akupun debar gok..haha
ReplyDeleteSalam Hamka,
ReplyDeleteitulah kita manusia yg diberi cubaan hilang anak sekejap je dp pandangan mata kita, kita rasa sangatlah dahsyat.. sayapun pernah alami ini lemah longlai terduduk.. namun Allah uji sedikit sahaja.. bagaimana kalau kita diuji kehilangan iman.. oh tak dapat nak huraikan.. bersyukurlah sesungguhnya nikmat Allah tak terhitung oleh kita.
Alhamdulillah takder jadi apa2 kat anak..kira dia bijak lar sebab boleh cari jalan pulang..suspen tul..bebudak skang....
ReplyDeleteberdebar baca mula sampai akhir. alhamdulillah anak selamat. syukurlah ditemukan dgn driver bas yang baik hati. besar jasa driver bas tu tolong hantarkan anak encik ke tadika dgn selamat.
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteNabi saw bersabda lebih kurangnya;
Tercucuk duri pun Allah nak ampunkan dosa atau naikkan darjat...
Semut gigit kemaluan??Pheh..!!!
Bayangkanlah betapa banyak Allah swt nak naikkan darjat anak Hamka..anak Hamka tak ada dosa lagi..
Khalid.
p/s :Aku yang patutnya kena gigit...dosa banyak tu...Allah kasihanilah aku.
alhamdulillah sbb da jmpe ank en hamka,...
ReplyDeletesesungguhnya Allah sgt suke pd hambaNya yg bertaubat,..(nasehat utk diri sndiri)
lain macam taste semut zaman global ni.. hahahaha.
ReplyDeleteseronoknya dapat baby ;)
ReplyDeletessh 2,,dtg masalah pergi ke amal bknnya dengan mal..moga Allah bg taufik pd aku utk amal..petang ni pgram maulana shamim di s petaling...blja2 bhgikan mase untuk agama Allah..
ReplyDeletealhamdulillah.. semua selamat..
ReplyDeletetajuk macam 18sx je...
ReplyDeletekadang2 bila sesuatu perkara tu takde dengan kita baru kita terasa nikmat yang Allah kurniakan.
alhmdulillah...sykur..sgt2..... mmg suspen n risau....tapi part yang last...huhuhehehe...pelik2....hahha...
ReplyDeleteAku manusia biasa juga. Tapi ketiak aku tak masam.
ReplyDeleteHa tu la...bila dah jadi baru nak terfikirkan...tapi itu la org kita mudah take for granted...pernah tak tengok mak bapak kat sjkc??? ha cuba tinjau tengok...kalau time sekolah memang sarat barat ngan keta diaorang jalar menjalor...kalau boleh bawak masuk keta sampai kat kelas dah sah2 mak bapak jenis ni antar anak2 diaorang sampai kat krusi meja anak2 diaorang...sebab apa? dia orang tau anak ni aset yg takde jual kat giant ke jusco ke tesco ke atau mana2 hypemarket...!!! semoga jadi iktibar kat kita...bak kata org tua2 beringat sebelum kena!!! tapi takpe... you dah ajar anak you jadi seorang manusia yg pandai berdikari...(p/s: i nak ajar anak i nanti direction gi balai polis so kalau kena colek pun dia tau mana nak lari...hehehe!!!)
ReplyDeleteBerdebar-debar baca artikel ini...
ReplyDeleteerm adeq aku pernah ilang.
ReplyDeletesemoga allah hapuskn dosa ko dan aku. aku doakn ko supaya tk riak dn takbur.begitu juga aku.
sesat bermakna allah hadirkn jalan jauh untuk kite ke destinasi.kite sesat kerana kite sudah berhenti melangkah.
Alhamdulillah jumpa pun si H nie..
ReplyDeleteMemang nur pun rasa saspen jer..Tapi baguslah en hamka..Cara islam yng dipraktikkan buat nur sendiri malu pada diri sendiri..Manusia sekarang telah jauh sebenarnya dari islam..Memang betul kita semua dalam kerugian kecuali orang 2 yang beriman..Terima kasih en hamka..Lepas nie bila nur dalam kesusahan nur akan cuba seboleh mungkin ikut cara islam...Semoga Allah merahmati keluarga En Hamka..InsyaAllah.Bahagia bertemu dengan blog nie....ada jalinan silaturrahim disini...
Nikmat yang mana lagi hendak engkau dustakan??
salam
ReplyDeleteHmm...sungguh suspen. Allah jua yang berkuasa atas segala sesuatu. Kawanku pernah jugak kehilangan anak yg bermain di luar rumah. Bercucuran air mata, tak lalu makan. Suaminya ingatkan, "Hilang anak takpe lagi, tapi jangan sampai hilang iman..". Dah cari satu kampung, akhirnya depa pakat2 azan...dan akhirnya jumpa balik anaknya ditempat yg depa dah cari!
Pernah juga ketika ambik anak balik dari tadika (jalan kaki), masatu nak lintas jalan kat simpang empat...agak sebok. Sebelah kanan, kupimpin anakku yg umur 2 tahun, sebelah kiriku pegang beg anakku dan anakku yg tadika (sepatutnya)pegang begnya...Sekali bila ku melintas, kulihat anakku tidak melintas(dia asyik memandang tempat lain), sedangkan aku dah sampai diseberang jalan. Bila kupusing, terlihat dia tiba2 meluru melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Masatu jugak ada sebuah motosikal meluru laju di jalan yg sama. Nak kujerit..hatiku berkata..dengan keadaanku berpurdah dan suasana yg bising..tak akan membantu apa2. Aku juga tak boleh berpatah balik dalam keadaan yang genting sebegitu. Aku hanya dapat berdoa agar Yang Maha Pemelihara menyelamatkan anakku..kerana hanya Dia yang boleh melakukan apa sahaja...dan aku tak sanggup melihat anakku terpelanting dilanggar motosikal di depan mataku..minta di jauhkan...
Ahamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...anakku yg meluru tadi sempat 'brake' ketika motsikal berlalu laju di depannya. Hanya Allah shj yg tahu betapa ngerinya perasaanku ketika itu...namun itulah, Allah itu maha mendengar permohonan hambaNya selagi kita berbaik sangka terhadapNya dan menyedari akan haqiqat kekuasaanNya yang melebihi segala-galanya.
Teringat satu tamsilan.
Seorang raja kehilangan putranya. Maka raja dalam keadaan gundah gulana. Dayang2 istana menari2 di depan raja untuk menghiburkan hati si raja yang sedang berduka. Tukang cerita, menghiburkan si raja dengan berbagai2 hikayat. Tukang masak memasakkan makanan kegemaran si raja agar baginda tidak bermuram durja. Pendekata, masing2 cuba menggembirakan si raja sehinggalah akhirnya beberapa orang rakyat baginda yang telah berusaha mencari si putera telah menjumpai putra raja yg hilang itu lalu di hantar pulang ke istana. Raja berterimakasih pada semua, tetapi raja sangat2 menghargai rakyat baginda yang telah bersusahpayah mencari putranya sehingga menemukan kembali putranya yg sesat di hutan.(Kes putera degil agaknya)
Begitulah juga, Allah sangat2 gembira bila hambanya yang sudah 'jauh' dariNya kembali bertaubat..datang kepadaNya. Maka sudah tentu Allah lebih-lebih lagi sangat2 gembira pada orang2 yang fikir, risau dan korbankan masa, harta, dan perasaan agar dapat 'membawa kembali' hamba2nya yang 'jauh' itu kepadaNya...berbanding orang yg sebok dengan amalan2 sunat tanpa fikir risau bimbang terhadap insan2 yg 'lupa' dan 'jauh' dari Penciptanya.
Semoga Allah guna masa, harta, dan tenaga kita untuk selamatkan diri dan umat dari kemurkaanNya.
^CT_Anon
Fuhh! Astaghfirullah...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletedugaan sungguh
...
xpe2..len kli kena suh H hafal no telepon yg penting ngn no plat bas...
hehheh...
Alhamdulillah..naseb bek jumpa..cikit jer nak uji hamban-Nya..nak tgk n uji kesabaran pak cik hamka..
ReplyDelete*senyum je - smbil teringat zman adik sy kecik3 dulu*
ReplyDeleteassalamualaikum.. sebelum ini sy pembaca senyap.. hehe...
ReplyDeletealhamdulilah.. sumer selamat..
terbaek bro,wlaopun pnjg lguh nk bce tp bermotivasi
ReplyDeletemula-mula sedih gak bila baca, lepas tu di akhir entry...
ReplyDeleteterketawa pulak...sory hamka..heheh
ok i ambil pengajarannya
aduii kelaka pulak cter ank bro hmka nih
ReplyDeletex pe bro
tarbiah tuh
hehe... best tak story hamka td... akulah mak sedara si H yg sibuk jaga barisan bdk djh 1 lain, sampai lupa anak sedara sendiri... huhu!
ReplyDeleteaku rasa H ni bijak macam bapak dia hehehe. tawakala aje naik bas besar huhuhu.
ReplyDeleteyang aku pelik tu apasal ko tak ajar jalan nak ke sekolah baru huhuhu?
turn left turn right
Salam, dr awal baca n3 ni hati berdebar menanti kesudahan ceritanya. Jika Permata hati yg hilang mmg tak terkata apa. Ana pun pernah kehilangan anak selama 2 jam. Hati teramat risau & sedih.
ReplyDeleteAlhamdulillah..nasib baik jumpa..Syukur~
ReplyDeleteAlhamdulillahhirabbulalamin.
ReplyDeleteMaka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
salam
ReplyDeletemeh kita ajar anak2 kita kenal Allah...sebelum klua rumah, baca doa kluar rumah, baca doa pagi, baca ayat kursi...kalau sesat, doa atau cari masjid/surau...solat n doa...kalau kena culik pun, bagitau penculik tu nak ambik wuduk dan nak solat...ajar anak2 kita yg Allah itu maha mengetahui dan maha mendengar...
haha... anak tuan cukup hebat!
ReplyDeletesaya suka membaca
ReplyDeletesaya suka citer ni
saya suke sume
dari awal sampai abeh....
setiap yg berlaku byk hikmah tersembunyi....
ReplyDeleteKhaizarien Blog @ atie
bro..
ReplyDeleteselesai masalah melalui AMAL
1)paling penting, ajar H direction ke masjid-semua probs leh settle kt cni
2)sblum tido suruh H buat adab tido dlu.hehe
insyaAllah, dalam amal ada kudrat Allah..
bro..
ReplyDeleteselesai masalah melalui AMAL
1)paling penting, ajar H direction ke masjid-semua probs leh settle kt cni
2)sblum tido suruh H buat adab tido dlu.hehe
insyaAllah, dalam amal ada kudrat Allah..
-dr iman-
Komen aku terhadap komen korang secara sekali gus..
ReplyDeleteH dah sihat, kemaluan sudah kembali normal.., (bukan sajer H yang kena, adiknya A pun kena gigit semut, tapi aku tak kena, jangan fikir bukan-bukan..
Lepas kejadian tu, aku suruh anak aku hafal no telefon aku dan bini aku, tapi boleh pulak dia jawab: “alahai, ayah tulis jer dalam kertas, masuk dalam beg, kalau H hilang, H rujuk kertas tu..”
(macam –macam hal budak budak zaman sekarang)
Yang bertanya, macam mana didik anak?
Aku rotan, tapi takdelah sampai berbirat, dan aku ajar anak aku takut hanya kepada Allah, jangan takut hantu, pernah aku buat ujian, letak pensil dalam bilik belakang, tutup semua lampu, dan suruh anak aku pergi ambik pensil tu dalam gelap, jika berlari atau menangis kena buat balik..,
sekarang anak aku tidur bilik belakang dalam gelap, takde hal... dan dia percaya hantu tak wujud (setakat ni)
Lepas tu bab didik anak cara sunnah, mereka ikut kita, kalau kita solat lambat, anak pun akan cuaikan solat, so didik anak dari mak bapak..
last,
Terima kasih banyak-banyak, tempias doa kebaikkan korang kepada aku, akan menutup keaibanku di hari pembalasan kelak,
Terima kasih pembaca..
Ps: Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
salam tuan,
ReplyDeletesatu - dua cadangan tambahan sbgi usaha..
suruh H hafal number plat atau tanda2 unik di bas sekolah tu..
masukkan dlm beg H buku kecil berisi alamat rumah, no tel tuan & isteri, polis dan particular2 penting. kalau jadi sekali lagi (minta dijauhkan.. amin), suruh H samada rujuk buku tu ataupun ditunjukkan kpd siapa2 yg baik hati terjumpa H.
Kita punya asa, ALLAH punya kuasa.
wah2....
ReplyDeleteaku x pernah buat apa yg hamka wat bila barang aku ilang...aku hnya berserah dengan mengatakan "dah tak ada rezki...."
tanpa ada usaha untuk mencari...mungkin aku belum pernah kehilangan orang yang aku sayang....
moga2 hari mendatang lebih baik...
papehal pon, kepada hamka...syukur bangat anak ang tak kena culik...hehe
herm....relax r...aku lau barang hilang cari sambil selawat..pastu t jumpa la...mmg berkesan...
ReplyDeletesungguh ALLAH nak uji ko..
ReplyDeleteaku terfkir td..kalau andai kate satu hari anak ko mmg meninggl(xpe..ajal dh tetap.ni bukn doa bg meninggl cept ke ape ye)
adakah ko akan terus menulis blog ni,n adakah hamka akan terus menjadi manusia yg kelakar huhuhu
tp mmg ujian yg ko dpt tu berat sungguh..bestnye.itu tanda ALLAH sayang keluarga ko..moga keluarga mu dirahmati ALLAH selalu..
adik H mmg bijak gile..aku dh besr pnjg pon xhafal jalan
Aslmkm..
ReplyDeleteBagaimana masalah boleh selesai tak penting, yg penting bagaimana dijaga oleh Allah dalam menghadapi masalah2..
Alhamdulillah.. teruskn mencalonkan diri menjadi lelaki beriman terakhir di akhir zaman..
Assalam. Hamka, aku terbau haruman yg semerbak dari arah Tongi...adakah ia haruman syurga? Khalid.
ReplyDelete...Alhamdulillah jumpa anak nko...kalau tidak, muka sedih Hamka dah masuk paper...geng kete mayat boleh kenal blogger kete mayat..heh..
ReplyDeleteKesimpulan citer..perlu bersabar tiap kali barang or apa2 hilang!
ReplyDeleteSemua masalah pasti ada hikamh d sebaliknya.....sabar jer la...hak3
ReplyDeletebkan jenis yg suke bce blog org..
ReplyDeletetp kamu..
berjaya menarik minat hati ini..
syukran jazilan..:)
------------
ReplyDeleteskar
setuju!
---------------
...antikapel...
syukur bangat!
--------------
aksha
memang berkesan..., macam iklah sabun pulak..
---------------
Ishak Zaini
Gaya pulang ke pangkal jalan, banyak likunya..., doakan aku kekal sebagai calon.
Dan undilah aku, woha!
------------
Khalid.
Bau harum itu mungkin datang dari karkun sebelah kau, he he
--------------
chanz
sabar bila hilang, dan bersyukur sebelum hilang.
-----------
A person on Earth
Di sebalik hikmah ada apa pula? Dah tentu ada masalah, kan.
------------
nadhirah_amila
begitulah kata bini aku apabila mengenali diri ini, so, jaga jaga, pin pin pon pon.
Alhamdulillah...syukur...
ReplyDeleteterima kasih sekali lagi sbb saling mengingati. sesungguhnya dosaku juga terlalu banyak. yg penting, anak kau selamat bro. syukur 21! =)
ReplyDeletesaudara hamka, aku tak tahu knp aku nangis baca kisah kau walaupun aku lelaki. mungkin disebabkan aku tidak ada anak,terbayang2 jika perkara yg sama terjadi pada anak sedara yang aku sayangi(haikal) atau kerana "tersentuh" lihat lelaki akhir zaman yang sarat mengambil i'tiba' kisah2 sahabat dan orang beriman dalam menempuhi ujian Allah swt
ReplyDeleteHamka...
ReplyDeleteAku selalu minta supaya ALLAH jangan uji yg berat2...boleh ker pilih pilih jenis ujian...iman aku lemah lg ler...
adioss
Iklan waktu perdana!!
ReplyDeleteLagi barang baru diupdate!!
lawat-lawat la..
http://www.pesandansampai.tk
huhhhhh.....btl2 gerun btl
ReplyDeleteAtia Adina
ReplyDeletesyukur...
-----------
cik salmah
syukur 2010!
------------
van qif
akupun..isk..
-----------
taurus
: )
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHerm, taubat tapi takut buat lagi. Camne ek, bang?
ReplyDeleteAllah lebih suka orang yang buat doa bertaubat (walaupun buat balik)
ReplyDeletedari orang yang tak nak bertaubat sebab takut buat balik
alhamdulillah.. suke ngn entry ni.. :) tq hamka.. byk yg sy blajar n kutip dr blog tuan..
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteTengok Tajuk igtkan nk ulas ttg Buku "Permata Yang Hilang"
ReplyDelete