(sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja, walaupun dia mengganti seumur hidupnya, tidak dapat ia menebus keberkatannya…)
Fidyah adalah denda yang dikenakan kepada korang yang meninggalkan puasa pada tahun lepas atau 10 tahun lepas atas sebab sebab yang patut tapi dek kerana cuai atau tak sengaja, sekali.. pejam celik masa berlalu, sedar sedar korang sudah tiba di halaman Ramadhan tahun ini…
“Alamak!?, tahun lepas puasa tak ganti lagi, dah tiba pulak puasa tahun ni, nak buat camne ni abang Hamka?”
Ikutkan hati aku, nak sajer aku lempang mereka mereka yang melengah-lengahkan ganti puasa ni.., Tapi takpe,.. dah korang mengaku tak sengaja, atau terpaksa, yang buat korang kena tinggalkan puasa, dengan alasan menyusu anak, hamil, sakit atau sudah tua, jadi sekarang, korang kenalah bayar fidyah kepada Pusat Kutipan Zakat mengikut bilangan hari yang korang tinggalkan, dan walaupun korang dah bayar, puasa yang korang tinggalkan itu tetap nak kena ganti dan jangan cuba nak tambah dengan qadha puasa tahun ni, aku pijak perut korang tu karang..
Maka nak dijadikan cerita, sehari sebelum ramadhan baru baru ni, ada hamba Allah yang tertinggal puasa tahun lepas mintak tolong jasa baik aku yang murni ini agar tolong bayarkan fidyah untuk dia sebab beliau perasan sibuk, (dan malu) ok, biar aku yang tak malu ni tolong bayarkan, tapi kau kena bagi duit banyak sikit, sebab aku tak tahu berapa kadar bayaran untuk setiap puasa yang kau dah tinggal tu..
Dia pun bagilah aku seratus dua sebagai nilai pendahaluan dan jika tak cukup kelak, aku kena tambah pakai duit aku dulu dan bayar kemudian, (hampeh) tapi takpe, sebab aku sedang belajar gaya pulang ke pangkal jalan, serta belajar juga ilmu menjadi lelaki beriman di akhir zaman, ok, aku setuju tolong bayarkan fidyah untuk dia pakai duit dia dulu yang jika tak cukup tambah duit aku ganti kemudian, ,maka.., melangkahlah aku bersama duit dan harapannya menuju ke Pusat kutipan Zakat di sebuah daerah di Malaysia..
Korang jangan tak percaya, masih banyak lagi tempat tempat yang lengang dan lapang dalam dunia ni selain masjid, dan itulah yang aku lihat dalam pejabat kutipan zakat dan fidyah ini, lengang takde orang, malahan kerusi pegawai kaunter jugak kosong dan lengang..
Aku terus menuju mesin tiket, tekan satu butang, keluar nombor giliran berserta bunyi ding dong, dan sejurus juga dari belakang pintu kaunter, terpancullah seorang pemuda berbaju kemeja kemas tanpa misai dan janggut…
“Assalamuialkum, boleh saya Bantu”
Sopan pemuda tanpa misai dan janggut ni, lalu kami duduk dan aku pun nyatakanlah tujuan aku untuk bayar fidyah puasa tahun lepas(baca: wakil)
Sedang asyik pemuda sopan tanpa misai dan janggut betulkan kerusi serta keluarkan fail dari dalam meja, aku mulakan pertanyaan tentang ke mana duit fidyah ini akan disalurkan?
Maka jawab pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu, duit tu akan digunakan untuk bayar kepada fakir miskin dan orang susah yang memerlukan bantuan..
Pling! Datang idea dalam kepala aku, apa kata aku cari sendiri fakir miskin dan bagi duit fidyah terus kepada mereka, aku rasa dari segi hokum tak salah, tapi tak tahulah undang undang ugama islam Malaysia boleh bagi ke tak..
Pada mulanya, pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu tak beberapa setuju dan takut jika aku terbahagi wang tu kepada mereka yang tak fakir lalu beliau sungguh sungguh menerangkan ciri ciri orang fakir supaya aku tak tersalah.., sedang aku sebenarnya terkenang pada sorang kawan aku yang kena tipu bulan lepas oleh kawan rapatnya sendiri, sekarang, dah jadi muflis, hutang keliling pinggang, hutang alongpun ada..
Bila aku cerita niat aku pulak, pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu tak setuju jika aku agihkan wang tu pada kawan aku yang muflis tu, sebab kawan aku tu ada kerja, dan tak lapar, Cuma hutang banyak sahaja, sama macam orang lain yang berhutang, beliau bukan fakir dan sebagainya.., lalu aku menguatkan hujjah aku bahawa kawan aku tu fakir sebab terpaksa berhutang untuk makan, kereta kena tarik, rumah nak kena jual bla bla bla, itu ini begitu begini..
Akhirnya pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu akur dan setuju dengan niat aku setelah mendengar panjang lebar hujah dari penulis blog keretamayat, siap tumbuk meja lagi aku hari tu! ha ha, aku berjaya jugak yakinkan beliau akhirnya walaupun beliau tak ada janggut macam aku, ha ha!
Ok, sekarang saya dah nak balik, saya nak bagi wang ni kepada kawan saya tu, saya nak tolong dia, err, sebelum saya balik, boleh tak saudara tolong kira berapa jumlah fidyah yang patut saya bayar (baca: wakil) supaya saya tak terlebih pulak nanti bagi kat kawan saya yang susah tu..
Pemuda sopan tanpa misai dan janggut tersenyum lalu keluarkan kalkulator dan tanya,
“Berapa hari puasa yang tinggal tu?”
Aku pun menyatakan bilangan hari yang tak puasa tu sambil melihat matanya, tapi mata beliau sedang melihat paparan kalkulator dan jari jari sedang menari di butang kalkulator..
Tiba tiba aku bertukar niat, dari nak bantu kawan aku, aku ubah kepada biarlah aku bayar wang yang di wakilkan ini kepada pusat zakat, biar mereka uruskan, biar mereka cari fakir miskin, tugas aku cukup sampai sini, lagipun mana tahu jika betul dari segi hukum kawan aku yang susah tu tak jatuh dalam katogori fakir sebab sendiri cari pasal, tak kena menjawab aku depan Allah? maka sebagai langkah keselamatan dalam urusan akhirat, aku keluarkan duit dan bayar kepada Pusat Kutipan Zakat…
Lagipun, 1 hari tak puasa kena bayar fidyah bersamaan satu atau dua mud beras, atau bersamaan 1 cupak beras, jadi tinggal 3 hari bersamaan 3 cupak dan mengikut kadar harga beras semasa, aku kena bayar sebanyak RM 3.30 sen.(baca: wakil!!)
Aku pun bayar dan beredar dari Pusat Kutipan Zakat dengan jayanya.
Ps: Kawan, duit fidyah yang aku niat nak tolong kau, aku tak jadi nak bagi, setakat RM 3 ringgit, bukak puasa pun tak lepas…
uih...
ReplyDeleteak 1st ke
1st time comment
2nd..hahaha x pnh jd antara org terawal, br nak baca
ReplyDeletealaa... best la blog en hamka ni... saya dah promote kat kawa2n and suami tau... bila baca blog ni rasa kelakar ada, geram pun ada dan yg paling penting buat saya insaf...
ReplyDeleteKalau lancap batal tak puasa.
ReplyDeletekalau batal kena fidyah ke tak.
saya betol2 musykil dan menyesal
setahu aku lancap batal sebab kita kuarkan mani dgn sengaja.
ReplyDeleteko try la jauhkan diri ngn bende2 mengghairahkan.
er.... setiap tahun sy sbgi kaum hawa mesti la kene ganti pose. (phm2 je la) tak pyh byr fidyah kan. tp ada yg musykil la.
ReplyDeleteklu tk dpt ganti puasa utk tahun tu, next puasa kene ganti jugak dan kene byr fidyah tak?.
Kdg2 terlupa la bape hari tak puasa, jd leh tak klu ganti agak2 lumsumkan ambik 7 hari(maximum hari) ganti puasa??
Bygkan klu ada org tggl posa 15 hari dgn sengaja, tiap2 tahun, sjk dia umo 20 thn. Dan sekrg dia dh umo 45 thn.
ReplyDeleteSaja cari nahas kan.
Alhamdulillah,
ReplyDeleteAllah anugerahkan berbagai-bagai pilihan untuk kita releasekan kesumat fikiran...moga blog Kereta Mayat salah satu jd asbab untuk itu...
Hamka..entry ko dlm geram ada tawa, dlm derita ada suka.., semoga Allah mudahkan semua kehidupan tuan dan keluarga dunia dan akhirat...masuk syurga tanpa hisab.
p.s : sahabat2, doakan aku dan keluarga aku sekali untuk menuju Jannah.Amin. Tolong doakan aku yang dhoif ini...tq
ish apa la bebudak ni... cerita lancap pulak... tak malu ke? email kat hamka je dah la...
ReplyDeletehamka, ko lak jangan le pijak perut diorang, dah la perut penuh angin je pasal berpose, melotup pulak karang.
kadang-kadang mungkin tak berapa nak disiplin sangat diri tu. sebab tu selalu nak lengah-lengahkan ganti puasa. itu tak kira lagi kalau lupakan terus nak ganti puasa.
ReplyDeleteLain kali cuba buat janji dengan diri sendiri nak ganti puasa dalam bulan Syawal. Lepas tu apa kata cuba layan puasa enam pulak ke kan. Kalau tak disiplin gak, cuba sebat diri sendiri. Mungkin jalan sikit kot. hehe.
'Pemuda sopan tanpa misai dan janggut..'
ReplyDeleteKesiannye..
teringat masa kecik2 dulu puasa setengah hari....
ReplyDelete"pemuda sopan tanpa janggut"....hehehehe..pandai hang memerli orang ye..moga Allah bagi taufik..woha!!
ReplyDeletewa..wah..statement
ReplyDeletei dulu "pemuda sopan tiada misai dan janggut" jugak selepas umur 22 tahun dan menyapu minak zaiton di dagu ..baru jadi :pemuda sopan dengan janggut dan kumis nipis.."
najmussobah
Aslmualaikum bro
ReplyDeleteRamadhan Kareem.
bgsla artikel ni..
tp tk puas...pendek sgt
hehe..manusia mmg tk pnah puas dgn apa yg ada
Ari tu ada kawan tanya saya psal Fidyah. Tetibe teringat nak inform pd semua org kat sini:
ReplyDeleteOrang urban sekarang sgt cerdik dan bijaksana, walaupun ada Fidyah utk org yang x mampu ganti puasa, jangan sesaje taknak puasa sebab mampu bayar Fidyah.
Hamka, you're cool.
Suh kawan tu update harga beras di Malaysia selalu. ahaks.
Tumpang tanya, adakah tidak mempunyai janggut itu satu dosa? Ada saya dengar ianya sunnah, tetapi adakah taraf sunnahnya itu sama dengan taraf memakai jubah?
ReplyDeleteJika ianya bukanlah satu dosa, adakah perlu untuk kita memerli seseorang itu hanya kerana dia tidak mempunyai janggut?
Maaf, kerana saya sangat jahil mengenai sunnah dan adab dengan orang yang tidak mengamalkan sunnah.
hamka..
ReplyDeleteboleh ke bayar fidyah sblm ganti pose?
bukan ke kena ganti dulu, baru bayar fidyah.. ( ikut yg aku faham lah )
nampaknya isu janggut dah jadi satu isu kpd anonymous..maaf..
ReplyDeleteKepada Anonymous
ReplyDeleteKalu terasa tak amal sunnah.....diam aje la tak berdosa tak amal sunnah tapi ingat hanya cara hudup baginda SAW aje di terima Allah dan ade kejayaan walaupun cara hidup barat yang selalu manusia agongkan dengan pakaian....gaya hidup...dll termasuk politik demokrasi....hakikatnya tak ada kejayaan....so kepada sesiapa yang makan hati.....nanti waktu sebelum berbuka puasa boleh order hati ayam atau lembu goreng...sedap
janggut???
ReplyDeleteHo ho.. satu benda yang Nabi x pernah tinggalkan..
Kalau solat terawih contohnya.. Mula2 Nabi buat di masjid tapi lepas tu dirumah sebab takut jadi wajib..
Sendiri mau ingat apa hukumnya..
Anonymous melancap di bulan mulia
ReplyDeleteDari segi fatwa, melancap batal puasa dan kena ganti, untuk lebih jelas, cuba kau cari ustaz yang layak, sementara itu biar aku cakap dari segi TAKWA,
Oleh sebab kau dah berzina dengan diri sendiri, kau kena taubat nasuha, dan zahirkan taubat dengan puasa dua bulan berturut turut, siap dengan bayar fidyah sekali.., ni aku cakap dari segi takwa.. harap paham dan jangan buat lagi..,
----------------
Ro Zhaf Zeck
Apa pulak hukumnya orang yang apabila masuk waktu magrib, berbuka dengan menjimakkan isteri..
(kes duduk jauh dan jumpa seminggu sekali dan pukul 8 suami dah nak naik bas)
----------------
capoeira
kalau tak dapat ganti puasa untuk tahun tu, next puasa kene ganti jugak dan kene bayar fidyah tak?.
Jawapan: ya!
7 hari(maximum hari) ganti puasa??
Jawapan: boleh, sama macam orang lupa rakaat dalam solat, tambah lebih sikit takpe..
---------------
INTAN RH
45 – 20 = 25 tahun x 15 hari = 375 hari.
375 darab harga beras semasa, arghh kau masuk sajer kalkulator fidyah yang dah dibuat oleh pusat kutipan zakat dihalaman web
Nahas akhirat tu namanya..oh!
-------------
Abu Firdaus
Doa aku lagi dan lagi, kerana apabila ramai manusia mencintaiku, maka tertuplah aibku..
--------------
Hasbullah Salih
He he
--------------
famia
jangan melengahkan solat, puasa, zakat, haji, dan kahwin.., ingat semua tu.., dan satu lagi, jangan melengahkan tanam mayat..
-----------
azharjaafar
kau kasihankan orang, ada pulak orang yang marah.., kasihan kan?
---------------
Nasir _penang
Kau tak bayar fidyah separuh ke?
-------------
charisteas86
aku bukan perli, aku menggambarkan apa yang tidak gembur
--------------
najmussobah
aku dengar buznama cakap, hari akhirat, orang kapir akan berjanggut panjang, kemudian datang malaikat menyentap mereka ke neraka melalui janggutnya.., wallahu’lam..
---------------
yusuf mujahidin ™
pendek tak puas, panjang tak puas.., dah habis baca makna Al quran dah?
hehe..manusia kebanyakkannya memang tak pernah puas hati dengan apa yang dia tak ada
---------------
an2blur
Akupun baru tahu kadar fidyah hari tu, tak update betul aku ni..
---------------
Anonymous Tanya tentang sunnah
Check entry lama, “apa fakir Nabi”
----------------
musykil
bayar fidyah sebab dah tiba bulan ramadhan tapi tak sempat nak ganti lagi yang tahun lepas punya.., begitu lebih kurang
Assalamualaikum..
ReplyDeleteok... saja nak tunjuk pandai jap.. (xpe xde sapa kenal)
camni,menurut hukum fekah:hanya mazhab syafie (ulangan :mazhab syafie) sahaja yg membenarkan lelaki mencukur janggut(ppuan:rujuk ustaz). mazhab lain menegah dan ada yang menolak lelaki tanpa janggut menjadi imam.(tanda protes)..
hukum taqwa: better ikut sunnah nabi dgn sempurna(bkan sepurnama je,huhu)
langkah terbaik,kita sangka baik ngan bro hamka.. die juz nak trgkan rupa llaki tu je.. huku fekah pun haruskan kita sifatkan org tu ngan fizikal 'nya' (cth; yg gemuk tu,yg bwk beskal tu,yg rockers tu,ect..ect..)
(belajar fekah kt surau kampus,huhu)
Yang muka tanpa bulu tu merujuk kepada muda remaja ke merujuk kepada tak berapa islamik? Konfius jugak ni!
ReplyDeleteAssalamu'alaikum
ReplyDeleteIbnu Mutalib, rujuk link ni
http://www.minsid.com/Articles/Importance_of_Beard.html
Tengok perenggan yg kelapan, baris terakhir..
"to shave the beard is Haram".
Itu merujuk kepada Mazhab Syafie.
Sila baca penuh artikel tu.
Allahu a'lam bissowab.
salam...
ReplyDeletesalam ramadhan kareem....
kawan aku ari tue tingal 1 ari jer lagi nk ganti pose...sayangnye, xsempat cz dah uzur...mase 2 plak 6 hari sblm puasa ramadhan...
dah sah2 xsempat...
kena a bayar fidyah...
aku nasihat kat die dan sume kaum HAWA...
gantilah pose awal2...
kiter x taw mati kite bile...
2 pon kalo sempat jumpe ramadhan akan dtg...
kalo x sempat mcm mana?
sapa nk ganti?
huhu...
slmat boke pose yer...
aku nk balik umah kakak aku, tp hujan lebat la skrg....
aku bawak moto...takt tertelan air ujan jer nanti...huhu
fuh..tulis pasal fidyah..ni nape sume citer pasal janggut ni..hehehehehe...woi2...dgr satu orang alim bagitau.."kesempurnaan agama dalam diri seseorang hanya dapat dilihat sejauh mana SUNNAH nabi dapat diamalkan pada diri seseorang itu"...semakin jauh dia dr sunnah semakin jauh dr rahmat Allah swt...sunnah terbahagi tiga pulak..sirah,surah dan sarirah..erm en hamka rasenya lebih buzruko dalam bab ni InsyaAllah..smoga sy dapat amal..
ReplyDeletetajuk fidyah ke... tajuk derma ada tak?
ReplyDeletetadi adalah sorang anak yatim jual kalender islam. tak fikir nak beli jadi tak nakla beli.
tapi terfikir, bulan puasa ni elok bersedekah. kesian budak tu duk tanya orang takda siapa nak beli.
nak-nak aku salah beli barang dengan nilai sama macam harga kalendar tu. hampeh.
ni sibuk2 berebut sape 1st cmment, sape 2nd cmment pasai apa ? cam budak kecik ..kalau berebut utk beramal x pa .. jgn marah heh .. saje je jenaka ..
ReplyDeleteto hamka~
ReplyDeletebro lepas maghrib xpe kan sampai la waktu sahor.
tah la bro aku ni xkawen lagi..xtau la kot cmner dugaan tu nk ditolak.
ko wat la posting pasal isu ni plak bro..aku nk bce pendapat ko.
Alhamdulillah... banyak ilmu dalam entry dan ruangan komen... :)
ReplyDeleteIbnu Mutalib
ReplyDeleteEh, biar betul, tak pernah aku belajar Mazhab syafee cakap boleh cukur janggut..
Tapi tak pe, jawapan bab takwa tu bagus, alhamdulillah, dah pandai korang beza antara fatwa dan takwa..
----------
A traveler looking for the right path
Merujuk kepada orang yang bekerja di PUSAT KUTIPAN ZAKAT ISLAM
--------------
Bakalmayat
Bagus, dah ada yang jawab musykil aku.
-----------
...antikapel...
6 hari kalau kat kuantan kena 11 ringgit lebih..
-------------
charisteas86
sebab tak ramai yang kena batang hidung bab fidyah, tapi ramai terkena batang dagu bab janggut..
--------------
Fidyah
Aku sedang isi minyak sebelum ramadhan baru ni lepas solat maghrib, kemudian dating anak yatim mintak derma buat masjid, aku Tanya, dah solat? Dia kata uzur, kawan kawan tu? Dia kata tak tahu?siapa hantar? Ustaz hantar, jika adik boleh solat adik nak solat jam berapa? Nanti ustaz datang ambik, adik solatlah, adik duduk mana? Kedah, jauh tu sampai terengganu, datang naik apa?
Adik tu blah tak tahan soalan aku, padahal aku sedang isi minyak RM40, jadi sementara penuh apa salahnya aku Tanya, aku niat nak bagi RM 1 kat dia, tapi dia dah blah.., takde rezeki aku nak derma hari tu..
moral; orang yang datang meminta, bagilah walaupun sedikit..
-------------
Ro Zhaf Zeck
Soalan aku tu bukan untuk di jawab, just nak bagi fikir sahaja..
-----------
Naz
Oh, banyak lagi ilmu yang tak amal..
BARU JAM PG TD TAMAT KELAS FARDHUAIN DI PEJABATKU...BAB PUASA..BILANG OSTAZ ANDAI LAGI 1 MINIT NAK AZAN MAGRIB(MASUK WAKTU BERBUKA) TP DATANG HAID, MAKA TAK SAH LAH PUASA HARITU..
ReplyDeleteARWAH BAPAK MERTUA AKU PUNYE AMALAN PABILA ADA ORG MINTA SEDEKAH DIA AKAN BAGI W/PUN TIDAK MENGIKUT KEHENDAK(KADAR RINGGIT) UANG DITETAPKAN OLEH PEMINTA ITU... TERMASUK PENAGIH DADAH.. MULIANYA ARWAH..
INDAHNYA DIA MENINGGAL DI MAAKATUL MUKARROMAH DAN KUBURNYA DI SANA... 2 TAHUN LEPAS KETIKA PEBONGKARAN KUBUR UNTUK PERPINDAHAN, MAYATNYA DIDAPATI MASIH TIDAK DIMAMAH ULAT CUMA KECUT JE... SUBHANALLAH
NAJMUSSOBAH
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteDi manakah ibnu mutalib..
Errr... bakal mayat,maaf.. mungkin tu asas mazhab syafie,.. mungkin clap in4mation.. nnt leh tanya ustaz..
ReplyDelete:-)
trimas sbb bg link ke www.minsid .com.. lama saya cr bayan maulana suleiman katani
ReplyDeleteTo: Ibnu Mutalib
ReplyDeleteSama2. Dh tanya ustaz tu inform kt sini yek. JazakAllahu khoiron.
Kalau bisa nih tolong juga lah kawanmu yang terlilit utang itu, yaa semampu kamu saja..misal ada uang RM5 , RM4 buat fidyah, RM1 buat kawan km itu..yaa menolong sesama moslem kan tetap baik and dianjurkan juga..klo emang bener2 dia kepepet butuh uang ..:)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteHari ni dan hari hari yang sebelumnya serta hari hari mendatang...
Banyak betul manusia-manusia berhutang dengan manusia... tak tahu bila boleh dilangsaikan...
Banyak betul manusia-manusia berhutang dengan Allah... tak tahu bila boleh dilangsaikan...
Ohhh... aku hidup dengan penuh hutang dikelilingku.... hutang dengan manusia hutang dengan Allah...
NAJMUSSOBAH
ReplyDeleteUjian orang perempuan..
-----------
Kinoy
Iyah, betul tu bu.., akan ku cuba menolong dia yang kepepet butuh uang ..:)
------------
Luqiem
Hidupku pulak di penuhi hutang belukar..
Advice: HAMKA x perlu jawab dlm bahasa indon... diorg faham bhs malaysia!!!
ReplyDeletealamak.... byk nye syarahan korang... penat membaca... aku memerlukan sejam untuk baca dr awal sampai abis, kalau aku mengaji, aku boleh dapat baca 3 juz, haha..
ReplyDeleteha ha ha 1 jam aku ngaji dpt satu juz coz aku baca makna n pahamkan makna n aku baca sorang2 jer puasa nih (sedih). Teringat kat arwah bapak aku n adik beradik yg dulu ngaji sesama ramai2, kejap jer dah abis.
ReplyDeleteMiss my father.
Ikut ilmu al-quran, xde lak sebut pompuan yg haid x leh solat dan posa. Yg sebut cuma xleh bersetubuh jer. So cmner? Bukan ke kalau Allah x larang maksudnya wajib buat? Kalu tinggal solat & posa dgn sengaja tanpa alasan (haid tu bukan alasan) buleh ke ganti? Adessh!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKpd Cik/En Anonym, belajar la jd dewasa sikit...kalau anak aku baca pun..maybe dia geleng kapla...apa la punya soklan...sedis aku..semoga tuan dikekalkan iman...
jazakallah
Aku tak pasti nak ketawa atau menangis bila cerita pasal fidyah ini. tapi akhirnya aku ketawa.. cis. Puasa 3 hari pun tak boleh nak buat.
ReplyDeleteDear Hamka,
ReplyDeleteaku nak tanya,
soalan luar topik,
kalo org mengandung,
boleh tak dia kahwin masa mengandung,
mushkilll
KAWEN BILA2 PN BOLEH...WOHA!!!
ReplyDeletenamapk cam biasa je blog ni tp cukup2 bermanfaat sngt2..isu2 nye jgk ckp menarik dan menambah ilmu yg ade..sy akan sentiasa bce blog anda..
ReplyDelete:)
ygnaktertawatptahan
ReplyDeletewaduh! Lu ketawakan gue, siap nanti lu gue kerjakan..
--------
. said...
Tau takpe!
--------------
uan609
...
--------
Anonymous
Ikutlah ilmu hadith sama..
-----------
nasi beraini
akupun geleng kepala
-----------
Cik Som
Ha!
--------
abu nawast
ni bab hokum, kena rujuk mufti..
-----------
charisteas86
maksud kau, dengan kau?..
---------------
syahbandar87
:)
ooye hamka..sy br terbaca pendapat anda berhubung isu melancap di bulan puasa di siang hari..
ReplyDeleteIngin sy kongsi ilmu yg bknnya dtng dr akal sy semata-mata tetapi dtng dr pndpt ulama yg jauh lebih mengerti akan hukum hakam ini...
Lelaki tersebut berdosa besar sebab melakukan perkara yang dilaknat pada bulan Ramadhan dan wajib ia qadha tanpa membayar kafarah.maka x perlu puasa dua bulan.tapi hukumnya ttp melakukan dosa besar dan wajib bertaubat segera.
Pendapat yang mewajibkan bayar kafarah ialah pendapat mazhab Maliki.
wallahua'lam
Wallau'lam
ReplyDelete:)
melancap SEMESTINYA akan keluarkan mani ke? kalo x kluar, kira batal jgk ke?
ReplyDeletekalau tak, takpelah.., tapi keluar air mazi dah was was dah..
ReplyDeleteknp kuar air mazi pun was2?
ReplyDeletekalo pmpn, kuar air mazi x perlu mandi wajibkan? tp mcm mn nak bezakan air mazi dgn air mani?
sy mmg jahil bab ni, maaf tnya scra terbuka.
erm.. bagus ley bincang agama kt sini.. tanya ni, kalu org tu xposa, onani dibulan puasa, aper hukumnya pula?
ReplyDeleteonani hukumnya haram. tapi kene xkafarah?
air mazi was was sebab bercampur.., adoi, bab hukum hakam, tolonglah rujuk blog ustaz..
ReplyDeleteaku pun pening.., he he (bulan puasa lembab sikit)
hurm...
ReplyDeletekalau saye dah
berhari2
dan da ber dua@ 3 taun la...
mcm mne eak??
adik boleh pergi pusat kutipan zakat, mereka akan cerita detail siap bagi dalil dan Nas..
ReplyDelete: )